Friday, 20 May 2016

Bukan Isteri Pilihan [Part V]

Part 5

“KAU dengar tak ni aku cakap?” soal Haq apabila Damia nampak sibuk menyusun baju-baju ke dalam luggage.

                Damia bercekak pinggang pandang Haq yang berada di depan cermin.  “Iye Encik Haq. I dengar.”

                “Ulang balik apa yang aku pesan tadi?” Haq turunkan perintah. Melalui biasan cermin dia dapat lihat wajah Damia yang cemberut.

                “Esok you dengan ibu balik. Tapi I tak perlu ikut balik memandangkan I kerja di sini. Lepas tu, I boleh jumpa you  dua minggu dua kali je. Time hujung minggu je. Kita akan hidup berulang alik. PD-KL. KL-PD. Ikut giliran. You akan balik rumah mommy dengan daddy I selepas dua minggu dari pertemuan I dengan you di PD. Clear?” Damia silang tangan ke dada. Memeluk tubuh. Dari tadi dia tadah telinga dengar Haq membebel pasal jadual hidup mereka sebagai suami isteri. Memandang dia bekerja di KL. Haq pula di PD. Jadi mereka terpaksa berulang alik kalau perlu.

                “Good!” Haq kemaskan rambut sekali lagi sebelum keluar. Nak jumpa Cik Ayu sayang, haruslah wangi dan segak.

                “Aku nak keluar. Kau tolong tengok-tengokkan ibu aku. Dalam rumah ni, kau sorang je kenal dia macam mana berbanding mommy kau.” Perintah Haq lagi sebelum keluar dari bilik.

                “Err, Haq!” Panggil Damia saat lelaki itu sudah pegang tombol pintu.

                “Apa?” Haq toleh belakang.

                Damia mendekat. Tangan dihulur. 

                “Kau nak apa?” tanya Haq seakan tak faham.

                “Nak salam.” Jawapan telus dari si isteri buat Haq terkedu.

                Haq hulur salam juga. Usai sahaja salam, Haq terus keluar. Tak toleh belakang lagi. Takut yang bukan-bukan diminta Damia.

                Damia mengeluh. Bangun Subuh tadi dikejut Haq. Tapi tak berimamkan Haq. Dia solat sendiri memandangkan Haq sudah solat subuh terlebih dahulu. Lalu Haq kembali sambung tidur di atas sofa. Kecewa lagi hati Damia. Dia ingatkan Haq tak kesah tidur berkongsi katil. Ternyata lelaki itu menjauhkan diri. Bangun-bangun je Haq terus nak keluar. Dalam  hati Damia, tertanya-tanya juga dengan siapa Haq keluar ya?

***

AYU menunggu penuh sabar di kafe yang Haq nak jumpa. Rasanya sudah lama dia tak jumpa Haq. Dia sibuk sangat dengan kerja memandangkan Haq dah pun berpindah ke PD. Rasa rindu membuak-buak dalam dada sampai rasa nak tertumpah. Entah kenapa sejak akhir-akhir ni dia rasa tak sedap hati. Tapi selalu dia positifkan diri yang dia terlampau rindukan Haq. Sebab tu dia asyik fikirkan Haq. Lagi-lagi lepas mimpi Haq tinggalkan dia.

                Entah macam manalah hidup dia kalau Haq tiba-tiba tinggalkan dia. Boleh ke dia terima andai Haq bukan jodoh dia? Cuma Haq lelaki yang menerima dia apa adanya dia. Dengan ketidakupayaan dia, ada lagi ke lelaki yang mahukan dirinya? Dia cuma seorang gadis buta yang sebatang kara tak punya apa-apa harta. Dia hanya bekerja sebagai guru mengaji bagi kanak-kanak buta sepertinya menggunakan al-Quran  braille.

                “Assalamualaikum.” Tiba-tiba ada suara datang menegur.

                “Waalaikummusalm.” Ayu terhidu sesuatu. Ada sesuatu yang mengena batang hidungnya. Bibir menguntum senyum lebar. Tahu apa itu. Terus tangannya naik memegang kuntum bunga di hidungnya. Meraba-raba.

                Haq sengih lalu dibiarkan Ayu memegang kuntuman bunga itu. Hadiah untuk Ayu. Dah jadi habit setiap kali datang jumpa Ayu dia bawa sekuntum bunga dan didekatkan di hidung wanita itu untuk dihidu. Dengan itu, tahulah Ayu bahawa dia sudah berada di depan Ayu.

                “Rose lagi?” tanya Ayu. Kuntuman bunga rose itu dihidu lembut. Salah satu sebab kenapa dia suka Haq. Haq sweet!

                “Haah. Tapi kali  ni saya bagi light pink.” Bibir Haq senyum sambil mata memandang Ayu. Biarpun mata wanita itu tidak dapat melihatnya, tapi dia tetap juga mahu senyum. Berharap mata hati wanita itu bisa merasainya.

                “Which means?” Setiap kali dia beri bunga, setiap kali itu juga punya maksud yang berbeza-beza. Ikut jenis bunga dan bau bunga. Ohh, Haq memang jejaka  idaman.

                “Kali ni maksud light pink rose boleh dikaitkan with gentleness and admiration. Macam awak, lemah lembut orangnya. Wanita yang paling saya kagum.” Ia juga  an expression of sympathy Ayu.  Sambung Haq di dalam hati. Tak nak sebut tentang itu kerana takut hati Ayu terguris.

                “Oh really? So sweetlah awak ni. Kat rumah entah berapa banyak bunga yang awak bagi.”
                “Eh tak layu ke?”

                “Layu. Tapi saya simpan lagi. Sayang nak buang. Kan hadiah special dari awak.” Bibirnya senyum manis.

                “Dah order makanan?” tanya Haq. Dia pandang keliling.

                “Belum. Saya order air je.” Jawab Ayu ringkas.

                Seketika kemudian Haq memanggil seorang pelayan. Mereka memesan makanan lalu Haq menumpukan perhatian terhadap Ayu. Wanita inilah yang menjadi pujaan hatinya untuk beberapa bulan yang lalu. First time dia ternampak Ayu saat Ayu mengajar mengaji di Darul Kifayah. Dari situ mereka berkenalan.

                “So, how’s your life sepanjang saya takde?” tanya Haq prihatin.

                “Alhamdulillah. Macam biasa. Sihat. Pergi kerja, balik kerja, duduk rumah. That’s all. Lainlah macam awak, sejak pindah langsung tak ingat KL dah.”

                “Eh siapa kata? I miss KL okay.”

                “Haq, awak okey ke kat sana?”

                “Okey je. Kenapa?”

                “Saya rasa macam kehilangan awak je sejak akhir-akhir ni.”

                Wajah Haq berubah. Kebenarannya memang Ayu telah pun kehilangan dia. Dia suami orang. Apa yang dia buat sekarang ini merupakan satu kesalahan. Bertemu dengan Ayu, membiarkan wanita di hadapannya ini berharap dan memendam rasa terhadap dia menjadi satu kesalahan. Sedangkan isteri di rumah sedikit kasih sayang pun dia tak nak curahkan.

                “Haq. Awak ada lagi ke tak ni? Dengar tak saya cakap apa?” Dengar keadaan sunyi dan sepi, Ayu mengerutkan dahinya.

                Haq terkebil-kebil memandang Ayu. “Err, dengar. Erm, takyahlah fikir sangat Ayu. Perasaan awak je kot. Saya ada je ni depan awak.” Senyuman dilayangkan buat Ayu.

                Ayu mula rasa curiga. “Haq, can I trust you?”

                “Kenapa ni  Ayu? Kenapa tiba-tiba bangkitkan soalan ni?”

                “I’m just asking Haq. Bersungguh atau tidak awak nak kan saya?”

                Haq ketap bibir.  Salah dia ke kalau wanita ini berharap? Tapi mereka sama-sama tak bertepuk sebelah tangan. Dia pernah menyatakan suka, pernah juga pasang impian dengan wanita ini tapi kenapa dia jadi takut untuk jawab soalan Ayu sekiranya ia soal membina masjid?

                “Ayu… saya…” Haq tak tahu nak jawab macam mana. Nak cakap nak kat Ayu karang kalau dia mungkir janji. Kalau tak cakap, kesian pula. Ayu dan dia dah lama kenal.

                Ayu senyum sinis. “Awak nampak tak confident nak menjawab soalan mudah saya.” Mendatar suara wanita itu.

                “Ayu, it’s not the right time to discuss. Kita jumpa sebab nak lepas rindu kan?” pujuk Haq supaya tukar topik.

                Ayu melepaskan nafas berat. “Apa yang kita buat sekarang ni satu kesilapan Haq. Awak pun tahu kan? Tanpa hubungan yang sah tapi sudah ada perasaan begini. Salah. Bukankah lebih baik perasaan ini kita simpulkan dalam satu ikatan yang sah? Atau awak keberatan sebab… saya buta”

                Dia mula dahhh. Keluh Haq di dalam hati.

                “Ayu… kita… I mean, saya. I just need more time, okay. Bukan masalah saya tak suka awak or not. Bukan masalah awak tak dapat melihat or not. It’s just about time okay. I’m not prepared of all these. Insya-Allah kalau ada jodoh kita. Insya-Allah , Allah permudahkan urusan kita nanti. Buat masa ni, kita kumpul duit dulu ya?” lembut suara Haq berkata. Nak sedapkan hati Ayu.

                Serentak dengan itu makanan mereka sampai. Perbualan mereka terhenti. Haq mula rasa gelisah. Rasa bersalah pun ada. Ayu pula semakin curiga dengan Haq. Perasaan apakah ini Ya Allah? Kenapa aku merasa berat dengan Haq? Desis Ayu di dalam hati.

                “Jom makan. Saya laparlah.” Rengek Haq.

                Ayu hanya senyum tawar. Kalau Haq sendiri tak nak cakap lebih-lebih takkanlah dia yang perempuan ni nak melebih pulak?

***

DUA bulan berlalu…

                Kehidupan Haq dan Damia masih laggi begitu. Lelaki itu masih mencari kesalahan Damia. Sampai Damia kadang-kadang rasa putus asa. Tapi berkali-kali dia ingatkan diri sendiri. Kau hanya kahwin sekali je untuk seumur hidup kau Damia. Ini salah kau sendiri dan kau kena betulkan keadaan. 

                Damia sedang setia menunggu Haq di rumah. Jam sudah menginjak ke angka 1 pagi. Barusan petang tadi Haq memberitahu bahawa dia akan pulang ke rumah. Beginilah kehidupan mereka sebagai suami isteri. Berulang alik. Kali ini giliran Haq pulang ke KL. Damia sudah hidangkan makanan untuk Haq. Petang tadi sejurus balik dari kerja, dia terus masak lauk yang mudah. Dia tak pandai masak sebenarnya. Tapi dia belajar dengan bibik mommy. Mujur bibik sentiasa membantu.

                Damia pandang mesej Haq beri tadi petang.

                Aku nak balik malam ni. Kau jangan terlelap pulak. Tunggu aku balik! Masak sekali. Aku lapar. Malas nak singgah R&R.

                Garang mesejnya tapi mampu buat Damia tersenyum. Penat atau tidak dia perlu tunggu Haq pulang. Tanggungjawab dia. Dek kerana keletihan Damia terlelap di sofa.

                Haq matikan enjin kereta Mitsubishi Lancernya. Kelihatan ruang tamu rumah mommy dan daddy terang. Kereta mommy dan daddy pula tiada. Bukan satu yang takde. Tapi dua. Entah ke mana lagi orang tua dua orang tu pergi. Dua bulan jadi suami Damia walaupun balik dua minggu sekali, dia perasan ibu bapa Damia tak selalu ada di rumah. Kerap kali meninggalkan isterinya keseorangan di rumah besar ini.

                “Assalamualaikum!” Ucap Haq sambil mengetuk pintu rumah.

                Tak menyahut.

                Haq dah cekak pinggang depan pintu. “Mana pula perempuan ni. Kan aku suruh tunggu tadi.”

                Haq sengaja suruh Damia tunggu dia balik. Dan dia pula memang suka balik lewat malam. Biar ganggu lena si Damia.  Kali ini dia suruh Damia masakkan sekali. Sengaja nak membuli.

                “Assalamualaikum!” jerit Haq lagi. Pintu banglo besar itu diketuk kuat.

                “Waalaikummusalam.” Muncul bibik di depan pintu dengan mata terpisat-pisat. Tadi dia bangun sekejap untuk buang air. Tiba-tiba ada orang bagi salam.

                “Eh Tuan Haq udah pulang. Kok lewat Tuan?” tanya bibik yang berasal dari Indonesia itu.

                “Err, ada kerja sikit tadi bik. Mommy daddy mana?” Haq masuk ke dalam rumah sambil bawa satu beg sandang. Rumah banglo ini pun dah jadi sebahagian hidupnya jadi banyak baju dia dah tinggal di bilik Damia.

                “Ohh mereka tadi ada majlis amal. Saya ngak tahulah ke mana mereka pergi. Udah sampe jam 1 pagi masih juga ngak pulang.” Beritahu bibik.

                Haq angguk faham. “Isteri saya mana?” soal Haq lagi.

                Bibir bibik terjuih menghala ke sofa di ruang tamu rumah. “Itu. Capik kali tuan. Puannya udah tidur.”

                Haq pandang bibik. “Okay bik. Terima kasih. Bibik boleh masuk tidur. Tu pintu rumah jangan lupa kunci.” Pesan Haq sambil kaki diayun menghala ke  arah Damia.

                Muka Damia yang ditutupi helaian rambut ditatap. Setiap kali dia lihat muka yang sedang tidur ini, hati lelakinya selalu terusik. Isterinya cantik. Kalau tidur nampak comel je. Selalu juga dia curi-curi tengok muka Damia di kala waktu tidur. Juntaian rambut Damia diselak ke cuping telinga. Pipi bersih Damia diusap perlahan. Hilang rasa penat memandu dari jauh. Haq melepaskan nafas berat. Menafikan hak Damia sebagai isterinya membuatkan dia dihambat rasa bersalah. Yang di sana duk menunggu keputusan dia. Yang di sini menangih cintanya dia.

                “Lut bangun.” Tangan Haq tolak bahu Damia perlahan.

                “Hoi bangunlah.” Tegas bunyinya sambil menolak-nolak bahu isterinya apabila tiada reaksi dari Damia.

                Damia tersedar. Matanya dibuka perlahan-lahan kemudian kembali terkatup dek silauan cahaya. Dari posisi baring mengiring. Dia duduk menghadap Haq.

                “You dah balik? Maaf, I terlelap kejap.” Tangan kanan Haq dicapai lalu disalam penuh hormat.

                “Aku suruh kau tunggu kan? Tengok siapa yang bukakkan pintu untuk aku. Nasib baik bibik dengar, kalau tak? Kau nak suruh aku merempat kat luar tu?” kasar nada suara Haq tetapi Damia dah biasa.

                “I’m sorry. I penat sangat. Itu yang tak sedar tu. You mesti lapar kan? Jom, I panaskan lauk. Letak je beg you kat situ. Nanti I angkut bawa naik atas.” Damia bangkit dari duduk. Kaki mahu diayun menuju dapur.

                Haq menyoroti langkah isterinya. Memang dia lapar, tapi mata dia pun boleh tahan mengantuk juga ni. Dapat secawan nes dan sekeping roti pun jadilah. Tapi tadi dia dah suruh Damia masak.

                “I masakkan you simple je. Ayam masak kicap je. Kejap eh I panaskan.” Tangan Damia ligat membuat kerja.

                Tiba-tiba Haq bersuara, “tak payah. Aku cuma nak nes dengan roti je. Malam-malam macam ni nak makan berat-berat kau nak suruh aku gemuk ke?”

                Tangan yang lincah itu terhenti. Dia pandang Haq. “Tadi petang you suruh I masakkan? You kata nak makan.”

                “Itu tadi petang. Bukan sekarang. Cepatlah. Aku nak makan benda ringan je.” Arah Haq.

                Hish Mr.Director ni, tadi suruh aku masak. Aku dah masak. Dia pulak tak nak! Eh buat penat aku betul. Itu saja je sebenarnya nak menyusahkan aku,kan? Getus hati Damia. Bibirnya mencebik geram. Sakit hati. Tangan yang memegang mangkuk untuk dipanaskan diletakkan di atas sinki. Kaki dibawa mendekati meja kaunter. Tangannya laju membancuhkan nescafe untuk Haq. Bunyi sudu dengan muk berlaga kuat. Tanda dia geram dengan Haq. Sikit pun Haq tak hargai usaha dia memasak petang tadi.

                “Kalau nak marah aku, tak perlu lepaskan geram pada muk tu. Nak marah aku, marah.” Haq yang elok bersandar pada fridge sambil memeluk tubuh berkata.

                “I tak marah.” Ringkas jawapan Damia.

                “Kalau tak marah tak payahlah buat muka cemberut macam tu.”

                Damia pandang Haq tak puas hati. “Nah ambil ni. Makan sampai kenyang. I nak buang makanan tu.” Damia kembali pergi ke sinki. Kan dah membazir bila tak dimakan. Nasib dia buat sikit je.
                “Eh siapa suruh kau buang?” tegur Haq lagi.

                “You tak nak makankan? I nak buanglah.”

                “Kau ni tak tahu pembaziran ke? Orang kat Gaza sana tu susah tahu tak nak cari makan, tapi kau boleh sewenang-wenangnya buang. Amalan syaitonnirajim tahu.” Bebel Haq.

                “Dah tu you nak suruh I buat apa dengan makanan ni?”

                “Pergilah ambil tupperware. Simpan dalam fridge. Esok boleh panaskan. Buat lauk. Tak payah susah-susah nak masak esok.”

                “Mana elok.”

                “Elok tak elok. Lauk tu elok lagi. Simpan dalam fridge. Kalau kau tak nak panaskan esok, kau bagi  kucing makan. Apa susah?”

                Damia menurut perintah Haq. Diambil tupperware lalu disimpan di dalam fridge. Lalu dia duduk di hadapan Haq yang sedang mencecah roti dengan air nes. Dagunya bertongkat tangan kanan.

                “You bertolak pukul berapa? Selalu sangat balik lewat. Bahaya tahu drive sengsorang.” Bicara Damia.

                “Kesah pulak kau kat aku?” jawab Haq dingin.

                “Kesahlah. Suami I. Kalau apa-apa jadi pada you macam mana?”

                “Masalahnya takde benda jadi. Kau tu yang melebih.”

                Hish aku prihatin kat dia pun salah. Susah betullah Haq ni.

                “Orang nasihatkan aje. Hari ni memang tak jadi apa. Esok lusa? Kalau Allah kata benda tak elok nak jadi siapa nak sangkal?”

                Sedas tembakan padu kena batang hidung sendiri! Haq pandang si isteri tak berkelip. “Insya-Allah tak jadi apa-apa. Aku tahulah jaga diri aku.” Roti terakhir dimasukkan ke dalam mulut.

                Damia tak tahu nak kata apa kalau Mr.Director suka ikut kata dia aje!

***
“HEI Lut, ambilkan aku punya baju dalam backpack. Aku tak nak pakai baju ni.” Arahan mandatori dari Mr.Director harus diakur. Haq sengaja cari pasal dengan Damia. Haq yang hanya bertuala di pinggang menggosok-gosok rambutnya dengan tuala kecil.

                Damia yang sedang menyediakan tempat tidur untuk Haq di sofa bercekak pinggang memandang Haq. Argh! Selalu sangat. Entah apa masalah baju kali ini. Minggu lalu pun begitu juga. Tak suka dengan pilihan baju yang dia sediakan. Kadang-kadang sampai tiga kali tukar. Tapi lepas tu Mr.Director pakai yang first-first dia sediakan. Mengada betul.

                “You jangan nak mengadalah. Pakai jelah baju tu. Nanti I cari baju lain, balik-balik baju yang first-first I sediakan you pakai, kan?” marah Damia. Siapa tak penat layan si Haq yang macam –macam ni? Suka buli dia!

                “Eh dah pandai merungut eh sekarang? Aku cakap aku tak suka. Apa masalahnya kalau tukar pun?” selamba Haq berkata. Dia duduk di birai katil.

                Damia ketap bibir. Pandang Haq macam nak telan.

                “I’m waiting Lut. Aku penat ni. Cepatlah. Sejuk ni.” Haq turunkan titah lagi.

                Kaki diayun mendapatkan backpack Haq. Diambil baju tshirt pagoda warna biru lembut. Dihulur kepada Haq. “Nah.”

                Haq capai lalu terus diambil. Kesian tengok Damia yang dah buat muka cemberut macam tu. Comel.

                Damia ambil semula baju yang dia dah sediakan tadi. Dia simpan ke dalam wardrobe. “Tempat tidur you I dah readykan. Tidurlah. Mesti you penat. Selimut pun dah ada.” Sekadar berbasa-basi Damia berkata.

                Tiba-tiba terdengar sebuah kereta masuk ke garaj. Damia mendekati tingkap bilik. Melihat ke bawah. Kelihatan daddy baru keluar dari kereta dengan seseorang. Bukan mommy yang penting. Wanita itu tampak seperti mabuk. Daddy pula selamba memaut erat pinggang si gadis.

                Damia pejam mata. Terasa pipinya basah. Dia mengucap panjang di dalam hati. Sejak akhir-akhir ini, mommy dengan daddy selalu bertengkar.

                Haq pandang isterinya dari sisi. Dia juga nampak apa yang daddynya buat di bawah. Entah dengan siapalah tu. Melihatkan ada air jernih yang membasahi pipi isterinya membuatkan Haq terpanar. Terasa sakit di dada kiri.

                “Dah lama daddy macam tu?” tanya Haq perlahan.

                Damia kalih pandang si suami. Dia angguk perlahan. “Dulu mommy dengan daddy tak macam tu. Masing-masing tahu lagi batas mereka sebagai suami isteri walaupun sibuk dengan kerja. Tapi sejak saya hilangkan diri dulu, mommy main kayu tiga. Daddy marah. And that’s his way. Bergaul dengan budak-budak muda tu.” Air mata kekecewaan menitis lagi.

                “Tak tegur?” soal Haq.

                Damia angguk. “Dah. Tapi mommy kata mereka dah tak sehaluan. Daddy yang berkeras tak nak lepaskan mommy.”

                “Kau tak beritahu daddy ke apa yang dia buat tu salah? Biarkan isteri sendiri dengan lelaki lain. Itu dayus. Dosa mommy pulak daddy yang kene tanggung. Berat tu Lut.”

                Esakkan Damia mula kedengaran. Damia genggam langsir tingkap kuat. “I don’t know what happened to my family Haq. This is not what I want. I cuba. Cuba untuk pulihkan keadaan mommy dengan daddy. Tapi, dorang sendiri tak cuba untuk selamatkan keadaan.”

                Tangan Haq berada di udara, cuba untuk menyentuh bahu wanita itu. Tetapi egonya menebal. Menjadikan apa yang terlintas di fikirannya terbantut.

                “You takkan buat I macam tu kan?” tiba-tiba Damia menyoal Haq. Matanya tertunak memandang Haq yang nampak senyap. Rasa malu menebal dalam diri kerana punya keluarga yang serba kekurangan akhlaknya.

                “Buat kau macam mana maksud kau?” kening Haq terjongket sedikit.

                “You akan didik I kan Haq? You akan sambut tangan I kan kalau I lalai dengan keasyikkan dunia, Haq? You akan berada di sisi I kan Haq saat I perlukan you?”

                Ya Allah, aku inginkan Haq menjadi suamiku di dunia dan di akhirat. Yang benar-benar mencintaiku setulusnya, yang dapat menghargai diriku sepenuhnya,yang ikhlas menyayangiku kerana agama yang ada padaku bukan semata hawa nafsu.

                Haq tergamam. Soalan yang sukar untuk dijawab. Mata mencerun tepat pada anak mata Damia yang berkilau dengan tangis. “Aku…” Lama Haq jeda. Berkira-kira, perlu ke dia ucapkan ini?

                “Kau isteri aku Lut. Isteri aku yang sah. Insya-Allah selagi aku mampu, aku takkan pernah biarkan kau tersasar dari landasan kebenaran. Kau amanah dan tanggungjawab aku Lut.”

                Seraya itu Damia mendakap tubuh kekar Haq untuk kali kedua selepas peristiwa mereka ‘ditangkap basah’. Dia merasa sangat lega. Hatinya jadi damai kembali. Terasa dihembuskan angin ketenangan dari yang Maha Esa. Setitik demi setitik air mata jatuh di atas baju Haq.

                Haq menelan liurnya. Bibirnya tergamam. Ada satu rasa yang sudah menyelinap masuk jiwa dan hatinya. Tak dapat menahan. Dia mengusap belakang Damia perlahan. Isterinya perlukan kedamaian.

                “Lut, kita buat solat sunat jom. Aku imam.” Ajak suara garau itu.

                Damia renggangkan pelukan. Dia pandang anak mata Haq. Berbalam lagi kolam matanya. Damia angguk perlahan.
***

HAQ tercari-cari susuk tubuh insan itu. Bangun selepas subuh tadi dia kembali menyambung lena. Bangun-bangun tengok sekitar bilik, Damia takde. Kaki diayun menuju ke ruang dapur. Kelihatan bibik sedang menyiang ikan di sinki.

                “Bik isteri saya mana?” tanya Haq tanpa pamit.

                “Ohh ikan terbang!” Seekor ikan jatuh ke lantai dek dibaling bibik.

                Haq ketawa perlahan. “Eh sorry bik. Tak tahu pulak bibik tak kuat semangat.”

                “Aduh Tuan! Bikin kaget aja! Lain kali bagi salam dulu dong. Lihat, ikannya udah terbangkan?”

                Haq gosok belakang kepala. “Maaf bik. Saya cari Lutfiah. Dia takde dalam bilik. Kat depan pun takde. Mana dia bik?”

                “Aduh tuan. Pagi-pagi udah cari puan kenapa? Ngak cukup ya semalam?”

                Berkerut dahi Haq. “Apa yang tak cukup?”

                “Lepasin rindulah. Apa ngak cukup semalam?” Bibir bibik sudha tersengih-sengih.

                Haq gelak halus. Dia menggeleng. “Aduh bibik ni ada-ada sajalah. Dahlah. Saya cari wife saya sendiri.” Kaki dibawa keluar dari dapur menghala ke bilik gim yang terletak dekat dengan kolam renang.

                Pintu bilik itu dikuak perlahan. Kelihatan isterinya ada di situ. Sedang berlari di atas treadmill. Huish. Dah kurus pun sibuk dah bersukan lagi perempuan ni, desis hati Haq. Damia tampak kusyuk berlari sambil mendengar iPod. Kedua belah ditelinganya disumbat earphone.

                Haq sandar bahu kiri ke dinding dengan berpeluk tubuh. Mata lelakinya menjamah setiap lekuk tubuh Damia. Dengan seluar tech capri dan spaghetti strap tank top tersarung di tubuh rampingnya membuatkan Damia nampak seksi. Ada sehelai towel kecil tersangkut di batang leher Damia. Sesekali isterinya mengelap peluh yang merenik di dahi. Haq tersenyum sendiri.

                Sepuluh minit berlalu, mata Haq masih melekat lagi pada Damia. Damia hentikan larian. Dia mengelap peluh sekali lagi.

                Penat.
                Damia pusing belakang. Matanya terbuntang melihat Haq yang elok bersandar bahu pada dinding.

                “Argh! You buat apa kat sini?” terkejut. Damia silangkan tangan ke dadanya. Malu. Bajunya ketat dan sendat. Sangat menjolok mata. Cepat-cepat tangannya capai satin robe di atas dumbbell.

                “Eh salah ke tengok isteri sendiri?” Selamba Haq berkata. Mata sikit pun tak lepas dari memandang Damia.

                 “Tak salah tapi at least beri salam. Let me know you are here.” Damia sarung satin robe cepat-cepat.

                “Eh. Eh. Takyahlah pakai tu.” Arah Haq.

                “Apsal pulak?”

                “Bukak.”

                “Hah?”

                “Bukak robe tu.”

                Ah sudah! Haq nak buat apa dengan dia? Damia gigit bibir sendiri. Arahan Haq dia patuh. Robe dibuka melurut ke bawah.

                “Sini.” Perintah Mr.Director lagi. Jari telunjuk tangan kanan memanggil Damia.

                Berkerut dahi Damia. Langkah diayun perlahan mendekati Haq. Dia berdiri tegak dihadapan Haq. Damia perasan Haq memerhatikan gerak langkahnya tak lepas. Dia bukan bodoh. Faham makna pandangan mata itu. Jangan pernah lupa ya, she’s the most attractive woman masa jahil dulu. Mari dia ingatkan Haq. Selamba kedua belah tangan Damia sangkut di leher Haq.

                Haq terkejut. Dia tunduk sedikit sebab Damia tak tinggi mana. Ternampak warna bra yang dipakai Damia. Haq telan liur. Niat dalam hati saja nak menduga keberanian Damia menentangnya. Tapi dia pula yang terkena.

                “You love the view right?” bisik Damia menggoda seraya bibir digigit perlahan. Dia dahlah berpeluh ni. Tapi dia nampak Haq macam nak main tarik tali, dia peduli apa.

                Haq tarik nafas dalam-dalam. “Lelaki. You know well what they like.” Balas Haq berani. Mata isteri ditatap tak lepas.

                Bibir Damia senyum sinis. “Okey tak kalau I buat macam ni?” Damia jongket sedikit kakinya. Mencium pipi kiri Haq. Sempat dia tiup cuping lelaki itu. Dalam hati dia mula rasa Haq akan tewas dengan ego sendiri.

                Haq melepaskan batuk kecil. Automatik kedua belah tangannya naik memaut pinggang si isteri. “I’m still okay with it.”

                “Kalau macam ni?” Damia cium pipi kanan pula. Bibirnya sudah senyum melihat Haq yang masih control macho.

                “I’m still okay.” Mata kalau boleh tak nak tunduk sebab jelas-jelas akan nampak pangkal dada yang terdedah itu.

                Kuat betul iman kau kan Haq? Damia tebalkan muka goda suami sendiri. “Kalau macam ni?” Kaki Damia terjongket sedikit. Dahi bertemu dahi. Hidung berlaga. Nafas mereka bersatu. Mata bersabung. Gelora jiwa mereka berombak sama.

                Tak dapat nak menahan godaan. Haq pagut bibir Damia. Damia merelakan.

                PRANG!!! Terdengar bunyi kaca berderai. Haq dan Damia tersedar dari terus larut. Sempat Damia gigit bibir sendiri. Dia lepaskan tautan di leher Haq. Haq gosok batang leher sendiri.Dia berdehem beberapa kali.

                Damia berpatah balik mengambil satin robe yang terjatuh di lantai. Dia sarung ke tubuh sendiri.

                Mereka berdua keluar dari bilik gim.

                “I nak you lepaskan I Luth.” Jerit Datin Zaskia dari dalam bilik. Matanya membuntang saat melihat ada perempuan lain yang tidur di atas katilnya. Jiwanya diamuk marah yang menggila hingga memecahkan pasu kesayangannya.

                Damia dan Haq cepat-cepat naik ke tingkat atas. “Mommy?” Panggil Damia saat tiba dia tiba di bilik mommy dan daddy.

                Matanya membulat. Tangan naik mengatup bibir sendiri. “Daddy…” matanya berkaca-kaca. Dia juga terkejut. Gadis yang Datuk Luthfi bawa balik semalam selamba badak turun dari katil dengan hanya memakai camisole. Camisole milik mommy.

                Haq terus mengalihkan pandangannya. Dia mengurut pelipisnya. Terkejut melihat ada perempuan lain di bilik mertuanya.

                “Kurang ajar!” Datin Zaskia mendapatkan perempuan yang meniduri suaminya. Tak boleh dia terima. Ini bilik dia. Katil beradu dia bersama Datuk Luthfi.  Camisole juga miliknya! Perempuan muda ini tiada hak untuk usik barang dia!


                Datin Zaskia tarik rambut perempuan itu. Terdengar jeritan nyaring dari si gadis.

                “Zas, dengar dulu apa yang I nak kata.” Datuk Luthfi sarung seluarnya cepat-cepat. Dia mendekati Datin Zaskia. Dia cuba meleraikan pergelutan itu.

                Damia bertindak dengan memegang lengan gadis yang mungkin umur lebih muda dari dia.

                “You nak kata apa Luthfi? Terang lagi bersuluh you tidur dengan perempuan tak guna ni!” tengking mommy.

                “Apa beza dengan you? You pun berlaku curang dengan I.” Datuk Luthfi bidas kasar.

                Damia pegang bahu perempuan itu lalu dibawa keluar. Dia menyuruh perempuan itu mengutip pakaiannya dan pergi dari rumah mereka.

                “Sekurang-kurangnya I tak pernah ke ranjang katil!” tegas Datin Zaskia. Marah!

                “Boleh percaya ke cakap you ni Zas? You jangan ingat I bodoh.”

                “Ikut suka youlah nak percaya cakap I ke tidak. Kalau beginilah cara you layan I, ceraikan I Luth! Ceraikan I.” Jerit Datin Zaskia.

                “Mommy! Daddy! Enough!” Suara Damia meninggi. Haq pandang isterinya tak percaya.

                Mata Datin Zaskia dan Datuk Luthfi melekat pada anak tunggal mereka!

                “Boleh tak mommy dengan daddy jangan jadi macam budak-budak? Benda boleh settle kan? Tak perlu nak herdik, tengking, marah. Tak malu ke dengan Mia? Tak malu ke dengan Haq?”

                “Mia tak tahu apa daddy dah buat dengan mommy. Senanglah Mia cakap.” Datin Zaskia peluk tubuh.

                “Mommy!” Damia mengeluh berat. “Selama ni Mia perhatikan je mommy. Mia cuba cakap baik-baik dengan mommy daddy. Tapi apa Mia dapat? Tak jalan langsung nasihat Mia. Mommy dengan daddy dah tua kan? Tak boleh ke mommy daddy berubah? Kebaikan untuk diri sendiri juga.”

                “Kalau mommy Mia tak buat hal. Daddy takkan buat hallah Mia.” Tukas Datuk Luthfi.

                “Ye. Mia tahu, both of you jealous each other. Jadi kenapa perlu bercerai sedangkan hati masing-masing masih sayang? Come on, mommy daddy. You both live together for almost 26 years okay. Mia anak mommy daddy. Mia tak nak both of you berpisah.”

                “Tapi kalau hati masing-masing dah terluka, bukankah perpisahan itu lebih baik Mia? Mommy tak nak hidup bermadu.” Datin Zaskia sudah menangis perlahan.

                Haq tersentak. Terhenyak pun ada. Macam kene batang hidung sendiri. Agaknya inilah perasaan Luthfiah kalau tahu, aku dengan Ayu ada hubungan.

                “I tak pernah terniat nak madukan you pun Zaskia.” Datuk Luthfi picit dahi perlahan. Dia masih sayangkan isterinya tetapi dek kerana cemburukan isteri yang ada anak ikan, dia jadi nak tunjukkan yang dia juga mampu punya perempuan simpanan.

                “Tak terniat. Tak terniat. Tapi you tidur juga dengan budak mentah tu.” Marah Datin Zaskia.

                “Mommy…” Damia mendapatkan mommynya. Dia peluk dari sisi. Mengusap lembut bahu wanita tua itu. “Sabar mommy. I know you strong. You’re the best mother that I ever had mommy. Believe me, daddy would not hurt you.”

                Datin zaskia pandang anaknya. Damia ukir senyum semangat. Kemudian mata Damia melotot pada Datuk Luthfi. “Am I right daddy? You would never leave mommy kan? Daddy sayangkan mommy lagi kan?”

                “Memanglah daddy sayang. Tapi mommy Mia tu yang dah tak sayang daddy sampai cari anak ikan.” Kata si daddy.

                “Kalau you ada masa untuk I. Hari-hari ada rumah, jaga I. I takkan cari anak ikanlah.”

                Gaduh lagi. Damia mengeluh berat.

                “Ehem! Mommy daddy.” Haq menyampuk tiba-tiba. Rasanya dia perlu ikut campur  juga.
                Enam pasang mata melekat pada Haq.

                “Haq bukan nak cakap apalah. Tapi, both of you dah tua. Orang kata, kubur kata mari. Rumah kata pergi. Kalau both of you tak sedar diri dari sekarang, dah cukup sangat ke amal both of you nak masuk syurga?” Sindir Haq pedas.

                “You!” Mata Damia mencerun tajam. Tak sangka Haq berkata begitu pada orang tuanya.

                Datin Zaskia dan Datuk Luthfi tersentap.

                “What?” selamba riak yang diberikan.

                “Apa yang you cakap tu melukakan hati dorang tahu?!” marah si isteri.

                “Come on Lut. They’re old. Tak manis langsung bergaduh depan kita. Aku cakap benda betul. Umur makin lama makin singkat, mommy dengan daddy takkanlah nak duduk kat takuk tu je. You all have to change selagi diberi peluang. And you daddy…” Haq pakukan pandangan memandang Datuk Luthfi.

                “Saya tak heran dan tak takut dengan pangkat yang daddy ada. Saya hanya nak yang terbaik untuk mertua saya. Daddy lelaki, kalau betul daddy seorang yang bertanggungjawab. Sayangkan mommy dan Lut, show them your love. Appreciate them selagi dorang ada. Daddy ketua kan? Laksanakan tanggungjawab mengemudi rumahtangga ke arah peraturan dan disiplin yang telah digariskan di dalam ajaran Islam. Bukan biarkan mommy tersasar macam tu. Men are in charge of women by what Allah has given one over the other and what they spend from their wealth daddy.” Panjang lebar Haq nasihatkan bapa mertuanya. Penat juga membebel ni eh?

                Datuk Luthfi terlongo. Damia pandang Haq dengan senyuman bangga.

                 Datuk Luthfi pandang Haq tak percaya. “Are you giving instruction for me to follow your advice?”

                Haq  geleng. “Tak. Itu nasihat. Kesedaran tu terletak pada daddy sendiri.”

                “Keluar!” Arah Datuk Luthfi garang. “Mia dengan Haq boleh keluar sekarang! Tinggalkan mommy dengan daddy.”

                Damia pandang Datin Zaskia. “Love you mommy.” Sebuah kucupan hinggap di pipi Datin Zaskia. Damia tarik tangan Haq supaya keluar dari bilik mommy dan daddy.

                Di luar bilik, Damia pandang Haq. Kemudian dia mengeluh perlahan. Kalaulah nasihat Haq tadi boleh buka mata hati daddy, dia bersyukur sangat.

                “Kau marahkan aku ke Lut?” lengan Damia dipegang kejap apabila wanita itu ingin berpaling pergi.
                “Takde sebab untuk I marah you Haq.”

                “Yelah, aku masuk campur urusan korang sekeluarga. Mesti jadi masalah pada kau bukan?”

                Damia senyum pandang Haq. Tangan kirinya memegang tangan Haq supaya melepaskan lengan kanannya. “Terima kasih. You doalah supaya daddy I dapat cerna apa yang you nasihatkan. Doakan supaya nasihat you tu jalan.” Usai berkata, Damia terus melangkah pergi.

                Mata Haq menyoroti langkah Damia. Ergh! Damia tak nak sambung apa yang tergendala tadi ke? Sempat lagi Haq bermonolog. Kalau bukan kerana mommy daddy, mungkin mereka dah hanyut. Haq pegang bibir sendiri. Kemudian dia tersengih nakal.  

***

DAMIA yang sedang menonton movie di sofa memanjangkan lehernya memerhatikan telefon Haq. Dari tadi berdering tak sudah. Suaminya pula ada di dalam bilik air. Mandi. Damia pandang pintu bilik air. Lama lagi tu rasanya. Terus tangannya mencapai telefon bimbit Haq.

                “Ayu?” gumam Damia perlahan apabila ternampak sebaris nama pemanggil.

                Kekasih dia ke? Getus Damia. Mata memandang bilik air. Nak angkat ke tak eh? Damia berkira-kira di dalam hati. Tiba-tiba terdengar tombol pintu bilik air dipulas dari dalam. Cepat-cepat Damia letak semula phone Haq di atas meja bulat. Dia berbaring elok di atas sofa.

                Haq melangkah keluar dari bilik air dengan hanya bertuala separas pinggang. Memang jadi habit Haq. Damia pun dah naik lali. Mata dia jaga dari memandang tubuh lelaki itu yang nampak menggoda selepas mandi. Lelaki itu menggosok-gosok rambutnya dengan tuala kecil.   
  
                “Baju aku mana?” tanya Haq.

                “Itu atas katil.”

                Haq merapati katil. Seperti biasa dia nak keluarkan arahan mengada. “Aku…”

                “Ye. Kejap. I tukar lain.” Damia bangkit dari pembaringannya. Tahu Haq nak tukar baju lain.

                Haq rasa rahangnya nak jatuh ke lantai. Melihat Damia yang hanya mengenakan lace robe berwarna merah separas paha membuatkan jantung dia kerja lebih masa. Robe Damia kali ini tipis, jarang, singkat. Kalau sebelum ni selalu elok je robe sampai bawah. Malam ni mana hilang robe labuh?

                “Nah.” Damia hulur singlet warna putih.

                Haq sambut huluran itu. Mata tak berkelip pandang Damia. Terus dia sarung ke tubuhnya tanpa banyak soal. Tiba-tiba bilik ni rasa sejuk.

                “Hmm, sexy.” Komen Damia selamba. Damia terus kembali duduk di sofa. Dia sengaja pilih singlet. Nak tengok reaksi Haq.

                Seksi? Dia cakap aku seksi ke dia yang seksi? Haq telek tubuh sendiri. Eh? Singlet je? Dia bagi aku pakai singlet? God! 

                “Kau ni takde baju lain nak pakai? Ke hulur ke hilir dengan robe semedang.” Haq ambil tempat di depan Damia.

                “Eh sebelum ni I selalu pakai robe kan? Apa masalah you?”

                “Takde masalah. Tapi kau ni pakai baju macam tak cukup kain kenapa? Berlambak je baju elok-elok dalam almari tu. Apsal tak pakai? Asyiklah pakai yang singkat-singkat.”

                “Hello Encik Haq. Baru malam ni okey I pakai robe singkat. You nak emo kenapa? Tergoda ke?” duga Damia.

                Haq telan liur. Ada saja nak dibalas Lut. Aku cium kang bibir tu baru tahu erti diam. “Seksa aku tengok.” Mata memandang TV.

                Eleh! Jual mahal kau eh Haq. Pakai robe je pun jadi masalah pada kau kan? Desis hati Damia. Dia duduk bersilang kaki sambil bermain telefon.

                Haq curi pandang Damia. Kaki panjang Damia yang terdedah tu pun dia remang semacam. Cepat-cepat telefon bimbitnya dicapai. Tak nak dera perasaan sendiri dengan hidangan indah di depan mata.

                Missed call from Ayu? Ni mesti kes nak ajak jumpa aku ni. Getus Haq di dalam hati. Ayu dah perasan jadualnya. Setiap kali dia balik KL, mesti dia jumpa si buah hati sekejap.

                “Girlfriend ke call banyak kali tu?” tanya Damia tiba-tiba.

                “Kalau girlfriend pun bukan masalah kau.”

                “Of course jadi masalah Haq. You are my husband.”

                Tahu jeles pulak perempuan ni? Ingat tak tahu jeles. “Takyah nak jealous sangatlah. Kita ni…” Haq tunjuk muka Damia lalu ke tubuh sendiri. “Nothing.”

                Damia bangkit dari  duduk. Dia mendekati Haq. Dengan selamba, dia duduk di paha suaminya. “Nothing you kata? I kan wife you…” Wajah Haq dipegang supaya hanya menatap matanya.

                Godaan apa kau beri aku ni Ya Allah? Haq tahan nafas. Sungguh wangian dari tubuh Damia buat dia mamai. Lagi-lagi si gebu ini duduk di paha dia. Mahu tak pecut adrenaline dia. Dada tak usah cakap. Berdebar-debar. “Tapi kau bukan isteri pilihan hati aku Lut.” Haq balas juga kata-kata Damia.

                “Bukan isteri pilihan atau pun pilihan, you…” Damia dekatkan bibir ke telinga Haq. “Still a husband.” Damia pandang mata pula. “Hubungan kita halal Haq walaupun I bukan isteri pilihan you. I ada hak untuk tahu apa-apa yang berkaitan dengan you. Dan I…perempuan…” Damia telan liur. Dia jeda seketika. Dadanya berdebar bila berdekatan dengan suami sendiri.

                “Ada hati. Ada perasaan…” Damia capai tangan Haq lalu dibawa ke dada kirinya. Dilekapkan disitu. “Hanya ada satu nama yang jadi pemilik hati I selepas Allah. It’s you.” Mata yang berbalam dengan air mata terus menitis perlahan. Damia menunduk. Perasaannya sebak.

                Sampai bila-bila pun kau bukan isteri pilihan dia Damia… getus hati di sisi yang lain.

                Haq terkedu. Aku dah lukan hati kaukan Lut? Aku yang buat air mata tu basahkan pipi kau kan Lut? Aku kejam kan Lut? Bisik hatinya.   
        
                Damia seka air mata sendiri. Dia ukir senyum pandang Haq. Dia bangun dari duduknya. “Sorry. Mesti I berat, kan? Kaki you mesti lenguh. Betul tak?” bergetar suara Damia. “Err, you tidurlah atas katil hari ni. I tidur bilik lain.” Ujar Damia dan terus berpaling.

                Tolonglah Haq… tolong panggil nama I. Sekali pun takpe. Sekurang-kurangnya buat I tahu, yang ada nama I di hati you.

                Haq kaku. Membiarkan. Tanpa ada sedikit pun rasa nak membalas apa yang Damia katakan tadi.

                Tindakan Haq itu menyebabkan hati isterinya sendiri terluka lebar.



#p/s: Assalamualaikum. Segala salah silap dan kekurangan yang ada dlam cerita saya, saya mohon maaf. Terima kasih sbb sudi tunggu entry ni. Support cerita ni, thanks sangat-sangat. Love you more gais. Haha!May Allah bless you.



No comments: