Part 4
“HAQ, abang nak cakap
sikit ni.” Hud abang kepada Haq menepuk bahu adiknya perlahan. Haq tampak
kusyuk menghisap sebatang rokok di luar rumah. Adiknya bukanlah seorang perokok
tegar. Cuma sejak semalam, dia nampak bibir Haq tak lepas dengan rokok. Stress
sangat ke?
“Kau nak cakap apa bang?” tanya Haq lalu mencampak batang
rokok yang sudah pendek itu ke dalam longkang. Ni kalau ibu nampak ni, mati dia. Haram! Teringat dulu sketsa yang Ustaz Majid berikan analogi bagi perokok tegar:
Kawan A: Bro, kau hisap rokok bro? Kan haram tu.
Kawan B: Chill beb. Rokok je pun.
Kawan A: Beb, ikut aku jap.
Kawan A membawa kawan B ke sebuah kedai makan Cina. Kawan A memesan semangkuk sup daging pork.
Kawan B: Kuang ajor kau. Kau bawa aku makan kedai cina buat apa? Kan haram gila! Mana halal makanan dia.
Kawan A: (Tayang sengih) Relax lah bro. Chill. Babi je pun. Tak matilah makan.
Kawan B: Gila kau. Kan haram tu.
Kawan A: Dah tu kau hisap rokok tu tak haram? Asal pork kau tak nak makan lak?
Deep! Itu sketsa paling sentap. Tapi kalau dah namanya lelaki, bila stress kadang-kadang terhisap jugalah sebatang dua.
Dia berpaling ke belakang. Menghadap rumah banglo milik
Datuk Luthfi dan Datin Zaskia. Dua minggu selepas paksaan ibu, akhirnya tepat
pukul 10 pagi tadi dia bergelar suami kepada Damia Luthfiah Binti Luthfi.
“Ibu dah ceritakan semuanya pada abang. Pasal kau dengan
Lutfiah.”
“Ibu cakap apa?”
“Ibu tahu kau tak rela, tak setuju dengan perkahwinan ni.
Tapi kenapa kau teruskan juga?”
“Dah kehendak ibu. Dia nak sangat aku bertanggungjawab
ke atas Lutfiah biarpun benda tu bukan
salah aku.”
“Abang dengar ibu siap tampar lagi muka kau. Apa rasa?
Sakit ark?” tanya Hud. Mereka mengambil tempat di bawah khemah.
Haq pandang muka abangnya. Dia tunjukkan tapak tangannya
kepada Hud. “Agak-agak? Kau nak rasa tak?”
Hud sengih. Menggeleng. Tak nak dia. “Haq, walau apa pun
yang berlaku antara kau dengan Lutfiah
tu, dia dah pun sah sebagai isteri kau Haq. Kau kene terima. Ikhlas. Redha.”
Nasihat pertama si abang yang sudah pun berpengalaman dalam hal rumahtangga.
“Macam mana aku nak terima dia bang kalau dalam ni…” Haq
tunjuk dada kiri. “sikit pun takde rasa cinta untuk dia.”
“Haq, cinta tu boleh dibajai. Bercinta selepas nikah kan
lebih manis rasanya.”
“Manis? Bang, perempuan yang kat dalam tu, yang dah jadi
bini aku tu, entah baik atau tidak pun aku tak tahu bang. Dia tu entah
siapa-siapa tiba-tiba muncul dalam hidup aku dengan ibu. Dia tu jahat bang. Dia
perangkap aku dengan perkahwinan ni.”
“Haq. Haq. Tak baik menghukum isteri kau sampai macam tu
sekali. Mungkin memang dah jodoh kau dengan dia macam ni. Nak buat macam mana
kan?”
“Tapi bang. Dia perangkap aku dengan cara kotor. Aku
sikit pun tak sentuh dia, tapi dia buat aku ni jadi pak sanggup dia. Mana tahu
kot-kot dia mengandung tiba-tiba. Eh tak nak aku ngaku tu anak aku. Entah anak
siapa-siapa dia kandungkan. Aku ni pak sanggup dibuatnya bang.” Lancang mulut
Haq berkata-kata. Kenyataannya memang itu yang dia rasa. Jangan-jangan Lut tak
nak mengaku hari tu sebab dia dah mengandung dan dia nak aku bertanggungjawab.
Letak kesalahan tu di bahu aku.
“Astaghrafirullah. Haq, cuba bersangka baik sikit. Benda
dah pun jadi. Kau dah jadi husband
dia dan dia pun dah jadi wife kau. Masing-masing dah ada tanggungjawab sendiri.
Kau nak hidup lama dengan dia bro. Masa tu, tegurlah dia dengan baik kalau dia
silap. Kita ni bro….” Hud letak tangan kirinya dibahu Haq. Ditepuk lembut.
“Tanggungjawab kita ni berat. Kitalah nakhoda dalam bahtera yang dibina. Ingat
Haq, dosa dia kita tanggung. Kau tak boleh lepas tangan macam tu je.” Nasihat
Hud panjang lebar. Sebolehnya dia mahu yang terbaik untuk adiknya Haq. Kalau
dah ini jodoh Haq, mereka sekeluarga terima seadanya.
“Tapi bang…hati ni…” Haq pegang sekali lagi dada kiri.
“Sakit bang. Dia buat aku macam pesalah dalam hal ni. Aku rasa nak marah je
tengok muka dia.”
“Istifar banyak-banyak. Ingat Allah. Sekarang kau jumpa
dia, kau tanya dia. Kenapa buat kau macam ni? Minta dia sebuah kejujuran dan
penjelasan. Mesti ada sebab Haq. Lagi pun aku tengok Lutfiah tu takdelah jahat
mana. Elok je ibu layan dia. Rapat pula tu. Cantik pun cantik. Kau tak rugi apa
pun jadikan dia isteri kau Haq.”
“Aik? Lain macam kau cakap ni bang. Berkenankan dia ke?”
kening Haq naik sedikit.
Hud gelak halus. “Berkenan jadi adik ipar je. Dah lah bro.
Pergilah naik atas. Dah sejam lebih kau kat luar ni. Ingat pesanan abang.
Terima dia. Ikhlas. Insya-Allah kau boleh punya hidup dengan dia.”
Haq pandang ke atas. Memandang tingkap bilik Damia. Boleh
ke dia menghadap Damia? Desisnya perlahan. Haq masuk ke dalam rumah. Kelihatan
mommy dan daddy Damia sedang berborak dengan rakan-rakan mereka. Ibu mana? Mata
meliar mencari ibunya. Langkah kaki di bawa ke dapur.
Kelihatan Puan Solehah sedang membantu pembantu rumah
keluarga Damia membersihkan dapur.
“Ibu buat apa ni?” tanya Haq. Bukankah mereka gunakan
khidmat catering? Kenapa ibu perlu turun dapur hulur tangan? Sedangkan mommy
dan daddy Damia bersuka ria di depan.
“Eh Haq? Kenapa tak tukar pakaian lagi? Tak panas ke?”
mata tua itu melotot pada baju melayu Haq yang tidak bertukar lagi.
“Nak naik ataslah ni tukar baju. Bilik dia yang mana
satu?” soal Haq.
Dia? Bukannya nak sebut nama isteri sendiri. Haq. Haq.
Puan Solehah menggeleng. “Kat tingkat atas, bilik yang ada sticker do not disturb.”
“Ohhh….” Haq angguk kepala. “Ni ibu buat apa? Bukan semua
dah settle ke?”
“Ibu tolong bibik cuci pinggan sikit-sikit. Kesian pula.”
“Tak usahlah bu. Lebih baik ibu ke depan sana. Abang Hud
dah nak balik dah tu. Ibu tak ikut balik ke?”
Puan Solehah senyum. “Lut suruh ibu tidur sini. Tadi
datin pun dah tunjukkan ibu bilik ibu. Kat atas juga bilik ibu. Berdepan dengan
bilik Haq dan Lutfiah.”
“Oh baguslah kalau ibu tidur sini. Boleh teman Haq.
Takdelah Haq sengsorang kat sini.”
Puan Solehah mendekati anaknya. Bibirnya tersenyum
melihat anak bongsunya kini sudah bergelar suami orang. Tangan Puan Solehah
menepuk dada Haq perlahan. “Alhamdulillah. Anak ibu dah jadi suami orang. Lepas
ni, anak ibu dah pikul satu tanggungjawab yang sangat besar.”
“Ibu… kenapa sedih sedih ni?” Ibu jari Haq menyeka air
mata yang bergenang di tubir mata Puan Solehah. Hatinya turut sebak kerana
memberikan ibunya menantu yang tak berapa baik.
Puan Solehah ukir senyum lagi biarpun tubir matanya
basah. “Ibu harap Haq boleh layan Lut selayaknya seorang isteri. Didik dia.
Bimbing dia. Sama macam arwah ayah pernah didik dan bimbing ibu. Jadi suami
yang baik Haq. Lut tu dia pernah tersasar sikit je. Alhamdulillah sekarang dia
dah jumpa hidayah dari Allah. Ibu kenal Lut sebelum Haq. Ibu tahu perubahan Lut
macam mana. Jadi, Haq janganlah bersangka buruk dengan dia ya?” Panjang lebar
nasihat Puan Solehah. Pesanan terakhir untuk anak terakhir yang sudah
mendirikan rumahtangga. Lepas ni dah takde
apa yang nak dirisaukan kerana ketiga-tiga anaknya sudah berkahwin.
Haq cengkam kedua belah bahu ibunya. “Insya-Allah bu. Haq
cuba redha dengan takdir yang dah tertulis ni.”
Bolehkah aku terima semua ni dengan mudah Lutfiah?
Walaupun hati ni pernah bergetar keranamu tetapi setelah apa yang terjadi,
mampukah aku maafkan kesilapan kau? Mampukah aku terima kau sebagai isteri aku
Lutfiah?
***
DAMIA menyeka air
matanya saat pintu biliknya terkuak lebar. Dia menangis kerana menyesal tidak
berlaku jujur tempoh hari. Kalau tidak pasti Haq tak perlu hadapi semua ini. Matanya
menyoroti langkah Haq yang menapak masuk ke dalam biliknya. Takut. Gementar.
Semua rasa ada. Semuanya bergelodak sampaikan dia rasa nak muntah. Takut kerana
mahu berhadapan Haq. Gementar kerana dengan gelaran isteri yang dia sandang.
Haq peluk tubuh. Dia bersandar elok pada wardrobe.
Matanya tajam memerhatikan Damia yang bebola matanya memerah.
“Menangis?” tanya Haq mandatori.
Damia geleng tetapi ada air mata yang tumpah di pipi.
Haq gelak halus apabila perasankan riak wajah Damia.
“Buat apa kau menangis Lut? Bukan ini ke yang kau nak?”
provok Haq sinikal.
Damia geleng. Ya Allah dia dapat rasa panas hati lelaki
itu. Dari suara dan riak wajah Haq. Dia dapat rasakan ada larva api yang bakal
meletus nanti.
“I minta maaf Haq. I tahu I salah.”
“Kau tahu kau salah tapi kenapa kau tak jujur?” Suara Haq
naik satu oktaf. Dia sudah berdiri tegak. Merapati Damia. Berdiri memandang
isterinya yang masih berbaju pengantin.
“Cause I love you…”
Mata mencari anak mata Haq. Mendongak penuh berani saat meluahkan kata.
Haq tergamam. Kemudian dia tergelak sinis.
“Cinta? Kau perangkap aku kahwin dengan kau. Kau letak
kesalahan tu di bahu aku, kau kata ini cinta?” bergetar bibirnya menahan marah.
Matanya garang memerhatikan Damia.
Damia pegang tangan Haq.
Dia tunduk lalu diciumnya tangan itu hormat. “I minta maaf Haq. I tahu I
patutnya jujur hari tu. Tapi I…” Damia menggantungkan ayatnya.
Haq kaku.
“I cintakan you Haq. Ikhlas. Masa tu, dalam kepala I terfikir,
I want you to be my savior. Only you yang I rasa… I’m suitable to live with. I want you Haq.”
Pengakuan telus, berani lagi jujur dari bibir Damia.
Haq rentap tangannya dari dipegang Damia. “But I don’t want you Damia Lutfiah! You
ruined everything. Ibu aku sendiri hilang kepercayaan pada aku. Mana aku
nak letak muka ni? Kau malukan aku Lut. Kau ingat dengan cinta yang kau ada tu,
boleh bersihkan balik nama baik aku?” Marah Haq kasar. Sikit pun tak rasa
bersalah buat Damia menangis begitu.
“Tak boleh ke you terima I seadanya Haq? Just give us a chance.”
Haq angguk. “Yes! I
give you a chance Damia Lutfiah. Let see whether we can live with this horrible
marriage or not. I’ll make sure, this marriage will make you suffer. For the
rest of your life. Nak sangat peluang untuk kita kan? Try lah. Tengok selama mana kau boleh bertahan dengan hubungan ni.”
Ucap Haq sinis seraya mencapai tuala yang tersangkut di luggage miliknya. Laju
kaki masuk ke dalam bilik air. Mahu menenangkan dirinya. Panas!
Damia tekap mulutnya dengan tangan kanan. Tak tertahan
rasa hati. Tak sampai beberapa jam, Haq dah tengking dan marah dia. Apatah lagi
mahu hidup lama. Mampukah aku bertahan Ya Allah? Kau lembutkanlah hati Haq
supaya memaafkan aku. Sejujurnya seluruh perasaan ini hanya untuk Haq.
***
“MACAM mana keadaan
dia?” tanya Damia perlahan. Haq yang sedang menonton TV di biliknya dibiarkan.
Barusan tadi dia mendapat panggilan daripada Sofia, kawan baiknya tentang
Zulfaqar.
“Dia okey je Mia. Kau janganlah risau. Lepas kejadian hari
tu, doktor sendiri dah sahkan, dia selective
amnesia. Dia tak ingat kau langsung Mia masa aku tanya tentang kau.”
“Habis tu macam mana dia kenal kau pula?”
“I’m not the last
one in his mind lah. Dah lah Mia, kau steady
je okay. Insya-Allah Faqar takkan ganggu kau lagi lepas ni. Kau hiduplah aman
bahagia dengan husband kau tu.” Suara
kawan baiknya memujuk supaya Damia tak usah risau tentang Zulfaqar yang
jelas-jelas sudah sihat selepas kemalangan kecil lalu.
“Thanks Fia sebab tolong tengok-tengokkan dia. Keluarga
dia macam mana?” soal Damia lagi. Risau kalau jadi apa-apa pada keluarga arwah Zulkarnain.
Hari itu nyaris-nyaris kes dia jadi kes polis sebab Zulfaqar cedera. Mujur saja
Zulfaqar bawa dia ke motel yang tak banyak CCTV. Kalau tak? Tidur lokaplah dia.
Kes Zulfaqar diklasifikasikan sebagai kesalahan Zulfaqar sendiri kerana mabuk. Pihak
motel sendiri tak nak bekerjasama dengan pihak polis. Dengan alasan ada
serpihan kaca dan beberapa botol arak di dalam bilik itu yang memungkinkan
Zulfaqar hilang akal.
“Hmm, yang tu…” suara Sofia tergantung.
“Kenapa Fia?” Damia sudah cuak.
“Mama dia baru je dihantar ke hospital dua hari lepas.
Gila. Mama dia cuba nak bunuh diri. That’s
why warded kat hospital. Kemungkinan besar dihantar ke hospital gila.”
“What about Dato?”
“Hmm, Dato… dia sibuk uruskan masalah kewangan syarikat
dia. Hutang-hutang keluarga dorang semua. Ramai orang tengah cari dato
sekarang.”
Allahuakhbar. Berat dugaan keluarga Zulfaqar. Tapi dia
tak dapat nak bantu apa melainkan mendoakan yang baik-baik sahaja. “Aku tak
dapat nak tolong keluarga arwah Fia. Apa yang aku boleh tolong,
tengok-tengokkan mama papa dia je. Nak tolong bisnes dorang, aku tak mampu. Kau
kenal daddy aku, kan?”
“It’s okaylah
beb. Lagi pun, masalah dorang bukan urusan kau. You have your own life,right? Kau tu cuma bekas girlfriend arwah Zulkarnain je.”
Damia ukir senyum tawar. Tetapi dia masih punya hati
perut untuk ambil tahu keadaan keluarga arwah Zulkarnain. Mereka pernah
berteman. Rapat pula tu. Kalaulah malam tu dia dapat selamatkan arwah, tak
mungkin jadi macam ni.
“Beb! Are you
there?” suara Sofia di hujung telefon mematikan lamunan Damia. Damia seka
air mata di hujung tubir mata.
“Yeah. Yeah. I
heard you. Thanks Fia for your help. See
you next time okay? Assalamualaikum.” Panggilan dimatikan. Damia tarik
nafas berat. Satu masalah selesai. Zulfaqar tak kenal dia. Tak ingat dia. Dan
yang penting, tak ingat peristiwa itu. Tinggal satu lagi masalah. Si encik
suami yang sedang menonton TV di atas katil. Macam mana nak buat lelaki itu
terima dia?
Damia meletakkan iPhone5s nya di atas meja yang terletak
di sisi katil.
“Tak sampai sehari jadi isteri dah pandai cakap belakang suami?”
Damia yang baru hendak tarik selimut terkaku apabila ditegur Haq.
“It’s just one
phone call Haq.” Jawab Damia lemah. Apa lagi yang lelaki ini mahu balahkan?
“Boyfriend?
Kekasih gelap? Or maybe your sugar
daddy?” Tanpa perasaan, Haq menuduh Damia sesuka hati.
“What’s wrong with you Haq? You
jealous ke if I had anyone of that?”
Erk? Haq hilang fokus pada TV. Dia pandang Damia. Masih
kekal bertudung seperti tadi. Kenapalah perlu bertudung sedangkan mereka di
dalam bilik yang sah-sah punya hubungan yang halal? Dengan satin robe dan tudung express
warna coklat, nampak sangat Damia tak selesa sebilik.
“Ada nampak muka aku macam orang jealous ke?” dengan kening ternaik Haq bertanya.
“Yes you are!
Kalau tak, you tak sibuk-sibuk nak tahu dengan siapa I berborak.”
Aih? Takkan tanya tu buat aku nampak macam jealous? Desis
hati Haq. Menyesal pula tegur. “Malas nak layan.” Haq cuba tutup topik. Niat
hati tu tadi sekadar nak sakitkan hati wanita itu sahaja.
Damia dah muncung bibir. Hish! Dia ni! Sengaja nak
didihkan marah aku. Damia sudah buka selimut. Nak masuk ke dalam. Dia penat.
Nak baring. Tidur.
“Ni aku nak tanya.” Ujar Haq lagi tiba-tiba.
Terbantut lagi tingkah Damia. “Apa?” jawapan ringkas.
“Kau tak payahlah nak bertutup-tutup. Berbungkus-bungkus
depan aku bagai. Kau tak rimas ke? Dengan lelaki lain boleh pula kau
dedah-dedah. Asal dengan aku tak nak dedah-dedah? Takut?” Ada saja modal dia
nak sakitkan hati Damia.
“Itu I yang dulu Haq. Now
I’m totally different okay. Bukan I yang takut, tapi I cuma tak nak you
yang takut tinggal sebilik dengan I.”
“Apsal pula aku kena takut?” kening Haq naik sikit.
Berkerut dahi.
“Come on Haq. I
perempuan. You lelaki. You faham maksud I kan? Tak takut ke I goda you? I just
menuruti apa yang you minta Haq. You
don’t want this marriage kan? Then
act like the real one.”
Haq telan liur. Act
like the real one? Mohon penjelasan please? Suami isteri atas kertas ke? Novela sangat ni. Desis Haq di dalam
hati. “Ada aku cakap kau tak boleh jalankan tanggungjawab kau sebagai seorang
isteri? Kene jadi macam orang asing
biarpun dah kahwin? Takde kan? Aku
cuma cakap I give us chance if that you
want. Then do what you should do. Kalau dengan cara goda aku kau nampak
kita ada peluang to be better, then just
go ahead. Chance only in front of you
Damia Lutfiah.”
Damia ketawa halus. “You memang pandai bermain kata-kata
kan Haq?”
Haq senyum sinis. Bangga. “Well, sekadar untuk sakitkan hati kau. Aku masih punya modal.”
Selamba Haq menuturkannya.
Damia ketap bibir geram. Dia bergerak ke wardrobe. Tudung expressnya dilucutkan dari kepala. Getah rambut yang menyanggul
rambutnya dilepaskan. Membiarkan rambut ikal mayangnya melepasi bahu.
Haq mengecilkan bola matanya. Melihat rambut hitam ikal
mayang milik Damia dilepas bebas membuatkan dia senyum sinis. Sesaat kemudian,
dia kembali menonton TV. Teringat kejadian di kampung, dulu rambut itu
dipandang saat tiada apa-apa ikatan. Kini, rambut ikal mayang itu yang akan dia
tatap setiap hari dengan ikatan yang sah.
Damia bergerak menuju ke katil. Cepat-cepat dia masuk
bawah selimut. Ditarik selimut hingga ke paras dada. Baring menghadap Haq.
Matanya memandang Haq tak berkelip.
Haq menoleh ke kanan bila terasa mata Damia melekat
padanya. “Apa?” suara garau itu bertanya kasar. Padahal di dalam hati Allah je
tahu saat wanita itu masuk bawah selimut.
“Takde apa. I cuma
nak tahu. Sebetulnya you masih marah I lagi atau you dah terima perkahwinan
ni?” suara perlahan Damia betul-betul buat Haq tergugat.
Jangan pernah tewas Haq! Tak sampai sehari dia jadi
isteri kau. Jangan terlalu awal memaafkan perbuatan dia. Itu yang Haq kata di
dalam hati. “Marah iye. Terima tu… Hmm, aku just
bagi kau peluang.” Mata masih lekat pada kaca TV biarpun fokus sudah terbang.
“Peluang apa Haq?”
“Peluang hidup dengan aku. Kalau kau rasa kau give up dengan aku, dengan cara aku
layan kau, kau boleh putuskan semua ni.”
“No. I tak
berjuang lagi takkanlah semudah tu I nak
give up.”
“Then just follow
the flow.” Haq melepaskan batuk kecil. Debaran di dadanya semakin kuat.
Takut Damia dengar. Just follow the flow
ya Haq? Kau sekarang ni berdepan dengan wanita paling hangat okey? Mampukah kau
bertahan.
Damia masih lagi memandang suaminya. Entah bilalah tangan
dia boleh naik usap pipi itu ya? Tanya Damia di dalam hati.
“Kau takde
benda lain ke nak tengok? Kenyang ke tengok muka aku?” Argh! Dia tak boleh
fokus dengan TV kalau orang sebelah katil ni asyik tengok dia je.
Damia geleng. Dia ukir senyuman paling manis. Dia ingat
malam pertama dia dnegan Haq akan jadi malam pertama paling teruk macam dalam
drama dengan novel bagai tu. Tapi Haq macam tak kesah je dia baring sebelah.
Haq pun nampak tak mengelak. “Saja nak tengok muka you. Youkan syurga untuk I.”
Deep! Haq kalih
mata. Dia pandang Damia dengan dahi berkerut. Wanita itu tampak selamba
memandang dia dengan senyuman yang melebar. Dua pasang mata itu bersabung mata
untuk beberapa minit. Cuba memahami bahasa hati masing-masing. Punya ritma
degup jantung yang sama.
Tiba-tiba ada vibration
di atas katil. Cepat-cepat Haq menggeleng. Hampir tewas! Tapi nasib baik phone dia berbunyi. Haq capai telefon
miliknya. Ada panggilan dari Cik Ayu sayang. Dia terus bangkit dari katil dan
menjawab panggilan itu.
“Assalamualaikum Ayu.” Salam diberi sebagai pembuka
bicara. Dia menjauh sedikit dari katil. Menghala ke pintu.
“Waalaikummusalam. Awak buat apa tu?” tanya si manis
dihujung talian.
“Errr, tengah tengok TV.” Bohong Haq. Dari tadi tak dapat
fokus sebab Damia!
“Ohh, awak kata nak jumpa esok. Awak bertolak dari PD
esok atau awak dah ada kat KL?”
“Err, dah. Saya lepak rumah abang. Esok kita jumpa okey?
Dah lama kan tak jumpa? Mesti awak rindu saya.” Tipu Haq.
Suara dihujung talian sana ketawa halus. Dahulu, tawa ini
yang menyinari hari-harinya. Dan kini? Ianya masih.
“Semalam saya mimpikan awak.” Cerita Ayu.
“Oh ye? Awak buat solat istikarah ke?”
“Hish taklah. Tiba-tiba je awak dalam mimpi tu.” Untuk
beberapa hari ini, hati insan di hujung talian tak berapa nak elok. Asyik
fikirkan Haq. Rindu? Mungkin. Walaupun dia tak pernah nampak muka Haq tu macam
mana, tapi jelas dalam mimpinya semalam adalah Haq.
“Habis tu mimpi tu kata apa?”
“You leave me.”
Haq tersentak. Tinggalkan Ayu? Mana mungkin? Tapi ia juga
satu kemungkinan. Dia dah jadi suami orang. Mata dikalih memandang Damia di
atas katil yang sudah pun terlena. Sanggupkah Damia bermadu? Atau ceraikan
Damia yang tak sampai beberapa hari jadi isteri dia?
“Haq! Are you
there?” Ayu memanggil nama Haq. Tiba-tiba saja panggilan sunyi.
“Yeah! I’m still
here. Hmm, maybe tu perasaan awak
je kot. Awak dah rindu saya sangat ni. Mimpi tu kan mainan tidur sayang.” Haq
cuba sedapkan hati Ayu. Tak mahu Ayu berfikir yang bukan-bukan.
“Yeah, maybe.
Sebab saya rindu awak kot, sebab tu awak muncul dalam mimpi saya, kan?” Ayu
ketawa halus di hujung talian.
“Dah lewat ni Ayu.
Better awak tidur. Esok nak jumpa saya kan? Muka kene fresh.”
“Selama ni muka saya tak fresh ke jumpa awak?”
“Eh taklah. I just
want to take a nap. Awak pun mesti penat kan? Apa kata esok je kita
borak? Saya ni penat driving kot.”
“Ohh, okey Haq. See
you tomorrow. Take care okay. Assalamualaikum.”
“Waalaikummusalam.” Haq mematikan panggilan telefon. Haq
merapati birai katil. Bantal di atas katil dicapai. Wajah yang sudah terlena
itu dipandang sekilas. Tak percaya dengan status yang dia sandang. Mata turun
pada bibir mungil Damia. Bibir yang pernah dikucup tanpa rela dahulu.
Aku tak tahulah nak marah kau ke tak Lut. Aku sendiri tak
faham dengan perasaan aku. Kau hadir dalam hidup aku tiba-tiba. Kau
porak-perandakan hidup aku. Aku marah Lut. Marah. Tapi hati sikit pun tak dapat
nak tangkis debar saat aku melafazkan akad tadi. Kau bukan isteri pilihan aku,
tapi kenapa masih ada debar bila dengan kau Lut? Tak cukup tinggi ke tembok
benci aku terhadap kau sampai mata ni asyik nak melekat pada kau? Monolog hati
Haq.
Dia bergerak ke sofa depan TV dengan bantal di tangan.
Kain pelekat di dalam wardrobe dia
ambil. Sebagai selimut di tengah kesejukkan ini. Lebih baik dia tidur di sini,
lebih selamat dari pelbagai ancaman. Yang namanya Damia Lutfiah tu bukan boleh
percaya.
No comments:
Post a Comment