Monday, 16 May 2016

Bukan Isteri Pilihan [Part III]

Part 3

MATA merenung tajam wanita dihadapannya ini. Rasa amarahnya memuncak tetapi dia pendamkan di dalam dada. Damia Lutfiah Binti Datuk Luthfi. Sebaris nama yang cantik sepadan dengan tuan empunya badan. Kalau dulu, wanita inilah merupakan ranking pertama untuk permainan battle di kelab. Tetapi yang ada di depan matanya sekarang ini sudah tampil berbeza dengan hijab di atas kepala. Berbaju kurus kapas bewarna pink. Sungguh dia tak percaya. Kenapa bukan kau saja yang mati perempuan? Itu desisnya di dalam hati.

            “Encik Zulfaqar kalau setakat nak jumpa I untuk tenung I macam tu lebih baik I balik.” Damia sudah panas punggung tak selesa apabila mata lelaki itu asyik merenung dia. Barusan tadi dia bersetuju untuk bertemu dengan Zulfaqar kerana lelaki itu ingin berbicara sesuatu dengannya. Tapi tak sangka, sudah lebih lima minit mereka bersua muka lelaki itu hanya merenungnya tajam.

            “Wow! Finally, keluar pun suara you. I ingatkan you nak membisu dari tadi.” Zulfaqar senyum sinis. Dengan tangan kanan mengacau teh, tangan kiri diseluk dalam poket, bersandar elok pada kerusi. Tampak gaya malas seorang Zulfaqar.

            Damia mengetap bibir. Geram. Dah tu dari tadi buat apa membisu je? Nak tunggu kau bersuara entah bila kalau dah mata tu asyik nak melekap kat aku  je.

            “You nak apa Faqar?” tanya Damia dengan nada mengeluh.

            “Saja. Nak tengok perempuan yang paling adik I cinta. Dah move on ke belum? How is she right now? Just want to know, is she alright or not? That’s all.” Tangan yang tadi di dalam poket seluar dikeluarkan. Diletakkan di atas meja dengan kedua belah tangan bertaut rapat.

            “You dah pun tengok keadaan I sekarang kan?”

            “Yeah. I macam tak percaya yang depan I sekarang ni Damia Lutfiah Datuk Luthfi.”

            “Kenapa?”

            Zulfaqar gawangkan tangan ke udara, buat gaya bulat kat muka sendiri. “Ni…” gaya tunjuk kepala dah berhijab. “I tak sangka you dah bertaubat. Kenapa? Lepas accident terus insaf?” Nada sarkastik dilemparkan buat Damia.

            Damia sandar  tubuh pada kerusi. Lalu memeluk tubuh sendiri. “Everyone have a chance to be better person, Faqar. And this is what I choosed.”

            Zulfaqar gelak halus. Matanya menjuling ke atas. Dia pandang keliling sebelum pandangan matanya melotot pada Damia. Entah kenapa dia rasa sangat marah dengan Damia. Setelah apa yang berlaku pada arwah adiknya Zulkarnain, hidup keluarganya jadi porak-peranda. Ada saja tak kena.

            “You tak perlulah nak berpura-pura baik Damia. I nak tanya you. Jauh kat sudut hati you tu, you tak rindu ke dengan semua perkara yang selalu you buat? Minum? Lepak kat kelab? Flirting with some guys? Don’t you miss all of them Damia?” provok Zulfaqar.

            “Astaghrafirullahalazim! Faqar, I dah tak buat kerja-kerja terkutuk tu. I dah taubat Faqar. Since I hilang arwah Zul. I think I just move on with my life. I dah tak nak jadi macam dulu. You see what happened with us right Faqar? Suddenly Faqar. It’s just suddenly. Tiba-tiba we both lost Zul. Siapa tak terkejut? That’s why, I make up my mind yang I nak berubah.”

            “You rasa Allah terima ke taubat you tu, huh? Allah nak ke terima taubat daripada perempuan murah macam you, huh? You tu kotor tau Damia.”

            “Shut up Faqar. You bukan Tuhan yang boleh judge I sesuka hati.” Mata mencerlung tajam. Gigi diketap kuat. Perasaannya bergolak. Sabarnya ada had. Lelaki di depannya ini betul-betul mencabar kesabarannya.

            “Betul apa I cakap? We both ni pendosa tanpa noktah right? You tengok adik I mati macam mana? Tak sempat nak bertaubat dia dah pergi dulu. So you rasa itu fair ke? You sempat taubat sedangkan adik I tak?”

            Damia geleng kepala. Dia tak faham apa yang tak kena dengan Zulfaqar ni. “Faqar, yes kita ni pendosa tanpa noktah tapi kita boleh padam dosa kita dengan taubat bukan? Allah tu Maha Pengampun Faqar. I percaya, sehina-hina I, seteruk dan seburuk mana pun I, Allah sentiasa beri I peluang untuk bertaubat selagi pintu taubat terbuka. Nak dan tak nak je diri sendiri untuk cari hidayah Allah.  Allah sayangkan kita tanpa syarat Faqar. Jadikan teladan apa yang jadi pada arwah adik you. Contoh dah depan mata you Faqar. Sekarang Allah pinjamkan you nyawa, beri you peluang untuk bertaubat. What happened to arwah Zul tu, you berdoa je banyak-banyak pada Allah supaya Allah tempat dia dalam golongan orang-orang yang beriman.”

            Zulfaqar senyum memandang Damia sambil menggeleng. “I tak sangka baru beberapa bulan bertaubat terus transform jadi ustazah.” Ada gelak dihujung ayatnya. Wanita ini sudah berubah. Jauh berbeza dari yang dia kenal dulu. Petah katanya berisi. Bukan sekadar kosong semata.

            “Faqar, kita tak tahu kesudahan kita bagaimana, what happen to us when we’re dead, kita tak tahu. Kita yang masih bernyawa sekarang ni, we need to follow Allah’s rule. Kita diberi pilihan Faqar. To choose syurga atau neraka. Percayalah Faqar, apa yang I hadapi sekarang ni jauh lebih tenang berbanding dulu.” Air tembikai disedut perlahan. Haus bercakap dengan orang tak dengar kata.

            Dahi berkerut pandang Damia tak berkelip. “You are totally different Damia.”

            “Well, this is the new me. Actually, ramai orang takut sangat untuk berhijrah cause they thought hijrah itu pasti rasanya lebih pahit. Tetapi hakikatnya berhijrah itu lebih manis. You got the peace yang selama ni you cari. Insya-Allah. Kalau kita terus istiqomah, the things will be easier.”

            “You know what Damia?” Dahi berkerut dengan kening terjongket sedikit. “After adik I meninggal. Mama I macam orang gila dalam rumah tu. Papa I pula berkepit dengan perempuan lain. And you know what happened to our company? Hampir bankrupt Damia sebab we lost our peneraju.” Cerita Zulfaqar. Ingin dia nyatakan, life is not that easier!

            “You kan ada. Kenapa tak uruskan syarikat tu?”

            “Damia. Damia. Dalam kecantikan yang you sembunyikan dari balik tudung tu, still terselit kebodohan kan? Damia, I totally know nothing about that damn company. I’m a doctor Damia. Apa yang I boleh buat untuk selamatkan syarikat tu?”

            Mata tak berkelip pandang Zulfaqar. Betul juga apa yang diberitahu tu. Peneraju utama syarikat Z&Z Construction adalah arwah Zulkarnain. Kalau arwah dah takde, siapa yang pegang syarikat tu? Tanya Damia di dalam hati.

            Gelas jus tembikai yang di-order Zulfaqar ditarik mendekati bibir. Dia menyedut beberapa kali. “Do you need my help Faqar?” tanya Damia setelah berfikir sejenak.

            “Yes, of course I need your help.”

            Pandangan Damia kabur. Kenapa dia tiba-tiba rasa pening? “You nak I tolong macam mana Faqar? I cuma…” kata-katanya terhenti. Damia urut pelipisnya.

            “I think the game begin Damia.” Kata Zulfaqar sinikal.

            “What’s game?” bicara Damia semakin perlahan.

            “Revenge!”

            Itu ayat terakhir yang Damia dengar sebelum kepalanya rebah di atas meja makan restoran mewah itu.

***

DAMIA buka kelopak mata perlahan-lahan. Kepala yang terasa berat tadi dipicit perlahan. Bau masam menerjah masuk ke rongga hidung. Damia pandang keliling. Saat matanya menoleh ke sisi kanan katil, kelihatan Zulfaqar sedang merenungnya tajam. Damia cepat-cepat bangkit dari pembaringannya. Di tangan Zulfaqar ada botol yang berwarna hijau.

            “Kau dah bangun Damia? Lena tidur? Mimpikan aku? Atau adik aku? Zulkarnain?” tanya Zulfaqar sarkastik sambil berjalan menuju ke  arah Damia. Dari tadi dia menunggu wanita itu bangun. Kalau boleh dia mahu rasai tubuh itu saat wanita itu sedar. Barulah dia akan rasa puas saat mendengar jeritan kekalahan Damia Lutfiah Datuk Luthfi.

            Damia terus berdiri dari katil. Takut bila matanya terpandang akan anak mata Zulfaqar yang merah itu. Seakan mahu menerkamnya hidup-hidup. “You nak buat apa ni Faqar?” Damia semakin menjauh. Ingin mencari jalan keluar.

            Zulfaqar semakin menghampiri. Di bibirnya tersimpan senyuman sinis. “And if you give me what I want…Then I'll give you what you like…” Bibir itu tiba-tiba menyanyi halus.

            Damia semakin menapak jauh dari katil. Ya Allah kau lindungilah hamba-Mu. Bisiknya perlahan. Saat ini dia mengharapkan keajaiban berlaku. Pertolongan dari Allah S.W.T.

            “Kau rasa apa yang aku nak Damia?” Zulfaqar mengepung tubuh lampai itu di dinding. Botol arak yang berada di tangan kirinya dibiarkan lepas.

            PRANGGG! Terdengar satu bilik hotel itu bunyi kaca berderai.

            Damia sudah mahu menangis. Dia menolak-nolak dada Zulfaqar.  Dia kenal bau itu. Bau arak. Jelas Zulfaqar sekarang berada dalam keadaan separa sedar. “Pergilah.”

            Tangan Damia direntap kasar. “Hei! Kau ingat kau boleh lari lepas apa yang berlaku pada arwah adik aku? Kau ingat aku nak biarkan kau hidup senang lepas aku hilang dia? Huh?” tengking Zulfaqar kasar.

            Damia menarik tangannya dari dicengkam Zulfaqar. Tetapi apalah sangat kudratnya sebagai perempuan berbanding Zulfaqar ni. “Lepaslah Faqar. Jangan buat I macam ni.”

            “Buat kau macam mana? Macam ni?” bibir dihinggapkan di batang leher Damia yang terdedah. Tudung wanita itu sudah awal-awal dia bukak. Semak!

            “Arghhh! Lepaslah!” Damia tolak dada Zulfaqar kuat. Saat itu dia mengambil kesempatan untuk melarikan diri.

            “Hei!” jerit Zulfaqar sambil memeluk pinggang kecil Damia.Tubuh itu dia dukung lalu dicampakkan di atas katil.

            “Aku paling pantang orang tak dengar cakap aku!” Tubuh Damia ditindih. Baju dibahagian bahu Damia ditarik. Bibir dibenamkan di bahagian bahu pula.

            “Arghhh!!! Tolong!” Damia rasa kotor. Sangat kotor saat bibir Zulfaqar menjamah tubuhnya. Tangan yang dicengkam Zulfaqar terasa lemah.

            Zulfaqar akan wajah dari terus mencium Damia. Dia tersenyum memandang Damia.

            “How it feel? Great is it?”

            “Lepaskan akulah bodoh!” jerit Damia garang. Pipinya sudah basah. Di dalam hati tak putus-putus berdoa supaya Allah menghantar seseorang untuk menyelamatkan dia.

            “Hei!” Pipi Damia ditampar.  Kemudian pipi itu dicengkam kuat. “Kau jangan ingat kau boleh dari aku Damia? Kau tahu tak apa yang aku kat dalam ni?” Tangan kanan di bawa ke dada kiri. “Sakit Damia! Sakit. Bila kau seorang doktor tak mampu nak selamatkan adik kau sendiri. Bila kau sebagai seorang abang tak mampu nak conduct keluarga sendiri. Kau tengok apa jadi dengan mama papa aku? Ke laut.” Pipi Damia ditampar. Zulfaqar menghamburkan kemarahannya terhadap Damia. Segala isi hatinya terluah di depan wanita itu.

            Damia mengambil kesempatan ini. Saat bibir Zulfaqar membebel panjang lebar, kepala Damia cuma terfikir nak lepaskan diri je. Tak guna nak merayu pada Zulfaqar supaya lepaskan dia. Dengan kudrat yang bersisa, Damia tolak badan Zulfaqar dengan  tangan yang sudah tak dicengkam. Zulfaqar jatuh dari katil. Cepat-cepat Damia melarikan diri.

            Tapi tangan Zulfaqar tangkas menarik kain baju kurung kapas yang dipakai Damia. Damia jatuh tersembam menyembah lantai. “Argh! Tolong!” kakinya terasa ditarik Zulfaqar. Kali ini Damia gunakan kakinya untuk bekerja. Dia menendang-nendang Zulfaqar.

            “Kau nak lari mana hah perempuan? Drama kita belum habis lagi tau!” tengking Zulfaqar geram. Dia sudah bersila sambil menarik kaki Damia yang sudah meniarap di lantai. Damia tak putus asa. Sedaya upaya  dia tendang dengan kuat sampai terkena dagu Zulfaqar.

            “Auch!” Zulfaqar melepaskan pegangannya. Damia tendang pula perut Zulfaqar. Lelaki itu terhantuk dengan buju meja di sisi katil.

            Damia bangkit. Dia terpanar meliha keadaan Zulfaqar. Lelaki itu memegang belakang kepalanya yang sudah berwarna merah tapak tangannya. Zulfaqar tiba-tiba rebah dengan darah yang sudah memenuhi lantai. Damia terkejut. Dia pandang keliling bilik itu. Ternampak beg tangannya lantai dicapai. Segugus kunci kereta mungkin milik Zulfaqar disauk sebelum meluru ke pintu bilik hotel. Melarikan diri. Rambut yang kusut masai. Bahu baju yang terkoyak. Cangkuk kain juga sudah hilang. Malahan, zipnya juga sudah rosak dek ditarik Zulfaqar. Damia terus berlari tak menoleh. Dalam kepala, hanya ada satu destinasi yang ingin dia tuju.

***
“BETUL ni Haq tak nak ikut ibu?” tanya Puan Solehah sebelum keluar dari rumah. Sekejap lagi akan diadakan majlis tahlil di masjid. Ingin dia bawa Haq bersama tapi tiba-tiba pula Haq demam. Kesian anaknya itu. Jadi terpaksalah dia pergi seorang diri.

            Haq menemani ibunya hingga ke depan pintu. Hidungnya berairi, matanya merah, kepalanya memberat. Terasa ingin tidur supaya segala kesakitannya hilang. “Maaflah ibu. Tak dapat nak teman ibu hari ni. Hari lain ya ibu? Kirim salam kat Ustaz Majid kalau ibu jumpa dia ya?” katanya lemah.

            “Hah yelah. Ibu pergi dulu. Nanti lepas solat Isyak rasanya baru ibu balik. Mungkin nanti Mak Lijah teman ibu balik. Sebab dia kata nak ambil kain ibu. Ibu ada pesan dia nak suruh dia jahit kain baju kurung untuk ibu,” beritahu Puan Solehah tanpa ditanya Haq.

            Haq angguk faham. “Yelah bu. Baik. Hati-hati jalan tu.”

            Tangan dihulur. Dia tunduk menyalami Puan Solehah.

            “Kunci pintu rumah Haq. Tadi dah makan ubat kan? Jangan tidur, kejap lagi maghrib. Lepaskan maghrib dulu, lepas tu Haq nak tidur kejap takpe.” Pesan Puan Solehah lagi.

            “Iye bu. Haq tahulah jaga diri.”
***

PINTU rumahnya diketuk kuat. Entah siapa pula yang datang ni? Haq yang baru saja hendak melelapkan mata selepas menunaikan solat Isyak terus bangkit semula. Takkanlah ibu pula? Desisnya. Takkanlah ibu takde bawa kunci? Dengan malas Haq keluar juga dari bilik. Dengan seluar boxer dan tidak berbaju, dia capai juga kain pelekat untuk menutup separuh badannya. Laju kaki diatur untuk membuka pintu rumah. Sebaik sahaja pintu rumah dibuka…

            “Tolong I Haq!” jerit Damia sambil menangis.Tubuh kekar Haq terus dipeluk hingga menyebabkan Haq terundur beberapa langkah. Pintu rumah terus tertutup automatik apabila tombol pintu dilepaskan. Damia menyembamkan mukanya ke dada lelaki itu.

            Haq tergamam. Dengan  bahu baju kurung kapas terkoyak besar, mafela yang menampakkan anak rambut. Kedua bahu Damia dipegang, Haq cuba menjarakkan Damia dari tubuhnya. Namun, Damia enggan melepaskannya pelukannya, sebaliknya wanita itu terus menangis semahunya.

            “Lut, kau kenapa ni?” tanya Haq dengan kedua belah tangan berada di bahu Damia. Wangian rambut Damia membuatkan jiwanya berkocak hebat. Melihat bahu putih itu terdedah menyebabkan dia rasa tak selesa. Lut ingat aku ni kayu ke? Takde nafsu?

            Damia menangis kuat. “He try to rape me Haq. Please. Save me from him. At least once.” Mengogoi Damia menangis.

            Haq tak keruan. Siapa pula nak rogol Damia ni? Perempuan ni kene rogol ke? “Lut, please let me go of this okay?” tangan Haq turun ke pinggang Damia. Cuba untuk meleraikan pelukan.

            Saat itu, tiba-tiba pintu rumah terbuka dari luar. Mata Haq membuntang saat bersabung mata dengan insan di luar pintu rumah.

            Bagaikan halilintar membelah bumi, Puan Solehah terhenyak. “Astaghrafirullahalazim Haq!” bergetar bibir itu mengucapkan kalimah suci itu. Remuk. Rabak. Dan terkoyak perasaanya melihat adegan tidak senonoh itu.

            “Ibu… this is not like what you think.” Haq menolak kasar tubuh yang melekat di dadanya. Dia menggeleng laju. “Look ibu… Lut dia…” Haq kaget apabila tubuh Damia melonglai. Pinggang wanita itu dipaut dari terjatuh ke lantai. Allah! Damia pengsan!

            “Apa yang kamu buat Haq?” soal ibunya mendatar. Dia pandang tubuh dua mahluk di hadapnya. Kain pelekat Haq jatuh ke lantai. Mafela Damia juga sama. Gadis itu tampak kusut masai. Kolam mata terasa bergenang dengan air. Puan Solehah toleh ke belakang, kelihatan Mak Lijah termangu di depan pintu rumah. Allah! Saat ini hanya Allah saja yang tahu apa yang dia rasa. Dia punya saksi untuk adegan tak senonoh ini.

            Dugaan apa yang Kau ingin menduga Ya Allah? Tanya dua beranak itu di dalam hati.

***
DAMIA menunduk sambil memegang erat jari jemari sendiri. Sedar dari pengsan, tengok-tengok baju di badannya dah berganti. Dia terus bangun dan membersihkan diri. Terasa jijik. Saat jarinya membersihkan batang leher dan bahu, Damia mendekatkan wajahnya dengan cermin yang bersaiz kecil itu. Terdapat kesan gigitan. Membiru. Sungguh dia jijik dengan diri sendiri. Damia terpaksa ketap bibirnya dengan tuala sambil pili air pancut dibiarkan terbuka. Dia menangis sekuat hati. Terbayang-bayang perlakuan Zulfaqar terhadap dirinya. Lama dia melayan perasaan di bilik air sampaikan Puan Solehah terpaksa memanggilnya keluar. Keluar saja dari bilik air, dia sudah lengkap berpakaian dan bertudung express. Kemudian dia menunaikan solat sunat dan solat fardu Subuh.

            Walaupun jam sudah menginjak ke angka tujuh pagi, tetapi sikit pun matanya tidak ada sisa ngantuk. Dua insan di hadapannya sudah terdiam. Manakala dua lagi insan di kiri dan kanannya pula sudah panas punggung.

            Damia seakan sedang menunggu hukuman mati dijatuhkan ke  atas dirinya.

            “Lut, beritahu Ibu Lehah apa sebenarnya jadi Lut?” tanya Puan Solehah. Kedua ibu bapa Damia dia hubungi sejurus sahaja Mak Lijah pulang ke rumah.

            Bergegas orang tua wanita itu ke mari, sempat menginap di Lexis Hibiscus. Pagi tadi sesudah Subuh, Datuk Luthfi dan Datin Zaskia dah terpacak depan rumah dengan kereta BMW 3 Series mereka.

            Damia diam. Air mata menjadi teman. Selepas lari dari hotel semalam, dia bawa kereta Zulfaqar ke restoran mewah semula, dia tukar kereta. Dia menangis sepanjang jalan. Tahu-tahu sampai rumah Puan Solehah dia peluk Haq dan pengsan. Penat sangat.

            “Hei perempuan! Ibu aku tanya kau kan? Kau takde mulut ke nak jawab?” mendatar suara Haq memarahi Damia. Perasaannya di ambang kemarahan yang memuncak.

            “Hey you are so rude! Macam ni ke cara Puan didik anak puan?” jari telunjuk Datin Zaskia menunjuk ke  arah Haq. Sakit telinga dia dengar Haq bercakap kasar dengan puteri tunggalnya.

            Puan Solehah menggeleng. “Maaf Datin. Anak saya kalau tengah marah dia memang macam ni.” Puan Solehah meletakkan tangan kirinya di atas paha Haq. Cuba beri isyarat supaya Haq tak berbicara.

            Haq menjeling ibunya.

            “You fikir marah you saja? Marah I macam mana?” Datin Zaskia berkata garang.

            “Zas, dahlah tu. Kita datang sini nak berbincang pasal Damia.” Datuk Luthfi pula menyampuk.

            Datin Zaskia menghempas beg tangan MK ke paha sendiri. Dia bersandar pada sofa. Kita ni sayangkan anak, sebab tu marah bila orang lain berkurang ajar dengan anak kita.

            “Mia, beritahu daddy what happened to you dear?”

            Damia tekap muka sendiri dengan tapak tangan seraya menyeka air matanya. Tak tahu macam mana dia letak kesalahan tu. Dia hampir dirogol. Dirogol dengan siapa? Zulfaqar. Lelaki di depan dia, bersebelahan Puan Solehah tu, sikit pun tak bersalah. Tapi hati jahatnya menyuruh dia supaya tidak berterus terang.

            “I almost…” Kata-kata Damia tergantung. Mata merenung Haq. Tajam. “being  raped by a man.”

            Datuk Luthfi memandang anaknya lalu memandang Haq. Berkerut dahi tua itu. “Are you trying to rape her?”

            Membuntang mata Puan Solehah dan Haq. Tak! Tak pernah terlintas dalam fikiran dia yang nak rogol Damia.

            “No! A big no! It’s not me!” jerit Haq geram. JElas nafasnya turun naik dengan dada yang berombak marah. “Lut, kau cakap Lut dengan mak bapak kau. Aku tak buat apa-apa kat kau Lut. You know the truth Lut. Kenapa kau nak malukan aku?” tengking Haq lagi.

            “Kalau kau tak buat apa-apa kat anak aku, takkanlah anak aku jadi macam ni?!” Datin Zaskia pula mencantas.

            Puan Solehah tersepit. Dia tak tahu nak back-up siapa. Dia nampak apa yang jadi semalam. Hatinya berkata Haq takkan buat kerja terkutuk tu. Tapi, dia tak dapat nak sangkal, apa yang terhidang di depan mata semalam, bersaksikan Mak Lijah, pasti menyangka Haq cuba melalukan sesuatu yang tak elok terhadap Damia sampaikan gadis itu pengsan.

            “Masalahnya memang aku tak buat apa-apa dengan anak kau!” Haq bangkit duduknya. Marah. SAngat marah. Kecil besar kecil besar je dia tengok keluarga Damia sekarang ni.

            “Haq…” panggil ibunya lembut. Menarik tangan anaknya supaya duduk kembali. Dia juga terkejut dengan kemarahan Haq ini.

            “Ibu, kenapa ibu tak back-up Haq? Bu tahu kan, Haq takkan buat kerja terkutuk tu. Dan kau perempuan…” jari telunjuk menghala

            ‘Sebab aku dah mula cintakan kau Haq…’ Bisik hati Damia perlahan.

            “Hei! Kamu jangan nak naik-naik suara dengan anak uncle. Uncle sendiri tak pernah tengking dia macam tu.” Datuk Luthfi marah Haq. Gamat seketika ruang tamu itu.

            “Sebab uncle tak pernah tengking dialah dia jadi pijak kepala macam ni. Cari ilmu akhirat pun lambat. Dah tua bangka macam ni baru nak belajar mengaji. Mengaji pun tak khatam sibuk nak jadi baik. Apahal?” Buat pertama kalinya, Haq berkurang ajar dengan orang tua Damia.

            Puan Solehah bangkit dari duduknya. Pipi anaknya ditampar kuat. “Muhammad Dhiya Ul Haq!”

            Senyap. Sunyi. Datin Zaskia dan Datuk Luthfi tergamam. Damia pula menunduk menangis. Salah dia. Kejujuran itu ada di bibirnya.

            Haq terpanar. Dia pandang ibunya. Terasa pijar pipinya ditampar ibu buat pertama kalinya. “Ibu tampar Haq.” Katanya.

            “Sebab ibu tak pernah ajar anak-anak ibu untuk berkurang ajar dengan orang tua. Ibu tak ajar Haq bermulut macam ni!” marah Puan Solehah. Air matanya mengalir perlahan. Kecewa dengan Haq. Dia tak pernah didik Haq untuk jadi kurang ajar.

            “Haq cuma mempertahankan perkara yang Haq tak buat bu.” Lemah suara Haq berbicara.

            “Tapi perlu ke Haq berkasar dan berpelakuan biadap depan keluarga Lut?”

            “Sebab Lut tak nak meluahkan kejujurannya bu. Sebab Lut letak kesalahan tu di bahu Haq bu. Sebab tu Haq tak boleh nak bersabar.”

            “Baru diuji sikit, Haq dah melenting macam ni. Haq tahu tak berapa banyak sabar yang ibu perlukan untuk besarkan Haq? Banyak Haq. Banyak sangat. Tapi ibu tak pernah merungut. Dan sekarang, lelaki yang berdiri depan ibu ni, kena  duga sikit dah marah tak tentu pasal. Kenapa Haq?”

            “Haq minta maaf bu. Haq tak sengaja.”

            Puan Solehah picit pelipisnya. Dia pandang Datin Zaskia dan Datuk Lutfi yang dari tadi memandang cerekaramanya. “Macam nilah Datin Datuk, sudah terang lagi bersuluh, anak saya salah dalam hal ni. Bahkan ada saksi bersama saya semalam, saya putuskan, lebih baik Haq dan Damia berkahwin sahajalah. Demi kebaikan masing-masing.”

            “Ibu!” Suara Haq meninggi. Tak percaya. Sikit pun tak percaya. Semudah itu ibu buat kata putus?

            “Apa lagi yang nak ditegakkan Haq? Ibu nampak apa yang jadi semalam. Mak Lijah pun nampak. Haq nak benda ni jadi buah mulut orang ke, nak? Nak semua orang mengata baru Haq nak menyesal?”

            “Lut!” Haq terus mendekati Damia. Lengan wanita itu dicengkam kuat. Mujur berlapik dengan lengan panjang. Ditariknya tubuh Damia supaya berdiri berhadapan dengan dia. Bahu wanita itu dicengkam.

            “Lut! Lut!” Bahu itu digoncang lembut.

            “Lut tolonglah. Kau nak aku melutut dan merayu depan kau, baru kau nak beritahu dorang kejujurannya?”

            Damia takut untuk tatap mata hazel itu. Sangat takut. Maafkan aku Haq. Tapi, perasaan ni nak kau jadi sebahagian dari hidup aku. Tolong aku dalam mencari nur-Nya. Air mata mengalir deras. Rasa bersalah.

            “Lutfiah!” jerit Haq kuat disertakan dengan goncangan bahu yang kuat.

            Puan Solehah mendapatkan anaknya. Lengan kekar Haq dipegang. Takut terjadi yang bukan-bukan. “Haq! Sudahlah tu. Anak orang tu Haq!”

            Datin Zaskia dan Datuk Lutfi sudah berdiri tegak. Takut anak mereka di apa-apakan.

            “Ibu nak sangat tengok Haq kahwin dengan dia kan?” matanya memerah memandang Puan Solehah. Beralih pula pada Datuk Luthfi dan Datin Zaskia. “I swear to you both. I never touch you daughter. And if I have to marry her just because you all accused me cause I touch her. Then, I’ll show you.” Bergetar bibirnya meluahkan rasa yang terbuku.

            Haq tarik leher Damia merapati wajahnya. Damia kaget. Terasa bibirnya dicium Haq. Mata Damia memandang Haq yang sedang pejam mata dengan bibir melekap di bibirnya. Terdapat titisan air mata di hujung mata Haq.

            Datuk Lutfi dan Datin Zaskia mendapatkan anak mereka. Terkejut apabila Haq mencium bibir anak mereka.

            Puan Solehah terkejut. Dia pegang dada sendiri. Masya-Allah. Terus tangan kekar anaknya ditarik sekali lagi. Pipi Haq ditampar untuk kali yang kedua. “Sudah Haq! Sudah! Istifar banyak-banyak!” Marah Puan Solehah.

            “You want it ibu! Now, baru Haq nak mengaku. Yes! I touched her! You see it just now. Sekarang baru Haq rasa adil kenapa dan harus Haq mengahwini Lut.” Ujar Haq dengan air mata yang mengalir di pipi. Dia keluar dari rumah sebaik sahaja selesai bicara. Hatinya terluka dan kecewa. Aku menyesal kenal kau Damia Lutfiah!


            Damai terduduk. Menangis. Maafkan aku Haq. Maafkan aku. Kalaulah dia tahu tindakan Haq tadi, takkan dia biarkan Haq mencemari bibirnya. Dia dapat lihat hujung mata Haq yang basah. Tahu Haq tak bermaksud ingin menciumnya. Lelaki itu dikawal amarah yang membuak. Maafkan aku Haq. Maafkan aku. Berkali-kali kata itu dituturkan di dalam hati.


#p/s : Assalamualaikum. Segala salah silap. Harap maaf ya. Segala kekurangan adalah salah saya sendiri. Apa yg dinukilkan ni, semuanya suddenly. Kalau ada merepek meraban tu harap maaf ya. :D Thank you for reading. For supporting me. Hikhik. May Allah bless you all. 

No comments: