Saturday, 14 May 2016

Bukan Isteri Pilihan [Part II]

Part 2

KEESOKKAN harinya Damia tolong Puan solehah menyediakan hidangan sarapan di dapur. Tangannya lincah membancuh nescafe di dalam teko. Puan Solehah kata Haq suka minum Nescafe atau kopi sahaja. Itu yag dia tolong bancuh nes untuk Haq.

                “Ini je Ibu Lehah? Nak buat apa-apa lagi tak?” tanya Damia selepas siap membancuh nescafe. Dia pandang Puan Solehah yang sedang menggaul mee goreng di dalam kuali.

                “Lut ambil bekas mangkuk dalam kabinet tu, ibu nak hidang letak atas meja. Kejap lagi Haq turun. Lepas cedok masuk mee ni karang, kita makan sama-sama.” Kata Puan Solehah. Damia ini sudah biasa dengan rumahnya. Jadi setiap susun atur dan peralatan, barang semua Damia tahu. Tak perlu diajar lagi.

                “Ibu Lehah, hari tu kan… masa Lut pergi Indonesia, Lut sempat singgah Bali. Tempat yang cantik tu.” Cerita Damia. Dia berdiri di sisi Puan Solehah sambil menunggu mee siap digoreng.

                “Seronoknya. Mesti cantikkan tempat tu?” Puan Solehah pandang Damia.

                “Haah. Cantik sangat. Sampai je kat pantai dia, Subhanallah. Lut rasa bersyukur sangat dengan nikmat yang Allah beri pada Lut. Nanti kalau ada rezeki lebih, Lut bawa Ibu Lehah ya? Kita pergi dengan family Lut.” Bersemangat Damia bercerita. Dia tahu Puan Solehah sangat sukakan pantai. Buktinya Puan Solehah menetap di Port Dickson sudah hampir 15 tahun selepas berpindah dari Mersing yang banyak pantai juga.

                “Insya-Allah. Ni cakap pasal keluarga Lut, dorang macam mana? Sihat?” tanya Puan Solehah prihatin. Mangkuk di tangan Lut dicapai lalu dia masukkan mee ke dalam mangkuk itu.

                “Alhamdulillah. Mommy dengan daddy sihat.”

                “Mesti dorang terkejut tengok Lut kan? Lut kan dah bertudung sekarang.” Puan Solehah senyum sambil memandang Damia. Dulu gadis ini bawa pakaian yang majoritinya ketat dan sendat. Sekarang, sudah bertutup sepenuhnya. Puan Solehah bergerak ke meja makan, dia hidangkan mee tadi di atas meja.

                Damia tergelak perlahan. Dia ikut langkah Puan Solehah. Kerusi di tarik lalu dia melabuhkan duduk di meja makan. Tangan kanan menongkat dagu. Memerhatikan gerak geri Puan Solehah. “Mommy dengan daddy memang terkejut, first-first memang dorang marah Lut. Dorang tanya mana Lut hilangkan diri. Then, Lut cakaplah Lut nak berubah. Lut dah jumpa jalan yang selama ni Lut perlukan.”

                “Habis tu dorang kata apa?”

                Haq yang sudah lama berada di belakang dinding dapur hanya menjadi pendengar setia. Jadi ibu amik dia dari dia teruk dulu? Bisik hati Haq. Teruk sangat ke Lut yang dulu tu? Sambung monolognya lagi.

                “Dorang kata ikut suka Lut lah nak buat apa. Selagi perkara tu tak membahayakan Lut. They just let it be.” Jawab Damia tenang.

                “Sabarlah Lut. Insya-Allah suatu hari nanti parents Lut mesti berubah ke  arah kebaikan. Waktu je yang menentukan semua tu.” Ujar Puan Solehah.

                “Ehem. Morning bu.” Tiba-tiba Haq muncul di depan pintu dapur. Tangan dihulur ingin menyalami ibunya seraya duduk di meja makan.

                Damia hanya memerhatikan. Bagusnya Haq ni, puji Damia dalam hati.

                “Sedapnya bau. Masak berat hari ni bu?” soal Haq. Sekilas matanya mencuri pandang Damia. Gadis itu menuangkan nescafe ke dalam cawan.

                “Kita ada tetamu kan. Itu yang ibu masak berat sikit.” Puan solehah mengambil tempat duduk.

                “Kau takde kerja ke?” dengan pandangan mata yang tajam dan panggilan diri kau membuatkan mata Damia memaku memandang Haq.

                Damia pandang Puan Solehah. Bibir diketap lalu satu senyuman diukirkan buat Haq. “Erm, kerja. But, as I said semalam, kerja I dah settle. So, I datang sini.” Jawab Damia takut-takut.

                “Kau datang sini semata-mata untuk belajar mengaji dengan ibu aku? Kat sana takde guru mengaji ke?”

                Dush! Boleh tahan kasar juga bicara anak Puan Solehah ni. Harap  je muka handsome.

                “Haq apa kata macam tu. Tak baik.” Puan Solehah tepuk lengan Haq perlahan.

                “I dah biasa dengan Ibu Lehah. She know me better. She know my ability in learning Quran. So, I decided I nak belajar mengaji dengan Ibu Lehah sorang.” Damia masukkan mee ke dalam mulut. Takut pula dia dengan anak Puan SOlehah sorang ni.

                Haq angguk faham. “Kau kerja apa?” Satu lagi soalan dia tanya. Tangan menyuap mee masuk ke dalam mulut.

                “Akauntan. I kerja dengan daddy I. So, senang sikit nak dapat cuti.”

                “No wonderlah.” Haq senyum sinis. Patutlah senang dapat cuti. Dah Haq! Yang kau nak terlebih tanya soalan macam polis kenapa?

                Dalam hati sebenarnya Haq suka tengok wajah Damia yang macam takut-takut tu. Nampak so naïve.

                “No wonderlah apa ?” soal Damia. Dia pandang muka Haq. Ada debar di dadanya.

                “Tak ada apa. Since kau pun dah lama duduk dengan ibu aku, dah tahulah selok belok PD ni?”

                Puan Solehah picingkan mata tengok anak terunanya. Berapa banyak soalan dia nak tanya Lut ni? Bisik Puan Solehah di dalam hati.

                “Tak juga. I cuma tahu jalan nak ke pantai je.”

                “Bagus. Kalau macam tu, petang ni kalau kau free, aku bawa kau jalan-jalan PD. Kau kata kau tahu jalan pantai kan? Takpe, kali ni aku bawa kau merayap sampai kau puas.” Ujar Haq selamba. Sikit pun senyuman dia tak ukir.

                “Eh baiknya anak ibu?” Puan solehah menyampuk tiba-tiba.

                “Tetamu kan? Apa salahnya kalau nak ajak dia kenal PD. Ibu pun ikut sekali okey? Kita lepak pantai yang selalu kita lepak dulu-dulu.” Bibir Haq sengih memandang Puan  Solehah.

                Mata Damia terpukau dengan senyuman Haq itu. Biar pun bukan untuk dia, tetapi Haq nampak sangat kacak dengan senyuman itu.

                “Ha yelah. Jangan Haq ngadu penat pula malam ni kalau dah berjalan hari ni.”

                “Baik bos!” Haq tabik hormat pada Puan Solehah.

                Damia pandang Haq dan Puan Solehah. Jelas terpamer kebahagiaan di antara dua beranak ni. Kau bila lagi Damia?

***

PETANG itu seperti yang Haq janjikan. Dia bawa Puan Solehah dan Damia ke tempat yang dia suka lepak. Pantai di belakang bangunan FAMA. Awalnya Damia pelik dengan jalan yang Haq lalui, tetapi saat saja sampai di pantai ini Damia tersenyum. Tersorok rupanya pantai ni.

                Mata menebar melihat ciptaan Allah. Selepas saja sampai di pantai ini, pantai yang tidak Damia tahu namanya, dia terus bawa langkah kaki sendiri. Angin bayu membuatkan dia rasa tenang. Perasaan yang sukar untuk dia gambarkan. Dia sukakan pantai. Indah. Cantik. Nyaman. Jauh dari kepesatan hiruk-pikuk bandar.

                Ya Allah, terima kasih untuk nikmat yang Kau berikan. Untuk peluang hidup kali kedua. Terima kasih Ya Rabb. Terlalu besar kasih sayang-Mu terhadapku. Izinkan rasa dan nikmat hidayah ini kekal denganku Ya Rabb. Agar aku terus istiqomah untuk terus berada di jalan-Mu.

                “Hah! Berangan!” Haq terjah Damia tiba-tiba. Dari tadi dia perasan Damia terlalu khusyuk bersendirian. Mereka memilih tempat yang jauh sikit dari pengunjung. Damia yang duduk di batang pokok yang besar itu dia dekati.

                Damia membesarkan anak matanya memandang Haq. Nasib baik aku takde sakit jantung, kalau tak, dah lama jalan. “Hish tak reti bagi salam ke hah?” marah Damia. Tetapi mata sikit pun tak pandang HAq. Takut jantung dia buat kerja lebih masa.

                “Assalamualaikum Cik Lut. Jauh termenung. Dah sampai mana?” tanya Haq dengan nada memerli.

                Bibir mengukir senyum. “Waalaikummusalam Encik Haq. Alhamdulillah dah sampai Paris. Wanna join me?”

                Haq tergelak besar. Boleh tahan juga Lut ni. Boleh jadi geng masuk air.

                Damia terpanar. Is he laughed just now?

                “Tak nak aku join kau pergi Paris. Kalau kau berangan sampai Mekah elok juga aku join. Mana tahu kot-kot dah boleh naik haji.” Kata Haq. Matanya memandang pantai. Saujana mata memandang.

                “Buat apa susah-susah. Pergi beli dam haji kat kedai. Main dengan I confirm mudah you nak dapat haji.” Balas Damia dengan nada seloroh.

                Haq senyum sambil geleng. “Kau nampak hanyut dengan perasaan. Running away from any problem?” tanya Haq. Mula serius.

                Eh apsal Haq tiba-tiba baik sangat ni? Damia pandang Haq tak percaya. “Tak. Just want to ease my mind. Tengok langit. Tengok pantai. Everything ciptaan Allah yang indah, itulah cara I nak easekan my mind.”

                “Umur kau berapa?”

                Dahi Damia berkerut. “Is it important?”

                “Just let me know okay. Aku nak tahu. Tu je.”

                “Around 25. Kenapa? Nampak I dah tua ke?”

                “A little bit.” Jawapan ringkas Haq membuatkan mata Damia membuntang besar.

                “You tu yang nampak tua lagi I. I guess, it maybe three series kan?” tanya Damia pula.

                “Huish! Tua sangat tu.”

                “Dah tu umur you berapa?”

             “27 lah. Tua dua tahun dari kau je.” Haq  pandang Damia pada masa yang sama. Mata mereka bertemu. Haq tak dapat nak menafikan ada getar di dadanya. Tapi cepat-cepat dia tepis. Haq terbatuk kecil untuk menghilangkan rasa canggung.

                “Err… Haq…” panggil Damia lembut.

                Duh cair! Please jangan panggil nama dia macam tu. Sekali lagi dia dengar Damia panggil dia macam tu nadanya, memang dia blah. Tak boleh lama-lama.

                “Yup.” Haq kuis-kuis kaki di atas pasir pantai. Datang pantai tak rasa pasir pantai memang tak best!

                “Why choose cikgu instead of everything?”  Dengan pakej muka, gaya Haq, Damia memang tak percaya Haq tu cikgu. Muka handsome macam Haq layak jadi pilot, arkitek, engineer, and maybe model.

                Eh dia tanya aku pasal kerjaya pulak ke? “Kenapa eh? Kenapa aku jadi cikgu eh? Kenapa eh?” HAq soal dirinya pula.

                Damia menunggu jawapan Haq. Haq menarik nafas dalam-dalam. Panjang ni kalau nak explain.

                “Hmm, one reason kenapa aku jadi apa yang aku jadi sekarang ni, cause of my parents. Ibu and arwah ayah dulu, dua –dua cikgu. Aku tengok kerja yang ibu ayah buat dulu untuk besarkan kami tiga  beradik betul-betul mendidik kami. Ibu pernah kata, pekerjaan sebagai seorang guru dianggap sangat mulia disisi agama. Pahala yang tak pernah habis. Bekal untuk akhirat kelak. Selagi mana ilmu yang kau sampaikan pada orang, dan di applykan dalam kehidupan, ianya pahala bagi kau.”

                “Ohh, sebab tu you jadi cikgu? Dengan jadi cikgu, pahala tu sentiasa ada?”

                “Tak juga. Selain dari tu sebabnya, aku jadi cikgu sebab kerjaya ni je yang aku nampak di masa depan nanti, aku ada masa untuk anak-anak aku. Yang tak perlukan aku jauh dari anak-anak aku.”

                “Wah jauhnya you fikir. Sampai fikir anak-anak.”

                “Heh, of course! Aku nak tengok anak-anak aku membesar depan mata aku dengan didikan yang sempurna.”

                Jawapan yang terluah dari bibir Haq membuatkan Damia rabak. Kalaulah daddy punya semangat seperti Haq. Pasti aku tak tersasar sampai macam tu sekali. Astaghfirullah Damia. Daddy kau tu. 

                “I’m proud of you Haq. You have a determination. Hope you can be a good father to your children.”

                “Insya-Allah. One fine day.” Bibir Haq mengulum senyum. Tiba-tiba terbayang wajah si ayu manis menjadi ibu kepada anak-anaknya. Pasti indah hari-harinya.

***

SEJURUS selepas berjalan-jalan di pesisir pantai, Haq mengajak Damia singgah pasar malam. Kebetulan ada pasar malam di situ.

                “Are you sure makanan kat sini bersih?” tanya Damia serba tak kena. Dia pandang keliling. Sesak. Dia jarang pergi-pergi tempat begini selain dari kelab malam.

                “Hei! Of courselah. Kalau tak kenapa aku bawa kau jalan-jalan sini? Ni mesti seumur hidup kau, kau tak pernah pergi pasar malam kan?” Orang  macam Damia confirm tak pernah jejakkan kai kat pasar malam. Kan?

                Damia geleng. Memang dia tak pernah pergi pun. Mommy dan daddy memang tak beri izin dan sama sekali takkan makan kat tempat macam ni. Mommy dan daddy takut kalau makanan kat sini tak elok. Tak bersih. Padahal makanan kat pasar malamlah makanan paling murah.

                “Sedap ke makanan macam ni?” tanya Damia was-was. Dia berjalan beriringan dengan Puan Solehah manakala Haq dibelakang mereka. Dalam kawasan sempit macam ni memang susah nak bergerak.

                “Kalau Lut nak tahu, Lut kenalah cuba. Ibu Lehah jamin, insya-Allah takde apa-apa. Insya-Allah makanan yang kita beli nanti tak buat Lut sakit perut.” Ujar Puan Solehah dalam senyuman. Kesian anak gadis ini, mesti hidupnya dikongkong.

                “Betul ni Ibu Lehah?” tanya Damia. Mereka berhenti di sebuah stall yang diberi nama Cucuk Bakar. Terdapat pelbagai jenis hotdog disediakan. Tinggal pilih dan tuan empunya stall akan bakarkan di atas pemanggang api.

                “Pak cik beri saya tom yam tiga, cheese tiga, otak-otak ni RM2 dan ayam petak tiga.” Jerit Haq. Bila pergi pasar malam yang sesak macam ni memang kena cakap kuat sikit. Suasananya bingit.

                Damia memerhatikan gerak laku si penjual. Seumur hidup dia, dia memang tak makan benda-benda pelik. Hotdog yang diberi nama tomyam,cheese,otak-otak, ayam petak itu dicucuk lidi lalu dipanggang.

                “Ibu nak makan apa lagi? Yong tau fu nak?” tanya Haq. Matanya memerhatikan sekeliling.

                “Apa tu?” soal si Damia bila dia dengar yong tau fu.

                “Hish budak sorang ni. Bandar sangat ni. Yong tau fu pun tak tahu. Kejap lagi kau tengok tu apa okay?” Bibir Haq kulum senyum. Sumpah Damia ni lurus. Wajah Damia dia pehatikan dari tepi. Entah kenapa, ada rasa lain yang bermukim dihatinya. Takkanlah cinta kot?

***
Sesungguhnya cinta itu buta,
Tak akan pernah kau rasakan,
Seperti ku merindukan kamu,
Selama ini.

Seandainya cinta akan pergi,
Bila kau menduakan diriku,
Hanyaku ingin katakan padamu,
Cinta bukan milik kita.
Cinta bukan milik kita.

DAMIA yang bersandar pada pintu utama rumah Puan Solehah memandang Haq sambil berpeluk tubuh. Sedap suara Haq menyanyi. Pakej sangat anak Puan Solehah. Muka kacak. Check. Suara merdu. Check. Pandai main gitar. Check. Lengkap pakej lelaki hangat di pasaran.

                “Hoi! Curi-curi tengok aku eh?” Haq tegur Damia yang nampak jauh termenung. Berangan ler tu.

                “Eh mana ada.” Nafi Damia. Dia berdiri tegak memandang Haq seraya berjalan mendekati Haq. Dia duduk menyendeng di kereta Haq.

                “Eh! No! No!” Gitarnya digunakan sebagai alat untuk menolak Damia ke tepi. Pantang nenek moyang dia, kereta kesayangan dia ni, disentuh oleh orang lain.

                “Kau jangan berani dekat-dekat dengan kereta aku. Aku tumbuk kau kang.” Kasar bahasanya tetapi Damia ketawa perlahan. Sensitip betul mamat ni kalau soal kereta.

                “I tak buat apa pun lah.” Kata Damia.

                “Buat tak buat, still your ass touch my car.” Selamba Haq berkata. Dia tepuk perlahan Mitsubishi Lancer miliknya.

                “Hish pelik betul mamat sorang ni. Dah lah feeling habis nyanyi. Ingat kat girlfriend ke?” Damia duduk di kerusi kayu yang berhadapan dengan kereta Haq. Dia hanya ingin berborak sangat dengan Haq supaya tak janggal sangat.

                Mata Haq dari tadi melotot memerhatikan Damia yang pakai baju pijamas warna putih bercorakkan kartun kecil-kecil. Nampak comel sangat. Kenapa?

                “Suka hati akulah nak nyanyi lagu apa pun. Ikut mood aku.”

                “Sedap suara you. Kalah artis.”

                “Well, ni aku baru tunjuk skill aku sikit. Kalau belum dengar lagi aku nyanyi lagu rock, pergh! Baik punya pitching.” Nada riak Haq bunyikan. Sengaja.

                Damia tergelak halus. Mata dijulingkan ke atas. Ada-ada saja Haq ni. Entah kenapa baru beberapa jam dengan Haq dia rasa seronok. Ada debar di dadanya tetapi dia buat endah tak endah. Malas nak hard feelings. Paling dia tak boleh blah, lelaki ni suka perah santan lepas tu jual sendiri.

                “Erm, Haq. Actually I want to say thank you sebab bawa I jalan-jalan sini. Ajar I makan makanan pasar malam. Semua tu, new experience pada I.” Tulus ikhlas dari hati Damia Luthfiah.

                “Sokeylah Lut. Aku tak buat apa pun. Apa salahnya sekali sekala meerayakan tetamu? Kau orang asing di sini, jadi tak salah buat benda baru di tempat baru.”

                “Yeay. I think I have fallen in love with PD.”

                “Just untuk orang-orang yang sukakan pantai,laut,nature beauty, PD is suitable places for you to stay. Tempat yang di mana boleh bagi ketenangan pada diri sendiri.”

                Damia mengiakan. Dia tak pernah menyesal pernah jejakkan kaki di sini. Kalau bukan kerana dua bulan yang lepas dia larikan diri ke sini, mesti dia tak dapat rasa ketenangan seperti ini. Damia diam. Teringat saat pertama kali datang ke sini dulu.

                “Ha, ni kenapa diam ni? Tak nak request lagu ke? Nak dengar lagi tak suara aku?” tanya Haq bersahaja. Dia  gawangkan gitar di depan Damia. Lut ni suka mengelamunlah.

                “Hah?” Damia melototokan pandangannya kepada Haq. Dia tak dengar tadi.

                “Hish kau ni. Suka sangat berangan. Makhruh tahu.” Ujar HAq. Gitar sudah dipegang dan diletakkan di posisi yang selesa.

                Damia sengih tunjuk muka comel. Sorrylah bro. Aku memang macam ni lepas accident. Desisnya di dalam hati. “Nak nyanyi lagu apa tu Haq?”

                “Hah, kau kene dengar ni…” Haq berdehem seketika. Bibirnya melakarkan senyuman untuk penontonnya. “Ready? One, two, three…” Haq memulakan nyanyian.

                “You're beautiful…You're beautiful…You're beautiful, it's true…I saw your face in a crowded place…And I don't know what to do… 'Cause I'll never be with you….” Dengan petikan getar dan suara Haq yang seiring dengan muzik membuatkan Damia tergelak.

                Ek eleh, ingatkan nak nyanyikan lagu apalah tadi. Lagu ni je rupanya? You’re beautiful by James Blunt. Aduhai, sweet sangat Encik Haq ni. Bergolek hati Damia.

                Melihat ada gelak di bibir gadis itu membuatkan senyuman di bibir Haq juga turut melebar. Alangkah bagusnya kalau kau selalu dan senantiasa tersenyum macam ni Lut. Cantik. Cantik sangat Lut. Bisik hati Haq.

                And I don't think that I'll see her again,
                But we shared a moment that will last 'til the end.

***

ADUH malam-malam macam  nilah kau nak buat hal. Tadi tak nak terkucil. Rungut Damia sambil bangun dari pembaringan. Jam tangan di ruangan sebelah kiri ditilik sekilas. Baru pukul 2. Duh, malas sungguh ni nak bangun. Damia bangkit dari pembaringan. Rasa dah tak tahan sangat. Tapi teringat bahawa di dalam rumah ini ada Haq.

                “Nak pakai tudung ke tak eh? Takkanlah waktu-waktu macam ni Haq tak tidur lagi? Hish, malaslah nak tutup aurat memalam macam ni.” Damia pandang tubuh sendiri yang berpijama baju tidur lengan panjang. Nasib baik lengan panjang. Tapi short pants lah pulak. Rungut Damia lagi.

                Hish, takkan ada orang punyalah. Rengusnya. Perlahan-lahan dia menapak menuju ke bilik air belakang. Senyap. Senyap.

                Haq keluar dari bilik setelah selesai berborak dengan Cik Ayu sayang. Borak-borak sampai tak sedar dah pukul 2 pagi. Tekak pula rasa kering. Itu yang dia keluar dari bilik tu. Langkah kaki terhenti di balik tembok. Tak jadi melangkah ke dapur bila terpandangkan susuk tubuh seseorang. Perempuan itu berdiri di depan peti sejuk sambil memegang segelas cawan. Lalu diteguk perlahan.

                “Eh sejak bila pula ibu dah kurus slim ni?” bisik Haq perlahan. Mata lelakinya terpaku pada tubuh langsing itu dari hujung rambut sampai hujung kaki. Rambut yang ikal mayang. Tubuh tinggi lampai. Baju pijamas berlengan panjang digandingkan dengan short pants warna kuning membuatkan Damia sangat comel di mata Haq. Subhanallah. Cantiknya. Haq pegang dada sendiri. Ah sudah!

                Astaghrafirullahalazim! Haq! Cepat-cepat Haq sedarkan diri. Saat Damia ingin melangkah keluar dari dapur. Haq melekat di dinding. Dalam keadaan gelap macam ni memang takkan nampak insya-Allah. Selamat.

                Damia berlalu meninggalkan dapur tanpa sedikit pun perasan Haq melekat di dinding. Ternyata Haq selamat kali ini. Bibirnya tersenyum nakal. Kepala menggeleng perlahan. Bertuahnya langkah kaki dia malam ni. Apa yang sepatutnya tidak boleh dia tengok, dia tertengok pula tadi.

                “Kau cantik Lut. Sangat cantik.” Haq pegang dadanya sekali lagi. Adakah ini cinta atau nafsu semata Haq?



#P/S : Assalamualaikum. Segala salah silap, kekurangan kosa kata, ejaan, tatabahasa dan sebagainya, saya mohon maaf. Terima kasih sudi baca. Insya-Allah will be update soon and asap. Hihi. Love you alls.

No comments: