Saturday, 7 May 2016

Bukan Isteri Pilihan [Part I]



DAMIA merenung keluar jendela. Angin yang sepoi-sepoi bahasa membuatkan seluruh tubuh terasa dingin. Dia berpeluk tubuh sambil mata memandang dada langit yang gelap tanpa bintang. Tiada sirnanya. Begitu juga dengan perasaannya kini. Kepala dia sandarkan pada tingkap. Fikirannya melayang mengingati peristiwa ngeri itu.

            “Zul slow sikit bawak kereta. Kalau you tak boleh drive biar I yang drive.” Ucap  Damia sambil memegang tali pinggang yang membaluti dirinya. Baru sepuluh minit dia dan Zulkarnain kekasih hati keluar dari kelab. Dalam keadaan berkhayal begitu, Damia biarkan saja kekasihnya memandu. Kalau dia yang drive pun belum tentu selamat.

            “Tak payah risaulah. Pagi-pagi macam ni mana ramai orang? Ini jalan, kita yang punya darling.” Tangan Zulkarnain mencapai tangan kanan Damia. Bibirnya singgah di belakang tapak tangan Damia. Dia asyik mencium tangan lembut itu.

            Damia tergelak perlahan apabila buah hatinya mencium belakang tapak tangannya. Tanpa mereka sedar lampu isyarat bertukar merah. Sesaat kemudian, terdengar dentuman dan desiran tayar kereta. Kereta yang dipandu Zulkarnain berpusing beberapa kali sebelum dilanggar oleh kereta lain. Bunyi hon nyaring kedengaran. Berpanjangan.

            “Zul!!!” teriak Damia sebelum pandangannya gelap.

            PRANG!!!

          Damia tersentak apabila terdengar bunyi kaca jatuh. Nafasnya laju. Damia pegang dada sendiri. Terasa sakit di situ. Dia menoleh melihat katil. Frame gambar yang terletak di atas meja sisi katil terjatuh dek tiupan angin dari luar. Mulutnya ternganga. Dia melurut jatuh terduduk. Tanpa dipinta, dia terus menghamburkan tangisan.

        Kenapa dia perlu mengingati peristiwa itu lagi? Kenapa ianya sentiasa menghantui? Kenapa aku? Itu yang Damia jeritkan dalam hati. Tangisannya semakin kuat dan berat bunyinya.


            “Oh my God! Damia!” jerit Datin Zaskia sebaik sahaja membuka pintu bilik anaknya. Dia berlari menerpa ke  arah Damia. Tubuh anaknya yang sedang melutut sambil menangis itu dipeluk erat. Badan anaknya menggigil. “Syuhhh, baby don’t cry. Mommy here.” Bisik Datin Zaskia lembut. Kasihan anaknya. Sudah lebih sebulan keadaan Damia begini. Datin Zaskia buntu mencari jalan penyelesaian.

            “Bie, cepatlah!” jerit Datin Zaskia. Seperti biasa, bila keadaan Damia begini, anaknya perlu disuntik ubat penenang.

            Terkocoh-kocoh Datuk Luthfi mendaki anak tangga sambil membawa seberkas mangkuk yang ada jarum.  Awal-awal lagi sudah dimasukkan ubat penenang di dalam syringe itu.

            “Kenapa Damia mommy? Kenapa mesti depan mata Damia mommy?” luah Damia teresak-esak. Saat matanya diangkat dari terus menekup di dada Datin Zaskia. Dia menggeleng.  Melihat apa yang ada di tangan papanya membuatkan kepalanya tergeleng-geleng.

            “No mommy! No more!” Damia bangun dari terus dipeluk Datin Zaskia. Dia tidak mahu disuntik lagi. Dia tak mahu hidup begini. Dia tak sakit. Kedua belah tangannya naik menekap telinga kiri dan kanan.

            “Mia, jangan macam ni sayang. Mommy dengan daddy just want to help you. Mia sakit kan? Come daddy kasik Mia ubat.” Datin Zaskia pujuk anaknya. Dia melangkah perlahan mahu menangkap dan menenangkan anaknya.

            “No mommy! Mia tak sakit! How many times mommy and daddy nak kene cucuk Mia? I’m not sick!” jeritan Damia bertambah nyaring dan kuat. Rambutnya sudah kusut masai. Dia asyik menapak ke belakang sehingga tubuhnya terlekat pada dinding.

            “Mia sayang, don’t be like this please? Daddy and mommy just want to ease your heart. You need to rest honey.” Ujar Datuk Luthfi pula.

            “No! I don’t need that anymore mommy. Tolonglah faham Mia. Mia tak tahan dah dengan semua ni. Tolonglah jangan cucuk lagi. Please don’t make Mia macam drug addict!” Tangan naik menyerabaikan rambut sendiri. Dia melutut dan menangis. Kalau lihat keadaan dia sekarang ini, memang dia macam orang gila.

            “But Mia…” Datin Zaskia mati akal. Anaknya betul-betul nampak teruk.

            “Mia sakitkan sayang? Come, daddy ubatkan.” Datuk Luthfi tak dapat nak bertahan. Dia terus mendekati Damia.

            Damia ternampak serpihan kaca di lantai dekat sisi katil, dia capai lalu dibaling ke  arah mommy dan daddy. “No! Jangan dekat dengan Mia! If you love me please don’t!” Frame gambar yang jatuh pula dicapai dan dicampak.

            “Ouch!” terdengar suara Datuk Luthfi mengaduh apabila balingan frame itu mengena dahinya.

            Damia semakin jadi tak betul. Terasa serba salah membaling frame hingga kena dahi daddy. “GET OUT!” jerit Damia kuat.

            Datin Zaskia terus tarik tangan sang suami. “Come bie. Just leave her alone. Maybe she just need a nap.” Lembut Datin Zaskia memujuk suaminya untuk meninggalkan anak mereka.    
      
            “Mia, mommy letak ubat kat sini ya?” Datin Zaskia tinggalkan mangkuk yang berbentuk kidney bowl di atas katil. Matanya memandang Damia yang sedang memerhatikan gerak tingkahnya.

            “Leave me alone mommy.” Perlahan saja suara Damia berkata.

            Bergegas Datin Zaskia dan Datuk Luthfi keluar dari bilik anaknya. Telefon dikeluarkan dari poket seluarnya. Datuk Luthfi menghubungi doktor peribadi mereka. Datin Zaskia memandang suaminya. Dahi yang terluka itu disentuh lembut. Kemudian air mata menitis membasahi pipinya. Kesian suaminya. Sungguh mereka berdua tidak tahu apa yang Damia mahukan. Anak gadis mereka sudah lebih sebulan keluar dari hospital. Tapi keadaan begitu. Kejap-kejap menangis. Kejap-kejap meroyan. Dan kejap-kejap diam. Sukar untuk mereka duga. Doktor kata Damia trauma selepas kemalangan itu berlaku. Sebulan Damia terlantar koma di hospital. Sudah lebih sebulan keluar dari hospital, begitulah keadaan Damia. Menangis dan meraung tiba-tiba.

            Di dalam bilik, Damia masih kekal duduk dengan lutut merapat ke dada. Tangisannya mula perlahan. Hanya tinggal sedu-sedan sahaja. Damia pandang mangkuk besi berwarna silver yang terletak di atas katilnya.

            Sampai bila Damia? Sampai bila kau perlu bergantung hidup dengan benda tu? This is not what you want Damia. Bukan ketenangan seperti itu yang kau perlukan. You need something to fill up the emptiness in your soul. Kau perlu dari segala kekusutan ni Damia. Leave the past behind. Move on Damia. Monolog hati Damia. Sumpah dia sudah penat dengan segala ilusi yang dia alami. Dia macam orang bodoh selama sebulan ni mengingati peristiwa itu.

            “Mana aku nak cari ketenangan tu Zul?” bisik Damia perlahan.

***

“ALLAHUAKHBAR ALLAHUAKHBAR!” laungan azan Subuh dari arah masjid mengejutkan lenanya.

            Kepala diangkat dari stereng kereta perlahan-lahan. Terpisat-pisat dia mengosok mata. Dek kerana keletihan, dia berhenti di bahu jalan. Tahu-tahu matanya terus saja terlelap. Selepas kejadian semalam, Damia ambil keputusan untuk pergi mencari ketenangan diri. Sekeping kertas ditinggalkan di atas meja sebagai pesanan untuk mommy dan daddy.

            “Hayya alal falah!”

            Mari meraih kemenangan.

            Hatinya yang murung begitu tersentuh bila laungan azan itu berkumandang.

            “Assolatu khairun minannaum!”

            Solat itu lebih baik daripada tidur.

            Secara tiba-tiba, dia terasa ada satu perasaan aneh yang menyelimuti dirinya yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

            Damia pegang dada sendiri. Dah lama rasanya telinga dia tak dengar laungan azan. Allah! Adakah ketengan ini yang aku perlukan? Bisik hati Damia perlahan. Damia pandang sekeliling. Di depannya ada sebuah masjid. Beberapa kelibat manusia sedang berjalan memasuk perkarangan masjid. Damia terasa sebak. Rasanya sudah lama kaki ini tidak menginjak masjid. Mata tertacap pula beberapa orang muslimah yang berjalan masuk ke dalam masjid sambil memakai telekung. Dan rasanya juga sudah lama tubuh ini tidak disarung telekung.

            Tiba-tiba Damia tidak dapat menahan tangis. Pipinya basah.

            Allah engkau dekat
            Penuh kasih sayang
            Takkan pernah engkau
            Biarkan hamba Mu menangis
            Karna kemurahan Mu
            Karna kasih sayang Mu

            Terus enjin kereta dihidupkan. Bergerak masuk ke dalam masjid. Damia pandang keliling. Layakkah aku? Itu yang menjadi persoalan di dalam hatinya.

            Hanya bila diri Mu
            Ingin nyatakan cinta
            Pada jiwa jiwa yang rela
            Dia kekasih Mu
            Kau yang selalu terjaga
            Yang memberi segala

            Damia tekup mulutnya. Tak dapat mengawal air mata yang semakin mencurah-curah. Teringat akan segala kemungkaran yang dia lakukan. Ya Allah! Dia berdosa! Dia melakukan kezaliman terhadap diri sendiri. Ya Rabbi! Ampunilah aku. Jerit batin Damia.

***

“HIDUP kita di dunia ini sementara. Kita semua akan meninggal dunia. Allah berfirman dalam surah al-Ankabut ayat lima puluh tujuh, ‘Setiap yang bernyawa akan merasakan mati, kemudian hanya kepada kami kamu dikembalikan.’ Tidak ada di dunia ini manusia yang kekal. Semua manusia akan merasakan kematian.”

            Damia yang duduk dihujung dan yang paling belakang di ruangan wanita hanya menunduk mendengar kuliah Subuh yang diberikan oleh ustaz. Sejurus terjumpa mafela di dalam kereta, Damia terus buat keputusan untuk keluar dari keretanya. Dia tetap juga masuk ke dalam masjid. Dia tidak menunaikan solat Subuh, tetapi dia hanya memerhatikan gerak laku makmum di situ. Disebabkan dia jarang menunaikan solat, jadi sedikit sebanyak dia lupa bagaimana untuk mempraktikkannya. Bahkan, dia merasa, dia berada dalam keadaan ‘kotor’ yang tidak membolehkan dia solat.

            Damia menangis lagi. Jahilnya aku Ya Allah! Maafkan aku Ya Allah!

            Allah Rahman Allah Rahim
            Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
            Allah Rahman Allah Rahim
            Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi

            “Dan kemudian kita akan menghadapi kehidupan yang lebih panjang daripada kehidupan dunia. Dunia ni dibandingkan dengan kehidupan akhirat sangat sedikit sekali…” ustaz membaca potongan ayat al-Quran.

            Menunduk dengan air mata, tetapi telinganya mendengar. Terasa menyesal. Kerdilnya dia. Topik hari ini kematian. Perjalanan hidup manusia. Damia mengaku, dia lalai. Tidak sedikit pun dia mengingati kematian.  Sikit pun dia tak pernah rasa hidupnya dihantui dengan kematian. Tua atau muda, kita semua akan meninggal dunia. Sama seperti arwah Zul. Siapa sangka di saat usia muda, Zul pergi menghadap Ilahi. Mujur saja dia diberi peluang hidup kali kedua. Mungkin peluang ini diberi supaya dia berubah. Berubah ke  arah keabaikan. Kala ini dia mendengar kuliah agama ini dengan mata hati.

            “Dalam surah at-Taubah ayat tiga puluh lapan, ‘…Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.’ Hidup kat dunia ni tuan puan, semuanya indah belaka. Semuanya mengkaburi mata kita. Sampai-sampai kita tak nampak indah di akhirat tu bagaimana. Sedangkan dalam Quran semuanya dah jelas. Bahawa kehidupan di sana lebih indah.

            Sudah cukupkah amalan kita nak menghadapi malaikat Izrail? Sudah bersihkah diri kita dari jahiliyah dan karat dosa nak menghadapai sakaratul maut? Sudah pastikah kita pengakhiran kita adalah pengakhiran yang baik dimana di sana nanti syurga kata mari neraka kata pergi? Dan yang paling penting sudah yakinkah kita yang kita hanya dijemput Ilahi setelah tua dan sempat bertaubat?”

            Di setiap nafas di segala waktu
            Semua bersujud memuji memuja asthma Mu
            Kau yang selalu terjaga
            Yang memberi segala
            Setiap makhluk bergantung padaMu
            Dan bersujud semesta untuk Mu
            Setiap wajah mendamba cinta Mu cahaya Mu

            Damia  menyeka air matanya. Hidungnya sudah merah. Pipinya terasa panas. Damia rasa, dia dah tahu apa yang hatinya perlukan. Bukan lagi ubat penenang bodoh tu. Jiwanya perlukan ini. Ketenangan ini yang dia perlukan. Mendekatkan diri dengan Allah. Ini yang dia perlukan. Ya Allah, dengan sedikit rasa yang Kau campakkan ini, Kau bantulah aku Ya Rabbi. Doa Damia di dalam hati. Berharap Allah mengabulkan permintaannya sedangkan jauh disudut hati dia terasa itu mustahil. Tapi dia juga tahu, Allah itu Maha Pengampun.

***
Dua bulan kemudian…

DIA sisir rambut sekemas yang mungkin. Wajah yang terbias di depan cermin dia tenung. Bibir tersenyum mekar. Mulakan hari dengan bismillah dan senyuman. Omelnya di dalam hati.

            “Handsome juga.” Bicaranya perlahan. Kemudian dia tergelak sendiri. Beg laptop di atas katil dicapai lalu segala suis di dalam bilik di matikan. Dia keluar dari biliknya dan terus menuju ke dapur.

        “Assalamualaikum ibu.” Ucapnya ceria. Bau nasi goreng menerpa deria hidungnya. Membuatkan perutnya berkriuk perlahan.

            “Waalaikummusalam. Selamat pagi Haq. Sihat anak ibu hari ni?” tanya Puan Solehah sambil menuangkan secawan kopi untuk anak bujangnya. Tangannya dicapai Haq, anaknya. Disalami dan dicium kekura tangannya.

            “Alhamdulillah sihat. Allah beri Haq bernafas lagi hari ni. Ibu sihat tak?” soal si anak bujangnya pula.

            Puan Solehah tersenyum. “Sihat Alhamdulillah. Haq nampak semangat hari ni nak pergi kerja, kenapa? Ada orang bagi semangat ke?” usik Puan Solehah. Dia bukannya tak sedar. Subuh tadi dia terdengar anaknya bergelak ketawa. Rupanya berborak dalam telefon. Dalam hati terdetik bahawa anaknya sudah punya kekasih hati.

            Haq gosok belakang tengkuk. “Hish mana ada ibu ni. Haq happy sebab hari ni kan, hari first Haq sebagai cikgu kat sekolah baru.” Beritahu Haq dalam senyuman sumbing. Sebenarnya pagi tadi dia dengar suara Cik Ayu. Itu yang happy semacam.

            “Iye-iyelah tu.”

            “Iyelah bu. Haq rasa teruja sangat nak masuk sekolah baru ni.”

            Puan Solehah menggeleng perlahan. Dia ya kan saja apa yang si bujang sorang ini cakap. Inilah tinggal anak bujangnya sorang. Yang lain semuanya sudah mendirikan rumah tangga. Anaknya bukannya ramai mana. Hanya ada tiga orang. Dua lelaki. Seorang perempuan. Yang si abang sudah punya tanggungjawab sendiri. Si kakak juga sudah punya keluarga. Tinggal Muhammad Dhiya Ul Haq seorang saja yang belum berkahwin. Selepas kematian suaminya tiga bulan yang lalu, Puan Solehah memujuk Haq untuk posting sekolah di Port Dikcson. Dia rasa kesunyian hidup seorang diri di rumah besar ini. Sekurang-kurangnya bila Haq ada, takdelah sunyi sangat hidupnya. Hari ni Haq baru nak mulakan kerja baru.

            “Bu, nanti Haq balik pukul tiga macam tu kot bu.” Beritahu Haq. Tangan sedang scroll telefon bimbit di tangan kiri.

            “Kenapa lambat sangat?”

            “Ni tadi Haq baru dapat whatsapps. Ada kerja sikit kat bandar lepas Haq habis mengajar. Ibu takpe kan tinggal sorang kejap?”

            “Hish macamlah ibu ni budak kecil. Ibu dah biasalah Haq. Bukan tak selalu.”

            Haq senyum. Dengar suara itu bunyi macam dah lali kene tinggal. “Maaf bu.”

            “Tak apalah Haq. Lagipun sekejap lagi ibu nak mengajar budak-budak mengaji. Karang lepas pukul 12 budak-budak tadika tu balik datang nak mengaji.” Ucap Puan Solehah. Dia merupakan guru mengaji di kawasan perumahan di situ. Memang selepas pukul 12 tengahari rumahnya akan dikunjungi kanak-kanak.

            Cuma semenjak dua bulan yang lalu, dia punya seorang anak murid yang istimewa. Kadang-kadang anak muridnya itu bermalam di rumahnya semata-mata ingin belajar mengaji dengannya. Sudah dua minggu dia tidak ketemu anak muridnya itu disebabkan anak muridnya ada urusan kerja.

            “Kalau ibu dah kata macam tu, takpelah. Tak delah Haq rasa bersalah sangat tinggalkan ibu. Ibu nak pesan apa-apa tak?” Haq capai sekeping lagi sandwich yang terhidang. Dimasukkan ke dalam mulut dan dikunyah perlahan.

            “Macamlah ibu tak biasa. Dah lah cepat pergi kerja. Karang terlambat pulak. Ibu nak pesan Haq hati-hati je memandu kat jalan.” Ucap Puan Solehah prihatin.

            “Ececehhh, pesanan ibu tu torbaeklah bu. Sweet sangat.” Seloroh Haq selamba. Dia bangkit dari duduknya. “Okaylah bu. Haq pergi dulu.” Tangan dihulur untuk menyalami Puan Solehah.

            “Bye bu.” Pipi Puan Solehah dicium sekilas.

            Sangat anak ibu si Haq ni.
***


DAMIA sudah siap mengemaskan barangnya. Sebentar lagi dia akan bertolak ke Port Dickson, ke rumah Puan Solehah. Semenjak kes dia lari rumah untuk cari ketenangan dua bulan yang lalu, dia berkenalan dengan Puan Solehah. Gurunya itu membawa dia pulang ke rumah lalu dibantu mempelajari ilmu agama. Setelah diceritakan pengalaman yang dia hadapi dari A sampai Z. Puan Solehah hulurkan tangan untuk membantunya mencari nur Allah. Sebulan dia tinggal bersama Puan Solehah. Macam-macam dia belajar. Syukur Alhamdulillah. Kini dia sudah pulih dari mengingati kemalangan ngeri itu. Auratnya juga ditutup dengan sempurna. Solatnya dijaga seperti mana yang dipesan Puan Solehah. Cuma satu je yang dia masih belajar, mengenal kalam suci Allah. Dia masih lagi merangkak membaca al-Quran.

            Mommy dan daddynya juga pelik melihat keadaannya tetapi seboleh-bolehnya dia mahu tunjukkan pada daddy dan mommy yang ini jalan hidup yang dia pilih. Dia mahu memilih hidup yang berteraskan al-Quran dan as-Sunnah. Bukan lagi seperti dulu. Jauh di sudut hati, Damia mendoakan supaya mommy dan daddy juga berubah ke   arah kebaikan.

            Damia capai beg kertas yang terletak di atas meja kerjanya. Bibir tersenyum lebar. Dah lama tak jumpa Ibu Lehah. Itu gelaran yang Damia gelarkan buat Puan Solehah.

            “Rindunya kat Ibu Lehah. Harap-harap dia sukalah apa yang aku bagi kat dia nanti,” bicara Damia seorang diri. Tiga pasang telekung dia beli dari Indonesia semasa menguruskan kerja di sana. Satu untuk mommy, satu untuk dirinya dan satu lagi untuk Ibu Lehah. Tapi untuk mommy, rasanya dah tiga hari bagi mommy, tapi sikit pun mommy tak usik. Elok je beg kertas itu terletak di ruang bacaan daddy.

            Damia pandang frame yang terletak di mejanya. Berbaris gambar mereka tiga beranak. Ya Allah, ampunkanlah keluargaku. Khilaf kami semua Ya Allah kerana tidak pernah mengingati-Mu. Kau titipkan hidayah untuk mommy dan daddy. Cause I love them so much.

***

“ASSALAMUALAIKUM.” Damia beri salam dari luar rumah. Kereta Suzuki Swiftnya diparkir elok di bahu jalan. Beg tangan LV terletak elok di bahu kanan. Tangan kiri memegang beg luggage dan beg kertas. Pukul lima setengah petang tadi dia bertolak dari Kuala Lumpur ke Port Dickson, maghrib baru sampai.

            “Waalaikummusalam.” Pintu rumah dibuka dari dalam.

            Kornea mata Damia bersabung mata dengan insan yang membuka pintu rumah Puan Solehah.  Bagai terkena renjatan elektrik. Dia terpanar melihat sepasang mata itu.  Masing-masing terkelu untuk berbicara.

            “Ehem!” Puan Solehah berdeham apabila berdiri bersebelahan Haq.

            Cepat-cepat Damia melarikan bebola mata. Hilang rasa debar di dadanya. Damia pandang Puan Solehah. “Assalamualaikum Ibu Lehah.” Tangan dihulur untuk bersalaman. Kemudian mereka berpapasan muka pula.

            “Kenapa datang tak beritahu Lut?” tanya Puan Solehah. Tadi dia sedang menunaikan solat maghrib. Terdengar orang beri salam. Itu yang dia keluar menjenguk selepas selesai solat. Tak sangka pula Haq yang buka pintu.

            “Maaf ibu. Lut datang mengejut. Lepas settle semua kerja, Lut terus bergerak datang sini.”

            “Eh Lut tak kerja ke esok?”

            Haq berkerut-kerut dahi memandang ibu dan wanita cantik di hadapannya ini. Bergetar tulang rusuk dia saat mata ini bertembung dengan mata jernih itu. Acah je. Haha.

            Damia menggelarkan namanya Lutfiah pada Puan Solehah jadi ramai orang-orang di kawasan perumahan ini mengenali dia dengan nama Lut. Nama Damia itu hanya masa lalunya. Orang-orang lalu je kenal Damia.

            “Lut ambil cuti tiga hari. Rindu kat ibu sebab tu Lut cuti lama.” Di hujung ayatnya, Damia tergelak perlahan.

            “Marilah masuk Lut. Lupa pula ibu nak mengajak. Ni dah maghrib belum?” tanya Puan Solehah. Dia memberi ruang buat Damia masuk. “Haq tolong angkat beg Lut ni.” Pinta si ibu.

            Eh aku pulak kena? Tak tahu hujung pangkal cerita tiba-tiba aku kena? Rungut Haq di dalam hati. Tangan sudah mahu membantu mengambil luggage Damia yang sederhana besar itu.

            “Eh takpe. Saya boleh tolak je. Tak berat mana.” Ucapnya lembut. Damia terus berlalu sebaik saja mengukirkan senyuman untuk Haq. “Ibu Lehah, Lut nak solat sekejap ya? Lut masuk bilik selalu ya?” Damia meminta izin. Canggung pula bila ada anak Puan Solehah di rumah ini. Kalau dia dengan Puan Solehah je, sesuka hati dia nak buat apa, nak jalan mana dalam rumah Puan Solehah ini.

            “Ha yelah. Pergi solat dulu. Nanti ibu masuk bilik Lut.” Kata Puan Solehah seraya menuju ke dapur menjerang air untuk dihidangkan nanti.

            “Bu.” Panggil Haq. Dia berdiri di sisi ibunya. Dia memandang pelik ke  arah Puan Solehah.

            “Apa Haq?” tanya si ibu. Tangan lincah mengeluarkan teko dari kabinet.

            “Siapa tu bu? Haq ada tertinggal apa-apa cerita ke? Sejak bila pula ibu ada anak bongsu lain selain Haq?” bertubi-tubi soalan Haq lemparkan untuk Puan Solehah.

            “Dia tu anak angkat ibu.”

            “Eh sejak bila ibu pandai main anak-anak angkat ni? Tak cukup ke Haq, Kak Syuhada dengan Abang Hud?”

            “Astaghrafirullah Haq ni. Dia tu ibu dah anggap macam anak ibu sendiri dah Haq. Haq je yang tak tahu. Itulah sibuk sangat sampai tak balik jenguk ibu.”

            Haq tersengih sambil menggosok belakang leher. Alamak ibu terkoyak pulak. Desisnya.

            “Haq curious je. Tiba-tiba ada perempuan datang pastu panggil ibu Haq Ibu Lehah, apa kes? Takde mak ke sampai nak rampas mak orang?” sekali lagi mulut itu berleter macam-macam.

            “Hish budak ni!” satu cubitan hinggap di perut anaknya.

            “Aduh. Ibu. Sakitlah.” Haq gosok perut yang dicubit Puan solehah.

            “Itulah banyak sangat cakap before tahu pucuk cerita.”

       “Dah tu, ibu cerita pendek-pendek. Cuba ibu cerita panjang. Takdelah Haq banyak soal.” Bibirnya memuncung. Ni tak aci. Bila ibu ada anak baru. Kesianlah kat dia nanti. Kurang kasih sayang.

            Puan Solehah mengeluh perlahan. Dia pandang anaknya yang sedikit tinggi darinya. “Dia tu anak murid ibu. Belajar mengaji dengan ibu. Dah jangan banyak tanya. Haq tolong buatkan air teh. Sekejap lagi lepas dia habis solat, ibu nak mengajar dia mengaji.” Puan Solehah terus meninggalkan anak bujangnya dengan teko di tangan.

            Anak murid ibu? Aik? Dah besar gitu takkan anak murid ibu kot? Gila lawa anak murid ibu.

            Usai menunaikan solat, Damia toleh ke belakang. Bibir menguntum senyum saat melihat Puan Solehah sudah berdiri di muka pintu bilik. Ibu Lehah selalu faham Damia.

            “Lut ulangkaji tak kat rumah?” tanya Puan Solehah. Dia ambil tempat duduk di depan Damia. Inilah anak murid istimewanya. Dua bulan yang lalu, dia tolong anak gadis ini dari terus hanyut dengan perasaan dukanya.

            Laju Damia angguk. “Alhamdulillah ibu. Kat sana pun Lut cuba baca satu hari satu muka surat walaupun tergagap-gagap. Nasib baik ada pen audio tu, Lut belajar dari situlah perlahan-lahan. Nak mengaji dengan guru lain karang takut terkejar-kejar dengan jadual kerja Lut. Jadi lebih baik Lut belajar dengan ibu. Ibu je tahu progress Lut macam mana.” Bibir itu melakarkan senyuman gembira. Syukur atas nikmat Tuhan, walaupun sudah berusia 25 tahun, dia masih diberi keizinan untuk mengenal, menyebut kalam suci Allah.

            “Alhamdulillah. Eloklah kalau macam tu. Hari tu Lut berhenti sampai surah al-Hajj kan? Jom kita sambung.” Kata Puan Solehah. Kitab al-Quran dibuka. Lalu dia memulakan sesi mengaji.

            Di luar bilik, Haq dengar suara Damia yang sedang mengalunkan bacaan al-Quran. Tak lancar tetapi tak juga gagap. Lambat. Itu yang berada di fikiran Haq. Taranumnya masih belum lancar. Sebab itu dia kata lambat. Cantik tapi baru nak belajar mengaji? Itu tanggapan Haq terhadap Damia. Dia mencebik bibir sambil mengangkat bahu. Malas nak masuk campur.

           

 #P/S : Assalamualaikum and Hi :D. It's been so long. Hihi. As always. Segala salah silap dlm penulisan saya harap maaf dan mohon ampun. Dah lama x taip itu yg byk hilang kosa kata. Thanks for reading. Insya-Allah, Cerita pendek kali ni, saya cuba habiskan secepat yg mungkin. :D

No comments: