Monday, 23 May 2016

Bukan Isteri Pilihan [Part VI]

Part 6

“AKU kecewakan dia bro.” Haq pandang dada langit. Entah kenapa selepas peristiwa itu, dia rasa bersalah terhadap Damia. Selepas dari hari Damia menjauhkan diri darinya, dia perasan Damia buat silent treatment dengan dia. Rasa rindu pula nak lihat wajah cemberut Damia. Rasa rindu pula nak keluarkan arahan untuk Damia.

                “Haq. Haq. Kan abang dah cakap. Walau macam mana teruk pun Lutfiah, dia tu dah jadi isteri kau. Kau pun tahu kan? Yang teruk tu, masa lalu dia Haq. Ibukan dah cakap, Lutfiah dah berubah. Kau tu je yang tak bukak mata hati kau.” Nasihat Hud di hujung talian sana.

                “Aku nak buat apa ni bang?” Haq mengeluh berat.

                “Kau cintakan dia tak Haq?” soalan cepumas si abang.

                Haq terdiam sejenak. Cintakah dia? Habis tu Ayu apa?

                “Aku dah ada pilihan hati sendiri sebelum Lut bang. Kalau aku cakap aku cintakan Lut, habis tu, pilihan hati aku tu nak campak mana?” Kata Haq.

                “What?! Pilihan hati? Abang tak tahu pun.”

                “Memanglah kau tak tahu. Aku tak beritahu sesiapa pun.”

                “Habis tu Lutfiah tahu tak?”

                “Tahu. Sebab tu dia macam marah dengan aku.”
                Hud dah menggeleng di hujung sana. “Haq. Haq. Lut tu kan isteri kau. Isteri mana yang tak marah kalau suami curang?”

                “Aku tak curang. Aku kenal budak tu sebelum Lut lagi.”

                “Habis tu kau cintakan budak tu?”

                Sekali lagi persoalan si abang membuatkan Haq terdiam. Entah. Perasaan dia terhadap Ayu tu, dia tak tahu nak ulas macam mana. Cinta atau simpati pada nasib Ayu aje Haq?

                “Entahlah bang. Aku sendiri tak faham dengan perasaan aku. Bila dengan Lut, aku rasa berdebar je. Tapi kalau dengan budak tu, aku suka tengok dia senyum gembira.”

                Terdengar suara Hud menggelakkan adik sendiri. “Istikarah dah ke belum?”

                “Perlu ke?” soalan bodoh Haq lemparkan buat abangnya.

                “Haruslah bro. Bila hati sedang berbolak-balik. Kau kenalah minta petunjuk dari-Nya. Dia yang Maha Mengetahui segalanya. Jodoh ni rahsia Allah, Haq. Kita sebagai hamba hanya mampu berusaha meminta dan memohon dengan sehabis daya. Mungkin sekarang kau nampak jodoh kau dengan Lut, tapi mana tahu kalau macam ni perasaan kau berbolak balik, jodoh kau dengan Lut takat ni je. Kiranya jodoh kau dengan Lut hanya untuk beberapa bulan je.”

                “Hish bang. Janganlah kata macam tu. Aku kalau boleh nak kahwin sekali je bang.”   
       
                “Ek eleh. Nak kahwin sekali konon. Habis tu pilihan hati kau tu apa pulak? Sparepart?” Sindir si abang.

                “Kan aku dah kata tadi. Aku tak tahu.”

                Hud  ketawa halus. Sebagai abang, dia perlu bagi kata-kata semangat agar Haq tak tersalah pilih. “Istikarah Haq. Tak silap abang ada dalil Nabi SAW yang menyatakan, jika kalian berniat untuk melakukan satu hal, maka hendaklah melaksanakan dua rakaat yang bukan solat wajib. KAu buat solat taubat dulu, baru istikarah. Sebab kita manusia ni ada buat silap, ada buat dosa. Jadi kalau nak mohon petunjuk Allah tu, biarlah kita tak terhijab dengan dosa.”

                Hati Haq terkesan dengan kata-kata abangnya. Abangya nampak jauh lebih matang berbanding dirinya. Mungkin didikan tegas ayah menyebabkan abang lebih warak darinya. Dia ni anak bongsu. Dengan ibu dia manja. Dengan arwah ayah pun dia manja.

                “Baiklah bang. Kau doakan yang terbaik untuk aku eh bang.” Kata Haq.

                “Insya-Allah Haq. Dengar ni, siapa pun yang kau pilih, kau kene bersedia untuk menerima setiap kekurangan dan kelemahan dia. Perempuan ni, makhluk yang sangat berbeza daripada kita. Sifatnya halus, harus dilentur dengan penuh lembut dan berhikmah. Jika terlalu keras, dia akan patah. Jika terlalu dimanjakan, dia akan terus membengkok. Tanggungjawab kau tu Haq.”

                Hari tu dia beria-ia nasihatkan daddy, sekarang ni, dia pula yang terkena. Itulah dok pandai sangat nasihatkan orang sedangkan diri sendiri bengkok mendidik isteri. Haq. Haq.

                “Terima kasih bang. Kalau kau tak nasihatkan aku. Entah sampai bila aku berbolak balik dengan hati sendiri.”

                “Takde hallah Haq. Kau tu adik abang. Abang akan selalu support kau.”

                Bibir Haq menguntum senyum. Dalam hati dia menitipkan doa. Ya Allah, aku serahkan diriku dalam genggaman-Mu. Aku serahkan diriku selayaknya kepada Engkau yang lebih mengetahui siapa pemilik yang terbaik untukku. Jika Damia Lutfiah itu jodohku di dunia dan di akhirat, kau bukakanlah pintu hati aku ini selebar dan seluas-luasnya agar dapat melihat setiap kebaikan darinya. Jika Ayu Sulaiha betul bukan jodohku, Kau bantulah aku menghadapi wanita itu. Kentalkan hatinya untuk menerima takdir-Mu.

***
“Ya Allah sekiranya suamiku adalah pilihan-Mu di Arash, berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya. Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititian-Mu, kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya. Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya. Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya. Berikanlah aku dan suamiku, kedamaian dan ketenteraman hati atas Nur-Mu. Ya Allah, manusia tidak akan pernah memahami tapi aku tahu Engkau memahami setiap apa yang bergulir di jiwaku. Kau bukakanlah hati Muhammad Dhiya Ul Haq untuk mencintaiku, untuk menerima aku sebagai isterinya, menerima segala kekuranganku.” Damia berdoa sendirian I hamparan sejadah itu. Sambil meratib zikir demi zikir dengan deraian air mata penuh cinta kepada-Nya.

                Teringat akan satu artikel dari salah seorang blogger muslimah terkenal. Katanya, mintalah apa jua dari-Nya, sebanyak mana permintaan walau sepenuh bumi namun rahmat Allah melebihi daripada segala apa yang ada di dunia. Tidak terjangkau besarnya rahmat Allah, tidak akan terbanding dengan apa-apa ukuran pada skala pengiraan manusia. Allah itu Maha Kaya.

                Malam itu, ada dua hati sedang menangis memohon pertunjuk dari Yang Maha Esa. Agar dipermudahkan urusan mereka.

***
KALI ini giliran Damia pula pulang ke PD. Semalam dia sampai awal di PD. Tapi sepatah kata pun tak keluar dari bibir untuk berborak dengan Haq. Dia hanya berceloteh dengan ibu Haq sahaja. Mujur sahaja ibu mertuanya menerima apa adanya dia.

                Damia mengerekot di atas katil. Bawah perutnya sakit. Hari pertama haid keadaan dia memang begini. Lepas solat Subuh tadi, dia terus kembali lena. Haq entah ke mana hilangnya. Ibu kata dia ke pasar tadi. Pandai pula si suami tu ke pasar.

                Tiba-tiba perutnya terasa memulas. Damia terus berlalu ke bilik air. Buang air besar. Lima minit kemudian, dia keluar. Sempat dia perasankan Haq yang melintasi depan dia. Sedikit pun HAq tak tegur dia.  Dia pun tak hingin nak tegur HAq dalam keadaan sakit macam ni.

                Haq toleh ke belakang bila isterinya sikit pun tak nak bercakap dengan dia. Mogok lagi ke? Dah dua minggu kot. Takkanlah marah aku lagi? Tengok muka tu macam sakit. Kenapa eh?

                “Ibu nak masak apa tu?” tanya Damia sambil menyanggul tinggi rambutnya. Melihatkan ibu yang menyiang ikan terus tekaknya terasa loya. Aduh.

                “Ibu nak masak…” ayat Puan Solehah tergantung apabila melihat Damia yang berlari cepat-cepat ke sinki. Menantunya sedang memuntahkan isi perut.

                “Eh Lut tak sihat ke?” Puan Solehah cepat-cepat cuci tangan lalu diurut belakang tubuh Damia. Ada isi ke?

                “Haq! Haq!” Panggil si ibu.

                “Ya bu!” BEgegas Haq ke dapur.

                “Lut okey bu.  Ni Cuma.” Saat Damia angkat wajah dari sinki, kelihatan Haq sudah berada di dapur.

                “Kenapa bu?” tanya Haq. Pelik melihat isterinya yang terbongkok-bongkok di depan sinki.

                “Ini hah. Isteri Haq ni. Muntah-muntah. Cuba Haq bawa dia pergi klinik. Mana tahu si Lut ni mengandung.” Kata si ibu confident.

                Damia menggeleng laju. “Eh bu. Tak mungkin. Lut cuma…”

                “Cepatlah Haq. Bawa dia ke klinik. Tengok muka Lut. Pucat dah tu.” Arah Puan Solehah lagi.

                Haq terpinga-pinga? Mengandung? Takkanlah. Dia tak pernah sentuh Damia. Mana nak datang mengandung tu?

                “Ibu. Tak Lut cuma sakit perut je.” Ucap Damia menafikan. Tubuhnya di tolak Puan Solehah supaya beredar dari dapur.

                “Haq pergi bersiap. Bawa dia ke klinik. Ibu tunggu rumah. Lut nak makan apa-apa tak? Ibu boleh masakkan.” Semangat si ibu berkata.

                Damia dah pandang Haq yang seakan kaku itu. Macam mana nak cakap kat ibu ni? Nampak muka orang tua ni macam mengharap sangat je. Desis hati Damia.

                Haq sudah keluar rumah. Masuk dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan. Kemudian muncul Puan Solehah bersama isterinya yang hanya memakai seluar treck dan t-shirt long sleeves berserta selendang belit-belit.

                Tahu-tahu si isteri dah duduk sebelah pemandu. Wajah Haq nampak tegang. Terus kereta Mitsubishi Lancer itu keluar dari garaj dan meninggalkan perkarangan rumah.

                Hanya Allah yang tahu apa dalam hati Haq. Mengandung? Anak siapa? Aku tak pernah usik kau Lut. Dengan siapa? Bagaimana? Banyak persoalan yang bermain di benak Haq. Tapi semua jawapan itu ada pada Damia.

                “Haq, stop!” Ujar Damia perlahan. Takut apabila Haq seakan tak beriak.

                Haq makin tekan minyak. Laju.

                Damia pegang tali pinggang. “Haq! Stop!”

                “Shut up Lutfiah!” Marah Haq garang. Matanya menoleh ke  arah si isteri. Tiba-tiba dia rasa geram. Tercabar. Andai benar Damia mengandung. Dia lelaki paling dayus!

                Damia tersentak. “Haq. Slow it down. Tak perlu bawa saya pergi klinik.” Kata Damia perlahan. Air mata dia tahan dari gugur.

                “Kenapa? Takut aku tahu kebenaran yang kau mengandung?” bidas si Haq.

                “I tak mengandung Haq. Macam mana I nak mengandung kalau you sikit pun tak pernah sentuh I?” Suara Damia melirih pilu. Tersiat hatinya apabila dituduh begitu.

                “Boleh jadi ada lelaki lain yang sentuh kau bila aku takde Lut.” Tuduh Haq lagi.

                “Astaghrafirullah Haq. Sampai hati tuduh I macam tu. I isteri you Haq. Kalau dengan you pun I tak pernah bagi, apatah lagi dengan orang lain Haq.”

                “Habis tu yang kau uwek-uwek tu apa?”

                “It’s just period pain Haq. I’m period. Tang mananya mengandung kalau I period?” Suara tangis Damia dah pecah. Dia menangis. Argh! Dia takde mood langsung. Dengan sakit di bawah perut. Dengan tuduhan melulu Haq. Betul-betul buat dia bad mood!

                Haq pandang Damia tak percaya? Aik? Period? Tadi elok je aku imam solat subuh. Yang dari tadi aku dok marah marah sebabkan cemburu dengan lelaki lain, sebenarnya dia cuma period? Eh Haq dah pandai cemburu?

                “Period?” tanya Haq lagi.

                “I memang macam ni kalau period. Muntah. Buang air banyak kali. Pastu baring. You apa tahu. You bukan perempuan!” Marah Damia sambil memukul bahu kiri Haq. Geram!

                Haq terkejut. Kelakar pula. Dia pandang Damia yang beria-ia menangis. “Yang kau nak menangis kenapa?”

                “Yelah! You tuduh I curang. Ada hubungan dengan lelaki lain. Siapa yang tak marah? I ni sakit perut tahu tak. You lagi buat I sentap. Memanglah I menangis.”

                Haq simpan gelak dalam hati. Isterinya membebel sambil menangis. Comel. Dah lama tak dengar suara itu. Rasanya ada hikmah kenapa ibu suruh bawa Damia ke klinik. Sekurang-kurangnya isterinya nak bercakap dengan dia.

                “I’m sorry okay. My fault. I thought you’re pregnant. Just like what  ibu said.”

                “Perlu ke dengar cakap ibu you? You pun tahu kan sepanjang kita kahwin mana pernah you sentuh I? Jadi takkan mungkin ada istilah mengandung tu. I takkan curang dengan you Haq.”

                “Okay. Okay. I’m sorry okay. Dah tu nak aku bawa pergi klinik tak ni? Kau nampak teruk.”

                Damia menggeleng. “Tak nak! I nak balik.” Jawab Damia garang.

                Jawapan si isteri di buat endah tak endah. Mitsubishi Lancer terus meluncur laju membelah jalan raya . Menuju ke sebuah tempat yang boleh beri isteri dia kedamaian.

***
MATA Damia memerhatikan sekeliling luar kereta. Kereta Haq membelok ke kiri. Damia mengerutkan dahi. Dia pandang Haq. Menghantar persoalan di benaknya melalui riak wajah.

                Haq jongket bahu. “Jomlah turun.” Haq dah unlock pintu.

                “Eh nanti.” Damia pegang lengan Haq. “I cakap nak balik kan? Kenapa bawa pergi sini?”

                Gila ke apa Haq ni? Nak masuk tengah tengahari macam ni nak berjalan kat pantai? Merepek apa? Pantai Teluk Kemang nampak lenggang. Mungkin sebab masih terlalu awal.

                “Saja. Karang ibu pelik pulak kita balik awal. Baik lepak sini kejap. Cari angin. Dah lama kan kau tak lepak pantai?” Kata Haq seraya keluar dari kereta.

                Tanpa banyak soal, Damia keluar juga dari kereta. Mereka berdua berjalan beriringan mendekati pesisir pantai. Angin yang kuat menyebabkan selendang milik Damia terbuai sama.

                Damia mengucapkan syukur di dalam hati apabila wajahnya ditampar angin lembut. Dia sukakan pantai. Sangat. Bau laut menerobok masuk ke rongga hidung. Dia senyum.

                Haq pandang dari tepi. Suka melihat dua ulas bibir itu tersenyum gembira. “Suka?” Tanya Haq sambil bercekak pinggang memandang ke hadapan. Dia dah kuis-kuis kaki ke tanah.

                Damia angguk dalam senyuman. “Suka. Sangat.”

                Mata mereka berdua menebar melihat pemandangan indah ciptaan Allah SWT. Kelihatan beberapa orang sedang berborak sambil berjalan di pasir pantai. Ada juga yang main di gerigi air pantai. Damia dan Haq lebih suka berdiam diri. Menikmati saat indah ini dengan bahasa tubuh mereka.

                Untuk beberapa minit, Haq dan Damia berjalan tanpa hala tujuan.

                “Haq.” Panggil Damia. Langkahnya terhenti apabila ternampak ais krim.

                “Apa?”

                “Tu.” Bibir terjuih ke arah pak cik ais krim.

                “Nak ke?”

                Damia angguk. Terus Haq berjalan membeli dua batang ais krim untuk dia dan Damia.

                “Nah.” Haq hulur kepada Damia.

                “Thank you.” Bibir Damia ukir senyum. Saat bibir Haq mahu menjilat ais krim, Damia menegah. “Eh nanti dulu.”

                Haq kerut dahi. Apsal tak boleh pula? “Kenapa?”

                “I suruh you beli ais krim sebab I nak main game.” Kata Damia teruja. Tiba-tiba teringat satu game. Gamenya mudah je.

                “Game apa pula ni? Cair kang ais krim ni.” Dah kenapa pula bini aku ni? Nak main game apa pula dengan ais krim ni?

                “Sebab dia cairlah kita kena main cepat-cepat.”

                “Hah, okeylah. Nak main game apa?” soal Haq malas.

                “Have you ever.”

                “Huh? Game apa tu?”

                “Game dia macam ni, I tanya you soalan have you ever done something in your life. Kalau something tu you pernah buat then you kena makan ais krim you. Kalau something tu you tak pernah buat, then you kena makan ais krim I. Simple je. Just for fun.”

                Haq angguk faham. “Okay kalau macam tu siapa nak mula?”

                “You.” Jawab Damia ringkas. Kalaulah masa itu boleh dihentikan, dia mahu menikmati saat ini dengan lebih lama lagi agar dapat meluangkan masa dengan suami tercinta.

                “No problem.” Dengan bangganya Haq tak kesah kalau dia kena mula dulu. Dalam otak tengah congak soalan apa nak tanya Damia. Sambil berjalan, mereka memulakan game mereka.

                “Have you ever date with someone?” tanya Haq sambil letak ais krim di tengah-tengah antara dia dan Damia.

                Damia pandang Haq. Kemudian dia sengih. Ais krim miliknya dijilat perlahan. Sebelum Haq, dia bercinta dengan arwah Zulkarnain. Jadi dia jawapan dia, dia pernahlah kan date tu.

                Dalam fikiran Haq dah tertanya-tanya. Dengan siapa isteri dia bercinta dahulu? Lalu mana lelaki itu?

                Kali ini giliran Damia pula, “Have you ever fallen in love?”

                Haq pandang Damia pula. Dia jilat ais krim sendiri. Pernah. Fallen in love dengan perempuan sebelah aku. Habis Ay utu apa Haq?

                Hmm… adik mungkin?

                Dengan siapa? Itu yang Damia nak tanya. Tapi nanti dah tak jadi rule dalam game.

                “Have you ever miss me?” soalan trick! Saja nak menduga reaksi si isteri.

                “Tak aci. Apa pula tanya soalan tu?” Bibir Damia dah muncung. Perasaan dia biarlah dia sorang je tahu.

                “You are not answering the question Damia.”

                Muka Damia da cemberut. Dengan terpaksa dia jilat ais krim sendiri.

                Haq simpan senyum. Rindu aku tapi kenapa tak pernah nak cakap?

                Ingat dia sorang boleh tanya soalan aneh-aneh? Aku pun bolehlah! Gumam Damia di dalam hati.

                “Have you ever love me?” Kedua belah kening Damia terjongket-jongket dengan senyuman lebar.

                Cis! Dia kenakan aku! Takkan nak ngaku? Terus Haq pegang pergelangan Damia. Ditarik ais krim Damia dekat dengan mulutnya. Dijilat perlahan.

                Damia kecewa.  Tipu ke betul-betul ni? Takkan dah berbulan kahwin Haq masih tak cintakan aku?

                Melihat wajah isteri yang tampak kecewa Haq senyum dalam hati. “Have you ever liked my kiss?” Haq teringat kejadian di dalam bilik gim. Kali pertama dia mencium bibir mungil itu dengan rela.

                Damia gigit bibir sendiri. Mencabar betul soalan Haq ni. Matanya dijulingkan ke atas. Ditarik lengan kanan Haq yang memegang ais krim. Lalu dijilat perlahan.

                “I don’t like you kisses!” sempat Damia kenyataan.

                “Ceh! Poyo. Kau pun rela je aku tengok.” Bidas si Haq.

                Damia tampar bahu Haq kuat. Mata dijegilkan.

                Damai terus masuk soalan seterusnya. “Have you ever fraudulent with me?”

                Pergh! Soalan jerat ni. Haq pandang Damia tak berkelip. Kalau jawab jujur nanti. Takut hati isterinya kecewa. Terus dia dekatkan bibirnya dengan ais krim Damia. Menipu lagi.

                Ye ke tak curang? Habis tu Ayu tu siapa? Tanya Damia di dalam hati.

                Giliran Haq pula, “have you ever had a one night stand?”

                Langkah Damia terhenti terus. Tak berkelip dia pandang Haq. Soalan gila apakah ini? Haq ingat dia semurah itu ke? Tiba-tiba Damia sentap dan rasa marah. Terus ais krim miliknya, dia tonyoh ke muka Haq.

                Haq kaget. “Hoi! Kau kenapa gila?”  marah Haq. Habis muka dia yang handsome ni dah kena ais krim. Dia tanya soalan je kan?

                “You tu yang kenapa?! Teruk sangat ke I di mata you Haq? I tak seteruk yang you sangkalah Haq! I still have dignity!” Damia terus angkat kaki. Dia merajuk! Ergh! Adakah selama ini Haq melayan dia dengan teruk sebab Haq ingat dia teruk saat jahil dulu? YA! Dia mengaku. Dia teruk. Tapi dia tak pernah ke ranjang katil dengan mana-mana lelaki. Dia hanya seorang perempuan yang suka menari tiang di kelab malam bersama arwah Zulkarnain saja. Sesiapa yang menang battle minum akan dihadiahkan tarian tiang. Dia pernah sekali terjebak menari tiang. Tapi itu pun 3 kali sahaja dia ikut job tu. Lepas tu banyak masa dia habiskan dengan minum bersama arwah Zulkarnain.

                “Lut. Sorrylah. Aku tanya je.” Haq dah kesat muka dia dengan baju tshirt sendiri. Dia kejar langkah Damia.

                “Balik. I nak balik!” Jawab Damia kasar.

                “Lut! Sorry okay. It’s just a question. Janganlah emo.”

                “Yes that’s a question. Tapi tak boleh ke you tanya soalan yang muhasabah sikit?! I isteri you, Haq. Tolong jangan judge masa lalu I. Sebab itu bukan isteri you. Yang depan mata you sekarang ni, ini isteri you. Sekarang dan seterusnya. Yang depan you ni, perempuan yang perlu you bimbing. Bukan yang dulu.”  Mata berkaca-kaca. Damia terus berjalan ke depan. Berdiri di depan pintu kereta Haq.

                Ergh! Merajuk lagi. Baru nak berbaik. Haq tampar bibir sendiri. Salah mulut dia sendiri. Terus dia masuk ke dalam kereta. Dan memecut pulang ke rumah. Itulah Haq. Dah tahu bini tu tengah bulan mengambang. Lagi dia naikkan kemarahan si isteri. Tak memasal kene tonyoh dengan ais krim. Tobat tak nak buat lagi dah.
***
DAMIA tergesa-gesa mendapatkan telefon bimbit Haq di atas meja solek. Lelaki itu daripada maghrib tak pulang lagi. Ke masjid katanya. Dia pula selepas maghrib tadi tolong ibu sediakan lauk makan malam. Sekejap lagi Haq balik mesti nak makan. Tadi siang lepas balik dari pantai, masalah lagi nak jelaskan pada ibu yang dia tak mengandung. Jelas wajah tua itu hampa.

                Damia angkat panggilan telefon tersebut tanpa melihat nama pemanggil.

                “Assalamualaikum Haq. Awak kat mana tu? Banyak kali saya call tapi tak dapat.” Suara Ayu dihujung talian menerobos masuk telinga Damia.

                Damia terdiam. Suara perempuan? Tak tahu nak rasa apa. Sebab dia tahu kenyataan bahawa suaminya ada kekasih hati. Tiba-tiba ada titisan jernih mengalir di pipi. Kenapa perlu ada perasaan macam ni Damia? Kau tahu kebenarannya bukan? Kau tahu letak nama kau di mana di hati Haq bukan?

                “Haq! Haq! Dengar tak ni saya cakap?” suara Ayu bertanya bertalu-talu.

                KLIK! Damia terus tamatkan panggilan. Telefon suaminya digeledah. Nombor telefon Ayu disalin di dalam iPhone5s miliknya. Panggilan dari Ayu dipadam dari telefon lelaki itu. Tak nak meninggalkan kesan.

                Perlu ke aku buat perhitungan dengan perempuan tu? Perlu ke aku mempertahankan Haq aku? Soal Damia pada diri sendiri.

                Perlu Damia. Kau perlu jumpa. Leraikan segala sengketa antara korang bertiga. Haq tu suami kau. Kalau Haq tak nak mempertahankan rumahtangga korang, kau sendiri yang kena bertindak. Perempuan tu, perlu tahu kau isteri Muhammad Dhiya Ul Haq.

***
“HAQ! Haq!” Damia melutut di depan Haq yang tampak lena. Damia pegang selimut rapat ke dada. Bunyi guruh dan petir membuatkan matanya sesekali terpejam. Semenjak kemalangan itu berlaku, dia sangat takut dengan petir. Seakan ternampak silauan cahaya lampu dari lori yang melanggar mereka.

                Haq yang tidur di bawah beralaskan toto memisatkan matanya. Selimut yang rapat hingga ke dadanya ditolak sedikit. “Hmm… kau nak apa pula ni? Tidurlah Lut.” Mata masih terpejam. Tapi mulut menggumam perlahan.

                “Haq, I takut ni. Hari hujan. Petir kilat pula tu. Boleh tak, I tidur dengan you?” soal Damia perlahan. Matanya tak lepas dari merenung wajah kacak yang sedang memejamkan mata itu.

                Haq terus buka mata. Dia gosok perlahan matanya. Mengubah posisi dari baring kepada duduk. “Kenapa ni Lut? Selalu elok je kan tidur sorang.”

                Damia pandang muka Haq dengan muka simpati. Tangan kanannya menarik-narik selimut Haq. “Please Haq. Malam ni je. I takut. Kuat sangat petir tu bu…”

                Bunyi petir menyambar. Bilik  yang gelap tu jadi terang dengan adanya kilat. Pantas sekali kejadiannya. Damia terus terduduk memeluk Haq. Menyembamkan wajahnya di dada bidang si suami.

                Haq kaget. Terasa gigilan dari tubuh si isteri. Dada Damia juga berombak laju. Haq pegang bahu Damia lembut. Direnggangkan sedikit.

                Damai tahan tangis. Matanya sudah bergenang dengan air jernih. “I takut.” Bisik Damia perlahan.

                Haq mengeluh perlahan. Kenapalah emosi isterinya terganggu sejak-sejak akhir ni? Teruk betul kalau period eh? Mudah sangat menangis. “Okay. Okay. Aku temankan. Dah jangan nangis. Macam budak keciklah.”

                Haq pegang bahu Damia lalu dibawa bangun bersama. Bantal milik dia dicapai lalu diletakkan di atas katil. “Dah jom tidur.” Kata Haq.

                Damia masuk bawah selimut diikuti Haq. Damia tidur dekat dengan dinding. Tidur Damia malam itu mengiring menghadap Haq. Haq pula tidur menelentang.

                “Dah tidurlah. Aku ada sebelah ni.” Ucap Haq perlahan. Matanya terpejam. Dalam hati dia sebenarnya ingin sekali memeluk Damia. Mengusir rasa yang menyelubungi wanita itu. Tapi apakan daya? Egonya begitu tinggi biar pun hati dah membisikkan kata cinta dan sayang terhadap isteri sendiri.

                Damia takut-takut memeluk Haq. Tubuhnya dibawa rapat dengan lelaki itu. Dia betul-betul takut. Astrophobia.

                Haq kaku. Terasa ada tangan kecil di perutnya. Tapi dia hanya membiarkan. Mata terpejam. Dalam jiwa tak usah kata. Benda halal depan mata, siapa tak pandang?

                “I’m sorry Haq. Malam ni je. Malam ni je I susahkan you. Cause I afraid the nightmare will come.” Bisik Damia perlahan dengan mata terpejam. Menikmati bauan dari tubuh Haq. Dia memeluk erat si suami. Berharap lenanya tak terganggu dengan bunyi guruh dan petir.

                Berdebar. Dua jiwa itu sedang menahan debaran dada yang hebat. Sorang astrophobia. Sorang lagi sedang menahan godaan.

                Rongga hidung Haq terbau wangian rambut Damia. Masih terasa gigilan wanita itu biarpun matanya terpejam. Haq terus iringkan badan menghadap Damia. Tangan kekarnya diletak elok pada pinggang si isteri. Entah berapa banyak air mata yang kau dah keluarkan hari ni Lut? Sabar Lut. Tubuh ini yang akan kau peluk setiap malam selepas ini.

                Damia rasa Haq membalas pelukannya. Tapi dia takut untuk buka mata lagi. Lantas dia biarkan saja. Dia suka keadaan begini.

                “I may not get to see you as often as I like. I may not get to hold you in my arms all through the night. But deep in my heart I truly know, you're the one that I love, and I can't let you go.” Bisik Haq perlahan.

                Damia dengar. Dia belum lelap lagi. Wajah yang rapat dengan dada Haq dibenamkan lagi. Selesa. “I love you Haq. I love you. If you really can’t let me go, then appreciate me. Am yours.” Balas Damia perlahan. Berharap Haq dengar. Tapi yang kedengaran hanyalah helaan nafas lelaki itu.

                Dia dengar. Tapi dia buat-buat tak dengar. Beri aku sikit masa lagi Lut. Tak lama lagi dah. Hanya akan ada bahagia untuk kau.

***
“ZUL!” Jerit Damia kuat seraya bangkit dari pembaringan. Barusan tadi dia termimpikan Zulkarnain meminta tolong darinya saat tersepit dari kereta. Tangannya cuba menggapai tangan Zul tetapi tak berdaya.

                “Astaghrafirullahalazim. Kenapa ni Lut?” tanya Haq apabila terdengar jeritan Damia. Di luar sana hujan lebat tetapi kilat dan petirsudah berkurangan.

                Damia menggeleng perlahan. Dia menyembamkan muka ke dada Haq sekali lagi. Ya Allah, perasaan takut itu muncul lagi. Mimpi ngeri itu muncul lagi. Dan dia tewas sekali lagi.

                “I mimpikan arwah Haq. I takut. Kalaulah malam tu I tak biarkan dia drive, mungkin I dan dia masih lagi bersama.”

                “Eh Lut bawa istifar. Kenapa ni? Jangan nangis tiba-tiba macam ni.” Tangan Haq menggosok bahu Damia perlahan.

                “Sepatutnya I pergi bersama-sama arwah Haq. Kami berdua berdosa. Tapi Allah sayangkan arwah. Allah beri I peluang Haq. Tapi kenapa sampai hati I jadi serba salah bila mengingati kemalangan itu?”

                “Astaghrafirullahhalazim. Lut, pandang aku. Tengok mata aku Lut. Istifar. Ingat Allah. Apa kau melalut ni? Kau kana da aku sekarang Lut. Jangan takut lagi. I’m your savior remember?”

                Suara tangisan Damia pecah. Dia tersedu-sedan pandang Haq. “Please don’t leave me Haq. I need my savior.”

                Haq geleng laju. Automatik bibirnya jatuh pada ubun-ubun perempuan itu. “I don’t. You’re mine Lut. I’ll stay by your side. Always.”

                Damia rangkul leher Haq. Disembamkan wajahnya di situ. Menghidu bau badan Haq. Membuang segala resah yang membelenggu perasaannya. Dan dia kembali lena setelah dinyanyikan zikir oleh Haq. Haq baringkan Damia seeloknya di katil. Sekali lagi bibirnya menjamah dahi Damia. Dia terus bangkit dari katil. Mahu menunaikan solat sunat. Memohon ketenangan untuk isterinya. Hatinya rabak melihat wanita itu dilanda gelisah. Air mata si isteri hari ini sudah banyak habis untuk macam-macam cerita.
***
DAMIA keluarkan white chocolate yang dah cair dari kuali. Lalu dia masukkan pula susu pekat satu tin di dalam mangkuk white chocolate itu. Oreo yang telah dia hancurkan dicapai lalu dituang masuk sekali. Digaul hingga sebati. Tiba-tiba hari ini dia ada mood nak buat cookies. Ibu pula sedang memasak lauk untuk juadah tengahari nanti. Tinggal goreng sayur je.

                “Hmm… sedapnya bau. Ibu masak apa?” tanya Haq saat menjejakkan kaki ke dalam dapur. Dia baru pulang dari mengajar di sekolah. Ada tuisyen pula hari Sabtu gini.

                “Eh dah balik? Awalnya.” Kata Damia. Tangan kanan di hulur pada Haq.

                “Buat latih tubi je hari ni.” Sejurus selepas disalam, dahi Damia dikucup sekilas.

                Damia beku. Eh dah kenapa mamat ni? Demam ke tersampuk hantu?

                Puan Solehah yang perasan akan tingkah anaknya tersenyum di dalam hati. Semalam, dia kirakan Damia mengandung. Tapi ternyata tak mengandung. Hampa itu memanglah. Dia mahu yang terbaik untuk Haq dan Damia. Tapi dia sejukkan hati, mungkin bukan rezeki Haq dan Damia lagi untuk menimang cahaya mata.

                “Ibu masak asam pedas. Sayur, ibu goreng je.” Ucap Puan Solehah.

                “Yang awak buat apa pula?” bahunya disenggol sikit ke  isteri.

                Awak? Sumpah Haq tersampak hantu. Selalu kau aku je. Depan ibu sendiri pun kau aku. Tapi hari ni, awak? Biar betul. Damia pandang Haq tak percaya.

                “You tak de singgah kubur kan tadi?” Damia keluarkan soalan bodoh.

                Haq geleng. Habis saja tuisyen dia terus balik. Tak sabar nak jumpa Damia. “Mana ada singgah mana-mana. Awak ni kenapa?”

                “You tu yang kenapa? I ingat tersampuk hantu tadi. Dok berawak pulak dengan I, kenapa?”

                “Aik? Nak berawak saya dengan isteri sendiri pun salah?”

                “Salahlah. Sebab you buat tahi telinga I cair. Geli tahu tak?!”

                Haq tergelak halus. Pinggang kecil Damia dipaut dari sisi. Terus satu ciuman hinggap di pipi mulus isterinya. Hatinya diketuk dengan rasa bahagia. Ini yang aku mahu Lut. Bermesra dengan kau selayaknya seorang suami.

                Damia beku lagi. Semakin pelik dengan suami sendiri. “You ni kenapa? Ibu, don’t you see anything weird dengan Haq?” tanya Damia seraya memandang Puan Solehah.

                Puan Solehah menggeleng dalam senyuman. Sebagai ibu, dia dapat lihat ada kasih sayang dalam mata Haq untuk Damia. KAlau selama ni HAq tak menunjukkan kasih sayangnya, hari ini bila ditunjukkan kasih sayangnya, menantunya pula terkejut. “Ibu tak nampak apa-apa yang pelik pun. Nampak mesra adalah.” Usik si ibu.

                Haq kenyit mata apabila matanya bersabung dengan Damia.

                Meremang bulu roma Damia. Dia minta Haq lepaskan tautan. “Hish, peliklah you ni. Dahlah. Jangan kacau I. I nak buat kerja ni.”

                “Buatlah. Abang tak kacau pun.”

                Kali ni bibir Damia terlongo. Abang pulak? Euw! Mana pergi Haq yang dulu ni? Kerasukkan hantu kali ya? Damia menggeleng berkali-kali. Tak percaya.

                “Sumpah you dah tersampuk hantu!” Damia terus angkat mangkuk ke  arah meja makan. Dibuat kerjanya di situ.

                Haq duduk di kabinet dapur sambil pandang isterinya. Mestilah kau tak percayakan Lut? Begitu lama kau tagih kasih dan cinta aku tapi bila aku nak beri, kau pula yang ragu-ragu.

                “Nak abang tolong?” tanya Haq.

                Ibu sibuk memasukkan sayur goreng di dalam mangkuk.

                Damia menggeleng. Pelik dengan Haq pun tak habis lagi. Lagi nak suruh Haq tolong, mahu pitam dia kejap lagi. “Tak payah. You tolong ibu je. Kerja I simple je.”

                “Takpe, abang tolong tengok pun boleh.” Haq tersengih pandang isterinya.

                “Lut, petang ni teman abang jom.”

                “Pergi mana?” tangan lincah meletakkan sebatian oreo cream fudge di dalam loyang.

                “Jalan-jalan. Mesti awak bosankan asyik duduk rumah je?”

                “I tak kesah pun duduk rumah. You tu aje, tak bosan ken anti keluar dengan I?”

                “Hish nak bosan apanya, keluar dengan isteri sendiri kan?”

                Banyak soalan bermain di minda Damia. Apa kena dengan suami aku ni? Selalu bila ajak keluar bukan main liat lagi. La ni? Ajak aku keluar jalan-jalan. Biar betul?!

                “Okay done.” Damia pandang Haq. Dia masukkan Loyang ke dalam fridge. “Nanti kalau dah siap, I potong-potongkan untuk you. You boleh bawa pergi sekolah. Makan dengan budak-budak.” Ujar isterinya dalam senyuman. Ajakan si suami tadi dibiarkan lalu. Malas nak layan Haq yang peliks.

                “Lut, abang tanya ni. Keluar jom?”

                Damia pandang HAq sambil cekak pinggang. “I don’t know what happened to you. And I don’t understand why? Okay.”

                “It’s just an invitation.”

                “Okay. Tengoklah mood I nak keluar rumah ke tak.” Damia cuci tangan di sinki lalu keluar dari dapur.

                Haq pandang Puan Solehah. “Salah ke bu apa yang Haq buat tadi?”

                Puan Solehah menggeleng. “Tak salah. Mungkin Damia tu terkejut bila Haq cakap lembut dengan dia. Haq kan selalu cakap kasar dengan dia. Dah lah, pergi tukar baju. Rehat. Nanti kalau lapar, ajak Damia teman. Ibu tak rasa lapar lagi.” Puan Solehah bawa mangkuk yang berisi sayur ke meja. Disimpan di bawah tudung saji.

                Haq mengeluh perlahan. Bagaimana caranya untuk dia meluahkan rasa sayang dan cintanya terhadap Damia?

***
PETANG itu, Damia dibawa ke AEON Seremban. Haq kata saja nak berjalan. Haq sebolehnya cuba bangkitkan suasana tidak janggal di dalam kereta dengan menggunakan kata ganti diri abang, tapi Damia seakan-akan ragu. Bahkan dikatakan tak perlu berpura-pura. Dalam kereta ada mereka berdua. Boleh jadi seneutral yang mungkin. Tak perlu berabang, Lut.

                Itu cerita dalam kereta tadi. Sekarang cerita kat mall.

                “Lut ada nak beli apa-apa tak?” tanya Haq selepas keluar dari kedai kasut. Tampak gayanya isterinya tak berminat langsung.

                Damia geleng. Cukuplah koleksi kasut yang kat rumah tu. Tak terpakai. Dia hanya mengikuti Haq. MEnemani lelaki itu. Mungkin Haq stress tentang hal sekolah. Sebab tu Haq ajak dia jalan-jalan.

                “Lut, nak beli apa-apa Lut belilah. Abang belanja.” Ucap Haq. Damia dari tadi nampak macam terpaksa je ikut dia. Padahal dia nak senangkan hati isteri.

                “You dapat bonus eh?” tanya Damia dengan kening berkerut.

                “Taklah. Saja nak belanja awak. Abang mana pernah belanja awak kan?”

                “You tak belanja I pun. I still can use my money.”

                “Itu lain Lut. Itu duit awak. Ini duit abang. Consider nafkah abang kat awak lah.”

                “Okay.” Damia ukir senyum. “Kalau macam tu jangan menyesal pulak kalau duit you kopak hari ni.”

                “Insya-Allah. Apa-apa untuk wife abang. No regret!” Haq kenyit mata.

                Damia tergelak halus. Dia rasa lucu dengan perwatakan Haq yang baru. Tapi dia suka bila Haq membahasakan dirinya abang.

                “Okey jom.” Damia tarik pergelangan Haq. Dibawa masuk ke dalam sebuah kedai baju muslimah.

                “I nak belikan baju untuk ibu dengan mommy. What do you think?” tanya isterinya saat mencapai sehelai jubah dan dibelek-belek.

                “Untuk Lut takde?” soal Haq pula.

                “I dah banyak. Takpe kan bagi kat dorang?”

                Haq rasa nak mengeluh. Orang nak belanja dia tapi dia sibuk nak hadiahkan kat orang lain. “Okey. Abang tak kesah.” Jawab Haq perlahan.

                Berapa minit memilih, akhirnya Damia beli juga dua pasang baju untuk mommy dan ibu. Dibayar cash oleh Encik Suami. Mereka keluar dari butik muslimah itu. BEriringan menapak ke kedai yang lain.

                “You tak nak beli apa-apa?”

                Haq geleng. “Abang nak belikan apa-apa untuk Lut je sekarang ni. Jadi Lut kenalah pilih apa yang Lut suka.”

                Mereka melepasi sebuah kedai baju. Damia pandang muka HAq. Okey dia dah tahu nak beli apa. “Jom.” Damia tarik pergelangan Haq sekali lagi.

                Damai menuju ke tempat pakaian couple. “Kita beli baju couple. Satu untuk you. Satu untuk I. You rasa mana cantik?” celoteh Damia berkata sambil tangan memegang baju-baju couple tersebut.

                “Macam budak muda je Lut.” Kata si suami. Pakai baju couple kang dah macam budak-budak muda bercinta.

                Damia tepuk bahu HAq. “Hish you ni. Kita berdua ni kira muda lagilah. Jangan nak kolot sangat eh? You nak ke tak? You suruh I belikan tadi?”

                “Okey. Okey. Abang nak warna biru tu. Tulis I love her tu.” Cepat-cepat Haq jawab.

                Damia senyum. Tahu takut. Mata terus mencari tshirt yang dikatakan Haq. I love her. Baju pasangannya mestilah I love him. Kemudian matanya pandang HAq.

                “KEnapa?” Haq pandang Damia sambil jongket kening.

                “That’s shirt?” tanya Damia.

                HAq angguk. “Haah. Kenapa? Lut tak suka ke? Abang tukar baju lainlah kalau macam tu.”

                “Eh no. I tak kesah.”

                “Dah tu kenapa muka kelat macam tu?” Hidung Damia dicuit perlahan.

                Damia senyum tawar. Baju I love her tu menunjukkan perasaan awak kat saya ke HAq? “Baju tu tulis I love her.”

                “So?” kening Haq terjongket. Cuba memahami isterinya.

                “Did you love me then?” Soalan cepumas.

                Haq tergamam. Tak tahu nak jawab apa. “Err…” berkira-kira nak jawab apa. Kalau jawab yes, agak-agak apa reaksi Damia?

                Damia gawangkan tangan ke udara. Tiba-tiba jadi instrumental sangat kenapa? “Ignore my questionlah. You nak yang tu kan? Okey kita ambil yang itu.” Senyuman bergayut di bibir Damia. Tangan terus mencapai t-shirt yang mereka mahu beli. Dia pegang baju long sleeves yang berwarna biru tetulis I love him.

                “Kalau Lut rasa tak okey. Kita tukar eh?” Bahu Damia dipaut oleh Haq. Kelihatan wajah Damia keruh bila dia tak jawab soalan si isteri tadi.

                “Takpelah Haq. Baju ni pun okey apa. I love him.” Damia pandang baju yang ada ditangannya. “It’s shows everthing. Baju ni, simbol I love you. I hope you know how much you mean to me.” Usai berkata dia terus ke kaunter pembayaran.

                Dia sangat terluka Haq. Bila kau buat baik dengan dia pun, dia tak dapat nak tafsir cinta kau. Desis Haq di dalam hati.

                Usai membayar, mereka berjalan-jalan tanpa hala tuju.

                “Lut, pasal tadi tu. Soalan Lut tu…” Haq jeda. MEnanti reaksi dari isterinya.

                “Takpelah Haq. I faham. I bukan isteri pilihan you. Jadi sepatutnya I tahu dimana terletaknya I di hati you.”

                “Lut…” Haq capai lengan Damia. Langkah mereka terhenti.

                Duh! Jangan nak buat drama kat sini sudah. Damia pandang keliling. Ramai orang ni.

                “Lut pandang abang.” Suruh Haq.

                Damia menurut. Mata Haq dipandang.

                “I’m sorry okay.”

                Zap! Menusuk ke kalbu terus. Terasa ucapan maaf dari Haq. Mata Damia tak berkelip. Akankah ucapan ini menandakan kemaafan untuk segalanya? Adakah Haq nak kata dia sudah menerima aku sebagai isterinya?

                Haq larikan pandangan. DIa melihat sekeliling. Takkan dia nak buat ucapan romantis di AEON ni pulak? Mata tertacap pada sebuah kedai.

                “Err… jom.” Tangan kiri digawangkan ke udara. Mematikan lamunan Damia. Dia mengajak Damia mengikutinya.

                Damia mengerutkan dahinya apabila langkah kaki Haq menapak masuk ke kedai pakaian dalam wanita. Tangan lelaki itu ditarik.    
           
                “You nak pergi mana?” tanyanya polos.

                “Ke dalamlah. Buy something new for you.” Selamba Haq menjawab. Dalam fikiran dah terbayang lenggok Damia kalau pakai lingerie, camisole dan lace robe.

                “what?! No. Seganlah I kalau you ada.” Damia rasa pipinya panas.

                “Aik? Pakai depan abang tak malu pulak?” sakat Haq. Melihat wajah mulus itu seakan enggan masuk ke dalam kedai itu buatkan dia hendak tertawa.

                Damia cubit lengan Haq. “Hish, tu belakang ceritalah. Dah jomlah balik.”

                “No. Selagi Lut tak beli apa yang abang nak Lut pakai.”

                “You nak I pakai apa?”

                “Jom. Kita masuk dalam dulu.” Kata Haq. Mereka beriringan masuk ke dalam kedai pakaian dalam wanita itu.

                Damia tayang senyum bila staf di situ berikan senyuman mempelawa mereka masuk.

                “I love red.” Bisik Haq perlahan di telinga isterinya sebaik sahaja mereka berdiri di depan koleksi lingerie yang bergantungan.

                “You…” rengek Damia manja.

                “What?” tanya suami selamba. Rasa nak tergelak tengok muka Damia yang memerah.

                “Kalau you belikan, dah tak speciallah nak tayang depan you.” Bisik Damia. Mata-mata staf disitu duk memerhatikan mereka.

                “But I want you to wear what I choosed.”

                “Sejak bila you jadi demand macam ni? Tak tergoda ke nanti? Youkan selalu terseksa tiap kali I pakai yang singkat sendat tu.”

                “Abang memang beli untuk Lut supaya Lut dapat goda abang. It’s not for free. I bought for you, then you must showed to me. Exclusive.”
                Damia semakin pelik dengan suami sendiri. Yang bukan-bukan Haq ni. Karang aku pakai kang, dia pula yang semput tahan godaan. Aku dah bagi free dia sibuk jual mahal.

                “Can you explain all the things that you have done today? I’m curious Haq. Please say something that I wanna heard fo all this time.” Ujar Damia dalam nada perlahan. Matanya tak lepas dari memandang Haq yang tampak sedang menilik pakaian untuk dibeli.

                Haq paut pinggang isterinya. Rasa bersalah menghentam dada. Akan tiba saat itu, tapi bukan di sini. Dia sudah rancang semuanya. Dan dia harap Damia boleh bertahan dengan perangai aneh dia. Bila dia kata dia sayang, dia sayang sungguh-sungguh. 

                “Nanti kita bincang eh? Sekarang Lut pilih mana yang cantik. Abang janji abang akan explain semuanya.” Dari tadi mereka berdiri tapi Damia sikit pun tak nak menilik pakaian di situ. Dia pula  jadi segan sebab tolong pilihkan untuk isteri.

                Damia mengeluh berat. Haq, kalau betul apa yang bermain di benak saya, tolong jangan kecewakan saya Haq.
***
DAMIA membuntangkan matanya. Subhannallah! Cantiknya! Damia mendekati swimming pool. Tersorok sedikit tempatnya dari menghadap medan selera. Betul-betul menghadap laut. Sea view. Argh! Dia suka. Terus dia berpaling. Memandang Haq yang sedang meletakkan sebuah beg sandang di atas sofa.

                “Kenapa kita kat sini? Check in pulak tu.” Tanya Damia curiga. Pelik juga bila kereta HAq tiba-tiba membelok masuk ke Lexis Hibiscus.

                “Surprise!” Haq ayun langkah mendekati isterinya. “Malam ni kita tidur sini okey? Abang dah cakap dengan ibu.”

                “What?!” Damia terkejut. Matanya bulat. Gila!

                “Kenapa?”

                “Tidur sini? You ni buang tebiat ke apa? I mana ada bawa baju.”

                “Tadi baju yang kita beli kat kedai tadi tu bukan baju?”

                “Gila eh? Itu semua baju tak cukup kain. Takkan nak tayang bodi je sepanjang malam ni?”

                “Eh memang abang beli untuk Lut tayang bodi depan abang je malam ni.” Seloroh Haq. Sengaja disakat isterinya. Mahu lihat sejauh mana Damia bertindak bila dia bergurau.

                “Haha! Kelakarnya.” Damia cebik bibir. “Look Haq. Ni langsung tak kelakar. I tak bawa baju. You pun tak bawa baju kan? Tiba-tiba nak check in kenapa? Kita punya rumah dekat aje pun.”

                Haq paut pinggang Damia. Satu kucupan hinggap di dahi Damia. Setiap sentuhan dia Damia langsung tak tolak. Haq tahu, Damia suka perlakuannya. Mungkin banyak persoalan yang bermain di benak Damia. Takpe, dia akan leraikan juga semuannya nanti.           

                “From the first time you being my wife, I never gave you happiness.  Sekarang, abang bawa Lut ke sini sebab I wanna create one moment with my wife.” Suara garau itu berbisik lembut. Menerobos masuk ke telinga Damia. Hingga buat mata Damia lekat pada wajah itu sahaja.

                “I tak faham Haq.” Matanya berkaca-kaca. Ya Allah sumpah dia suka Haq yang ini. Terasa disayangi dan diperlukan. Jangan buat dia keliru. Dia berharap tapi takut ini hanyalah kepura-puraan.

                Air jernih itu diseka dengan ibu jari milik Haq. “I’m sorry Lutfiah. Abang selalu buat mata yang cantik ni menangis, kan?”

                “Do you accept me as you wife, Haq?”

                Please say yes Haq. Sebab saya dengar ritma degup jantung kita. Bisik Damia di dalam hati.

                Haq senyum. Sekali lagi dahi Damia dikucup. Syahdu. “For all the mistakes that I have done to you. I’m sorry. It’s just a matter of time I’m sure. But time takes time and I can’t hold on. There is one thing I can’t deny Lut.” Tangan Damia dicapai. Dibawa dekat dengan dada kirinya. “Inside here, it’s beating so loud when I’m  with you. Kalau rindu, dalam ni, hanya menyeru nama Lut. Bukan orang lain. Dalam ni, hanya muat untuk satu nama. Nama dia…” mata redup itu merenung anak mata Damia tak lepas. Mata isterinys sudah berkaca-kaca.

                 “Damia Luthfiah Luthfi.” Sejurus mengungkapkan sebaris nama itu. Tubuhnya dipeluk erat.

                Tangis Damia pecah. Di dada suaminya, dia menangis semahunya. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Damia mengucap syukur di dalam hati. Nikmat terindah dari Allah bila perasaannya selama ini berbalas dengan orang yang selayaknya. “Dah lama I tunggu saat ni Haq. I really wish that there’s always hope for our relationship. Kadang-kadang I rasa give up, tapi selalu I ingatkan diri I, I yang nakkan you. I yang nakkan hubungan ni, jadi I perlu bertahan. No matter what happened, I need to be strong. Cause I love you.”

                Bibir Haq tersenyum. “And I love you too…”

                Balasan dari bibir HAq buat Damia renggangkan pelukan. Dia tergelak perlahan. “Love me?” tanya isteri tak percaya.

                Haq angguk. “Love you much.” Pucuk hidung Damia dikucup sekilas.

                Senyum tak lekang dari bibir. “Are you sure you love me?” tanya Damia lagi. Nakal bunyinya.

                “Demi Allah. Abang cinta sangat dengan wife abang.” Pipi kiri Damia dikucup sekilas.

                “Eee! Ya ke ni Muhammad Dhiya Ul Haq? MAcam tak percaya je.”

                Haq gelak besar. Renungan mata Damia seakan mahu mempermainkan dia. “Eh seriouslah. Lut nak suruh abang buat macam mana lagi supaya Lut percayakan yang abang ni bebetul cinta, sayang, dan kasihkan Lut?”

                Damia gigit bibir sendiri. BErfikir sejenak. Nak suruh dia buat apa eh? Sebenarnya tak perlu buat apa-apa pun dah cukup. Dari mata HAq, dia nampak keikhlasan di situ.

                “Take times to think?” Dahi Haq menyentuh dahi Damia. Mata mereka bersabung.

                Damia angguk. “It’s too suddenly. So can’t think what you have to do to show your love.”

                “What about this?” Bibir Haq singgah di pipi kanan Damia. Posisi kedudukan mereka berubah. Haq berpusing. Kalau tadi mereka berhadapa dengan laut. Sekarang Damia menghadap laut, Haq menghadap bilik tidur mereka.

                Tangan Damia merangkul leher suaminya. Dia renggangkan pelukan. Faham pandangan mata Haq. It’s a pleasure! “Not this time Haq.”

                Dahi Haq berkerut. “Why?”

                “I period. You lupa eh?”

                Haq dongak wajah ke dada langit. Dia gelak halus. Terus melepaskan tautan di pinggang Damia. Bercekak pinggang memandang isterinya dengan mulut terlongo. “Terlepas another chances?”

                Damia pegang pipi Haq. Ditolak ke kiri dan kanan. Bibirnya tersengih nakal. “Siapa suruh ungkap cinta saat Lut tak boleh nak balas apa-apa kat abang?”

                “Wrong timinglah ni? I’ve been thinking long and hard about what I’m going to do to you tonight.”

                “Nakal eh? Lut tak sangka abang boleh jadi senakal ni.” Damia terima. Abang? Panggilan baru untuk Haq. Dengar macam sopan je.

                “Dengan Lut je abang nakal.”

                Damia gelak halus. “Abang hutang Lut cerita.”

                Haq senyum. Kalau dulu senyuman mahal Haq ni susah sangat nak nampak, sekarnag lelaki ni murah dengan senyuman. “Abang akan ceritakan. Semuanya. Malam ni.”

                Mata mereka bersabung. Dua hati ini telah pun bersatu. Ego yang dulunya tinggi kini meruntuh untuk kebahagiaan abadi. Dalam hati menitipkan doa, Ya Allah, ini takdir-Mu yang harus kami jalani. Rahmati hubungan ini dengan limpah kasih sayang-Mu.

            

#p/s :Assalamualaikum. Maaf lambat update. Sibuk sangat lately ni. Maaf sangat tak dapat nak edit. Segala  salah silap harap maaf. Cerita ni belum habis lagi ya. Ada lagi satu part insya-Allah. Hihi. Thank you . May Allah bless you.

No comments: