ZAHRA mencabut pin yang tersemat di selendangnya. Tubuhnya
terasa melekit dan berlengas kerana seharian melayan tetamu yang datang
bertandang. Sudahlah semalam majlis di rumah keluarganya, hari ini bersambung
majlis persandingan di rumah keluarga Zafrel. Allah je yang tahu macam mana
sakitnya tapak kaki dia. Pakai heels
tinggi kot! Berapa jam dia berdiri melayan tetamu. Entah kenapa melayan tetamu
lagi penat berbanding menari. Sebelum-sebelum ni menari dengan heels pun tak
sepenat ini. Mungkin kerana majlis yang berturut-turut membuatkan badannya
terasa letih.
Zahra
capai towel yang disumbat dalam beg
bagasinya. Kemudian terus melangkah ke bilik air tanpa membawa sebarang
persalinan. Dalam kepala dia, dia nak mandi lepas tu rehat. Penat giler!
Zafrel
melangkah masuk ke dalam biliknya. Kelibat isterinya dicari. Apabila telinganya
menangkap jirusan air dari bilik air, tahulah dia bahawa Zahra sedang mandi.
Punggungnya dilabuhkan pada hujung katil. Samping yang sudah terletak di bahu
dicampak masuk ke dalam bakul. Dia membaringkan tubuhnya di atas katil empuk
itu. Ah lega rasanya! Bukan Zahra je yang penat, dia pun penat. Perlahan-lahan
matanya terkatup rapat. Mahu melelapkan mata sebentar.
Setelah
sepuluh minit berendam di bawah pancuran shower.
Zahra keluar dengan hanya tuala melilit tubuh. Dek terlupa nak bawa pakaian
tukar, dia terpaksa keluar dengan keadaan begitu. Langkah Zahra mati di muka
pintu bilik air apabila matanya tertunak memandang Zafrel yang sudah terbaring
di atas katil
“Erk?
Lupa nak lock door tadi. Hish!
Agak-agak dia nampak tak?” tanya Zahra kepada diri sendiri dengan nada
perlahan. Takut juga kalau Zafrel tersedar. Lalu dengan langkah paling
perlahan, dia mendekati Zafrel. Mata dia tertutup. Hmm, dah tidolah kot mamat ni. Monolog Zahra. Dia
dekatkan wajahnya dengan Zafrel. Tangan kanan digawangkan di depan wajah
Zafrel. Tangan kiri memegang lilitan tuala di dadanya. Takut terlucut pulak. Yes! Dia dah tidur.
Baru
saja Zahra menjauhkan diri dari Zafrel, terasa pinggangnya dipaut. “Argh!” Zahra terjerit kuat. Terkejut.
Tubuhnya sudah menindih tubuh Zafrel.
Zafrel
buka mata. Matanya terbuntang. Alamak! Salah timing grab dia pulak! Desis Zafrel malu. Melihat tubuh Zahra yang
terdedah itu membuatkan dia telan liur sendiri. Tetapi sempat lagi bibirnya
mengoyakkan senyuman nakal.
“Sorry… I thought you wearing a cloth.”
Ucap Zafrel tanpa rasa bersalah. Pinggang isterinya dipaut. Langsung tak terasa
berat walaupun Zahra menindih tubuhnya.
“You…
lepaslah. I nak pakai baju ni. I thought
you’re sleep.” Bibir Zahra dah memuncung. Segan dan bengang sebenarnya.
Kedua belah tangan menutup bahagian dada sambil memegang lilitan towel.
“Yes, I were slept. Tapi tetibe hidung ni
terbau something yang wangi. So I decide to open up my eyes.”
“Eee!
Taktik kotor.” Rungut Zahra.
“Mana
ada taktik kotor sayang. Sweet apa
macam ni? Dah jadi husband and wife
kan?” Zafrel tayang sengih selamba. Langsung tak rasa bersalah sedangkan dah
buat muka Zahra panas macam kena panggang.
Aduh
apa kena dengan mamat ni. Asal bila dah sah jadi miang semacam ni? Getus Zahra
di dalam hati. Hah amik kau, nak sangat Zafrel version sweet kan? Hah amik.
Amik. Kau juga yang takut Zahra!
“Zafrel
lepaslah. I nak pakai baju.”
“Kenapa
muka you blushing ni Zahra? You segan
eh?” sakat Zafrel lagi.
Hui! Giler tak segan?! Aku tak pernah
berkeadaan begini depan orang tau. Eh Zafrel kuketuk jugak karang kepala dia.
“Zaf, please. I tak selesa.”
Zafrel
dah ketawa halus. Kemudian dia meletakkan isterinya di sisinya. Lalu tangannya
dilingkarkan pada pinggang Zahra. Dia menongkat kepala dengan mata tak lepas
memandang Zahra. Pipi isterinya dicium. “Wangi…” bisik Zafrel lembut.
Zahra
dah terasa membahang. Ohoh! Takut dia
dibuatnya. Dup dap dup dap dah jantung.
“Zaf,
kalau you tak sabar sekali pun, boleh tak you mandi dulu? I penat okey. Nenanti
jelah kalau nak bersweet bagai.” Ucap
Zahra selamba sedangkan dalam hati menutupi kegugupan diri.
Zafrel
gelak halus. Satu lagi kucupan hinggap di pipi Zahra. Zahra langsung tak marah.
Suka pulak bila Zafrel kiss pipi dia
macam tu. Rasa macam baby! Eceh!
“Baru
usik sikit dah gelabah. Comel betul.” Zafrel cubit hidung Zahra kemudian
bangkit dari katil. Dia capai towel
miliknya kemudian dia melangkah masuk ke dalam bilik air.
Zahra
dah tarik nafas lega. Phew! Semput
jantung mak nyah! Cepat-cepat Zahra pakai baju lalu keluar dari bilik. Takut
nak berdepan dengan Zafrel version
miang.
***
JAM tepat menunjukkan 7.35 petang. Sudah masuk waktu
maghrib. Zafrel yang baru selesai mandi usai mengemas kanopi, terus menunaikan
solat. Kelibat isterinya langsung tidak kelihatan semenjak Puan Munirah dan
Encik Yusof Brian pulang ke kediaman mereka. Mungkin isterinya takut dan segan
berdepan dengan keluarga baru. Susah mahu melepaskan keluarganya pulang.
Zahra
menutup perlahan pintu bilik. Dia berdiri statik memandang Zafrel yang sedang
menunaikan solat maghrib. Penuh rasa tawaduk dan kusyuk. Melihatkan itu, Zahra
rasa tersentap. Dia tahu solat tiang agama. Seperti mana Rasulullah s.a.w bersabda : “ Solat itu
adalah tiang agama ( Islam). Maka sesiapa yang mendirikan solat bererti dia
telah menegakkan agamanya dan sesiapa yang meninggalkan solat bererti telah
meruntuhkan agamanya.” Riwayat :
Al-Bukhari dan Muslim. Tetapi dia selalu ambil ringan. Bagi dia solat itu berat
kerana dia ialah orang yang mengambil ringan akan hukumannya.
Papa
dan mamanya sendiri pun jarang mengerjakan solat. Keluarganya memang tidak
menitik beratkan hal-hal agama. Saling tidak menegur mana yang mungkar. Cuma
mamanya saja yang kadang kala menasihati itu dan ini. Bila sesuatu perkara itu
baik dimatanya, dia tidak menegah. Bila perkara itu tidak baik untuk masa depan
anak-anaknya, dia nasihat cara elok. Lain pula dengan papa. Solat hanya bila
perlu. Solat Jumaatlah selalu papa tunaikan. Tapi selebihnya, semua ke laut.
Padah mamanya berkahwin dengan lelaki Scotish itu, masing-masing terumbang
ambing.
Itulah
keluarga sebenar Zahra yang selama ini tampak bahagia benor. Tetapi rohani masing-masing kering.
“Zahra,
apa yang you menungkan tu? Dah solat?” Zafrel yang baru selesai menyidai
sejadah di ampaian merenung isterinya yang masih statik di muka pintu bilik.
Zahra
tersedar lantas mengatur langkah mendekati suaminya. Punggung dilabuhkan di
birai katil. Tangan suaminya dicapai lalu dikucup hormat.
Zafrel
kaget. Dahi berkerut pelik. Terasa
belakang tapak tangannya basah. Eh?
“Zahra
kenapa ni?” Zafrel pegang bahu Zahra. Matanya merenung dalam anak mata Zahra
yang memerah. Eh dia menangis?
“Zaf…”
meleret Zahra memanggil nama suaminya.
“Iya.
Kenapa ni sayang? Siapa buat sayang I menangis ni?” Zafrel seka air mata yang
menitis di pipi isterinya. Perilakunya membuatkan bibir Zahra tersenyum lebar.
Tangan suami yang memegang wajahnya dicapai.
“Zafrel,
I malu dengan you.” Jujur Zahra.
“Lah,
kenapa pulak nak malu dengan I? Youkan pakai baju.” Seloroh Zafrel bernada
jenaka.
Zahra
tergelak halus. Ke situ pulak mamat ni fikir. “Hish you ni. Bukan hal tu la.”
“Dah
tu?”
“I malu
dengan you sebab I tak solat.”
Zafrel
terdiam. Matanya merenung wajah Zahra yang jujur itu. Ya, dia akui, sepanjang
berkenalan dengan Zahra, boleh dihitung berapa kali je dia nampak Zahra solat.
Itu pun tah solat tah tidak. Setiap kali pergi mall, mereka akan ke surau bila
masuk waktu, tetapi dia tak tahulah Zahra tunaikan ke tidak tanggungjawab wajib
yang satu itu. Sedia maklum dengan perangai Zahra. Yelah, Zahra punya pakaian
pun jenis yang tak cukup kain, jadi tak salah kan kalau dia judge Zahra jenis yang lepas solat?
“Zafrel
kenapa you diam? You marah I?” Zahra goyangkan tangan Zafrel. Takut juga kalau
Zafrel marah. Janganlah dibuat! Baru tiga hari sah jadi isteri tau!
“Zahra…
I nak you jujur dengan I. You tahu solat tak?” Ucap Zafrel hati-hati.
Zahra
angguk laju. “I tahu. Tapi I pandai baca surah pendek-pendek je. Itu pun I tak
tahu maknanya apa. I Cuma…”
“Tak
praktikkan, kan?” Zafrel mencelah.
Zahra
angguk perlahan. Malu dan segan. Bila dah berkahwin segalanya perlu dikongsi.
Perlu jujur. Jangan hipokrit. Dan dia harap Zafrel terima dia seadanya.
“Zahra,
mulai sekarang boleh tak you praktikkan solat lima waktu sehari? Dengan I? Perlahan-lahan
okey. Paksa diri you untuk tunaikan tanggungjawab yang wajib tu. Tak kisahlah
surah apa you ingat, yang penting, you solat. Nanti bila you dah biasa, you
fahamkan pula setiap makna surah yang you baca. Boleh?” lembut suara Zafrel.
Dia tahu ini tanggungjawab yang perlu dia galas. Dia suami dan dia juga imam
kepada isteri dan bakal anak-anaknya.
“Zafrel,
susahlah. Berat sangat.” Omel Zahra.
“You
nak berat buat amal ibadat ke? Atau you nak berat dosa yang perlu you tanggung
di akhirat nanti?” jawab Zafrel. Walaupun kedengaran agak sinis, tetapi dia
perlu didik Zahra.
Zahra
dah mencuka. “Mestilah I nak yang baik-baik.”
Zafrel
senyum lalu menggosok ubun-ubun isterinya. Satu kucupan kudus hinggap di dahi
isterinya. “Zahra, you isteri I. Dosa you, I yang tanggung. I tahu nak berubah
tu susah. Tapi, kitakan dah promise
nak enter jannah sesama. I sebagai
husband you, I akan tolong you. Inilah hikmah perkahwinan sayang. Bukan je
boleh menghalalkan yang haram, tetapi sama-sama kejar pahala dalam mengerjakan
amal ibadat. Saling membimbing antara satu sama lain.”Tulus ucapan itu dia
sampaikan dari hati. Berhaarap isterinya itu berubah ke arah kebaikan.
Zahra
tersenyum lebar. Dia tekapkan kedua belah tapak tangannya di wajah Zafrel.
KEmudian dia tonyoh-tonyoh wajah kacak itu. “Eee! Sayang I ni macam ustazlah.”
Gelak sakan Zahra dibuatnya.
“Hish,
Zahra. Janganlah. Hilang kemachoan I tau.” Zafrel capai tangan Zahra yang
menggomol pipinya.
Zahra
memandang suaminya. Siapa sangka si Zafrel ni boleh jadi suami dia? Dan siapa
sangka si Zafrel ni boleh keluarkan kata-kata yang membeli jiwanya?
“Kenapa
tengok I macam tu?” dahi Zafrel berkerut pelik.
“Terima
kasih sebab sudi terima I apa adanya I.”
Zafrel ukir
senyum lebar. “Thanks to you too because
you want to spent the whole life with me.”
Ya
Rabbi, kekalkan perasaan cinta dan kasih ini selamanya. Jangan kau palingkan
lagi.
“Tolong
didik dan bimbing I, Mr.Husband.”
Zafrel
tergelak. “My pleasure. Tapi sebelum tu…”
Zafrel dekatkan wajahnya dengan Zahra.
Zahra
kaget lalu tubuhnya terdorong ke belakang sedikit. Takut dengan aksi tiba-tiba
Zafrel. “Apa you ni?”
Zafrel
kembang kempiskan hidung menghidu tubuh isterinya. Dia pandang anak mata Zahra.
Kemudian kedua belah tangannya memegang pipi Zahra. “Isteri I busuk. Pergi
mandi dan solat sana. Eee! I tak nak kawan dengan you.” Zafrel gomol pula pipi
isterinya. Tetapi sempat saja bibirnya memberi kucupan di muka Zahra.
“Eee!
Zafrel. Tak nak kawan dengan I konon. Tapi kiss
I jugak. Eee! Dengki!” omel Zahra manja.
“Sebab
you bau masham, I kisslah.”
“Eleh.
Tadi dia juga kata busuk.”
Zafrel
gelak kuat. “Sorry sayang. Tapi better, you mandi dulu, then solat okey? I tunggu kat bawah.
Solat tau jangan tak solat. Walaupun I tak nampak, tetapi Allah tu nampak.”
Zafrel bangkit dari katil lalu mara ke muka pintu bilik mahu turun ke bawah.
“Iya.
Iya imamku. Tahulah makmum ni nak solat.” Zahra patuh kepada arahan. Dia
bergerak menuju ke bilik air.
***
“Woahhh! Penatnyaaa!”
Zahra hempaskan tubuh ke katil setelah menunaikan solat Isyak berjemaah dengan
Zafrel. Mata dipejam rapat. Merasa nikmat tidur di atas katil milik Zafrel yang
jelas melekat bau tubuh si suami.
Zafrel
dah geleng kepala. Perlahan-lahan di naik ke katil. Zahra yang baring
membelakanginya itu dipandang belakang tubuh si isteri. Perasaannya
bergelonjak. Bibir mengukir senyuman sambil kepala tergeleng perlahan. Zahra,
Zahra. Sungguh menduga iman. Dahlah terbongkang tidur tak ajak kita. Lepas tu
selamba badak dia pakai baju tidur paras paha je. Seluarnya mana Zahra oi?
Pakej dengan jarang sekali pakaian yang dipakai isterinya. Betis yang terdedah
menunjukkan betapa putih dan gebunya Zahra. Haish! Nasib dah jadi bini.
“Zahra,
dah tidur ke?” soal Zafrel perlahan. Dia menyelesakan posisi baringan.
“Hmmm…”
sahut si isteri.
Zafrel
tersengih. Kemudian lampu di meja sisi ditutup. Dia berdeham seketika.
“Ehem.”
“Apa
Zaf?” polos pertanyaan si isteri walhal dalam hati rasa nak terkeluar dah
jantung bila lampu dipadam Zafrel. Takut wo!
Sengaja je padahal pakai baju cenggini. Ehehe!
Zafrel
merapatkan tubuhnya dengan isterinya. Wangian dari tubuh Zahra begitu
menggodanya. Tangannya sudah melingkar dipinggang Zahra.Kemudian bibirnya
didekatkan dengan telinga si isteri.
“Assalamualaikum…”
bisik suara itu perlahan. Husky
sangat!
Zahra
senyum lebar kemudian dia membalikkan tubuh menghadap suaminya. Masing-masing
membalas senyuman. Zahra kenyit mata berani. Zafrel terus tarik selimut dan
jelas kedengaran tawa mereka pecah.
Dengan
nama Allah. Ya Allah jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah dari syaitan
apa yang akan Engkau kurniakan kepada Kami.
***
PAGI itu selepas menunaikan solat subuh Zahra dan Zafrel
kembali menyambung lenanya. Penat mengendalikan majlis sendiri tak hilang lagi.
Tepat pukul sepuluh pagi, Zahra tersedar dari lenanya. Kemudian dia terdengar
kuakkan dari pintu bilik air. Wajah segar Zafrel memenuhi ruangan retina.
“Morning!” ucap Zafrel ceria. Pipi
isterinya dicium.
“Morning. Dorang semua dah bangun eh?
Mesti kita paling lambat bangun kan?” kata Zahra. Dek kerana penat teramat
sangat dia sambung tidur hingga lupa bahawa dia kini berada di rumah emak
mertua. Jatuh markah deh cenggini.
Zafrel
tayang sengih macam kerang busuk. “Tak pe
aih, dorang faham. Kitakan pengantin baru.”
Zahra
cubit pinggang Zafrel. Mukanya terasa berbahang. Teringat apa yang berlaku
semalam sungguh dia segan.
“Auch! You nikan. Betul apa I cakap tu.”
Zafrel gosok tempat yang kena cubit. Tak memasal pagi ni dapat ‘love bite’ kat pinggang. Apa tak cukup
ke semalam? Ehekkks!
“You…”
meleret panggilan Zahra. Haish! Rasanya pipi dia dah blushing.
Zafrel
capai tangan Zahra lalu dikucup perlahan. Kemudian matanya memandang mata
Zahra. “Thank you for the absolutely
perfect memorable last night sayang. Thank you for your tender love.”
Zahra
dah rasa panas dah ni. Aduh Zafrel jangan sweet please! “Err…” Zahra
tergagap-gagap.
Zafrel
geselkan hidungnya dengan hidung Zahra. “Dahlah, gosok gigi cepat then turun bawah. Suka buat muka innocent tu bila I cakap sweet-sweet.”
“Eleh,
mana ada you cakap sweet-sweet. You
kan beku! Kita goda dia buat bodoh je.” sempat laki Zahra kutuk.
“Dulu
yelah I beku. Tapi lepas kahwin dengan you, hati I ni dah melebur
berliter-liter sampai terkeluar dari tubuh, tahu!”
“Ceh!”
Zahra bangun dari katil lalu mara ke bilik air untuk gosok gigi dan cuci muka.
“You…”
panggil Zahra selepas keluar dari bilik air. Kelihatan suaminya sedang mengemas
katil.
“Hmm…”
“Boleh
tak kita tukar panggilan? Tak best la
I – you.”
“You
nak tukar panggilan apa pulak pada I ni sayang?”
“I
panggil you bie boleh? Short name of
hubby. Boleh? Dan we go to the basic call. Saya awak.
Boleh?”
Zafrel
dah geleng kepala. Hailah isteri. Selagi tak guna gelaran pelik-pelik, dia ikut
je. “Boleh no problem!” Zafrel berdiri tegak menghadap isteri.
Zahra
meluru mendapatkan husbandnya kemudian dirangkul suaminya. Satu gigitan hinggap
di bahu Zafrel.
“Hei!”
Zafrel terjerit apabila menyedari tindakan diluar jangkaan Zahra.
“Heee…”
Zahra tayang muka innocent.
“Tak
cukup ke semalam awak dah gigit bahu bie?”
Zahra
geleng manja. Meliuk lentok tubuhnya. “Sorry
bie. Muscle bie tu sedap sangat!”
“Zahra!”
Zahra
dah melepaskan rangkulan di leher suaminya seraya ketawa berdekah-dekah. Suka
melihat wajah cemberut Zafrel. “Dah tak mahu marah-marah. Jom turun. Mesti
dorang dah tunggu kan? Lagi pun saya laparlah.”
Zafrel
mengangguk laju seraya jari jemarinya disulamkan bersama jemari runcing Zahra.
MEreka beriringan menuju ke bawah. Tiba saja di bawah galak ahli keluarga
menyakat. Pipi Zahra dah macam udang terbakar. Zafrel pula hanya tersengih
malu. Pengantin baru kalau tak kena sakat memang tak sah kan?
***
Beberapa bulan kemudian…
“ZAHRA
kenapa kau cancel kan kelas? Kau tahu
kan next week dah start show, kau boleh pulak cancel kelas. Dahlah kau amik
budak-budak freshie. Kalau
budak-budak senior tak pelah. Dorang tahu step dorang.” Jiji hempas punggung di
depan Zahra dengan mulut yang tak henti membebel.
Zahra
yang sedang duduk bersandar di kerusi empuknya sudah memicit pelipis. Sedari
tadi kepalanya terasa berpusing. Tekaknya mula terasa loya. Memang niat dia nak
mengajar budak-budak hari ini, tetapi dalam keadaan dia macam ni, sungguh dia
tak larat.
“Jiji,
kalau kau risau sangat pasal budak-budak tu. Apa kata kau sendiri yang mengajar
dorang? Barulah kau merasa apa yang aku rasa sepanjang aku jadi guru tarian
dorang.” Keluh Zahra dengan suara yang lemah. Sudah seminggu dia berkeadaan
begini tetapi cuma di awal pagi. Zafrel pula dah seminggu berturut-turut shift
malam, balik pun pukul sepuluh pagi. Dia pukul tujuh pagi dah keluar rumah kena
mengajar. Tak sempat nak mengadu sakitnya pada si suami.
“Aku
yang ajar memang kalahlah anak-anak buah kau weh!” Jiji julingkan mata ke atas dengan kedua belah tangan ke bahu.
Tiba-tiba
Zahra rasa tekaknya mahu mengeluarkan isi perut. “Uwek…” Zahra dah tundukkan
muka dnegan tangan menekup mulut.
Jiji
membulatkan matanya. “Zahra, kau kenapa weh?” Jiji panik apabila melihat Zahra
berlari keluar dari office studio dan menghamburkan muntah di sinki toilet satu
itu.
Jiji di
luar pintu sudah cemas. “Zahra! Kau okey tak? Aku minta maaf beb. Sorry giler. Aku bukan nak desak kau.
Tapi…” Yang namanya Jiji kalau bercakap memang suka panjang lebar.
Zahra
keluar dari bilik air. Lepas muntah baru rasa lega sikit. Tapi kepalanya pula
rasa berpusing. Lengan Jiji di pegangnya.
“Kau
okey? Nak aku call kan Zafrel?” tanya Jiji prihatin. Tubuh Zahra dia paut lalu
bawa duduk di pantri.
Zahra
menggeleng laju. “Tak. Dia sibuk. Jiji please bawak aku pergi klinik. Aku dah
tak tahan sangat dah ni.” Zahra picit-picit pelipis sendiri.
“Ohh…
okey. Okey.” Jiji paut kembali tubuh Zahra. Lembik semacam je dia tengok Zahra.
Tidak semena-mena tubuh ramping itu longlai merebah ke lantai.
“Alamak!
Zahra! Kenapa ni? Aduh, aku janji aku tak desak paksa kalu lagi dah. Janganlah
buat hal weh.” Bebel Jiji seorang diri. Melihat wajah Zahra yang pucat dan
tidak sedarkan diri membuatkan Jiji terpaksa mengeluarkan suara jantannya
menjerit memanggil nama Alex. “Alex!
Zahra collapse!”
***
ZAHRA menyentuh perutnya yang kempis. Siapa sangka selama
seminggu ini dia menghidap morning sickness? Ternyata badannya yang mula
‘mengembang’ membawa maksud ada nyawa lain yang menumpang di dalam rahimnya.
Gembiranya bukan kepalang apabila Doktor Siti mengesahkan kehamilannya sudah
tiga bulan. Patutlah nafsu makannya tinggi.
Jam
dinding rumah dipandang sekilas. Zahra mengukir senyuman lebar. Hari ni Zafrel
kata dia balik awal sebab masuk pukul satu tengahari. Tak sabar rasanya nak
bagitahu Zafrel.
“Sayang…
sabar tau. Kejap lagi papa balik, mama beritahu papa yang sayang ada dalam
perut mama ni.” Ucap Zahra perlahan seakan-akan janinnya mengerti. Sedang dia
leka mengusap perut sendiri, matanya terkatup.
“Assalamualaikum…”
ucap Zafrel sebaik sahaja melangkahkan kaki ke dalam rumah. Rebahkan je diri
kat atas sofa L tu, dia mengeluh berat. Penatnya hanya Allah yang tahu. Barusan
tadi dia berdepan dengan kes kematian. Berganda-ganda semangatnya menurun!
Zafrel
toleh ke kiri, kelihatan seraut wajah yang dia rindui menyapa mata. Kemudian
perlahan-lahan dia tunduk mengucup pipi Zahra.
Zahra
tergeliat. Matanya di buka dan di tutup kemudian bibir mengukir senyuman. Dia
cuba bangkit mengubah posisi. “Dah lama bie sampai?” Zahra duduk dengan kaki
kiri terjuntai ke bawah, kaki kanan di bawa bersila. Tangan suaminya dikucup
hormat. Sebagai balasan, dahinya menerima habuan.
“Baru
je sampai. Tengok-tengok sayang bie dah terlantar atas sofa. Kan bie dah pesan,
kalau mengantuk jangan tunggu bie.” Zafrel kuak anak rambut Zahra. Lalu wajah pucat isterinya dipandang.
“Saja
nak tunggu bie jugak.” Jawapan degil Zahra.
“Awak
tak sihat ke sayang? Kenapa muka pucat je ni? Penat eh? Tulah, bie dah pesan,
hujung minggu rehat. Bukannya pergi mengajar budak-budak tu menari. Awak tu dah
jadi isteri orang dah. Bukan lagi anak dara. Tak elok tahu orang tengok isteri
bie ni menari terkinja-kinja itu ini.” Bebel Zafrel panjang lebar. Sudah banyak
kali dia pesan dengan Zahra tinggalkan Virus Ladies tetapi isterinya berkeras
masih mahu mengajar. Kesannya ? Kesihatan sendiri terjejas.
Zahra
tersengih lalu dia paut lengan si suami. Kepala diletakkan di dada suami.
“Bie…” meleret suaranya. Manja. “Dahlah tu , jangan membebel macam mak nenek.
Bie kan baru balik kerja. Rehatlah dulu.”
Sejuk
hati Zafrel lalu ubun-ubun isterinya dikucup. Mata dipejamkan rapat menikmati
wangian tubuh Zahra. Lagi-lagi Zahra bermain dengan lengannya sambil
dipicit-picit, lagilah rasa matanya memberat.
“Bie…you look so bad. Banyak kes eh
tadi?” sebagai isteri mithali si Zahra bertanya.
Zafrel
angguk lemah. “Ada kes orang tu bunuh diri. Dah puas sangat hidup agaknya. Dia
pergi melintas masa bas bergerak.” Beritahu Zafrel. Pelik dia dengan orang
zaman sekarang ni, dah rasa give up dengan hidup, mereka fikir dengan bunuh
diri boleh selesai masalah? Betullah kata orang, hidup ni penuh cabaran yang
memerlukan iman yang kuat dan semangat yang kukuh. Kalau iman tu nipis dan
semangat itu rapuh, mudah saja manusia melakukan perkara bodoh.
“Astaghrafirullahhalazim.
Kesiannya dia bie.”
“Sayang…
kalau jiwa tu dah kosong, tak minta petunjuk Allah, macam tulah kesannya bila
hidup tidak berpegang teguh dengan ajaran Islam.”
Zahra
mengangguk faham. Kasihan suaminya ini. Perlu berhadapan dengan macam-macam
kes. Patutlah letih je setiap kali pulang kerja. Zahra letak tangannya di dada
suami. Mata mencari retina milik Zafrel.
“Bie…”
meleret suara Zahra. Mahu mengkhabarkan berita gembira.
“Hmm…”
Zafrel menjawab malas dengan mata yang masih terkatup.
Tapak
tangan si suami dibawa melekap ke perut sendiri. Bibir tersenyum lebar apabila
mata suami terbuka.
“Kenapa
ni sayang?”
“Bie...we’re going to be a parents!”
“What? Serious?” Zafrel cengkam bahu
Zahra dengan wajah yang tidak percaya. Subhannallah. Maha Suci Allah. Ya Allah!
Alhamdulillah untuk segala nikmat yang Engkau berikan.
Zahra
angguk bahagia. “Hmm… dah tiga bulan. Saya buat check up tadi dengan Jiji.”
Zafrel
terkelu tidak terkata. Matanya bersinar gembira. Hilang segala lelah dan penat
yang dia rasa tadi. Berita gembira itu membuatkan semangatnya mendadak naik
tiba-tiba. “Kenapa sayang tak beritahu bie sayang sakit? Kenapa bawa Jiji tak
ajak bie je?”
“Sorry. Alex yang bawa tadi. Saya dah collapse. Tahu-tahu sedar doktor kata
saya pregnant. Sorry bie. Saya
risaukan awak. Lagi pun minggu ni kan
awak busy. Mana sempat nak amik tahu pasal saya.” Ada nada rajuk dalam patah
kata Zahra.
“Ya
Allah! Awak collapse? Sorry sayang.
Bie abaikan awak beberapa hari ni. Sorry
sangat-sangat. Bie tak sengaja. Lepas ni bie janji, bie jaga awak
sungguh-sungguh.” Zafrel angkat tangan kanan sambil tangan kiri memegang bahu
Zahra.
Zahra
ketawa kecil. “Bie janji jangan abaikan
kami?” Zahra bawa tangan suaminya ke perutnya yang masih belum kelihatan.
Zafrel
kucup dahi isterinya. “Tak sayang. Bie janji. Selagi Allah pinjamkan nyawa pada
bie. Selagi tu bie akan jaga sayang dan bakal anak kita. Sayang adalah
tanggungjawba bie sampai bila-bila.”
Zahra
terharu dengan pengakuan suaminya. Sungguh Zafrel lepas kahwin sangat berbeza
dengan Zafrel dulu. Suaminya sangat penyayang dan lembut dalam setiap tingkah
hingga dia terbuai hanyut.
“Thank you bie. And one more. Zahra dah
resign dari Virus Ladies group.
Dorang semua dah tahu Zahra pregnant.
So, I can’t make it anymore. It will be
hurt our baby.” Beritahu Zahra. Memang dia sedih terpaksa tinggalkan Virus
Ladies tetapi, dia lebih sayangkan keluarga yang bakal dia bentuk daripada
karier menari itu. Rezeki tu ada kat mana-mana je. Lagi pun, dia masih seorang
guru sekolah rendah. Fakta yang tak boleh di auta!
Zafrel
usap pipi Zahra. Sejuk hati dia. Memang semenjak berkahwin dia tak pernah halang Zahra untuk meneruskan minat
yang satu itu, tetapi dalam hati, ada juga niat nak suruh isteri dia berhenti
dari menunjukkan aksi liarnya itu tetapi dalam masa yang sama dia mahu beri
Zahra peluang untuk mengejar impian.
“Alhamdulillah.
Kalau itu yang sayang fikirkan. Lagi pun bie tak nak isteri bie, yang
satu-satunya hak milik halal bie terkinja-kinja atas stage.”
“Habis
tu selama ni bie diam je. Mana saya tahu. Cakaplah bie tak suka saya buat show.” Bibir Zahra memuncung. Kecil
hati. Habis selama ni kalau dia pergi show, Zafrel tak izinkanlah dalam hati?
“Sayang… bie tak nak mengongkong. Kalau boleh, bie nak sayang tinggalkan dunia menari
sayang tu sebab diri sayang sendiri. Bukan sebab bie. Bie tak nak musnah
harapan isteri bie sendiri. Bie nak beri isteri bie peluang. Alhamdulillah,
Allah dengar doa bie supaya hati dia ni terdetik nak tinggalkan dunia tarian
tu.”
Zahra
jatuhkan wajah pada dada suaminya. Dia memeluk pinggang Zafrel. “Sorry. Saya
tak sedar selama ni, saya banyak lukakan hati bie. Thank you bie. Thanks sangat-sangat untuk kasih sayang bie yang tak
terhingga. Terima kasih sebab faham saya dan tak pernah halang saya. Saya
janji, saya jadi isteri yang terbaik untuk bie.”
Zafrel
senyum lalu kucup dahi isterinya lembut.
“Bie tahu isteri bie budak baik. Bie sayangkan Zahra sangat-sangat.”
“I love you more more bie.” Jawab Zahra
lembut. Dalam hati dia mengucap syukur.
Alhamdulillah
Ya Rabbi untuk jodoh yang Kau berikan untukku.
I know there’s times when I am wrong
And you know there’s times when I am right
Just as long as we both give it all we can
And for both to see that we try
You took my heart so unexpectedly
Who knew that you would be the one
And you know there’s times when I am right
Just as long as we both give it all we can
And for both to see that we try
You took my heart so unexpectedly
Who knew that you would be the one
***
ZAHRA membetulkan tudung express yang melekat di kepalanya.
Wajah yang terpantul di depan cermin dipandang. Ya Allah, kau tetapkanlah
hatiku setelah Kau beri aku petunjuk ke jalan-Mu. Sabda Nabi s.a.w yang
ditujukan kepada Muadz r.a, “ Ikhlaskan niat, nescaya engkau aklan menerima
balasan amalmu meskipun amalmu itu sedikit.”
Bibir
yang kering dibasahkan sedikit. Zafrel yang sedang ralit membaca buku itu dia
pandang melalui biasan cermin. Usia kandungannya sudah mencecah lima bulan.
Gembiranya hanya Allah yang tahu bila dia dikurniakan bayi kembar. Semenjak dia
mengandung, Zafrel banyak ajar dia itu dan ini.
Terutama bangun Qiamulail. Walaupun kadang-kadang dia tak larat, tetapi
dia selalu menjadi peneman setia Zafrel pada setiap sepertiga malam dengan
membasahkan bibir dengan kalimah suci Allah. Surah-surah yang penting semasa
kehamilan dia baca supaya dirinya dan bayinya sentiasa berada dalam keadaan
yang baik-baik saja. Dia tidak mahu anaknya menjadi sepertinya. Kurang didikan
agamanya. Cukuplah Cuma dia yang merasa pengalaman jahil itu.
“Bie…”
panggil Zahraa lembut. Dia memusingkan badan menghadap Zafrel di atas katil.
“Hmm…”
bersahaja Zafrel menjawab.
“Cantik
tak?” Zahra bertanya. Automatik Zafrel tutup buku dan memandang isterinya.
Bibirnya tersenyum simpul. Satu lagi perubahan!
“Cantik
dah tu.” Selamba je Zafrel menjawab kemudian dia kembali membaca buku
perubatannya.
Zahra
sudah buat muncung itik. Itu aje? “Bie ni, puji itu je ke?”
Mata
Zafrel mencerun memandang isterinya. “Dah tu nak suruh bie cakap apa?”
“Cakaplah
cantik isteri bie ni bila bertudung. Sejuk mata bie. Tapi bie sambung balik
baca buku tu. Buku tu lagi cantik dari Zahra agaknya.”
Zafrel
tutup buku lalu dia mara ke hadapan cermin. Bahu isterinya dipaut memusingkan
tubuh bulat isterinya menghadap semula ke
arah cermin. MAtanya memandang mata isterinya melalui biasan cermin.
Satu kucupan hinggap di pipi kiri Zahra.
“Isteri
bie ni cantik sangat-sangat. Terlalu sempurna di mata bie. Bila berlitup macam
ni, memang seju mata bie memandang. Lepas ni kuranglah dosa yang bie kena
tanggungkan?” sempat lagi Zafrel mengenakan isterinya.
Zahra
membulatkan matanya lalu satu cubitan hinggap di perut Zafrel. Zafrel tergelak
halus. Dia lingkarkan lengannya di leher Zahra kemudian matanya tepat-tepat
merenung Zahra yang cantik bertudung.
“Kenapa
awak nak pakai tudung sayang?” soal Zafrel. Mahu tahu mengapa hijab itu
tersarung di kepala isterinya.
Zahra
pegang lengan Zafrel yang melingkar di lehernya. Lelaki itu berdiri tegak di
belakang tubuhnya. Mereka berbicara hanya menatap biasan cermin.
“Bukan
ke menutup aurat tu wajib? Sebab tu lah saya nak pakai tudung. Nak tutup
semuanya yang dah jadi milik bie.”
Zafrel
senyum. “Itu je? Lagi?”
“Hmm…
sebab I’m going to be mommy.” Zahra
dongak mencari wajah suaminya. Zafrel menunduk memandang Zahra. Menanti patah
kata yang keluar dari mulut Zahra.
“I want to be good mommy bie. Saya akan
jadi ibu yang ajar anak-anak. Yang akan didik mereka. Bukan je guru. Tetapi
juga parents. I don’t want my child be
like me in the past. A parent should not
only teach, but should guide them and help them grow in the best way possible.
Bukan ke each child is like a clean sheet
of white cloth? So, it’s up the parent to draw patterns on it, colour it and
cut it in any way they want. The apple doesn’t fall far from the tree bie. Apa
kita buat nanti they are always learning
from us.”
Zafrel
terkelu. Terharu sungguh dengan cita-cita isterinya mahu mendidik anak mereka
dengan the best way possible. Zafrel labuhkan punggung di meja solek itu. Dia
capai tangan isterinya. “InsyaAllah sayang. You’ll
make it. I know you can do it. Bie suka sangat bila sayang cakap macam tu.
Sayang bie ni dah berubah sangat-sangat.”
“Kalau
saya berubah ke arah kebaikan tak apa kan?”
Zafrel angguk.
“Bie lagi suka. Semoga Allah melindungi isteri bie dari segala kejahatan dan
bantu dia didik anak-anak bie dengan
penuh kasih sayang.”
“Ameen, InsyaAllah.”
Zafrel
kucup belakang tapak tangan isterinya. “Satu bie nak tegur, as long as sayang pakai yang menutup aurat sayang, bie tak kesah.
Pakai tudung cantik-cantik, baju lelawa, bukan untuk menunjuk nunjuk
kecantikkan awak yang terpelihara tu, tapi sebab nak tunjuk yang Islam ni tak
membataskan untuk kelihatan cantik walaupun menutup aurat. Yakin dalam diri,
yang lebih penting adalah apabila kita cantik dengan adab dan akhlak sebagai
muslim.”
Zahra
mengangguk mengiyakan. Dia teringat akan satu artikel, Allah sudah
menyempurnakan kejadian manusia dengan sebaik-baiknya. Cukup-cukuplah kita
berkiblatkan Barat untuk menilai kecantikan. Cukup-cukuplah mengangkat Jennifer
Lopez dan Angelina Jolie sebagai ‘rujukan’ kita. Cukup-cukuplah kita meniru,
mengubah apa yang telah Allah berikan. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud
“Sesungguhnya manusia diciptakan sebaik-baik kejadian.” (Surah Tinn 95:4)
Menilai
orang hanya dengan kecantikan sebenarnya merendahkan martabatnya. Diri kita
berharga bukan kerana kecantikan fizikal sahaja, tetapi disulami dengan ilmu
,adab dan akhlak. Allah itu al-Musawwir ( Yang Menentukan Rupa Bentuk
Makhluk-Nya) dan al-Bari (Yang Maha Mencipta Makhluk).
“Bie…
kenapa awak buat saya jatuh cinta dengan awak berkali-kali?” kata Zahra.
Zafrel
gelak kuat lalu dia tarik tudung yang dipakai isterinya dengan lembut. Lalu
badannya membongkok mahu mencempung isterinya. Manakala Zahra sudah ketawa geli
hati. Tercuit dengan tingkah romantis suaminya.
“Sebab
awak selalu buat bie jatuh cinta bergolek-golek dengan awak. Tu yang bie asyik
buat awak jatuh cinta dengan bie berkali-kali. Kalau awak tak jatuh cinta
dengan bie berkali-kali , dah tu nak jatuh cinta kali ke dua dengan siapa
pulak?” Zafrel letak isterinya di atas katil.
“Kalau
saya diberi peluang untuk jatuh cinta kali kedua, saya pilih Sam Claflin. Huh,
mesti anak-anak saya handsome.” Seloroh
Zahra bersahaja.
Zafrel
dah bulatkan mata lalu menarik lembut hidung isterinya. “Eee! Ada hati eh nak
jatuh cinta buat kali kedua. Tak sedar agaknya dalam perut tu ada dua baby. Ni hah yang kat depan dia ni
bapaknya. Kalau handsome pun ikut
muka bapak dia yang kat depan ni.”
Zahra
dah gelak kuat. Cis! Gurau sikit dah sentap. Zafrel ambil tempat bersebelahan
isterinya yang masih ketawa. “Bie… bie… bergurau pun dia amik serius tau.”
“Mestilah.
Sebab bie dah jatuh cinta dengan sayang beribu kali. Bie love Zahra
sangat-sangat. You are the one in my life
sayang.” Zafrel lingkarkan tangan di pinggang isterinya dengan mata melekat
pada retina milik Zahra.
“And thanks for make me be the one in your
life.” Jawab Zahra jujur.
When I was in love
My baby broke my heart
I had a hard time letting go
So I promised myself
There would be no one else
I'd never love again
My baby broke my heart
I had a hard time letting go
So I promised myself
There would be no one else
I'd never love again
Then you came along
And you gave me back my smile
You said you'd never ever leave my side
When I wake up at night
You're there holding me tight
No more tears for me
And you gave me back my smile
You said you'd never ever leave my side
When I wake up at night
You're there holding me tight
No more tears for me
***
EMPAT tahun berlalu…
ZAFREL
melangkah masuk ke dalam bilik beradunya bersama si isteri. Dari di muka pintu
dia sudah dapat melihat muncung si isteri melalui biasan cermin. Zahra
cepat-cepat menyapu losyen ke lengannya lalu ingin mara ke katil. Setiap malam
dia begini sepanjang Zafrel tidak kerja shift malam. Sendirian sementara
menunggu Zafrel menidurkan anak-anak mereka.
Anak-anak
mereka Hilman dan Haizal sentiasa mahu berkepit dengan ayah mereka bila ayah
mereka ada di rumah. Ni pun tadi Zafrel baru selesai mendodoikan si kembar itu.
Habis tu bila daddy ada masa untuk mommynya?!
Itu
yang Zahra muncung panjang sedepa tu.
Zafrel memegang
pergelangan Zahra lalu pinggang isteri dipeluk.
“Zahra…
merajuk ke sayang?” lembut pertanyaan Zafrel. Dia tahu Zahra merajuk manja
sebab sepanjang dia tidak kerja shift malam ni asyik berkepit dengan si kembar.
“Hmmm…”
Jawab Zahra bersahaja walaupun berada dalam pelukan suaminya.
“Zahra…”
Zafrel dekatkan bibir dengan cuping telinga isterinya. “Janganlah merajuk.
Macam tak biasa berkongsi kasih madu dengan anak-anak sendiri.”
Zahra
tolak sedikit dada Zafrel. Matanya mencari anak mata Zafrel. “Masalahnnya
anak-anak bie tu manja giler dengan bie. Langsung tak kasik mommy dia chance. Kita pun nak juga kasih sayang
kepit tu.”
Zafrel
gelak perlahan lalu satu kucupan hinggap di pipi isterinya. “I’m sorry okey.
Next time, kita minta ibu dengan ayah jaga Hilman dengan Haizal. Kita berdua
pergi honeymoon.”
“What? Honeymoon? Tinggalkan anak-anak?
Hish tak mahulah saya.”
“Lah
pulak tak mahu. Bie dah offer ni pakej honeymoon.
The memorable perfect night kat
Tahiti.”
“What? Bie serious ke ni? Tahiti?” Mata Zahra membulat ceria.
Zafrel
angguk. “Hmm… bie tahu awak risau kalau tinggalkan anak-anak. Tapi sayang, it’s times for us to make a daughter. Give
Hilman and Haizal a sister.”
Zahra
terus bagi ketam pada Zafrel. Ceh! Pakej honeymoon
yang tersirat rupanya.
“Bie
ni…” meleret suara Zahra.
Zafrel
ketawa kecil lalu dia kuak rambut yang menutupi sedikit wajah Zahra. Sudah lima
tahun mereka berkahwin. Alhamdulillah, mereka bahagia. Kehadiran Hilman dan
Haizal si kembar itu betul-betul membawa sinar kebahagiaan yang berlipat ganda
dalam hidup mereka berdua.
“Sayang,
bie nak yang terbaik untuk awak. Bie tahu awak stress jaga anak-anak. Kalau sorang tak pe. Ni dua orang. Yang
dua-dua boy. Nakal macam daddy dia. Jadi peluang yang bukan
selalu bie bagi ni, bie harap awak terima. Kita pergi honeymoon, releasekan
tension and act like pengantin baru. Anak-anak mak ayah bie kan ada. Dorang
boleh jaga anak-anak. Lagi pun, ibu asyik tanya abang je bila nak bagi dia cucu
lagi.” Sempat lagi Zafrel mengusik isterinya. Pelukan di pinggang isterinya
diketatkan.
“Hei!”
Zahra terkejut bila pelukan itu terlalu rapat. Dia letak tangan di dada
suaminya. “Bie, I know what you want. Saya pun nak juga a daughter tu. Tapi
anak-anak kita tu baru empat tahun. Nanti, kalau kita tinggalkan lama-lama
boleh ke dorang?”
“Anak-anak
yang tak boleh ke or awak yang tak boleh? Awak tu mana pernah berenggang dengan
si kembar tu.”
“Tahu
pun.”
“tapi,
si kembar lagi manja dengan bie berbanding awak kan?” usik Zafrel memerli.
Zahra
pukul dada suaminya perlahan. “Sebab bie selalu beli kasih sayang dengan
umpan.”
Zafrel
gelak kuat. Memang betul pun apa yang isteri dia cakap tu. Si kembar tu akan
jadi rapat dengan dia bila dapat umpan hadiah. Heh la anak.
Zafrel
renung anak mata Zahra yang sedang menatapnya itu. Wajah isterinya masih sama
seperti dulu. Cantik dan makin hari makin menawan di matanya. Zafrel dekatkan
wajahnya dengan Zahra. Bibir mereka bertemu. Lama. Menikmati momen indah itu.
“Bie…”
Zahra tolak dada Zafrel. Malu. Dia menundukkan wajahnya. Zafrel senyum senget.
Kemudian dia melepaskan rangkulan di pinggang isterinya. Dia berlari ke rak
yang menempatkan tv. Lalu dia hidupkan DVD yang memainkan lagu-lagu untuk Zahra
menari.
Zahra
berkerut pelik melihat tingkah suaminya.
Zafrel
mendapatkan isterinya lalu menghulurkan tangan kanannya, “Will you be my dance partner?”
Zahra
tergelak halus sambil menyambut huluran itu. Lagu tango yang dipasang mula
memenuhi ruang empat segi itu. Zahra dan
Zafrel menari tango tanpa ada batasan.
“Woah! Sejak bila bie pandai menari tango?” tanya Zahra sambil menari
walaupun tercungap-cungap. Lama dah tak menari sejak resign dulu.
“Sejak the day yang I learn menari mambo dengan awak dulu. Yang awak beria-ria menari
depan saya tu.”
“Bunyi
macam jelous.”
“Mestilah
jealous bila tengok orang yang saya
sayang menari dengan Alex. Sakit sangat hati tu.” Zafrel tarik Zahra ke dalam
dakapan.
Zahra
ketawa lalu menyembamkan wajah ke dada suaminya. “ I love you bie. Love you so much. Tak ada orang lain dah dalam hati saya.”
“Bie
tahu. Bie pun cinta awak jugak.”
“So… can we make another babies?” Zahra
dongak mencari mata Zafrel.
Zafrel
tersengih lebar lalu tubuh isterinya dicempung. Ya Allah berikanlah kebahagiaan kepada kami
ketika kesedihan mengisi hari kami, kemana pun kami melangkah Engkau menyertai
kami dalam kehilangan, kesakita dan terluka kami. Kuatkanlah kami dalam
menjalani hidup ini untuk menyebarkan cinta dan kasih sayang begi sesama.
When
you touch someone with your spirit and in turn they touch your soul with their
heart.
TAMAT
# Assalamualaikum. Maaf sekiranya ada kesalahan dlm sepanjang saya menulis. Yang baik dtgnya dari Allah S.W.T manakala yg buruk dtgnya dari khilaf saya sendiri. Terima kasih kerana sudi membaca & singgah blog ini. Currently sgt2 busy dgn masalah semasa. Mood pun ke laut sebab tunggu buku JnJ tak sampai2. Dah SEMINGGU! SEMINGGU jugak tak baca novel! Bosan betul. Rasa mcm lapar memanjang. Craving on somthing. Hihi. Tq for all your support.
3 comments:
Suka3...sweet sgt..
terima kasih Nurul Sazlina :D
Best sngt your writings n story...nice job dear
Post a Comment