Saturday, 11 April 2015

Be The One [Part IV]



MATA langsung tak lepas dari memandang tingkah Zahra. Dari jauh dia menjadi pemerhati. Apabila di sekolah, perwatakan gadis itu lain sekali. Bila di luar juga lain perwatakannya. Lihatlah sekarang, Zahra sedang mengajar anak-anak muridnya dengan penuh rasa kasih sayang. Langsung tidak menampakkan dia seorang guru yang liar dan lincah. Zahra yang duduk di tengah-tengah bulatan, sedang seronok menceritakan fairytale kepada anak muridnya. Fairytale bahasa Inggeris. Entah faham ke tidak budak-budak tu. Kalau Zahra cikgu Form 1, dia boleh lagi terima. Tapi Zahra cikgu budak Darjah 1. Sungguh tak menahan betul. Tu lagi satu, bila kat sekolah tahu pulak nak pakai sopan-sopan. Pandai pulak letak tudung atas kepala.

            Siapa awak sebenarnya Zahra? Terkadang awak menunjukkan sisi yang berbeza-beza hingga saya keliru. Natrah pun tak sekeliru ini. Bisik Zafrel. Dia yang duduk di sebuah taman berdepan dengan kelas yang diajar Zahra mengeluh perlahan.

            “Hah menungkan apa tu?!”

            Sergahan tiba-tiba membuatkan Zafrel terkejut. Hampir saja mahu melatah. Kalau melatah hilang terus kemachoan dia.

Zafrel terus bangkit dari duduknya. Rasanya tadi dia tengok Zahra tengah mengajar, ni dah depan mata pulak.

“Dah habis mengajar ke?” tanya Zafrel. Mata diliarkan melihat kelas di depan taman mini itu.

Zahra angguk. “Dah. You buat apa kat sini?” Zahra pandang Zafrel atas bawah. Tak kerja ke mamat ni hari ni? Pakai jeans biru gelap dengan baju t-shirt Polo.

“Saja nak tengok you mengajar. You dah habis ke belum? I nak bawa you pergi ke satu tempatlah.”

“Tempat apa? Kat mana?”

“Hish mana boleh bagi tahu. Sekarang ni I tanya, dah habis ke belum?”

“Belum. Mana boleh keluar waktu mengajar.”

Ohh, okay then. I’ll wait till you finish.”

“And you wait here?” Dahi Zahra berkerut. Takkanlah nak tunggu dia habis mengajar sampai pukul 1. Sekarang jam baru pukul 11. Pergh lama tu! Yang mamat ni pun satu dah kenapa nak tunggu aku pulak?

“Yelah. Dah tu?”

“Macam nilah, I amik half day. Kejap I pergi pejabat minta balik sekarang. You tunggu sini.” Zahra sudah mahu angkat kaki nak tinggalkan Zafrel tetapi cepat-cepat Zafrel tangkap pergelangan Zahra.

“Takpelah. I boleh tunggu. Kesian budak-budak nanti, tak  ada orang mengajar.” Ucap Zafrel serba salah. Sebabkan nak bawa Zahra keluar tak memasal pulak si gadis nak amik half day  hari ni.

It’s okaylah. Tunggu jap eh. Lagi pun I nak tahu juga you nak bawa I pergi mana.” Zahra ukir senyum lalu dia meninggalkan Zafrel di taman mini.

Sambil melangkah menuju ke pejabat, Zahra tersenyum-senyum. Tak tahu kenapa bila diajak Zafrel keluar dia rasa teruja semacam. Tapi nak dating pun tak agak-agak mamat ni. Ajaklah hujung minggu. Ini tidak time orang mengajarlah time tu dia datang. Hish!

***
“ASSALAMUALAIKUM.” Kaki Zafrel melangkah masuk ke dalam rumah keluarga Natrah. Dibelakangnya, Zahra hanya mengekor.

            “Rumah siapa ni awak main terjah masuk je?” bisik Zahra dibelakang Zafrel.

            “Rumah mak ayah angkat saya.” Jawab Zafrel. Dia meletakkan plastik yang berbungkus ayam KFC di atas meja jepun yang terdapat di depan TV.

            “Ummi. Oh ummi.” Teriak Zafrel sambil mata melilau mencari kelibat ibu Natrah yang sudah dianggap seperti ibu kandungnya. Semenjak Natrah pergi, dia sudah mengaggap keluarga Natrah seperti keluarganya.

            “Waalaikummusalam.” Jawab Mak Cik Salina yang baru keluar dari dapur. Matanya terpaku pada susuk tubuh yang berdiri di sisi Zafrel.

            “Umi kenalkan in…”

            “Natrah!” Tanpa sebarang isyarat, Mak Cik Salina terus berlari mendakap tubuh si gadis. Erat sekali.

            Berkerunyut dahi Zahra. Natrah? Again? Sesak dadanya bila di peluk erat oleh wanita yang digelar ummi oleh Zafrel.

            “Err, ummi.” Zafrel dah garu belakang kepala.

            Mak Cik Salina tersedar. Lekas-lekas dia rungkaikan pelukan. “Maaf. Ummi tak sengaja.” Dia seka air mata yang menitis di pipi dengan hujung jari.

            “Err, tak pe.” Itu je yang mampu Zahra ungkap. Matanya menyorot pandang wajah Zafrel. Meminta penjelasan.

            “Ummi, kenalkan ni kawan Zafrel. Zahra. Zahra Thaqifah ummi.” Zafrel salam tangan Mak Cik Salina diikuti Zahra.

            “Ohh… Zahra namanya. Maafkan ummi pasal tadi ya?” Mak Cik Salina pandang wajah Zahra yang persis Natrah. Rasa rindunya yang membuak-buak terhadap Natrah terubat apabila dia memeluk si gadis yang bernama Zahra ini.

            “Err, tak pe.” Zahra kulum senyum janggal.

            “Zahra, ini mak ayah angkat I. Panggil dia ummi ya.” Zafrel perkenalkan pula Mak Cik Salina kepada Zahra.

            “Hmm…” Zahra angguk sambil tersenyum. Dia kenalkan aku pada mak ayah angkat dia? Kenapa bukan mak ayah kandung dia? Hmm… suspens ni. Kenapa eh dia kenalkan aku dengan mak ayah angkat dia? Curious betullah mamat ni.

            “Ohh ya ummi, Arel ada bawak KFC untuk budak-budak. Nanti hidangkan untuk dorang. Ummi masak apa hari ni? Arel laparlah.” Zafrel letak tangan di perut. Tanda dia lapar.

            “Ummi masak lemak pucuk ubi. Ada ikan masin. Meh lah kita makan. Jemput kawan Zafrel sekali. Mari Zahra.” Mak Cik Salina paut bahu Zahra.

            Zahra terlongo. Adoilah hai. Dia rasa janggal sangat. Tapi kaki terus melangkah mengikuti ummi. Kenapalah mamat sewel ni bawa dia ke sini? Tak sweet langsung!

            Mak Cik Salina, Zafrel dan Zahra makan tengahari dengan penuh berselera sekali. Sesekali Zafrel dan umminya berborak itu ini. Bertanya itu dan ini. Langsung tak bukak pekung arwah Natrah. Kisah lama usah diingat.

            Usai makan, Zahra meliarkan mata memerhati ruang tamu rumah keluarga angkat Zafrel. Sambil menanti Zafrel yang sedang solat Zohor, Zahra mahu menghilangkan bosan dengan mencuci matanya. Dan seketika, matanya tertacap pada satu bingkai gambar yang wajahnya persis seperti dia.

            Dahinya berkerut pelik. Matanya dikecilkan melihat insan yang terdapat dalam gambar tersebut. Tangannya naik mahu memegang gambar tersebut tetapi pergelangannya dicengkam.

            Zahra kaget.

            “Jom balik.” Arah Zafrel tegas bunyinya.

            Terkedip-kedip mata Zahra. Langkah kaki mengikut si Zafrel yang ke depan. Masih utuh memegang pergelangannya. 

            “Ummi, Arel balik dulu. Esok lusa kalau free. Arel datang lagi. Assalamualaikum.” Zafrel tunduk mencium belakang tapak tangan Mak Cik Salina.

            Zahra turut berbuat yang sama. Sempat lagi dia berkata, “Terima kasih sebab bagi kami makan. Saya balik dulu ya ummi.”

            Belum sempat Zahra melepaskan tanagn Mak Cik Salina, wanita tua itu berkata, “ Zahra, boleh ummi peluk sekali lagi?”

            Zahra terkesima. Lantas dengan senyuman terpaksa dia mengangguk. Walaupun pelik, tetapi dia tetap membenarkan Mak Cik Salina memeluknya.

            “Ummi rindu Nat.” bisik Mak Cik Salina perlahan. Lalu merungkaikan pelukan. Hanya Allah yang tahu apa yang dia rasa.

            Zahra hanya tersenyum. Dia rasa sangat janggal dan pelik.  Nat?

            Manakala Zafrel sudah pun keluar dari rumah. Dia hanya menahan sebak apabila ummi memeluk Zahra. Tahu apa yang ummi rasakan. Kerinduan ibu terhadap anak yang tak mungkin dapat berbalas. Zahra dan Zafrel terus berlalu pulang dari rumah Mak Cik Salina.

            Di dalam kereta, Zafrel begitu kusyuk memandu. Sesekali Zahra menoleh ke  arah Zafrel. Mulutnya mahu bertanya tetapi berat nak membuka.

            “Zaf…” panggil Zahra lembut. MAtanya memandang tepat Zafrel.

            Zaf. Zaf. Sebiji macam Natrah suka panggil dia Zaf. Oh Zahra please don’t make me feel you as Natrah.

            “Hmmm…”

            “Tadikan, I nampak gambar seorang perempuan yang sama macam I kat rumah ummi. Dia tu siapa? Ke mata I yang salah tengok?” ucap Zahra penuh berhati-hati.

            Zafrel telan liur. Belum bersedia nak beritahu Zahra tentang masa lalunya. “I hantar you ke sekolah semula eh? Kereta you kat sekolah lagi kan? Lepas tu I terus nak balik.”

            Ohh dia tak nak jawab soalan aku. Sah! Memang dia ada hide something dari aku. Ni yang menci ni! Suspicious betullah! Zafrel tak jawab soalan dia, dan Zahra pun tak nak jawab soalan tu. Jadi Zahra cakap?

            “Zaf, siapa Nat? Or more accurate, Natrah. Who is she?”

            Zafrel diam tidak menjawab. Dia fokus memandu. Tidak berniat pun nak buat soalan tu bergantung macam tu. Tapi dia tak nak bukak buku lama. Sebab ianya hanya akan menyakitkan hati sendiri.

            Zahra yang geram dengan Zafrel terus berpeluk tubuh. Hish! Menyesal betul ikut mamat nilah! Menyakitkan hati sangat! Kenapalah aku boleh terjatuh suka kat lelaki macam ni! Erk? Suka? Eh tidak!

***
BEBERAPA bulan berlalu…

            Sedar tak sedar dah lebih tiga bulan Zafrel dan Zahra berkenalan. Terima kasih sangat-sangat pada Puan Munirah sebab tolong Zafrel tackle hati si Zahra. Walaupun masih tak declare as couple, cukuplah kot nak kata hubungan mereka rapat mesra-mesra? Eceh!

            Zafrel tarik nafas dalam. Kotak baldu merah yang dipegang dari tadi ditenung bagai nak tembus. Istikarah dah buat. Hati dah tanya. Akal dah tanya. Pendapat Puan Anida pun dah tanya. Pendapat Puan Munirah pun dia tanya. Si Jiji bapuk tu pun dia tanya. Semua bagi green light. Tapi masalahnya, Zahra ni green light ke tidak?

            Haish serabut betul fikirkan Zahra Thaqifah ni.

            Ya Allah, Kau permudahkan urusanku. Kau lembutkanlah hatinya. Sesungguhnya rasa dalam hatiku ini telah pasti. Kau tuntunilah hatiku Ya Rabbi. Jika benar dia untukku, Kau permudahkanlah perjalanan untuk aku dan dia.
***
MATA tertunak memandang wajah jejaka di hadapannya. Zahra mengeluh perlahan. Dia menyedut jus oren miliknya. Sesekali retinanya diliarkan melihat sekeliling. Nak terkeluar balik apa yang dia makan tadi. Kujat pun ada ni. Semua rasa dah bergaul dalam hati. Dia dilamar! Tapi bukan dalam restoran mewah lima bintang. Hanya restoran biasa. Dia dilamar! Tapi bukan gaya Zafrel melutut hulur cincin. Hanya cakap, ‘Zahra, jom kahwin. I nak you jadi isteri I.’

            Oh sungguh! Zafrel tak romantik langsung!

            “Zahra please. Tolong jawab yes please…” suara garau milik Zafrel kembali menerjah masuk ke gegendang telinganya. Ohoho! Mama Zahra nak jawab macam mana ni? Dahlah lamar kita tak sweet lepas tu desak bagi jawapan yes pulak.

            “Wait. Wait. Zaf are you sure? You propose I ke Zaf?” berkerut dahi Zahra. Tangan kanan naik memicit pelipis. Aduh nak pengsan.

            “Zahra, I’m not kidding. I nak kita kahwin. Husband and wife. Make a family. Don’t you get it?” Zafrel membesarkan bola matanya. Dah melamar, gini pulak jadinya. Si Zahra tak mahu percaya.

            “Wait! Zaf! Kita bercinta pun tak. Declare as a couple pun haram jadah tak pernah. Sekarang you ajak I kahwin? You gila ke apa? Nak main prank tak agak-agak you ni.”

            “Zahra Thaqifah! I’m dead serious.” Tegas suara Zafrel.

            Zahra terkedip-kedip pandang wajah Zafrel yang mukanya serius semacam tu. Ikutkan hati memang nak jawab yes tapi tak sangka pulak dia dilamar cara koboi gini. Heh!

            “You…” Zahra terkelu.  Tak tahu nak kata apa.

            “Kalau you tak nak kahwin dengan I tak apa. I tak kesah. I lelaki. Berlambak je perempuan kat luar sana nak kat I.”  Ujar Zafrel poyo. Walhal dalam hati tidak putus-putus berdoa supaya Zahra terima dia.

            Pergh! Ayat dia tak boleh blah! Zahra dah buntang mata. Eee! Sungguhlah mamat sewel berlagak.

            “You nikan! Ayat tu  tak payah lah nak poyo sangat. Kalau I tak kahwin dengan you pun, you ingat muka I tak laku ke? Berderet jelah lelaki nak kat I. Bukan you sorang.” Gerutu Zahra geram.

            “Habis tu I ajak kahwin you ingat I main-main. I’m deadly serious nak you jadi wife I, Zahra.”

            “Zaf, you ni rabun ke buta? You tahu kan I ni jenis perempuan macam mana. I dah ukur baju di badan sendiri dah Zaf. You tu mr.perfect. Takkanlah you nak berkahwin dengan I yang social ni? Sanggup ke nanti you tanggung dosa I?” Balas Zahra tanpa perlu selindung. Dia masih sedar diri. Dia dengan Zafrel macam langit dengan bumi. Zafrel ni stok alim-alim kot! Dia ni solat lima waktu pun tak lepas!

            Zafrel tayang sengih menampakkan lesung pipit di pipinya. “Hee… Zahra, kahwin dengan I jelah. Cuba you fikir balik. Kalau you tak kahwin dengan I, you kahwin dengan lelaki lain, sanggup ke lelaki lain tu nak terima you macam mana I terima you? I know you very well Zahra. And that’s why,  I wanna marrying you.”

            Eee! Mulut dia ni kan?! Zahra dah ketap bibir. Geram betul.

            Zahra terfikir sejenak. Hmm… betul juga cakap si mamat sewel ni. Ada ke lelaki lain yang nak kat aku selain dia? Dah cukup baik dia ajak kahwin. Aku memanglah cantik. Ada muka. Ada karier. Tapi akhlak? Hmm… hancus. Yang baik mestilah nak yang baik jugak. Tak denya yang baik nak kat perempuan jahat liar macam aku ni. Mak mertua pun tak sudi nak anggap aku menantu nanti. Sekurang-kurangnya Zafrel ni aku dah kenal. Mama pun kenal.

            Zafrel topang dagu sambil menunggu jawapan si Zahra. Terimalah. Terimalah. Dia memang tak pandai nak sweet bagai ni.

            “Kenapalah mesti aku jatuh cinta dengan orang macam mamat ni?” gumam Zahra perlahan. Otaknya sedang berselirat memikirkan itu dan ini. Tangan kanan turut sama menopang dagu. Meniru gaya Zafrel.

            “Allah dah tulis jodoh you dengan I di Loh Mahfuz lagi kot.” Selamba Zafrel menjawab apabila dia terdengar gadis itu menggumam. Dia tersengih memandang Zahra yang sedang membuntangkan mata.

            “Jodoh you dengan I sebagai kawan je okey.”

            “Mana you tahu? Tah-tah you memang tercipta untuk I. You tulang rusuk kiri I.”

            Zahra mencebik. “Amboi ayat you. Metafora sangat. BM 100% ke dulu masa SPM?”

            Zafrel ketawa kecil. “Orang pernah kata, Allah dah tulis nama jodoh kita di Loh Mahfuz lagi. Allah akan hantar dia pada kita bila dia tahu kita dah ready. Jadi, when the right time comes, buat apa nak tangguh-tangguh? Bila I dah lamar you ni, you terima ajelah. Mungkin dah tiba saatnya untuk you berkahwin.”

            “Dan I tak sangka yang I akan berkahwin dengan mamat sewel tak de jiwa sweet langsung!” selamba Zahra membalas.

            “Dah jodoh kita berdua macam ni. Nak buat macam mana lagi. So kira setujulah ni eh you terima lamaran I?”

            “Eh siapa cakap?” suara Zahra naik satu oktaf.

            “Tu tadi. You kata tak sangka akan berkahwin dengan orang macam I. Susah tau nak jumpa mamat sewel tak de jiwa macam I ni.”

            “Choi!” Zahra dah tarik muncung itik. Mukanya cemberut. Memanglah nak kahwin tapi dia tak tahu sampai bila dia boleh bertahan dengan Zafrel yang tak de jiwa romantik ni.

            Zafrel topang dagu dengan kedua-dua belah tangan pula. Tayang sengihan melebar. Pakej lesung pipit dua biji pipi kiri kanan. Saja tunjuk comel.

            “Zahra, apa hukumnya sebuah perkahwinan sekiranya seseorang itu mempunyai keupayaan dari segi kewangan dan mampu menyediakan nafkah isteri zahir dan batin? Apa hukumnya kalau yakin akan terdorong melakukan maksiat di sebabkan runtunan nafsu yang kuat jika tidak berkahwin?”

            Zahra terus terkelu. Erk? Liur ditelan kesat. Zahra terus lihat diri sendiri. Aik? Mamat ni ada terniat nak buat aku cenggitu ke?

            “Apa hukumnya Cik Zahra Thaqifah oi?” tanya Zafrel selamba dengan sengihan melebar.

            Zahra angkat kepala memandang Zafrel. Apa ek hukumnya? Zahra bukak balik buku Pendidikan Islam Form 5 di dalam benaknya. Buku Pendidikan Islam yang dah beberapa tahun dia tinggalkan.

            “Wajib.” Sepatah Zahra jawab bila dah ingat balik apa hukumnya.

            “Dah tu? Jomlah kahwin.” Tak berlengah lagi. Entah kali yang keberapa Zafrel ajak kahwin. Susah betullah perempuan sorang ni!

            Again! Dia ajak kahwin. Haish. Susah betul mulut Zahra nak terima lamaran out of the blue dari Zafrel ni.

            “You ada niat nak ehem-ehem dengan I ke selama ni?” selamba Zahra bertanya. Dia pandang Zafrel tepat. Selama mereka berkawan, setakat cubit tampar tu, tak luak mana pun pada dia.

            “Wuit… gila tak ada? I lelakilah Zahra. Lelaki macam I ni iman manalah kuat sangat pun.”

            “Jadi selama ni you ada niat tak baiklah dengan I?” membuntang mata Zahra dibuatnya bila Zafrel berlaku jujur.

            Zafrel tayang sengih selamba. “Hehehe… sikit ar. Tapi sebab I sayang you. You ni kawan  I yang I tak sanggup nak lukakan hati murni luhur you tu, I control la iman I.” Sakat si Muaz dalam tawa. Jelas mempamerkan lesung pipitnya.

            Mata Zahra mencerun garang. Padahal cair tengok senyuman Zafrel. Terasa darah menyerbu ke muka. Nasiblah selama mereka berkawan dia tak pernah tunjuk aksi luar batas. Kalau tak? Habis dia kena terkam dengan mamat sewel ni. Cukup sekali masa first time kenal kat bilik kecemasan ari tu.

            Zahra tahu bukan mudah bagi seseorang lelaki memelihara iman. Kerana iman ini ibarat daun-daun yang berguguran, apabila ia dipukul angin, ia akan beterbangan mengikut arus angin. Iman itu bukanlah sesuatu yang bersifat kekal dan sentiasa berubah-ubah. Macam tu jugaklah dia sebagai wanita. Seringkali Zahra seakan mahu tersungkur dengan pujuk rayu lelaki di sekelilingnya. Terutama time pergi club dengan geng Alex. Tapi tidak pernah sesekali dia tertunduk dengan hawa nafsu. Dia masih lagi menyimpan dirinya untuk yang halal. Kerana baginya, mahkota itulah nilai seorang wanita. Kalau dia bagi nilai harga dirinya, lalu nilai apa lagi yang ada padanya? Apa lagi yang tinggal untuk bakal imamnya?

            “Zahra?” panggilan Zafrel menyentak lamunan panjang Zahra.

            “Yup?”

            “Boleh jadi isteri I?”

            Zahra senyum. “Sebelum tu I nak tanya, you cintakan I ke tak sebenar-benarnya?”

            Zafrel angguk. Tak mampu nak jawab lebih-lebih.

            “Tu je?” Zahra jongket kening. Aduh! Mamat sorang ni sungguhlah!

            “Habis tu you nak I jawab macam mana? Dah you tanya I cintakan you ke tak? I angguk jelah sebab jawapannya memang tu.”

            “Eee! Dahlah propose kita tak romantic langsung. Nak luah I love you pun kedekut!”

            “Nanti dah kahwin hari-hari I cakap. Sekarang belum. I simpan ayat keramat tu.”

            “Give me ten reason why you love me and why you wanna marrying me?!”

            “Zahra please don’t make it complicated. I really do okay. Please don’t questioning my proposing.”

            Zahra dah nganga mulut. Eee! Geram betul. “For your information Doktor Zafrel Alif, my answer is yes. The reason why I agreed, because I really love you. That’s what I felt towards you. Sekian!” Zahra terus capai handbag dan angkat punggung. Takut kalau lama-lama nanti dia yang makan hati. Zafrel ni betul-betul nak kena ajar jadi romantic!

Zafrel tersenyum gembira. Alhamdulillah. Hilang satu masalah. Mata hanya menyorot kelibat yang menghilang. Tak pe, kita pujuk lain hari. Yang penting, dia jawab. Bersalah juga tak bagitahu Zahra yang dia mencintai gadis itu. Bukan apa, bila nak ucap macam tu, rasa macam ucap kat Natrah. Dan mungkin, salah satu sebab kenapa dia nak kahwin dengan Zahra, sebab muka dia persis Natrah. Tak! Dia nak kahwin dengan Zahra sebab dia memang yakin dengan rasa dalam hati dia ni. Muka yang persis macam arwah tulah yang jadi reason kenapa dia nak mengenali gadis itu.

Berkali-kali dia tegah, dia nafikan Zahra bukan Natrah tapi susah sangat perasaan tu nak hilang. Natrah, betul ke apa saya buat ni?
***
“YA Allah cantiknya kau Zahra! Pegun mata aku tengok kau!” Jiji melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan Zahra. Bahu Zahra diramas. Tidak percaya sahabatnya akan menjadi isteri orang dalam masa dua bulan lagi. Dan sangat-sangat tak percaya, si Zahra boleh terima lamaran Doktor Zafrel si mamat sewel tu. Jiji ingatan Zahra tak nak terima. Tapi dah jodohkan. Nak buat macam mana.

            Zahra hanya tersenyum. Kalau bukan disebabkan mama suruh pakai tudung, dia memang tak mahu pakai tudung ni. Buat rimas kepala je.

            “Thanks Jiji sebab sudi datang. Aku ingat kau tak datang since you told me that you had an event to attend kat KL.”

            “Kau gila tak datang majlis kawan baik sendiri? Aku ni PA kau tau Zahra. Rugi jelah kalau aku tak datang. Aku kan orang terpenting.” Jiji buat muka gedik.

            Zahra tergelak. Kemudian dia memukul lembut lengan Jiji. Sekilas matanya terpandang Zafrel yang sedang mara menghampirinya. Zahra ukir senyuman buat si tunang.

            “Assalamualaikum.” Ucap Zafrel apabila berdiri pegun di depan Zahra. Matanya langsung tak boleh lari dari melatari wajah Zahra. Cantik dan comel! Melihat hijab yang menutupi kepala Zahra, sejuk hatinya. Seolah-olah melihat arwah Natrah di depan mata.

            Astaghfirullah! Zafrel , she’s not!

            “Waalaikummusalam. Hah, cik abang kau dah sampai ler Zahra. Aku nak mencekik dululah. Tak mahulah kacau daun. Hihi. Boraklah eh. Jiji nak go dulu.” Jiji sempat kenyit mata pada Zahra seraya berlalu pergi.

            Zahra menggeleng sambil tersenyum. Kemudian matanya mencari retina Zafrel. Pandangan mata mereka bersabung.

            “Kan cantik macam ni. Tertutup je. Sejuk sikit mata I tengok.” Kata Zafrel. Kedua belah tangannya diseluk ke dalam poket seluar jeans yang dipakai.

            “Aik? Selama ni mata you panas ke tengok I?” Balas si cik tunang.

            “Gila tak panas tengok? You selalu pakai seksi kot.”

            Zahra pukul lengan Zafrel kuat menyebabkan tawa meletus di bibir Zafrel.

            “You ni kan, dah jadi tunang I pun mulut tu ada je nak sakat I. Menci betul.” Zahra dah peluk tubuh dengan wajah cemberut.

            “Eleh, tak payah merajuk sangatlah. You ingat I nak pujuk ke, huh? Daripada I pujuk you, baik I pujuk patient I. Dapat faedah.”

            Cet! Kan dah cakap! Eee! Mamat sewel ni kan, aku smackdownkan juga kepala tu kasik center. Hati Zahra mendongkol geram.

            “You ni, tak sweet langsung.”

            “Mana tahu I tak sweet? Pernah ke you rasa I sweet ke sour ke bitter ke?”

            Zahra dah hentak kaki.  Pelukan di tubuh sendiri dilepaskan. Geram punya fasal.

            Zafrel dah gelak halus. Suka menyakat si Zahra. Macam budak-budak.  Baru usik sikit dah cengeng.

            “Dah ler tu, tak payah nak muncung sangat. I datang sini bukan nak tengok muncung you. Tapi I datang sini nak tengok tunang I. Dia gembira ke? Sedih ke?” Zafrel cuit hidung Zahra lembut.

            Mata Zahra mencerun tajam memandang Zafrel. “ Dah tu you tengok I sedih ke gembira?”

            “Happy maybe?”

            “Mestilah. You tu je, happy ke tidak tunang dengan I ni?”

            Zafrel tenung anak mata Zahra dalam-dalam. “I’m very happy Zahra. Once I proposed you and the answer was yes, that was the beginning of my happiness. Today, it’s a new episode of my happiness. Seeing you like this, holding the tittle as my fiancée , I feel so so thankful. At least,ada  juga orang yang nak kat saya.”

            Zahra tersenyum mendengar luahan si encik tunang. Lama mata mereka bersabung. Mencipta ritma detak jantung yang sama. Dalam masa dua bulan lagi, mereka akan menjalinkan hubungan yang halal. Sebuah hubungan yang akan membuatkan syaitan menangis  terlafaznya ijab dan qabul.

            “Thank you Zafrel for let me be the one important person in your life.” Ucap Zahra lembut.
            Bibir saling membalas senyuman. Mata saling bersabung. Hanya hati mereka yang memahami. Dalam hati menitip doa semoga hubungan mereka berkekalan hingga ke Jannah.

***
Dua minggu sebelum majlis…

            “Nurse, Doktor Zafrel ada?” tanya Zahra sebaik saja tiba di kaunter Wad 4A. Beg kertas yang berisi makanan untuk Zafrel di pegang erat. Hujung minggu selalunya dia menghabiskan masa di studio. Tetapi dek kerana terlalu rindukan encik tunang, dia datang juga melawat ‘kawasan’ hospital. Heh, apa da nasib aku dapat husband doktor.

            “Rasanya dia tak ada. Dia pergi wad bangunan lama. Jumpa Doktor Ramesh. Kenapa eh Cik Zahra?” tanya Nurse Salwa. Sudah kenal dengan tunang si bloody hot stuff, Zafrel.

            “Tak ada apa. Saya saje datang singgah nak bagi lauk ni kat dia.” Zahra angkat beg kertas separas dadanya kemudian tersenyum. “Tak pelah, saya masuk bilik dia kejap. Letak makanan.”

            Nurse Salwa mengangguk mengizinkan.

            Masuk je dalam bilik Zafrel, deria hidungnya sudah dapat menangkap haruman Zafrel. Bibir tersenyum. Tak sabar nak tunggu Zafrel rasa masakannya. Pertama kali tolong mama masak.

            Zahra berdiri di depan cermin. Shawl yang tersarung menutupi kepalanya dibetulkan. Sesaja nak pakai tudung. Nak tahu apa reaksi si bakal suami bila melihat dia berhijab.

            Mesti dia suka punya, desis Zahra.

            Zahra memerhatikan bilik kerja Zafrel. Kemudian dia melabuhkan punggung di kerusi empuk Zafrel. Tiba-tiba matanya tertacap pada satu gambar yang dia rasa pelik.

            Zahra capai frame tersebut. Berkerut-kerut dahinya. Wajah di dalam gambar itu persis wajahnya tapi bila difikir-fikir balik, dia tidak berhijab. Dan rasanya dia tak pernah ambil gambar bawah pokok berlampu macam I-City tu. Sah memang bukan aku. Habis tu kalau bukan aku siapa? Bisik hati Zahra.

            Kemudian benaknya mula teringat perihal gambar di rumah ummi.

            “Eh macam sama je. Sebijik macam perempuan dalam gambar hari tu.” Zahra berbicara sendirian.

            Benaknya diasak dengan pelbagai persoalan. Tanpa sedar tangan sudah membuka laci meja Zafrel. Laci pertama penuh dengan kertas. Laci kedua juga. Tiba laci yang ketiga, mulut Zahra ternganga. Dadanya terasa sempit. Foto perempuan yang persisnya dicapai.

            Jelas keceriaan yang terpancar di wajah itu. Zahra pegang muka sendiri.

            “Sama.” Bisik Zahra. Kemudian belakang foto dibaca apabila terlihat ada tulisan.

            My one and only. Bakal zaujahku, Nurul Natrah.

            Bagaikan ada batu besar menghenyaknya, Zahra ternganga besar dengan mata yang membulat. Air mata mula bergenang. Tak tahu kenapa dia perlu rasa begini?

            Gambar seterusnya dilihat. Gambar Zafrel dan perempuan itu sedang ketawa dan mesra sekali. Terus ditebalikkan gambar itu untuk melihat sama ada, ada catatannya atau tidak.

            Natrah, when we first met, I honestly had no idea that you would be so important to me.

            Dada Zahra dah berombak. Nafas terasa sekat di kerongkong. Air mata sudah tumpah setitis dua.

            Ya Allah sakitnya rasa ini. Tapi untuk apa?

            Awak tipu saya Zafrel. Betul ke saya ni Zahra yang awak cintai? Desis Zahra kecewa. Kemudian ingatannya berulang saat pertama kali dia bersua muka dengan Zafrel.

            “Natrah…” bisiknya. Ya, dia pernah dengar nama itu meniti di bibir Zafrel. Dan juga… bibir… ummi!

            Allahhu! Permainan apakah ini? Dia bukan Natrah! Dia Zahra! Zahra Thaqifah tunang Zafrel Alif. Bukan Natrah!

            Zahra belek gambar seterusnya. Air matanya terus merembes keluar.

            Saya irndukan awak Natrah. Sangat-sangat merindui awak. Semoga awak berada dalam keadaan tenang di sana. Moga suatu hari nanti kita dipertemukan semula. You're never too far away becoz I know we're close in hearts.

            Zahra terus campak gambar-gambar itu ke lantai. Hatinya terluka. Hatinya sakit dan kecewa. Beg tangan dicapai dan punggung di angkat.

            Belum sempat dia keluar dari bilik Zafrel, tubuh lelaki itu sudah muncul depan pintu.

            “Eh Zahra? Apa you buat kat sini?” Zafrel yang kaget terus bertanya tanpa mengetahui kelukaan yang tercalar di hati Zahra.

            Mata Zahra mencerun garang. Dadanya berombak menahan marah. BIbirnya diketap. Rahangnya bergerak-gerak. “Penipu!” Selang jeritan itu bergema, bunyi tamparan pula memenuhi ruang bilik kerja Zafrel.

            “I hate you Zafrel!” Tubuh sasa si Zafrel di tolak hingga tersandar di pintu seraya berlari keluar dari situ.

            Zafrel terkesima. Matanya terkelip-kelip seakan tidak percaya. “Zahra!” panggil Zafrel nyaring. Tetapi kelibat Zahra telah pun menghilang. Zafrel toleh ke meja kerjanya. Kaki diatur menuju kea rah laci. Kemudian matanya tertunak memandang gambar-gambar arwah Natrah yang berterabur di atas lantai.

            “Oh shit!” Zafrel tumbuk meja kerjanya. Dengan kudrat yang dia punya, dia berlari selaju mungkin. Dia faham sekarang kenapa Zahra begitu.

            Zahra, I didn’t mean to hurt you. Really. She’s not the one I want Zahra. She was the past. Please… don’t go.      
     
            Kaki laju diatur menuju ke car park. Tubuh manusia entah siapa-siapa dia rempuh kuat. Tak sempat nak mohon maaf.

            “Zahra!” jerit Zafrel kuat bila matanya terlihat Zahra yang melangkah laju.

            Zahra tidak mempedulikan panggilan itu. Air matanya berlinangan tanpa henti. Sakitnya terasa mencucuk-cucuk bila ditipu Zafrel. Selama ni Zafrel anggap dia Natrah kah?

            “Zahra!” Zafrel rentap pergelangan Zahra. Matanya jelas menangkap mata Zahra yang memerah. Nafasnya tercungap-cungap.

            Zahra merentap kasar tangannya. “Lepaslah.” Dada Zafrel ditolak.

            “Zahra apa yang you fikir tu semuanya tak betul Zahra.” Zafrel terus menjelaskan. Dia tidak mahu keadaan bertambah buruk.

            “Tak betul? Apa yang tak betul Zafrel? Cuba you beritahu I? You still love her!” tengking Zahra kuat. Lantaklah apa orang nak kata. Yang penting yang kat dalam ni. Terluka parah dah ni.

            “Zahra, dia dah tak  ada. She was my past Zahra.”

            “Yes she was your past. But, she still in your heart. You think her each day like I am not your future.”

            Zafrel dah geleng kepala. “Zahra, I boleh explain okey. Ini semua tak seperti apa yang you sangkakan. Dia tu dah tak   ada pun Zahra. Yang ada depan mata I ni Zahra Thaqifah. Dan I tengah bercakap dengan Zahra bukan Natrah. Tunang I Zahra Thaqifah bukan Natrah.”

            “Tipu! Macam mana you boleh cakap macam tu sedangkan muka I sama macam arwah Zaf? In fact, you sendiri pernah anggap I ni Natrah. Macam mana you boleh kata she was your past sedangkan yang berdiri depan you ni betul-betul sebiji macam arwah?”

            Zafrel rentap kembali pergelangan gadis itu hingga gadis itu terdorong rapat dengannya. “I love you Zahra. Not her. I love who you are.” Terasa hembusan nafas Zahra mengena wajahnya.

            Zahra terkelu. Matanya merenung dalam anak mata Zafrel. Ya Allah! Sungguh dialah lelaki yang sangat aku cintai. Tetapi mengapa bukan aku cinta pertamanya?

            “Pergi mati dengan cinta you!” Tidak mahu terus larut dengan panahan mata Zafrel. Zahra menolak tubuh Zafrel kuat. Kemudian dia terus mendapatkan keretanya. Masuk ke dalam perut kereta, enjin dihidupkan, dengan terburu-buru, Zahra menekan pedal minyak, keluar dari parking lot. Menderu laju meninggalkan perkarangan hospital.

            Setelah jauh dari hospital, Zahra memberhentikan keretanya di bahu jalan. Tidak boleh memandu dalam keadaan yang tertekan. Dia menghentak tangan ke stereng kereta.

            “Arghhh!!!” jerit Zahra kuat. Seakan-akan bisa melontarkan gelonjak rasa amarah di dalam hatinya. Shawl yang tersarung di kepala ditarik. Rimas! Dia campak ke sebelah. Kemudian air mata merembes keluar. Laju bagaikan air terjun.

            “Kenapa kau buat aku macam ni Zafrel?! Kenapa?!” Zahra hentakkan tangannya sekali ke stereng kereta. Tangan kanan naik memegang dada sendiri yang terasa sempit.

            “Argh!!!” pekik Zahra seraya menyebamkan wajah ke stereng. Kekecewaan yang tidak terluah.

            “Ya Allah… aku cintakan dia. Tapi kenapa sebegini sakit luka yang dia toreh?” ucap Zahra dengan esak tangisnya yang masih bersisa.

            Dia terlalu kecewa. Gambar-gambar arwah Natrah bermain di mata. Sungguh hatinya terkilan bila Zafrel tidak pernah menceritakan tentang masa lalunya. Terasa dirinya dipermainkan. Adakah kerana wajahnya yang persis Natrah menjadi salah satu musabab Zafrel mencintainya? Kalaulah ia benar, sungguh dia terkilan. Tidak rela dirinya disamakan dengan orang lain. Tidak suka bila dirinya dibandingkan. Kuatkanlah hati kau Zahra. Takkan hanya kerana ini kau lemah?

***
ZAFREL mengeluh kasar bila nombor yang didail tidak dapat-dapat. Dia meraupkan wajahnya. Buntu. Tinggal dua minggu saja lagi majlis perkahwinan mereka tetapi boleh pulak berlaku salah faham antara dia dan Zahra. Dia tahu silap dan salahnya sendiri kerana tidak menceritakan siapa Natrah dalam hidupnya. Tapi dia buat macam tu sebab nak jaga hati Zahra. Dan dia pun nak move on. Tak mahu dah kenang kisah lalu tu.

            Ye ke Zafrel? Kalau betul tak nak kenang kisah lalu kenapa kau masih simpan lagi gambar-gambar arwah? Kalau kau tak simpan, kalau kau tak kenang, semua ni takkan jadi. Zahra takkan kecewa dengan kau! Monolog hati negatifnya.

            Zafrel memicit pelipisnya. Zahra… mana awak? Bisik Zafrel lembut.

            Tiba-tiba telefonnya berdering. Cepat-cepat dia angkat tanpa melihat nama pemanggil.

            “Hello! Zahra?! Awak kat mana? Saya risau!” dengan kalut Zafrel berkata.

            “Woi! Assalamualaikum. Ni akulah. Jiji.” Suara dihujung sana menyindir.

            Zafrel mengeluh untuk kesekian kalinya. Dia kembali bersandar pada kerusi kereta. Sudah sejam dia duduk di dalam kereta.

            “Kau nak apa Jiji?” dengan nada lemah tak ada spirit, Zafrel bertanya.

            “Apa kau dah buat dengan kawan aku, hah? Mak dia call aku banyak kali tanya mana dia pergi tak balik-balik. Lepas tu orang tua call kau berkali-kali kau tak mahu jawab. Apa kes?” jelas kedengaran suara Jiji berbunyi tegas. Marah gamaknya!

            Ya, Zafrel mengaku sudah enam tujuh panggilan dari Puan Munirah dia tidak angkat sebab sasau mencari Zahra. Lepas tu kalau dia angkat, dia tak tahu nak cakap macam mana? Nak berhadapan dengan bakal mak mertuanya bagaimana?

            “Sorry Jiji. I hurt her. Tak sengaja.”

            “Tak sengaja kau kata? Zafrel, kau kena tahu, Zahra tu luar je nampak kuat, nampak macam no hallah, no problemlah. Tapi hati dia tu, hati dia tu pun sama macam kita juga. Tipis jiwa dan rasanya.” Bebel si Jiji. Marah betul bila Zahra mengadu kata Zafrel telah melukakan hatinya. Walaupun hanya melalui panggilan telefon, Jiji tahu Zahra terluka.

            “Aku tahu Ji. Aku salah. I’m so sorry. Jiji… kau tahu tak dia kat mana? Puas aku cari dia tapi tak jumpa.” Lemah pertanyaan Zafrel.

            “Zafrel. Zafrel. Disebabkan kau punca kesedihan dia, terpaksalah aku bagitahu. Karang takut macam-macam benda pula jadi kat dia. Zahra tu kau faham-faham jelah. Ikut kepala dia je.”
            “Can you stop nagging and tell me where she is?” nada Zafrel bertukar garang sedikit. Geram kot dengan Jiji yang membebel.

            “Okay! Okay! Heh, dia yang buat salah. Kita pula yang kena. Huh! Cuba kau cari dia kat gim? Or somewhere else, kat tasik. Kat park maybe. Tempat-tempat aktiviti sukan lasak. Dia tu kalau stress suka buat benda aneh-aneh.” Sambil memberi jawapan sempat lagi dia membebel. Padahal Zafrel dah suruh stop membebel. Heh la Jiji!

            “Ok thanks!” Zafrel terus matikan panggilan. Cair dah taik telinga dengar Jiji membebel. Itu baru Jiji belum Puan Munirah.  Terus keretanya dipandu ke arah tasik sebab dia dah cari kat gim kawan Zahra tapi tak ada.

            Beberapa minit kemudian, Zafrel terus keluar dari perut kereta. Matanya melilau mencari kelibat Zahra di dalam gelap. Zahra pelik. Bila stress, malam-malam macam ni dia suka keluar merayau. Teringat masa first time jumpa. Zahra sprained her ankle sebab jogging memalam.

            “Zahra!” jerit Zafrel bila matanya terlihat susuk tubuh Zahra yang sedang duduk menghadap tasik. Di bawah lampu.

            Zahra tersentak dari lamunan yang panjang. Dia menoleh ke arah datangnya suara itu. Melihat Zafrel yang mula mendekat, Zahra terus bangun dan atur langkah laju.

            “Zahra!” panggil Zafrel kuat tetapi Zahra hanya buat pekak.

            Zahra berjalan dengan langkah laju. Tidak bersedia berdepan Zafrel.

            “Zahra! Wait!” Zafrel rentap pergelangan Zahra hingga gadis itu menghadapnya. Tercungap-cungap dia dibuatnya.

            “Lepaslah!” jerit Zahra kuat. Biar! Bukan ada orang dengar.

            “Zahra dengar dulu please.”

            “No!”

            “Zahra, we’re getting married. Jangan buat perangai boleh tak?” tengking Zafrel kasar. MAtanya mencerun garang.

            Zahra yang dah sembap terkelu. Air matanya yang tiada henti menitis lagi. “Siapa buat perangai? I ke you?!” jari telunjuk Zahra tunding pada Zafrel. Dia balas pandangan mata Zafrel.

            Zafrel tengok Zahra kecik besar kecik besar je ni. Terus tanpa isyarat dia mencempung tubuh Zahra yang ringan itu.

            “Hei! Lepaskan I Zafrel! Lepas!” Zahra mengeraskan diri. Dia memukul dada Zafrel berulang kali.

            Zafrel sumbat Zahra dalam keretanya seraya Toyota Camry miliknya seraya dipakaikan seat belt. Keretanya meredah jalan raya yang tidak sesak. Esakan Zahra disebelahnya langsung tidak dihiraukan. Matanya fokus pada jalan. Mahu membawa gadis yang dia sayang itu pulang.

            Sepuluh minit berlalu, Zafrel menghentikan keretanya di depan rumah Puan Munirah. Kemudian dia memandang Zahra yang sedang menyeka air mata.

            “Zahra…” panggil Zafrel lembut.

            Zahra diam. Zafrel, please don’t hurt me more.

            Melihat tiada reaksi dari si gadis, Zafrel paut lembut bahu Zahra supaya menghadapnya. “Zahra. I minta maaf okey. I knew, it’s hurting you knowing the fact. That’s why I never told you bout this.”
            Zahra dongak pandang Zafrel. “Is this…” Zahra tunjuk pada mukanya, “… the reason why you wanna marrying me Zafrel?”

            “Zahra, no! I wanna marry you because I love you. I love the way you are. Not because your face. Yes muka you persis arwah. Dan yes juga muka you jadi reason for me to know you. Tapi percayalah, orang yang I cinta, orang yang berjaya takluki hati I, adalah you Zahra Thaqifah. Natrah tu cuma masa lalu I.”

            Zahra tepis tangan Zafrel yang memegang bahunya. “Zaf, I tak nak kita bergaduh hanya sebab hal kecil ni je. But, I can’t control my feeling when I knew bout this. Terlalu menyakitkan. You tak pernah bukak buku lama you pada I. Dan bila I tengok gambar-gambar tu. Hati I jadi sakit sangat. I rasa yang you cintakan I hanya sebab muka I persis arwah. Sedangkan I?! I love you Zafrel. I want to be the one who make you feel what love is it. How the feeling look a like. But, she…”

            Jari telunjuk Zafrel singgah di bibir Zahra. “Natrah was my past. She’s dead. And I’m alive. The moment that she died, my heart was torn in two. One side filled with heartache the other filled with tears. When she died, it doesn't mean my heart also dead. Still beat but it’s not belonging and my heart is longing for the right one. Hati I ni Zahra, milik Allah. Allah yang letak dan kawal perasaan I. Sungguh hati I dah terbelok pada you saat first moment kita.”

            Zahra pandang Zafrel tak percaya.

            “I tak luah perasaan sayang ni pada you tak bererti I tak cintakan you. Tapi sebab…”

            “You imaging I ni Natrah kan?” tanya Zahra lembut.

            “Zahra stop! You dengan arwah tak sama Zahra. Please jangan samakan diri you dengan dia. You are my true love. The one I wanted the most. Tell me macam mana nak hidup dengan orang yang dah tak ada Zahra? You depan mata I, Zahra. I want you to be my Eve for the rest of my life.”

            “Zafrel, I tak nak you anggap I macam arwah. I cintakan you with all my heart. No hole in my heart that can be filled by the others. Semuanya dalam hati I, untuk you. You teach me how to fall in love and I fell in love with the one who taught me.”

            “So…” Zafrel paut kejap bahu gadis itu. Matanya merenung dalam anak mata Zahra. Redup pandangan matanya. “Zahra, please… jangan marah I lagi? Jangan seksa perasaan kita berdua macam ni? Huh? Kita nak kahwin kan?” lembut pertanyaan Zafrel.

            Mana mungkin saya biarkan perasaan saya terseksa macam ni Zafrel. Saya cintakan awak. Sangat-sangat. Bibir cuba di ukirkan senyuman seraya mengangguk. “I love you Zafrel. Please let me be the one.” Zahra terus memeluk dada bidang Zafrel. Mahu merasakan degup jantung lelaki itu.

            Zafrel terpanar apabila menerima pelukan dari Zahra. Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman lebar. Dia tepuk lembut belakang tubuh Zahra. Wangian rambut Zahra dihidu. Naluri lelakinya terjentik. Rambut inilah yang bakal dia hidu setiap hari.

            Lalu Zafrel berbisik lembut di cuping telinga gadis itu, “You have been the one encounter in my life that can never be repeated, Zahra. I’m all yours soon.”


            All the words in the world would fail to describe what we share between us. All I can say is, always the same way forever Zahra. I love you. Maafkan aku Natrah. I akui aku tidak boleh memadam masa lalu, tetapi aku harus lepaskan ia pergi. Aku tidak boleh mengubah hari semalam, tetapi aku harus menerima hakikat. Tiada jodoh antara kita berdua Nat. I want to live in the present and make it so beautiful with the one I love, Nat.


# Assalamualaikum. Maaf yg teramat sgt sebab lambat giler update blog. Dan maaf juga jika ada salah silap sepjg menulis entri ini. Saya sgt sibuk menghabiskan pending novel yg bertimbun memandangkan dah nak PBAKL. Haha! Nak beli novel barulah katakan. Plus minus, bila ditambah dgn beban kerja part time & jaga baby. Oh tired giler! Mmg x mengadap laptoplah. Haha! Sorry sgt-sgt kalau ada error dlm entri ni. Thank you sudi baca. :D 

P/S : Mood nak memborong di PBAKL tu menggunung sedangkan duitnya ciput. Ahaks!

No comments: