Wednesday, 25 March 2015

Be The One [Part III]


Sebulan kemudian…

“PAPA balik dululah Zahra. Zahra tolong tengok-tengokkan mama ya? Kalau ada apa-apa terus call papa.” Encik Edmund Hanif mencium dahi anak perempuannya. Kemudian satu kucupan dihadiahkan buat isterinya yang sedang tidur.

            “Bye pa. Drive carefully tau.” Tangan papanya disalam.

            “Hmm… Zahra take care. Tadi papa ada bawa selimut. Ambil dalam rak kalau Zahra nak pakai.”

            “Okay.”

            Zahra duduk di sisi mamanya. Merenung dalam wajah mamanya yang pucat lesi. Petang tadi, dia yang sedang mengajar anak buahnya menari mendapat berita bahawa mamanya terjatuh di bilik air. Entah macam mana silapnya, mama boleh tergelincir kerana Amirul anak buahnya bermain sabun di dalam bilik air. Terkocoh-kocoh dia lari ke hospital sebab risaukan mama. Nasib baik mama cuma cedera sikit. Kalau ada darah beku dalam otak? Hmm, memang dia menangis semalaman jelah.

            Zahra menguap apabila terasa mengantuk. Dia meletakkan kepala di sisi mamanya. Sekejap saja matanya terkatup rapat.

Zahra tersedar apabila jam sudah menginjak ke angka satu pagi. Keadaan wad sudah sunyi sepi dan malap. Zahra mengeliat membetulkan urat sendinya. Kemudian, dia seluk tangannya ke dalam poket varsity.

“Laparlah pulak.” Kata Zahra sendiri. Lalu dia mengatur langkah keluar dari wad. Sebelum keluar sempat lagi Zahra mencapai sebungkus roti.

Zahra melabuhkan punggung di luar wad. Keadaan sangat sunyi. Tapi dia sikit pun tak takut. Matanya ternampak mesin air di suatu sudut, laju saja kaki pergi ke sana. Kemudian dia membeli air milo sekotak. Dia kembali duduk di ruangan luar wad. Mulut dimasukkan roti.

Zafrel yang baru saja selesai melakukan pemedahan dengan pakar melewati ruangan menunggu Wad 4A. Langkahnya terhenti apabila melihat sesusu tubuh yang amat dia kenali.

Zahra! Apa minah ni buat kat sini?

Zafrel atur langkah mendekati gadis itu.

Zahra mendongak apabila melihat ada bayangan di depannya. Matanya membulat.

“YOU!” suara Zahra naik satu oktaf. Muka terkejut dipamerkan.

Zafrel senyum lalu dia melabuhkan punggung di sebelah Zahra tanpa segan silu. Kemudian, tangannya di bawa masuk ke dalam poket uniform putihnya.

“Hi Cik Zahra Thaqifah. What a coincident. Nice to meet you again. How your feet?” Selamba badak Zafrel memulakan mukadimah.

Zahra dah cebik bibir. Menyampah. Dia terus bangun dari duduknya.

Tapi belum sempat nak melangkah, Zafrel dah rentap pergelangannya.

“Eh nak pergi mana? Cik Zahra tak jawab lagi soalan saya.”

“Lepaslah.” Zahra merentap kasar. Dia memandang Zafrel dengan riak tak puas hati. “Look! I’m fine. Boleh berdiri kan? Maksudnya dah sihat.  I nak blah dulu.” Zahra terus melangkah pergi tetapi Zafrel membuntutinya.

“Cik Zahra buat apa kat sini?” soal Zafrel. Pelik juga kenapa gadis itu ada di sini di awal pagi.

“Bukan urusan you.” Jawab Zahra acuh tak acuh.

“Cik Zahra sakit lagi ke?” Zafrel menghadang jalan Zahra. Dia berhenti betul-betul di depan Zahra.

Hish mamat ni memang nak kena taekwando dengan aku. “Tepilah. Sibuk je.” Zahra menolak dada Zafrel. Rimas sangat! HAri tu mulut macam longkang, hari ni mulut terlebih popcorn pulak. Nak tanya itu ini.

Mak aiii! Menyombong. Yang hati ni pulak, dengan minah macam ni kau nak jatuh cinta. Dah tak ada perempuan lain ke? Gerutu Zafrel di dalam hati. Melihat langkah Zahra yang masuk ke dalam bilik Kenanga, membuatkan bibirnya mengukirkan senyuman. Ohh… mana awak nak lari Zahra?

***
“BILA saya boleh keluar doktor?” tanya Puan Munirah sambil mengukir senyuman. Doktor muda dihadapannya ini dipandang. Kacak. Hmm… dah berpunya ke belum ni? Kalau belum boleh dikenenkan dengan anaknya.

            Tak serik-serik lagi Puan Munirah! Padahal dia dah cakap tak nak tolong susun blind date untuk Zahra. Apa yang terjadi antara Zahra dan Hiddir membuatkan dia sangat-sangat menyesal. Heh selisih dapat menantu gay!

            Zafrel tutup laporan pesakit lalu wajah Puan Munirah dipandang dengan senyuman. “Mak cik dah boleh discharge hari ni. Tapi mungkin petang nanti kot. Kepala mak cik dah okey. Report CT scan pun tunjuk tak ada kecederaan teruk dikepala mak cik.”

            “Alhamdulillah kalau kepala mak cik ni tak kenapa-kenapa. Bukan apa doktor, mak cik kesian dengan anak mak cik kena jaga mak cik kat sini. Cuti berhari-hari nanti kesian pulak kat anak murid dia tak ada siapa nak mengajar.” Kata Puan Munirah.

            “Kenapa tak ada siapa nak mengajar?” soalan polos dari Zafrel terhambus keluar.

            Puan Munirah tersengih, “anak mak cik tu cikgu, doktor. Kalau dia ambik cuti memang tak ada siapalah nak tolong ganti mengajar.”

            “Ohh… cikgu rupanya…” Zafrel mengangguk faham sambil mata melirik ke arah sofa.

            Puan Munirah turun dari katil. Dia rasa nak terkucil pulak.

            “Eh mak cik nak pergi mana?” berkerunyut dahi Zafrel.

            “Mak cik nak ke tandas. Tak tahan.”

            “Ohh… kalau gitu meh saya tolong papah.”

            “Eh tak usah. Doktor mesti sibuk kan? Mak cik boleh jalan sendiri.”

            Zafrel tersenyum memandang Puan Munirah, “baiklah kalau gitu. Hati-hati.”

            Sejurus selepas Puan Munirah masuk ke dalam bilik air. Zafrel terus mendapatkan Zahra yang sedang terlena pulas di atas sofa. Amboi kemain tidur. Tidur-tidur pun nampak cantik je minah ni. Tak sangka pulak seksi-seksi gini kerjanya cikgu. Cikgu menari kot. Desis Zafrel.

            Mata lelaki Zafrel tertunak memandang seraut wajah yang mirip dengan arwah Natrah. Cuma bezanya, kulit Zahra lebih putih berbanding arwah. Kening Zahra juga lebat berbanding arwah. Bibir Zahra lebih tebal berbanding Natrah. Rambut Zahra lepas tanpa ada ‘penutup’ di kepala. Pendek separas bahu. Comel. Sama tapi tidak serupa. Bukan saja rupa yang sedikit cuma bezanya, tetapi diri mereka juga berbeza.

            Mata Zafrel ralit memandang wajah Zahra yang terlena itu. Ikutkan hati, tangannya mahu saja naik menyentuh kulut mulus Zahra. Tetapi, dia masih berfikiran waras.

            Zahra menggeliat. Wajahnya terasa panas. Perlahan-lahan Zahra membuka matanya. Celik saja, Zahra terkejut bukan kepalang.

            “Mama!” Jerit Zahra sambil menolak dada Zafrel yang begitu dekat dengannya. Hampir saja tercium.

            Zahra terus memeluk tubuh. Mata mencari susuk tubuh mamanya. “You buat apa kat sini hah?” tengking Zahra tegas. Pagi-pagi dah menghadap muka doktor ni. Pergh! Menyakitkan jiwa dan raga betul.

            “I buat apa kat sini? I kerjalah. Tak nampak I pakai uniform?” selamba jawapan Zafrel padahal dalam hati dia nak gelak guling-guling sebab tengok muka gerun Zahra yang baru bagun tidur.

            “Hish! Menyemak betul. Pagi-pagi dah kena mengadap muka you. Mana mama I hah?

            “Mama you dah hilang. I culik.”

            Puan Munirah yang berada di dalam bilik air bergegas keluar. Terkejut bila suara anaknya memekik kuat.

            “Kenapa Zahra?” muncul Puan Munirah di ambang pintu bilik air. Memandang Zahra dan doktor silih berganti.

            “Mama!” Zahra terus bangun dan memeluk mamanya. “Mama kenapa tinggalkan Zahra dengan mamat sewel ni?” adu Zahra.

            Aik?! Mamat sewel dia panggil aku? Wah… melampau!

            Puan Munirah tergelak. “Sayang, ni doktor mamalah. Nama dia Doktor Zafrel. Tak baik panggil dia sewel. Budak medic ni.”

            “Ahah! Betul kata mak cik tu. I ni budak medic tau. Sesuka hati awak je panggil sewel. Nama I sedap okey. Zafrel Alif!” celah si Zafrel dengan kedua belah kening terjongket-jongket memandang Zahra.

            “Hish! Mama ni bela dia pulak.” Rangkulan di pinggang mamanya dilepaskan. Zahra menghentak kaki. Ergh! Menyakitkan hati!

            “Tak bela lah Zahra. Doktor ni baik tau. Dia kata mama dah boleh discharge hari ni.” Kata Puan Munirah.

            “Hah, baguslah kalau dah boleh discharge hari ni. Lagi lama mama duduk kat sini, memang Zahra suruh Mbok Ani yang jaga. Panaslah kat sini.” Perli Zahra. Dia menjelirkan lidah ke arah Zafrel lalu melangkah keluar dari bilik mamanya. Sebal!

            Puan Munirah menggeleng melihat perangai anaknya. “Maaf ya doktor. Anak saya memang macam tu.”

            “Tak pe. Saya suka layan orang macam tu mak cik.” Ucap Zafrel. Dalam hati dia berdangdut dapat sakitkan hati Zahra. BIbir mengukir senyuman sinis.

***
Beberapa hari selepas discharge…

            “Zahra!” panggil Puan Munirah kuat dari dapur.

            “Ya mama!” jawab Zahra. Dia yang sedang dance practice di bilik, terus berlari menuju dapur.

            Puan Munirah meletakkan beg yang berisi nasi berlauk gulai ketam masak lemak di depan Zahra yang baru muncul. “Boleh tolong mama tak?” tanya Puan Munirah.

            Zahra melihat isi di dalam beg. “Tolong apa ma?”

            “Bagi lauk ni kat Doktor Zafrel.”

            “What?!” suara Zahra naik satu oktaf.

            Puan Munirah tersengih. Menunjukkan riak tidak bersalah. Semenjak dia discharge, dia memang rajin chat dengan Zafrel di Whatsapps.  Dia minta nombor doktor muda itu kerana dia dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan pandangan Doktor Zafrel terhadap anaknya. Tak sangka dia boleh bermain whatsapps dengan anak muda itu. Dan bila banyak soalan tentang Zahra ditanya, dia mula rasa curiga. Dan dia sebagai ibu kepada Zahra, dia memang bagi green light kepada Zafrel kalau mahu memikat.

            Sebab tulah dia sediakan nasi berlauk gulai ketam masak lemak ni untuk Zafrel. Sengaja mendengki si bongsu supaya menghantar lauk ke hospital.

            “Mama nak Zahra hantar makanan ni kat Doktor Zafrel. Sebagai tanda ucapan terima kasih mama pada dia.”

            “What? Ma? Perlu ke semua ni ma?”

            “Perlu tak perlu. Mama nak Zahra hantar  juga makanan ni bagi pihak mama. Lagi pun, doktor Zafrel tu baik.”

            “Mama… kalau mama suruh Zahra buat benda lain, Zahra boleh buat. Tapi kalau hantar makanan ni kat mamat sewel tu…”

            “Mamat sewel. Mamat sewel. Nama dia Zafrel. Dah hantar cepat. Kalau tidak, hujung minggu ni mama tak izinkan Zahra take part dalam competition salsa dancing. Faham?!”

            “Mama!!!!” Zahra dah hentak kaki denga n bibir yang terherot-herot. Hati mendongkol geram.

            “Tahu takut. Dah pergi cepat.” Puan Munirah simpan senyum melihat gelagat anaknya.

***
KAKI Zahra melangkah perlahan ke dalam Wad 4A. Kepalanya terjenguk-jenguk. Kemudian, matanya meliar mencari kelibat mamat sewel.

            ‘Hish mana pulak mamat ni? Time dicari tak ada pulak. Kalau tak di cari, muncul je depan mata. Hishhhh….’ Omel Zahra di dalam hati.

            “Cik cari siapa?” tegur seorang nurse.

            “Err… saya cari mamat sewel.” Jawab Zahra apabila disergah begitu. Kerana terkejut, dia melalut.

            Bekerut dahi nurse yang bertag nama Salwa. “Mamat sewel? Cik ni salah hospital ke?”

            Zahra menggeleng laju seraya menekup mulut. Hish mulut ni. Tersasul pulak. “Tak. Maksud saya, saya cari Doktor Zafrel. Dia ada tak nurse?”

            Nurse Salwa senyum melebar. “Ohh… Doktor Zafrel. Dia ada tadi tapi tetibe dia dapat hal emergency. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?”

            Bagai disorongkan bantal. Orang dah offer nak tolong tu, tak kan nak tolak kan? Ahaks! Zahra hulur beg yang  berisi makanan. “Boleh tolong beri ni pada dia? Cakap dengan dia patient nama Puan Munirah bagi. Terima kasih ya nurse.” Sejurus selepas huluran bersambut, Zahra terus blah. Tak sanggup nak lama-lama. Kang dibuatnya bertembung dengan mamat sewel tu, huh! Cari nahas je.

            Keluar dari Wad 4A, mata Zahra terpandang beberapa orang yang sedang menangis di ruangan menunggu. Dahinya berkerunyut pelik. Apahal pulak ni? Desis Zahra.

            “Milah, Doktor Zafrel mana?” tanya seseorang yang beruniform doktor kepada nurse.

            “Saya tak pastilah Doktor Amril. Rasanya tadi dia dekat luar bilik mayat. Kenapa doktor?” jawab nurse yang bernama Milah.

            “Saya nak minta laporan pesakit yang meninggal tadi,” beritahu Doktor Amril.

            Zahra yang mahu melangkah pergi meniggalkan ruangan itu terhenti. Tubuhnya kaku. Perasaannya semacam. Dia kemabli menoleh ke  arah kelompok keluarga yang sedang bermuram durja itu.

            Entah kenapa, rasa sayu mengetuk pangkal hatinya. Lalu tidak semena-mena langkah kaki di atur menuju ke ruangan bilik mayat. Di suatu sudut tersorok, Zahra terpandang Zafrel. Matanya lekat memandang Zafrel yang sedang membelakanginya. Tidak mahu langkahnya didengari, Zahra memperlahankan langkahnya. Apabila tiba dekat Zafrel, Zahra memegang lembut bahu lelaki itu.

            “Zafrel?” panggil Zahra lembut. Melihat tiada respon dari Zafrel. Dia mengalih posisi. Dia berdiri di depan Zafrel.

            Pandangan lelaki itu kosong. Sekosong hatinya. Wajah Zahra yang tiba-tiba muncul langsung tidak menerujakan hatinya.

            “Zafrel… kenapa ni?” tanya Zahra lembut. Melihat wajah itu yang seakan-akan hanyut dengan dunianya membuatkan Zahra terpanar.

            Zafrel terduduk lemah.

            Zahra kaget. “Zafrel!” Zahra bertinggung di depan Zafrel. Cemas.

            Zafrel menyembamkan wajahnya ke bahu Zahra.

            Zahra terkesima. “Zafrel…” bisik Zahra lembut.

            Suasana menjadi hening dan sunyi. Hanya mereka berdua yang ada di ruangan luar bilik mayat itu.

            Tubuh Zafrel bergegar dan bahunya terhincut-hincut. Zahra dapat merasakan Zafrel sedang menangis. Hatinya dipagut rasa sayu.

            “Zafrel…” bahu Zafrel ditolak lembut. Seperti yang dia tebak, wajah Zafrel sudah memerah dan basah.

            “Zafrel…” ucap Zahra lagi. Dia terkedu melihat keadaan Zafrel yang begitu.

            “Dia dah tak  ada Zahra. I can’t save him. He’s gone. Forever…” beritahu Zafrel. Sungguh dia sangat lemah bila berdepan dengan kematian. Ini merupakan pesakitnya yang pertama. Pergi menghembuskan nafas terakhir jam satu tengahari tadi. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa dia rasa bersalah. Dia berharap pesakitnya akan hidup lebih lama dan bertahan. Tetapi, Allah lebih menyayangi pesakitnya.

            Zahra mengusap bahu Zafrel. Tumpah rasa simpati. “Zafrel… you bukan Allah. Ajal maut seseorang berada di tangan Yang Maha Berkuasa. You hanya seorang doktor yang hanya mencari solusi bagi penyakit mereka. Sehebat manapun manusia dan seorang doktor, kita hanya mampu mencerap pada yang zahir.” Pujuk Zahra. Dia tidak tahu bagaimana mahu menenangkan Zafrel. Hanya itu yang terluah dari bibirnya.

            Zafrel menyeka air matanya memandang Zahra. Tahukah Zahra apa yang dia rasa? Dia rasa kecewa dan bersalah. Kecewa kerana tidak dapat menyelamatkan nyawa pesakitnya, bersalah kerana pernah memberikan harapan kepada keluarga.

            “Saya tahu… tapi saya tak dapat nak bendung perasaan saya Zahra. Melihat pesakit saya pergi, seolah-olah melihat orang yang saya sayang juga turut meninggalkan saya.” Jawab Zafrel dengan suara huskynya. Melihat mereka pergi, seakan-akan saya melihat Natrah pergi dari hidup saya Zahra… bisik hati Zafrel.

            “Zafrel, percaya pada qada’ dan qadar Allah. Terima semua ni secara positif. Lumrah kehidupan Zafrel. Yang hidup akan mati juga. Jangan macam ni. Awak kan doktor. Doktor kena kuat semangat.” Zahra usap lembut bahu Zafrel. Sedaya upaya dia cuba mengusir rasa yang bertandang di dalam hati Zafrel. Dia tidak mahu Zafrel berputus asa.

            “Just leave me alone Zahra…” Zafrel membuang pandang. Tidak mahu memandang mata gadis berdarah kacukan Scotish Belanda itu. Ayah gadis ini berdarah scotish, manakal ibunya Belanda Melayu.

            “Zafrel…” Zahra tidak sampai hati. Lalu dengan spontan, dia merangkul leher Zafrel. Mahu menenangkan Zafrel.

            Zafrel tidak mampu membendung rasa hati. Di bahu Zahra, dia menangis. Sepuas-puasnya.
***
SEJAK hari itu, hubungan Zahra dan Zafrel mula membuahkan putik-putik babak. Walaupun belum tahap nak bercinta, at least, ada connection antara mereka walaupun hanya seorang sahabat. Zafrel akui hidup dia lebih ceria berbanding biasa, mungkin sebab selalu dapat mendengar suara wanita itu di corong telefon.

            Zafrel melangkah masuk ke dalam studio X-Virus. Hampir sebulan mengenal Zahra, dia sudah tahu apa karier Zahra, apa hobi Zahra dan apa yang Zahra buat bila cuti sekolah. Ternyata gadis yang dia sangkakan penari ini rupanya seorang guru di SK Limpoon. Sangat tidak sesuai dengan perwatakan gadis itu yang liar dan lincah. Semenjak jadi ‘BFF’ Puan Munirah, memang senang sangat Zafrel dapat info tentang Zahra. Aci tak aci? Nak tackle anak guna khidmat bakti si bakal emak mertua. Haha!

            Zafrel kuak daun pintu bilik menari Zahra. Studio X-Virus merupakan sebuah studio hak milik sahabat baik Zahra iaitu Alex. Dalam studio ni ada tiga bilik yang menempatkan tiga orang guru. Dan sekarang dia mencari Cikgu Zahra Thaqifah.

            Telinga Zafrel menangkap bunyi lagu tango. Tango ke salsa? Eh? Entah.  Kepalanya dijengulkan. Jelas terlihat susuk tubuh Zahra yang berpakaian legging hitam dan baju inner sedang menari bersama seorang lelaki. Erk?! Dia telan liur. Menahan sabar di dalam hati. Heh sungguhlah budak sorang ni?! Suka buat jantung dia nak keluar!

            Zahra tidak menyedari kehadiran Zafrel. Dia hanyut dengan alunan muzik yang dimainkan oleh John Williams, Itzhak Perlman & Pittsburgh Symphony Orchestra . Kakinya cekap menarikan tarian tango. Selain dari line dance yang berkumpulan, dia suka dengan tarian tango. Bagi Zahra, ia sangat menggoda kaum Adam. Walaupun dia sedar tarian salsa tiada tolok bandingnya.

             Zafrel hanya menahan rasa apabila melihat kaki panjang Zahra bergesel dengan jejaka ntahsapa-sapa itu. Bukannya dia tergoda dengan tarian Zahra, tapi mata dia sakit!

            Selepas lima minit bediri macam patung cendana tak laku-laku, Zahra tamatkan juga tariannya.

            Zafrel bersandar pada cermin kaca. Pergh! Sabar jelah! Zahra mendekatinya sambil mengukir senyuman.

            “Apa you buat kat sini? Nak join dance?” tanya Zahra naïf. Langsung tak dapat nak hidu kepulan asap yang dah naik atas kepala Zafrel.

            “Taklah. Nak tengok wayang free. Tak sangka memang dapat tengok wayang free.” Balas Zafrel pedas.

            “Eleleh! Tergodalah tu nampak I menari tango kan?” Zahra dengan selamba kenyit mata ke  arah Zafrel. Bukan dia tak tahu mama dia dah jadi kawan baik Zafrel. Ni mesti kerja mama bagitahu mana tempat dia lepak.

            “Euw! Please! I nak tergoda dengan you? Tolonglah. Tak tengok cermin ke?” sekonyong-konyong rasa cemburu  meluap, berdas-das rasanya mulut dia nak memerli.

            Eceh! Poyo betul doktor sorang ni. Tak pe. Kita test tengok tergoda tak tergoda.

            “Ohh tak tergoda ya? Hmm… mungkin sebab I menari dengan Alex. Apa kata I menari dengan you?” Zahra mendekati Zafrel. Hujung kolar kemeja Zafrel, dia tarik. Membuatkan Zafrel terdorong ke  arahnya.

            Fuh! Budak sorang ni memang betullah menggoda iman! Jerit Zafrel di dalam hati. Dia menepis tangan Zahra yang memegang hujung kolar bajunya.

            “Tak naklah I. Geli je nak menari bagai ni. Lagi satu, dapat dosa tahu pegang-pegang orang yang bukan mahram.” Bebel si Zafrel pakej dengan perlian lagi.

            Zahra berdecit. “Hish susah betul kalau dapat kawan pak ustaz nilah. Kalau macam tu, you telan liur jelah. I nak sambung menari dengan Alex. Jom Alex, I nak try salsalah. Semalam tengok 
kat youtube macam best.” Zahra tarik tangan Alex yang sudah menggeleng-geleng. Give up. Penat.

            “Tak mahulah I. I’m tired okay.” Alex mengadu.

            “No excuses please. Satu kali je.” Zahra dah letak tangan Alex di pinggangnya.


            Membuntang mata Zafrel. Ni tak boleh jadi ni! Eee! Zahra Thaqifah you drive me into crazy! Kaki terus diayun ke  arah Zahra dan Alex di ruang tengah. Dia tarik lengan Zahra.

            “Okay. Menari dengan I.” Tegas bunyinya. Sebab cemburu aku buat semua ni tau!

            Zahra kulum senyum. “Eleh, tadi jual mahal. Sekarang bila I nak menari dengan orang lain, you sibuk tergedik-gedik. Bukan ke berdosa pegang-pegang macam ni Doktor Zafrel oi?” Zahra pulang paku buah keras. Hujung jari telunjuk digawangkan  ke dada Zafrel.

            Cis! Dia kenakan kita balik! “Okay fine. I tergoda dengan you. So can you please stop nagging. Bila nak menari?” Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata no turning back okay! Ni kalau Puan Anida tahu dia menari dengan anak dara orang mampuih kena parang!

            Zahra dah jongket-jongket kening perasan comel. “Ececehh, tak menyabar doktor sorang ni. Nak cepat-cepat pun bukannya you pandai menari. You kan kaki kejung.”

            Zafrel jelir lidah geram.

            Zahra dah tergelak halus. “Macam nilah Doktor Zafrel, tak guna pun I menari tango dengan you sebab you memang tak pandai punya. Jadi, apa kata we go to the basic of mambo?”

            “Mambo?” terjongket kening  Zafrel.

            “Haiyaaa! Mambo macam nilah doktor.” Alex terus capai tangan Zahra mahu mengajar. Dari tadi dia perhatikan je sketsa Zahra dan Zafrel.

            Zafrel dah terlongo. Mata terus memerhati. Nak tackle Zahra punya fasal, dia belajar jugak menari.

            “Tengok ni.” Alex tunjukkan gaya kepada Zafrel.

            “Two three four…” Alex tunjukkan gaya kaki sebab mambo memang banyak main kaki dan punggung.

            Ralit Zafrel belajar. Ohh senang je.

            “Ni basic okey. It easy man!” Alex lepaskan tangan Zahra bila habis mengajar.

            Zahra kulum senyum dan terus hulur tangan.

            Tanpa teragak-agak, Zafrel terus menyambut. Tangan Zahra dibawa tinggi separas bahu.

            “So, you’re ready Doctor Zafrel?” Zahra kenyit mata menggoda.

            Zafrel buat donno padahal tengah kawal nafsu. “Cepatlah…” gesa Zafrel.

            Mulut Zahra terus berbunyi ‘Two three four’ dan kaki terus bergerak perlahan kerana Zafrel belum pandai.

            Terkial-kial Zafrel mengikut.

            Zahra ketawakan je tengok step Zafrel yang lintang pukang.

            Zafrel terus lepaskan pegangan tangan. Tak tahan! Bukan dia yang menari, tapi mata dia yang menari tengok lenggok menggoda Zahra. “Surrender! I can’t okay. You’re too quick!”

            Zahra terus labuhkan punggung di lantai parquet. Dia sandar pada cermin kaca. Botol air dicapai dan digugup rakus.

            “I told you Zafrel. You can’t. Buat tambah dosa je pegang-pegang I.” Selamba Zahra berkata selepas membasahkan tekak.

            “Kenapa dalam banyak-banyak minat, you pilih menari?” tanya Zafrel. Dia pandang Zahra di sebelah kirinya. Alex tah ke mana hilang lepas ajar mambo. Dia juga turut bersandar pada cermin kaca.
            Zahra balas pandangan Zafrel.  Dia ukir senyum tipis.

            “Sebab I minat. Dance isn’t just dance, it’s magical. Something that sets you free. The conversation between body and soul. Everytime, I menari, I felt I turn into a better version of me. Dancing is my passion and obsession.”

            “Then why you choosed cikgu as your carier? Kenapa tak pilih jadi cikgu menari je?”

            “Kan sama je tu. I’m still a teacher.”

            Ceh! Jawapan sama macam buku teks!

            “Mana sama Zahra, awak tu cikgu budak sekolah. Ijazah awak tu, ijazah pendidikan. Bukan ijazah didikan tarian.” Kata Zafrel.

            Zahra gelak kecil. “Mama yang nak sangat saya jadi cikgu.”

            “And you heard her?”

            Zahra angguk. “I don’t have a ambition actually. I just follow the path of my life. I don’t have any vision lepas SPM. I got flying colours masa SPM. And mama so proud of me. Dia yang tolong applykan maktab untuk I. Then I dapat. Tak fikir panjang, terus terima. Lagi pun I minat menari masa I umur 23 tahun. You nak tahu macam mana I minat dengan dance?” kening Zahra terjongket bertanya kepada Zafrel sama ada dia mahu tahu atau pun tidak.

            “Nak.” Muka Zafrel teruja.

            “Masa tu I pergi London. I ternampak budak-budak street menari hip hop. Dorang cari makan dengan menari je. Masa tu lah I rasa tertarik nak belajar menari. Lepas tu, I balik I terus cari orang-orang yang boleh mengajar menari. Tapi mostly, semuanya ballet. Then, I jumpa Alex. Dia yang ajar I tentang dunia tarian ni. Dah lima tahun I berkecimpung dengan dunia tarian. Tapi mostly semua line dance and breakdance.”

            “Ohh… macam tu rupanya.”

            “Sayang kan? I dah nak graduate baru I dapat minat baru iaitu menari. Kalaulah I kenal dunia tarian dulu… mesti I tak jadi cikgu budak-budak sekarang ni.”

            Zafrel tergelak kuat. Tadi Zahra juga yang cakap.  “You still a teacher. No matter happen, the fact is you’re a teacher. Tetap jugak kena mengajar.”

            “Choi!” Zahra baling botol air ke  arah Zafrel. “You pulak kenapa nak jadi doktor? Kenapa tak jadi peguam? Mulut you tu sesuai sangat dengan jawatan peguam.”

            Zafrel memakukan pandangan ke arah Zahra. Sebab… Natrah… she’s the one reason why I be a doctor.

            Melihatkan Zafrel yang kejung tanpa bicara, Zahra tepuk lengan lelaki itu. “Zaf? Zafrel?”

            “Natrah.”

            “Huh?” dahi Zahra berkerut pelik. Tetibe Natrah pasai pa?

            “Err… nothing.” Zafrel terus angkat punggung. Dia capai telefon bimbit di atas kerusi dan blah. Tak sanggup tengok muka Zahra. Zahra dan Natrah tak sama Zafrel! Tak sama!

***
NATRAH? Siapa Natrah? Itulah yang bermain di benak Zahra dari tadi. Bercabang-cabang fikiran dia memikirkan siapakah Natrah dalam hidup Zafrel. Bila lelaki itu meninggalkan dia secara tiba-tiba dengan satu baris nama, dia termangu sendiri.

            Zahra lap rambut yang basah perlahan-lahan. Kepalanya ligat berfikir.

            “special sangat ke Natrah tu sampai Zafrel sebut nama dia?” bisik Zahra sendiri. Dia pandang wajah sendiri melalui biasan cermin.

            “Lah Zahra! Yang kau fikirkan sangat tu kenapa? Biarlah dia nak sebut nama siapa pun?!” Zahra serabaikan rambut sendiri kemudian menyembamkan wajahnya di meja solek.


            Ah stress! KEnapa dia perlu rasa macam ni? Kenapa dia perlu fikir NATRAH? Hanya sebari nama dan secara tak langsung memberi impak dalam diri dia!

No comments: