Saturday, 16 May 2015

CERPEN : Jodoh Kami



“Fa dengar dulu apa I nak cakap.” Tangan cik tunang dia rentap perlahan supaya menghadap dia. Mata sembap gadis itu membuatkan jiwa lelakinya diterpa rasa bersalah.

                “Apa lagi kau nak cakap Zal? Apa lagi?” mendatar dan tegas suara cik tunang. Mata mencerun memandang encik tunang. Lengan yang dipegang encik tunang ditarik perlahan. Tanpa dipinta air mata kembali membasahi pipi.

                “Kalau macam nilah hubungan kita, lebih baik kita putus. Esok aku suruh papa pulangkan semula cincin pertunangan kita.” Tiada lagi saya-awak,I-you. Tetapi diganti kau-kita. Sakit dan perit sekali hatinya tika ini hanya Allah yang tahu.

                Benarlah orang tua-tua kata semasa hubungan pertunangan terjalin, banyak dugaan yang melanda. Lihatlah hubungan dia dengan encik tunang,Haizal. Sudah pun dilanda ombak badai walaupun baru bertunang lima bulan. Ini belum masuk hal rumah tangga. Hmm…hancus agaknya!

                “Aufa! Please. I’m begging you. Jangan buat I macam ni. I betul-betul minta maaf. I didn’t do that on purpose. Semuanya salah faham. I dengan dia kawan je Fa. KAWAN.” KAWAN huruf BESAR. Supaya cik tunang tahu yang ada dalam hati dia cuma cik tunang sorang. Terkejut bukan main dia bila tiba-tiba cik tunang datang rumah saat dia dan cik skandal tengah buat aksi kuak lentang. Ehem!

                “Maaf. Maaf. Itu je yang kau tahu cakapkan? Lelaki semua samalah Zal. Kau ingat aku boleh percaya kau lagi? Perempuan tu boleh bagi apa yang aku tak boleh bagi,memang bodohlah kalau kau tolak kan? Kau lelaki Zal. Lelaki memang tak dapat lari dari mengawal nafsu. Dahlah, kita putus je. Aku dah penat gaduh dengan kau. Kau pergilah pada perempuan tu. Dia lebih sexy kan? Dia lebih hot kan? Dia boleh bagi apa yang kau nak bila-bila masa. So, go to her! Don’t you hope to get back with me. We broke up!” penuh emosi Cik Aufa Tihani berbicara. Dia terus angkat kaki.

                Haizal dah terkedu. Dia tahu salah dan silap dia kerana bermain kayu tiga. Curang dengan tunang sendiri. Tapi…arghhh!

                It’s damn hurt when we try to be cool depan orang yang kita percaya dan kita sayang! Lelaki yang aku sayang sejak dari sekolah menengah sampai sekarang yang bakal jadi imam aku tiba-tiba main kayu tiga. Fuh memang parah luka dalam hati aku. Lagi 3 bulan nak kahwin tapi bakal encik suami dah show true colours! Hmm..bagus. Kita PUTUS bakal ENCIK SUAMI!

                “Aufa dengarlah dulu. Semuanya salah faham. Dia cuma kawan Fa. I betul-betul minta maaf. I cintakan you. I sayangkan you  Fa. Dia tu…”

                Pang!!!

                “Stop saying that she’s your friend Zal. There was no meaning of friend bila kau ajak dia pergi rumah, masuk bilik Zal. Capture gambar berdua. Sorang pakai baju sorang tak pakai baju. Kau nak buat drama terhangat di pasaran ke apa? Aku tak bodohlah. Otak, mata, hati aku ni masih waras! Don’t you dare to enter my life again. I hate you! Hate you more bila kau buat hati aku macam ni. Nah amik ni! Aku tak hadap nak hidup dengan kau!” Cincin pertunangan jenama Tiffany & Co. dicampak tepat ke wajah Haizal yang terpanar dek tamparan hebat dia.

                Heh! Ini anak Encik Zaini okey! Guru silat di kampung Sungai Suloh tau!

                Aufa terus meluru masuk ke dalam kereta. Honda Jazz dipandu keluar dari pekarangan rumah lelaki-tak-guna itu. Air mata laju menuruni pipi. Sakitnya bila patah hati. Kecewanya bila dicurangi. Dulu-dulu dia hanya bagi support kat member-member yang putus cinta, kini dia pula yang merasai. Damn! It’s hurt like a hell. Aku percayakan dia. Aku cintakan dia. Aku setia dengan dia. Tapi ini yang aku dapat? Menderu laju air mata Aufa. Sungguh dia tidak pernah rasa sesakit ini.

                Honda Jazz laju membelah jalan raya ditemani dengan titisan air mata kedukaannya. Dia jarang menangis. Tapi bila dikaitkan dengan cinta? Kenapa hatinya jadi serapuh ini? Nak mengadu dengan Yaya sahabatnya? Dia malu. Nak mengadu dengan mama? Mesti mama kecewa dengan perangai Haizal. Nak mengadu dengan papa? Confirm sebiji kena kat mata Haizal. Nak ngadu dengan adik? Adik jauh nun di Amsterdam belajar law aku nak kacau? Confirm dijatuhkan hukuman dakwaan yang berikut-berikut ke atas insan yang bernama HAIZAL! Sudahnya dia melalak dalam kereta. Memandu tak tentu arah. Muzik yang radio mainkan pulak dok lagu jiwang karat. Memang banjir Honda Jazz itu dibuatnya.

                Biarlah dia menangis. Yasmin Mogahed sendiri kata ‘Maybe the brokenness comes to teach us how to kneel. Stop trying to be 'strong'. We cry,to heal. We fell, to stay human.’

***

“Tolong pimpin tangan saya Zikri. Jadikanlah saya hawa dalam hidup awak. Izinkanlah saya membahagiakan awak…”

                “Aufaaa!!!”

                Peluh membasahi dahi. Nafas turun naik-turun naik. Jantung terasa laju berdegup. Mata dipejam rapat cuba menghilangkan mimpi itu. Bibir terketar-ketar membaca zikir. Tangan naik meraup wajah.

                Zikri memegang dadanya. Ya Allah…apakah maksud disebalik mimpi itu?

                Mengapa Aufa Tihani yang muncul dalam mimpinya?

                Mengapa Aufa Tihani tampak begitu mengharapkannya?

                Mengapa wajah itu mendung?

                Mengapa wanita itu mahu menjadi hawa dalam hidupnya?

                Ya Allah.

                Apa sudah tiba masanya jodoh untukku?

                Adakah dia wanita yang Kau ciptakan untuk hidup bersamaku,Ya Rab?

                When Allah knows you are ready for the right commitment, He'll reveal the right person under the right circumstances. Allah mempunyai perancangan yang cantik untuk setiap kaum adam dan hawa. Kita sebagai manusia hanya perlu berdoa dan mempercayai-Nya. Insya-Allah segalanya dipermudahkan.

                Zikri Syamsul, adakah kau sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab yang satu itu? Yang melengkapkan separuh daripada agama?

***
“PAPA nak Fafa kahwin dengan dia.”

                “No! Papa tahukan Fafa tak nak!”

                “Kenapa Fafa degil sangat tak nak dengar cakap papa hah? Dulu masa Fafa nak bertunang dengan Haizal, papa langsung tak membantah walaupun hati papa tak berkenan. Papa izinkan Fafa jalinkan hubungan dangan dia. Tapi apa yang dia buat pada anak papa? You was hurted. Papa tak nak lepaskan anak papa pada orang yang tak bertanggungjawab.”

                Aufa tunduk menekur lantai. Sungguh keputusan papa untuk menikahkan dia dengan ‘ustaz’ tu tak masuk akal. Nak pulak si ‘ustaz’ tu kat dia? Dia ni kan perempuan yang biasa-biasa je. Setakat ibadat wajib dia buatlah. Nak buat ibadat sunat yang selalu ‘ustaz’ tu buat? Huh, memang tak lah! Dia dengan ‘ustaz’ tu jauh berbeza! Macam langit dengan bumi. Sorang lulusan Universiti Malaya. Sorang lagi lulusan Universiti Al-Azhar. Huh,gila kau nyah? Ustaz tu terlalu PERFECT untuk dia. Dia ni IMPERFECT.

                “Tapi Fa tak cintakan dia,” akhirnya si ayu manis Aufa meluahkan isi hati.

                “Cinta boleh dipupuk Fa,” celah mama. Dia mengusap perlahan rambut si anak.

                “Ma… takkanlah ustaz tu nak kat Aufa ma? Aufa ni bekas tunang orang. Aufa ni dengan dia bukan kamceng pun. Aufa ni mulut celopar. Dia tu pendiam. Menyejukkan mata. Takkanlah mama dengan papa nak jodohkan dia dengan Aufa?” rengek si putri manja.

                Sungguh dia malu jika mama dan papa menjodohkan dia dengan ‘ustaz’ itu. Aufa teruk. Aufa walaupun pakai hijab, solat lima waktu, tapi masa couple dengan Haizal dulu, bertepuk bertampar pun Aufa tak kesah. Kadang-kadang, bila Haizal pegang Aufa pun Aufa tak kesah. Cuma sampai ke ranjang itu,idaklah. Aufa masih tahu jaga mahkota diri. Tak macam perempuan-tak-guna tu! Ergh! Sesedap rasa tunjuk bodi kat Haizal! Si Haizal pun bongok gi melayan! Ah jantan! Sama je.

                Habis tu kalau sama, encik ‘ustaz’ kita pun samalah eh melayan benda-benda itu semua?

                Tak! ‘Ustaz’ tu lain! Dia baik. Dia pendiam. Dia pandai jaga pandangan mata. Dia…

                Dah tu? Jangan samakan semua lelaki itu sama ya?

                Tapi….

                “Sebab dia tu pendiam,menyejuk matalah, papa nak Aufa kahwin dengan dia. Baru boleh bentuk anak papa yang degil ni. Susah sangat ke permintaan papa Fa? Papa just want you to marry him. He can guide you. He can protect you. And dijamin anak papa dapat hidup bahagia dengan dia,” ujar papa.

Dia melabuhkan punggung di hadapan Aufa. Merenung sekejap wajah anaknya yang mencuka. Sukar dan sulit untuk dia seorang bapa melepaskan anak perempuan yang telah diasuh sejak kecil hingga sekarang ke tangan lelaki lain yang tidak ketahui bagaimana sifat semulajadinya. Bukan nak cakap Zikri tu budak tak baik, tapi manusia kan? Depan kita dia baik, belakang kita? Nauzubillah. Minta dijauhkan Zikri tergolong dalam golongan munafik.

                “Mana papa tahu dia boleh bahagiakan Aufa?” cebik Aufa.

                “Sebab dia sendiri yang hantar rombongan meminang bila mama beritahu umi yang Aufa dah kembali single.”

                Membuntang bola mata Aufa. Seriously? Jinjja? ‘Ustaz’ masuk meminang dia? Oh My G!

***

“Tolonglah bagi I peluang Fa,” rayu encik bekas tunang. Selepas pulang dari tempat kerja, terkejut dia apabila Honda City yang cukup dia kenali ada di depan rumah. Lebih terkejut lagi bila tengok encik bekas tunang dah menghadap ‘tok silat’.

                Nak minta turunkan ilmu ke? Ceh! Bongok kau Fa. Saat genting macam ni boleh kau buat main-main.

                “Peluang apa yang patut I bagi Zal? You dah kecewakan I. You dah buat hati  I remuk. Jatuh berguling-guling bila dapat tahu you curang dengan I. I malu tau. If Sofiya don’t told me that you have that girl, memang sampai mati pun I tak tahu you curang dengan I,” mendatar suara Aufa. Dia berpeluk tubuh memandang encik bekas tunang. Punggung elok bersandar di Honda Jazz. Selepas dapat green light dari ‘tok silat’ mereka berdua terus bukak ‘tender-project-nak-rujuk-hubungan’. Ceh ayat berbelit sungguh kau nyah!

                “Fa, I betul-betul minta maaf. I cuma tersilap langkah. I betul-betul hanyut malam tu,” mendayu-dayu suara encik bekas tunang.

Ingat suara dia macam Mas Idayu lah tu nak dayu-dayu pujuk rayu aku. Cis!

                “Kenapa you ni idiot sangat Zal? Eh tak idiot. Itu terlalu gramatis. Kenapa you ni bodoh sangat Zal?” hah amik kau. Cik bekas tunang main kasar. Wa wa wa...kau ingat aku akan termakan dengan kata cintan kau bak rempah ratus jintan? Memang taklah Encik Haizal oiii! My heart not belong to you anymore! Ever!

                Terkedu terus Haizal. Sejak bila pulak si Aufa Tihani dah pandai cakap ganas-kasar-lagi-celopar ni? Sejak putus tunang dengan dia ke? Ke masa couple dulu-dulu main cover-cover-cun-baik-baik-manja? Huh!

                Aufa dah berdiri tegak. Dia keluarkan jari telunjuk memanah tepat ke muka Haizal. “You bukak eardrum you tu besar-besar! Even if you broke up with that girl, until I die sekalipun, I takkan berbalik pada you! Sebab apa? Sebab… maruah yang you dah ambil dari perempuan-tak-guna tu, pun takkan dapat dikembalikan oleh you. Satu-satu mahkota seorang  perempuan yang layak untuk seorang suami pun telah you rampas. Jadi apa yang dia ada? And you!” mata tajam memandang Haizal.

                Haizal jadi gerun pulak. Wah serius cik bekas tunang dah berubah 200%. Sah-sah masa bercinta dulu cover-cover-cun-baik-baik-manja!

                Aufa senyum sinis. Ingat aku perempuan tak boleh main kasar? And oh yes! Aku cuma seorang perempuan yang pandai cover cun depan lelaki. Bukan apa, hati dia ni sakit sangat tengok muka Haizal yang berlagak baik tu. Hak puih! Munafik kau Zal!

                “You as man sepatutnya bertanggungjawab atas apa yang you dah buat pada perempuan tu. You rampas hak dia. You buat dia hilang segala-galanya. So, as a gentleman guy, I think better you kahwin dengan dia. Is not only dapat selamatkan maruah dia yang you dah noda, tapi dapat jugak elak you buat maksiat. Daripada you buat maksiat dapat dosa percuma, lebih baik you kahwin dengan dia. Dapat banyak pahala. Pegang senyum sikit pun dah dapat pahala. And one more thing, if what happen between you and her malam tu membuahkan hasil, siapa susah?” loudness dan amplitude Aufa dah increase!

                Hah amik kau! Panjang lebar si Aufa membebel. Nasib rumah sebijik-sebijik. Kalau tak? Buat malu Haizal je.

                Haizal pula? Terkulat-kulat. Terkumat-kamit.

                Baca apa you Haizal? Mentera? Mwahahaha! Aufa ketawa dalam hati.

                “I tak cintakan dia pun Fa,” perlahan suara Haizal berbicara.

                “Itu tak ada masalah. Cinta boleh dipupuk. Cinta lepas kahwin pun indah. Okeylah tu kalau you kahwin dengan dia.”

                Okey. Aufa terasa terkena batang hidung sendiri. Dia nasihatkan orang suruh kahwin tanpa cinta. Dah tu dia?

                “Fa, I cintakan you sorang.” Luah si Haizal lagi.

                “Bohong.”

                “Betul. I sayang you. I cintakan you. Tolonglah jangan buat I macam ni.”

                “Buat you macam mana?”

                “Macam ni. Terseksa.”

                “Apa yang terseksa? I tengok you sihat je.”

                “Fa memang kat luar I nampak sihat. Tapi dalam hati? You tak nampak ke Fa terlukanya hati I?” Haizal tunjuk bahagia dadanya. Seakan-akan benar-benar terluka.

                “Hello Encik Haizal! I bukan doktor nak tengok luka hati you tu. Dahlah. Blahlah you. Menyemak je kat depan rumah I. Jangan nak buat sandiwara depan rumah I. I tak bukak agensi ujibakat cari pelakon. Tolong balik.”

                Mata Aufa sedikit pun tidak memandang Haizal. Hatinya terlalu pedih bila mengenangkan Haizal yang mencuranginya.

                “Tapi Fa…I belum habi…”

                “Assalamualaikum…” tiba-tiba ada suara lain yang mencelah.

                “Waalaikummusala…” mata Aufa terpaku.

                Oh My G! Mana beard ‘ustaz’ yang panjang dolu-dolu? Mana ketayap yang  selalu ada atas kepala ‘ustaz’ dolu-dolu?

                Oh My G! He’s handsome damn gorgeous. Muka nampak matured. Mata nampak bersinar.  Badan nampak tough. Dada bidang. Pergh. Pergh. ‘Ustaz’ baru balik dari Mesir ke dari Italy? Muka serius macam mamat Italy. Pergh. Pergh.

                Pergh. Pergh. Aufa. Amboi. Mata nakal noh tengok anak teruna orang lagu tu.

                Zikri perasan mata Aufa tertunak memandangnya. Tetapi dia langsung tidak membalas panahan mata gadis itu. Dia terus memandang jejaka yang berhadapan dengan cik bakal isterinya.

                “Assalamualaikum Encik. Kenapa tak masuk ke dalam?” tanya Zikri ramah. Dia menghulur salam kepada Haizal. Bukan dia tak kenal lelaki ni. Saja buat-buat tak kenal. Walaupun dalam hati terdetik nak tumbuk muka Haizal sebab buat Aufa patah hati. Eh? Ehem!

                “Waalaikummusalam.” Salam disambut.

                “Err… saya nak berborak sekejap je dengan Aufa,” sambung Haizal.

                “Ohh…” bibir Zikri membentuk O.

                “Encik ni siapa? Kenapa datang ke rumah Encik Zaini?” kali ni giliran Haizal bertanya ramah.

                Aufa pulak? Dah pulak? Dia buat sesi perkenalan kat sini.

                Zikri tersenyum manis. Dia memandang Aufa yang menundukkan pandangannya ke jalan tar.

                “Saya bakal suami Aufa. Datang ni nak bincangkan majlis perkahwinan kami yang akan berlangsung minggu depan. Jemputlah datang encik…?” sengaja Zikri menggantungkan ayatnya.

                “Haizal. Nama saya Haizal.” Haizal tersentap. Lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai bakal suami Aufa lebih KACAK+TAMPAN+MACHO daripada dia! Apa seh!

                Zikri angguk faham. Sebuah senyuman manis terukir untuk Haizal.

                Aufa dah angkat kepala. What? Minggu depan? What? Bakal suami Aufa? What? Nak bincangkan majlis perkahwinan? And what happening to me??? Jeng. Jeng. Jeng.

***
“Aku terima nikahnya Aufa Tihani binti Zaini…”

                Aufa tarik nafas lega apabila saksi majlis pernikahan mengangguk SAH!

                Sumpah dia rasa takut gila untuk menghadapi hari ini esok dan seterusnya apabila bergelar isteri kepada Zikri Syamsul bin Hussin.

                Selepas Aufa dan encik suami selesai menunaikan solat sunat. Tibalah masa majlis pembatalan air sembahyang.

                Jantung Aufa dan Zikri dup dap dup dap semacam. Zikri lagi parah rasanya. Terasa perutnya bergelodak. Dia betul-betul gemuruh. Dia malu. Dia takut.

                Cincin berlian dikeluarkan dari kotak baldu merah hati. Kemudian jari runcing Aufa dipegangnya. Perlahan-lahan cincin tiu ditolak masuk ke dalam jari manis isterinya. Sejuk. Dingin. Lembut.

                Kemudian, giliran Aufa pula menunduk menyalami Zikri.

                Subhanallah. Satu rasa yang sukar dia ungkapkan. Dia tidak pernah merasakan perasaan setenang ini bersama Haizal dulu. Ya Allah… bukakanlah pintu hatiku untuknya.

                Zikri diminta untuk mencium dahi Aufa. Wah cameraman ni! Dah la dua-dua tengah cat shy-shy.

                Dagu Aufa dipagut perlahan. Bibir Zikri mendarat di dahi Aufa. Namun cuma sekejap kerana dia tersangatlah malu.

                Tingkahnya menjadi tawa kepada tetamu yang melihat Aufa dan Zikri malu-malu kucing.

                Saat mata Zikri dan Aufa bersabung, hati mereka berdetik.

                Zikri :

                Alhamdulillah Ya Allah. Dialah Hawa yang tercipta untukku. Terima kasih atas segala nikmat-Mu. Aufa...awaklah partner Jannah abang. I will try to be the best husband for the sake of Allah. Yang boleh pimpin Aufa ke Jannah nanti. Abang akan cuba to be the best father yang memastikan anak-anak kita bukan sahaja berjaya di dunia malah akhirat. Semoga rumah tangga kita dirahmati-Nya.

                Aufa :

Alhamdulillah Ya Rab. Terima kasih atas anugerah terindah yang Kau berikan untukku. You are the rest of my life Zikri. Please, teach and guide me how to be a good wife like Saidatina Khadijah yang sentiasa ada untuk suaminya. Terimalah saya seadanya Zikri.

***
Dua hari kemudian…

                Okey! Dia nebes. Dia takut. Dia gabra. Mama! I want to go back! Tak nak duduk dengan Zikri! He make me jadi penghidap sakit jantung! Selepas majlis resepsi yang simple dia rumah kedua mempelai. Kini, dia berada di rumah mak mentua. Uwaaa! Rasa nak nangis. Berdua-duaan dengan lelaki? Tak pernah terlintas di fikiran. Dulu dengan Haizal pun kat tempat open. Ini? Ini close dan tersangatlah closes!

                Tok. Tok. Tok.

                Pintu bilik diketuk.

                Okey. Makin Aufa Tihani dup dap dup dap. Take a deep breath and exhale. Encik suami dah masuk bilik. Dia buat dono di dressing table. Tangan kanan bermain Iphone 5. Tangan kiri menopang tengkuk.

                “Aufa dah solat?” tanya si suami ramah. Okey. Suara dia macho der. Ehem! Behave Aufa!

                Aufa menoleh memandang suami yang baru balik bermain futsal bersama anak-anak buahnya di taman hadapan selepas solat Isyak. Sudah menjadi rutin Zikri bermain futsal bersama saudara mara apabila berkumpul di taman depan rumah. Nasib futsal main-main. Kalau betul-betul? Letih wok.
                Aufa angguk.

                Zikri tersenyum melihat anggukan Aufa. Aufa yang kepalanya berselubung dengan towel, berbaju lengan panjang dan seluar track suit tampak sangat comel. Depan suami pun nak tutup kepala tu.

                “Abang nak mandi sekejap. Boleh ambilkan baju abang dalam wardrobe tu dan letak atas katil?” pinta si suami lembut. Dia mencapai towel di penyangkut. Menuju ke bilik air yang terletak di luar bilik. Oleh kerana bilik si suami berada di tingkat 2 jadi kedudukan bilik air  terletak di tengah-tengah antara bilik si suami dengan library room.

                Aufa mengangguk dengan senyum tipis tersungging di bibir. Okey. Life-lesson-as-a-wife dah bermula. Dia terus bergerak ke wardrobe milik suaminya yang terletak di sebelah kiri katil berdekatan dengan slide window.

                Kain pelekat dan sehelai T-shirt warna dicapai. Dia tak tahu Zikri nak pakai apa jadi dia cuma ambil mana yang dia nampak je. Pakaian suaminya diletakkan di atas katil. Kemudia mata meliar memandang bilik suaminya yang terlalu klasik. Bilik di cat warna kuning supaya nampak lebih terang. Frame-frame gambar yang dilekatkan di dinding berhadapan katil dilihat. Satu persatu gambar Zikri masa kecil dia telaah. Comel jugak Zikri ni masa kecik-kecik, desis Aufa. Aufa bergerak pula pada pintu yang…. Eh? Ada pintu? Kenapa dia tak perasan? Dalam bilik ni ada dua pintu? 1 pintu utama (keluar masuk bilik). Satu lagi pintu apa?

                “Pintu apa ek ni?” tanya Aufa. Masa masuk tadi tak perasan pulak ada pintu. Ni tetibe ada pintu, pintu poket doraemon ke?

                Aufa ketap bibir. Tangan terus memulas tombol pintu, tetapi susah dan tak terbuka.

                “Eh rosak ke?” tanya Aufa kepada diri sendiri.

                Dia terdengar bunyi pancuran air. Semakin pelik Aufa. Tandas ke? Tadi bukan Zikri keluar dari bilik nak pergi tandas kat sebelah je ke? Kata dalam bilik ni tak ada tandas?

                Eh musykil dia dibuatnya. Terus dengan kuat dia memulas tombol pintu itu dan badan menolak kuat pintu itu.

                “Aaa…bukak pu…” mata Aufa membuntang.

                Mata Zikri terbeliak.

                “HARGHHHHH!!!!” bergema dua jeritan itu di dalam rumah teres dua tingkat.
***

Aufa membalikkan tubuhnya menghadap semula ke bilik. Zikri mencapai towel menyelimuti sebahagian tubuhnya dan menutup pili shower.

                “Aufa buat apa ni?” tegas suara encik suami. Terkejut bukan kepalang dia bila pintu yang sudah dua hari tak boleh buka tiba-tiba terbuka. Terlupa mahu memanggil tukang pintu betulkan tombol pintu bilik yang tak boleh dibuka.

                Aufa sudah menahan malu yang menebal. Ah bodoh! Kenapa aku pergi bukak pintu ni? “Errr…arrr saya… saya….errr… tak sengaja. Saya cuma nak tahu ni pintu apa. Tapi tak sangka pintu bilik ai…”

                “Duh! Abang lupa nak bagitahu Fafa. Ini connecting room. Dari libarary boleh tembus ke sini. Dari bilik abang pun boleh lalu pintu tu. Tombol pintu kat bilik abang tu dah dua hari tak boleh bukak sebab tu abang suruh Fafa lalu pintu utama. Tapi… tak sangka pulak pintu ni boleh dibuka bila Fafa ada,” di hujung ayat Zikri nada suaranya di perlahankan. Tubuh si isteri yang membelakanginya dipandang. Tuala yang menutupi rambut isterinya dah tak ada. Yang kelihatan rambut ikal mayang isterinya yang cantik. Lawa, desisnya.

                “Errr...sorry. Saya ta…”

                Belum sempat Aufa menghabiskan ayatnya memohon maaf,pintu bilik sudah diketuk kuat.

                “Aufa! Zikri! Apa kena jerit –jerit dalam bilik tu?” suara mak mentua Aufa dah memecah gegendang telinga.

                Aufa panik. Dia dah nak keluar bilik air tetapi tangan encik suami nak pegang lengan dia. Aufa terkedu sekejap. Bibir bawahnya digigit perlahan. Aduh! Apa nak cakap ni? Yang kau jerit kuat gila macam nak runtuh rumah ni apsal Fa?

                “Tak ada apa mak. Ni hah Aufa terkejut tengok tikus.” Jerit encik suami kuat membalas jawapan mak mentua. Dia gei hati melihat wajah Aufa yang comel dalam keadaan panic begitu.

                “Zikri dalam bilik air ke nak?”tanya umi Zikri sedikit hairan.

                “Errr…”

                “Tak ada apa-apalah umi. Aufa terkejut je.”  Dalih si Aufa juga. Dia memandang suaminya yang euwwww…. Hot and sexy? Ehem!

                “Kenapa ada tikus pulak dalam bilik air tu Zik?” si mak mentua mengasak soalan lagi biarpun hati tuanya sudah dapat mengagak kemesraan suami isteri itu. Ehem!

                “Saya keluar bilik air dulu,” perlahan Aufa berkata kepada suaminya.

                Zikri menggeleng. Sengaja mahu mengusik. “Janganlah. Temankan saya mandilah.”

                “What? Nonsense!” suara Aufa sedikit tertahan. Gila? Nak temankan dia mandi? Fuh fuh!
                “Zikri okey ke nak dengan Fafa?” tanya si umi lagi. Ah sudah!

                “Okey mak. Okey. Zikri tengah halau tikus ni. Tiba-tiba ada tikus dalam bilik air pulak,” tipu si Zikri. Heh ustaz sudah pandai auta ya?

                “Syuh. Syuh. Keluar tikus. Keluar.” Zikri membuat suara seakan-akan menghalau tikus.

                Aufa cuba melepaskan pegangan suaminya tetapi tidak berjaya bila Zikri geleng kepala tidak mengizinkan dia keluar dari bilik air.

                “Ohh. Yelah. Hati-hati ye nak. Umi ingatkan kenapalah kome berdua menjerit.” Umi dah bergerak meninggalkan pasangan pengantin baru yang ‘berasmaradana’ itu.

                “Okey umi,” balas Zikri.

                “Eh apa awak buat ni?” tanya Aufa bila Zikri melepaskan tangannya.
                “Buat apa?”

                “Kenapa tak kasik saya keluar bilik air? Malu jelah dengan umi awak bila dengar kita berdua dalam bilik air.”

                “Buat apa nak malu? Kan dah jadi suami isteri.”

                “Eee… ya Allah. Tapi awak menipu umi. Mana ada tikus dalam bilik ni.”

                “Dah tu Aufa nak beritahu umi yang Aufa menjerit sebab terkejut tengok abang mandi?” tingkah si suami.

                Aufa termalu sendiri. Seriously? Only him can make me fengsan! Mata Aufa dari tadi dia jaga supaya tak tengok dada bidang encik suami yang hot tu. Itu belum abs dia. Omo-omo! Terliur Aufa dibuatnya! Ehem! Behave!

                “Mana ada.” Gumam Aufa perlahan.

                “Eleh. Kenytaan itu kan? Aufa terkejut tengok abang mandi dalam keadaan macam ni kan?”

                “Mana ada.” Nafi Aufa. Muka dah menunduk malu.

                “Aufa suka abs abang ea?” giat si Zikri mengusik.

                “Mana ada!” Huh gila. Memang tak la. Walaupun dalam hati kata ya.

                Ketawa Zikri meletus perlahan.

                “Eee! Dia ni annoying tau. Bukan orang sorang yang jerit. Dia pun jerit jugak. Cari silap orang je.”

                “Tapi jeritan abang tak membingitkan.”

                “Tapi awak pun jerit jugak.”

                “Abang jerit sebab ingat pontianak yang nak ngurat abang.”

                “Eee! Mengada! Sapa nak ngurat dia entah!” Aufa tolak dada Zikri yang tak berlapik itu.

                Ah sudah! Nak buat sweet moment kat dalam tandas pulak. Sakit hidung kena bau ammonia gas. Tapi oleh sebab bilik air dah dipenuhi dengan wangian sabun encik suami, semuanya menjadi harum semerbak downy. Ceh!

                Zikri mengekek ketawa. Lucu melihat tingkah si isteri yang nyata mencuit hati.

                Oh My G! He’s smiling!

                “Ketawa pulak dia. Dah-dah, mandi. Awak busuk tahu tak? Saya nak keluar! Eee…geram!” bebel Aufa.

                Selangkah Aufa ke belakang suara Zikri melantang.

                “Eh hati-ha…” pinggang si Aufa dipaut. Serentak kedua-duanya terjatuh ke lantai bilik air.

                “Adoiiii….” Aduh si Aufa.

                Si Zikri tak usah cerita? Sakit punggungnya bila terhentak. Barusan masa mereka berdua terkejut beruk, sabun buku di tangannya terlepas. Nasib mata dia perasan masa Aufa nak melangkah keluar. Terus dia paut pinggang Aufa. Akhirnya, dua-dua jatuh macam cempedak busuk.  Namun dalam diam, senyuman di bibir Zikri melebar.

                “Adoi… kenapa malang sangat nasib saya ni?” gumam Aufa. Tubuh yang dah landing elok atas badan encik suami dibangunkan.

                Tetapi terasa pinggangnya kemas dipeluk Zikri.

                “Lepaslah. Awak nak tidur dalam bilik air ke apa?” bebel si Aufa.

                Zikri tersenyum sambil kenyit mata.

                Oh My G! Miang okey encik ustaz ni.

                “Tadi kata abang busuk kan?” usik si suami.

                “A’ah. Jadi?”

                “Jomlah mandi. Kita berdua pun dah basah.”

                “What?”

                Zikri terus melepaskan pautan. Dia bangun walaupun terasa sengal di badan. Pili shower di buka dan shower dihalakan ke arah mereka berdua.

                Mata Aufa terbeliak. Oh my! Gugur jantung! Dah macam filem Hindustan! Madah kau pak ustaz!

***
Aufa menarik comforter hingga ke paras dada. Baring membelakangkan Zikri yang baru sahaja selesai berborak dengan sepupu sepapat. Sebenarnya masih terlalu awal untuk dia tidur. Lihatlah. Jam baru menginjak ke angka 12. Dulu masa bujang-bujang, pukul 2,3 pagi baru tidur. Itu pun lepas mengadap muka Lee Min Ho dalam laptop. Selagi tak habiskan episode Heirs tu memang dia tak boleh tidur.

                Jantung Aufa dup dap semacam. Adui… aku tak biasa dengan semua ni. Dulu dengan Haizal tak macam ni. Maybe sebab cinta monyet kot. Eh Haizal lagi! Ya Allah Aufa,Aufa! Haizal dengan Zikri itu berbeza!

                “Aufa dah tidur?” tanya encik suami.

                Aufa menggigit bibir. Alamak apa nak jawab?

                “Fa…tak baik tidur membelakangi suami,” suara gemersik Zikri kedengaran.

                Aufa gugup. Perlahan-lahan dia membalikkan tubuh menghadap Zikri.

                “Sorry…”

                “It’s okay.”

                “Saya tak biasa.”

                “Abang pun tak biasa.”

                “Zikri…”

                “Abang. Panggil saya abang.” Pinta Zikri. Dulu dia berangan kalau dia ada isteri, dia nak isteri dia panggil dia abang. Dan sekarang. Bila Aufa dah sah jadi milik dia, mestilah dia nak Aufa panggil dia dengan panggilan istimewa itu.

                Aufa menggigit bibirnya. Deruan nafasnya terasa sesak tiba-tiba. Aura Zikri terlalu kuat sehingga dia terasa ingin bermain dengan dada Zikri! Ehem!

                “Aabang…” panggil Aufa lembut.

                “Hmm…” Dada Zikri turut dup dap dup dap. Dia lelaki. Aufa perempuan. Memang rasa awkward. Patutlah dia dididik supaya menjaga pandangan. Lihatlah sekarang. Walaupun dia tidak memandang Aufa, tetapi jarak dekat antara mereka sudah pun membuatkan jiwa lelakinya bergelora hebat.

                “Kenapa pilih saya sebagai isteri awak?” tanya Aufa terus. Dia betul-betul nak tahu kenapa tiba-tiba Zikri memilih dia sebagai isteri. Kenapa tak pilih wanita-wanita Arab? Wanita-wanita Mesir?

                “Dah jodoh.” Mudah sahaja jawapan Zikri. Walaupun dalam hati nak cakap saya cintakan awak dari kali pertama saya jumpa dengan awak. Awak pun dah muncul dalam mimpi saya.

                “Tak mungkin sebab itu aje.”

                Zikri baring menghadap Aufa. Kini mereka berdua bertentangan antara satu sama lain. Debaran di dada dah macam bunyi kompang di palu.

                “Kenapa Aufa terima abang?” kali ini giliran Zikri pula yang bertanya.

                “Sebab papa yang jodohkan kita berdua. Papa minta saya kahwin dengan awak lepas saya putus tunang. Dia nak saya jadi budak baik,” naïf jawapan yang Aufa berikan. Sedikit pun pandangan matanya tidak memandang Zikri. Dia melarikan matanya daripada berpandangan dengan Zikri.

                Zikri tersenyum. Dagu Aufa dipagut meminta supaya Aufa memandangnya tepat. “Look at me.”

                Aufa ketap bibir malu.

                “Look at abang,Fa.”

                Aufa memandang suaminya tepat. Minta oksigen!

                Zikri memberikan senyuman untuk isterinya. Tangan kanan bermain dengan rambut Aufa yang hitam beralun itu. Cantik. Isterinya cantik tanpa hijab. Kalau pakai hijab lagi nampak gorgeous.

                “I dream about you.” Cerita Zikri.

                “You dreaming me?” Aufa sedikit terkejut.

                “I don’t know why? Maybe Allah nak bagi pertunjuk yang jodoh abang dah sampai.”

                “Then?”

                “I propose you. Met your father and I asked him by myself to have a relationship with you. Dia izinkan since masa tu you already broke up with Haizal. That’s why abang terus minta umi pinangkan Aufa untuk abang. Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya. So here we are…as a husband and wife.”

                Aufa terkelu. Dia pinang aku selepas dia dapat mimpi tentang aku? Wah!

                “Abang pernah bercinta?”

                Zikri menggeleng.

                “Abang pun tahu kan Aufa pernah ada hubungan dengan…”

                “Syuhh… don’t call his name anymore. He’s nothing with you now. Let by gones be by gones. Kita bukak buku baru. Only you and me. And insya-Allah our children,” gemersik suara Zikri membuatkan Aufa tergoda. Oh My G!

                “Abang…”

                “Hmm…”

                “I will try my best to be a good wife. I will love you with all my heart. Give me a space to adapt with our new relationship. I know it’s hard and hurting you. But, sometimes we need to be hurt in order to grow. Honestly I said, I already fell in love with you just now,” lembut suara puan isteri. Amboi, kalau time aura singa betina dia keluar, memang tak boleh nak disangkal!

                “Just now?” sedikti pelik soalan Zikri.

                “Yeah. Bila abang melafazkan qabul, hati Aufa tekad setia untuk abang. Insya-Allah sampai jannah. Bila Aufa salam abang, baru Aufa dapat ketenangan yang tak pernah Aufa rasa sebelum ni. There is no greater feeling than finding that special person to spend the rest of your life with. Aufa harap dalam ni. Dekat sini…” Aufa pegang dada Zikri.

                “Ada terukir nama Aufa…” sambung Aufa sambil tersenyum.

                Wah Aufa. Layan jiwang karat pulak kau nyah!

                Zikri ketawa kecil. Dia tarik tangan kanan Aufa yang berada di dadanya. Dibawa tangan itu ke bibir lalu dikucup lembut. “Uhibbuki ya habeebati.”

                Aufa tersenyum pelik. “What was that?”

                Zikri sengih nakal. Dia mendekatkan bibirnya dengan dahi Aufa. Sebuah kucupan hinggap di dahi Aufa. “I…”

                “Love…” ciuman singgah di pipi kiri.

                “You…” seterusnya di pipi kanan.

                “Darli…”

                Bibir Aufa dikucup kejap.

                Aufa terpanar. Zikri pula sudah sengih sampai ke telinga. “Good night sayang. I won’t bothering you tonight. Malam esok tak janji okey? Sleep tight. Assalamualaikum.”

                Zikri pejam mata dengan postur baring menghadap Aufa.

                Aufa ketawa kecil. Pelik dengan tingkah si suami yang memang pelik? Wajah Zikri yang sudah memejamkan mata direnung. Dari anak rambut, dahi, hidung dan pipi. Semuanya ditelaah. Amboih!

                “Tidur Fa. Kalau tak abang tak kasik Fa rehat malam ni?”

                Aufa sengih. “Laa belum tidur ke? Ingatkan dah tidur tadi,” gurau si Aufa.

                “Fa tidur Fa..” Zikri langsung tak buka mata. Dia takut dia ubah fikiran dan tak izinkan Aufa ‘rehat’ malam ini.

                Aufa ketawa melihat muka Zikri yang serius tiba-tiba. “Malam ni kita rehatlah ye?” semakin giat pula si Aufa mengusik.

                “Fa, abang tak main-main t….”

                Zikri terkedu bila pinggangnya dipaut Aufa. Kepala Aufa benamkan ke dadanya. Erat pelukan itu seakan tidak mahu dilepaskan.

                “Good night abang. Our life-lessons-husband-and-wife starting tonight. Will love you…abang.” Ucap Aufa manja.

                Tersenyum Zikri bila mendengar perkataan will itu. Hailaaa isteri…menggoda betul. Nasib iman kuat. Haih! Hep! Hush! Ehem!

***

Zikri : I will hold you up when you can't stand. I will wipe away the tears when you cry. I will fight for you when you give up. I will love you forever and ever sayang. You melted my heart. You locked your name in my heart. You capture my soul until I lost in your embrace. Freakly, you are another world that giving me a lot of flower love. Thank you sayang!

Aufa : You knew how to tackle my heart. You knew how to make me smile. You are the rainbow in my life. Colouring our marriage episode with different side of you. Always make my day with different surprise. We talked like best friends and flirt like jerry and tom but we know how to persuade each other. Thanks for what you had given to me. Love,guidance,happiness and children. My heart is and always will be yours!

Both : May Allah bless us and our relationship till Jannah!


TAMAT!

               




# Assalamualaikum. Thank you for reading. Dah lama blog ni tak updated. Jadi saya copy semula cerita yg pernah saya post suatu masa dahulu di blog lama dgn tajuk Bila Aku Jatuh Cinta. Memang pendek gila cerpen ni dan saya pun xde mood nak kembangkan. Sekadar paste semula utk meriuhkan blog kecil ini. Hihi. So seandainya ada kesalahan, ada terkasar bahasa, saya mohon ampun dan maaf sangat-sangat. Entah bilalah saya akan kembali menulis walaupun naluri menuntut utk meluahkan cerita. Ehehe! Sejujurnya, saya menulis hanya bila ada kelapangan. :D :D Terima kasih sudi singgah & baca blog kecil & buruk ini. :D :D :D 

6 comments:

Anonymous said...

meltinggg *muka senyum mata love*

memandangkan cik writer dah cakap tak nak kembangkan... tapi citer ni sodap mcm eskrimm vanilla. huhu. lagi best kalau smbung. huwaaa...

btw, zikri tu jiran aufa ek? yelaa... camne dorg kenal? takde lam plot camne dorg kenal. haha.

kbai.

Anonymous said...

Alaa kenapa pendek sangat baru nak feeling. Cerpen akak mmg best! kalau kembangkan lagi memang tiptop lah hihihi

Isla said...

terima kasih for your comment. this story was so so so short. x sedar apa pun masa taip. maaf atas segala kekurangan. Hope u guys enjoy

Sekut Marieee said...

Im dying kalau ade husb mcm tu

Massy said...

Oh god. So sweet😂

Anonymous said...

So sweet (。♥‿♥。)