Friday, 13 March 2015

Be the One [Part I]




MATA Natrah menyorot memandangnya. Tepat.  Segala gerak gerinya menjadi perhatian bola mata Natrah. Natrah melemparkan senyuman kepadanya saat mata mereka terpaut. Gulp! Oh Natrah cair. Homai! Dengan dimple yang dalam. Senyuman yang sentiasa menggetarkan hati Natrah. Confirm Natrah tak nak lepas dari dia. Dia melangkah mendekati Natrah. Setiap langkah yang diambil membuatkan wavelength di hati Natrah semakin pendek.

                Dia. Mohd Zafrel Alif bin Mohd Yunus. Buah hati Natrah. Rindu kasih Natrah. Belahan jiwa Natrah. Dialah partner the best Natrah. Tak padan dengan anak guru mengaji, Natrah tetap juga bercouple dengan dia. Nak buat macam mana? Hati dah suka. Tak boleh nak tolak. Inilah dia Zafrel a.k.a Natrah’s boyfriend. Lelaki hot stuff dekat sekolah. Seorang penolong ketua pelajar. Seorang komander dalam unit pasukannya. Seorang pengawas yang berdedikasi. Seorang pemain hoki yang hebat. Seorang pemain bola keranjang yang selalu dapat NAIB JOHAN. Seorang atlet sekolah yang Natrah rasa sangat-sangat awesome dengan pakej muka yang macho berserta akademik yang cemerlang. Bukan senang nak jumpa yang begini okey!

                “Hi!” tegurnya saat berdiri tegak di depan Natrah. Dengan senyuman melebar, lesung pipit menghiasi wajahnya. Ohh… Natrah cair!

                “Hi! Lama lagi ke awak training?” soal Natrah pula dengan senyuman tersungging di bibir. Manis sekali.

                Zafrel pegang dawai berkawat yang berada di antara mereka, menjadi pemisah antara Natrah dan dia. Zafrel di dalam gelanggang hoki. Natrah berada di luar gelanggang. Melihat Zafrel training hoki.

                “Tak. Dah habis training dah pun.”

                “Awak dah makan ke?”

                Zafrel angguk. “Awak?”

                “Dah.”

                “Awak baru datang ke?”

                “Yup.”

                “Balik dengan saya ke?”

                “Yup.”

                “Awak tunggu kat pondok ICT. Saya tukar baju kejap.” Beritahunya sambil mengelap peluh yang membasahi wajahnya. Nampak sangat mengancam.

                Natrah angguk dengan senyuman. Dengan jersey hoki tanpa lengan, jelas menunjukkan lengan Zafrel yang berotot. Ohh! Dia hero lelaki Melayu idaman gegurls dekat sekolah, tapi sayang… Natrah juga yang dapat tackle hati Zafrel Alif.

                “Zafrel…” panggil Natrah apabila Zafrel mula berpaling.

                “Hmm?” Zafrel memandang Natrah pelik. Wajah polos dihadapannya itu dipandang penuh rasa.

                “You look sexy with that shirtless.” Statement  tanpa cover serta merta keluar dari bibir Natrah.

                Zafrel gelak besar. Patutlah orang cakap Rabiatul Natrah ni pelik. Mak aje guru mengaji, tapi genes-inheritance-baik- Mak Cik Salina tidak ada pada Natrah. Mulut Natrah main keluar sebut je. Zafrel kembali berdiri di depan Natrah. Dia letak tapak tangannya di dawai berkawat itu, kemudian dahinya pula menyentuh dawai berkawat. “Sini jap,” katanya.

                Natrah turutkan jua. “What?” Tanpa rasa malu mahupun bersalah. Sebab kenyataannya, Zafrel memang seksi di matanya!

                “Kalau nak tengok saya lebih sexy dari ni, lepas kahwinlah.”

Natrah jegilkan biji mata. Cet, siot punya ayat, desis Natrah. Meletus tawa mereka berdua.

 ***



“ZAFREL nak ke mana tu?” pertanyaan Encik Mohd Yunus menghentikan langkah Zafrel. Zafrel berpaling sekilas memandang ayahnya yang sedang duduk di ruang tamu. Dari roman wajah ayahnya, Zafrel tahu apa yang mahu dibahaskan. Dia menggosok belakang kepala perlahan.

                “Sini!” tegas suara yang dikeluarkan Encik Mohd Yunus.

                Mahu tak mahu, Zafrel dekati juga ayahnya. Ibu mudanya menundukkan wajah apabila Zafrel memberikan jelingan.

                “Nak pergi mana?” tiga payah ayat yang mudah tetapi mendatar bunyinya.

                “Makan.”

                “Kalau nak makan, tak payah keluar rumah. Ibu dah masak banyak lauk kat dapur tu. Chacha panggil turun makan kenapa tak turun? Tahu tak sekarang dah pukul berapa? Nak keluar makan buat apa? Sepatutnya sekarang ni dah siap makan. Belajar kat atas.” Panjang lebar bebelan Encik Mohd Yunus. Semenjak isterinya pertamanya meninggal, perangai Zafrel semakin menjadi-jadi. Kalau biadap dengan dia tak mengapa, dia masih boleh pujuk hati tuanya sendiri. Tetapi kalau dah biadap dengan isteri mudanya, memang dah melampau. Perangai yang satu je yang selalu buat Encik Mohd Yunos meletuskan larva gunung berapi.

                Chacha, adik tiri Zafrel yang sedang membuat homework terus mengemas alat tulisnya lalu bergerak masuk ke dalam biliknya. Takut dengan ayah tiri sendiri. Isteri kedua Encik Mohd Yunus, Puan Anida duduk terkulat-kulat memandang suaminya.

                Zafrel memandang wajah ayah dan ibu tirinya dengan selamba. “Zafrel tak ada ibu. Masakan ibu tiri dengan masakan emak sendiri berbeza. Tekak Zafrel cuma boleh telan masakan emak Zafrel sendiri.” Pedas dan berbisa sekali jawapan Zafrel.

                Encik Mohd Yunus ketawa sinis. “Boleh telan masakan emak sendiri konon. Yang pergi makan luar tu bukan ke orang lain yang masak?” Dia memulangkan paku buah keras.

                Zafrel menjeling ibu tirinya sekilas. “Sekurang-kurangnya tukang masak luar tak ada niat nak bunuh pelanggan sendiri.”

                Tersirap darah Encik Mohd Yunus. Pipi Zafrel ditampar kuat.

                Terpanar Puan Anida.

                Zafrel terkelu.

                “Selama ni macam gini rupanya tanggapan kau pada ibu? Kau tahu tak betapa penatnya ibu sediakan makan untuk kita semata-mata nak kita dua beranak kenyang. Tapi macam gini kau buat dia?” lantang suara ayahnya.

                Zafrel tersenyum sinis. Semenjak ayahnya membuat ibunya terluka, dia memang tak pernah terima Puan Anida sebagai ibu tirinya. Puan Anida itu perampas!

                “Arel dah pernah cakap dengan papa yang Arel tak pernah suka perempuan  asing ni masuk dalam keluarga kita. Arel lebih suka hidup tak ada ibu daripada ada perempuan asing ni. Sebab perempuan nilah punca kenapa mak tak  ada!” tempelak Zafrel.

                “Zafrel!” tangan Encik Mohd Yunus naik tinggi ingin menampar tetapi sempat ditahan oleh Puan Anida.

                “Abang dahlah tu.”

                “Semenjak papa kahwin dengan perempuan ni, tangan papa laju je kan nak pukul Rel?” Zafrel menjeling ibu tirinya tajam. Sakit hatinya apabila ayah kandung sendiri memukulnya di depan perempuan asing ini.

                Mata Encik Mohd Yunus merah. Dadanya berombak kencang. Nasib ada isteri mudanya yang memujuk.

                “Zafrel kalau nak makan kat luar, Arel makanlah. Tapi jangan balik lewat sangat. Awak kan nak exam.” Kali ini suara Puan Anida pula yang mencelah.

                Zafrel terus berpaling. Buat endah tak endah je dengan pesanan ibu tirinya.
 ***

“BILA awak nak balik ni?” tanya Natrah. Mulutnya sudah menguap berulang kali. Jam sudah menginjak ke angka 11.30 malam. Kedatangan Zafrel ke rumahnya membuatkan dia terkejut. Tapi dia faham sebab mengapa pakwe dia jadi macam ni. Nasib ayah dia izinkan Zafrel melepak di sini.

                “Malaslah nak balik.” Tanpa perasaan Zafrel menjawab. Mata ralit membaca buku chemistry milik Natrah. Wajah Natrah yang comel dengan T-Shirt long sleeves dan seluar kartun-kartun dicuri pandang.

                “Habis tu kalau malas nak balik awak nak tidur kat mana? Saya dah mengantuk ni.”

                “Saya tidur sebelah awak tak boleh ke?”

                “Mwo?” keluar loghat Korea Natrah.

                Tersengih Zafrel. Saja mahu menyakat. “Saya tumpang tidur rumah awak tak boleh ke?”

                “Tak boleh. Esok kan sekolah.”

                “Alah, esok pepagi saya baliklah.” Buku chemistry diletakkan di atas meja.

                “Gila ke apa?”

                “Nat, pleaselah. Saya tak nak balik rumah tu.”

                Natrah mengeluh. Selendang yag tersarung tanpa pin itu dibetulkan. “Jahat sangat ke ibu tiri awak tu sampai awak tak nak balik? Kan tadi sebelum awak keluar dia dah pesan suruh balik awal.”

                “Muka tak jahat. Tapi hati dia jahat.” Selamba je Zafrel jawab

                Natrah menggeleng. Dia faham kenapa Zafrel tak boleh nak terima ibu tirinya. Kalau dia berada di tempat Zafrel pun dia tak mungkin dapat terima.

                “Zaf, boleh tak kalau awak cuba berbaik dengan ibu tiri awak? Walau macam mana benci pun awak terhadap dia, dia tetap ibu awak. Walaupun awak tak keluar dari rahim dia, tetapi dia itu seseorang yang perlu awak hormati kerana dia isteri ayah awak. Saya tahu awak marah dia. Tapi berilah dia peluang untuk jadi ibu awak,Zaf. Hah lagi satu, kita ni nak SPM tau. S.P.M. Awak tahu tak salah satu faktor kita nak berjaya, kita kena buat baik dengan semua orang. Terutama mak ayah kita. Saya minta satu je dari awak. Tolonglah buat baik dengan ibu tiri awak. Walaupun awak rasa geram, tetapi sekurang-kurangnya, mulut awak tu jangan melawan cakap dia. Jangan buat dia kecil hati.”

                Nasihat panjang lebar dari kekasih sendiri membuatkan Zafrel terkelu. Ada benarnya juga apa yang dikatakan Natrah. “Awak ni kalau membebel sama macam  arwah mak saya. Tak habis-habis suruh saya buat baik dengan perempuan asing tu.”

                “Zaf, she’s your mother.”

                “Correction. Step mother!”

                “Okay. Whatever. Tapi tolonglah… tolonglah… dengar cakap saya. Buat baik dengan papa dan ibu awak. Demi masa depan awak juga. Kalau dorang tak redha dengan awak, Allah pun tak redha dengan awak tau.”

                Hah, nilah masalah kalau bercouple dengan anak guru mengaji, Zafrel kadang-kadang naik tuli bila asyik dapat tazkirah percuma dari Natrah. Malu pun ada bilamana dia seorang lelaki jahil dengan ilmu agama.

                “Awak sengaja cakap macam ni supaya saya blah ke apa?” kunci kereta dicapai lalu Zafrel bangkit dari duduknya.

                Terkejut Natrah. Dia cuma beri nasihat je. Tapi tak sangka yang Zafrel kecil hati.

                Zafrel sudah memulas tombol pintu rumah Natrah.

                “Zaf,sorry.” Ucapan Natrah mematikan langkah Zafrel.

                “It’s okay. I’m fine.” Mulut je cakap lain tapip dalam hati, dia terkilan dengan Natrah sebab Natrah tak pernah faham bagaimana perasaannya bila ada ibu tiri. Zafrel terus meluru keluar dari rumah tanpa sempat pamitan dengan ibu bapa Natrah.

                “Hati-hati bawak kereta memalam macam ni.” Sempat Natrah memesan sebelum Zafrel masuk ke perut kereta.
***

SEMUA pelik bila tahu Zafrel dan Natrah bercinta. Siapa yang tak pelik bila Natrah seorang pelajar yang ala-ala ustazah, bercinta dengan lelaki buta huruf jawi macam Zafrel. Mana sesuai. Semuanya rasa Natrah buang tebiat. Tapi ada mereka kesah? Dah mereka saling sama cinta. Nak buat macam mana? Kan? Puppy love katanya.

                Sewaktu Zafrel dan Natrah sedang perah otak jawab soalan Add Math yang Mister Teo bagi, Natrah curi-curi pandang Zafrel. Smart and brilliant. Tengah belajar pun nampak handsome sioooottt.

                “Kenapa tengok saya macam nak makan?” tanyanya.

                Natrah tersentak. Tak tahu pula yang Zafrel perasan.

                “Awak…” panggil Natrah manja.

                “Hmm…apa? Ada masalah ke?” Zafrel berhenti menjawab soalan kertas Add Math. Mata hitamnya memandang Natrah tepat. Natrah kalau dah bunyi suara merdu manja macam ni mesti ada apa-apa. Suka sangat goda! Cet!

                Natrah geleng kemudian tayang sengihan seposen.

                “Habis tu kenapa tengok saya?”

                “Awak handsome sangat.”

                “Ceh! Gediknya ayat dia.”

                Meletus tawa mereka berdua. Keserasian antara mereka berdua memang orang tak nampak sebab Zafrel dan Natrah memang tak show off depan rakan-rakan sekolah. Panggil kau aku la. Panggil beruk mangkuk la kekadang. Jadi orang memang tak dapat nak detect mereka bercinta. Tapi kalau dah 12 jam dok lekat je, confirm la kantoi. Cukuplah keserasian mereka itu hanya mereka yang merasai.

                “Siapkanlah homework tu cepat. Nanti dah siap, boleh balik awal. Awak temankan saya sampai tangga,” kata Natrah apabila tawa mereka terhenti. Dia kembali menyambung menyelesaikan soalan Add Math. Dah dapat mood. Saja je nak release tension sekejap.

                “Awak buatlah. Saya tengok. Lagi pun saya penatlah. My brain can’t bear it anymore,” dalih Zafrel. Dia sudah bosan menghadap latihan. Memang penat pun. Dari pagi sampai ke petang. Mahu tak penat? Pecah otak wo!

                Natrah senyum kecil. Inilah Zafrel. Tidak banyak bercakap. Bercakap bila perlu. Tapi dari mata Natrah, dia boleh tahu apa yang Zafrel mahu sampaikan. Zafrel lebih suka dengar dia membebel dari mencelah setiap apa yang dia katakan.

                Mata Zafrel tiba-tiba tertacap pada buku yang terletak di atas beg sandang Natrah. Terus tangan Zafrel mencapai buku itu. Syabab?

                “Syabab?” bisiknya sendiri.

                Natrah  angkat kepala memandang Zafrel. Dahinya berkerut seolah-olah bertanya kepada Zafrel ada apa-apa masalah ke?

                “Best ke?” tanya Zafrel seakan berminat.

                “When you looked at this book, what you expect?” soal si Natrah pula. Kalau Zafrel minat, syukur sangat.

                “Err, obviously not about romance I guess.”

                “Yup.”

                “Err, it may sound asshole if I wanna read this book Nat.”

                Natrah gelak. “Hey, who says? Baca jelah. Tak asa siapa nak marahlah. Saya bagi awak pinjam. Nak tak?”

                “Boringlah Nat.” Melihat keterujaan Natrah yang sudi meminjamkan buku, Zafrel pasti Natrah menyuruh dia untuk baca buku ini. Tapi Zafrel bukan ulat buku!

                “Try it or you will miss something on it?” Natrah cuba memprovok Zafrel.

                “Apa? Cuba tell me?” Zafrel bulatkan mata dan menopang dagu memandang Natrah.

                Natrah ambil test-pad lalu digulung, kemudian dia ketuk perlahan dahi Zafrel. “Mengada ek buat muka comel macam tu?”

                Zafrel buat muka annoying. Kerutkan muka dan hidung. Gaya gedik seorang perempuan yang tak sesuai langsung dimainkan oleh Zafrel.

                Natrah ketawa kecil. Mengada!

                “Syabab Musafir Kasih karya Fatimah Syarha. Dia seorang pendakwah bebas. My mom really like her. She give an inspire to my mom a lot,” ulas Natrah sedikit ringkas.

                “Okay. So this story about what? What is the meaning about syabab?”

                “Syabab means pemuda in bahasa Arab. Buku ni more to motivate ourself. Dalam ni, Fatimah Syarha cuba menyampaikan mesej kepada insan-insan bergelar pemuda yang kini kian hanyut dibuai arus duniawi. Mutiara-mutiara ilmu dan semangat banyak diselitkan dalam setiap baris karya dia. Kalau awak nak pinjam, saya bagi. Tapi kalau tak faham, tanya. InsyaAllah saya boleh terangkan.”

                Beria-ria Natrah mempromosikan buku Syabab supaya Zafrel baca. Zafrel herotkan bibir ke kiri dan ke kanan. Berfikir sejenak.

                “Okay. I take it. Kalau saya tak faham saya tanya awak. Awas kalau tak best. Saya gigit awak!” gurau Zafrel sambil ketawa.

                “Eh gigit saya? Berani ke awak?” balas si Natrah selamba.

                “Berani je! Awak tu kan selalu kalah dengan saya!” Zafrel mencebik. Yelah, Natrahkan pantang kalau Zafrel tayang muka comel, selalu mengalah!

                “Eh eh. Don’t you dare to bite me! Because I will bite you after halal. Understood?”

                “What?” mulut Zafrel sedikit terlongo dengan mata membuntang. Boleh tahan jugak awek aku ni. Tak padan dengan tittle yang disandang. Mulut tu aku cium karang! Selamba je cakap.

                Natrah tekup mulut sendiri. Memandai je cakap! Eee! Apa ni! Lalu Natrah tersengih.

                "Nak kahwin dengan saya ke?" Zafrel angkat kening. Bbibir tersungging dengan senyuman nakal. Membayangkan Natrah datang kepadanya dengan langkah yang menggoda.

                Natrah menundukkan muka. Malu. Pipinya juga terasa panas. Bibir tersenyum.

                "Senyum tu tandanya dah ready lah tu nak jadi isteri saya kan? Hmm... nanti lepas SPM saya datang merisik ya,sayang?" Zafrel menyakat Natrah lagi. Ketawa lepas dari bibirnya. Suka melihat rona wajah Natrah yang sudah pink.

                I believe you came into my life to show me what love really means, Nat. You've made my routine day become more meaning. Kata Zafrel di dalam hati.
               ***

BEBERAPA BULAN SELEPAS SPM…

                Zafrel membuang sisa makanan ke dalam tong sampah. Kemudian pinggan kosong yang sudah dicemari sisa kotoran makanan diletakkan di dalam singki. Tangannya lincah membuat itu dan ini. Selepas tamat persekolahan, dia terus cari kerja. Sudah sebulan dia kerja di KFC. Puas cari kerja yang lebih meringankan, tapi banyak yang tak dapat. Jadi kerja ini sajahlah dia dapat. Kerja apa-apa jelah, asalkan halal. Lagi satu, mana ada kerja yang senang untuk buat duit. Ya dak? Nak tak nak, dia kerja juga walaupun rutinnya sangat memenatkan.

                Sedang tangannya membasuh pinggan, telefonnya berdering. Cepat-cepat tangannya dibasuh bersih. Kemudian Nokia miliknya dikeluarkan dari poket. Zafrel memandang kiri kanan. Takut ada yang memerhati.

                “Eh?” dahi Zafrel berkerut pelik apabila nombor telefon Mak Cik Salina, ibu Natrah yang terpapar.

                “Assalamualaikum.” Zafrel terus memberi salam sebaik sahaja menjawab panggilan.

                “Waalaikummusalam. Arel…” suara dihujung talian sana kedengaran sedikit lirih.

                “Ada apa ya mak cik call Arel ni?” tanya Zafrel. Terkejut juga dia apabila bakal mak mentua menelefonnya tiba-tiba

                Mak Cik Salina sudah menangis teresak-esak. Jelas tangisannya meruntunkan.

                “Mak cik, kenapa ni?” berdebar juga dada Zafrel. Pelik apabila tangisan Mak Cik Salina semakin mendayu-dayu.

                “Hello Arel!” suara Pak Cik Osman pula mengambil alih.

                “Ya pak cik.” Jawab Zafrel. Dalam hati sudah tertanya-tanya mengapa Mak Cik Salina tidak dapat bercakap dengannya malah, Mak Cik Salina menangis.

                “Arel, pak cik harap Arel jangan terkejut ya dengan apa yang pak cik nak bagitahu ni.”

                “Insya-Allah tak pak cik. Kenapa ni?”

                “Arel, Natrah dah tak ada.”

                Bagaikan halilintar yang membelah bumi. Zafrel bagaikan terhenyak. Apa ni?

                “Apa maksud pak cik?” soal Zafrel seakan tidak memahami apa yang disampaikan oleh Pak Cik Osman.

                Suara Pak CIk Osman dihujung talian sudah serak dan kedengaran nafasnya dihela perlahan. “Anak pak cik, Natrah dah tak ada Zafrel. Dia dah meninggal satu jam yang lepas.Accident.”

                Mata Zafrel membuntang. Telefon dipegangan terlepas. Air matanya tumpah. Mulutnya ternganga mengeluarkan hela nafasnya.

                “Zafrel apsal ni?” tanya rakan sekerja Zafrel. Dia menepuk bahhu Zafrel perlahan.

                Zafrel memandang rakan sekerjanya dengan pandangan yang berbalam. Air jernih bergenang di kelopak mata. Tidak tahu bagaimana mahu meluah rasa yang dia hadapi sekarang ini.

                Zafrel terus keluar dari kitchen. Dia mengambil kunci motor dan barang-barangnya. Laju saja kaki melangkah meninggalkan tempat kerja.

                “Zafrel! Kau nak pergi mana?!” jerit Sufian kawan Zafrel apabila melihat Zafrel berlalu pergi dengan apron dan pakaian kerja.

                “Kenapa tu dengan kawan kau?” tanya seorang lagi teman sekerja. Dia menghulurkan telefon bimbit Zafrel kepada Sufian. “Ni, mamat tu blah lepas dapat panggilan dari sapa tah. Macam berita sedih je. Menangis kot kawan kau tu.” Tambahnya lagi.

                Sufian memandang nama yang terpapar di skrin telefon. Mak Cik Salina?

 ***

ZAFREL terus pergi ke belakang hospital. Tempat di mana Natrah berada. Melihat ada susuk tubuh yang dia kenali, langkah Zafrel semakin perlahan. Keluarga Natrah. Melihat stracher yang ditutupi dengan plastic hitam membuatkan jantung Zafrel dilanda debar yang tidak bertepian. Dia cuba menguatkan semangat.

                “Mak cik.” Panggil Zafrel apabila melihat tubuh gempal itu menunduk sambil mengesat air mata. Seluruh ahli keluarga Natrah sudah berendam dengan air mata. Mak Cik Salina mendongak. Kemudian kepalanya tergeleng. Dia menangis lagi.

                Pak Cik Osman memegang bahu Zafrel. “Pergilah tengok dia untuk kali yang terakhir.” Serak suara itu menuturkan. Sebak yang tidak dapat ditahan, air mata lelakinya jatuh. Pak Cik Osman terduduk di sisi isterinya. Hanya Allah yang tahu perasaannya apabila menerima panggilan dari pihak polis bahawa anaknya meninggal kerana kemalangan.

                Plastik hitam diselak perlahan. Melihat anak rambut Natrah yang keluar dari anak tudung membuatkan  jantung Zafrel seakan mahu terhenti.

                “Nat…” panggil Zafrel. Matanya tidak dapat menampung empangan air jernih. Zafrel menangis pilu. Wajah yang dilumuri darah itu dipandang lama.

                “Nat…” panggil Zafrel lagi. Berharap aka nada suara merdu itu menjawab. Bibirnya terketar-ketar. Tubuhnya menggigil. “Nat bangun Nat.” Ucap Zafrel lagi.

                Sepi.

                Hanya kedengaran tangisan keluarga Natrah.

                Zafrel terus terduduk di depan stracher. Air mata lelakinya tumpah dengan laju. Dia menangis teresak-esak.Ya Allah, dugaan apakah ini? Kenapa kau bawa dia pergi dari hidupku Ya Rabbi?

                Natrah… kenapa tinggalkan aku? Lirih Zafrel di dalam hati. Dia sudah menopang dagu dengan kepala lutut untuk menutupi kesedihannya. Tetapi air mata mengalir  selaju-lajunya. Terbayang wajah Natrah yang tersenyum kepadanya. Terngiang-ngiang suara Natrah berkata mesra dengannya. Segala tingkah laku Natrah bermain di matanya.

                “Syuhhh… Arel…” usapan lembut di bahunya membuatkan Zafrel mendongak.

                Puan Anida cuba mengukir senyuman untuk anak tirinya biarpun air matanya tumpah. Tangannya naik mengusap rambut Zafrel. “Ibu ada,nak.” Bisik Puan ANida lembut.

                Zafrel tidak tahu apa yang harus dia katakan. Yang dia perlukan sekarang ialah sokongan. Terus tubuh kurus Puan Anida dipeluk. Wajahnya disembamkan di dada Puan Anida. Tangisannya tiada henti. Teresak-esak.

                “Nat dah tak ada. Orang yang aku say…” ujaran Zafrel terhenti. Dia tersedu-sedan. “dah tak ada…” hanya luahan itu yang dapat diucapkan.

                Suasana di luar bilik mayat menjadi hening. Suara tangisan duka kedengaran. Cuaca menjadi mendung. Menandakan hujan akan menimpa bumi. Seakan-akan turut berduka atas kehilangan insan yang bernama Nurul Natrah Binti Osman.
 ***

AIR mata seakan kering. Melihat tubuh yang sudah dikafankan memberi seribu satu rasa dalam hatinya. Bacaan Yasin yang dialunkan menambah kedukaan di hatinya. Esakan dari teman-teman sekelas dengan arwahyarhamah Natrah menyedarkan Zafrel bahawa tubuh kaku di depannya ini ialah Natrah. Mata Zafrel hanya memandang satu persatu tingkah rakan-rakan Natrah yang mencium dahi Natrah. Seakan mengikhlaskan kepergiannya.

                Setitis air mata Zafrel tumpah saat melihat ibu tirinya mencium dahi Natrah buat kali yang terakhir.

                “Arel…ikhlaskanlah kepergiannya.” Bisik abang Natrah, Saifudin. Hatinya juga sedih akan kepergian adik tercinta. Dia juga turut bersimpati dengan Zafrel kerana dia tahu betapa sayangnya Zafrel terhadap Natrah.

                Zafrel membisu. Wajahnya memerah menandakan dia sedang menahan tangisan. Sudah terlalu banyak air matanya keluar. Sungguh dia tidak sekuat yang disangka. Matanya terpejam rapat dan setitis lagi air matanya tumpah.

                ‘Nat, aku cintakan kau Nat. Aku sayangkan kau. Tapi ternyata, Allah lebih sayangkan kau Nat. Terima kasih sebab ajar aku erti sebuah cinta dan rindu. Terima kasih kerana pernah jadi sebahagian dari hidup aku biarpun kau belum halal untuk aku. Terima kasih kerana menjadi mentari yang menyinari hidup aku. Sama seperti arwahyarhamah bundaku. Susah Nat untuk aku lepaskan kau. Tapi sebab aku sayang kau, aku ikhlaskan kepergian kau Nat.  Semoga kau tenang di sana. Aku ikhlaskan. Aku ikhlaskan….’ Lirih suara hati Zafrel. Bergegar tubuhnya menahan tangisan. Dua tahun dia bercinta dengan Natrah. Dua tahun dia menyimpan angan untuk menyunting gadis itu sebagai bidadarinya. Tapi belum sempat Natrah menjadi halal untuknya, Allah telah membawa Natrah pergi jauh dari hidupnya.
***

“ZAFREL tak turun makan ke Nida?” tanya Encik Mohd Yunus. Melihat kerusi yang bertentangan dengan isterinya tidak berisi,tahulah dia Zafrel tidak turun makan.

Sudah dua hari anaknya mengurungkan diri di dalam bilik. Risau juga dia dibuatnya. Sudahlah dari hospital hingga ke majlis pengebumian Zafrel tidak banyak bercakap. Masih bermurung atas kematian Natrah. Bukannya dia tidak tahu Zafrel sangat-sangat sayangkan Natrah. Tetapi apakan daya? Mati itu tiba tak kira masa. Allah adalah sebaik-baik perancang.  Ajal, maut, jodoh dan rezeki semuanya ketentuan Allah. Aturan Allah itu jauh lebih baik daripada apa yang kita rancang. Kita cuma hamba-Nya yang kerdil.

Puan Anida menghela nafas berat. “Chacha cakap Zafrel tak nak bukak pintu langsung. Tak apalah, abang makan dulu. Biar Nida tengokkan Arel.” Puan Anida bangkit dari duduknya apabila selesai menuangkan segelas air untuk suaminya.

“Tak apa ke Nida?” soal Encik Mohd Yunus. Takut kalau-kalau Zafrel melukakan hati isterinya.

“Insya-Allah takkan ada apa-apa.” Puan Anida tersenyum lalu naik ke tingkat atas menuju ke bilik anak bujangnya. Dia menggunakan kunci pendua untuk masuk ke bilik Zafrel.

“Assalamualaikum…” ucap Puan Anida. Dia memandang sekeliling bilik Zafrel. Ini kali pertama dia masuk ke dalam bilik anak tirinya ini. Banyak gambar-gambar Zafrel dengan arwah emaknya. Begitu juga dengan gambar arwahyarhamah Natrah. Cantik bergantung di dinding bilik Zafrel.

“Arel…” panggil Puan Anida lembut. Dia mendapatkan Zafrel yang sedang duduk di atas katil sambil memeluk lutut. Wajahnya sedikit pucat dan serabai.

Puan Anida melabuhkan punggung di sisi katil.

“Kau nak apa?” tanya Zafrel dengan penggunaan kata diri yang kasar.

Ya Allah, Kau berilah ketabahan buat anakku ini. Biar pun dia bukan dari rahimku, tetapi kau ubatilah luka dihatinya. Doa Puan Anida. Dia menyentuh lengan Zafrel.

“Mari turun makan,nak. Ibu masakkan sayur pucuk ubi masak lemak. Dah dua hari Arel tak makan. Mesti perut Arel lapar,kan?”

Zafrel memandang muka ibu tirinya tanpa perasaan. Tiba-tiba terngiang-ngiang suara Natrah di halwa pendengarannya.

“…. Saya minta satu je dari awak. Tolonglah buat baik dengan ibu tiri awak. Walaupun awak rasa geram, tetapi sekurang-kurangnya, mulut awak tu jangan melawan cakap dia. Jangan buat dia kecil hati.”

Wajah ibu tirinya dipandang lama. Kejam sangat ke aku terhadap dia selama ini Ya Allah? Mengapa dia masih melayaniku dengan baik? Muncul pula bayangan arwahyarhamah emak Zafrel di depannya.

“Mak?” Zafrel bertanya. Dia nampak emak dia sunguh-sungguh ke ni?

Puan Anida menahan sebak. Ya Allah… Zafrel bukan sahaja merindui Natrah tetapi juga dia merindui ibu kandungnya. Puan Anida mengukirkan juga senyuman. Anak muda di hadapannya ini sedang berhalusinasi mungkin.

Zafrel menitiskan air mata apabila emaknya memberikan senyuman kepadanya. Wajah yang berpakaian putih itu direnung dalam. “Mak, Nat dah tak ada mak.” Luah Zafrel.

Puan Anida menyeka air mata yang menitis di pipi Zafrel. “Zafrel… redha dan terimalah setiap ketentuan Ilahi itu dengan hati yang terbuka dan yakinlah susunan Allah sentiasa yang terbaik buat kita semua.”

“Tapi Arel tak sanggup mak. Hati Arel terluka sangat mak. Mak tinggalkan Arel. Allah gantikan Nat untuk hiburkan hati Arel. Sekarang Nat dah tak ada, siapa nak sayangkan Arel lagi mak?”

“Arel dah ikhlaskan dia pergi kan,nak? Tak baik buat Nat macam ni.”

Zafrel angguk.

“Hikmah Allah hilangkan orang yang kita sayang dari kita sebab Allah nak tunjukkan yang tak semua benda kita sayang tu milik kita sayang. Supaya kita belajar untuk meletakkan kebergantungan hanya pada Allah,nak. Walaupun perkara pahit menimpa, walaupun perkara menyakitkan menjenguk, walaupun perkara sedih datang menyapa. Walau perkara buruk sekalipun berlaku. Percayalah, akan ada manis di akhirnya. Ini dugaan untuk Zafrel. Bukan untuk Zafrel aje. Tetapi juga untuk keluarga Natrah.”

Zafrel menangis untuk kesekian kalinya. Wajah Puan Anida yang disangkakan ibunya dipandang lama. Kemudian dia memeluk Puan Anida. Menyembamkan wajah ke dada Puan Anida. Meminta sedikit kekuatan. Puan Anida tergamam. Sudah dua kali Zafrel memeluknya. Dia berasa sangat-sangat kasihan terhadap Zafrel. Lalu tangan Puan Anida mengusap belakang tubuh Zafrel.


Ya Allah, Kau bawa pergilah kesedihannya. Ya Latiff, Kau berikanlah ketabahan kepadanya. Ya Rahim, Kau berikanlah kasih sayang kepadanya.





Ayla

3 comments:

Unknown said...

Mata msuk habuk..😢best sgt cter nie..

Isla said...

thank you so much dear. Hihi. :D Moga bermanfaat

Anonymous said...

Tears drop like water fall. Thumbs up!