Sunday, 8 March 2015

Suami Tak Dianggap [END]



JAM sudah menginjak ke angka 11 malam tetapi mata Thara masih enggan terkatup. Lalu dia mengambil keputusan untuk mengambil angin di luar balkoni yang terletak di ruang tamu atas. Tubuh yang tersarung baju tidur satin berlengan pendek terasa sejuk apabila angin malam menjamah tubuhnya. Langit yang gelap tanpa bintang dipandang tanpa jemu. Usai menunaikan solat maghrib berjemaah, dia terus turun ke dapur memanaskan lauk yang dibeli di kedai. Saat dia menunaikan solat bersama Ammar, dia dapat rasakan perasaan yang lain. Kalau dulu solat sendiri. Tapi kini solatnya berimamkan suami sendiri. Terasa jiwanya lebih tenang dan syahdu. Bila mendengar surah-surah pendek yang dibaca Ammar dalam solat mereka, Thara rasa semua bacaan lancar.Nasib baik dah lepas bendera merah. Merasa juga nak bersolat berjemaah dengan Ammar. Dia terlalu cepat menghukum Ammar. Kini suaminya pulang dalam keadaan yang berbeza. Mana hilangnya Ammar dia yang dulu?

"You tak tidur lagi?" suara yang menegur membuatkan Thara memalingkan tubuh ke belakang.

Dia menggeleng. Mata memandang Ammar. "You kenapa tak tidur lagi?"

"Bantal peluk I hilang. Jadi I tak dapat nak tidur." Seloroh Ammar. Dia mengambil tempat berdiri di sebelah Thara.

Thara mencebik dan berkata sinis, "pergilah club. Kan ramai perempuan yang boleh dijadikan bantal peluk you."

Ammar mengeluh berat. Thara ni suka betul mendera jiwa dia. Zaman jahiliah dulu-dulu tak usah disebut-sebut. "May, please jangan rosakkan mood I boleh? Boleh tak you stop judging me?"

Thara pandang ke halaman rumah. Dia dihambat rasa bersalah. Yelah, dia selalu sangat fikir yang buruk-buruk pasal Ammar. "Fine. I won't judge you again."

"Good." Ucap Ammar sambil tersenyum.

Kemudian mereka berdua sama-sama memandang langit yang gelap.

Ammar mencuri pandang ke arah Thara. Malam yang mendinginkan. Dan dia berharap dia dapat menyejukkan hubungannya dengan Thara. Hubungan yang lebih harmoni, damai dan bahagia. Ceh.

Thara this is the right time! Tell him you love him! Tapi... malulah pulak. At least, say sorry Thara. Thara bermain monolog dengan perasaan sendiri.

"I'm sorry!" serentak Ammar dan Thara mengucapkan kata maaf. Mata mereka saling bersabung.

Sama-sama meletuskan tawa apabila menyedari mereka sama-sama mengungkapkan kata.

Ammar memandang Thara. Tangan dibawa masuk ke dalam poket seluar tidurnya. "You first."

Thara menggeleng. "Nope. You first." Arah Thara pula. Tangan sudah dibawa menyilang dada.

Ammar tergelak kecil. "Okey fine. Tapi bila I dah luahkan. You jangan menangis pulak. I nak buat essay panjang ni. You kena sediakan tisu." Seloroh Ammar disambut dengan tawa kecil di bibir Thara. Dia memegang palang besi balkoni. Kemudian mata merenung langit kembali.

Thara sudah sedia menanti.

"I'm sorry May." Tiga patah perkataan dituturkan secara lembut. Mata memandang sekilas sang isteri di sebelah. Kemudian, dia menyambung lagi, "I tahu I banyak buat silap dengan you. I paksa you kahwin dengan I. I tak pandai nak treat you as a real wife. Dan I mintak maaf sangat-sangat sebab tinggalkan you. Kita perlukan masa untuk memperbetulkan hubungan kita May." Ammar memalingkan tubuh menghadap Thara. Bahu Thara dipegang lembut. Mata merenung tajam anak mata Thara.

"I love you with all my heart May. I want to be with you for the rest of my life, in sickness and in health, till death do us apart. Please forgi..."

Jari telunjuk Thara terletak elok di bibir Ammar. Tidak mengizinkan suaminya berkata lagi. Sayu dan terharu hatinya apabila Ammar jujur dan ikhlas mencintai dia. Air mata yang cuba ditahan gugur juga membasahi pipi. Tetapi bibir mengukirkan senyuman.

"Hey... kenapa menangis? Am I do a fault again?" Ibu jari kanan Ammar menyeka air mata yang mencomotkan wajah si isteri. Tangan kiri terletak elok di pinggang si isteri.

Thara tergelak kecil. Dia capai tangan kanan Ammar lalu dikucup lembut. Tetapi air mata masih degil hendak keluar. "I'm sorry too.... tusk...tusk..."

Ammar memandang tingkah isterinya.

"I minta maaf sangat-sangat. Dari hujung rambut sampai hujung kaki. I tahu salah I. I tahu silap I. I terlalu ego, Am. I tak patut buat you macam tu. Bila you tinggalkan I, I sedar I dah hilang sesuatu yang bernilai dalam hidup I. I sedar, tak ada manusia yang sempurna. I pun tak sesempurna mana hingga perlu mencari yang sempurna." Terhincut-hincut bahunya menghamburkan luahan dan tangisan.

Melihat air mata si isteri semakin lebat Ammar cuba buka mulut, " May... I tak..."

"Syuhhh..." Thara sekali lagi tidak memberi peluang kepada Ammar membuka mulut. Dia meletakkan jari telunjuk di bibir Ammar.  "I'm sooo sorry. Now, I admit, I can't lose you anymore. I love you. I janji I takkan sia-siakan hubungan kita. I janji I akan setia de..."

Ucapan Thara terhenti bila bibir Ammar bertemu dengan bibirnya. Kerana tidak tahan mendengar curhat si isteri, Ammar bertindak mencium bibir isterinya. Isterinya menangis sambil berbicara panjang lebar. Dengan cara itu saja dia dapat mendiamkan Thara.

Untuk dua minit mereka berkeadaan seperti itu. Thara menolak perlahan dada Ammar. Mata Ammar dicari. Nafas mereka berombak laju.

"I'm sorry." Ucap Ammar. Tangan naik mengelus pipi si isteri.

"You tak aci. You kissed me when I'm not realize."

Ammar tergelak kecil. Melihat wajah Thara yang cemberut dan pipi yang berona merah, dia tahu isterinya segan dengan apa yang terjadi. "Kalau you sedar, adakah bermaksud I can kiss you for a long time?"

Kali ini satu cubitan dihadiahkan buat si suami dengan tawa yang meniti di bibir. "You ni kann!" Thara menyeka sisa air mata yang berbaki.

Ammar mencapai tangan Thara. Lalu dia pula yang membersihkan wajah Thara yang basah. Kemudian mata isteri direnung. Thara sudah tersenyum memandangnya.

"So..." Ammar sengaja memanjangkan nada so-nya.

Dahi Thara berkerut. "Sooo?"

"We're husband and wife?"

"Mestilah."

"So, am I forgiven?"

"Of course."

"So, no war between us?"

"Nope." Thara menggeleng.

"So, can you call me abang?"

"What? Abang? Kenapa?" Tanya Thara. Terkejut dengan permintaan Ammar.

Ammar melepaskan genggaman dengan Thara. Kemudian, bahu isteri dirangkul. Matanya memandang langit. Kemudian memandang Thara yang mendongak memandangnya. "Sebab I kan husband you. Besides, abang selalu dengar Mawar panggil Azrael abang tanda dia hormatkan husband dia."

"Mawar? Azrael? Siapa tu?"

"Masa abang hilangkan diri, abang ada je kat Johor. Duduk menumpang rumah Azrael. Dia yang banyak ajar abang. Dialah cikgu abang. Dia yang ajar abang ngaji. Ajar abang solat. Ajar abang erti hidup. Dia yang banyak tolong abang." Cerita Ammar panjang lebar. Satu  kucupan dihadiahkan ke ubun-ubun isterinya.

Thara tersenyum,"Ohh... patutlah I tengok you dah lain.”

“May, kata nak panggil abang, ‘abang’, tak mahulah I you lagi. Barat sangatlah.”

Thara ketawa kuat. “Barat sangat konon. Habis tu hidup abang yang sebelum ni macam orang Barat tak perasan pulak?” Thara sekali lagi mengungkit kisah lalu tanpa sedar.

Ammar tarik dagu Thara supaya memandangnya. Pandangan mereka bersabung. “May, please. Abang tahu abang berdosa sangat dulu. Tapi tu semua dulu. Boleh tak May tolong abang jangan ingatkan lagi kisah lalu dulu? Walaupun kisah lalu tu pernah jadi sebahagian dari hidup abang, tapi abang tak mahu dah toleh ke belakang. Abang nak hidup dengan jiwa yang baru. Abang nak hidup dengan masa depan May bukan masa lalu abang.”

Hatinya dihambat rasa bersalah kerana melukakan hati si suami. Terus tangan naik memegang wajah Ammar. Dari anak mata Ammar, dia nampak penyesalan suaminya terhadap masa lalu. “I’m sorry. I promise I won’t do that again. Kalau May ungkit lagi, May rela abang denda May.”

Ammar tersenyum bila mendengar isterinya memanggilnya abang. Tercapai juga hasrat nak dengar Thara panggil dia abang. Dulu dia jeles dengan Azrael sebab punya isteri yang sangat taat dan mencintai Azrael. Setiap kali mendengar panggilan abang dari bibir Mawar, hatinya dijentik rasa cemburu. Tetapi kini, dia sudah punya isteri yang juga mencintainya dan memanggilnya  abang.  Satu kucupun hinggap di dahi Thara.

“May rela kena denda dengan abang?” berkerut dahi Ammar. Ini yang dia suka ni. Boleh main sakat-sakat.

“Yup.” Thara angguk.

Ammar memandang isterinya dengan pandangan yang nakal. Kemudian tanpa bersedia, satu kucupan singgah lagi di bibir isterinya.

“Abang!”  Thara mengetap bibir. Terkejut. Matanya membulat. Argh!!!

Ammar sudah ketawa besar. Kemudian dengan selamba dia masuk ke dalam rumah. Meninggalkan Thara sendiri di balkoni. “Itu denda sebab bukak buku lama. Tu baru sikit tau. Yang lebih-lebih abang simpan bila May buka buku lama sekali lagi.”

Thara bercekak pinggang dan terus membuntuti suaminya. Walaupun geram tetapi dia rasa bahagia. Sakat menyakat adalah resepi dalam rumah tangga! Eceh! Pintu gelangsar balkoni di tutup dan dikunci. Kemudian dia masuk ke bilik Ammar. Ammar sudah landing di atas katil dengan tangan kanan menongkat kepala  menanti  isteri. Langkah kaki Thara di atur menuju ke katil. Kemudian dia baring di sebelah Ammar. Sebelum matanya terpejam sempat lagi dia memberikan senyuman manis.

“Good night abang.” Tiga patah perkataan dituturkan kepada suami kemudian matanya terkatup.

Ammar terlongo. What the…? Baru nak beromantika de amour tapi isteri buat-buat tak tahu. Naif juga isterinya ini. Sedang mata Ammar melatari wajah Thara tiba-tiba Thara mencelikkan mata.

Eh Thara ni tak betul! Akal baru dapat memproses. “Wait!”

“May ni kenapa?” tanya Ammar pelik.

Thara bangkit dari pembaringan. Selimut ditarik menutupi tubuhnya. Okey! Dia memang dah terima Ammar. Tapi dia masih tak sedia nak berkongsi segala-galanya dengan Ammar!

“Abang this is not right!” tegas nada suara Thara dia memandang suaminya yang tampak santai. Masih lagi menongkat kepala.

“Lahhh, apa pulak yang tak betulnya?”

“Abang… May…”

Ammar menanti kata-kata dari isterinya. Ammar seakan dapat membaca fikiran Thara. Lalu dia tersenyum. “Abang tunggu May. Abang tak paksa. Tapi abang nak kita berdua sama-sama tidur sekatil. Taklah May tidur tempat lain abang tidur tempat lain.”

Pheww! Selamat. Sungguh gua tak ready!  “Thanks abang. I hope you keep your promise.” Thara kembali menukar posisi. Dia kembali landing. Tetapi selimut di tarik menutupi tubuh hingga ke paras dada.

Ammar jatuhkan ciuman di dahi Thara. “Trust me okay? Dah tidur.”

Thara tersenyum. Mata terpejam rapat. Tapi dia dapat merasakan hembusan nafas Ammar. Dapat dia agak apa yang suami cuba buat. Mata dibuka sedikit untuk mengintai.

Ammar tersengih. Dia mendekatkan bibirnya dengan bibir Thara apabila mata wanita itu terkatup tetapi tak sempat Ammar nak sakat Thara dah bersuara, “Abang tidur! Jangan nenakal!”

Ammar menggigit bibir! Heh lah isteri! Mendera iman betul.

***

“MAY…” panggil Ammar lembut. Dia memandang belakang tubuh isterinya yang sedang memasak di dapur. Tangan kekarnya terus memeluk pinggang si isteri dari belakang. Kemudian, satu kucupan hinggap di leher jinjang Thara sehingga menyebabkan Thara ketawa kegelian.

                “Abang… janganlah. Kan May tengah masak ni. Karang hangus pulak.” Thara cuba merungkaikan pelukan. Lemas berada dekat dengan Ammar kerana jantungnya sentiasa dipaksa pam lebih laju.

                Ammar enggan melepaskan rangkulan di pinggang isterinya. Dagunya disangkut di bahu Thara. Sempat lagi dia menggigit lembut bahu Thara. Baru beberapa hari dia diterima Thara, hatinya cukup bahagia. Sabarnya selama ini berbalas dengan cinta ikhlas Thara.

                “Kalau hangus pun abang makan juga. Air tangan isteri abang memang mampu kalahkan Chef Wan.”

                “Ceh. Cakap macam pernah rasa air tangan Chef Wan tu je.” Balas Thara sambil bibir mengukir senyuman. Tangan lincah memasukkan itu ini walaupun pergerakkannya sedikit terbatas.

                “Abang tak pernah rasa pun. Hahahaha… sebab tu abang cakap May masak sedap. Kalau abang rasa air tangan chef terkenal tu, May sendiri tahu jawapannya siapa lagi sedap.”

                Thara menyiku perut suaminya. Sentap kejap. Tahulah air tangan dia ni biasa-biasa je. “Ngada ek. May mogok tak nak masak untuk abang baru tahu.”

                Tergelak Ammar di buatnya. Kalau Thara lancar mogok, memang kuruslah dia. Sebab dia memang dah jatuh cinta dengan air tangan isterinya sendiri. Melihat kepayahan Thara memasak, Ammar lepaskan juga rangkulannya. Kemudian, dia bersandar di kabinet dapur sambil mata memandang Thara.

                “May…”

                “Hmm…” Tangan kiri Thara mencapai botol yang berisi garam. Tangan kanan memegang sudu.

                “Kita pergi honeymoon nak?”

                Allah! Dek terkejut dengan ajakan suami, Thara terletak sesudu garam dalam masakkannya. “Alamak! Terlebih garam pulak.” Cepat-cepat Thara letak botol garam dan merasa masakkannya.

                Ammar terus mendapatkan isterinya. “Hish May ni. Abang baru ajak honeymoon nak kalut. Meh sini abang rasa.” Ammar mencapai sudip lalu merasa kuah sup yang mendidih itu. Rasa masin sikit. Tapi boleh adjust lagi ni rasanya, desis Ammar. Dia mematikan api gas lalu memandang isterinya.

                “Apa terkebil-kebil macam tu. Tahulah mata comel.” Ujar Ammar pabila terlihat wajah sang isteri.

                Thara cuma tersengih. “Hihi. Abanglah punya fasal garam tu terlebih.”

                “Eh abang pulak kena. Abang cuma cakap nak bawak May pergi honeymoon. May tu yang dah terbayang pergi bulan bintang sana.”

                Thara mencebik geram. “Sebab abang cakap macam tulah May terkejut. Buat apa kita nak pergi honeymoon.”

                Tangan isteri dicapai lalu dikucup lembut. “Dah lama kita kahwin, tapi baru hari ini kita dapat terima antara satu sama lain. So apa kata kita pergi honeymoon untuk rapatkan hubungan kita? Plus, at this age, we’re qualify to be a parents.” Ammar kenyit mata.

                Thara membulatkan mata. Wohoho! A mom and dad? Dia langsung tak terfikir tentang tu. “Err… bila abang nak pergi?” Wajahnya terasa panas.

                Ammar tersenyum. “Next week? Pasport May hidup lagi kan?”

                Thara angguk sambil tersenyum. Dan Ammar membalas penuh makna.

***

LANGKAH kaki mereka seiring menyusuri persisiran pantai. Deruan angin, ombak yang menghempas pantai, kicauan burung, kedengaran sangat jelas di halwa pendengaran mereka. Sesekali bunyian alam itu diselang selikan dengan sorak tawa manusia yang berada di sekeliling mereka.  Ammar memegang erat genggaman isterinya yang sedang khusyuk menikmati pemandangan.

                Masing-masing sedang menikmati pemandangan yang jarang-jarang sekali mereka rasakan. Sebaik sahaja tiba di Melbourne, mereka berdua terus check in hotel. Rehat satu dua jam kemudian bertolak ke Dendy Street Beach atau lebih dikenali sebagai Brighton Beach terletak 13 kilometre sebelah selatan dari kota Melbourne.

                Thara langsung tak tahu ke mana destinasi bulan madu mereka sehinggalah naik flight tadi. Ternyata mereka mahu berbulan madu di Australia. Difikirin kota Paris. Eceh!

                “Abang tengok tu.” Thara menjuihkan bibir ke arah pasangan yang sedang memimpin tangan anak mereka. Dari gaya pemakaian dan kulit wajah mereka, macam orang Malaysia. Mata mereka dengan pasangan beranak satu itu bersabung seraya masing-masing menghadiahkan senyuman.

                “Sweet kan?” Thara mendongak memandang suaminya. Hatinya dijentik cemburu kerana dia juga ingin punya keluarga yang begitu. Macam mana nak berkeluarga Thara kalau sampai sekarnag pun kau takut untuk menyerah diri?

                Ammar tergelak kecil lalu satu kucupan hinggap di pipi isterinya. “Mestilah sweet! Abang pun teringin nak macam tu. Semua orang nak ada family macam tu May.”

                Pipi Thara terasa membahang. Otaknya ligat berfikir macam mana ghupe dia dengan Ammar kalau dah jadi mak ayah. Haha! Can’t imaging!

                Tangan Ammar naik merangkul bahu si isteri. Kaca mata hitam Ray Ban yang terletak elok di hidung dibetulkan sedikit. “May…”

                “Hmm…”

                “Macam mana May boleh jatuh cinta dengan abang?” soalan cepumas dari sang suami menghentikan langkah kaki Thara sehingga wanita itu mendongak memandang sang suami.

                “Kenapa abang tanya? Dan kenapa abang nak tahu?” jawab Thara. Kemudian dia kembali melangkah.

                “Yelah, abang nak juga tahu kenapa tiba-tiba isteri abang yang tak sukakan abang ni tetibe jatuh cinta dengan abang. Lepas tu terima aje abang.”

                Thara tergelak. Dia berhenti kemudian dia memegang wajah suaminya. “Abang, tak kenal maka tak cinta. May tahu abang rasa pelik bila May tiba-tiba terima abang sebagai suami May padahal sebelum ni May langsung tak anggap abang husband May. May tahu May silap. May minta ampun sangat-sangat. Tapi sekarang, May nak admit dengan abang yang May betul-betul cintakan abang. Mungkin sejak May stalk abang kot.”

                “Stalk? Ahah! Gotcha! Baru abang teringat. May selalu like gambar kat dalam IG abang kan?”

                “Eh mana abang tahu? Bukan ke abang yang selalu stalk IG May?”

                “Abang stalk IG May lepas abang kenal May as Sadiq’s girlfriend. Abang tahu May stalk abang bila tiap kali abang upload gambar, May mesti jadi orang pertama yang like.”

                “Ceh! Ye ye je abang ni.” Thara dah tergelak-gelak. Dia cuba melarikan diri dari sang suami. Mahu mengelak bila disoal lebih-lebih. Sebab memang ya pun. Dia dulu yang stalk Ammar. Sebab Ammar hot. Tapi bila di skodeng-skodeng rupanya Ammar ni budak ‘tak-baik’, itu yang out from husband list. Haha! Tapi dah jodoh kan? Dia selalu jumpa dengan Ammar secara tak sengaja. Lepas bercinta dengan Sadiq lagi banyak perjumpaan tak sengaja tu!

                “Eleh! Tak mengaku pulak. Dia stalk kita.” Ammar dah tayang sengih macam kerang busuk.

                “Eleh cakap orang. Dia pun stalk kita juga.” Si isteri tak mahu mengalah. Langkah kaki diatur laju.

                Tetapi langkah Ammar cepat saja menyangi si isteri. Pinggang isteri disauk lalu dibawa tubuh isteri ke dakapannya. Mengunci pergerakkan wanita itu.

                “Argh! Abang! Apa ni ? Orang tengoklah. Malu tahu tak?!” gerutu si isteri. Mukanya memerah.

                Oh May! I love your rosy cheeks! Pipi isteri dicium kejap. Mata mencari mata Thara lalu mata mereka bersabung lama. Seakan-akan mata mereka yang berbicara.

                “Abang cintakan May sejak pertama kali kita jumpa.” Suara gemersik Ammar membuatkan jantung Thara rasa nak tercabut!

                Bibir May menguntum senyum lebar, “dan May sedar May cintakan abang bila abang tinggalkan May…” tangan naik memegang wajah Ammar yang ditumbuhi beard halus. “Sumpah May tak sedar rasa dalam hati May sampailah abang tinggalkan May. Masa tu May kecewa sangat-sangat. Tapi… tak sangka. Ada hikmah dari kekecewaan May dulu. Sekarang, May dapat Ammar  Habib yang baru.”

                Kali ini giliran Ammar pula mengoyakkan senyuman lebar di bibir. Ya Allah, terima kasih untuk rasa ini. Terima kasih untuk nikmat kasih sayang ini. Kau berkatilah hubungan kami berdua.

                Tanpa isyarat, Ammar terus mencempung tubuh isterinya sehingga Thara menjerit kaget.

                “Argh!!!” Leher suaminya dipaut. Muka cemberut geram. “Abang!”

                Ammar sudah tergelak besar. Kemudian dia berpusing 360 darjah. “I love you Thara Mayumi! I promise that I will love and be faithful only to you!!!” jerit Ammar kuat.

                Thara sudah memejamkan matanya. Pautan di leher Ammar semakin kuat. Pipi terasa membahang kerana banyak mata yang memandang ke arah mereka serta tepukan gemuruh dari orang sekeliling mereka. Pastinya mereka mendengar luahan Ammar.

                Hish! Ammar ni memang tak tahu malu betul! Sengal! Omel Thara dalam hati.

                “You did a good job bro!”

                “Hope you happily ever after!”

                “Hei! This is real bro!”

                Suara mat minah saleh kedengaran menjerit menyokong Ammar. Ammar hanya tersengih malu dan Thara sudah menyebamkan wajah ke dada suami sendiri. Masih lagi di dalam gendongan sang suami.

                “Thanks bro!” Ammar kenyit mata ke arah salah seorang mat saleh di situ lalu bergegas pergi. Adoi! Romantik tak tengok tempat kau ni Ammar!

***

NAFAS ditarik, dihembus. Berulang kali Thara melakukan cara itu. Jari-jemari digenggam kuat. Bibir diketap rapat-rapat. Sesekali ekor mata menjeling pada muka pintu bilik bilik air. Air liurnya ditelan berkali-kali. Retina mata sesekali terlekat pada katil yang bercadar putih yang ditabur kelopak ros merah. Jantung semakin tidak keruan. Takut dan berdebar.  Selepas mandi, suaminya pula mengambil giliran masuk ke dalam bilik air. Sekarang masa untuk mereka tidur. Lepas je Ammar keluar dari bilik air, dia dah punya rancangan untuk ‘surprise’kan Ammar.

                Tubuhnya yang bersarung bathrobe dilihat sekejap. Sebenarnya kat dalam dia dah pakai lingerie yang betul-betul paras paha. Tetapi dek malu dengan suami sendiri, dia tutub dengan bathrobe.

                “Aduh Thara! Kata dah ready tapi kau takut-takut pulak?! Ingat tak kata Cikgu Hawa? Explore lelaki lepas kahwin lebih seronok. Tapi aku takutlah pulak!” Thara mengguman sendirian.

                Ammar keluar dari bilik dengan hanya memakai towel. Dia memandang isterinya. Berkerunyut dahinya memandang tingkah Thara. “May kenapa tak baring lagi? Buat apa mundar mandir dari tadi?” tegur Ammar.

                Terhincut bahu Thara apabila ditegur tiba-tiba. BIbir menayangkan sengihan lalu bibir diketap. “Tak ada buat apa-apa.” Jawab Thara bersahaja. Ammar yang sedang mengelap rambutnya yang basah membuatkan naluri wanitanya dijentik rasa teruja. Hot sangat! Dengan tubuh berketak-ketak tidak disarungkan baju, rambut basah dilap kering. Walauweh! Seksi!

                “Kenapa pakai bathrobe? May tak bawa baju ke?” soal si suami lagi. Ammar sudah menyarungkan singlet putih ke tubuh . Towel dicampakkan ke kerusi. Ammar lengkap berpakaian singlet dan seluar bermuda. Lalu tubuh di bawa naik ke atas katil.

                Thara masih lagi takut-takut. Melihatkan suami sudah naik ke katil, kaki diatur menuju ke katil juga. Tangan memeluk tubuh yang tersarung bathrobe.

                “Ahhh! Sedapnya baring!” ucap Ammar sambil memejamkan mata. Merasa nikmatnya baring ditilam empuk. Penat seharian berjalan dengan isteri.

                Thara selak comforter lalu di baring disebelah Ammar. Memandang suaminya takut-takut.

                “Lah, May nak tidur pakai bathrobe ke?” Ammar memandang pelik tingkah si isterinya yang macam takut-takut dengannya.

                Thara dengan muka inesen, menggeleng.

                “Dah tu?” kening Ammar terjongket sedikit memandang Thara.

                Thara mendekati suaminya. Dekat dan semakin dekat. Mata langsung tak lepas dari tatapan encik suami. Thara pagut dagu Ammar lalu dikucup lembut.

                Ammar kaget. Mata terbuntang besar. Woahhh!

                Tidak sampai dua minit, Thara menjauhkan mukanya dari Ammar. Tiada respon dari Ammar. Okey. Thara malu ya amat!

                “Err, good night abang. Err… that is night kisses.” Tergagap-gagap Thara. Bengang kot bila Ammar tak bagi respon apa-apa. Tubuh dipalingkan. Tidur menghadap dinding. Tangan memeluk tubuh sendiri. Duh! Duh! Malunya!

                Ammar tersenyum sungging. Dia memegang bahu Thara menyuruh isterinya tidur menghadap dia.

                “Thara… tak baik tidur membelakangi suami tanpa keizinan dia,” ucap Ammar lembut.

                Thara menghadap suaminya biarpun mukanya malu bertingkek-tingkek. Mata terpejam. Langsung tak mahu melihat Ammar.

                Ammar tarik tali bathrobe. Kemudian, dia mendedahkan bahu Thara. Bibirnya mengoyak senyuman lebar. Melihat mata isteri yang masih terpejam. Dia berbisik sesuatu di telinga Thara.

                “Err, you lookkkk…” Ammar meleretkan nada suaranya apabila melihat lingerie yang tersarung di tubuh Thara. Menggoda. “I was tempted Thara… please be responsible of what you did.”

                Thara memberanikan diri membuka mata. Memandang Ammar yang sudah tersenyum lebar. Teragak-agak Thara memegang pipi suaminya dan tersenyum penuh makna. Tanpa kata dan tanpa bicara, hanya mata mereka yang mengatakan rahsia dan keinginan hati.

***
Beberapa bulan berlalu…

                “ABANG!!!” jerit Thara kuat! Dia berlari menuju ke bilik bawah yang menempatkan mini gym suaminya. Ada treadmill. Ada dumbbell. Ada ellipticals. Ada takasima massage chair lagi. Lepas kahwin Ammar kata tak mahu pergi gym lagi. Dia nak buat gym sendiri di rumah. Cuma bila lepak-lepak dengan Sadiq, dia akan memilih untuk ke gym.

                Dengan hati-hati Ammar letak dumbbell di tempat sepatutnya. Kemudian kain lap dicapai untuk mengelap peluh yang merenik di dahinya.

                “Abang!” pekik Thara apabila muncul di ambang pintu bilik. Dia bergegas mendapatkan suaminya.

                “Ya sayang. Kenapa ni? Terjerit-jerit. Nanti apa jiran sebelah kata. Dia cakap abang ganas sangat nanti.” Seloroh Ammar sambil ketawa terbahak-bahak.

                “Choi! Abang ni!” Thara tolak pipi Ammar perlahan.  Kemudian dengan selamba dia paut leher di suami.  Mata merenung Ammar dengan pandangan yang menggoda.

                “Woahhh… nak seduce abang di siang hari nampak? Abang baru workout tau.” Ammar kenyit mata memandang si isteri.

                Thara dah tergelak kuat. Kemudian dia melepaskan pautan di leher Ammar. Dia hulur sesuatu yang bewarna putih kepada Ammar. “Look!” arah Thara.

                Mata Ammar kecil besar kecil besar melihat benda itu. Kemudian matanya membulat seakan tidak percaya. “Two lines! It’s two lines May!” Mata merenung si isteri.

                Thara mengangguk laju. Bibir tersenyum gembira.

                Tubuh isteri terus dibawa ke dakapan. Memeluk dengan eratnya. Alhamdulillah. Ya Allah! Terima kasih untuk kurniakan-Mu. Aku bersyukur kepada-Mu.

                “Thank you May. Abang rasa bersyukur sangat-sangat. Terima kasih untuk ni.” Ammar melepaskan pelukan kemudian tangannya melekap di perut Thara. Tak terungkap dengan kata-kata melihat pregnancy test yang dipegang Thara menunjukkan dua line merah.

                “Alhamdulillah abang. Akhirnya, we’re going to be a mom and dad.”

                Dahi si isteri dikucup kejap. Air mata Ammar bergenang. Syukur tak terhingga Ya Rab. “Abang beruntung memiliki May sebagai isteri abang. Jom kita pergi jumpa doktor. Lepas tu beritahu mommy dengan daddy. Mesti dorang pun excited macam kita juga.”

                “Err, abang…”

                “Ya?”

                “Kalau boleh, May nak keluarga kita tahu lepas May masuk third month. Boleh tak?”

                “Why? It’s a good news sayang.”

                “Memanglah. Tapi biarlah after May tiga bulan. Masa tu janin dah kuat sikit. May ikut petua orang tua-tua. Jangan hebahkan berita di awal kehamilan.”

                Ammar tersenyum faham. Kemudian dia mengangguk. “Yelah sayang. Untuk May abang buat saja. Sekarang kita pergi bersiap-siap ya pergi jumpa doktor. Abang tak sabar nak tahu gender anak kita.”

                Thara tergelak kecil. “Abang! Belum lagilah. Perut Thara pun kempis lagi.”

                Ammar tersengih tanpa rasa bersalah. Sungguh dia sangat berterima kasih kepada yang Maha Berkuasa lagi Maha Penyayang.

                Ya Rab, terima kasih untuk kenikmatan rumahtangga yang engkau berikan.

                Sabda Nabi s.a.w: "Dunia itu penuh dengan kenikmatan dan sebaik-baik kenikmatan dunia adalah isteri yang solehah." – Hadis Riwayat Muslim.

                Firman ALLAH S.W.T: "Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-NYA dan rahmat-NYA bahawa DIA menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-NYA antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang serta belas kasihan. Sesungguhnya demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." - Surah al-Ruum: 21.
***


AMMAR capai Iphone5 miliknya. Kemudian dia berdiri di depan cermin yang ada di dalam mini gymnya. Masa untuk berselfie katanya. Satu gambar ditangkap lalu laman social instagramnya dibuka. Dia men-upload gambar yang baru saja dia tangkap. Dengan hanya berseluar Bermuda, badan yang tidak disarungkan baju, terpampang jelas six pack dan bicepnya.

                Baru beberapa minit letak, like dah cecah 20 orang. Ammar tersengih apabila ada dua tiga orang meng-komen gambarnya.

                Oh my gojes! Am you look so hot! – Dahlia

                Am! Tutuplah badan kau tu. Tak lakulah nak jual kat IG pun. (Siap letak emoji muka meluat) – Sadiq

                Abang Am look so hot lah! – Zaraza

                Entah siapa tah budak perempuan yang follow dalam IG dia ni. Dia bukan kenal sangat. Dan dia pun bukan baik sangat nak tekan follow back.

                Gilalah! Ketak siot badan. – Suffian

                Ammar tergeleng-geleng membaca komen.

    Komen seterusnya dibaca.

                ABANG! DELETE sekarang juga kalau tak nak tengok May beranak sekarang! (siap letak emoji marah) – Thara

                Erk?! Mata Ammar membulat. Adoilah bini! Ketawa halus terbit juga dari bibirnya.
Mata mendongak memandang siling. Isterinya sedang berada di bilik. Kemudian kaki laju saja mengatur langkah menuju ke bilik beradu mereka. Jelas terpampang di depan mata isterinya sedang elok bersandar di kepala katil dengan tangan kanan memegang iPad mini, tangan kiri menguyah jajan. Kepalanya menggeleng perlahan.

Thara pandang suami sekilas kemudian dia buat muka cemberut. Geram bila sang suami tak habis-habis nak tayang bodi kat IG. Tahulah ada six packs! But those six packs is mine okay!

“Abang ni… kan Thara cakap jangan letak gambar abang yang hot-hot dalam IG tu.” Nada suara isterinya berintonasi jauh hati. Cemburu sangat bila follower-follower perempuan IG tu usyar husband dia walaupun dah jelas lagi terbentang bio suaminya berbunyi begini :

One and only Thara Mayumi. Married and daddy-to-be.

Ceh!

Ammar tayang sengih selamba. Dia panjat katil lalu jajan yang dimakan isterinya dijauhkan dari Thara. Semenjak mengandung ni, Thara suka sangat makan benda yang aneh-aneh. Mulut tu nak menguyah memanjang. Tengoklah pipi Thara. Dah tembam. Tapi tembam-tembam pun, isterinya nampak sangat cantik.

“Nanti abang deletelah. Tunggu like cecah 100 dulu.” Selamba Ammar berkata. Dia duduk bersebelahan isterinya sambil mata merenung iPad mini yang dipegang Thara.

“Isy abang ni mengadalah. Mana boleh orang lain tengok six packs abang. Abang ni tak malu ke post-post gambar macam tu?” bebel Thara.

Ammar tergelak kuat. “May ni kalau jeles kelakarlah. Ye ye nanti abang delete. Pastu nanti abang letak gambar kita berdua banyak-banyak ya sayang.”

Thara buat muka cemberut geram kemudian hidungnya ditarik Ammar.

“Suka buat muka macam tu. Nanti anak ikut muka ummi dia cemberut memanjang.”

“Biarlah. Kan comel.”

“Eleh perasannya dia.”

Thara pukul lengan suaminya lembut. Geram kalau bertekak dengan Ammar. Buat buang air liur je.

“May, Haizad call abang tadi.” Ammar menundukkan wajah ke perut Thara yang memboyot. Sebuah kucupan hinggap di perut isterinya. Sudah tujuh bulan usia kandungan isterinya. Dia sangat-sangat bersyukur kerana dalam masa tujuh bulan ini, Thara dan bayinya sihat walafiat.

“Dia cakap apa?” tanya Thara sambil mata masih melayari Instagram.

“Dia kata gambar photoshoot maternity May dah siap. Esok dah boleh amik. Tak sabarnya abang nak tengok hasil kerja Haizad. Mesti cantik-cantik kan gambar yang kita posing hari tu.” Mood Ammar berubah ceria dan teruja. Beria-ria dia pujuk Thara supaya buat maternity photoshoot sebab dia rasa gambar-gambar tu nanti dia nak tunjuk kat anak-anak dia macam mana rupa kegembiraan mak ayah dia sepanjang mereka berada di dalam kandungan.

“Serius? May nak tengok.” iPad mini terus ditutup. Thara memandang suaminya. Teruja nak tengok gambar maternitynya.

“Haizad kata dia hantar esok. Tapi dia ada post kat IG. Cuba sayang tengok.”

Cepat-cepat Thara buka IG Haizad. Bibirnya mengoyakkan senyuman bila melihat gambar dia dipeluk Ammar dari belakang. Berlatar belakangkan sunset. Cantik.

Kemudian dia beralih pula pada gambar perutnya dicium Ammar.

“Abang! Cantiknya. Pandai Haizad amik gambar.”

Ammar kucup ubun-ubun isterinya. “Cantik kan? Sebab tu abang paksa May amik gambar. Bukan selalu May mengandung. Jadi bila mengandung, kita amiklah gambar. Lainlah kalau May nak bagi abang anak setahun satu.” Ammar tayang sengih nakal.

Satu cubitan hinggap di perut Ammar yang tidak berbaju itu. Choi! Ingat aku apa? “Amboi sedap dia aje kan?!”

Ammar tergelak besar. "Aik baru tahu abang ni sedap?"

Mata Thara mencerun. Dia beri lagi satu cubitan kepada Ammar. "Eee! Annoyingnya dia ni!"

Mata kembali memandang gambar-gambar mereka. Tak sia-sia buat photoshot outdoor. Hasilnya sangat cantik.

“May terima kasih sebab anggap abang ni husband May.” Bisik Ammar di cuping isterinya.

Mata Thara mencari retina husbandnya. “Abang… abang memang suami May. Semestinya May kena anggap abang my one and only.”

“I love you so much May.” Dahinya menjadi mangsa bibir Ammar.Tangan menggenggam erat jari jemari si isteri.

“Abang… janganlah goda May.” Thara tolak pipi suami perlahan bila melihat pandangan mata Ammar yang nakal.

“Mana ada godalah. Pandang aje.” Ammar tahan gelak. Hidungnya digeselkan dengan pipi mulus Thara.

“Abang! Gelilah.” Rengek Thara dengan tawa yang meletus di bibir.

“Hidung abang gatallah. Tengah cari bau yang menggoda abang.” Seloroh Ammar. Dia sudah merangkul pinggang Thara.

“Abang! May kan tengah boyot ni. Janganlah.” Thara mengelak lehernya menjadi bahaman hidung Ammar.

Ketawa mereka sama-sama meletus lalu kedua-dua mereka rebah di atas katil. Berguling ke sana ke mari. Thara sedaya upaya mengelakkan tubuhnya digesel dengan beard Ammar. Sungguh menggelikan dia.

Ya Tuhan, sungguh aku menyesal kerana pernah melukakan hatinya. Dialah suami yang kuanggap kini. Terima kasih untuk kasih sayang dan rasa cinta ini Ya Rabbi. Peliharalah kami agar terus berada di jalan-Mu.

Ya Latiff, after what I did towards You, You still give me a chance. Terima kasih Ya Allah. Please give us strength to face your tests. May our relationship till jannah.




# Assalamualaikum. Thank you to all the readers. Maaf sekiranya jika saya ada terkasar bahasa ataupun tersalah tatabahasa smasa menaip cerita ini. Minggu yang paling sibuk sbb saya asyik amik part time kerja. Dari pagi sampai ke mlm. Hihi! Maaf sgt2. Terima kasih baca. Terima kasih komen. Sungguh saya x pandai nk buat cerita yg manis2. Apa yg tertulis tu, itulah yg keluar dgn sendiri. Maaf sgt2 ya kalau tidak menepati cita rasa anda. :D :D :D


**** Don't forget to buy Setulus Kasih Indah by Sakura Ria. OMG! My best friend dah jadi writer akhirnya.****






7 comments:

Unknown said...

akhirnya happy ending.. best sangat...tq.

Unknown said...

Yeaaaaaa ....akhirnyaaa

Isla said...

@Miza Lan terima kasih baca :) akhirnyaaa

Isla said...

@Mona Ismail hihi. akhirnyaaa habis. thank you :D

Anonymous said...

Sweetnya diorang...buatlah special story ttg diorang.. Heheheh

Isla said...

@Anonymous erk? nak buat yg mcm mana lagi tu? hihi

Farah’s Diary said...

Good job kak ayla 💕 best sangat 💯💜