MATA Natrah menyorot
memandangnya. Tepat. Segala gerak
gerinya menjadi perhatian bola mata Natrah. Natrah melemparkan senyuman
kepadanya saat mata mereka terpaut. Gulp!
Oh Natrah cair. Homai! Dengan dimple yang dalam. Senyuman yang
sentiasa menggetarkan hati Natrah. Confirm
Natrah tak nak lepas dari dia. Dia melangkah mendekati Natrah. Setiap langkah
yang diambil membuatkan wavelength di hati Natrah semakin pendek.
Dia.
Mohd Zafrel Alif bin Mohd Yunus. Buah hati Natrah. Rindu kasih Natrah. Belahan
jiwa Natrah. Dialah partner the best
Natrah. Tak padan dengan anak guru mengaji, Natrah tetap juga bercouple dengan dia. Nak buat macam mana?
Hati dah suka. Tak boleh nak tolak. Inilah dia Zafrel a.k.a Natrah’s boyfriend. Lelaki hot stuff dekat sekolah. Seorang penolong ketua pelajar. Seorang
komander dalam unit pasukannya. Seorang pengawas yang berdedikasi. Seorang
pemain hoki yang hebat. Seorang pemain bola keranjang yang selalu dapat NAIB
JOHAN. Seorang atlet sekolah yang Natrah rasa sangat-sangat awesome dengan
pakej muka yang macho berserta akademik yang cemerlang. Bukan senang nak jumpa
yang begini okey!
“Hi!” tegurnya saat berdiri tegak di
depan Natrah. Dengan senyuman melebar, lesung pipit menghiasi wajahnya. Ohh…
Natrah cair!
“Hi! Lama lagi ke awak training?” soal
Natrah pula dengan senyuman tersungging di bibir. Manis sekali.
Zafrel
pegang dawai berkawat yang berada di antara mereka, menjadi pemisah antara
Natrah dan dia. Zafrel di dalam gelanggang hoki. Natrah berada di luar
gelanggang. Melihat Zafrel training
hoki.
“Tak.
Dah habis training dah pun.”
“Awak
dah makan ke?”
Zafrel
angguk. “Awak?”
“Dah.”
“Awak
baru datang ke?”
“Yup.”
“Balik
dengan saya ke?”
“Yup.”
“Awak
tunggu kat pondok ICT. Saya tukar baju kejap.” Beritahunya sambil mengelap peluh
yang membasahi wajahnya. Nampak sangat mengancam.
Natrah
angguk dengan senyuman. Dengan jersey
hoki tanpa lengan, jelas menunjukkan lengan Zafrel yang berotot. Ohh! Dia hero
lelaki Melayu idaman gegurls dekat sekolah, tapi sayang… Natrah juga yang dapat
tackle hati Zafrel Alif.
“Zafrel…”
panggil Natrah apabila Zafrel mula berpaling.
“Hmm?”
Zafrel memandang Natrah pelik. Wajah polos dihadapannya itu dipandang penuh
rasa.
“You look sexy with that shirtless.”
Statement tanpa cover serta merta keluar dari bibir Natrah.
Zafrel
gelak besar. Patutlah orang cakap Rabiatul Natrah ni pelik. Mak aje guru
mengaji, tapi genes-inheritance-baik-
Mak Cik Salina tidak ada pada Natrah. Mulut Natrah main keluar sebut je. Zafrel
kembali berdiri di depan Natrah. Dia letak tapak tangannya di dawai berkawat
itu, kemudian dahinya pula menyentuh dawai berkawat. “Sini jap,” katanya.
Natrah
turutkan jua. “What?” Tanpa rasa malu
mahupun bersalah. Sebab kenyataannya, Zafrel memang seksi di matanya!
“Kalau
nak tengok saya lebih sexy dari ni,
lepas kahwinlah.”
Natrah jegilkan biji mata. Cet,
siot punya ayat, desis Natrah. Meletus tawa mereka berdua.
“ZAFREL nak ke mana tu?” pertanyaan Encik Mohd Yunus
menghentikan langkah Zafrel. Zafrel berpaling sekilas memandang ayahnya yang sedang
duduk di ruang tamu. Dari roman wajah ayahnya, Zafrel tahu apa yang mahu
dibahaskan. Dia menggosok belakang kepala perlahan.
“Sini!”
tegas suara yang dikeluarkan Encik Mohd Yunus.
Mahu
tak mahu, Zafrel dekati juga ayahnya. Ibu mudanya menundukkan wajah apabila
Zafrel memberikan jelingan.
“Nak
pergi mana?” tiga payah ayat yang mudah tetapi mendatar bunyinya.
“Makan.”
“Kalau
nak makan, tak payah keluar rumah. Ibu dah masak banyak lauk kat dapur tu.
Chacha panggil turun makan kenapa tak turun? Tahu tak sekarang dah pukul
berapa? Nak keluar makan buat apa? Sepatutnya sekarang ni dah siap makan.
Belajar kat atas.” Panjang lebar bebelan Encik Mohd Yunus. Semenjak isterinya
pertamanya meninggal, perangai Zafrel semakin menjadi-jadi. Kalau biadap dengan
dia tak mengapa, dia masih boleh pujuk hati tuanya sendiri. Tetapi kalau dah
biadap dengan isteri mudanya, memang dah melampau. Perangai yang satu je yang
selalu buat Encik Mohd Yunos meletuskan larva gunung berapi.
Chacha,
adik tiri Zafrel yang sedang membuat homework
terus mengemas alat tulisnya lalu bergerak masuk ke dalam biliknya. Takut
dengan ayah tiri sendiri. Isteri kedua Encik Mohd Yunus, Puan Anida duduk
terkulat-kulat memandang suaminya.
Zafrel
memandang wajah ayah dan ibu tirinya dengan selamba. “Zafrel tak ada ibu.
Masakan ibu tiri dengan masakan emak sendiri berbeza. Tekak Zafrel cuma boleh
telan masakan emak Zafrel sendiri.” Pedas dan berbisa sekali jawapan Zafrel.
Encik
Mohd Yunus ketawa sinis. “Boleh telan masakan emak sendiri konon. Yang pergi
makan luar tu bukan ke orang lain yang masak?” Dia memulangkan paku buah keras.
Zafrel
menjeling ibu tirinya sekilas. “Sekurang-kurangnya tukang masak luar tak ada
niat nak bunuh pelanggan sendiri.”
Tersirap
darah Encik Mohd Yunus. Pipi Zafrel ditampar kuat.
Terpanar
Puan Anida.
Zafrel
terkelu.
“Selama
ni macam gini rupanya tanggapan kau pada ibu? Kau tahu tak betapa penatnya ibu
sediakan makan untuk kita semata-mata nak kita dua beranak kenyang. Tapi macam gini kau buat dia?” lantang suara ayahnya.
Zafrel
tersenyum sinis. Semenjak ayahnya membuat ibunya terluka, dia memang tak pernah
terima Puan Anida sebagai ibu tirinya. Puan Anida itu perampas!
“Arel
dah pernah cakap dengan papa yang Arel tak pernah suka perempuan asing ni masuk dalam keluarga kita. Arel
lebih suka hidup tak ada ibu daripada ada perempuan asing ni. Sebab perempuan
nilah punca kenapa mak tak ada!”
tempelak Zafrel.
“Zafrel!”
tangan Encik Mohd Yunus naik tinggi ingin menampar tetapi sempat ditahan oleh
Puan Anida.
“Abang
dahlah tu.”
“Semenjak
papa kahwin dengan perempuan ni, tangan papa laju je kan nak pukul Rel?” Zafrel
menjeling ibu tirinya tajam. Sakit hatinya apabila ayah kandung sendiri
memukulnya di depan perempuan asing ini.
Mata
Encik Mohd Yunus merah. Dadanya berombak kencang. Nasib ada isteri mudanya yang
memujuk.
“Zafrel
kalau nak makan kat luar, Arel makanlah. Tapi jangan balik lewat sangat. Awak
kan nak exam.” Kali ini suara Puan Anida pula yang mencelah.
Zafrel
terus berpaling. Buat endah tak endah je dengan pesanan ibu tirinya.
“BILA awak nak balik ni?” tanya Natrah. Mulutnya sudah
menguap berulang kali. Jam sudah menginjak ke angka 11.30 malam. Kedatangan
Zafrel ke rumahnya membuatkan dia terkejut. Tapi dia faham sebab mengapa pakwe
dia jadi macam ni. Nasib ayah dia izinkan Zafrel melepak di sini.
“Malaslah
nak balik.” Tanpa perasaan Zafrel menjawab. Mata ralit membaca buku chemistry milik Natrah. Wajah Natrah
yang comel dengan T-Shirt long sleeves
dan seluar kartun-kartun dicuri pandang.
“Habis
tu kalau malas nak balik awak nak tidur kat mana? Saya dah mengantuk ni.”
“Saya
tidur sebelah awak tak boleh ke?”
“Mwo?” keluar loghat Korea Natrah.
Tersengih
Zafrel. Saja mahu menyakat. “Saya tumpang tidur rumah awak tak boleh ke?”
“Tak
boleh. Esok kan sekolah.”
“Alah,
esok pepagi saya baliklah.” Buku chemistry
diletakkan di atas meja.
“Gila
ke apa?”
“Nat, pleaselah. Saya tak nak balik rumah tu.”
Natrah
mengeluh. Selendang yag tersarung tanpa pin itu dibetulkan. “Jahat sangat ke
ibu tiri awak tu sampai awak tak nak balik? Kan tadi sebelum awak keluar dia
dah pesan suruh balik awal.”
“Muka
tak jahat. Tapi hati dia jahat.” Selamba je Zafrel jawab
Natrah
menggeleng. Dia faham kenapa Zafrel tak boleh nak terima ibu tirinya. Kalau dia
berada di tempat Zafrel pun dia tak mungkin dapat terima.
“Zaf,
boleh tak kalau awak cuba berbaik dengan ibu tiri awak? Walau macam mana benci
pun awak terhadap dia, dia tetap ibu awak. Walaupun awak tak keluar dari rahim
dia, tetapi dia itu seseorang yang perlu awak hormati kerana dia isteri ayah
awak. Saya tahu awak marah dia. Tapi berilah dia peluang untuk jadi ibu
awak,Zaf. Hah lagi satu, kita ni nak SPM tau. S.P.M. Awak tahu tak salah satu
faktor kita nak berjaya, kita kena buat baik dengan semua orang. Terutama mak
ayah kita. Saya minta satu je dari awak. Tolonglah buat baik dengan ibu tiri
awak. Walaupun awak rasa geram, tetapi sekurang-kurangnya, mulut awak tu jangan
melawan cakap dia. Jangan buat dia kecil hati.”
Nasihat
panjang lebar dari kekasih sendiri membuatkan Zafrel terkelu. Ada benarnya juga
apa yang dikatakan Natrah. “Awak ni kalau membebel sama macam arwah mak saya. Tak habis-habis suruh saya
buat baik dengan perempuan asing tu.”
“Zaf, she’s your mother.”
“Correction. Step mother!”
“Okay. Whatever. Tapi tolonglah…
tolonglah… dengar cakap saya. Buat baik dengan papa dan ibu awak. Demi masa
depan awak juga. Kalau dorang tak redha dengan awak, Allah pun tak redha dengan
awak tau.”
Hah,
nilah masalah kalau bercouple dengan
anak guru mengaji, Zafrel kadang-kadang naik tuli bila asyik dapat tazkirah
percuma dari Natrah. Malu pun ada bilamana dia seorang lelaki jahil dengan ilmu
agama.
“Awak
sengaja cakap macam ni supaya saya blah
ke apa?” kunci kereta dicapai lalu Zafrel bangkit dari duduknya.
Terkejut
Natrah. Dia cuma beri nasihat je. Tapi tak sangka yang Zafrel kecil hati.
Zafrel
sudah memulas tombol pintu rumah Natrah.
“Zaf,sorry.” Ucapan Natrah mematikan
langkah Zafrel.
“It’s okay. I’m fine.” Mulut je cakap
lain tapip dalam hati, dia terkilan dengan Natrah sebab Natrah tak pernah faham
bagaimana perasaannya bila ada ibu tiri. Zafrel terus meluru keluar dari rumah
tanpa sempat pamitan dengan ibu bapa Natrah.
“Hati-hati
bawak kereta memalam macam ni.” Sempat Natrah memesan sebelum Zafrel masuk ke
perut kereta.
***
SEMUA pelik bila tahu Zafrel dan Natrah bercinta. Siapa yang
tak pelik bila Natrah seorang pelajar yang ala-ala ustazah, bercinta dengan
lelaki buta huruf jawi macam Zafrel. Mana sesuai. Semuanya rasa Natrah buang
tebiat. Tapi ada mereka kesah? Dah mereka saling sama cinta. Nak buat macam
mana? Kan? Puppy love katanya.
Sewaktu
Zafrel dan Natrah sedang perah otak jawab soalan Add Math yang Mister Teo bagi,
Natrah curi-curi pandang Zafrel. Smart
and brilliant. Tengah belajar pun nampak handsome sioooottt.
“Kenapa
tengok saya macam nak makan?” tanyanya.
Natrah
tersentak. Tak tahu pula yang Zafrel perasan.
“Awak…”
panggil Natrah manja.
“Hmm…apa?
Ada masalah ke?” Zafrel berhenti menjawab soalan kertas Add Math. Mata hitamnya
memandang Natrah tepat. Natrah kalau dah bunyi suara merdu manja macam ni mesti
ada apa-apa. Suka sangat goda! Cet!
Natrah
geleng kemudian tayang sengihan seposen.
“Habis
tu kenapa tengok saya?”
“Awak
handsome sangat.”
“Ceh!
Gediknya ayat dia.”
Meletus
tawa mereka berdua. Keserasian antara mereka berdua memang orang tak nampak
sebab Zafrel dan Natrah memang tak show
off depan rakan-rakan sekolah. Panggil kau aku la. Panggil beruk mangkuk la
kekadang. Jadi orang memang tak dapat nak detect
mereka bercinta. Tapi kalau dah 12 jam dok lekat je, confirm la kantoi. Cukuplah keserasian mereka itu hanya mereka yang
merasai.
“Siapkanlah
homework tu cepat. Nanti dah siap,
boleh balik awal. Awak temankan saya sampai tangga,” kata Natrah apabila tawa
mereka terhenti. Dia kembali menyambung menyelesaikan soalan Add Math. Dah
dapat mood. Saja je nak release tension sekejap.
“Awak
buatlah. Saya tengok. Lagi pun saya penatlah. My brain can’t bear it anymore,” dalih Zafrel. Dia sudah bosan
menghadap latihan. Memang penat pun. Dari pagi sampai ke petang. Mahu tak penat?
Pecah otak wo!
Natrah
senyum kecil. Inilah Zafrel. Tidak banyak bercakap. Bercakap bila perlu. Tapi
dari mata Natrah, dia boleh tahu apa yang Zafrel mahu sampaikan. Zafrel lebih
suka dengar dia membebel dari mencelah setiap apa yang dia katakan.
Mata
Zafrel tiba-tiba tertacap pada buku yang terletak di atas beg sandang Natrah.
Terus tangan Zafrel mencapai buku itu. Syabab?
“Syabab?”
bisiknya sendiri.
Natrah angkat kepala memandang Zafrel. Dahinya
berkerut seolah-olah bertanya kepada Zafrel ada apa-apa masalah ke?
“Best ke?” tanya Zafrel seakan berminat.
“When you looked at this book, what you
expect?” soal si Natrah pula. Kalau Zafrel minat, syukur sangat.
“Err, obviously not about romance I guess.”
“Yup.”
“Err, it may sound asshole if I wanna read
this book Nat.”
Natrah
gelak. “Hey, who says? Baca jelah.
Tak asa siapa nak marahlah. Saya bagi awak pinjam. Nak tak?”
“Boringlah Nat.” Melihat keterujaan
Natrah yang sudi meminjamkan buku, Zafrel pasti Natrah menyuruh dia untuk baca
buku ini. Tapi Zafrel bukan ulat buku!
“Try it or you will miss something on it?” Natrah
cuba memprovok Zafrel.
“Apa?
Cuba tell me?” Zafrel bulatkan mata
dan menopang dagu memandang Natrah.
Natrah
ambil test-pad lalu digulung, kemudian dia ketuk perlahan dahi Zafrel. “Mengada
ek buat muka comel macam tu?”
Zafrel
buat muka annoying. Kerutkan muka dan hidung. Gaya gedik seorang perempuan yang
tak sesuai langsung dimainkan oleh Zafrel.
Natrah
ketawa kecil. Mengada!
“Syabab
Musafir Kasih karya Fatimah Syarha. Dia seorang pendakwah bebas. My mom really like her. She give an inspire
to my mom a lot,” ulas Natrah sedikit ringkas.
“Okay. So this story about what? What is the
meaning about syabab?”
“Syabab
means pemuda in bahasa Arab. Buku ni more
to motivate ourself. Dalam ni, Fatimah Syarha cuba menyampaikan mesej
kepada insan-insan bergelar pemuda yang kini kian hanyut dibuai arus duniawi.
Mutiara-mutiara ilmu dan semangat banyak diselitkan dalam setiap baris karya
dia. Kalau awak nak pinjam, saya bagi. Tapi kalau tak faham, tanya. InsyaAllah
saya boleh terangkan.”
Beria-ria
Natrah mempromosikan buku Syabab supaya Zafrel baca. Zafrel herotkan bibir ke
kiri dan ke kanan. Berfikir sejenak.
“Okay. I take it. Kalau saya tak faham
saya tanya awak. Awas kalau tak best. Saya gigit awak!” gurau Zafrel sambil
ketawa.
“Eh
gigit saya? Berani ke awak?” balas si Natrah selamba.
“Berani
je! Awak tu kan selalu kalah dengan saya!” Zafrel mencebik. Yelah, Natrahkan
pantang kalau Zafrel tayang muka comel, selalu mengalah!
“Eh eh. Don’t you dare to bite me! Because I
will bite you after halal. Understood?”
“What?” mulut Zafrel sedikit terlongo
dengan mata membuntang. Boleh tahan jugak awek aku ni. Tak padan dengan tittle yang disandang. Mulut tu aku cium
karang! Selamba je cakap.
Natrah
tekup mulut sendiri. Memandai je cakap! Eee! Apa ni! Lalu Natrah tersengih.
"Nak
kahwin dengan saya ke?" Zafrel angkat kening. Bbibir tersungging dengan
senyuman nakal. Membayangkan Natrah datang kepadanya dengan langkah yang
menggoda.
Natrah
menundukkan muka. Malu. Pipinya juga terasa panas. Bibir tersenyum.
"Senyum
tu tandanya dah ready lah tu nak jadi
isteri saya kan? Hmm... nanti lepas SPM saya datang merisik ya,sayang?"
Zafrel menyakat Natrah lagi. Ketawa lepas dari bibirnya. Suka melihat rona
wajah Natrah yang sudah pink.
I believe you came into my life to show me
what love really means, Nat. You've made my routine day become more meaning.
Kata Zafrel di dalam hati.
***
BEBERAPA BULAN SELEPAS SPM…
Zafrel membuang
sisa makanan ke dalam tong sampah. Kemudian pinggan kosong yang sudah dicemari
sisa kotoran makanan diletakkan di dalam singki. Tangannya lincah membuat itu
dan ini. Selepas tamat persekolahan, dia terus cari kerja. Sudah sebulan dia
kerja di KFC. Puas cari kerja yang lebih meringankan, tapi banyak yang tak
dapat. Jadi kerja ini sajahlah dia dapat. Kerja apa-apa jelah, asalkan halal.
Lagi satu, mana ada kerja yang senang untuk buat duit. Ya dak? Nak tak nak, dia
kerja juga walaupun rutinnya sangat memenatkan.
Sedang
tangannya membasuh pinggan, telefonnya berdering. Cepat-cepat tangannya dibasuh
bersih. Kemudian Nokia miliknya dikeluarkan dari poket. Zafrel memandang kiri
kanan. Takut ada yang memerhati.
“Eh?”
dahi Zafrel berkerut pelik apabila nombor telefon Mak Cik Salina, ibu Natrah
yang terpapar.
“Assalamualaikum.”
Zafrel terus memberi salam sebaik sahaja menjawab panggilan.
“Waalaikummusalam.
Arel…” suara dihujung talian sana kedengaran sedikit lirih.
“Ada
apa ya mak cik call Arel ni?” tanya
Zafrel. Terkejut juga dia apabila bakal mak mentua menelefonnya tiba-tiba
Mak Cik
Salina sudah menangis teresak-esak. Jelas tangisannya meruntunkan.
“Mak
cik, kenapa ni?” berdebar juga dada Zafrel. Pelik apabila tangisan Mak Cik
Salina semakin mendayu-dayu.
“Hello Arel!” suara Pak Cik Osman pula
mengambil alih.
“Ya pak
cik.” Jawab Zafrel. Dalam hati sudah tertanya-tanya mengapa Mak Cik Salina
tidak dapat bercakap dengannya malah, Mak Cik Salina menangis.
“Arel,
pak cik harap Arel jangan terkejut ya dengan apa yang pak cik nak bagitahu ni.”
“Insya-Allah
tak pak cik. Kenapa ni?”
“Arel,
Natrah dah tak ada.”
Bagaikan
halilintar yang membelah bumi. Zafrel bagaikan terhenyak. Apa ni?
“Apa
maksud pak cik?” soal Zafrel seakan tidak memahami apa yang disampaikan oleh
Pak Cik Osman.
Suara
Pak CIk Osman dihujung talian sudah serak dan kedengaran nafasnya dihela
perlahan. “Anak pak cik, Natrah dah tak ada Zafrel. Dia dah meninggal satu jam
yang lepas.Accident.”
Mata
Zafrel membuntang. Telefon dipegangan terlepas. Air matanya tumpah. Mulutnya
ternganga mengeluarkan hela nafasnya.
“Zafrel
apsal ni?” tanya rakan sekerja Zafrel. Dia menepuk bahhu Zafrel perlahan.
Zafrel
memandang rakan sekerjanya dengan pandangan yang berbalam. Air jernih bergenang
di kelopak mata. Tidak tahu bagaimana mahu meluah rasa yang dia hadapi sekarang
ini.
Zafrel
terus keluar dari kitchen. Dia
mengambil kunci motor dan barang-barangnya. Laju saja kaki melangkah
meninggalkan tempat kerja.
“Zafrel!
Kau nak pergi mana?!” jerit Sufian kawan Zafrel apabila melihat Zafrel berlalu pergi
dengan apron dan pakaian kerja.
“Kenapa
tu dengan kawan kau?” tanya seorang lagi teman sekerja. Dia menghulurkan
telefon bimbit Zafrel kepada Sufian. “Ni, mamat tu blah lepas dapat panggilan dari sapa tah. Macam berita sedih je.
Menangis kot kawan kau tu.” Tambahnya lagi.
Sufian
memandang nama yang terpapar di skrin telefon. Mak Cik Salina?
ZAFREL terus pergi ke belakang hospital. Tempat di mana
Natrah berada. Melihat ada susuk tubuh yang dia kenali, langkah Zafrel semakin
perlahan. Keluarga Natrah. Melihat stracher
yang ditutupi dengan plastic hitam
membuatkan jantung Zafrel dilanda debar yang tidak bertepian. Dia cuba
menguatkan semangat.
“Mak
cik.” Panggil Zafrel apabila melihat tubuh gempal itu menunduk sambil mengesat
air mata. Seluruh ahli keluarga Natrah sudah berendam dengan air mata. Mak Cik
Salina mendongak. Kemudian kepalanya tergeleng. Dia menangis lagi.
Pak Cik
Osman memegang bahu Zafrel. “Pergilah tengok dia untuk kali yang terakhir.”
Serak suara itu menuturkan. Sebak yang tidak dapat ditahan, air mata lelakinya
jatuh. Pak Cik Osman terduduk di sisi isterinya. Hanya Allah yang tahu
perasaannya apabila menerima panggilan dari pihak polis bahawa anaknya
meninggal kerana kemalangan.
Plastik
hitam diselak perlahan. Melihat anak rambut Natrah yang keluar dari anak tudung
membuatkan jantung Zafrel seakan mahu
terhenti.
“Nat…”
panggil Zafrel. Matanya tidak dapat menampung empangan air jernih. Zafrel
menangis pilu. Wajah yang dilumuri darah itu dipandang lama.
“Nat…”
panggil Zafrel lagi. Berharap aka nada suara merdu itu menjawab. Bibirnya
terketar-ketar. Tubuhnya menggigil. “Nat bangun Nat.” Ucap Zafrel lagi.
Sepi.
Hanya
kedengaran tangisan keluarga Natrah.
Zafrel
terus terduduk di depan stracher. Air
mata lelakinya tumpah dengan laju. Dia menangis teresak-esak.Ya Allah, dugaan
apakah ini? Kenapa kau bawa dia pergi dari hidupku Ya Rabbi?
Natrah…
kenapa tinggalkan aku? Lirih Zafrel di dalam hati. Dia sudah menopang dagu dengan
kepala lutut untuk menutupi kesedihannya. Tetapi air mata mengalir selaju-lajunya. Terbayang wajah Natrah yang
tersenyum kepadanya. Terngiang-ngiang suara Natrah berkata mesra dengannya.
Segala tingkah laku Natrah bermain di matanya.
“Syuhhh…
Arel…” usapan lembut di bahunya membuatkan Zafrel mendongak.
Puan
Anida cuba mengukir senyuman untuk anak tirinya biarpun air matanya tumpah.
Tangannya naik mengusap rambut Zafrel. “Ibu ada,nak.” Bisik Puan ANida lembut.
Zafrel
tidak tahu apa yang harus dia katakan. Yang dia perlukan sekarang ialah
sokongan. Terus tubuh kurus Puan Anida dipeluk. Wajahnya disembamkan di dada
Puan Anida. Tangisannya tiada henti. Teresak-esak.
“Nat
dah tak ada. Orang yang aku say…” ujaran Zafrel terhenti. Dia tersedu-sedan.
“dah tak ada…” hanya luahan itu yang dapat diucapkan.
Suasana
di luar bilik mayat menjadi hening. Suara tangisan duka kedengaran. Cuaca
menjadi mendung. Menandakan hujan akan menimpa bumi. Seakan-akan turut berduka
atas kehilangan insan yang bernama Nurul Natrah Binti Osman.
AIR mata seakan kering. Melihat tubuh yang sudah dikafankan
memberi seribu satu rasa dalam hatinya. Bacaan Yasin yang dialunkan menambah
kedukaan di hatinya. Esakan dari teman-teman sekelas dengan arwahyarhamah
Natrah menyedarkan Zafrel bahawa tubuh kaku di depannya ini ialah Natrah. Mata
Zafrel hanya memandang satu persatu tingkah rakan-rakan Natrah yang mencium
dahi Natrah. Seakan mengikhlaskan kepergiannya.
Setitis
air mata Zafrel tumpah saat melihat ibu tirinya mencium dahi Natrah buat kali
yang terakhir.
“Arel…ikhlaskanlah
kepergiannya.” Bisik abang Natrah, Saifudin. Hatinya juga sedih akan kepergian
adik tercinta. Dia juga turut bersimpati dengan Zafrel kerana dia tahu betapa
sayangnya Zafrel terhadap Natrah.
Zafrel
membisu. Wajahnya memerah menandakan dia sedang menahan tangisan. Sudah terlalu
banyak air matanya keluar. Sungguh dia tidak sekuat yang disangka. Matanya
terpejam rapat dan setitis lagi air matanya tumpah.
‘Nat,
aku cintakan kau Nat. Aku sayangkan kau. Tapi ternyata, Allah lebih sayangkan
kau Nat. Terima kasih sebab ajar aku erti sebuah cinta dan rindu. Terima kasih
kerana pernah jadi sebahagian dari hidup aku biarpun kau belum halal untuk aku.
Terima kasih kerana menjadi mentari yang menyinari hidup aku. Sama seperti
arwahyarhamah bundaku. Susah Nat untuk aku lepaskan kau. Tapi sebab aku sayang
kau, aku ikhlaskan kepergian kau Nat.
Semoga kau tenang di sana. Aku ikhlaskan. Aku ikhlaskan….’ Lirih suara
hati Zafrel. Bergegar tubuhnya menahan tangisan. Dua tahun dia bercinta dengan
Natrah. Dua tahun dia menyimpan angan untuk menyunting gadis itu sebagai
bidadarinya. Tapi belum sempat Natrah menjadi halal untuknya, Allah telah
membawa Natrah pergi jauh dari hidupnya.
***
“ZAFREL tak turun makan ke Nida?” tanya Encik Mohd Yunus.
Melihat kerusi yang bertentangan dengan isterinya tidak berisi,tahulah dia
Zafrel tidak turun makan.
Sudah dua hari anaknya mengurungkan
diri di dalam bilik. Risau juga dia dibuatnya. Sudahlah dari hospital hingga ke
majlis pengebumian Zafrel tidak banyak bercakap. Masih bermurung atas kematian
Natrah. Bukannya dia tidak tahu Zafrel sangat-sangat sayangkan Natrah. Tetapi
apakan daya? Mati itu tiba tak kira masa. Allah adalah sebaik-baik perancang. Ajal, maut, jodoh dan rezeki semuanya
ketentuan Allah. Aturan Allah itu jauh lebih baik daripada apa yang kita
rancang. Kita cuma hamba-Nya yang kerdil.
Puan Anida menghela nafas berat.
“Chacha cakap Zafrel tak nak bukak pintu langsung. Tak apalah, abang makan
dulu. Biar Nida tengokkan Arel.” Puan Anida bangkit dari duduknya apabila
selesai menuangkan segelas air untuk suaminya.
“Tak apa ke Nida?” soal Encik Mohd
Yunus. Takut kalau-kalau Zafrel melukakan hati isterinya.
“Insya-Allah takkan ada apa-apa.”
Puan Anida tersenyum lalu naik ke tingkat atas menuju ke bilik anak bujangnya.
Dia menggunakan kunci pendua untuk masuk ke bilik Zafrel.
“Assalamualaikum…” ucap Puan Anida.
Dia memandang sekeliling bilik Zafrel. Ini kali pertama dia masuk ke dalam
bilik anak tirinya ini. Banyak gambar-gambar Zafrel dengan arwah emaknya.
Begitu juga dengan gambar arwahyarhamah Natrah. Cantik bergantung di dinding
bilik Zafrel.
“Arel…” panggil Puan Anida lembut.
Dia mendapatkan Zafrel yang sedang duduk di atas katil sambil memeluk lutut.
Wajahnya sedikit pucat dan serabai.
Puan Anida melabuhkan punggung di
sisi katil.
“Kau nak apa?” tanya Zafrel dengan
penggunaan kata diri yang kasar.
Ya Allah, Kau berilah ketabahan
buat anakku ini. Biar pun dia bukan dari rahimku, tetapi kau ubatilah luka
dihatinya. Doa Puan Anida. Dia menyentuh lengan Zafrel.
“Mari turun makan,nak. Ibu masakkan
sayur pucuk ubi masak lemak. Dah dua hari Arel tak makan. Mesti perut Arel
lapar,kan?”
Zafrel memandang muka ibu tirinya
tanpa perasaan. Tiba-tiba terngiang-ngiang suara Natrah di halwa
pendengarannya.
“…. Saya minta satu je dari awak.
Tolonglah buat baik dengan ibu tiri awak. Walaupun awak rasa geram, tetapi
sekurang-kurangnya, mulut awak tu jangan melawan cakap dia. Jangan buat dia
kecil hati.”
Wajah ibu tirinya dipandang lama.
Kejam sangat ke aku terhadap dia selama ini Ya Allah? Mengapa dia masih
melayaniku dengan baik? Muncul pula bayangan arwahyarhamah emak Zafrel di
depannya.
“Mak?” Zafrel bertanya. Dia nampak
emak dia sunguh-sungguh ke ni?
Puan Anida menahan sebak. Ya Allah…
Zafrel bukan sahaja merindui Natrah tetapi juga dia merindui ibu kandungnya.
Puan Anida mengukirkan juga senyuman. Anak muda di hadapannya ini sedang
berhalusinasi mungkin.
Zafrel menitiskan air mata apabila
emaknya memberikan senyuman kepadanya. Wajah yang berpakaian putih itu direnung
dalam. “Mak, Nat dah tak ada mak.” Luah Zafrel.
Puan Anida menyeka air mata yang
menitis di pipi Zafrel. “Zafrel… redha dan terimalah setiap ketentuan Ilahi itu
dengan hati yang terbuka dan yakinlah susunan Allah sentiasa yang terbaik buat
kita semua.”
“Tapi Arel tak sanggup mak. Hati
Arel terluka sangat mak. Mak tinggalkan Arel. Allah gantikan Nat untuk hiburkan
hati Arel. Sekarang Nat dah tak ada, siapa nak sayangkan Arel lagi mak?”
“Arel dah ikhlaskan dia pergi
kan,nak? Tak baik buat Nat macam ni.”
Zafrel angguk.
“Hikmah Allah hilangkan orang yang
kita sayang dari kita sebab Allah nak tunjukkan yang tak semua benda kita
sayang tu milik kita sayang. Supaya kita belajar untuk meletakkan
kebergantungan hanya pada Allah,nak. Walaupun perkara pahit menimpa, walaupun
perkara menyakitkan menjenguk, walaupun perkara sedih datang menyapa. Walau
perkara buruk sekalipun berlaku. Percayalah, akan ada manis di akhirnya. Ini
dugaan untuk Zafrel. Bukan untuk Zafrel aje. Tetapi juga untuk keluarga
Natrah.”
Zafrel menangis untuk kesekian
kalinya. Wajah Puan Anida yang disangkakan ibunya dipandang lama. Kemudian dia
memeluk Puan Anida. Menyembamkan wajah ke dada Puan Anida. Meminta sedikit
kekuatan. Puan Anida tergamam. Sudah dua kali Zafrel memeluknya. Dia berasa
sangat-sangat kasihan terhadap Zafrel. Lalu tangan Puan Anida mengusap belakang
tubuh Zafrel.
Ya Allah, Kau bawa pergilah
kesedihannya. Ya Latiff, Kau berikanlah ketabahan kepadanya. Ya Rahim, Kau
berikanlah kasih sayang kepadanya.
Ayla
3 comments:
Mata msuk habuk..😢best sgt cter nie..
thank you so much dear. Hihi. :D Moga bermanfaat
Tears drop like water fall. Thumbs up!
Post a Comment