SINOPSIS : -
Dia lelaki biasa-biasa saja, tapi apabila menjadi seorang
suami, dia menjadi sangat luar biasa. Nakal, seksi, penyayang dan seorang bapa
yang baik. Itulah Suami Edisi Terhad yang bernama HAZRUL EFFENDI.
“Sayang…”
“Emmm…”
“Kalau makan ikan, lepas tu jangan minum air tau.”
“Kenapa?”
“Takut ikan tu berenang dalam perut.”
Beginilah nasib seorang isteri bernama AZIAN YUHANIS yang
sangat bahagia kerana memiliki seorang suami yang sangat istimewa. Kena buli
selalu! Namun rumah tangga mana yang tidak pernah dilanda gelora? Pasti tak
terlepas dari semua itu. Dugaan datang dari kanan dan kiri.
“Eh, mama tahu. Kamu yang hasut Hazrul, bukan? Kamu yang
hasut Hazrul tinggalkan Menara Holding. Kamu takut Puteri Zahra akan rampas
Hazrul, jadi kamu paksa Hazrul buat keputusan begitu. Mama baru tahu rancangan
kamu. Tak sangka busuk betul hati kamu, Azian. Pentingkan diri sendiri.
Sebab takut Hazrul tak pedulikan kamu, sanggup kamu buat
rancangan jahat macam tu.”
Seorang ibu mentua yang sudah diracuni fikirannya bertindak
mahu meruntuhkan mahligai anak sendiri. Yang tidak-tidak saja dilakukan demi
mengikut arahan si batu api bernama PUTERI ZAHRA.
Berjayakah rancangan kedua-duanya? Atau HAZRUL EFFENDI akan
kekal menjadi SUAMI EDISI TERHAD dalam menghadapi kemelut yang melanda?
MY REVIEW : -
First of all, saya baru tahu ni kisah kesinambungan novel
Kekasih Untuk Dia. So when I read this novel, what I felt?
This is my opinion. Tak tahulah org lain. Masing2 punya cita
rasa berbeza.
Saya tak baca KUD tetibe baca SED kan? So bila bca mmg tak
masuk langsung. Tak kena dgn jiwa. Bahasa yg Kak Marissa guna pun ok
sebenarnya. Cuma pada saya je dia jadi kureng sikit. Maaf ya. My opinion tau.
Lagi2 I just read 200 pages only! Then saya pulangkan semula pada empunya
novel. So mmg x tahu apa jdi kat Azian & Hazrul. Hihi. She said at the back
of the story baru best. But, I refuse to continue reading. Sebab memang tak
boleh nak hayati. Jadi sorry. Apa-apa pun, pada sesiapa yg mengikuti karya
penulis, dialu-alukan membeli. Keep
support Malaysian writing. :D
No comments:
Post a Comment