SINOPSIS :-
Jatuh cinta. Bercinta .Putus cinta . bercinta kembali.
Itu sudah jadi rutin hidup Nur Arissa. walaupun sudah banyak
kali dikecewakan , tetapi dia tidak pernah membenci cinta atau menutup pintu
hatinya . Dia tetap memburu cinta sejati kerana dia percaya , Selagi ada usaha
, dia tentu akan bertemu dengan cinta sejati . Namun , tanpa diduga , dia
terjatuh cinta dengan sahabatnya sendiri , Nazwan Syah .
Cinta perlu dicari . Nak cari cinta kita perlu ada usaha .
Macam mana nak berusaha ? itulah yang dikatakan memburu cinta - Arissa .
Nazwan Syah bukan lelaki yang mudah untuk mencintai
seseorang biarpun dia rapat dan baik dengan Arissa memikat Nazwan . Apatah lagi
cintanya itu sering ditentang oleh dua orang kawan mereka , Luqman dan Sarah ,
yang licik mengatur rancangan jahat mereka. Namun , Arissa tidak peduli . Dia
terus melamar nazwan sebagai kekasihnya .
"Nazwan , jom jom kita dating ; ujar Arissa tanpa
berkias - kias lagi .
"jangan setuju , Nazwan . dia dah gila ," ujar
Luqman mendesak Nazwan menolak .
"jomlah dating," ujar Arissa dengan manja separuh
gedik . "okey," jawab Nazwan pendek.
"what?" sarah dan luqman memandang Nazwan .
"yes!" sorak Arissa gembira.
Namum , Nazwan tidak pernah serius. setelah berlaku suatu
insiden, kedua - dua keluarga berpakat hendak mengikat mereka berdua dengan
tali pertunangan . ketika pertunangan itu berlangsung, Nazwan mengambil
keputusan melarikan diri ke luar Negara . kecewa memang kecewa , tetapi Arissa
tetap menjalani kehidupannya tanpa Nazwan di sisi .
Dua tahun berlalu , ketika hati semakin sembuh , muncul Mr .
Iphone yang menceriakan hari - harinya . Dalam masa yang sama juga , Nazwan
muncul semula dalam hidupnya . mampukah cinta lama berputik kembali ? Dan apa
yang Nazwan sembunyikan daripada Arissa selama ini ?
MY REVIEW :
Cerita ini sangat unik babe! Rugi kalau tak baca. Sebelum tu
cerita ni bukan kisah kahwin paksa okey
walaupun ura-ura nak kahwin paksa tu ada. Mwahaha!
Saya suka penulis mengetengahkan pelbagai watak dalam
penceritaannya.
Watak Arissa yg dikatakan playgirl sgt menjadi. Gaya gedik
dia, gaya bercakap dia, semua menjadi. Rasa mcm real je. Gedik-gedik Arissa
pun, dia bukanlah jenis yang meroyan bila putus cinta. Dia cool je. Putus, dia
cari lelaki lain. Kiranya dia sangat tak berputus asa dlm memburu cinta.
Nazwan Shah pulak. Mak ai dia nix de feeling ke? Mcm patung
mannequin je. First couple dia ialah arwah Natasya. Tapi first love dia
sebenarnya Arissa. Nazwan sangat lembap dalam cinta okey.
Watak Sarah dan Luqman pula. Okey rasa mcm relationship Luqman
dgn Nazwan tu kuat sgt. As a cousin sifat keprihatinan Luqman terhadap Nazwan
tu sgt-sgt menyentuh hati saya. Sebab sepupu sepupu saya pun mcm tu jgk.
Mwahaha!
Apa-apa pun tak rugi beli novel ni. Memang berbaloi-baloi.
Cuma mkn masa sikit utk Nazwan dan Arissa bersama. Hihi. Keep it up writer!
No comments:
Post a Comment