SINOPSIS :-
Pengalaman lalu mengajar Yuhanis tentang erti
perbezaan taraf hidup. Akhirnya Yuhanis menjadi seorang wanita yang terlalu
berhati-hati dan mementingkan rasional berbanding emosi.
Kerana sikapnya itu, dia terlepas pandang terdapat
insan yang menyayanginya dalam diam.
Namun, pemberian kotak kecil berbalut rapi dengan
ikatan reben berwarna keemasan tanpa nama penerima amat mengejutkan Yuhanis.
Bertambah tidak percaya apabila kata-kata lamaran disertakan sebentuk cincin
yang ada di dalam kotak kecil tersebut datang daripada sang pria terhangat di
pasaran.
“Kenapa ni?” - Tengku Zaril.
“This is yours?” - Yuhanis.
“Adakah saya nampak macam lelaki yang memakai cincin
perempuan? You must be joking.” - Tengku Zaril.
“Saya tak bergurau tapi tengku yang bergurau!” - Yuhanis.
“I proposed you, Cik Yuhanis.” - Tengku Zaril.
Kata orang cinta itu bukan sekadar ucapan, tetapi
jika tidak diungkapkan, ia juga tidak akan lengkap dengan sendirinya. Jika
cinta tidak diluahkan, ia tidak akan ke mana-mana. Jika cinta hanya sekadar
luahan, ia menjadi kosong dan tidak bermakna.
“Just say ‘yes’ and we’ll begin.” - Tengku Zaril.
“Takkan semudah itu.” - Yuhanis.
Lalu… Mampukah cinta yang harus memiliki itu dapat
dirasai oleh Yuhanis dan Tengku Zaril?
Atau mungkin Yunanis masih ada kesangsian cinta
Tengku Zaril terhadap dirinya?
MY REVIEW :-
Novel ni unik. Itu yg Ayla rasa bila Ayla baca novel
ni. Novel ni tak sama macam novel lain. It’s unic. Sebab?
Biasa kalau baca novel kahwin paksa kan, mesti tidur
asing-asing. Pastu dah ready baru tidur sekatil. Tapi novel ni, nak buat apa
nafikan pasangan yg sudah halal, kan? So, they just follow the flow of fate.
Novel ni pun complicated jgk sebenarnya. Takkan
pernah faham hati perempuan yg bernama Yuhanis. Rasa kasih & cintanya utk
Kuril mcm samar2 je.
Pape pun tahniah kepada penulis sebab novel ni bakal
diadaptasikan. I can’t wait! Mia Ahmad & Syarul Ridwan kot!
I still enjoy reading this novel. Keep it up writer!
No comments:
Post a Comment