Tuesday, 20 January 2015
Review Novel : Bila Nak Saksi - Rehan Makhtar
SINOPSIS :-
YUSUFF, seorang lelaki yang tiba-tiba muncul dalam hidupnya sebaik saja abah dan mama memberikan kebebasan kepada dirinya.
Pertemuan pertama dan seterusnya itu sangat menyakitkan hati Jelita. Tanpa dia sedar, sebenarnya semua pertemuan itu sudah dirancang dengan rapi.
“Jatuh awak boleh diangkat. Jatuh hati, siapa nak bertanggungjawab?” - Usop
“Ikut hatilah nak jatuh kat mana pun, janji jangan jatuh dekat awak sudah!” - Jelita
Tapi, kalau benci dan tak suka, kenapa mesti ada rasa yang tak mampu diungkapkannya? Adakah ini cinta? Jika cinta, apa tandanya? Sesungguhnya, Jelita memang tidak tahu apa-apa tentang makna cinta. Dia cuma tahu bahawa cinta dan rindu itu selalu menyakitkan pada insan yang mengalaminya.
“Sampai bila kita nak rahsiakan pernikahan kita daripada keluarga awak, Lit? Bila nak saksi awak nak menyerah?” –Yusuff
“Saya tak tahu pun yang saya dah kahwin.” – Jelita
Kehadirannya dengan gelaran seorang suami menyebabkan Jelita sukar hendak menerima kehadiran lelaki yang sangat asing buat dirinya. Tapi kerana desakan semua, akhirnya dia terpaksa menyelidik sendiri. Bagaimana pernikahan ini boleh terjadi tanpa pengetahuannya? Siapa dalangnya? Abah, mama, Abang Jeff atau Kak Shima?
MY REVIEW :-
BEST GILA KOT! Bahasa Kak Rehan Makhtar guna memang selamba gila. Brutal. Dengan sikap Yusuff yg caring gila, betul-betul buat pembaca cair. For me la. Sebab mmg melting dgn sifat penyayang Yusuff. Hihi.
Perangai Jelita ni kasar sikit, tapi memang kelakar. Comel je Ayla rasa si Jelita ni.
So grab this novel memang no regret la. Karya RM memang tak pernah menghampakan.
Keep it up writer!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment