Tuesday, 20 January 2015
Review Novel : Suamiku Paling Sweet - Anjell
SINOPSIS :-
“Mama... Nak tolong tu memanglah boleh. Tapi ada ke patut suruh Sya jadi orang gaji rumah dia? Waaa... Mama,
Sya goreng telur pun boleh terbelah lima kuali, tahu tak?”- QISYA IRIS
Rela dalam paksa, Qisya terpaksa mengikut kata mamanya, menjadi orang gaji di rumah kawan mamanya. Dua bulan.
Namun, sudah cukup untuk mengubah hidupnya bila dia terpaksa menjadi isteri dan mummy orang dalam usia yang cukup muda, 22 tahun.
Marah. Benci. Tak boleh terima kenyataan. Cukup membayangkan perasaan Qisya sehingga hampir sahaja Izz Haikal diterajangnya pada malam perkahwinan mereka. Tapi, berbeza pula dengan penerimaan Izz. Hanya tenang dan menerima semuanya.
“Macam mana cincin ni ada kat sini?” - IZZ
“Macam mana cincin ni ada kat sini? Sebab dia tak ada dalam kotaklah.”- QISYA
“Wrong answer. Cincin ni ada kat sini sebab dia dah temui pemilik dia.”- IZZ
Cincin tersarung di jari Qisya menandakan kesudian Qisya untuk terus hidup bersama Izz.
Hari demi hari berlalu, cukup untuk Izz leburkan hati Qisya. Diikutkan saja kepala isterinya yang masih remaja itu.
Baik, penyayang, penyabar, romantik. Pendek kata Izz sangat sempurna pada Qisya.
Sampaikan kalaulah boleh diceritakan kepada semua orang, nak saja dia bukukan, letak tajuk
Suamiku Paling Sweet sebab memang dia rasa Izzlah suami yang sangat sempurna padanya. Dan Qisya tahu satu rahsia besar! Rahsia
yang buat air matanya tak henti-henti mengalir. Rahsia yang buatkan Qisya mahu cium tangan Izz untuk meminta keampunan.
Buatkan dia mahu peluk Izz ketat-ketat sebagai tanda terima kasih tak terkira. Sesungguhnya Izz tahu segalanya.
MY REVIEW :
Karya Anjell memang tak pernah menghampakan la brader! Best giler. Bahasa yg santai mampu mencuit hati para pembaca. Plot cerita yg menarik sehingga buatkan pembaca saspens. Asyik nak baca je. Nak tahu apa jadi kat Qisya & Izz. Ank Izz iaitu Hafiy tu comel la awak. Geram tau Ayla.
Grab this novel asap tau. Sebab mmg tak rugi. Sweet-romantic-tale lah brader. Confirm!
Dlm manisnya sebuah cerita cinta, pasti ada pahitnya juga, kan? Kesian gila kat Qisya masa mengandungkan ank pertama dia. Dua insan yg dia sayang, bertarung nyawa utk hidup. Part ni sedih gila. Bergenang air mata. Tusk. Tusk. Tusk. Buat malu kawe je. haha!
Pape pun, keep it up Anjell. Your writing is daebakk! Ayla tunggu the next baby from her.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment