THARA menguap beberapa kali apabila mata terasa mengantuk
membaca novel The year I Met You oleh
Cecelia Ahern. Mata memandang jam dinding sekilas. Earphone yang dipasang dicabut dari telinga. Penat dia menunggu
kepulangan Ammar. Janji nak makan malam sama-sama kat luar. Tapi ni dah pukul
10 malam. Perut yang bekeroncong minta diisi dibiarkan kosong. Hilang mood makan. Mata memandang tiga bilah
kipas di atas syiling. Ruang tamu yang dipasang air cond itu cukup mendinginkan tubuhnya. Terus mata yang letih
terpejam rapat.
Tepat
pukul 12.00 malam, Ammar pulang ke rumah. Audi R8 miliknya di parking elok di porch. Kemudian dengan langkah yang
lemah longlai, dia masuk ke dalam rumah. Lampu yang masih terpasang itu
menandakan ada seseorang di ruang tamu. Ammar mengunci pintu rumah kemudian
langkah di atur menuju ke sofa di tengah-tengah rumah.
Mata
yang berpinar keletihan tadi terus berasa segar sebaik sahaja melihat wajah
isteri tercinta. Melihat pakaian yang tersarung elok dengan shawl yang masih di kepala, Ammar
menghela nafas berat. Dia berasa bersalah kerana memungkiri janji. Terlalu
banyak urusan yang perlu dia uruskan di pejabat sehingga lupa akan janjinya
mahu menemani Thara makan malam di luar.
Tali
leher yang sudah longgar itu, ditarik. Lengan baju kemeja dilipat hingga ke
siku. Stoking di kaki ditarik
kemudian dicampak merata. Briefcase
di letakkan di atas meja Jepun yang terletak di depan sofa. Novel yang ada di
perut Thara diletakkan di atas meja yang sama. MP3 juga.
Kemudian,
satu ciuman hinggap di dahi Thara. Tangan naik mengusap pipi Thara. "I love you, May."
Perlahan-lahan
shawl di buka. "Macam manlah you
boleh tidur dengan tudung atas kepala. Tak panas ke?" Ammar membebel
sendirian.
Ammar
terus mencempung tubuh Thara yang kelihatan begitu lena mengulit mimpi. Masuk
ke dalam bilik Thara, dia meletakkan gadis itu di atas katil selembut mungkin.
Mata lelakinya
memandang Thara serba tak kena. Satu lagi kucupan hangat diberikan ke atas pipi
Thara. Kemudian turun ke hidung Thara. Tangan menguak rambut Thara yang
terjuntai menutupi mata si isteri.
Isterinya
cantik!
"Kenapa
buat I macam ni May?" bisik Ammar perlahan.
"Kenapa
you seksa I? Tak boleh ke kita hidup macam orang lain? Bahagia?" Ammar
berborak sendirian.
"I wish I could hug you all day."
Ammar mengusap pipi Thara yang lembut dan
mulus itu.
"I
nak jadi bayang-bayang you setiap kali you sendiri, May. I boleh pinjamkan bahu
I setiap kali you menangis. I boleh jadi bantal untuk you setiap kali you
perlukan kehangatan. Tapi, you langsung tak
pernah nak terima semua tu,kan? I
never beat Sadiq in your heart even you're mine." Satu lagi kucupan
hangat jatuh ke dahi Thara.
Thara
mengiring membetulkan posisi tidur. Tidak semena-mena, tangan thara memeluk
pinggang Ammar. Ammar kaget. Dalam masa yang sama, jantungnya berdegup kencang.
Pelukan yang erat itu membuatkan adrenalinenya meningkat tiba-tiba.
Thara
berasa pelik. Kenapa bantal aku jadi keras tak empuk-empuk? Eh kejap! Bukan aku
tidur kat sofa? Mana ada bantal? Thara sempat bermonolog di dalam hati. Mukanya
terasa hembusan panas di wajah. Eh? Thara semakin pelik. Matanya dibuka
perlahan.
"Mama!!!!"
Jerit Thara apabila melihat mata Ammar yang terbeliak memandangnya! Terus dia
jatuh terjelepok ke lantai.
"Apa
you buat ni?!" tengking Thara bangun dari jatuhnya. Terkejutnya subhannallah!
"I
tak buat apa-apa pun. I cuma tengok you je!" Ammar bangun dari katil
Thara. Wajah Thara yang memerah itu dipandang.
"Berapa
kali I nak cakap dengan you jangan sesuka hati sentuh I! I tak suka!"
"I
cuma bawak you masuk bilik. Kesian dengan you tidur kat luar tu."
"Buat
apa nak kesian dengan I? You pergilah duduk office
you sana. Tak payah balik rumah. Tak pun bawak kain baju you tidur kat club sana. You kat suka lepak
sana!"
"May,
I'm sorry sebab tak dapat nak bawa
you keluar makan."
"Keluar
Am!" Jari telunjuk Thara menunjuk ke arah pintu.
"May,
I minta maaf."
"You
buat apa pada I tadi? Honest."
"I..."
Ammar hilang kosa kata. Takkanlah nak cakap aku kiss dia? Tapi bukannya salah pun kiss dia.
"You
buat apa?" desibel suara Thara meninggi. Air mata rasa nak tumpah.
"Is it wrong if a husband kissing his
wife, May?" Ammar merenung mata Thara dalam-dalam.
"Tak
salah. Tapi kalau you yang kiss I itu
jadi masalah. I told before, don't you
ever-ever touch me! I felt disgusted! So get out from my room now!"
Menggigil tubuh itu menahan amarah. Dia terus menolak tubuh Ammar keluar dari
biliknya.
"This is the reason why I have to find
another woman, May. You never fulfill my desire." Ujar Ammar sebelum
pintu bilik Thara dihempas kuat. Bukan niat dia nak berkata begitu, tetapi
Thara langsung tidak memikirkan perasaan dia.
Sampai
bila-bila pun, dia adalah suami tak dianggap.
***
SUASANA hingar-bingar dengan pengunjung yang terkinja-kinja
dek alunan muzik keras yang membingitkan telinga telah menjadi makanan harian
lelaki yang bernama Ammar Habib ini. Sebilangan gadis dan pemuda leka meneguk
minuman keras dan ada di antara mereka sudah terhuyung hayang kemabukan. Gadis
dan pemuda yang langsung tidak mempunyai sebarang ikatan seronok memuaskan hati
masing-masing. Keseronokan tanpa batasan itu bagaikan tiada penghujungnya.
Di satu
sudut, kelihatan Ammar sedang hanyut di belai oleh seorang gadis. Entah gadis
pingitan mana agaknya yang tiba-tiba datang menyendeng dengannya pun dia tidak
kenal. Apa yang pasti dia seronok apabila dibelai begitu. Walaupun ada isteri
sendiri di rumah, tetapi tak mampu nak belai dia buat apa?
“Am kau
tak balik ke?” tanya Haizad pelik.
“Kejap
lagilah. Aku belum habis layan parti lagi.”
“Bini
kau kat rumah dengan siapa wei? Kau ni dah kahwin pun buat perangai. Tak cukup
ke bini kau tu sampai kena pergi club
setiap malam? Nama je dah jadi suami orang.”
“Ek
eleh, relaks lah bro. Aku enjoy the party
je pun. Bukannya aku tarik minah-minah ni pergi katil.” Ammar ketawa kecil.
Matanya terbuka sekejap kemudian terkatup semula.
“Sadislah
aku tengok kau ni bro.” Haizad menggeleng. Dia terus bangun dari duduknya dan
memapah Ammar supaya keluar dari Zouk.
Thara
menutup al-Quran sebaik sahaja tamat mengaji surah al-Rahman. Dia meletakkan rehal
dan al-Quran di tempat yang sepatutnya. Kemudian matanya dipanahkan ke arah jam
dinding, sudah hampir pukul empat pagi tetapi Ammar masih belum pulang. Setiap
hari lelaki itu dengan dunia foya-foyanya. Semenjak berpindah, tinggal di rumah
mereka sendiri. Perangai Ammar makin teruk. Bukan makin membaik!
Loceng
rumah berbunyi. Thara tahu siapa. Cepat-cepat dia menanggalkan kain telekung
kemudian berlari ke muka pintu. Tubuh Ammar yang lembik dipapah Haizad
dipandang dengan rasa kesal. “Mari masuk Zad.”
Haizad
terus menghempas tubuh Ammar ke atas katil apabila tiba di dalam kamar lelaki
itu. Wajah Thara yang masih dalam pakaian telekungnya dipandang sekilas ‘Haish,
dapat bini punya alim lawa, tapi perangai kau tak semenggah.’
“Terima
kasih Zad.” Thara tersenyum memandang Haizad. Sudah seminggu Haizad menghantar
Ammar pulang ke rumah dalam keadaan mabuk. Sebelum-sebelum ni Ammar tidaklah
mabuk seteruk ni. Entah apa yang menganggu fikiran jejaka itu sampai mabuk
teruk.
“It’s okay Thara. Am ni kawan I. I
takkan biarkan dia drive sendiri.”
Thara
tersenyum manis. Dia menghantar Haizad sampai ke muka pintu.
“Thara…”
“Hmm…”
Haizad
berdiri di depan pintu. “Actually,
dah lama I nak bagitahu you perkara ni.”
“Perkara
apa?” Tanya Thara polos.
“What was happened between you and Am, I
pun terbabit sama. I minta maaf. Semua tu rancangan Ammar nak perangkap you as her wife. But, believe me Thara,
Ammar cintakan you."
Thara
tersenyum tawar. Dia tahu semua ni rancangan Ammar. Tapi tidak pula dia tahu
Haizad juga terlibat sama. “Tak apalah Zad. Benda dah jadi. Dah tertulis jodoh
saya dengan dia. Tapi soal dia cintakan saya tu…”
“Yes he did,Thara. I tak pernah nampak Am
teruk macam ni. Tapi sejak dia kenal you,perangai dia kadang-kadang tak
terduga.”
Thara
terkelu. Otaknya ligat memikirkan tingkah Ammar. Sejak berkahwin dengan dia,
perangai Ammar bukan makin elok, tapi makin buruk. Kadang-kadang, dia tertanya
sendiri mengapa Ammar begitu? Teruk sangat ke aku sampai Ammar jadi lebih teruk
dari sebelumnya?
“I
balik dululah.” Ucapan Haizad menyentak lamunan Thara. Thara mengangguk laju.
“Hati-hati
Zad.” Pesan Thara sebelum kelibat Haizad menghilang.
Thara
kembali masuk ke dalam bilik Ammar. Walaupun duduk serumah, sebumbung, tetapi
mereka tidak sebilik. Wajah Ammar yang terlena itu dipandang sayu. Wajah Ammar
kacak. Tubuh Ammar tinggi. Dada Ammar bidang. Ammar memang jejaka yang sekali
perempuan tengok boleh cair leleh. Tapi, rupa fizikal seseorang itu bukanlah
penentu kepada kebahagiaan. Akhlak peribadi yang mulia itulah yang menjadi
ukuran untuk menuju kebahagiaan. Macam sekarang ni. Dia berkahwin dengan jejaka
yang rupawan lagi hartawan, tetapi ‘akhlakwannya’? Semuanya ke laut. Macam mana
dia nak bahagia?
Tanpa
sedar, tangan Thara naik mengusap pipi Ammar yang ditumbuhi beard nipis. Ya, Ammar macho dengan beard nipis di wajahnya. Kalau beard
tu tak ada, hilang ke-macho-an dan
keseksian dia wajah Ammar.
“Kenapa
dengan you,Am? Kenapa susah sangat I nak faham you?” Nafas berat dihela
perlahan. Dia tak faham Ammar dan mungkin takkan pernah faham perasaan lelaki
itu.
Melihat
cincin emas putih yang tersarung di jari manisnya, Thara jadi sebak. Air
jernihnya bergenang di kelopak matanya. “Please,
tell me how to make us get eternal happiness,Am?” Thara memejamkan matanya.
Perit dan kecewa. Itu yang dia rasa. Kemudian air mata yang jatuh menitis,
diseka. Kenapa aku perlu menangis untuk lelaki macam Am?
***
AMMAR tersedar apabila terasa cahaya matahari menimpa
wajahnya. Terpisat-pisat dia bangkit sambil menenyeh mata. Iphone5 yang
terdampar bersebelahan dengannya digapai lalu melihat jam. Sudah pukul 10.50
pagi. Dia menggeliat sebentar menghilangkan lenguh badan dan membetulkan urat
saraf. Tiba-tiba Ammar terasa pelik. Dia melihat tubuh sendiri.
‘Eh dah
berganti baju? Siapa gantikan?’
Tubuh
yang tersarung pijama biru lembut dipandang aneh.
“Takkanlah May yang tukar?” kata
Ammar sendirian. Kebiasaannya kalau dia bangun dari tidur tubuh masih lagi
tersarung baju semalam. Tapi hari ni? Thara yang tukar ke? Wah! Ammar tersengih
sendiri. Terus kaki menuju ke bilik air untuk mencuci muka.
Lima
minit kemudian, Ammar terus ke dapur. “May…” panggil Ammar. Hari ni hari
minggu, jadi sah-sah lah isterinya tak ke mana-mana.
Terdengar
namanya dipanggil Thara hanya diam tidak menjawab. Ammar lelaki pelik yang
panggil dia May. Bila suruh sebut nama Thara tak nak. Sibuk juga nak panggil
May. May, May, ingat dia lahir bukan Mei
ke? Mungkin May tu singkatan untuk Mayumi agaknya.
Thara mencedok sedikit kuah masak
lemak cili api yang sudah hampir siap itu. Hmm… sedap. Thara tersenyum sendiri.
Hidup di Madison mengajar dia erti berdikari. Kalau dulu memang dia fail bab-bab masak. Tapi bila dah duduk
kat negara orang, terpaksalah belajar memasak sendiri. Masak campak-campak asal
ada rupa.
“Isteri
I buat apa ni?” Ammar merangkul pinggang Thara. Rambut Thara yang wangi itu
dicium. Hidungnya rapat dengan leher jinjang Thara.
Terkaku
Thara dibuatnya. Seriau rasanya. Matanya juga terkebil-kebil apabila menerima back hug dari Ammar. “Err… Am… I busuk.”
Ammar
tersenyum lalu mencium pipi kiri Thara. “Mana ada busuk. Wangi je I bau.”
Eh
setan mana pulak dah rasuk Ammar ni? Tetibe miang merenyam ni pasai pa?
“Lepaslah.”
Thara melepaskan diri dari dirangkul oleh Ammar. Api dapur dimatikan apabila
yakin ayam masak lemak cili apinya sudah siap masak.
Ammar
berdecit. Dia memandang Thara yang sudah jauh sedikit dari dia. Kecewa.
“Kalau
you nak sarapan, I dah sediakan roti bakar dengan butter tadi. Ada atas meja tu. Tapi dah sejuk. Kalau nak panas, you
masukkan dalam microwave. Air kopi
pun ada. Tapi dah sejuk,” acuh tak acuh saja Thara memberitahu Ammar. Tangan
lincah mencampak pelbagai jenis sayur ke dalam kuali. Nak masak sayur goreng
campur.
“May,
you yang tukarkan baju I ke?” tanya Ammar tiba-tiba.
“Auch!”
Thara menjerit kesakitan apabila lengannya terkena kuali dek terkejut dengan
pertanyaan Ammar.
Ammar
terus meluru mendapatkan isterinya. “You okey?” lengan Thara ditarik lalu terus
dicucur air paip.
Thara
terpempam. Ni Ammar ke? Dah kena posyen
apa mamat ni? Bukan posyenlah Thara.
Ammar memang selalu risaukan kau! Kau je tak sedar. Suara hati lain berbisik.
“May,
you okey tak? Kalau tak okey I bawak pergi klinik.” Kata Ammar gusar. Lengan
Thara yang luka dibelek-belek.
Mata
Thara tepat memandang wajah suaminya. Jantungnya terasa berdetak lebih laju.
“Kenapa?” perlahan suaranya berkata.
Ammar
memandang tepat ke anak mata Thara. Mata mereka bersabung. Degupan jantung
mereka seakan sama rentaknya.
Kotak
fikiran Thara ligat berputar. Pandangan dan detak jantung yang sama saat dia
terpandangkan Ammar.
“Ouch…”
Thara menyentuh dahinya apabila terasa ada sesuatu yang melanggarnya.
“Sorry…”
Berderau darah Thara apabila
mendengar suara garau itu. Thara mendongak melihat wajah yang memohon maaf itu.
Terkejut bukan kepalang Thara dibuatnya apabila mendapati jarak antara mereka
cuma beberapa inci. Dan lebih mengejutkan Thara, lelaki dihadapannya ialah si
‘dia’ yang selalu dia stalker! Lengan si ‘dia’ mengepung tubuh Thara. Keadaan lif sangat sesak. Thara hanya mampu
menundukkan wajah. Jantungnya berdup dap dup dap.
“You look pale.” Suara garau itu
berbunyi lagi tetapi perlahan nadanya.
“Huh?” Thara mencari mata suara
garau itu. Mahu tak pale?
Pemilik suara itu tersenyum pada
Thara.Jelas menunjukkan barisan gigi yang tersusun cantik. Omo! Thara cair!
“And now you has rosy cheeks on
your face.” Dia sengih melebar lagi.
Thara menundukkan wajahnya
daripada ditenung oleh jejaka itu. Sumpah! Jantung rasa nak terkeluar. Tak
sangka dapat jumpa si ‘dia’ in the real life. Selalu dok stalk je kat IG dia.
Tapi hari ni? Hari ni? I met him!
@@@
BUK! Kali ini belakang
tubuh Thara terlanggar sesuatu dan dengan keadaan tubuh yang tidak stabil serta
kasut tumit tinggi yang runcing itu Thara seakan mahu jatuh.
“Ahh…” Thara membuka mulut nak
menjerit.
Tetapi belum sempat tubuh
ramping itu menyembah lantai, ada tangan sasa yang menyambutnya dari jatuh.
Mata Thara membulat. Darah seakan membeku. Jantung bagaikan terhenti. Nafas
seakan tersekat.
“Miss are you fine?” tanya
Ammar.
Tubuh Thara terus tegak macam patung
mannequin. Thara berpaling dan terus melangkah laju. Jantung macam nak pecah
dipalu-palu. Malu!
Satu
persatu kenangan dahulu diimbas kembali.
“Eyes
can’t lies dear. Sejak kita berjumpa lagi, saya tahu Ammar tak suka dengan
hubungan kita. Besides, he already told me that he love you.” Itu kata
Sadiq.
“… But, believe me Thara, Ammar cintakan
you.” Itu kata Haizad.
"Congrats Thara. You sucess tackle his
heart. You have him whole heart for your whole life. You are the one who makes
Ammar's life come to life.” Itu kata Dahlia.
Ya
Allah! Close together or far apart,
Ammar sebenarnya selalu ada dihatinya. Tapi kenapa dia tak nampak?
“Thara!”
panggil Ammar kuat menyentak lamunan Thara yang panjang. Penat dia memanggil
May, May, May. Tapi wanita itu hanya berdiri kaku. Keras. Mata wanita itu
asyik memandangnya.
Thara
terus menarik lengannya dari Ammar. Matanya terkebil-kebil. Tubuhnya
dipalingkan dari terus menghadap Ammar. Apron dibuka. Api dapur dimatikan. Niat
nak masak sayur goreng campur terbantut bila sayur goreng campur tu pun dah
hitam.
“May!”
panggil Ammar apabila Thara terus masuk ke dalam bilik. Ammar mengerutkan dahi.
Pelik dengan tingkah wanita itu.
Pintu
bilik dikunci. Thara melurut jatuh tersandar di pintu. Dada dah mula terasa
sesak. Pandangan mula berbalam dengan air matanya bertakung di tubir mata.
Tangan naik menutup mulut yang mahu menghamburkan tangisan kuat. Air mata terus
pecah tanpa dipinta. Bahunya terhenjut-enjut. Dia tidak tahu rasa apakah yang
dia alami ini. Kenapa perlu dia menangis? Kenapa perlu dia rasa ‘rasa’ ini?
Bukankah ‘rasa’ ini pernah menjadi milik Sadiq suatu ketika dahulu? Kenapa
begitu mudah ia berubah?
“May!
Bukak pintu ni! You okey tak? I bawak pergi klinik ya?” jerit Ammar di luar
bilik. Jelas dia sangat risaukan Thara.
“Am
tolonglah jangan baik dengan I…” ucap Thara lembut serta lirih. Dia takut suatu
hari nanti, dia tidak mahu melepaskan Ammar sekiranya lelaki itu mahu dia pergi
dari hidupnya.
“May
janganlah macam ni. Jangan takutkan I. Bukaklah pintu ni.” Ammar mengetuk pintu
bertalu-tallu tetapi Thara hanya tersandar lemah di pintu. Langsung tidak mahu
membukanya.
“Am, I okay. Please stay away from me for a
while. I just need some times. I’m…” Thara memandang foto perkahwinan yang
tergantung indah di dinding kepala katil. “I
want to bath first. Don’t worry about me.” Kata Thara seraya bangun dari
sandarannya.
Thara
mencapai pula foto yang ada di atas meja solek. Foto dia dan Ammar semasa akad
nikah. Wajah Ammar yang sedang tersenyum lebar itu dipandang. Ya Allah!
Lihatlah senyuman Ammar. Jelas menunjukkan yang dia cintakan kau, Thara.
Lihatlah kebahagiaan yang terpancar di wajah Ammar. Tapi kau?
Thara menangis pilu. Am I fell in love with him? Am I too
ruthless to him?
***
AMMAR duduk di depan TV sudah
hampir sejam. Kelibat isterinya juga tidak kelihatan. Dia sendiri pelik mengapa
Thara begitu. Lauk-pauk yang dimasak Thara sudah lama dia hidangkan. Mungkin
sudah sejuk barangkali. Tubuhnya masih lagi tersarung baju tidur. Belum mandi.
Perut dah berkeroncong minta diisi. Tapi dia nak makan dengan Thara.
“Am?” panggil Thara lembut. Dia
berdiri di belakang Ammar yang sedang menopang dagu di sofa.
Mendengar suara yang
ditunggu-tunggu, Ammar terus bangkit dari duduknya “You dah siap mandi May? Jom
kita makan. I laparlah.” Ammar meletakkan tangan ke perut menandakan dia lapar.
Thara senyum tawar. Kesian
Ammar. Dia tunggu aku. “Okey jom. I hidangkan kejap ya?” Thara menuju ke dapur.
Tetapi matanya terpaku saat melihat meja yang sudah penuh dengan lauk.
Ammar terus menarik kerusi
untuk Thara. “I tolong you hidangkan makanan. Jom makan.” Ammar mengukirkan
senyuman untuk isteri tercinta.
Thara sudah serba tak
kena. Dia mencedokkan Ammar nasi lalu dituangkan air ke dalam gelas untuk
Ammar.
“Sorry.” Ucap Thara sebaik sahaja melihat Ammar menyuapkan nasi
berlaukkan hanya ayam masak lemak itu.
“Untuk apa?”
Thara juihkan bibir kea
rah lauk ayam masak lemak cili api. “I cuma masak tu je.”
Ammar tersenyum memandang
isterinya. Tangan kirinya menguak juntaian rambut Thara. “It’s okay. Ni pun dah cukup. Perut I kecik je.”
Thara menolak tangan kiri
Ammar. Dia tidak selesa dengan pandangan mata Ammar. Thara terus menyuapkan
nasi ke dalam mulut. Ada sesuatu yang perlu dia bicarakan. Tetapi bagaiman mahu
meluahkannya?
“Am…” panggil Thara
lembut.
“Hmm?”
“Sampai bila you nak macam
ni? I mean, kita. How long we’ll be like this?” Thara
sudah serba tak kena. Dia memandang reaksi Ammar.
Kunyahan Ammar terhenti.
Semenjak berkahwin, Thara tak pernah menyoalkan tentang ini. “What’s wrong with our relationship dear?”
tanya Ammar dengan kening terjongket.
“Am, you knew what I felt towards you. And you knew this marriage was
not…” kata-kata Thara terhenti.
Ammar menunggu bicara
dari isterinya. Tak dapat nak tunggu,
Ammar terus berkata, “Am I too bad for
you Thara Mayumi?” soalan jujur dari hati.
“Huh?”
“You are not happy with our marriage. I nampak dari mata you.”
“How are we going to be happy kalau kita berdua tak sehaluan dan
sependapat Am? You dengan hidup you, I dengan hidup I. You langsung tak cuba
untuk berubah. Even I dah jadi isteri
you pun, you still dengan aktiviti
jahiliah you. Sedangkan I? I’m trying my
best to be a good wife. Semua kata you, I turutkan.”
Ammar tersenyum sinis. Trying to be a good wife konon. “Frankly I said, yes you are the good wife.
Makan, pakai I you jaga. Semuanya tentang I, you jaga. Tapi pernah tak you jaga
batin I? You’re just taking care of my
zahir May. You buat I macam majikan you.”
“So, there’s the point. You kahwin dengan I just nak puaskan nafsu
you. Macam tu? Kenapa you tak rogol je I malam tu? Kenapa you perlu perangkap I
macam tu?”
Ammar menumbuk meja makan.
Berdeting bunyi sudu berlaag dengan pinggan. Air di dalam gelas juga tumpah.
“Kalau I buat macam tu,
jawapannya memang you perempuan murahan di mata I,May. Tapi I tak buat macam tu
pada you sebab you adalah bidadari dalam hidup I. I takkan usik sesuatu yang
mahal tanpa keizinan dari tuan empunya badan. Takkan tu pun you tak boleh nak
faham lagi?”
Ammar terus bangkit dari
duduknya. Dia terus menuju ke singki. Hilang mood nak makan. Perlu ke Thara berbincang hal rumah tangga depan
rezeki? Kaki melangkah naik ke bilik. Marah dengan Thara yang lansung tak faham
perasaan dia.
“Bagus Thara! Apa yang kau
dah buat ni?” Thara berbicara sendirian. Pinggan milik Ammar yang isinya tidak
luak itu dipandang kesal. Haish! Thara,
you have to do something! Dahlia! Mungkin Dahlia boleh tolong.
***
“AMMAR kau buat apa kat sini?” tanya Azrael, kawan Ammar.
Terkejut dia apabila melihat Ammar berada di depan pintu rumah kayunya.
“Az,
aku nak tumpang rumah kau seminggu dua boleh?” muka separuh merayu itu
bertanya.
“Masuklah
dulu.” Azrael membuka pintu rumah seluasnya. Dia membantu membawa masuk beg
Ammar.
Ammar
melangkah masuk ke dalam rumah kayu itu. Azrael ialah kawan Ammar semasa mereka
belajar di Sunderland. Antara ramai-ramai kawan, Azrael ialah sahabat yang
tinggi didikkan agamanya. Mungkin Azrael boleh membantunya kali ini.
“Kau
kenapa ni bro? Tak beritahu pun nak datang Johor.” Ujar Azrael. Pelik melihat
barang Ammar yang banyak. Ni nak tumpang seminggu dua ke bertahun-tahun?
“Az,
kau sorang je boleh tolong aku.” Ammar duduk di atas sofa rotan. Selepas
bergaduh dengan Thara siang tadi, dia buat keputusan yang dia perlukan waktu bersendirian.
Begitu juga dengan Thara. Thara langsung tak tahu dia Johor. Kebetulan pula dia
pergi bila Thara keluar rumah.
“Kau
nak aku tolong apa ni? Terdesak gila aku tengok. Aku ni bukannya kaya mana nak
tolong kau. Daddy kau dah bankrap ke?” Azreal menebak lagi.
“Hish
kau ni! Bukan tulah.”
“Habis
tu?”
“Tolong
ajar aku macam mana nak jadi suami yang terbaik.”
“Hah
apa?” permintaan tolong Ammar itu membuatkan Azrael terlongo.
# P/S : Assalamualaikum. Sorry sebab baru dpt update sbb Ayla tersgtlah busy. Ni pun baru balik dari Sg.Buloh. Hantar kakak yg paling disayangi sambung belajar. Omo! Sungguh ku tak sanggup berpisah dgnnya. Thanks for reading. Maaf sekiranya ada salah dan silap dlm penulisan Ayla. Mohon maaf sesgt. Tak smpt nk check smula. Thank you sudi singgah blog dan baca karya Ayla yg pendek ni. ehehek :D