Cooper-K novel kedua RodieR. Alhamdulillah, walau sibuk dok
buat correction Mid Year Exam, still dapat habiskan novel ni before start cuti
sekolah penggal 2. Ehem. Seperti biasa. Saya kongsikan sedikit ‘rasa’ selepas
baca novel Cooper-K
Sinopsis:
Kisah mereka tak sehebat kisah cinta Somebody K-Somebody
Famous. Sebab Cooper K-Amilia Aisya tak pernah pun bercinta. Hubungan mereka
bermula atas dasar persahabatan. Namun, apa yang jadi jika salah seorang tidak
terdaya lagi menahan perasaannya sendiri?
Dalam tenang yang lama dicari olehnya, Khair datang
mengharu-birukan hidup Amilia. Bolehkah Amilia mengembalikan kenangan lama?
Menghidupkan semula memorinya ketika bersama Cooper dulu, dengan Khair?
My review:
Cooper-K cerita tentang seorang mamat nerd skema Doktor
Khairul Fairuz yg dah jatuh dgn Cik Pharmacist, Amilia Aisya Abdul Aziz. Cerita
ni more about friendship. Tapi baca x bosan langsung. Persahabatan yg bagi saya
unik. Tak tahu kenapa? Tapi unik la. Mudak medic berkawan dgn budak farmasi.
Kan unik tu? Hehehe.
Khairul Fairuz lebih suka dipanggil Cooper, tanpa sengaja
bertembung dgn Cik Pharmacist Mia yg suka menyumpah seranah perkataan yg tak
elok. Started from that dorang berkenalan, itu semua sebab Encik Doctor-To-Be
memandai nak study sesame dgn Mia padahal dia pandai subjek Pharmacology. Eceh!
Cooper dah jatuh cinta dgn Mia tapi Mia tak de pape perasaan
terhadap Cooper. Not more than friend. So, Cooper decide nak jujur dgn Mia. Dia
tulis surat, hantar kat Mia. Mia x boleh accept. Dia pun hantar surat kat
Cooper. Yeah, persahabatan unik sebab pakai e-mel. Hantar surat. Bukan pakai
phone number.
Lepas final exam, Cooper hilang macam tu je. 5 tahun jugak
dia menghilang, si Mia pula? Lama menunggu si Cooper. Udin (kawan baik Cooper
kata, Cooper dah pergi Australia). Jodoh pertemuan di tangan Allah, Mia dgn
Cooper pun berjumpa. Tapi Cooper bukan lagi Cooper, Cooper itu Khair. Doktor
Khair. Seriusly, kalau saya jadi Mia, saya pun akan sakit hati dgn Doktor Khair
yg buat-buat x kenal.
Mia dan Doktor Khair dijodohkan. Masa tu memang sedih sangat
kalau berada di tempat Mia. Menagih kasih dan perhatian dari suami sendiri.
Tapi Doktor Khair langsung tak ingat Mia! So, when the conflict comes, barulah
Khair nak menyesal. Mia pulak? Dia dah tawar hati dengan Cooper. Mujurlah Udin
sebagai penyelamat, Mia knew everything kenapa Cooper x ingat kat dia. Macam
hilang ingatan gitu.
Eh susah nak cerita la. Baca sendirilah. Cooper-K lebih best
dari Nyanyian Hati, bagi saya la sebab Cooper-K cerita pasal doktor dgn
pharmascist. Eheh! I loike gitu.
Overall, cerita ni best sangat! Gain knowledge of pharmacy and islamik.
Eheh J
Selamat membaca dan me-review!