Tuesday, 27 May 2014

Review Novel : Cooper-K - RodieR

Cooper-K novel kedua RodieR. Alhamdulillah, walau sibuk dok buat correction Mid Year Exam, still dapat habiskan novel ni before start cuti sekolah penggal 2. Ehem. Seperti biasa. Saya kongsikan sedikit ‘rasa’ selepas baca novel Cooper-K


Sinopsis:

Kisah mereka tak sehebat kisah cinta Somebody K-Somebody Famous. Sebab Cooper K-Amilia Aisya tak pernah pun bercinta. Hubungan mereka bermula atas dasar persahabatan. Namun, apa yang jadi jika salah seorang tidak terdaya lagi menahan perasaannya sendiri?
Dalam tenang yang lama dicari olehnya, Khair datang mengharu-birukan hidup Amilia. Bolehkah Amilia mengembalikan kenangan lama? Menghidupkan semula memorinya ketika bersama Cooper dulu, dengan Khair?

My review:

Cooper-K cerita tentang seorang mamat nerd skema Doktor Khairul Fairuz yg dah jatuh dgn Cik Pharmacist, Amilia Aisya Abdul Aziz. Cerita ni more about friendship. Tapi baca x bosan langsung. Persahabatan yg bagi saya unik. Tak tahu kenapa? Tapi unik la. Mudak medic berkawan dgn budak farmasi. Kan unik tu? Hehehe.

Khairul Fairuz lebih suka dipanggil Cooper, tanpa sengaja bertembung dgn Cik Pharmacist Mia yg suka menyumpah seranah perkataan yg tak elok. Started from that dorang berkenalan, itu semua sebab Encik Doctor-To-Be memandai nak study sesame dgn Mia padahal dia pandai subjek Pharmacology. Eceh!

Cooper dah jatuh cinta dgn Mia tapi Mia tak de pape perasaan terhadap Cooper. Not more than friend. So, Cooper decide nak jujur dgn Mia. Dia tulis surat, hantar kat Mia. Mia x boleh accept. Dia pun hantar surat kat Cooper. Yeah, persahabatan unik sebab pakai e-mel. Hantar surat. Bukan pakai phone number.

Lepas final exam, Cooper hilang macam tu je. 5 tahun jugak dia menghilang, si Mia pula? Lama menunggu si Cooper. Udin (kawan baik Cooper kata, Cooper dah pergi Australia). Jodoh pertemuan di tangan Allah, Mia dgn Cooper pun berjumpa. Tapi Cooper bukan lagi Cooper, Cooper itu Khair. Doktor Khair. Seriusly, kalau saya jadi Mia, saya pun akan sakit hati dgn Doktor Khair yg buat-buat x kenal.

Mia dan Doktor Khair dijodohkan. Masa tu memang sedih sangat kalau berada di tempat Mia. Menagih kasih dan perhatian dari suami sendiri. Tapi Doktor Khair langsung tak ingat Mia! So, when the conflict comes, barulah Khair nak menyesal. Mia pulak? Dia dah tawar hati dengan Cooper. Mujurlah Udin sebagai penyelamat, Mia knew everything kenapa Cooper x ingat kat dia. Macam hilang ingatan gitu.

Eh susah nak cerita la. Baca sendirilah. Cooper-K lebih best dari Nyanyian Hati, bagi saya la sebab Cooper-K cerita pasal doktor dgn pharmascist. Eheh! I loike gitu.  Overall, cerita ni best sangat! Gain knowledge of pharmacy and islamik. Eheh J Selamat membaca dan me-review!


No comments: