Saturday, 24 May 2014

Review Novel : Nyanyian Hati - RodieR

Assalamualaikum and Hi! Here we meet again. Eceh! J



Nyanyian Hati karya RodieR , sebelum ni x pernah pun baca buku JS selain dari tulisan Saidatul Saffaa & Hlovate. Tetibe akak2 kat FB tu dok membako kata novel Cooper-K dah sampai. Masa tu tgok cover Cooper-K je hati ni dah fell in love. Rasa mcm tertarik magnet kutub Utara. Eceh. Yelah, terang2 cover tu ada tulis medical pharmacology, maunya hati ni x terpaut. Ni yg pntg ni tgok citer2 pasal Medic. Eheh!

So, when PBKL comes, I just brought Cooper-K je. Masa tu fikir duit cukup ke tak nk beli novel lain kalau beli Nyanyian Hati sekali? Yelah Cooper-K sambungan kisah Mia adik ipar si Ain. Hehe. So, memang ada rezeki lebih. Baki dari borong kat KS, so lepas teman Jess beli novel kat KN, terus balik semula ke JS utk beli Nyanyian Hati. Believe it or not? 2 kali dok tebal kan muka pi jumpa RodieR minta sign. Alamak, malu aih. Heee… lantak aih. Special tau yg second round tu. Saya dapat key-chain kura-kura Terengganu yg pertama! PERTAMA TAU! Yg pasti masa first round beli Cooper-K minta TT tgok RodieR mcm nk fengsan. Cantik okies! Haha. Second round tu yg minta TT utk Nyanyian hati, baru dpt snap gmbr Kak RodieR. Serius comel. OMGee! Love at the first sight la kot mcm Cooper or Danny? Haha! Tgok Kak RodieR terus jatuh cinta utk baca novel dia. Serius ni tak tipu!

Sinopsis:
I jatuh cinta pandang pertama pada you. ~ Adam Danial

Macam mana you boleh jatuh cinta dengan orang yang you belum kenal? ~ Ainul Raudhah

Ainul Raudhah atau Ain seorang gadis periang yang tidak pernah bercinta, mempunyai fikirannya sendiri, selamba dan suka mendengar lagu-lagu rock apabila tertekan. Perlahan-lahan, Ain mula merasai perubahan pada hatinya dengan Adam Danial atau Danny yang tenang dan ikhlas menyayanginya.

Namun, belum sempat mereka bersatu, Danny tiba-tiba dijemput Ilahi. Ain nanar sendiri. Danny yang diharapkan menjadi peneman ke akhir hayat kini tiada lagi di sisi.

I nak berubah ke arah yang lebih baik, dengan you di sisi. I akan pastikan you bahagia. ~ Iskandar Benjamin

Iskandar, sahabat baik Danny hadir menghulur kasih, kerana janjinya pada arwah Danny. Perlahan-lahan, Ain kembali bangkit meneruskan hidup, mengenal erti cinta. Setelah berkahwin, perlahan-lahan Ain mula menyayangi Iskandar.

Namun, hubungan mereka diuji apabila Ain tau rahsia di sebalik lamaran Iskandar. Benarkah perkahwinan itu hanya kerana sebuah janji? Apakah yang Iskandar pendamkan sebenarnya?

So here my review :-
Nyanyian Hati kisah seorang lelaki yang bernama Adam Danial atau lebih mesra dipanggil Danny yang kind-hearted, jujur , pandai tackle , bersahaja and handsome. (My opinion and imagination la ni kan? Hehe) Love at the first sight, dia jatuh cinta dgn Ainul Raudhah masa dia jadi photographer utk majlis perkahwinan abg Ain. I like the part masa Danny approach Ain. He waited for 2 years utk approach Ain sebab abg Ain sendiri ckp tunggu Ain habis belajar. Then bila dah habis belajar pun, he still waited. Sungguh loyal! Tak pernah dibuat org rasanya. (Blum nmpk lagi lelaki tunggu awek selama ini. Ehek!)

Then, perlahan-lahan Ain terima Danny. Danny yang pandai buat Ain ketawa. Danny yang banyak sangat ajar Ain erti persahabatan. This part nampak dlm hubungan Ain and kawan2 Danny. Even baru kenal tapi dorang dah boleh rapat. So, at the same time, Iskandar yg tengah bercinta dgn Sandara pun kenal jgk dgn Ain. Mula2 tu, Ain dgn Iskandar mcm awkward relationship la. Ain panggil Iskandar, Ken. Iskandar panggil Ain, Red. How sweet is that? Ahaks! Tapi lama-kelamaan, Iskandar sedar, Ainul Raudhah is different girl. He started have a feeling on her. Tapi tak sedar. Yang sedarnya Danny. So, Danny yang rasa umur dia x pjg, record perbualan antara dia dgn Is. Nak tahu apa? Silalah baca J

Danny accident. Sedih. Sangat sedih sebab Danny meninggal saat dia ingin melamar seorang wanita yang bernama Ainul Raudhah. Saat hati Ain berbunga mekar, dugaan datang melanda apabila Danny dijemput Sang Pencipta. Luluh jiwanya. Lama juga Ain ambik masa utk move on, sampailah Iskandar dtg, melamar dia untuk tunaikan janji dia pada arwah Danny yg tidak diketahui sesiapa pun.

Dah jodoh, Iskandar dgn Ain pun bersatu. Oh the best part. Marriage life. Difficult to describe, just follow the plot of the story. Overall, sungguh novel ni menarik. Tak menyesal beli. Gain knowledge of Islamic. More than that kita boleh dapat dari buku ni. Especially part Danny. Sentiasa mengingati kematian yg akan menjemput kita pada bila-bila masa.

“Tak salah mengingati mati. Dengan mengingati mati kita lebih menghargai hidup. Kita lebih usaha mencari keredaan Allah.” – Danny.

That’s a very good reminder.


So nak tahu apa kesudahan kisah hidup Ain after dia dapat tahu Iskandar berkahwin dengan dia sebab janji dgn arwah Danny? Kenalah beli and baca buku ni. Serius, after Saidatul Saffaa and Hlovate, RodieR dah masuk tangga ke-2 dlm hati utk penulisan under JS. Hehehe! She’s the best writer. Pandai selitkan ilmu. Semoga para pembaca dpt ambil manfaat dan pengajaran dari kisah ini J

No comments: