Hi! New blog. New post. Sorry, terpaksa delete blog lama. Segala review di blog lama telah delete totally. So, dgn blog baru ni, Insya-Allah bila free. Ayla review semula novel-novel yg dah baca ya?
Sinopsis:
Pulangnya Zafry Tan Sri Hamzah ke Malaysia kerana satu
alasan, dia layak mendapatkan semua harta sebagai bayaran sebuah kasih sayang
yang tak pernah dia dapat dari ayahnya. Pun begitu, ianya tidak semudah yang
dibayangkan. Syarat untuk mendapat harta tersebut mesti diambil bersama pakej
seorang isteri. Calon isteri pula bukan siapa-siapa, hanya anak seorang
pemandu. Dia rasa tercabar tapi diikutkan juga kehendak ayahnya. Sudahnya, Adra
Afeefa yang tak bersalah menjadi mangsa satu percaturan.
“Adra kena tidur bilik yang sama dengan abang ke, atau Adra
kena guna bilik lain?” - Adra
“Kau jangan nak mengada boleh? Kalau kau tidur bilik lain
pun, tak adanya kau jadi anak dara balik.” - Zafry. Tapi Zafry tak tahu, Adra
tu bukan jenis yang mudah mengalah. Apa yang Zafry tak suka, itulah yang dia
buat.
“Abang nak join Adra tak?” Kepala dijengul disebalik pintu
bilik air. Niat hati mahu mengusik si suami. Tapi kalau Zafry bersetuju, mati
lah dia!
“Tak hingin aku…” Zafry menjeling tajam. Ingat dengan buat
wajah macam kangaroo comel tersepit celah pintu dia nak tergoda ke? Boleh blah
la!
“Jangan lupa ambil air sembahyang tau. Kita kumpul pahala
sama-sama.”
Adra kenyit mata sebelum pintu bilik air ditutup rapat.
“Arghhhhh..” Mukanya ditekap pada bantal dan kuat dia menjerit.
Sakit hati melihat gelagat Adra. Malam ini apa jadi sekalipun dia mahu
meneruskan agenda berpeleseran dengan Nafiz. Tidak boleh tidak!
Lama-lama, Zafry tergoda juga. Namun, konflik bermula
apabila Adra disahkan hamil sedangkan anak adalah perkara terakhir yang Zafry
mahukan dalam hidup. Kenapa Zafry mahukan begitu dan apa akan jadi pada
perkahwinan mereka selepas itu? Semuanya akan terjawab di dalam naskah ini.
Kalau Sudah Berkenan karya pertama Cempaka Rembulan under
IKP. Novel KSB mengisahkan tentang Adra Afeefa dan Umar Zafry. Kisah seorang
gadis yang berusia 19 tahun berkahwin dengan pemuda 23 tahun. Imaging betapa
mudanya dorang untuk hidup berumah tangga? Novel ni best. Kisah Adra yang naïf dan
polos berkahwin dengan lelaki yang ego. Lepastu lelaki tu jauh dari landasan
agama.
Adra jenis yang selamba,brutal dan pandai menggoda. Tapi
bila encik suami goda, dia pulak yang kalut. Adra suka main tarik tali dengan
Zafry. Mulut selalu menjawab bila dengan Zafry. So… she’s brave la lawan balik
kata-kata Zafry. Pastu suka cakap benda yang menyentapkan Zafry. Zafry??? Suka gelak bila part dia gaduh dengan
Adra. Ada je bini dia nak membalas. Bila kena batang hidung sendiri, adus,
sentap wok.
Actually, dorang berkahwin sebab Zafry nak harta bapak dia
je Tan Sri Hamzah. Dia jauh tersasar dari landasan agama sebab dia kurang kasih
sayang dari ayah dia. Bertahun-tahun dia menagih kasih sayang dari ayah dia.
Sampai satu tahap, bila dia dibawa ke London, dia terus tekad tak nak menagih
kasih dari ayah sendiri. Dia jadi makin liar. Tapi untunglah ada Mak Edah,
sekurang-kurangnya ada juga yang nak nasihatkan dia. Jiwa manusia kalau tak disimbah
dengan ‘cahaya’ dalam masa 40 hari, dia akan gelap sedikit demi sedikit. (That’s
what my ustazah told la. Sebab tu dia suruh kita org kalau x sekolah, pergilah
tgok ceramah agama ke apa ke. Jgn biarkan hati tu sunyi dgn ilmu)
Bila Adra mengandung, Zafry rasa gelisah. Dia berkahwin
dengan Adra sebab nak duit je. Tiba-tiba Adra mengandung. Walaupun jauh di
sudut hati, dia sebenarnya dah mula sayangkan Adra. Bila Adra hampir kehilangan
baby. Dia boleh selamba badak minta baby tu mati. That’s the day! Tan Sri
Hamzah dengar Zafry cakap macam tu, so dia buat perjanjian baru. Eh susahlah
nak cerita, kena baca sendiri. Haha!
Konflik? Tang ni sedih la kot. Bila rahsia terbongkar, Adra
yang tengah sarat mengandung tu pulak kehilangan umi dengan abah. Bayangkan
macam mana perasaan Adra? Bila dapat tahu dia kena tipu dengan suami sendiri.
Kena terima kenyataan umi ayah dah tak ada. Susah okey. Masa nilah Zafry show
off his love. So, read the book kalau nak tahu. Hehe.
Overall, cerita ni best. Bahasa yang Kak Cempaka Rembulan gunakan
pun santai + sempoi. Give 4 bintang dari 5 bintang la. Pecah rekod sebab baca
novel ni 1 hari. Selalu baca 2 3 hari baru habis. Haha!
No comments:
Post a Comment