Wednesday, 18 November 2015

Untukmu Selamanya [Part I]


Sebelum kau lepaskan seseorang, kau harus baca ini.
Ya, melepaskan itu memang seronok. Kau lepaskan dia dan tidak perlu fikir lagi pasal dia. Kau mungkin ingat semudah itu. Cumanya kau harus ingat, kenangan lama itulah yang paling sukar dilupa. Lagi-lagi dengan insan yang pernah buat kau bahagia dan tersenyum manja.
Sebelum kau fikir untuk lepaskan dia,
Kau harus juga fikir, moga-moga ada lagikah manusia dalam dunia ini yang boleh menerima dan mencintai kau seperti apa yang dia telah buat?
Jika tiada, jangan menempah maut.

BUKU Rehabilitasi aku tutup. Perenggan seterusnya monolog buku itu tidak mampu aku teruskan. Aku campak buku Rehabilitasi karya Faiz Ibrahim ke atas meja lalu mengeluh berat. Mata tertunak memandang frame yang terletak di atas meja bersebelahan komputer. Lebih setahun frame itu terletak elok di situ. Di dalam gambar itu jelas menunjukkan senyuman aku yang paling lebar. Diapit dengan dua orang lelaki yang paling aku sayang. Lelaki di sebelah kanan aku buat gaya pistol. Lelaki di sebelah kiri aku pula buat gaya peluk tubuh. Masing-masing senyum melebar.

            Aku hela nafas berat. Kemudian, mata memandang report di atas meja. Aku capai sehelai kertas A4 lalu baris-baris ayat yang tertera disitu aku baca dengan penuh teliti.

            SIMATI/DECEASED

Nama Penuh NUR ADAWIYAH AL-SHAFIQAH BINTI SUBRI   
No. Kad Pengenalan 890415-01-6416
Jantina PEREMPUAN                                
Tarikh dan Waktu Kematian 28HB. DISEMBER 2014  05:49 AM
Keturunan MELAYU                                        
Alamat terakhir NO 17, Jalan Punai, 41050 Klang Selangor.
Sebab Kematian PENDARAHAN SELEPAS BERSALIN

            Usai baca sebab kematian, aku meletakkan semula kertas A4 itu diatas meja. Kolam mata terasa panas. Hati terasa bagaikan ditoreh oleh pisau tajam. Jikalau torehan itu terkena di bahagian lain tidak mengapa. Ini terkena pada parut. Pedihnya itu hanya Allah yang tahu.

            Aku bangun dari dudukku lalu  aku capai beg tangan seraya keluar dari bilik kerjaku. Kaki melangkah longlai menuju ke bilik bayi. Dari cermin kaca, mata aku perhatikan seorang bayi perempuan yang sedang lena. Wajah bayi itu persis ibunya. Mungkin itulah satu-satunya kenangan untuk orang yang aku sayang.

            Sepuluh minit aku berdiri merenung bayi itu melalui cermin kaca. Memikirkan bagaimana nasib bayi si kecil itu apabila ditinggalkan ibu. Hanya ada seorang ayah yang baru pertama kali menimang cahaya mata. Rasa simpati terhadap bayi kecil itu mencurah-curah. Kuatkah dia menghadapi ini semua? Dua tahun yang lalu, dia terlalu inginkan seorang anak. Tapi apabila anugerah itu diberikan, ternyata ianya juga satu ujian buat dia. Dia hilang sebahagian dari hatinya. Dia hilang ibu kepada bayi itu.

            Nafas berat aku hela perlahan. Kemudian, aku toleh ke kanan. Mahu keluar dari ruangan wad bayi. Mahu mencari sedikit kedamaian. Tetapi, saat kepala aku dongak memandang ke depan, mata tertunak memandang dia. Bersabung depan. Debaran yang sama aku rasakan. Dari dulu dan mungkin selamanya. Tetapi sayang, debaran dihati dia bukan untukku.

            “Faiq…” perlahan nama itu aku sebut. Kelihatan dengan jelas sekali bola matanya memerah, lepas menangis mungkin.

            “Kau tak balik lagi ke Zah?” soalnya padaku. Dia berdiri kaku ditempatnya tetapi matanya masih memandang ke arahku.

            “Aku dah nak balik dah ni. Kau tak balik lagi?” aku soal dia pula.

            Dia geleng seraya dia mendekati aku yang berdiri di depan cermin kaca. Matanya terhala memandang anak pertamanya yang berada di dalam. Lama aku pandang raut wajahnya dari tepi. Wajah yang masih lagi sama seperti dahulu. Yang berbeza adalah bentuk fizikalnya. Badannya tegap dan sasa. Lengannya kelihatan urat kekar. Jelas menunjukkan dia seorang yang rajin buat kerja berat.

            Semakin lama aku pandang wajah dia, semakin laju degupan jantung aku. Rentak degup yang masih kekal sama seperti dahulu. Ya Rabbi, kenapa masih ada rasa itu? Bukankah rasa itu telah aku lepaskan suatu ketika dahulu? Astaghfirullah! He’s someone husband.

            Aku telan liur sendiri. Mata masih tertunak memandang sisinya dia. Perlahan-lahan aku nampak ada air mata yang mengalir di pipinya. Jiwa aku terkoyak lebar lagi. Ya Allah, melihat air mata seorang lelaki yang aku sayang gugur sebegitu, membuatkan hati aku memanggil-manggil untuk memeluknya. Memberikan semangat untuknya. Menyalurkan kasih sayangku untuknya.

            Perlahan kedengaran dia menahan tangis. Kemudian, dia tertunduk memandang lantai. Hati aku luluh. Tersentuh. Sebegini dalam perasaan cintanya terhadap arwah. Dari tangisannya itu aku tahu dia belum cukup kuat untuk menerima kenyataan ini. Kalau dulu hidup berdua, kini dia tinggal seorang diri dengan zuriat pertamanya.

            “Faiq…” aku panggil nama dia perlahan. Tidak tahan lagi melihat keadaannya yang menyentuh naluri wanitaku.

            “Zah…” nama aku dia sebut dengan lembut. Bebola matanya yang merah sedang memandang aku tepat. “…aku tak kuat, Zah. Tak kuat!” sambungnya. Dia meraup wajahnya. Bahu terhingut-hingut menahan tangisan daripada mengalir lagi.

            “Faiq…” tidak semena, aku terus bawa dia ke dalam dakapanku. Kepalanya jatuh dibahuku. Menangis di situ. Aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Sekadar menyapu belakang tubuhnya. Cuba menghilangkan kegalauan dihatinya. Sebolehnya aku berlagak kuat dihadapanya.  Tidak mahu mengalirkan air mata. Tetapi aku kalah. Kalah apabila telingaku betul-betul menangkap tangisannya.

            “Allah lebih sayangkan dia Faiq. Allah ambil dia dari kau, tapi Allah gantikan dengan anugerah yang tidak tertanding nilainya.” Bisik aku perlahan.

            “She’s meant to me Zah. Sekeping hati aku yang dia pegang, dah dibawa bersama Zah.” Balasnya perlahan.

            Perit. Sangat perit. Ya Rabbi, Kau peliharalah Faiq dalam rahmat-Mu. Kuatkan dan kentalkan hatinya.

            Faiq…bertahanlah untuk anak kau. Untuk aku. Ini ujian untuk kau Faiq. Firman Allah dalam Surah al-Ankabut ayat 2 hingga 3 : “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; ‘Kami telah beriman,’ sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”

            Ini ujian untuk kau Faiq. Bertabahlah. Kematian itu pasti.

***
“HAI! Sorang je ke? Mana kawan kau lagi sorang?” tanya dia tiba-tiba. Aku pandang dia kemudian menoleh ke kiri dan ke kanan.

            “Are you talking to me?” soal aku kepada dia yang memakai baju t-shirt berwarna biru beserta seluar jeans hitam.

            “Kau sorang je kan yang ada depan aku ni? So aku tanya kau la. Takkanlah aku tanya buku pulak.” Balasnya sarkastik. Eh dah kenapa mamat ni? Datang tiba-tiba. Duduk depan aku tiba-tiba. Lepas tu nak bersarkastik pulak.

            “Kalau dah aku sorang depan kau, yang kau tanya lagi buat apa?” bidas aku tegas. Mata memandang dia tajam. Nak tunjuk garang kononya.

            Dia sengih seraya tergelak kecil. “Sorry. Actually, aku nak kenal dengan kau je. Hari-hari aku nampak kau dalam library. Tapi berdua selalunya. Hari ni sorang-sorang. Mana hilangnya member kau sorang lagi tu?” peramah pula dia ni.

            “Siapa? Hanum? Dia ada hal. Kau stalker aku dah berapa lama hah?” aku soal dia. Takut juga dengan orang zaman sekarang ni.

            “Hish, tak  ada maknanya aku nak stalker kau. Dah hari-hari kau duduk kat meja yang sama. Mahu aku tak kenal kau. Apa nama kau eh?”

            Saat mata itu merenung aku, aku terasa lain macam. Hah sudah! Mama hantar belajar  ni bukan sebab nak bercinta Zahrana! Tapi sebab suruh belajar jadi doktor!

            “Zahrana. Panggil aku Zah. Kau nama apa Fakulti apa? Kenapa aku tak nampak kau selalu pun.” Aku jawab soalan dia tetapi aku bagi dia soalan lagi.

            “Nama aku Faiq. Fakulti Farmasi. Macam mana nak nampak aku kalau kau senantiasa menghadap buku je. Kau ni calon-calon budak dekan gamaknya.”

            “Heh of course la! Siapa yang tak nak dekan.”

            “Eh adalah. Akulah salah seorang daripada insan yang tak nak dekan tu.”

            Mendengar jawapan bodoh dari bibirnya, automatik aku tergelak halus. Bergurau yang tak berapa nak kene sangat punchlinenya.

            “Hoi Iq! Kat sini kau eh?! Usya anak dara orang nampak?” tiba-tiba ada seorang lelaki lain datang duduk bersebelahan dengannya berdepan aku. Wajahnya sedikit matang dari Faiq. Kepalanya botak dan bertubuh sedikit tough.

            “Eh aku tak usya okey. Aku nak kenal je.” Jawab Faiq.

            “Eh sama jelah usya dengan kenal tu sengal!” balas Harraz.

            Aku senyum melihat tingkah mereka berdua. Sejak hari itu, bermula perkenalan aku dengan dua orang jejaka ini. Seorang yang suka senyum dan seorang lagi suka merepek.

***

AKU memandang pantai langit yang cerah seraya menebarkan pandangan ke tengah pantai. Tudung aku menyapa wajahku sendiri apabila angin pantai berombak kuat. Aku jalan di sepanjang pesisiran pantai itu. PErcutian ini merupakan percutian kali kedua aku ke Langkawi. Banyak yang berubah. Cantik sangat semuanya pada pandangan mata aku. Kalau pertama kali datang dengan keluarga sendiri. Kali ini, aku datang dengan dua orang kawan baik aku. Siapa lagi kalau bukan Faiq dan Harraz. Dua-dua mamat sengal yang menceriakan hari-hariku.

            “Zah!” panggil Harraz kuat. Aku menoleh ke belakang. Kelihatan Harraz sedang berlari mendapatkan aku yang sedang berdiri statik menunggu dia.

            “Lambat!” omelku kegeraman. Semalam Harraz dan Faiq dah berjanji nak ajak main parasailing tapi sekarang baru nampak batang hidung. Mahu aku tak marah. Lambat. Janji pukul berapa, pukul berapa baru tunjuk bayang depan aku.

            “Sorrylah. Terlewat bangun tadi. Semalam aku dengan Iq buat projek baik punya.” Harraz ambil tempat di sisi aku seraya kami berdua berjalan beriringan.

            “Projek apa doh kau buat? Kau ngendap anak dara orang eh?”

            Harraz gelak. “Kau mulut! Nak aku cium ke apa? Taklah. AKu jenjalan Langkawi la. Alang-alang tu cuci matalah bila nampak minah saleh.”

            “Mak aih! Sampai hati kau eh! Bukan nak ajak aku. Aku pun nak cuci mata juga tengok mat saleh.”

            “Haip! Kau mana boleh. Kau tu underage!”

            “Otakmu underage!” Aku tumbuk lengan Harraz yangjauh lebih sado dari Faiq. “Aku pun nak cuci mata juga. Ingat kau sorang ada nafsu? Aku tak ada?”

            “Sengal kau!” Harraz tarik sedikit hujung tudung aku. Cis!

            “Hoi! Jalan berdua je!” Tiba-tiba ada satu suara lantang menjerit seraya tubuh Harraz dipanjat seseorang. Faiq rupanya!

            “Hah ni sewel lagi sorang! Lembap!” marah aku. Aku peluk tubuh sendiri. Mata memandang Faiq yang memakai seluar permuda dengan t-shirt kuning plane.

            “Sorrylah Zah. Aku menikmati tidur atas tilam empuk.” Jawab Faiq.

            “Susahlah bawak lelaki berjalan ni. Baik aku pergi dengan gegurls. Tak menyusahkan macam korang ni.” Bebel aku lagi.

            “Eh kau yang ajak kita orang datang kan?” Harraz mencelah.

            Aku cebikkan bibir. Heh! Kenapalah aku boleh terjebak dengan dua orang lelaki ini.

            Harraz bergerak ke depan dahulu. Meninggalkan aku dengan Faiq. Antara Faiq dan Harraz memang aku lebih rapat dengan Faiq. Harraz rapat sebab dia suka dengar masalah aku. Tapi Faiq aku rapat sebab… ada je benda nak bergurau.

            “Dahlah. Jom kita pergi parasailing.” Ajak Faiq apabila aku memerhati pandangan sekeliling.

            “Okay jom!”

            “Jap. Zah.” Panggilan Faiq mematikan langkah aku.

            “Kenapa?” tanya aku.

         “Tudung tu. Nampak leher. Cuba tutup sikit. Sia-sia je aku dapat tengok free.” Ucap Faiq seraya berjalan ke depan perlahan. Aku  pandang tubuh sendiri. Tudung aku kemaskan. Aku senyum. Dia selalu macam tu. Tegur mana yang salah dimatanya.

            “Weh tunggulah aku!” Aku jerit memanggil Harraz dan Faiq. Aku bawa langkah kaki mendekati mereka yang sedang menuju ke tempat parasailing.

            Persahabatan aku dengan mereka sangat rapat sehingga aku jatuh cinta dengan salah seorang antara mereka. Itulah, mama kata kawan baik tak boleh bercinta. Nanti binasa. Hati perempuan ni mudah diketuk. Tapi sekali diketuk, susah sekali untuk dilupakan. Dan Faiq berjaya mengetuk pintu hati aku.

***

Zahrana : Faiq kau kat mana?

Faiq : Aku ada dalam hati kau. *Emoticon kiss*

Zahrana : Kau jangan mengadalah. Aku tendang kang! *Emoticon hidung berasap*

Faiq : Seriuslah ni. Aku sedang naik jambatan untuk masuk dalam hati kau. *Emoticon sado*

Zahrana : Maaf. Jambatan ke hati aku dah roboh. *Emoticon heart broken*

Faiq : Macam mana boleh roboh? Bukankah jambatan hati kau sangat kukuh?

Zahrana : Tak kukuh. Dah ada orang lain naik jambatan hati aku. *Emoticon ketawa menangis*

Faiq : Kalau macam tu, aku naik guna lift la. Haha!

Zahrana : Otakmu! Haha! Cepatlah, kau kat mana?

Faiq : OTW nak masuk meminang kau.

Zahrana : *Emoticon penumbuk seratus kali*

            Aku menggeleng kepala seraya ketawa halus. Kalau chat Faiq, ada je benda lelaki tu nak bawa bergurau. Kalau nak bergurau, selalu tak kena tempat. Kalau bergurau selalu yang manis-manis, sampai aku boleh diebetes sebab dia. Aku terus cari nama Harraz. Nak chat Harraz. Lelaki tu mesti tahu kat mana Faiq.

Zahrana : Raz, kau kat mana? Iq ada dengan kau tak?

Harraz : Ye sayang… abe ada dengan Faiq. Gapo dia?

Zahrana : Kau takyah nak abe sangat. Geli. Haha! Korang kat mana? Bosan betul hari ni. Jom setabak!

Harraz : Sorry Zah, abe tengah teman abe lagi satu dating. *Emoticon ketawa menangis*

            Mata aku membulat aabila membaca mesej dari Harraz. Dating? Dengan siapa? Takkanlah dengan perempuan tu kot? Tak silap aku, perempuan tu tengah belajar kat Adelaide. Takkanlah dah balik? Laju tangan aku reply kepada Harraz.

Zahrana : Dengan Wiyah ke? *Emoticon muka masam*

Harraz : Siap-siap cepat. Lagi satu jam aku datang jemput kau. CEPAT!

Zahrana : Huh?!

Harraz : Ini bukan permintaan. Tapi ini arahan. Cepat!

            Aku terus bergegas turun dari katil. Bawa kaki ke bilik air, cuci muka, gosok gigi kemudian capai baju yang simple seraya menyarung tudung ke kepala. Siap. Harraz ni pelik sikit. Dia garang sikit dari Faiq. Kadang-kadang dia suka paksa aku. Macam sekarang ni. Tapi dia baik. Senantiasa pinjamkan telinga untuk aku. Harraz tahu aku suka Faiq. Tapi dia tak mampu buat apa-apa. Faiq dah ada buah hati sendiri. Buah hati yang ditentukan keluarga.

***

AKU membuang pandang ke luar tingkap kereta Harraz. Entah kemana lelaki ni nak bawa aku pergi. Ajak tadi nak lepak ‘setabak’ je. Tapi tengok jalan macam ke tempat lain je si Harraz ni nak bawak.

            “Kau sentap ke Zah?” tanya Harraz tiba-tiba. Aku toleh pandang ke  arahnya.

           “Apsal pula nak sentap.” Aku jawab selamba. Adakah Harraz sedang buka topik si Adawiyah?

            “Zah, aku kenal kau dah dua tahun dah weh. Kenal perangai kau macam mana.”

            “Aku diam tak bererti aku sentap.”

          “Wiyah tengah cuti. Dia balik kejap. Alang-alang tu, Iq ajak dia  keluar. Created sweet moment together.”

            “Kau kalau cakap beritahu aku sekadar nak sakitkan hati aku takyah la Raz. Hati aku dah sakit dah pun.”

            “Kesiannya. Meh aku urutkan. Hati sakit tang mana?” Tangan Harraz mendekat pada aku. Dengan pantas aku tepis.

            “Mengada eh kau?” Aku jeling dia seraya sengihan melebar. Melihat senyuman nakal meniti di bibir Harraz aku tahu lelaki itu sedang bergurau.

            “Takyahlah sedih. Aku kan ada. Biaq pi lah Iq tu dengan Wiyah. Bukan selalu. Asyik dengan kau je dia lekat. Sebab tu sampai sekarang takde lelaki nak kat kau. Semua ingat Iq tu boyfriend kau. Habis aku ni apa? Bodyguard?” Ucap Harraz panjang. Matanya fokus pada jalan raya.

            Aku gelak. “Haih kau pun sentap ke? Okay apa jadi bodyguard aku dengan Iq.”

            “Gila kau. Kelas bagi bodyguard ni sampai terkena badi kau tahu tak?”

            “Badi apa?”

            “Badi takde aweklah!”

            Berdekah aku letuskan tawa. Sengal si Harraz ni. Aku tahu sampai sekarang dia masih belum ada girlfriend lagi. Harraz seorang yang serius dalam hubungan. Sebab tu dia hanya berkawan dengan perempuan, langsung tiada niat untuk bercinta. Bahkan Harraz seorang yang gila belajar. Jadi susah nak nampak dia dengan perempuan lain selain aku.

            “InsyaAllah Raz. Suatu hari nanti ada juga perempuan yang nak kat kau. Jangan risau aih. Kalau takde juga perempuan nak kat kau. Aku kan ada. Aku boleh jadi bini kau kalau kau nak.” Selamba aku ucapkan perkara itu buat Harraz.

            “Haha! Kelakar Zah! Part tu impossible.” Jari telunjuk tangan kanan bergerak ke kiri ke kanan. Kepala menggeleng.

            “Apsal pulak impossible?” aku soal Harraz.

            “Kalau satu hari nanti tak ada perempuan nak kat aku, tak nak aku kahwin dengan kau. Eee! Nanti anak-anak aku semua garang ikut perangai kau.”

            “Siot kau!” Aku tumbuk lengan Harraz kuat. Tak guna punya  kawan! Habis tu andartu lah aku nanti!

            Harraz berdekah-dekah gelaknya.

            Sungguh kalau suatu hari nanti, Faiq pilih Adawiyah. Tiada wanita mahukan Harraz, aku akan sukarela jadi isteri kepada Harraz. Kalau boleh, biarlah aku kahwin dengan insan yang aku kenal macam Harraz dan Faiq. Tak nak orang lain sebab aku takut aku tak boleh cintakan insan lain. Tapi nanti aku pula yang seksa hati Harraz kalau aku kahwin dengan dia. Sebab Harraz tahu siapa dalam hati aku.
***

TANGAN aku laju mencatat nota yang penting. Buku Oxford Handbook of Clinical Medicine dari tadi menjadi tatapan mataku. Tingkah orang yang berada di keliling aku sedikit pun tidak menganggu-gugat aku dalam membuat nota. Kali ni aku mesti dekan. Walaupun semester sebelum ini aku pernah meraih anugerah dekan, kali ini aku mesti meraihnya lagi. Mama dan papa mesti bangga dengan aku. Cara ini je aku nampak nak buat mama dan papa bahagia punya anak seperti aku.

            Aku dongak memandang ke depan apabila satu gumpalan kertas yang bersaiz kecil terkena wajahku. Mata aku picingkan memandang Harraz yang berada di depan aku. Mamat ni dari tadi duduk depan aku main game kat laptop. Bukan nak belajar. Dalam library nilah tempat paling senyap untuk belajar. Tapi dia boleh buat derk. Harraz dan Faiq bukan satu kos dengan aku. Budak dua ekor ni kos farmasi. Sebab tu lah kot buat derk je bila dalam library. Tapi nanti bila dah start final semua tah kemana. Masing-masing baru nak pulun belajar. Haish!

            ‘Nak apa?’ aku guna bahasa tubuh. Tak nak mengeluarkan suara.

            “Aku nak kaulah.” Bisik Harraz. Wajah tak bersalah beserta comel ditayangkan kepada aku. Ingat aku melt?

            Aku kutip balik gumpalan kertas tadi seraya campak ke mukanya. Dia sengih macam kerang busuk. Kemudian Harraz ambil sesuatu di dalam poket seluarnya. Dia keluarkan lalu isinya dia masukkan ke dalam mulut. Plastik gula-gula tadi dia beri pada aku.

            Gula gula HACKS.

            Dahi aku berkerut melihat sampul gula-gula itu. “Kenapa?” aku bisik perlahan.

            Harraz ambil pensil di tangan aku. Dia menulis sesuatu di atas kertas. Dah siap tulis, dia bagi pada aku.

            This candy show my feeling towards you.

            Sebaik sahaja baris ayat itu aku selesai baca aku dongak memandang dia. Tak faham. Kenapa dia perlu tunjuk sampul ni pada aku?

            Harraz tulis lagi. Aku pandang saja tingkahnya.

            Hanya Aku Cinta Kau Seorang. Love you Zah.

            Aku gelak perlahan. Mata tepat merenung bebola anak matanya. Wajahnya kelihatan bersungguh. Terus aku capai pensil aku balik. Aku balas apa yang dia tulis.

            Sweet Harraz. I love you too.

            Siap smiley aku letak dihujung ayat. Kertas itu aku hulur pada dia tetapi tiada sedikit pun senyuman di bibirnya. Dia mengeluh perlahan. Aku pelik. Eh salah ke apa yang aku balas tu?

            Sampul plastik gula-gula HACKS tadi dia ambil seraya dia selitkan di dalam buku Oxford Handbook of Clinical Medicine milik aku. Dia tayang senyum. “Suatu hari nanti, aku akan tuntut apa yang pernah kau lafazkan dulu Zah.” Mendatar suaranya menuturkan ungkapan itu.

            Berkerut dahi aku cuba memahamkan apa yang dia cuba katakana. Kenapa dengan Harraz ni? Mata aku memerhatikan Harraz yang sudah bangun mengemas laptop dan barangnya.

            “Kau nak pergi mana Raz?” aku tanya dia dengan nada perlahan.

            “Aku nak pergi ke dalam hati kau.” Balas dia selamba.

           “Raz aku tak main-mainlah. Kau nak pergi mana? Explain kat aku cepat apa maksud kau tadi.”

            Harraz berhenti dari mengemas barangnya. Dia pandang aku tajam. Eh silap! Bukan tajam. Tapi mendalam. Macam boleh tembus jantung aku. “Aku nak pergi ke hati kau. Nak explore hati kau Zah. Nak tahu ada tak nama aku dalam hati kau. Kalau nama aku ada dalam hati kau, aku rasa aku nak padam balik. Tapi kalau tak ada, aku nak conteng sikit je nama aku dalam hati kau. Sikit pun jadilah.”

            “Eh apa kau merepek ni? Kenapa perlu conteng balik kalau niat first kau nak padam nama kau sendiri?” Aku pening dengan ayat tersirat si mamat sorang ni. Kadang-kadang jiwang dia dengan aku tak bertempat.

            Harraz mendekatkan wajahnya dengan wajahku sehingga membuatkan aku menjarakkan wajahku. Mata masih merenung bebola mata Harraz.

            “Sekurang-kurangnya bila nama aku dipadam, ia masih berbekas. Ianya lebih baik berbanding daripada tak terukir langsung dihati kau.” Ucapannya lembut sehingga membuatkan jantungku berderau.

            Usai mengungkapnya, Harraz terus beredar. Meninggalkan aku yang terkelu dan terkaku. Sumpah! Aku rasa terkejut. Ni bebetul ke memain? Aku pegang dada sendiri. Berdebar laju dari biasa. Laju lagi debaran ini berbanding debaran yang Faiq selalu beri.

***

“ZAH!” panggil seseorang dari jauh. Aku kenal suara itu. Langkah aku mati dan menoleh ke belakang. Aku baru sahaja selesai kuliah bersama Madam Ain. Aku pandang Faiq yang sedang membawa langkah mendekati aku. Dia memakai seluar jeans biru gelap dengan t-shirt berkolar warna kuning kelabu.

            “Kenapa?” aku soal dia apabila dia berdiri tegak di depan aku.

          “Guess what?!” Mukanya teruja. Macam menang loteri. Kalau muka macam ni mestilah berita gembira kan? Kenal sangat dah dengan Faiq.

            “Kau kenapa ni? Dapat carry mark tinggi ke?” selamba bodoh aku balas soalannya.

            “Kau ni takde benda lain nak guess ke?” muka Faiq berubah masam bila aku bicara tentang carry mark.

            “Dah tu kau happy semacam kenapa?” Aku soal dia balik.

            Faiq tarik pergelangan tangan aku. “Wiyah. Wiyah dah terima pinangan mak aku. Kau boleh imagine tak Zah? I’m so happy!”

            Lidahku kelu. Minda aku membeku. Terasa hentaman kuat mengena dada. Ya Allah sakitnya apabila kejujuran itu terluah. Kebahagiaan jelas terpancar diwajah Faiq. Faiq Muhammad dan Nur Adawiyah al-Shafiqah mereka dijodohkan atas kehendak keluarga. Walaupun keluarga Adawiyah tahu perempuan itu masih belum bersedia untuk berkahwin tetapi mereka tetap menjodohkannya dengan Faiq. Faiq dan Adawiyah masih lagi dalam proses taaruf. Adawiyah sendiri pernah beritahu Faiq bahawa dia belum boleh mencintai Faiq. Hal ini juga diketahui oleh keluarga mereka, tetapi keluarga Faiq memberikan masa untuk Adawiyah berfikir. Tidak perlu terburu-buru. Tapi selepas hari ini, mungkin Faiq dan Adawiyah akan menjalinkan hubungan yang sah. Masing-masing suka. Keluarga pun suka. Faiq mungkin memang terbaik untuk Adawiyah.

            “Zah kau kenapa ni? Tak happy ke?” hujung lengan baju aku ditarik Faiq. Aku tersedar dari lamunanku.

            “Apa dia Iq?” tanyaku gelabah.

            “Kau okey?”

            “Aku okey je. Eh, tahniahlah. Wiyah dengan kau dah nak kahwin ke?”

            “Hish tak adalah sampai kahwin. Wiyah tu kan tengah belajar kat Adelaide. So buat masa sekarang ni, bolehlah aku riak sikit dengan Harraz yang aku dah bertunang.”

            Tunang? Dia dah jadi tunang orang lah Zahrana.

            “Zah!” Faiq gawangkan tangan ke muka aku pula. Aku mengelamun lagi.

            “Ye!” aku jawab pantas.

            “Kau ni. Macam tak okey je.”

            “Aku okeylah.” Bibir aku garitkan dengan senyuman semanis mungkin.

            “Zah… Harraz tu dah lama tunggu kau tau.” Bicara Faiq kedengaran serius.

            “Tunggu aku nak buat apa?” dahi aku berkerut pelik. Dah kenapa Harraz nak tunggu aku pula?

            Faiq menggeleng. “Zah. Zah. Kau ni kalau datang bendulnya memang bendul betul.”

            Sempat lagi si Faiq ni mengutuk aku. Siot! Aku memang tak faham lah! Faiq pegang kedua belah bahu aku seraya mengoncang lembut tubuhku.

            “Look! Zah, Raz is waiting for you. To build a mosque with you. He love you Zah. Really love you. He’s too coward to admit his feeling. Aku di pihak dia, aku nak beritahu kau, yang dia sukakan kau. Sayangkan kau.”

            Jantung aku berdebar. Jadi plastik gula-gula HACKS tu… bukan gurauan? Harraz cintakan aku sungguh ke? Walaupun dia tahu sukakan Faiq? Ya Allah! Kejamnya aku melukai hati Harraz.

            Aku pegang tangan Faiq supaya dia lepaskan bahu aku. “Kau bergurau eh?”

            “Zah, I’m serious.”

            “Iq, kau dengan Raz kawan baik aku weh. Takkanlah Raz tu boleh sukakan aku.”

            “Perasaan suka itu fitrah, Zah. Kawan baik atau pun tidak, kalau seseorang tu dah jatuh cinta perasaan tu tak boleh nak tipu. Antara kau dan dia, masih ada banyak yang kau tak tahu tentang dia. Antara aku dan dia, lebih dari itu aku tahu Zah. We’re man.”

            Aku pandang wajah Faiq. Aku tenung anak matanya dalam-dalam. Kalaulah kau rasa apa yang aku rasa Faiq. Boleh ke kau ungkapkan kata-kata itu kepada aku? Kalaulah kau tahu siapa yang ada dalam hati aku, sanggup ke kau nak hancurkan hati dan perasaan Harraz? Dan kalaulah debaran hati kau sama rentak dengan aku, yakinkah engkau yang aku cintakan kau?

            Terlalu banyak benda yang bermain di benakku. Satu persatu masalah yang belum aku temukan jalan penyelesaiannya. Aku terus membelakangkan Faiq. Aku atur langkah menghala keluar dari fakulti. Terasa dadaku sesak sekali.

***

“DOKTOR Zahrana!” Panggilan seseorang yang kuat dan lantang membuatkan aku terjaga dari tidurku.  Mata aku terkelip-kelip memandang ke depan. Seorang perempuan memakai uniform putih berdiri tegak di depanku. Aku perhatikan batang tubuh di depanku ini.

            “Eh? Awak tak balik lagi ke Wati?” aku soal nurse yang bernama Hazwati ini.  Aku capai kaca mata yang terletak di atas meja bersebelahan komputer.

            “Doktor sekarang baru pukul sepuluh pagi. Sepatutnya doktor yang ada kat rumah. Bukan saya. Ini shift saya.” Jawab Hazwati. Dia letakkan laporan di atas meja aku. Kemudian dia keluar dari bilik aku. Selang beberapa minit, dia bawa masuk segelas air putih untuk aku.

            “Nah. Doktor minum air ni dulu. Lepas tu doktor boleh balik. Kusut sangat saya tengok doktor sekarang ni.” Ucap Hazwati penuh prihatin.

            Aku sambut huluran gelas itu seraya mengaritkan senyuman untuknya. Aku minum sedikit sahaja air yang diberikan Hazwati. “Terima kasih,” ucapku.

            “Saya tak tahu apa jadi pada doktor. Tapi saya harap doktor bersabar dan redha. Saya baru dapat tahu ada kes orang meninggal padi tadi. Patient under jagaan doktor. Saya harap doktor kuat. Ujian itu adalah tarbiyah dari Allah. Sabar ya Doktor Zahrana?” Lembut dan berbaur ikhlas nurse itu berbicara. Serta-merta membuatkan bibir aku mengoyakkan senyuman ikhlas untuk Hazwati.

            “Terima kasih atas nasihat awak Wati. I’m learning to accept it actually. Saya balik dulu.” Aku capai beg tangan. Uniform putih aku capai dan sangkutkan ke lengan. Badan dah rasa berlengas. Aku mahu menyegarkan diri sebentar. Aku toleh pandang pada Hazwati sebelum keluar dari bilik aku. “Terima kasih sekali lagi Wati.”

            Hazwati angguk dengan senyuman.

            Langkah kaki aku bawa menuju ke wad bayi. Mata aku ingin melihat kecomelan bayi kecil itu. Semangat dan teruja aku rasakan. Sampai saja di depan cermin kaca wad bayi itu, aku melihat Faiq sedang menggendong anaknya. Berbisik sesuatu. Tubir matanya basah. Hatiku terasa pilu.

            Pintu wad bayi aku tolak. Tubuh aku bawa mendekati Faiq yang sedang duduk memandang anaknya yang lena.

            “Faiq…” aku panggil namanya perlahan.

            Faiq dongak memandang aku. Sembap sekali wajah itu. Tetapi dia masih mampu mengukirkan senyuman untuk aku. Walaupun tak manis mana.

            “Kau buat apa kat sini?” dia soal aku. Matanya kembali menoleh pada si anak. Faiq usap perlahan pipi si anak. Dapat aku rasakan kasih sayangnya terhadap bayi kecil itu sedalam lautan cinta untuk Adawiyah.

            “Nak jenguk anak kau.” Jawab aku ringkas.

            “Dia tidur…” suasana terasa sangat hening. Aku perhatikan saja tingkah Faiq. “Macam mama dia…” sambung Faiq lagi.

            “Faiq… urusan arwah dah selesai?” tanya aku. Cuba mengubah topic supaya Faiq tak hanyut dan tenggelam dengan emosi.

            Dia angguk. “Dah. Keluarga aku settlekan. Aku pun baru lepas balik dari kubur. Aku uruskan keperluan Zahra, bersihkan diri dan terus datang sini. Tak sabar nak cium si kecil ni.”

            “Zahra?” dahi aku berkerut memandang Faiq.

            Faiq toleh sekilas ke arahku. “Adira Azzahra. Nama anak aku dengan arwah rancang. Ertinya seorang mulia yang memiliki kekuatan besar yang sangat baik dan cerdas.”

            Aku senyum. Tak tahu bagaimana mahu menggambarkan perasaan aku dikala ini. PErasaan Faiq itu seharusnya dikongsikan bersama isterinya. Rasa teruja mahu menamakan anak itu sepatutnya membuatkan bibirnya senyum. Tetapi tanpa ada Adawiyah di sisi, terasa hambar sahaja suasananya.

            “Sedap nama anak kau Iq. Pandai kau dan arwah pilih nama. Jadi aku kene panggil dia  Zahra la eh?”

            Faiq angguk. Dia senyum lalu dia dekatkan Zahra dengan aku. “Kau boleh panggil dia bila-bila masa yang kau suka Zah. Kalau kau tak keberatan, aku nak kau beri sikit kasih sayang kau pada anak aku. Dakaplah dia Zah.”

            Aku pandang Faiq seraya perlahan-lahan aku sambut Zahra dari tangan Faiq. Subhannallah. Tak tergambar perasaanku dikala ini. Bayi yang masih merah itu aku tenung dengan rasa sayang. Tak kusangka, bayi sekecil ini sudah diuji dengan kehilangan ibu. Sabarlah sayang. Auntie Zah akan jaga Zahra dan sayang Zahra macam anak sendiri.

            “Faiq…” mata masih memandang si bayi tetapi bibir memanggil ayah si bayi.

            “Hmm…” jawab Faiq.

            “Kau tak kesahkan kalau aku jadikan Zahra ni sebahagian daripada tanggungjawab aku kan?” Aku dongak mencari bebola mata Faiq. Bersabung untuk seketika. Dia senyum.

            “Anak aku anak kau juga Zah.”

            Jawapannya itu membuatkan air mataku mengalir perlahan. Bibir  aku dekatkan dengan pipi Zahra. Bau Zahra memberikan aku ketenangan. Auntie Zah harap, papa Zahra akan terus kuat dalam menghadapi cabaran untuk besarkan Zahra. Zahra adalah lambang cinta suci papa dan mama Zahra. Auntie sayang papa Zahra. Tapi sayangnya, kasih sayang auntie tak setanding kasih sayang mama Zahra. Tapi Zahra, andainya suatu hari nanti papa Zahra tidak mahu menerima sesiapa dalam hidupnya, katakanlah padanya, auntie Zah senantiasa menyayangi papa sampai bila-bila. Jawapannya masih sayang.

            Sedarilah, kita tak tahu bagaimana hidup kita bila diuji dengan kesusahan, kesakitan, kemiskinan, kecacatan dan serba kurang. Yakinilah, kita ada Allah, Tuhan yang berkuasa, yang menciptakan kita.



P/S :Asslamualaikum and Hi! Thanks for reading. Hope you guys enjoy this story. Segala salah silap harap diampun. I wrote this story sekadar suka-suka. Another chapter still tak taip lagi. Haha! InsyaAllah another part will be update soon. 

6 comments:

Elvroseth said...

Dear Ayla, deep in my heart, this is a beautiful story. Ini cinta platonik dan saya sangat sangat sangat tersentuh. Sumpah tak tipu !

Dan bila saya baca part Wiyah mati, saya rasa sangat tersentuh sbb baby tu tak ada ibu. Saya rasa.. kesunyian Faiq..

Awak buat saya 'rasa'

Btw ! Awak ambil jurusan medical ke ? Sbb saya rasa mcm pernha baca buku medical oxford tu. Hahaha.

I love this storyyyyyyy

Isla said...

Dear Naressa, thank you for reading. Haha! I'm not a medic student. Student electric sebenarnya. :D Terharu sbb awk rasa apa yg saya sampaikan. x sampai hati pun nak buat baby tu hilang ibu. Tapi, saya nak Zahrana dgn Faiq :D Hihi. thanks for motivate comment syg!

Anonymous said...

heyya. love it sis. tapi part skill penulisan kena baiki n improvekan sikit , oke ? *muka senyum* i just felt that there're something wrong somewhere , something missing . haha . overall , nice . thumbs up .

btw , suke backgroud sound . 07-ghost ? kalau salah sorry .

Anonymous said...

saya suka saya suka. (jadi mei-mei jap) haha. nice story sis. tapi, kene baiki n improvekan lagi cara penulisan tu. i just felt something wrong somewhere, something missing, something yg tak kene la nak kata kt sini. haha. jalan cerita pun nampak mcam 'ko nak pi mane laju-laju nie?' haha. slow2. bit by bit. tak perlu nak masukkan the whole story in one part, kan? kasi suspen skit, buat readers tertnye-tanye.

sorry andai terasa, 'warkah' ini mengganggu, macam menyibuk je, sorry 'ya.

asilentreaderwholovestoreadanddropcomments. bhahaha. *muka kiut*

Anonymous said...

oh, 'bout the background music im sorry. just tersedar yg its not from ur blog. haha. padah buke bnyak blog in one time.

im the anon that comment earlier? peace.

Isla said...

terima kasih sbb sudi singgah dan baca blog saya. segala salah silap harap maaf. insya Allah in future saya akn perbaiki mana yg kurang. terima kasih atas teguran. saya hanya budak baru belajar :D