Wednesday, 25 March 2015

Be The One [Part III]


Sebulan kemudian…

“PAPA balik dululah Zahra. Zahra tolong tengok-tengokkan mama ya? Kalau ada apa-apa terus call papa.” Encik Edmund Hanif mencium dahi anak perempuannya. Kemudian satu kucupan dihadiahkan buat isterinya yang sedang tidur.

            “Bye pa. Drive carefully tau.” Tangan papanya disalam.

            “Hmm… Zahra take care. Tadi papa ada bawa selimut. Ambil dalam rak kalau Zahra nak pakai.”

            “Okay.”

            Zahra duduk di sisi mamanya. Merenung dalam wajah mamanya yang pucat lesi. Petang tadi, dia yang sedang mengajar anak buahnya menari mendapat berita bahawa mamanya terjatuh di bilik air. Entah macam mana silapnya, mama boleh tergelincir kerana Amirul anak buahnya bermain sabun di dalam bilik air. Terkocoh-kocoh dia lari ke hospital sebab risaukan mama. Nasib baik mama cuma cedera sikit. Kalau ada darah beku dalam otak? Hmm, memang dia menangis semalaman jelah.

            Zahra menguap apabila terasa mengantuk. Dia meletakkan kepala di sisi mamanya. Sekejap saja matanya terkatup rapat.

Zahra tersedar apabila jam sudah menginjak ke angka satu pagi. Keadaan wad sudah sunyi sepi dan malap. Zahra mengeliat membetulkan urat sendinya. Kemudian, dia seluk tangannya ke dalam poket varsity.

“Laparlah pulak.” Kata Zahra sendiri. Lalu dia mengatur langkah keluar dari wad. Sebelum keluar sempat lagi Zahra mencapai sebungkus roti.

Zahra melabuhkan punggung di luar wad. Keadaan sangat sunyi. Tapi dia sikit pun tak takut. Matanya ternampak mesin air di suatu sudut, laju saja kaki pergi ke sana. Kemudian dia membeli air milo sekotak. Dia kembali duduk di ruangan luar wad. Mulut dimasukkan roti.

Zafrel yang baru saja selesai melakukan pemedahan dengan pakar melewati ruangan menunggu Wad 4A. Langkahnya terhenti apabila melihat sesusu tubuh yang amat dia kenali.

Zahra! Apa minah ni buat kat sini?

Zafrel atur langkah mendekati gadis itu.

Zahra mendongak apabila melihat ada bayangan di depannya. Matanya membulat.

“YOU!” suara Zahra naik satu oktaf. Muka terkejut dipamerkan.

Zafrel senyum lalu dia melabuhkan punggung di sebelah Zahra tanpa segan silu. Kemudian, tangannya di bawa masuk ke dalam poket uniform putihnya.

“Hi Cik Zahra Thaqifah. What a coincident. Nice to meet you again. How your feet?” Selamba badak Zafrel memulakan mukadimah.

Zahra dah cebik bibir. Menyampah. Dia terus bangun dari duduknya.

Tapi belum sempat nak melangkah, Zafrel dah rentap pergelangannya.

“Eh nak pergi mana? Cik Zahra tak jawab lagi soalan saya.”

“Lepaslah.” Zahra merentap kasar. Dia memandang Zafrel dengan riak tak puas hati. “Look! I’m fine. Boleh berdiri kan? Maksudnya dah sihat.  I nak blah dulu.” Zahra terus melangkah pergi tetapi Zafrel membuntutinya.

“Cik Zahra buat apa kat sini?” soal Zafrel. Pelik juga kenapa gadis itu ada di sini di awal pagi.

“Bukan urusan you.” Jawab Zahra acuh tak acuh.

“Cik Zahra sakit lagi ke?” Zafrel menghadang jalan Zahra. Dia berhenti betul-betul di depan Zahra.

Hish mamat ni memang nak kena taekwando dengan aku. “Tepilah. Sibuk je.” Zahra menolak dada Zafrel. Rimas sangat! HAri tu mulut macam longkang, hari ni mulut terlebih popcorn pulak. Nak tanya itu ini.

Mak aiii! Menyombong. Yang hati ni pulak, dengan minah macam ni kau nak jatuh cinta. Dah tak ada perempuan lain ke? Gerutu Zafrel di dalam hati. Melihat langkah Zahra yang masuk ke dalam bilik Kenanga, membuatkan bibirnya mengukirkan senyuman. Ohh… mana awak nak lari Zahra?

***
“BILA saya boleh keluar doktor?” tanya Puan Munirah sambil mengukir senyuman. Doktor muda dihadapannya ini dipandang. Kacak. Hmm… dah berpunya ke belum ni? Kalau belum boleh dikenenkan dengan anaknya.

            Tak serik-serik lagi Puan Munirah! Padahal dia dah cakap tak nak tolong susun blind date untuk Zahra. Apa yang terjadi antara Zahra dan Hiddir membuatkan dia sangat-sangat menyesal. Heh selisih dapat menantu gay!

            Zafrel tutup laporan pesakit lalu wajah Puan Munirah dipandang dengan senyuman. “Mak cik dah boleh discharge hari ni. Tapi mungkin petang nanti kot. Kepala mak cik dah okey. Report CT scan pun tunjuk tak ada kecederaan teruk dikepala mak cik.”

            “Alhamdulillah kalau kepala mak cik ni tak kenapa-kenapa. Bukan apa doktor, mak cik kesian dengan anak mak cik kena jaga mak cik kat sini. Cuti berhari-hari nanti kesian pulak kat anak murid dia tak ada siapa nak mengajar.” Kata Puan Munirah.

            “Kenapa tak ada siapa nak mengajar?” soalan polos dari Zafrel terhambus keluar.

            Puan Munirah tersengih, “anak mak cik tu cikgu, doktor. Kalau dia ambik cuti memang tak ada siapalah nak tolong ganti mengajar.”

            “Ohh… cikgu rupanya…” Zafrel mengangguk faham sambil mata melirik ke arah sofa.

            Puan Munirah turun dari katil. Dia rasa nak terkucil pulak.

            “Eh mak cik nak pergi mana?” berkerunyut dahi Zafrel.

            “Mak cik nak ke tandas. Tak tahan.”

            “Ohh… kalau gitu meh saya tolong papah.”

            “Eh tak usah. Doktor mesti sibuk kan? Mak cik boleh jalan sendiri.”

            Zafrel tersenyum memandang Puan Munirah, “baiklah kalau gitu. Hati-hati.”

            Sejurus selepas Puan Munirah masuk ke dalam bilik air. Zafrel terus mendapatkan Zahra yang sedang terlena pulas di atas sofa. Amboi kemain tidur. Tidur-tidur pun nampak cantik je minah ni. Tak sangka pulak seksi-seksi gini kerjanya cikgu. Cikgu menari kot. Desis Zafrel.

            Mata lelaki Zafrel tertunak memandang seraut wajah yang mirip dengan arwah Natrah. Cuma bezanya, kulit Zahra lebih putih berbanding arwah. Kening Zahra juga lebat berbanding arwah. Bibir Zahra lebih tebal berbanding Natrah. Rambut Zahra lepas tanpa ada ‘penutup’ di kepala. Pendek separas bahu. Comel. Sama tapi tidak serupa. Bukan saja rupa yang sedikit cuma bezanya, tetapi diri mereka juga berbeza.

            Mata Zafrel ralit memandang wajah Zahra yang terlena itu. Ikutkan hati, tangannya mahu saja naik menyentuh kulut mulus Zahra. Tetapi, dia masih berfikiran waras.

            Zahra menggeliat. Wajahnya terasa panas. Perlahan-lahan Zahra membuka matanya. Celik saja, Zahra terkejut bukan kepalang.

            “Mama!” Jerit Zahra sambil menolak dada Zafrel yang begitu dekat dengannya. Hampir saja tercium.

            Zahra terus memeluk tubuh. Mata mencari susuk tubuh mamanya. “You buat apa kat sini hah?” tengking Zahra tegas. Pagi-pagi dah menghadap muka doktor ni. Pergh! Menyakitkan jiwa dan raga betul.

            “I buat apa kat sini? I kerjalah. Tak nampak I pakai uniform?” selamba jawapan Zafrel padahal dalam hati dia nak gelak guling-guling sebab tengok muka gerun Zahra yang baru bagun tidur.

            “Hish! Menyemak betul. Pagi-pagi dah kena mengadap muka you. Mana mama I hah?

            “Mama you dah hilang. I culik.”

            Puan Munirah yang berada di dalam bilik air bergegas keluar. Terkejut bila suara anaknya memekik kuat.

            “Kenapa Zahra?” muncul Puan Munirah di ambang pintu bilik air. Memandang Zahra dan doktor silih berganti.

            “Mama!” Zahra terus bangun dan memeluk mamanya. “Mama kenapa tinggalkan Zahra dengan mamat sewel ni?” adu Zahra.

            Aik?! Mamat sewel dia panggil aku? Wah… melampau!

            Puan Munirah tergelak. “Sayang, ni doktor mamalah. Nama dia Doktor Zafrel. Tak baik panggil dia sewel. Budak medic ni.”

            “Ahah! Betul kata mak cik tu. I ni budak medic tau. Sesuka hati awak je panggil sewel. Nama I sedap okey. Zafrel Alif!” celah si Zafrel dengan kedua belah kening terjongket-jongket memandang Zahra.

            “Hish! Mama ni bela dia pulak.” Rangkulan di pinggang mamanya dilepaskan. Zahra menghentak kaki. Ergh! Menyakitkan hati!

            “Tak bela lah Zahra. Doktor ni baik tau. Dia kata mama dah boleh discharge hari ni.” Kata Puan Munirah.

            “Hah, baguslah kalau dah boleh discharge hari ni. Lagi lama mama duduk kat sini, memang Zahra suruh Mbok Ani yang jaga. Panaslah kat sini.” Perli Zahra. Dia menjelirkan lidah ke arah Zafrel lalu melangkah keluar dari bilik mamanya. Sebal!

            Puan Munirah menggeleng melihat perangai anaknya. “Maaf ya doktor. Anak saya memang macam tu.”

            “Tak pe. Saya suka layan orang macam tu mak cik.” Ucap Zafrel. Dalam hati dia berdangdut dapat sakitkan hati Zahra. BIbir mengukir senyuman sinis.

***
Beberapa hari selepas discharge…

            “Zahra!” panggil Puan Munirah kuat dari dapur.

            “Ya mama!” jawab Zahra. Dia yang sedang dance practice di bilik, terus berlari menuju dapur.

            Puan Munirah meletakkan beg yang berisi nasi berlauk gulai ketam masak lemak di depan Zahra yang baru muncul. “Boleh tolong mama tak?” tanya Puan Munirah.

            Zahra melihat isi di dalam beg. “Tolong apa ma?”

            “Bagi lauk ni kat Doktor Zafrel.”

            “What?!” suara Zahra naik satu oktaf.

            Puan Munirah tersengih. Menunjukkan riak tidak bersalah. Semenjak dia discharge, dia memang rajin chat dengan Zafrel di Whatsapps.  Dia minta nombor doktor muda itu kerana dia dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan pandangan Doktor Zafrel terhadap anaknya. Tak sangka dia boleh bermain whatsapps dengan anak muda itu. Dan bila banyak soalan tentang Zahra ditanya, dia mula rasa curiga. Dan dia sebagai ibu kepada Zahra, dia memang bagi green light kepada Zafrel kalau mahu memikat.

            Sebab tulah dia sediakan nasi berlauk gulai ketam masak lemak ni untuk Zafrel. Sengaja mendengki si bongsu supaya menghantar lauk ke hospital.

            “Mama nak Zahra hantar makanan ni kat Doktor Zafrel. Sebagai tanda ucapan terima kasih mama pada dia.”

            “What? Ma? Perlu ke semua ni ma?”

            “Perlu tak perlu. Mama nak Zahra hantar  juga makanan ni bagi pihak mama. Lagi pun, doktor Zafrel tu baik.”

            “Mama… kalau mama suruh Zahra buat benda lain, Zahra boleh buat. Tapi kalau hantar makanan ni kat mamat sewel tu…”

            “Mamat sewel. Mamat sewel. Nama dia Zafrel. Dah hantar cepat. Kalau tidak, hujung minggu ni mama tak izinkan Zahra take part dalam competition salsa dancing. Faham?!”

            “Mama!!!!” Zahra dah hentak kaki denga n bibir yang terherot-herot. Hati mendongkol geram.

            “Tahu takut. Dah pergi cepat.” Puan Munirah simpan senyum melihat gelagat anaknya.

***
KAKI Zahra melangkah perlahan ke dalam Wad 4A. Kepalanya terjenguk-jenguk. Kemudian, matanya meliar mencari kelibat mamat sewel.

            ‘Hish mana pulak mamat ni? Time dicari tak ada pulak. Kalau tak di cari, muncul je depan mata. Hishhhh….’ Omel Zahra di dalam hati.

            “Cik cari siapa?” tegur seorang nurse.

            “Err… saya cari mamat sewel.” Jawab Zahra apabila disergah begitu. Kerana terkejut, dia melalut.

            Bekerut dahi nurse yang bertag nama Salwa. “Mamat sewel? Cik ni salah hospital ke?”

            Zahra menggeleng laju seraya menekup mulut. Hish mulut ni. Tersasul pulak. “Tak. Maksud saya, saya cari Doktor Zafrel. Dia ada tak nurse?”

            Nurse Salwa senyum melebar. “Ohh… Doktor Zafrel. Dia ada tadi tapi tetibe dia dapat hal emergency. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?”

            Bagai disorongkan bantal. Orang dah offer nak tolong tu, tak kan nak tolak kan? Ahaks! Zahra hulur beg yang  berisi makanan. “Boleh tolong beri ni pada dia? Cakap dengan dia patient nama Puan Munirah bagi. Terima kasih ya nurse.” Sejurus selepas huluran bersambut, Zahra terus blah. Tak sanggup nak lama-lama. Kang dibuatnya bertembung dengan mamat sewel tu, huh! Cari nahas je.

            Keluar dari Wad 4A, mata Zahra terpandang beberapa orang yang sedang menangis di ruangan menunggu. Dahinya berkerunyut pelik. Apahal pulak ni? Desis Zahra.

            “Milah, Doktor Zafrel mana?” tanya seseorang yang beruniform doktor kepada nurse.

            “Saya tak pastilah Doktor Amril. Rasanya tadi dia dekat luar bilik mayat. Kenapa doktor?” jawab nurse yang bernama Milah.

            “Saya nak minta laporan pesakit yang meninggal tadi,” beritahu Doktor Amril.

            Zahra yang mahu melangkah pergi meniggalkan ruangan itu terhenti. Tubuhnya kaku. Perasaannya semacam. Dia kemabli menoleh ke  arah kelompok keluarga yang sedang bermuram durja itu.

            Entah kenapa, rasa sayu mengetuk pangkal hatinya. Lalu tidak semena-mena langkah kaki di atur menuju ke ruangan bilik mayat. Di suatu sudut tersorok, Zahra terpandang Zafrel. Matanya lekat memandang Zafrel yang sedang membelakanginya. Tidak mahu langkahnya didengari, Zahra memperlahankan langkahnya. Apabila tiba dekat Zafrel, Zahra memegang lembut bahu lelaki itu.

            “Zafrel?” panggil Zahra lembut. Melihat tiada respon dari Zafrel. Dia mengalih posisi. Dia berdiri di depan Zafrel.

            Pandangan lelaki itu kosong. Sekosong hatinya. Wajah Zahra yang tiba-tiba muncul langsung tidak menerujakan hatinya.

            “Zafrel… kenapa ni?” tanya Zahra lembut. Melihat wajah itu yang seakan-akan hanyut dengan dunianya membuatkan Zahra terpanar.

            Zafrel terduduk lemah.

            Zahra kaget. “Zafrel!” Zahra bertinggung di depan Zafrel. Cemas.

            Zafrel menyembamkan wajahnya ke bahu Zahra.

            Zahra terkesima. “Zafrel…” bisik Zahra lembut.

            Suasana menjadi hening dan sunyi. Hanya mereka berdua yang ada di ruangan luar bilik mayat itu.

            Tubuh Zafrel bergegar dan bahunya terhincut-hincut. Zahra dapat merasakan Zafrel sedang menangis. Hatinya dipagut rasa sayu.

            “Zafrel…” bahu Zafrel ditolak lembut. Seperti yang dia tebak, wajah Zafrel sudah memerah dan basah.

            “Zafrel…” ucap Zahra lagi. Dia terkedu melihat keadaan Zafrel yang begitu.

            “Dia dah tak  ada Zahra. I can’t save him. He’s gone. Forever…” beritahu Zafrel. Sungguh dia sangat lemah bila berdepan dengan kematian. Ini merupakan pesakitnya yang pertama. Pergi menghembuskan nafas terakhir jam satu tengahari tadi. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa dia rasa bersalah. Dia berharap pesakitnya akan hidup lebih lama dan bertahan. Tetapi, Allah lebih menyayangi pesakitnya.

            Zahra mengusap bahu Zafrel. Tumpah rasa simpati. “Zafrel… you bukan Allah. Ajal maut seseorang berada di tangan Yang Maha Berkuasa. You hanya seorang doktor yang hanya mencari solusi bagi penyakit mereka. Sehebat manapun manusia dan seorang doktor, kita hanya mampu mencerap pada yang zahir.” Pujuk Zahra. Dia tidak tahu bagaimana mahu menenangkan Zafrel. Hanya itu yang terluah dari bibirnya.

            Zafrel menyeka air matanya memandang Zahra. Tahukah Zahra apa yang dia rasa? Dia rasa kecewa dan bersalah. Kecewa kerana tidak dapat menyelamatkan nyawa pesakitnya, bersalah kerana pernah memberikan harapan kepada keluarga.

            “Saya tahu… tapi saya tak dapat nak bendung perasaan saya Zahra. Melihat pesakit saya pergi, seolah-olah melihat orang yang saya sayang juga turut meninggalkan saya.” Jawab Zafrel dengan suara huskynya. Melihat mereka pergi, seakan-akan saya melihat Natrah pergi dari hidup saya Zahra… bisik hati Zafrel.

            “Zafrel, percaya pada qada’ dan qadar Allah. Terima semua ni secara positif. Lumrah kehidupan Zafrel. Yang hidup akan mati juga. Jangan macam ni. Awak kan doktor. Doktor kena kuat semangat.” Zahra usap lembut bahu Zafrel. Sedaya upaya dia cuba mengusir rasa yang bertandang di dalam hati Zafrel. Dia tidak mahu Zafrel berputus asa.

            “Just leave me alone Zahra…” Zafrel membuang pandang. Tidak mahu memandang mata gadis berdarah kacukan Scotish Belanda itu. Ayah gadis ini berdarah scotish, manakal ibunya Belanda Melayu.

            “Zafrel…” Zahra tidak sampai hati. Lalu dengan spontan, dia merangkul leher Zafrel. Mahu menenangkan Zafrel.

            Zafrel tidak mampu membendung rasa hati. Di bahu Zahra, dia menangis. Sepuas-puasnya.
***
SEJAK hari itu, hubungan Zahra dan Zafrel mula membuahkan putik-putik babak. Walaupun belum tahap nak bercinta, at least, ada connection antara mereka walaupun hanya seorang sahabat. Zafrel akui hidup dia lebih ceria berbanding biasa, mungkin sebab selalu dapat mendengar suara wanita itu di corong telefon.

            Zafrel melangkah masuk ke dalam studio X-Virus. Hampir sebulan mengenal Zahra, dia sudah tahu apa karier Zahra, apa hobi Zahra dan apa yang Zahra buat bila cuti sekolah. Ternyata gadis yang dia sangkakan penari ini rupanya seorang guru di SK Limpoon. Sangat tidak sesuai dengan perwatakan gadis itu yang liar dan lincah. Semenjak jadi ‘BFF’ Puan Munirah, memang senang sangat Zafrel dapat info tentang Zahra. Aci tak aci? Nak tackle anak guna khidmat bakti si bakal emak mertua. Haha!

            Zafrel kuak daun pintu bilik menari Zahra. Studio X-Virus merupakan sebuah studio hak milik sahabat baik Zahra iaitu Alex. Dalam studio ni ada tiga bilik yang menempatkan tiga orang guru. Dan sekarang dia mencari Cikgu Zahra Thaqifah.

            Telinga Zafrel menangkap bunyi lagu tango. Tango ke salsa? Eh? Entah.  Kepalanya dijengulkan. Jelas terlihat susuk tubuh Zahra yang berpakaian legging hitam dan baju inner sedang menari bersama seorang lelaki. Erk?! Dia telan liur. Menahan sabar di dalam hati. Heh sungguhlah budak sorang ni?! Suka buat jantung dia nak keluar!

            Zahra tidak menyedari kehadiran Zafrel. Dia hanyut dengan alunan muzik yang dimainkan oleh John Williams, Itzhak Perlman & Pittsburgh Symphony Orchestra . Kakinya cekap menarikan tarian tango. Selain dari line dance yang berkumpulan, dia suka dengan tarian tango. Bagi Zahra, ia sangat menggoda kaum Adam. Walaupun dia sedar tarian salsa tiada tolok bandingnya.

             Zafrel hanya menahan rasa apabila melihat kaki panjang Zahra bergesel dengan jejaka ntahsapa-sapa itu. Bukannya dia tergoda dengan tarian Zahra, tapi mata dia sakit!

            Selepas lima minit bediri macam patung cendana tak laku-laku, Zahra tamatkan juga tariannya.

            Zafrel bersandar pada cermin kaca. Pergh! Sabar jelah! Zahra mendekatinya sambil mengukir senyuman.

            “Apa you buat kat sini? Nak join dance?” tanya Zahra naïf. Langsung tak dapat nak hidu kepulan asap yang dah naik atas kepala Zafrel.

            “Taklah. Nak tengok wayang free. Tak sangka memang dapat tengok wayang free.” Balas Zafrel pedas.

            “Eleleh! Tergodalah tu nampak I menari tango kan?” Zahra dengan selamba kenyit mata ke  arah Zafrel. Bukan dia tak tahu mama dia dah jadi kawan baik Zafrel. Ni mesti kerja mama bagitahu mana tempat dia lepak.

            “Euw! Please! I nak tergoda dengan you? Tolonglah. Tak tengok cermin ke?” sekonyong-konyong rasa cemburu  meluap, berdas-das rasanya mulut dia nak memerli.

            Eceh! Poyo betul doktor sorang ni. Tak pe. Kita test tengok tergoda tak tergoda.

            “Ohh tak tergoda ya? Hmm… mungkin sebab I menari dengan Alex. Apa kata I menari dengan you?” Zahra mendekati Zafrel. Hujung kolar kemeja Zafrel, dia tarik. Membuatkan Zafrel terdorong ke  arahnya.

            Fuh! Budak sorang ni memang betullah menggoda iman! Jerit Zafrel di dalam hati. Dia menepis tangan Zahra yang memegang hujung kolar bajunya.

            “Tak naklah I. Geli je nak menari bagai ni. Lagi satu, dapat dosa tahu pegang-pegang orang yang bukan mahram.” Bebel si Zafrel pakej dengan perlian lagi.

            Zahra berdecit. “Hish susah betul kalau dapat kawan pak ustaz nilah. Kalau macam tu, you telan liur jelah. I nak sambung menari dengan Alex. Jom Alex, I nak try salsalah. Semalam tengok 
kat youtube macam best.” Zahra tarik tangan Alex yang sudah menggeleng-geleng. Give up. Penat.

            “Tak mahulah I. I’m tired okay.” Alex mengadu.

            “No excuses please. Satu kali je.” Zahra dah letak tangan Alex di pinggangnya.


            Membuntang mata Zafrel. Ni tak boleh jadi ni! Eee! Zahra Thaqifah you drive me into crazy! Kaki terus diayun ke  arah Zahra dan Alex di ruang tengah. Dia tarik lengan Zahra.

            “Okay. Menari dengan I.” Tegas bunyinya. Sebab cemburu aku buat semua ni tau!

            Zahra kulum senyum. “Eleh, tadi jual mahal. Sekarang bila I nak menari dengan orang lain, you sibuk tergedik-gedik. Bukan ke berdosa pegang-pegang macam ni Doktor Zafrel oi?” Zahra pulang paku buah keras. Hujung jari telunjuk digawangkan  ke dada Zafrel.

            Cis! Dia kenakan kita balik! “Okay fine. I tergoda dengan you. So can you please stop nagging. Bila nak menari?” Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata no turning back okay! Ni kalau Puan Anida tahu dia menari dengan anak dara orang mampuih kena parang!

            Zahra dah jongket-jongket kening perasan comel. “Ececehh, tak menyabar doktor sorang ni. Nak cepat-cepat pun bukannya you pandai menari. You kan kaki kejung.”

            Zafrel jelir lidah geram.

            Zahra dah tergelak halus. “Macam nilah Doktor Zafrel, tak guna pun I menari tango dengan you sebab you memang tak pandai punya. Jadi, apa kata we go to the basic of mambo?”

            “Mambo?” terjongket kening  Zafrel.

            “Haiyaaa! Mambo macam nilah doktor.” Alex terus capai tangan Zahra mahu mengajar. Dari tadi dia perhatikan je sketsa Zahra dan Zafrel.

            Zafrel dah terlongo. Mata terus memerhati. Nak tackle Zahra punya fasal, dia belajar jugak menari.

            “Tengok ni.” Alex tunjukkan gaya kepada Zafrel.

            “Two three four…” Alex tunjukkan gaya kaki sebab mambo memang banyak main kaki dan punggung.

            Ralit Zafrel belajar. Ohh senang je.

            “Ni basic okey. It easy man!” Alex lepaskan tangan Zahra bila habis mengajar.

            Zahra kulum senyum dan terus hulur tangan.

            Tanpa teragak-agak, Zafrel terus menyambut. Tangan Zahra dibawa tinggi separas bahu.

            “So, you’re ready Doctor Zafrel?” Zahra kenyit mata menggoda.

            Zafrel buat donno padahal tengah kawal nafsu. “Cepatlah…” gesa Zafrel.

            Mulut Zahra terus berbunyi ‘Two three four’ dan kaki terus bergerak perlahan kerana Zafrel belum pandai.

            Terkial-kial Zafrel mengikut.

            Zahra ketawakan je tengok step Zafrel yang lintang pukang.

            Zafrel terus lepaskan pegangan tangan. Tak tahan! Bukan dia yang menari, tapi mata dia yang menari tengok lenggok menggoda Zahra. “Surrender! I can’t okay. You’re too quick!”

            Zahra terus labuhkan punggung di lantai parquet. Dia sandar pada cermin kaca. Botol air dicapai dan digugup rakus.

            “I told you Zafrel. You can’t. Buat tambah dosa je pegang-pegang I.” Selamba Zahra berkata selepas membasahkan tekak.

            “Kenapa dalam banyak-banyak minat, you pilih menari?” tanya Zafrel. Dia pandang Zahra di sebelah kirinya. Alex tah ke mana hilang lepas ajar mambo. Dia juga turut bersandar pada cermin kaca.
            Zahra balas pandangan Zafrel.  Dia ukir senyum tipis.

            “Sebab I minat. Dance isn’t just dance, it’s magical. Something that sets you free. The conversation between body and soul. Everytime, I menari, I felt I turn into a better version of me. Dancing is my passion and obsession.”

            “Then why you choosed cikgu as your carier? Kenapa tak pilih jadi cikgu menari je?”

            “Kan sama je tu. I’m still a teacher.”

            Ceh! Jawapan sama macam buku teks!

            “Mana sama Zahra, awak tu cikgu budak sekolah. Ijazah awak tu, ijazah pendidikan. Bukan ijazah didikan tarian.” Kata Zafrel.

            Zahra gelak kecil. “Mama yang nak sangat saya jadi cikgu.”

            “And you heard her?”

            Zahra angguk. “I don’t have a ambition actually. I just follow the path of my life. I don’t have any vision lepas SPM. I got flying colours masa SPM. And mama so proud of me. Dia yang tolong applykan maktab untuk I. Then I dapat. Tak fikir panjang, terus terima. Lagi pun I minat menari masa I umur 23 tahun. You nak tahu macam mana I minat dengan dance?” kening Zahra terjongket bertanya kepada Zafrel sama ada dia mahu tahu atau pun tidak.

            “Nak.” Muka Zafrel teruja.

            “Masa tu I pergi London. I ternampak budak-budak street menari hip hop. Dorang cari makan dengan menari je. Masa tu lah I rasa tertarik nak belajar menari. Lepas tu, I balik I terus cari orang-orang yang boleh mengajar menari. Tapi mostly, semuanya ballet. Then, I jumpa Alex. Dia yang ajar I tentang dunia tarian ni. Dah lima tahun I berkecimpung dengan dunia tarian. Tapi mostly semua line dance and breakdance.”

            “Ohh… macam tu rupanya.”

            “Sayang kan? I dah nak graduate baru I dapat minat baru iaitu menari. Kalaulah I kenal dunia tarian dulu… mesti I tak jadi cikgu budak-budak sekarang ni.”

            Zafrel tergelak kuat. Tadi Zahra juga yang cakap.  “You still a teacher. No matter happen, the fact is you’re a teacher. Tetap jugak kena mengajar.”

            “Choi!” Zahra baling botol air ke  arah Zafrel. “You pulak kenapa nak jadi doktor? Kenapa tak jadi peguam? Mulut you tu sesuai sangat dengan jawatan peguam.”

            Zafrel memakukan pandangan ke arah Zahra. Sebab… Natrah… she’s the one reason why I be a doctor.

            Melihatkan Zafrel yang kejung tanpa bicara, Zahra tepuk lengan lelaki itu. “Zaf? Zafrel?”

            “Natrah.”

            “Huh?” dahi Zahra berkerut pelik. Tetibe Natrah pasai pa?

            “Err… nothing.” Zafrel terus angkat punggung. Dia capai telefon bimbit di atas kerusi dan blah. Tak sanggup tengok muka Zahra. Zahra dan Natrah tak sama Zafrel! Tak sama!

***
NATRAH? Siapa Natrah? Itulah yang bermain di benak Zahra dari tadi. Bercabang-cabang fikiran dia memikirkan siapakah Natrah dalam hidup Zafrel. Bila lelaki itu meninggalkan dia secara tiba-tiba dengan satu baris nama, dia termangu sendiri.

            Zahra lap rambut yang basah perlahan-lahan. Kepalanya ligat berfikir.

            “special sangat ke Natrah tu sampai Zafrel sebut nama dia?” bisik Zahra sendiri. Dia pandang wajah sendiri melalui biasan cermin.

            “Lah Zahra! Yang kau fikirkan sangat tu kenapa? Biarlah dia nak sebut nama siapa pun?!” Zahra serabaikan rambut sendiri kemudian menyembamkan wajahnya di meja solek.


            Ah stress! KEnapa dia perlu rasa macam ni? Kenapa dia perlu fikir NATRAH? Hanya sebari nama dan secara tak langsung memberi impak dalam diri dia!

Wednesday, 18 March 2015

Be the One [Part II]


"Dulu dan kini tak sama, Zafrel. Kita jangan hidup dengan kisah lama."

YA betul. Biarlah cerita yang lama itu terus pergi. Orang putih kata let bygones be bygones. Itulah yang dia cuba lakukan. Sudah 7 tahun kisah itu berlalu. Kini dia bangkit sebagai Zafrel yang baru. Kalau terus hidup dalam kenangan masa silam  macam mana nak move on? Jadi, sedikit demi sedikit, dia hidup untuk masa depan yang akan datang. Orang kata, ‘what happens to us today is a result of what we did in the past. what will happen in the future is the result of what we do today’. Oleh sebab itu, Zafrel cuba bangkit dari kesedihan yang lalu.

                Zafrel menutup handbook of sign and symptoms. Dia buka sekadar tengok sahaja. Bukan baca pun. Dia menghela nafas berat. Sudah seharian dia berkampung di hospital. Malas nak balik rumah. Lebih suka menghabiskan masanya di dalam wad atau pun di mana-mana kawasan asalkan dalam hospital. Dia lebih suka sibukkan diri dari tak buat apa-apa. Jam dinding dipandang sekilas kemudian dia bangkit dari duduknya. Mahu mencari angin di luar. Zafrel menyarungkan uniform putih ditubuhnya kemudian dia keluar dari Wad 4B.

                “Tulah kau degil! Aku dah cakap dah, memalam macam ni jangan mengada-ngada nak keluar pergi jogging. Tapi kau degil juga. Tengok apa dah jadi? Menyusahkan orang betul!” rungut satu suara. Dia memapah sahabatnya masuk ke dalam klinik kecemasan.

                “Eee! Bisinglah kau ni. Diam tak boleh ke? Memekak je. Tolong aku tu biarlah ikhlas sikit.”

                Zafrel yang sedang asyik bermain iPhone 5 terus berjalan tanpa memandang ke hadapan. Ruangan kecemasan dia lintas tanpa ada rasa.

                Buk! Tubuh Zafrel terlanggar seseorang. Kuat rasanya dia langgar orang tu. Sebab dia jalan laju sangat tak sempat nak stop.

                “Adoi!” aduh seseorang. Dia sudah memegang punggung yang terasa nak tercabut. Apa jenis benda yang langgar dia ni? Buta ke apa?

                Zafrel cepat-cepat menyimpan iPhone 5 ke dalam poket uniformnya. “Opsss. Sorry miss. Saya tak perasan.” Zafrel mencangkung bahu menolong.

                “Tak perasan kau kata? Heh, aku punya badan punya besar macam ni takkanlah kau tak nampak? Eee! Tulah kau Jiji! Aku dah kata pergi je klinik, tapi kau bawak aku datang sini juga! Menyusahkan!” Jiji yang juga turut terjatuh ditampar bahunya. Kakinya sudah berdenyut-denyut.

                “Maaf sesangat.” Zafrel ucap lagi.

                Zahra mendongak mencari empunya suara. “Maaf! Maaf! Tolonglah!” tengking Zahra. Sudahlah tadi kakinya terkehel. Sekarang gorilla mana pulak langgar dia, buat dia sakit hati berganda-ganda.

                Mata Zafrel membulat. Natrah… desisnya. Wajah gadis yang sedang membebel itu ini dipandang dalam.

                “Oiii! Apa tengok-tengok orang macam nak telan hah?” Jiji menengking lalu menolak bahu Zafrel yang sedang mencangkung itu. Tubuh Zafrel terdorong kebelakang dan terduduk.

                Zahra sudah merengus geram. “Bongok punya doktor!” Geram apabila doktor itu hanya memandangnya tanpa berniat mahu membantunya.

                Jiji terus menolong Zahra. Tubuh kurus itu dipapah bangun. Eee! Menyusahkan!

                Zafrel bagaikan baru tersedar. Dia terus mendapatkan wanita tadi. Tubuh kurus itu terus dicempung kalut.

                “Hei! Apa kau buat ni hah?! Turunkan aku cepat!” pekik Zahra nyaring. Semua yang berada di ruangan kecemasan itu memandang Zahra dan Zafrel pelik.

                Jiji membulatkan mata! OMG! Abang sado.

                Tanpa mempedulikan pukulan yang mengena dadanya, Zafrel terus mencempung Zahra lalu dibawa masuk ke dalam bilik rawatan.

                “Hei apa kau nak buat kat aku ni hah? Aku tak nak kena rawat dengan kaulah. Jiji! Jiji!” Panggil Zahra bagaikan orang histeria. Oh Tuhan, dia dekat Hospital Bahagia ke ni?

                “Shut your mouth or I will inject you?” ugut Zafrel sambil memegang shringe. Matanya mencerlung garang. Sengaja.

                Melihatkan wajah yang menggerunkan itu, Zahra terus terkelu. Bibirnya mencebik. Matanya hanya memerhatikan gerak geri doktor lelaki itu.

                “Awak buat apa sampai kaki awak terseliuh ni?” tanya doktor lelaki itu. Mendatar saja nada suaranya. Tangan doktor itu membelek-belek kaki kirinya.

                Zahra hanya terkebil-kebil melihat doktor itu. Tadi macam garang, ni dah baik pulak. Desis Zahra.

                Melihat gadis itu hanya diam tidak menjawab soalan, Zafrel tekan tapak kaki pesakit itu.

                “Ouchhh!” jerit Zahra kuat. Mukanya berkerut-kerut menahan sakit.

                “Saya tanya, kenapa boleh jadi macam ni?” Zafrel ambil bandage selepas memastikan kaki gadis itu hanya terseliuh.

                “I… I…” serba salah Zahra nak cakap sebab salah dia sendiri yang memandai nak jongging memalam macam gini. “I pergi jog.” Terjawab juga soalan doktor itu tadi.

                “What?!” Zafrel membeliakkan bola matanya. What a nonsense? Pergi jogging memalam buta ni buat apa? Tebiat? Terus mata Zafrel melekat pada cara pemakaian si gadis. Astaghrafirullah!

                Zafrel tersenyum sinis. Kemudian dia kembali menyambung kerjanya. “Dah tak ada siang ke sampai malam nak pergi berjogging? Buang tebiat? Tak dapat nak beza siang dengan malam ke?” sindir Zafrel.

                Zahra terlongo pelik. Dahlah balut kaki aku kasar-kasar, lepas tu sibuk nak jaga tepi kain aku pulak, dengus Zahra. “None of your business. It’s up to me la nak jog siang ke malam.”

                “Fine then. Kalau macam tu, dah tahu sakit macam ni, jangan menyusahkan doktor untuk rawat kaki awak! Sendiri cari nahas jog malam-malam.” Zafrel ‘usik’ lagi kaki gadis itu. Geram bila melihat wajah selamba gadis itu.

                “Auchhh!” Terjerit Zahra dibuatnya. Dia mengetap bibir. Geram.

                “Apa masalah you ni hah?I bukan minta you tolong rawat I pun. You yang bawak I masuk dalam bilik ni! Ini kan tugas you. Tanggungjawab you untuk tolong pesakit. Kalau I tak datang sini, doktor macam you ni duduk goyang kaki jelah,kan? Makan gaji buta!”

                “Obstinate girl!” rengus Zafrel perlahan. Entah apalah yang perempuan ni buat agak-agaknya sampai nak berjogging dalam gelap?

                “Pardon me?” kening Zahra terjongket sedikit. Telinga dia ni masih belum pekak lagi.

                Zafrel siap membalut kaki gadis itu. Kemudian matanya memandang wajah gadis itu tepat-tepat. “Next time, jogging biar ada mentari atas kepala. Lagi satu, nak jogging tolong pakai elok-elok sikit. Ini tidak, look like wearing a clothes but actually you’re naked.Tak malu ke dedah sana, dedah sini? Tak sayang body? Lagi-lagi jogging memalam macam ni, tak takut kena terkam dengan ‘vampire-vampire’ kat luar sana ke?” bebel  Zafrel. Pakaian gadis dihadapannya ini sangat menjolok mata. Hanya short pant dan singlet besar yang longgar. Gila namanya tu.

                “Oh my God! Jiji bawak aku pergi hospital ke bawak pergi sekolah ni?” Zahra menjulingkan matanya ke atas sambil menayang muka cemberut. Sakit hati bila doktor kat depan dia ni, sekolahkan dia cukup-cukup. “And one more thing, doktor kolot, sekarang ni tahun 2015 tau. Mana ada vampire! You hidup dalam kisah dongeng twilight ke apa?” Zahra ketawa sinis. Dia sudah berpeluk tubuh.

                Oh minah ni tak faham rupanya aku cakap tadi. Aku cakap vampire tu manusia-manusia yang rakus dengan nafsu. “What I mean of  the vampire is…” Zafrel mendekati gadis itu.  Dia merapatkan tubuhnya dengan tubuh gadis itu.

                Zahra terkedu. Dia semakin merebahkan diri ke katil rawatan. Apa doktor gila ni nak buat? “What are you trying to do?” tanyanya cemas. Melihat anak mata doktor lelaki itu membuatkan dia gerun. Jantungnya berdegup laju.

                “I want to show you the reality of vampire in year 2015, honey….” Bisik Zafrel. Dia mendekatkan wajahnya dengan wajah gadis itu. Melihat mata yang terpejam rapat dengan nafas yang tertahan, Zafrel tersengih lebar. Jelas menunjukkan gadis itu sedang ketakutan.

                “Where’s your husband?” soalan tiba-tiba dari Zafrel membuatkan Zahra membuka mata.

                Dia sedikit lega apabila Zafrel sudah berdiri statik jauh darinya. Oh my God! Kenapa aku tak lempang je muka dia tadi? Argh! Bodohnya! Apsal aku biarkan dia buat aku macam tu? Muka tak puas hati ditunjukkan kepada Zafrel.

                “I don’t have a husband.” Jawab Zahra.

                “Habis tu yang kat luar tu siapa?” Rasanya tadi perempuan ni datang dengan seorang lelaki. Tetapi lelaki itu macam sotong je. Lembut gemalai semacam.

                “My friend.”

                Zafrel rasa selamat dan lega. Kenapa? Dia terus bergerak mencuci luka kecil di lutut Zahra.

                “so, you’re single.” Sekadar  menyedapkan hatinya sekali lagi, Zafrel bertanya soalan cepumas.

                “Yup. Apsal you tetibe busy body ni? Doktor memang selalu macam ni eh?” Zahra rasa jengkel dengan doktor di depannya ini.

                “Doktor lain tak macam ni. Saya sorang je. Saya macam ni dengan awak sorang je.”

                Huh tipikal lelaki! Zahra rasa meluat sesangat! Tolong bawa dia keluar dari sini, Jiji! “Dasar lelaki…” decit Zahra perlahan.

                “Apa?” tanya Zafrel. Tangannya berhenti mencuci luka Zahra.

                “Kalau you trying jual minyak pada I, sorry sangat-sangat. I tak beli minyak murah you.” Sindir Zahra pedas. Matanya membulat membalas pandangan Zafrel.

                Zafrel tersengih sinis. Rahangnya bergerak-gerak. “Am I like selling minyak?”

                “Of course you are.”

                “Okay, how about this? Can you be my wife, miss lady? I want to be your vampire.” Zafrel merenung mata gadis itu sedalam-dalamnya. Dia betul-betul ikut muka awak Natrah… bisik hati Zafrel perlahan.

                “What are you talking about?” muka Zahra dah berkerut-kerut. Gila! Sumpah! Jiji salah hantar aku pergi hospital. Jiji, lebih baik kau bawa aku pergi IJN sana dari kena menghadap doktor gila ni!

                “It’s a proposing. I’m propose you. Not selling minyak.” Strike! Apa kau cakap Arel?

                “OMG! Jiji ni tak tengok ke hospital apa dia hantar aku? Sawan hantu ke apa mamat sewel ni?” Zahra tepis tangan doktor yang berada di lututnya. Kemudian dia cuba bangun. Mahu meninggalkan conversation bodoh ini. Dan paling tak tahan, tak nak tengok doktor annoying ni lagi!

                Zafrel menghalang. Dia mengeluh berat. Entah kenapa mulutnya boleh berkata begitu sedangkan mereka  bukannya kenal sangat. Mungkin sebab muka Zahra sebijik macam Natrah, itu yang buat bibir menuturkan yang bukan-bukan.

                “Sorry. It’s just a jokes. Take it easy okay? Sit.” Lengan Zahra ditarik supaya duduk kembali di atas katil.

                “Huh!” rengus Zahra. Dia menjeling doktor yang sudah diam di depannya ini. Kalau ikutkan hati sebenarnya dia nak suruh Jiji hantar dia pergi klinik je. Tapi Jiji kata hospital ni dekat dengan tempat dia jatuh tadi.

                “Lain kali jangan buat kerja gila lagi. Nasib baik cuma luka kecil. Kalau luka besar? Dibuatnya orang pukul ke? Rogol ke? Siapa susah?” Zafrel tampal plaster di lutut Zahra. Kemudian dia mencuci tangan di sinki yang terdekat.

                Dia dah mula dah! Eh doktor ni! Kutumbuk juga mulut dia ni kang! Getus Zahra. Cepat-cepat dia jatuhkan kaki dari katil.

                “Dah siapkan? I nak balik. Tak tahanlah kat sini. Panas!” Tangan naik mengibas-ngibas muka seolah-olah panas. Walhal air-cond punyalah sejuk. Tak tahan dengan doktor sewel punya fasal.

                “Aik? Dahlah pakai baju tak cukup kain. Itu pun panas lagi? Lain kali bogel terus, kasik sejuk.” Zafrel tarik kerusi lalu melabuhkan punggung di depan meja Doktor Hawa. Doktor Hawa hari ni half day. Disebabkan nak tolong cik adik manis ni, dia meredah masuk je bilik Doktor Hawa.

                “What? Mulut you ni kan?! Teringin nak makan kaki gamaknya!” marah Zahra. Eee! Sakit betul jiwanya saat ini. Sumpah lepas ni dia tak nak datang hospital ni lagi. Kalaulah ada sepuluh orang doktor macam mamat sewel ni, memang boleh masuk IJN!

                “Saya makan kaki ayam. Tak makan kaki orang. Kaki ayam kalau masak kari sedap. Tapi tolong jangan banyak santan sangat. Saya tak suka.” Selamba badak Zafrel menjawab. Padahal dalam hati nak tergelak sakan. Zafrel menulis sesuatu di atas kertas. Sesekali matanya menjeling Zahra yang bersusah payah berjalan untuk duduk di depannya.

                Huh! Kan dah kata! Mulut mamat sewel ni memang nak makan kaki dengan aku! “Hish!” rengus Zahra.

                “Nama awak apa?” tanya Zafrel mandatori.

                “Zahra Thaqifah.” Jawab Zahra malas. Dia berdiri di depan meja. Muka berkerut-kerut menahan sakit.

                “Nah amik ni. Bawa pergi farmasi. Amik ubat. Awak tak boleh buat kerja lasak-lasak selama seminggu faham?” Zafrel hulur kertas kepada Zahra.

                Zahra merampas kasar. Eee! Geramnya aku. Muka dia tu membongkak! Annoying face betul. Sekonyong-konyong Zahra mengutuk di dalam hati.

                Tuk! Tuk! Tuk! Pintu bilik rawatan diketuk dari luar. Zahra dan Zafrel memandang ke arah pintu.
                “Masuk.” Suara Zafrel melaung kuat.

                “Zahra!” terjengul wajah Jiji di ambang pintu dengan riak muka yang khuatir.

                Jiji mendapatkan Zahra lalu dipapah. Wajah Zafrel dipandang.

                “Kawan awak okey. Boleh balik. Dia cuma terseliuh sikit. Jangan bagi dia buat benda-benda lasak ya? Around one week macam tu,” nasihat Zafrel lembut. Dengan senyuman penuh krimmer, dia hadiakan buat Jiji.

                Eee! Dengan Jiji boleh pulak mamat sewel ni senyum. Gay agaknya! Tebak hati Zahra.

                Jiji dah cair tengok dimple Zafrel.

“Dahlah Jiji jom balik.” Zahra tepuk lengan Jiji supaya bergerak. Panas je hati tengok Jiji balas senyuman Zafrel.

“I balik  dulu ya doktor. Terima kasih.” Jiji kenyit mata kanan. Heh, memanglah encik sotong sorang ni. Pantang nampak lelaki dahi licin.

Zafrel mengangguk dan hanya memerhati tingkah Jiji dan Zahra. Hmm… Zahra Thaqifah. What a nice name!

“Beb handsome siot doktor tu.” Keluar dari bilik rawatan Jiji dah mula sesi conversation.

“Dah kau jangan cakap dengan aku kau tangkap leleh dengan mamat sewel tu.” Sedas Zahra bagi percuma pada Jiji. Sedar-sedarlah sikit Jiji dengan doktor sewel tu sama jantina.

“Alarh kau ni. Jeleslah tu kan doktor tu smile kat aku. Kau ni sesuka hati je panggil dia mamat sewel. Dia ada namalah.”

“Hah apa nama dia kalau kau tahu sangat?” Zahra lepaskan pautan dari leher Jiji. Mata mencerun tajam memandang Jiji.

“Err…err…err… alarh Zahra! Aku lupa nak tengok tag nama dia!” Jiji buat muka gedik. Tangannya digawang-gawangkan dengan kaki yang terkepit-kepit.

“Eleh kau! Menggedik je lebih. Dahlah cepat balik cepatlah aku berehat.” Zahra pegang lengan Jiji untuk berpaut.

“Hish kau ni! Salah sendiri siapa suruh jogging memalam. Ada siang kau tak nak pulak jogging.” Nak tak nak Jiji tolong juga kawannya itu.

“Eh ikut suka akulah nak jogging malam ke siang. Kau jangan jadi macam mamat sewel tu boleh? Sibuk pulak nak sekolahkan aku. Aku dah ada degreelah.”

“Eh minah ni. Sentap. Lain kali, kalau susah jangan cari aku.” Jiji merengus geram.

Zahra jegilkan bola matanya. Dalam hati terdetik juga rasa menyesal sebab jogging malam-malam macam ni. Tapi dia stress sangat-sangat. Lagi pun, memang sejak dari zaman universiti dia jogging malam-malam. Tak pergi tempat balapan atau pun taman rekreasi, dia chau pergi gim Fiqri. Sahabatnya itu memang bukak gim 24 hours. Ni semua sebab mama punya fasal. Kalau bukan sebab bebelan mama. Dan kalau tak disebabkan sig ayah tu, dia tak keluar memalam buta gini.

***

Al kisahnya begini…

“MAMA, Zahra cakap tak nak maksudnya tak naklah. Kenapa mama nak desak paksa Zahra?” Zahra sudah berpeluk tubuh dengan kaki yang bersilang. Bibirnya memuncung. Geram sangat bila mama sibuk nak kenenkan dia dengan anak lelaki Puan Azura.

                “Zahra, mama Cuma nak Zahra kenal dengan Hiddir je. Tak salah kan? Mana tahu Zahra berkenan dengan dia. Merasalah mama nak makan nasi minyak Zahra tahun ni.” Puan Munirah duduk di sebelah anaknya. Paha anaknya dipegang. Berharap supaya Zahra keluar dengan Hiddir anak kawannya Puan Azura.

                Zahra terus menggengam jari jemari mamanya. “Ma please. No more blind date after this. Zahra penat ma. Kenal dengan orang tu, kenal dengan orang ni. Malu Zahra dibuatnya Ma. Macamlah Zahra ni tak laku sangat.”

                “Memang Zahra tak laku pun kan?” selamba Puan Munirah membalas.

                “Mama!” Muka Zahra dah cemberut macam timun kecut.

                Puan Munirah tergelak kecil. Kemudian ubun-ubun anaknya diusap. “Zahra, awak dah dua puluh tujuh tahun sayang. Sudah tiba saat dan masanya untuk ada sebuah keluarga. Selagi mama beri keizinan pada Zahra untuk join group VIRUS LADIES tu, selagi tu Zahra kena pergi blind date. Kalau Zahra tak nak pergi blind date yang mama dah aturkan untuk Zahra, no more dance, no more VIRUS LADIES. Okay?”

                Puan Munirah sengaja memasang jerat. Bukannya dia tidak tahu Zahra punya kepala tu macam mana. Zahra mana boleh tinggalkan VIRUS LADIES. Itu adalah separuh dari jiwa Zahra. Puas dia cuba halang anaknya dari menyertai group VIRUS LADIES itu tetapi Zahra tetap tak mahu dengar kata. Malah, dia pula dipasungkan dengan rasa bersalah.

                Bila Puan Munirah main game kotor macam ni, apalagi option yang Zahra ada? “Hmm… yelah. Zahra pergi blind date tu. Tapi kalau tak jadi jangan salahkan Zahra. And one more, mama janganlah main taktik kotor babitkan VIRUS LADIES pulak. Zahra sayang group Zahra okey.”

                Puan Munirah dah senyum sampai ke telinga. “Okay. Okay. This will be your last blind date. Kalau tak jadi juga, mama cari jalan lain supaya anak mama dipetik orang.”

                “Apa lagi mama nak buat ni ma?” Zahra dah mengeluh. Kenapalah mama suka mendesak sangat? Kempunan noh nak bermenantu. Padahal dah ada Kak Fizah dan juga Abang Fauzan sebagai menantu.

                “Zahra mandi bunga pulak. Kita cuba buat rawatan kecantikan. Bagi seri sikit kat muka Zahra tu.” Muka teruja Puan Munirah tayangkan kepada si anak bongsu.

                “Mama!” Zahra terjerit kecil. Oh no!!! Hidupnya sangat kucar kacir kalau blind date kali ni tak jadi.

                Encik Hiddir, hopefully you can help me!
***

ZAHRA menanti dengan rasa sabar yang memuncak. Sungguh dia bukanlah jenis orang yang penyabar. Dia sangat tidak suka menunggu dan membazir masa. Paling-paling dia tak suka orang yang tidak menepati masa. Memang nak kena maki dalam hati orang yang tak tepati masa tu.

                Zahra sedut air jus tembikai yang dipesannya tadi. Hampir suku dia sedut tapi kelibat yang dinanti-nanti tidak muncul juga.

                “Assalamualaikum, Cik Zahra ke?” tegur seseorang dari arah belakang.

                Thara menoleh ke belakang. Senyuman menghiasa wajahnya saat melihat wajah kacak milik Hiddir. Matanya terpanar.

                “Yup. Saya Zahra. Encik Hiddir ke?” tanpa berbasa basi Zahra bertanya.

                Hiddir mengambil alih posisi. Dia menarik kerusi di depan Zahra lalu tanpa segan silu dia melabuhkan punggung di situ. “Sorry late. I was in a meeting. Last minute. Maaf buat Cik Zahra menunggu lama.”

                Zahra senyum semanis-manisnya. Nasib baik muka kau handsome. Up sikit markah. Lepas ni dah tak ada blind date lagilah nampaknya. Hmm, yang membawa erti, mama akan makan nasi minya tahun ini juga. Oh ngeri!  Tak pe! Kita tengok jadi ke tak jadi blind date ni!

“It’s okay. Tak adalah lama mana. Err, no miss please? We’re not in formal situation. You boleh panggil I Zahra je.”

                Hiddir tergelak kecil. Dia menggaru belakang kepalanya. “Maaf. So, Zahra… about our blind date, you okey ke datang kat restoran murah macam ni?”

                Dahi Zahra berkerunyut pelik. “Kenapa pulak you tanya I macam tu? Do you think I ni pisau cukur ke? Or materialistic?”

                Kening Hiddir terjongket sedikit. “I guess you are. Perempuan zaman sekarang ni kan semuanya cari yang berkepuk. Sometimes they being sooo materialistic for their own future. Tak gitu Zahra?”

                Ewah-ewah! Harap je muka handsome tapi mulut? Hak tuih! Macam longkang. Sesuai buang kahak je! “Excuse me! Encik Hiddir memang sengaja nak bermain api dengan I ke? We’re here bukan sebab nak cari gaduh okey. It’s a blind date!”

                “Yes of course blind date. Tapi I tak hingin pun perjumpaan kolot ni.”

                “Perjumpaan kolot you kata? Hei, I pun tak hinginlah nak blind date dengan orang macam you. Mulut longkang.”

                “Kau…” Hiddir dah bangun dari duduknya dan tangan laju saja mencapai gelas di depan Zahra. Tetapi belum sempat dia bertindak sedemikian, ada satu tangan lain yang mengunci pergerakkan Hiddir.

                “Honey, janganlah buat dia macam tu. Malu dia nanti,” bisik pemuda yang bersebelahan Hiddir.

Hiddir letak semula gelas itu kemudian dia memandang ‘kekasih hati’nya yang berada di sisinya dengan pandangan yang menggoda.

Zahra dah terbeliak biji mata. Jatuh rahangnya. Mulutnya terlongo. OMG! Honey? Matanya terlekat pada tangan lelaki yang erat memegang lengan kekar Hiddir.

“Nasib baik ada honey buddy I. Kalau tak, nahas muka you yang tak cantik tu I simbah dengan jus.” Hiddir berkata sinis sambil mata menjeling Zahra.

“Hoho! Patutlah duduk-duduk je dah cari fasal dengan I. Rupanya honey buddy you jantan! No wonderlah you hina I macam tu. Haha! Rasanya honey buddy you tu yang materialistic. Not me!” marah Zahra di depan tempat umum itu. SAKIT HATI dan GERAM banget! Mak dia kenenkan dia dengan GAY!

“Hei! Mulut you jangan cabul sangat eh?! I cili mulut you nanti.” Lelaki yang berdiri di sisi Hiddir, yang digelar honey buddy itu menyampuk dengan kata-kata amarah.

“Hohoho! Like do I care?!” Zahra bangun dari tempat duduknya lalu tidak semena-mena tangan mencapai jus tembikai miliknya dan disimbah tepat ke wajah Hiddir.

“One goal damn perfect untuk you Hiddir! Dasar GAYAH! Huh, tak hingin aku nak bercinta dengan kau! Balik-baliklah bertaubat!” sindir Zahra dengan pedas. Tanpa pamit, Zahra terus blah.

“HOI! Kurang ajar punya perempuan! Macam kau bagus sangat. You such an unimaginable bastard!” jerit Hiddir kuat. Bengang betul. Patutnya dia jirus je perempuan tu dengan jus tadi!

“Honey, dahlah tu. Jangan marah-marah macam. Jom kita balik. I mandikan you.” Si honey buddy memujuk sang kekasih Hiddir.

Tangan terus menelefon nombor Jiji. Tetapi panggilannya tidak berangkat. Dari makan malam di restoran Nimat. Dia terus menuju ke taman. Hatinya terasa sangat-sangat sakit. Sungguh tidak menyangka masih wujud manusia seperti itu. Hadoi geli dia tengok Hiddir yang muka macho macam tu dengan ‘perempuan’ yang lembut macam Jiji!

***
“OHHH… itu sebablah kau jogging memalam buta?” soal Jiji. Lepas pulang dari hospital, dia terus menghantar sahabatnya ini pulang ke rumah. Kemudian, dia duduk melepak sekejap di rumah Zahra sekeluarga. Bertanya mengapa Zahra keluar lewat malam semata-mata untuk jogging sedangkan kat rumah dah ada treadmill.

                “Stress doh. Mama aku punya fasallah semua ni. Sibuk sangat nak bermenantu.” Zahra sedut air kotak Milo yang berada di tangannya.

                “Kalau ye pun kau stress tak perlulah keluar memalam macam ni. Pergi jogging kat taman pulak tu. Bahaya kau tahu. Kalau apa-apa jadi pada kau tadi, macam mana?” Jiji menjegilkan biji matanya memandang Zahra. Geram dengan perangai Zahra yang bertindak sesuka hati ini.

                “Hihihi…” Zahra tayang muka inesen. Bibirnya mengoyakkan senyuman selebar mungkin. “Nothing happened to me kan? Alhamdulillah jelah sebut.”

                “Nothing happen kau kata? Kaki kau terseliuh beb! Macam mana kau nak ajar budak-budak menari?!” suara Jiji naik satu oktaf. Jiji a.k.a PA dia, merangkap sahabat dia  juga. Bapuk-bapuk Jiji pun, Jiji masih lagi waras. Tidak bercinta dengan lelaki walaupun rasa suka itu ada. Dia cuma lembut fizikal sahaja. Bukan jiwanya. Masih lagi tahu mana baik dan buruk. Buat masa ni, Jiji tak bercinta dengan mana-mana lelaki lagi. Setakat puji-puji buat main ‘barbie doll’ adalah.

                “Alamak! Haahlah! Aku lupa! Macam mana ni Jiji? Budak-budak tu nak belajar dengan siapa? Lagi dua minggu pulak tu contest tu.” Zahra dah kalut. Dia mencari telefon bimbitnya. Nama seseorang dicari.
***

Beberapa minggu kemudian…

“ABANG pleaselah…” Chacha lekapkan kedua belah tapak tangannya. Kemudian matanya dikebil-kebilkan. Bibirnya pula dimuncungkan. Tayang muka inesen Chacha. Tayang muka inesen. Bisik Chacha di dalam hati.

                Melihat wajah cemberut timun kecut adiknya, Zafrel mengeluh lemah. Tangan naik menggaru kepalanya. Hehlah adiknya sornag ni! Susah nak ditolak permintaannya bila dah tayang muka inesen macam tu. “Hmm… yelah! Abang temankan.  Tapi jangan lelama. Abang tak suka muzik yang bingit-bingit.”

                Dah terbayang dalam minda macam mana sesaknya Summit Mall nanti. Kalau bukan sebab Chacha nak sangat tengok boyfriend dia, kalau bukan sebab risaukan adik yang keluar dengan lelaki, tak ada maknanya dia nak temankan! Huh!

                “Yeayyyyy! Sayanggggg abangggg…” Chacha duduk dipaha abangnya lalu memeluk leher Zafrel. Walaupun mereka adik beradik tiri tetapi sedikit pun rasa canggung tu tak ada. Semenjak kehilangan Natrah, dia mula menerima ibu tirinya serta adik tirinya dalam hidupnya. Kini, mereka sekeluarga hidup bahagia.

                “Time-time macam ni baru nak sayang abang kan?” usik Zafrel. Dia menjegilkan bebola mata ke arah Chacha.

                Chacha tergelak manja. Sebab dia nak sangat tengok buah hati dia breakdance, dia terpaksa guna tiket tayang muka inesen dengan abangnya. “Hihihi!!! Haruslah. Chacha kan kaki bodek!”
                Zafrel ambil kusyen kecil lalu dia tekup ke muka adik. Lalu berlakulah adegan-adegan smackdown di lantai ruang tamu rumah Encik Mohd Yunus.
***

ZAFREL memandang siling biliknya. Kipas yang berpusing itu menjadi objek untuk ditenung. Lengannya dibawa ke belakang kepala. Mengalas kepalanya. Selepas solat Isyak tadi, sempat dia membacakan surah Yasin untuk Natrah. Bila hatinya terdetik rindu akan gadis itu, cepat-cepat dia sedekahkan al-Fatihah dan juga surah Yasin. Sama seperti bila dia merindukan emak kandungnya.

                “Mak… Rel rindukan mak sangat-sangat. Sama macam Rel rindukan Nat, mak.” Ucap Zafrel sendirian. Kemudian dia menoleh ke kanan. Di sisi katil yang ada meja studi.  Frame gambar yang ada wajah Natrah dan juga emaknya dipandang dengan hati yang sayu.

                Wajah Natrah diusap lembut. Seolah-olah sedang mengusap pipi gadis itu. Gambar itu diambil semasa mereka berdua sedang pergi rombongan sambil belajar di I-City.

                “Awak tak penat ke asyik berposing dari tadi?” tanya Zafrel yang sudah pun lelah memegang DSLR.

                Natrah tergelak kecil. “Awak, ni kan gambar kenangan. Mana boleh ambik sikit-sikit. Kena ambik banyak-banyak. Nanti bila saya dah tak ada, bolehlah mak ayah saya tengok gambar saya.”

                Zafrel tersentak hingga langkahnya terhenti.

                “Lah kenapa stop? Meh amik gambar saya bawah pokok ni! Cepat!” Natrah berposing comel. Zafrel hanya mengikut walhal dalam hati dia terkesima mendengar kata-kata Natrah.

                Kemudian Natrah mendapat Zafrel. Dia menyuruh Zafrel berposing pula. “Awak! Muka tak yahlah buat muka bosan. Buatlah muka happy!” marah Natrah.

                Zafrel buat muka annoying face dan klik! Kemudian Lily kawan sekelasnya ditarik.

                “Lily, amik gambar aku dengan Zafrel bawah pokok ni please!” Natrah hulur DSLR kepada Lily. Kemudian mereka berdua mengambil gambar di pokok yang bercahaya merah itu.

                “Terima kasih Lily.” Ucap Natrah sambil menyambut huluran Lily.

                “Takpe. Untuk couple macam korang ni, aku sangat-sangat berbesar hati jadi photographer tak bergaji.” Balas Lily dengan tawanya.

                Zafrel dan Natrah kembali mengorak langkah. Sambil berjalan mereka berborak.

                “Apa tah yang cantik sangat dengan lampu-lampu ni?” getus Zafrel. Dia berasa bosan melihat taman I-City yang macam budak-budak ni.

                “Eh kan cantik. Awak ni tak nampak ke betapa cantiknya nyalaan setiap lampu yang mereka hias?” Natrah melawan kata-kata si kekasih.

                “Panaslah Nat. Lampu-lampu ni semua membazir tahu tak? Buat panaskan bumi je. Bukankah kita sepatutnya menjimatkan elektik? Save our earth juga tu.” Zafrel membidas.

                Natrah tergelak kecil. “Zafrel, Zafrel, I-City ni kan suatu daya tarikan pelancongan supaya bilangan pelancong di negara kita meningkat. Bukan saja pelancong luar negara, tetapi pelancong tempatan juga boleh merasai bagaimana cantiknya suasana di sini. Kalau negara lain boleh buat, kenapa negara kita tak boleh buat? Takkanlah awak nak negara kita dibawah takuk yang sama? Tak maju-maju serta tidak berdaya saing. Awak tak nak kan negara kita macam tu?”

                “Memanglah saya tak nak. Saya bangga bila negara saya dilawati pelancong luar.”

                “Hmm… macam tulah. Kita sebagai penduduk di negara ni, kena berbangga dengan tanah air kita sendiri. Walaupun nampak negara luar lagi cantik dari negara kita, tapi kita sebagai belia, kita sepatutnya menyumbangkan idea untuk membangunkan negara kita. Sebab tu kita kena belajar sungguh-sungguh. Bukan je untuk diri kita, tetapi untuk negara dan bangsa kita.”

                “Walauweh, kalau berborak dengan pelajar A+ Sejarah memang macam ni eh?!”

                Natrah gelak kuat. Menyedari yang dia terlampau jauh melalut. “Zafrel, dah namanya rombongan sambil belajar. Saya tengah ajar awaklah ni!”

                “Tahulah cita-cita nak jadi cikgu. Tapi tak usahlah sekolahkan saya. Lagi-lagi subjek sejarah. I hate it!”

                “If what I like you hate it, how can we  be a couple Zafrel?” soal Natrah tiba-tiba.

                Zafrel tergelak kuat. Dia menguak rambutnya yang terjuntai di dahi. “Sebab tu lah kita bercinta sekarang ni Cik Natrah oiii. Kalau nak cari pasangan hidup, adalah lebih baik yang minatnya berbeza-beza. Kalau ada chemistry memanjang, kan jadi bosan. Macam saya dan awak. Bagi pasangan suami isteri pulak, mereka saling memerlukan antara satu sama lain. Yang mana bahagian suami lopong, isteri penuhkan. Dan yang mana bahagian isteri yang kurang, si suami pulak menjadi pelengkapnya. Husband and wife made for each other and complete each other.”

                “Amboi awak kalau bab kahwin laju je.” Natrah sudah menunduk malu disertakan dengan sengihan lebar di bibir.

                “Ingat tau, saya nak awak jadi tulang rusuk  saya, Natrah.”

                “Haha! Awak ni kelakarlah Zafrel. Saya tak naklah. Saya nak jadi bidadari awak.”

                “Eleh. Tak nak jadi pelengkap tulang rusuk saya, tapi sibuk nak jadi bidadari saya.”

                “Sebab bidadari tu cantik. Awak hanya tengok saya sorang je nanti. Kalau saya jadi bidadari awak di syurga kelak, saya harap hanya awak sorang je bidadara saya.” Natrah merenung dalam anak mata Zafrel. Kelihatan Zafrel juga terdiam dengan kata-katanya.

                Mereka saling berbalas senyum antara satu sama lain. Dalam hati mereka sudah kembang setaman. Dalam hati merekam sudah memanjatkan doa serta impian untuk hidup bersama. Tetapi takdir Allah mengubah segalanya. Dari-Nya kita datang, kepada-Nya juga kita pulang. Takdir telah memisahkan Zafrel dan Natrah di dunia. Membenamkan harapan untuk hidup bersama.

                “Nat… saya sangat-sangat rindukan awak. Datanglah dalam mimpi saya Nat, walau hanya sekejap…” bisik Zafrel perlahan. Matanya yang panas dipejamkan. Setitis air mata gugur juga apabila rasa rindu itu terbit.

***
MUSIK elektro kuat berkumandang di dalam Summit  Mall. Orang ramai bersesak mahu ke depan stage melihat aksi peserta-peserta breakdance dan juga aksi peserta penari. Jumlah belia sangat ramai. Ada yang melihat dari tingkat atas supaya dapat menonton. Ada juga yang berhimpit sempit di depan semata-mata mahu menonton. Ada juga yang memanjat kerusi kerana tidak kelihatan duduk di bahagian belakang.

                Zafrel hanya mampu menggeleng saat matanya terpandang sepasang couple yang tangan lelakinya sedang meliar-liar di setiap lekuk tubuh di kekasih. Eh geli dia nak tengok! Kalau nak husnuzon pun rasanya tengok muka dah tahu couple tu bawah umur. Hehlah budak zaman sekarang ni!

                Nasib baiklah boyfriend Chacha ada dalam contest ni, kalau tak jangan harap dapat duduk barisan kedua dari depan. Huh! Chacha disebelahnya sudah terangguk-angguk kepala mengikut rentak muzik elektro. Sumpah! Rasa Summit Mall dah macam club!

                Zafrel menyibukkan diri dengan bermain iPad mini. Langsung tidak menghiraukan keadaan sekelilingnya walaupun contest itu tampak sangat menyeronokkan. Keseronokkkan duniawi yang hanya sementara!

                “Abang! Look! My boyfriend!” Chacha pegang lengannya. Wajahnya excited.

                Zafrel mendongak dengan bibir yang dicebikkan. “Hmmm…. Hope he doing well!” Zafrel terpaksa naikkan desibel suaranya kerana muzik elektro terlalu kuat.

                Chacha mengangguk lalu tersenyum. Kemudian dia menjerit, “Zack! Do your best okey! I love youuuu!” ucap Chacha penuh semangat. Kata-kata semangat untuk boyfriend dia.

                “Wuuuu!!!” suara orang sekeliling membalas.

                Bengang tak bengang. Zafrel hanya menggelengkan kepala dan tersenyum. Sangat puppy love Chacha!

                Selepas 30 minit battle breakdance berlangsung, suara DJ bergema. Menandakan tiba waktu bagi contest menari pula.

                “Okay! Now! Meet our famous teacher dancer, Zahra Thaqifah and her group… VIRUS LADIES!!! Give them an applause!” Suara DJ yang kuat itu mematikan tingkah Zafrel dari bermain iPad mini. Mata terus memandang atas stage.

“As the opening  of our next competition, we dedicate our main dancer from our studio, to show their talent in dancing!” ucap DJ itu lagi.

Tepukan gemuruh diberikan kepada peserta yang bakal menunjukkan aksi mereka. Zafrel juga sedia menunggu.

Apabila kaki para penari melangkah naik ke atas stage, Zafrel terpanar melihat wajah itu! Zahra! Dengan pakaian bewarna hitam. Legging merah terlekat di kaki. Lengan baju yang hanya separas ketiak, baju yang tidak menutupi pusat, betul-betul membuatkan Zafrel membuntangkan mata.

Tepukan semakin kuat apabila lagu yang dinyanyikan oleh Tahiti dimulakan.

Zahra tersenyum saja melihat para penonton di hadapannya. Tangan, kaki dan tubuhnya laju saja mengikut rentak muzik. Anak-anak buahnya yang berada di belakang juga turut fokus menari.

Zafrel di bawah stage dah tak tahu nak kata apa. Sangat-sangat terkejut! Seksi gila perempuan ni! PAtutlah masa jogging tu selamba badak je pakai macam tu. Pergh! Dia penari rupanya! Sangat-sangat berbeza dengan arwah Natrah dulu.

Mata Zafrel langsung tak lepas dari Zahra. Di mana Zahra berada, di situ mata dia melekat. Dan dalam kepala dia, Zafrel dah terbayang Zahra datang dekat pada dia dengan lenggok yang menggoda, diiringi dengan muzik elektro, lepas tu pinggang kecil itu dipaut dan turut sama menari.

Astaghrafirullah! Zafrel! Zafrel menggelengkan kepalanya apabila tersedar dari bayangan gila. Pergh! Jauh gila kau melayang Zafrel.

Mata terus terpaku pada Zahra yang sedang menari. Sangat. Sangat. Mendebarkan hatinya!
***

BALIK dari Summit, Zafrel terus masuk ke dalam biliknya. Pintu dikunci rapat. Kaki diatur menuju ke meja studi. Laptop dibuka. Kemudian frame gambar yang ada wajah arwah Natrah dicapai. Dia memegang dadanya. Rentaknya biasa saja.

                Nat, adakah rasa cintaku padamu telah hilang?

                Frame gambar Natrah ditelungkupkan. Kemudian kerusi ditarik. Tangan lalu saja meng-click itu dan ini menggunakan mouse. Laman sesawang youtube dibuka. Kemudian, dia menepuk dahi.

                “Alamak! Apa lagu dorang pakai masa minah tu menari?” bisik Zafrel. Dia bukannya tahu sangat lagu K-Pop ni.

                Terus dia keluar dari bilik lalu mencari adiknya, Chacha.

                “Cha! Chacha!” panggil Zafrel kuat dari atas.

                “Apa?” Chacha muncul di depan tangga bawah mendongak memandang abangnya di atas.

                “Cha, apa tajuk lagu yang penari tu mainkan tadi?” tanpa berselindung Zafrel bertanya terus.

                “Hah? Lagu apa? Kan tadi banyak lagu.” Chacha berkerut pelik.

                “Alarh, yang group VIRUS LADIES menari tadi. Pemenang competition tu. The first song that they dance.”

                “Ohh… lagu Phone Number, Tahiti nyanyi. Abang nak buat apa?”

                “Ohh okay, thanks. Tak adalah, abang nak dengar. Macam best.” Zafrel terus masuk semula ke biliknya. Laju tangannya menaip. Sekejap saja keluar muzik video Phone Number. Video dance practice ditekan.

                Saat matanya sedang ralit melihat tarian muzik itu, matanya seakan-akan melihat Zahra yang sedang menari.

                Zafrel kelip-kelipkan matanya. Muka Zahra lagi! Dia tenyeh pula matanya. Pada 2.37 minit video yang dimainkan, dia nampak Zahra menari dengan lenggok yang sama di dalam video. OMG!

                Kepala digeleng-geleng. Zafrel pegang dada dia. Dup dap dup dap semacam! Ohh tidak!

                Zafrel buka new tab lalu dia download lagu tersebut.


                Kau dah gila Zafrel! Gila dengan Zahra Thaqifah! Semua sebab minah tu!





# Assalamualaikum! I'm quite busy! Haha! To kak Mona Ismail, thanks a lot! Sorry lambat update. Misi mnghabiskan pending novel vs K-drama. Ayla dah suka tgok Birth of The Beauty pulak. Haha! Cerita tu sgt2 menggoda. Boleh tgok sini YOUTUBE video dance practice Phone Number. Segala salah silap harap dimaafkan ya.