Saturday, 28 February 2015

Suami Tak Dianggap [Part III]


THARA melangkah masuk ke dalam rumah yang sudah gelap gelita. Pukul empat tadi, dia terus keluar rumah selepas menelefon Dahlia untuk berjumpa di KLCC. Dia beritahu Dahlia yang dia telah lukakan hati Ammar. Dia minta tolong Dahlia sekali lagi untuk ajar dia cara-cara nak pujuk Ammar. Habis duitnya hari ini beli barang-barang yang Thara rasa membazir. Tetapi untuk Ammar, dia terpaksa. Mungkin boleh pakai cadangan Dahlia ni. Ammar kata dia tak pandai nak jaga batin suami kan? Hmm, sebemban dia shopping baju-baju yang tak cukup kain.

            “Assalamualaikum…” Thara melangkah masuk ke dalam rumah. Sepi.

            “Ammar keluar lagi ke malam ni?” Thara menjenguk ke jendela. Cuma ada Audi R8 tersadai di porch. Sonata Hyundai sudah tak ada. Dia mengeluh. Kaki naik menuju ke bilik. Melintasi kamar Ammar, pintunya terbuka. Thara letakkan barang-barang ke lantai. Kemudian,kaki melangkah masuk ke dalam bilik Ammar. Thara tersenyum sendiri melihat gambar perkahwinan mereka tergantung di sana sini. Tiap-tiap hari dia masuk bilik ini, tapi dia buat tak tahu je dengan gambar-gambar yang tergantung. Tapi hari ini, Thara berasa bahagia kerana dicintai oleh seorang lelaki yang gila! Rasa terharu kerana cinta tulus Ammar. Thara mencapai frame di atas meja solek Ammar. Gambar candid! Bila masa Ammar amik gambar ni?

            “Eh?” dahi Thara berkerut pelik. Gambar-gambar dia dekat IG! Ammar framekan? Ohmai! Bezanya bilik Ammar dengan bilik dia. Bilik Ammar ada banyak gambar dia. Tapi bilik dia, gambar Ammar cuma ada sedikit sahaja. Itu pun gambar perkahwinan.

            Thara ketawa sendiri. “Dah lama kau stalk aku ya Am?” katanya sendirian.  Thara mencapai pula kertas putih yang ada di meja solek.

I keluar. Untuk beberapa minggu. Jaga rumah elok-elok. Jaga diri you. I akan balik bila I rasa I nak balik.Don’t call my mom or my dad. They don’t know about us. Kalau mereka tanya I pergi mana, jawab, I pergi Manchester having a trip.You tak perlu cari I sebab I tak de pun kat sana. We just need a time.
Much love,
Ammar.

            Mata Thara membulat. Terkejut. Dia terus menuju ke wardrobe. Tangannya membuka wardrobe. Kosong. Mana Ammar pergi? Mulut Thara ternganga. Mata jatuh pula pada barang yang baru dibeli. Dia mengeluh kecewa.

            “He’s gone….” Thara terduduk di bilik Ammar. “For how long?” Thara memegang dadanya. Sakit. Air mata menitis lagi.

***

“BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM…. Tabb.. Tab. Bat. Ya..” susah Ammar nak membaca surah al-Masad itu. Lidahnya keras nak membaca kalam suci itu. Mungkin kerana terlalu banyak minum air kencing syaitan agaknya? Ammar sedar khilaf itu.

            “Yada. Abi…. Abi… laha… la…” Ammar jeda lagi.

Azrael menggeleng. Rotan di kirinya di capai lalu dipukul ke lantai. “Salah tu Am! Cuba kau baca betul-betul. Jangan gagap-gagap macam tu. Ni ayat lazim tau.”

            Sudah seminggu Ammar di rumahnya. Belajar ilmu agama serta akhlak mulia. Muqaadam dah khatam. Tapi bila suruh baca surah, tergeliat lidah Ammar. Anaknya yang berusia 5 tahun tu pun dok gelak je tengok Ammar belajar mengaji dengan babahnya.

            Ammar mengeluh. Susah nak berubah ke  arah kebaikan. Sesuatu perkara yang telah lama dia tinggalkan dulu, bila nak digunakan semula, semua hilang lenyap. Sebab itu bila dapat ilmu, gunakan. Jangan dilupakan.

            Ammar memandang Azrael dengan rasa takut. Garang jugak Azrael ni kalau minta ajar bab-bab mengaji ni. Buat malu dia je kena marah dengan Azrael depan anak Azrael.

            “Umi! Umi! Tengok pak cik Am. Dia kena marah dengan babah lagi.” Anak Azrael yang berusia 5 tahun itu memberitahu uminya. Dari tadi dia mengintip Ammar mengaji. Kelakar tengok pak cik yang sebaya dengan babahnya baru nak belajar mengaji.

            Isteri Azrael, Mawar menggeleng. Tangan berhenti mengacau kuah kari di dalam periuk. Dia menundukkan sedikit badannya agar sama rendah dengan puteranya, Yusuf.

            “Yus, kan umi dah cakap jangan gelakkan pak cik lagi. Tak baik tau gelakkan orang yang tengah cari ilmu. Lagi-lagi ilmu untuk akhirat. Esok kalau Yus dah besar, anak Yus tak pandai baca Quran macam pak cik Am, agak-agak Yus malu tak?” Mawar membulatkan matanya memandang Yusuf.

            Yusuf angguk. “Malu. Tapi bila Yus dah besar, Yus ajarlah anak Yus dari kecik lagi. Macam babah ajar Yus.” Petah si kecil itu menjawab.

            Mawar tersenyum. “Pandai anak umi ni. Yus janganlah gelakkan pak cik Am. Malu dia tau. Sepatutnya, Yus kena tolong babah ajar pak cik Am. Dapat pahala lagi. Kan elok kalau ilmu yang Yus ada tu, Yus kongsi dengan pak cik.”

            Yusuf tersengih. “Boleh eh umi? Kalau gitu Yus tolong ajarkan pak cik Am sekali lah. Babah tak payah ajar pak cik. Babah garang dengan pak cik. Nanti ilmu yang babah sampaikan, tak sampai pada pak cik. Asyik kena marah je, nangis pak cik Am nanti.”
            MAwar menggeleng dan ketawa kecil. “Yusuf. Yusuf. Ada-ada jelah anak umi ni. Dah pergi temankan babah ajar pak cik Am.”

***
Dua bulan kemudian…

            “Assalamualaikum. Umi! Umi!” Sebaik sahaja turun dari kereta, Yusuf terus menuju ke pangkin di bawah pokok mempelam. Uminya yang sedang berborak dengan babahnya didekati.

            Mawar mengendong anaknya lalu memangku Yusuf. “Waalaikummusalam anak umi. Yus pergi mana tadi?” tanya Mawar. Dia mencium pipi anaknya sekilas.

            Ammar yang melihat kemesraan antara Mawar dan Yusuf tersenyum. Entah bila dia dapat melihat Thara mencium anak mereka seperti itu? Dan entah bila pula dia dan Thara akan punya anak?

            “Yus pergi mall dengan pak cik Am. Tengok ni umi. Pak cik Am bought this for me. Banyak toys pak cik Am belikan untuk Yus. Lepas ni bolehlah Yus ajak kawan-kawan Yus datang main, kan umi?” Jelas riak ceria dan gembira di wajah Yusuf. Dia membelek mainan-mainan yang dibeli Ammar.

            “Kau ni Am, susahkan kau je beli barang ni semua. Kan elok kalau duit tu disimpan. Tak pun sedekah pada orang yang lebih memerlukan. Beli semua ni membazir.” Azrael memandang seketika Ammar yang berdiri di depannya.

Sudah dua bulan Ammar menumpang teduh di sini. Alhamdulillah, Ammar dapat belajar banyak benda di kampung halamannya ini. Setiap hujung minggu, mesti  Ammar akan pulang ke Kuala Lumpur untuk menguruskan kerjanya. Kemudian dia balik semula ke Johor. Dalam hati, terdetik juga rasa kasihan terhadap isteri Ammar. Entah bagaimana agaknya wanita itu di sana?

“Bukannya apa pun Az, dah lama aku tak jalan-jalan ke mall. Kebetulan singgah kedai mainan lepas beli buku,aku belanjalah anak kau hadiah sikit. Dia pun banyak tolong aku betulkan tajwid bacaan Quran. Tu hadiah untuk dia la tu.” Ammar menggosok rambut Yusuf. Comelnya anak Azrael ni. Kalaulah aku ada anak, agak-agak ikut muka sapa? Berangan si Ammar. Khayalan hanya sekadar khayalan.

“Yus, mari kita masuk. Tinggalkan babah dengan pak cik.” Mawar membawa Yusuf masuk ke dalam rumah.

Ammar terus melabuhkan punggung di atas pangkin. Matanya memerhati sekitar rumah Azrael. Biarpun tinggal di kampung, dengan rumah kayu yang usang, Azrael mampu membina kebahagiaan dengan isteri tercinta. Kebahagiaan mereka jelas terpancar dengan kehadiran Yusuf sebagai penyeri rumah tangga. Anak kecil itu comel dengan teletahnya. Yusuf banyak menolong Ammar dalam memperbetulkan bacaan Quran. Umur sekecil itu sudah mampu menghafaz 12 surah dalam al-Quran. Sedangkan dia yang berumur 28 tahun ini? Hanya mampu menghafal surah-surah lazim sahaja. Itu pun kekadang dia kena bukak al-Quran balik.

“Sampai bila kau nak lari macam ni Am? Dah dua bulan dah kau tinggalkan isteri kau. Kau tak kesian dengan Thara?” bicara dari bibir Azrael membawa Ammar kembali ke alam nyata. Dia memandang Azrael sekilas.

“Dia sendiri yang minta macam ni, Az…” Ammar menuduk memandang tanah. Sakitnya hati bila menjadi suami yang tak dianggap.

“Hati perempuan ni cepat lembut, enough for you to tackle her heart je, lepas tu semua akan okey.”

It’s not easy as you tought,man. Setiap kali aku cuba dekat dan rapat dengan dia. She never want it.”

“Benci sangat ke dia pada kau?”

“Gila tak benci? Aku perangkap dia, Az. Aku paksa dia kahwin dengan aku. Aku selalu kecewakan dia. Kalau aku tak ikat dia dengan perkahwinan ni, mungkin dia akan jumpa lelaki yang jauh lebih baik dari aku.”

Azrael memandang sahabatnya. Rasa kesian juga sebenarnya. Yelah, dari mata Ammar, dia tahu Am cinta gila kat Thara. Tapi Thara yang tidak izinkan hatinya terbuka untuk sesiapa.

“Kau betul-betul cintakan dia, kan Am?”

Ammar tergelak kecil. “Soalan apa kau tanya ni Az? Kalau aku tak cintakan dia, aku tak buat kerja gila okey. Kalau aku tak cintakan dia, aku tak cari kau tak. Belajar tentang agama ni semua.”

“So, kau belajar dengan aku selama ni semata-mata hanya untuk Thara?”

Ammar menggeleng lalu bibir mengukir senyuman. “Hijrah. Every people in this world diberi peluang kedua untuk berubah,Az. Ada dua jalan. Antara syurga dan neraka. Antara darkness dan light of noor. Tiada pertengahan antara keduanya. Kalau aku tak berubah ke mana aku dicampakkan nanti?” Ammar mengerling sekilas temannya.

Kemudian dia menyambung lagi, “Thara sebab kedua kenapa aku berubah. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Thara terlalu baik untuk aku, Az. Kekadang rasa malu bila aku sebagai seorang suami tak mampu jadi imam untuk dia. Bila sedar dia bangun qiam, aku rasa bersalah dan sedih sebab biarkan dia kejar pahala sorang-sorang. Sedangkan perkahwinan ialah gelanggang untuk kita mempraktikkan ilmu agama yang ada. Sama-sama mengejar pahala untuk ke syurga. Dari situ aku rasa aku tak layak untuk dia. Tapi aku mahukan dia sebagai bidadari dalam hidup aku. Sebab tu aku cari kau, belajar tentang ilmu yang dah lama aku tinggalkan. Kau orang yang sesuai mengajar aku. Terima kasih Az.”

Azrael tergelak kecil. Jauh di sudut hatinya dia sedikit kagum dengan Ammar. Ammar telah buka buku baru dalam hidupnya. Meninggalkan buku amalan negatif, diganti dengan buku amalan positif. Mudah-mudahan Ammar terus bermujahadah. “Aku bukannya para ulama Am. Ilmu yang aku ada ni, aku kongsikan sikit pada kau. Aku pun masih lagi belajar mengenai hidup. Kau sahabat aku Am. Seorang sahabat takkan membiarkan sahabatnya tersungkur dari landasan yang salah.” Bahu Ammar ditepuk lembut. Bibirnya tersenyum.

Penghijrahan itu indah. Daripada gelap jadi terang. Daripada tidak tahu jadi tahu. Daripada alpa jadi sedar. Daripada jauh jadi dekat. Beruntunglah orang-orang yang berhijrah dan menerima hidayah.

Ammar ketawa halus. Dia menghulurkan sebungkus plastik yang berisi buku kepada Azrael. “Ni untuk kau.”

“Apa ni?”

“Something that you really want.”

Azrael membuka plastik cap Popular itu. Matanya terbeliak. Dia tersenyum. Buku Hidup Penuh Erti oleh Hilal Asyraf, Avant Garde oleh Ridhuan Tee dan novel Tuhan Lebih Saintifik karya Dr. Farhan Hadi.

“Alhamdulillah. Thank you Am! Kau ni tahu-tahu je apa yang aku minat.”

No hal la bro. Kawan kan?” Ammar memeluk bahu Azrael. Mereka ketawa bersama.

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat.” (Al-Hujurat, 49: 10)

Ukhwah itu tidak akan wujud tanpa iman. Begitu juga, keimanan seseorang itu tidak akan sempurna tanpa ukhwah. Sepertimana tiada persahabatan tanpa takwa dan tiada ketakwaan tanpa persahabatan. Betapa ukhwah fillah itu sangat manis.

***

THARA keluar dari bilik air Ammar sebaik sahaja selesai membersihkan diri. Dia melabuhkan punggung di depan cermin. Dia mengelap rambutnya yang basah. Sudah dua bulan Ammar pergi tanpa khabar berita. Bila di-call, nombor telefon itu sudah tidak aktif lagi. Daddy dan mommynya pula asyik bertanya  di mana Ammar berada. Asal ditanya, Thara terpaksa menipu. Tapi sampai bila dia harus menipu? Dia sendiri tidak tahu keberadaan Ammar sebab sebelum-sebelum ni mana dia pernah ambil tahu tentang Ammar. Bila pergi pejabat Ammar, orang-orang di sana menyatakan sebulan sekali mesti Ammar singgah office. Tak tentu hari dan tarikhnya. Bagaimana Ammar uruskan office kalau dia sendiri tidak ada? Thara buntu.

            Dia juga pergi ke Manchester semata-mata mahu menjejaki Ammar. Tetapi ternyata lelaki itu memang tidak berada di sana. Sudahnya, Thara hanya menunggu kepulangan Ammar. Di dalam bilik ini, Thara menghabiskan waktunya. Selepas Ammar ‘hilang’, dia terus kemas segala barang dia, angkut bawa masuk ke dalam bilik Ammar. Tanda dia menerima perkahwinan mereka ini.
            Thara memandang foto perkahwinan mereka. Wajah Ammar diusap.

            “Mana you pergi Am? I rindukan you.”

            Rindu. Itu yang Thara rasa. Perpisahan ini membuahkan rasa rindu di hatinya. Perpisahan ini juga telah membuka hatinya. Perpisahan ini  menyedarkan Thara bahawa dia mencintai Ammar. ‘Hilangnya’ Ammar membuatkan hidup Thara rasa tak lengkap. Biarpun mereka tidak rapat sebagai pasangan suami isteri, tetapi tempoh empat bulan berkahwin dengan jejaka itu membuatkan Thara biasa dengan Ammar di dalam rumah teres dua tingkat ini. Bila Ammar tak ada, dia rasa sunyi dan kehilangan.

            Thara melangkah ke arah katil. Dia menghempaskan tubuhnya ke atas katil kemudian dia mengeluh lemah. Saban malam dia tidur bertemankan kemeja Ammar. Katil yang melekat dengan bau Ammar juga sudah menjadi ‘perfume’ wajib untuk Thara.

            Baju yang tersarung di tubuhnya dilihat. Hari-hari dia pakai chemise. Tak pun baby-T dengan short pants. Pakai seksi-seksi macam ni pun bukannya ada orang nak pandang aku. Laki sendiri dah lari. Bantal-bantal ni jelah tengok aku. Tulah kau Thara, dulu tak nak hargai. Sekarang, kau sendiri yang melepas. Semua ni Dahlia yang suruh beli masa dia gaduh dengan Ammar hari tu. Last-last beli dok tayang kat diri sendiri.

            iPhone5 nya berbunyi. Thara terus membuka Whatsapps. Dari Dahlia. Imej dibuka. Bibir tersenyum.

            Kurang kerja ke hantar gambar ni kat aku? – Thara.

            Saja nak kasik kau jeles. Sweet tak? – Dahlia

            Sweet sangat! (Siap letak emoji sengih) – Thara

            Gambar Dahlia yang sedang memegang perut yang membuncit dan Sadiq sedang mencium perutnya mengundang rasa cemburu di hati Thara. Sadiq dah bahagia. Dahlia juga. Usia kandungan Dahlia sudah lima bulan. Masa temankan dia hari tu, baru je 3 bulan. Sekarang perut Dahlia dah nampak.

            “Aku bila nak bahagia?”       
 
***

AMMAR melangkah masuk ke dalam rumahnya dengan langkah seakan-akan perompak. Jam sudah menginjak ke angka satu pagi. Petang tadi selepas berborak dengan Azrael, dia terus ambil keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur. Cukuplah dua bulan dia menghilang. Hilang mencari ilmu dan diri. Walaupun tak banyak, sekurang-kurangnya, ada ilmu di dadanya dan dia dah jadi ‘orang’. Sengaja dia bertolak malam kerana tidak mahu Thara menyedari kepulangannya.

            Ammar terus meletakkan beg bagasinya di tepi pintu. Rumah itu masih sama seperti dulu. Cuma…

            Mata Ammar tertacap pada dinding setiap sudut. Mulutnya sedikit terlongo. Seakan tidak percaya. Gambar perkahwinan dia dan Thara bergantungan di dinding. Gambar dia semasa belajar di UK, menerima ijazah, travelling semuanya cantik tersusun di rak bersebelahan TV.

            Dia ketawa kecil. Ya Allah, adakah kepulanganku ini merupakan kegembiraan buatku?

            Ammar terus menarik beg-begnya seraya melangkah masuk ke dalam bilik. Dengan hanya cahaya dari lampu meja, Ammar nampak ada susuk tubuh yang sedang lena di atas katilnya. Langkah perlahan di atur menuju ke katil. Tidak mahu mengejutkan si  isterinya.

            Gulp! Mata Ammar membuntang. “Oh my God. Is this her?” tanya Ammar kepada dirinya sendiri.

            Dengan hanya chemise berwarna putih yang tersarung di tubuh, betul-betul menggoda keimananya. Sabar Am. Sabar. Jangan terkam dia.

            Ammar terus melabuhkan punggung di sisi isterinya. Comforter ditarik lalu dia selimutkan Thara. Dia turut berbaring mengiring menghadap Thara. Pipi Thara diusap lembut. Melihat ada sesuatu di pelukan wanita itu, dahi Ammar berkerut pelik. Dia menarik perlahan-lahan apa yang dipeluk Thara.

            Eh? Kemeja aku? Dia tidur peluk kemeja aku? Tanya Ammar kepada diri sendiri. Kemudian matanya memandang wajah polos Thara.

            “May, I miss you damn so much. Did you miss me, huh?” bisik Ammar. Satu kucupan hangat dihadiahkan di dahi Thara.

            Tangan yang tiba-tiba melingkar di pinggangnya membuatkan Ammar terkejut. Thara memang tidur mati!

            “I miss you, Am.” Suara serak milik Thara kedengaran jelas di pelupuk telinganya. Ammar kaget. Rangkulan kuat di pinggangnya membuatkan dia terkesima. Allah! Kuatkan imanku. Karang ada jugak yang terbabas ni. Tak memasal terbang kuali periuk esok.

            Wajah yang tenggelam di dadanya betul-betul membuatkan jantung Ammar berdegup kencang. Tapi…

            Ammar membalas jua pelukan Thara. Melepaskan rindu yang terbuku selama ini. Dia terasa hangat dalam pelukan Thara. Rasa kasih dan sayangnya tumpah sepenuhnya terhadap Thara Mayumi. Bibir tersenyum bahagia. Kemudian, dahi Thara menjadi sasaran. Dia mengucup lembut lalu berbisik, “I’ll wait for you dear.”

***

THARA tersedar apabila jam locengnya berbunyi pukul tujuh pagi. Mata terpisat-pisat memandang syiling. Dia mengeliat seketika. Kemudian dia menghela nafas berat. Terasa mahu menyambung lena semula. Tetapi memikirkan bahawa dia harus bekerja, dia gagahkan juga untuk bangkit. Nasib kerja company bapak sendiri.

            Semalam dia mimpi paling indah. Mimpi dapat peluk Ammar. Ya Allah! Bahagia tidur bertemankan Ammar. Bagaikan berada di sebuah taman yang indah. Rasa macam real je peluk Ammar. Bau Ammar pun real. Tapi itu semua mimpi. Bukan kenyataan. Thara berdecit sambil menyanggul tinggi rambutnya. Nasib baik tengah bendera merah. Kalau tak? Subuh gajahlah dia.

            "Teruk betul sakit rindu aku pada Am. Sampai terbawak-bawak dalam mimpi. Ya Allah, kau tunjuklah Ammar jalan pulang ke rumah ini, supaya aku boleh melepaskan rindu yang terbuku di hati. Amin..." doa Thara sebelum bangun dari katil. Sesungguhnya dia berharap.

            Usai membersihkan diri, Thara terus menuju ke wardrobe, mencari pakaian yang sesuai untuk dipakai hari ini. Matanya terbeliak apabila memandang ada kemeja orang lain di dalam wardrobe itu. Tangannya memegang kemeja bewarna biru laut.

            "Ammar..." bisik Thara.

            Terus dia menyarung baju yang sempat disambar. Tak sampai 10 minit, Thara sudah selesai menyiapkan diri. Kemudian langkah kaki terus diatur menuju ke bawah. Menuju ke dapur apabila telinga dapat menangkap dentingan sudip dan kuali.

            Ammar mematikan api gas sebaik sahaja yakin omelette ricenya siap dimasak. Dia berpaling ke belakang untuk mengambil pinggan. Mata terus tertacap pada satu batang tubuh yang berdiri tegak di depannya. Memandang tepat tanpa kelipan.

            "Morning." Ujar Ammar sedikit gugup. Wajah itu tetap nampak cantik seperti selalu. Ammar terus menyediakan sarapan.

            "Bila you balik?" tanya Thara terus. Dia mendekati Ammar. Memandang segala tingkah lelaki itu.

            "Semalam. Around one o'clock macam tu." Ammar meletakkan pinggan di atas meja. Dia terus menarik kerusi menyuruh Thara duduk. Kemudian pinggan di letakkan di depan Thara.

            "You pergi mana?" tanya Thara lagi. Mata langsung tak lari dari memandang wajah Ammar.
            Ammar memandang isterinya. Pandangan mereka bersabung. "I pergi cari diri I yang hilang."

            Berkerut dahi Thara dengan jawapan Ammar. Melihat reaksi lelaki itu yang selamba, menunjukkan Ammar masih seperti dulu. "Kenapa you tak kejutkan I? You tidur mana semalam?"

            Thara terus bertanya apabila teringat yang dia tidur di bilik Ammar sepanjang mereka berpisah. Entah-entah semalam memang betul aku peluk dia tak? Ya Allah!

            Ammar tersenyum nakal. Mengingatkan bagaimana eratnya Thara memeluk tubuhnya membuatkan dia tersenyum lucu.

            "Semalam I memang nak kejutkan you pun. Tapi tak sampai hati. Then, I masuk bilik to rest for sure. Tapi..." Ammar berjeda memandang Thara yang sedang memandangnya juga dengan pipi yang sudah sedikit memerah. "I nampak bidadari tidur atas katil I. So I pu..."

            "You buat apa?" Thara terus memintas kata-kata Ammar. Ya Allah! Please don't tell me he saw what I wore! And I hugged him all the night!

            Mata Ammar melatari wajah Thara yang seakan-akan diserang hantu.

            "You buat apa? You tidur kat mana?" Thara bertanya sekali lagi. Dia memegang lengan Ammar.

            Ammar melepaskan lengannya dari pegangan Thara. Tangan terus naik mengusap wajah Thara yang sudah sejuk. "I tidur sebelah isteri I sepanjang malam sebab dia langsung tak nak lepaskan I."

            Pernyataan dari Ammar membuatkan darah Thara berhenti. Matanya membuntang. Dia mengetap bibirnya. Malu. Thara menundukkan wajah. Pandang omelette rice. Tekak rasa pahit.

            Ammar ketawa kecil. "Tak salah pun kan apa yang kita buat tu? Lagi pun semalam I dah penat sangat. Jadi I tertidur sebelah you. Besides, I tak buat lebih dari tu pun kay. No worries."

            Phewww.  Thara memandang Ammar takut-takut. Lelaki itu sudah menyuapkan nasi ke dalam mulut. Ammar memandangnya dengan dahi yang berkerut.

            "Apa?" tanya Ammar.

            "You pergi mana?" Thara bersoal lagi.

            Ammar tak tahu nak jawab apa. Dia sekadar terkebil-kebil kemudian dia berkata, "you kalau tidur memang selalu pakai macam tu eh?"

            Thara terkedu. Terasa pipinya memerah. Orang tanya dia, dia tanya kita balik pula! Eee! Dia memandang wajah Ammar yang sedang menunggu jawapannya. "A'ah I memang tidur pakai macam tu. Kenapa? Tak pernah tengok ke? You kan dah tidur dengan banyak perempuan, mestilah lebih dari tu you dah tengok,kan?" Thara menjawab pedas. Sengajalah kau ni cari pasal Thara!

            Nak tercekik Ammar dengar jawapan dari isterinya. Masa lalu dan sejarah silam di ungkit-ungkit pula. Dia tak seteruk tu laaaa! "The first woman yang I looked physical inside ialah you Thara Mayumi. I have never seen another. I tahu I tak dapat nak hakis negative side of me in your mind. I bukanlah seorang maksum. Setiap manusia tak boleh lari dari kesilapan. Kesilapan terbesar yang I pernah buat ialah I bawak you ke ranjang semata-mata untuk perangkap you. That was the biggest mistake of my life tapi I tak pernah menyesal sebab the biggest mistakes tulah yang bawak hubungan halal antara kita berdua. Understood?"

            Thara terkebil-kebil dengan lidah yang terkelu untuk membalas bicara Ammar.

            Melihat roman wajah Thara yang berubah, Ammar berkata lagi , "Marvelous to see you in that chemise,lady..."

            Ammar bangun dari duduknya. Dia berdiri di belakang Thara. Kemudian menunduk. Membisikkan sesuatu di cuping wanita itu, "can you wear that everyday just for me? And..." Ammar berjeda. Sengaja.

            God please! The butterflies beat a crazy rhythm inside of my stomach! When did my life become so crazy macam ni?! Thara bermonolog.

            Ammar menghidu haruman Mindnite Fantasy yang dipakai Thara. "Tolong kemaskan meja-meja ni eh? I dah lambat."

            Cup! Satu kucupan hinggap di pipi Thara yang mulus.


            Thara terpanar. Mulutnya terlongo. Oh my God! Itu je dia nak cakap?! Cakaplah I love you ke apa ke! Hish!

***
“AM pergi mana?” tanya daddynya. Wajah anaknya yang tampak berseri ditenung.

            “Am tak ke mana-mana dad. Ada je dalam Malaysia ni.” Jawab Ammar bersahaja. Mata masih menyemak kertas kerja.

            “Dah tu kenapa Am tak datang ofis? Datang pun hujung minggu. Thara pun datang ofis semata-mata nak cari Am. Daddy tahu Thara bohong daddy dengan mommy bila dia gagap nak jawab soalan mommy. Am kalau tak kesiankan daddy dengan mommy, Am kesianlah kat Thara. Am tahukan perangai mommy macam mana? She never close to her daughter in law.” Panjang lebar kompelin daddynya.

            “Yes I knew dad. Am minta tolong Edry bawak fail-fail penting kat apartment dia uruskan semua dokumen. Then the rest by e-mail. Kalau penting sangat baru Am pergi ofis.” Jujur Ammar berkata. Semenjak dia mencari dirinya yang hilang, susah juga dia terpaksa berulang alik dari rumah Azrael ke KL. Edrylah yang banyak membantu dia.

            Daddynya mengeluh lemah. “Ya daddy tahu setiap urusan dalam ofis ni Am jalankan amanah dan tanggungjawab dengan berdedikasi. Tapi macam mana pulak dengan amanah dengan tanggungjawab Am terhadap Thara? She missed you damn so much tahu tak?” Dari air muka Thara yang selalu datang berkunjung ke rumahnya, dia dapat menebak isi hati menantu perempuannya itu.

            Ammar memandang wajah ayahnya. Dadddy tahu? Teringat akan kemeja yang dipeluk Thara semalam, rasa bersalah menjentik tangkai hatinya apabila mengingatkan Thara juga rindu teramat sangat pada dia.

            “Yes, I knew.” Itu saja jawapan Ammar.

            “Seminggu sekali mesti dia datang jenguk mommy dan daddy. Bawa buah tangan untuk daddy. Kadang-kadang bermalam kat rumah kita. She’s alone in your room. Bila dia balik, mulalah mommy soal macam-macam. Memacam alasan Thara bagi semata-mata nak jaga maruah Am yang sebenarnya menghilangkan diri. Itu baru soalan dari mommy. Soalan dari mama dan papa  mentua Am? Ada Am fikir? Macam mana Thara nak jawab?” bebel si ayah lagi. Geram juga kadang-kadang dengan Ammar yang suka ambil keputusan sendiri tanpa berfikir perasaan orang lain.

            Ammar terdiam sejenak. Pernah ke kau fikir bad side yang Thara terima sedangkan kau sebenarnya sedang mencari good side dalam diri kau? Ammar termenung jauh. Dia rasa bersalah.

***

THARA berdiri di depan bilik Ammar. Tangannya sudah diangkat tinggi ingin mengetuk pintu tetapi akalnya menghalang tindakannya. Dahinya berkerut-kerut berfikir sama ada perlu atau tidak dia masuk ke dalam bilik Ammar. Mestilah kena masuk! Baju dia dalam bilik Ammar. Kan semenjak Ammar menghilang dia sudah menjadi penghuni rasmi dalam bilik itu. Segala pakaian dan barangan mak nenek dia dah letak dalam bilik. Yelah tanda dia terima hubungan suami isteri yang sah ni. Tapi, dia rasa malulah pulak nak masuk berdepan dengan Ammar.

            Lepas balik kerja dia terus terperap dalam bilik lamanya. Nak mandi boleh je, tapi masalahnya pakaiannya satu pun tak ada yang tinggal dalam bilik tu. Hesh, menyesal pulak tak tinggalkan sehelai dua. Sekarang ni dah masuk waktu maghrib, dia nak mandi lepas tu solat. Kemudian bolehlah dia turun menyediakan makan malam seperti selalu jika dia bersendirian.

            Lama dia berfikir sehinggalah Ammar yang membuka pintu dari dalam.

            “Eh May? Kenapa tak berdiri luar pintu ni?” tanya Ammar pelik. Terkejut bila tubuh sang isteri berdiri di depan pintu biliknya.

            “Err…” Thara memandang Ammar yang memakai kain pelekat dan disarung T-shirt berlengan pendek. Gulp! Kacaknya! Aduh, Thara! Ammar cuma pakai kain pelekat je kot! But, he look so hot!

            “May?” panggil Ammar lagi. BErtambah kerutan di dahinya bila Thara mendiamkan diri.

            Thara tersentak. “Huh?”

            “You buat apa depan bilik I ni? Kenapa tak masuk?”

            “Err, sebenarnya memang I nak masuk pun. I nak mandi.”

            “So???” Kening Ammar naik sebelah. Dia memandang Thara atas bawa dengan pandangan yang nakal.

            Thara yang tidak dapat menebak pandangan nakal Ammar terus berkata, “So, saya nak…”

            “You nak ajak I mandi sekali dengan you ke?” belum sempat Thara menghabiskan ayatnya, Ammar telah pun mencantas.

            “What?” Mata Thara membulat. Gila! Omai!

            Meletus tawa dari bibir Ammar. Mengundang rasa semacam dalam hati Thara. Dia punya ketawa pun boleh buat aku cair!

            “Yelah, May kata nak mandi. So, I thought you want to bath with me. Tapi, I dah mandi. Kalau nak mandi sekali lagi pun boleh. Itu pun kalau betul you nak mandi dengan I.” Sakat Ammar dengan suara garaunya.

            “Hohoho! Memang taklah. I memang nak mandi. Tapi bukan dengan you okey. I cuma nak ambil baju I dalam bilik you. Baju I semuanya dalam bilik you. Tepilah.” Terus tubuh tegap suaminya ditolak ke tepi. Kaki terus melangkah ke wardrobe. Mencapai sepasang baju tidur satin yang bercorak hello kitty.

            Ammar memandang isterinya yang sudah mencapai tuala. Kemudian dia berkata, “you mandi jelah dekat sini. Lagi pun inikan bilik you juga. Bilik kita berdua.”

            Terhenti langkah Thara yang mahu mendekati Ammar di muka pintu bilik. Dadanya dilanda debar. Bilik kita berdua. Okey macam seram je bunyinya.

            “Err, takpelah. I mandi dalam bilik I.”

            “May, bila suami arahkan isteri buat sesuatu yang tidak menentang syariat Islam, boleh ke isteri menolak?”

            Thara terkebil-kebil. Dia akui itu. Ammar bukannya sudah dia buat apa-apa yang bertentangan dengan syariat pun. Suruh mandi dalam bilik air dia je pun.

            Melihat isteri yang terdiam Ammar berkata lagi, “dah elok dah you letak semuanya barang you dalam bilik I. Bermakna you sudi berkongsi barang you dengan I. Jadi, tak perlulah susah-susahkan diri you ambil baju dalam bilik I kemudian mandi kat bilik you. Inikan bilik kita.”

            “Err, Am… I…” terkulat-kulat Thara. Dia tak tahu nak cakap apa.

            “Mandilah. I nak solat kat bilik bawah. Atau you nak berjemaah? I boleh tunggu.” Kata Ammar lembut.

            Thara pandang Ammar tajam. Seakan tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Ni Ammar ke? “Awak cakap apa tadi?” Thara bertanya soalan bodoh. Bukan telinganya pekak. Tetapi dia inginkan kepastian. Karang bukan Ammar yang menjadi imam. Dia yang menjadi imam kepada solatnya sendiri.

            Ammar tersenyum. Memandang isterinya yang jauh sedikit darinya dengan pandangan yang lembut. “I cakap, I boleh tunggu you kalau you nak solat berjemaah sama-sama. Is it clear, honey?”

            Thara mengigit bibirnya sambil kepala mengangguk setuju. Dalam masa yang sama, hati dah cair dengar perkataan ‘honey’. Mungkin dia patut beri Ammar peluang. Kita tengok pass ke tidak. Hmm…

            “Give me ten minutes. Then, I’ll come to you. Sementara tunggu saya, awak buatlah apa-apa.” Kata Thara sebelum berpaling menuju ke bilik air Ammar. The first step to give him chance, bisik Thara perlahan.





# Assalamualaikum & hi! Thank you for reading. Thank you for comment. Dua tiga kali fikir nak update ke tidak entri ni. Tapi bila baca komen kat fesbuk, naik dah semangat nak menulis tu. Cerita yg dah terperap 2 bulan dlm laptop. Masih x jumpa ending. Hahah! Tak pe, lagi sikit je ni. Terima kasih utk awk2 semua yg sudi baca & singgah blog Ayla. Ayla minta maaf sekiranya ada kesalahan tatabahasa/spelling/ and what so ever. Minta maaf sesangat. Tak sempat nk double check. :D

Saturday, 14 February 2015

Review Novel : Arluna - Rin Ahmad


Sinopsis :-

Permulaan perjalanan hidup Nia Arluna @ Nina sangat cliché.
1. Mula-mula terjumpa, terjatuh kat dalam kolam di puncak Sands Skypark.
Eh, kau tak tengok side mirror dulu ke sebelum brek?- NIA ARLUNA @ NINA
Emmm… errr... I’m not a car. Uh... I didn’t bring side mirror while walking.- JOHAN ARIF @ JOE

2. Terjumpa lagi.
I macam kenal you. Kita pernah jumpa kat mana ya? - JOE

3. Terjatuh cinta pula.
Kalau tadi dapat colour LUNA pun dah cakap ‘thank you’, dapat hadiah lagi best ni jangan lupa cakap ‘I’ll marry you’ ya.- JOE

4. Dah nak kahwin ni, ada pulak si penyibuk Fazleen ‘udang galah’. Eh, dah kahwin pun muncul lagi? Berjayakah seorang Arluna merubah plot hidupnya? Atau dia tewas dengan hasutan syaitan? Atau dia tewas dengan hak seorang isteri?

My Review :-

Novel ni best gila! Hihi! Dulu saya pernah baca USD tapi xdelah se-feeling ini. Mungkin sebab masa tu baca time nak SPM, aim cuma baca novel tu punya dialog aje. So jln cerita x sampai pada saya. Now, I read Arluna without reading GET, rasa mcm x complete. So target skrg nk beli semua karya Rin Ahmad. Hihi.

Mula-mula Arluna terjumpa Johan masa kat Sands Skypark. Dia terjatuh dalam kolam. Okey masa tu kelakar jgk imaging Arluna yg xde bwk pakaian lain tetibe jatuh kolam. Pastu kantoi pulak dia masuk kawasan yg cuma penginap hotel je boleh masuk. Bengang kot.

Next dia jumpa Johan masa kat Malaysia. Dia pick Johan as 'kekasih' dia masa terjumpa Haqeem (bekas kekasih Arluna). Started from there dorang berkenalan. So here my ulasan.

Cerita ni sweet + cool + have a message + romantic + best Cerita ni sweet sbb kak Rin Ahmad pandai menghidupkan watak Nina & Johan yg bila saya baca, saya boleh feel. Rasa cool bila part Nina tetap bersabar dgn Johan walaupun hati dia kekadang terluka bila si udang galah ( Fazleen) mengganggu rumahtangga dia. Gaya bahasa penulisan Kak Rin pun cool je. Have a message sebab some chapter ada part yg Kak Rin Ahmad selitkan knowledge. Tak kiralah knowledge as a wife / knowledge as a muslim. Rasa romantik sgt bila part kat World of Parrot. burung kakak tua ckp 'I love you Nina. Be mine.' Pastu masa Nina dilamar dan masa bulan madu. Rasa best sgt dgn cerita ni. Jadi belilah & bacalah. Hayatilah watak Joenina serta cerita mereka. How they complete each other to be a better person.

Wednesday, 11 February 2015

Review Novel : Seseorang Untuk Dinikahi - Ratu Bulan



SINOPSIS :-

Jatuh cinta. Bercinta .Putus cinta . bercinta kembali.

Itu sudah jadi rutin hidup Nur Arissa. walaupun sudah banyak kali dikecewakan , tetapi dia tidak pernah membenci cinta atau menutup pintu hatinya . Dia tetap memburu cinta sejati kerana dia percaya , Selagi ada usaha , dia tentu akan bertemu dengan cinta sejati . Namun , tanpa diduga , dia terjatuh cinta dengan sahabatnya sendiri , Nazwan Syah .

Cinta perlu dicari . Nak cari cinta kita perlu ada usaha . Macam mana nak berusaha ? itulah yang dikatakan memburu cinta - Arissa .

Nazwan Syah bukan lelaki yang mudah untuk mencintai seseorang biarpun dia rapat dan baik dengan Arissa memikat Nazwan . Apatah lagi cintanya itu sering ditentang oleh dua orang kawan mereka , Luqman dan Sarah , yang licik mengatur rancangan jahat mereka. Namun , Arissa tidak peduli . Dia terus melamar nazwan sebagai kekasihnya .

"Nazwan , jom jom kita dating ; ujar Arissa tanpa berkias - kias lagi .
"jangan setuju , Nazwan . dia dah gila ," ujar Luqman mendesak Nazwan menolak .

"jomlah dating," ujar Arissa dengan manja separuh gedik . "okey," jawab Nazwan pendek.
"what?" sarah dan luqman memandang Nazwan . "yes!" sorak Arissa gembira.

Namum , Nazwan tidak pernah serius. setelah berlaku suatu insiden, kedua - dua keluarga berpakat hendak mengikat mereka berdua dengan tali pertunangan . ketika pertunangan itu berlangsung, Nazwan mengambil keputusan melarikan diri ke luar Negara . kecewa memang kecewa , tetapi Arissa tetap menjalani kehidupannya tanpa Nazwan di sisi .

Dua tahun berlalu , ketika hati semakin sembuh , muncul Mr . Iphone yang menceriakan hari - harinya . Dalam masa yang sama juga , Nazwan muncul semula dalam hidupnya . mampukah cinta lama berputik kembali ? Dan apa yang Nazwan sembunyikan daripada Arissa selama ini ? 

MY REVIEW :

Cerita ini sangat unik babe! Rugi kalau tak baca. Sebelum tu cerita ni bukan kisah kahwin  paksa okey walaupun ura-ura nak kahwin paksa tu ada. Mwahaha!

Saya suka penulis mengetengahkan pelbagai watak dalam penceritaannya.

Watak Arissa yg dikatakan playgirl sgt menjadi. Gaya gedik dia, gaya bercakap dia, semua menjadi. Rasa mcm real je. Gedik-gedik Arissa pun, dia bukanlah jenis yang meroyan bila putus cinta. Dia cool je. Putus, dia cari lelaki lain. Kiranya dia sangat tak berputus asa dlm memburu cinta.

Nazwan Shah pulak. Mak ai dia nix de feeling ke? Mcm patung mannequin je. First couple dia ialah arwah Natasya. Tapi first love dia sebenarnya Arissa. Nazwan sangat lembap dalam cinta okey.

Watak Sarah dan Luqman pula. Okey rasa mcm relationship Luqman dgn Nazwan tu kuat sgt. As a cousin sifat keprihatinan Luqman terhadap Nazwan tu sgt-sgt menyentuh hati saya. Sebab sepupu sepupu saya pun mcm tu jgk. Mwahaha!


Apa-apa pun tak rugi beli novel ni. Memang berbaloi-baloi. Cuma mkn masa sikit utk Nazwan dan Arissa bersama. Hihi. Keep it up writer!