Wednesday, 31 December 2014

Suami Tak Dianggap [Part I]

"Sebagai suami yang tak dianggap. Aku hanya bisa mencuba mengalah. Menahan setiap amarah. Aku cuba untuk berubah."



WAJAHNYA yang basah dengan air mata ditundukkan memandang lantai. Sedunya tidak bisa ditahan. Tangan beberapa kali naik ke muka menyeka tangis dan lelehan hingus. Suasana di ruang tamu empat persegi itu hangat berbahang. Sikit pun Thara tidak memandang papanya. Lebih-lebih lagi lelaki yang bersebelahan dengan papanya. Tengok bayang lelaki tu pun Thara rasa menyampah. Apatah lagi wajah lelaki yang cukup dia anti.

            Dato Sulaiman menghela nafas perlahan. Gambar-gambar anaknya yang sedang tidur bersama jejaka yang bersebelahan dengannya membuatkan darahnya menggelegak. Anak yang dia didik dengan ilmu agama, anak yang dia kasihkan dengan sayang , anak yang susah payah dia besarkan telah menconteng arang ke mukanya. Bagaimana dengan maruah sebagai ayah? Malunya tak usah cerita. Bertingkek-tingkek malunya terhadap keluarga jejaka yang bersebelahan dengannya ini. Terasa bagaikan dirinya diperkatakan sebagai ayah yang tidak bertanggungjawab dalam mendidik anak.

            “Tan Sri, Puan Sri, apa yang terjadi di antara puteri saya dan juga putera kalian, saya mohon maaf. Mungkin saya gagal menjadi ayah yang terbaik untuk Thara sehingga dia sanggup berbuat begini. Tetapi, bukankah lebih baik kita kahwinkan saja mereka berdua ini? Demi aib kita semua, demi maruah kita semua, apa kata kalau Ammar, putera Tan Sri dan Puan Sri bertanggungjawab atas apa yang berlaku?” penuh sopan dan santun Dato Sulaiman berkata. Dia berdoa agar cadangannya diperkenankan. Sekurang-kurangnya maruah mereka boleh diselamatkan sebelum gambar-gambar ini tersebar.

            “Jadi awak nak salahkan anak sayalah ni?” tengking Puan Sri Salasiah. Anak perempuan dia yang tak  ada harga diri, dia paksa anak kita kahwin pula dengan dia. Banyak lemak.

            “Bukan begitu Puan Sri, kita masing-masing tahu apa yang ada dalam gambar ini khilaf mereka berdua. Manusia tak pernah lari dari kesilapan. Demi maruah keluarga dan aib yang sudah tercela, bukankah lebih baik mereka disatukan?” pintas Datin Aina pula. Hatinya juga turut kecewa dengan puterinya. Tetapi dalam masa yang sama, dia juga tidak mahu masa depan puterinya musnah.

            “Ma…” lirih suara itu mencelah. Thara memegang tangan mamanya. Dia menggeleng perlahan. Air jernih menitis lagi di pipinya. “Ma, Thara tak mahu kahwin dengan dia ma.”

            “Hah tengoklah tu. Anak kamu berdua sendiri pun tidak mahu dinikahkan. Jadi buat apa kita teruskan dengan cadangan kamu Sulaiman? Terang lagi bersuluh, anak kamu tidak mahu anak saya bertanggungjawab. Jelas sangat yang Ammar bukan lelaki pertama yang menodainya. Mesti sudah berpuluh-puluh lelaki menodai puteri kamu Sulaiman. Maklumlah, anak kamukan graduan lulusan dari universiti luar negara. Kat Barat sana, lagi banyak lelaki jahat dari anak kami.” Penuh beremosi Puan Sri Salasiah mengujarkan kata-kata. Langsung tidak bertapis. Pedas sekali perliannya.

            Air mata Thara sudah bergenang. Datin Aina sudah menunduk malu. Dato Sulaiman pula sudah meraupkan wajahnya. Ammar menghela nafas berat.

            “Sal, sudah-sudahlah tu. Tak elok kita bercakap macam tu. Anak kita pun bersalah jugak.” Tan Sri Wahid memegang lengan isterinya. Dadanya turut sakit apabila mengenangkan berita yang baru dia terima.

            Puan Sri Salasiah menarik nafas dalam cuba menenangkan fikirannya. Tetapi gelodak amarahnya tetap juga tinggi.

            “Kalau uncle dah izinkan, dan merestui hubungan kami, saya mahu bertanggungjawab atas kesilapan ini. Salah dan silap saya kerana menodai puteri uncle. Saya…” Ammar memandang Thara sedalam-dalamnya.

            “Ammar!” Puan Sri Salasiah bangkit dari duduknya dan mendapatkan puteranya. “Apa Am nak buat ni?”

            “Mommy, Am sanggup kahwini Thara.”

***

THANKS bro sebab tolong gua!” Ammar memeluk bahu sahabatnya, Haizad.

            “No hal lah bro.” Haizad merungkaikan pelukan lalu mata tertacap pada tubuh yang terdampar di atas katil. Malang sungguh nasib wanita itu kerana jadi mangsa Ammar Habib.

            “Mata kau jaga-jaga sikit tengok hak aku.”

            Haizad tersengih sambil menggeleng. “Sorry. Tertengok. By the way, betul ni kau tak nak aku tolong kau amik gambar dia? Boleh ke kau pakai tripod tu? Nanti gambar tak real.”

            Ammar menggeleng laju. Biarlah dia seorang saja yang lihat susuk tubuh gadis itu kerana ini adalah rancangannya. Dia tidak mahu orang lain melihat ‘hak’ yang akan menjadi miliknya. “Sokeylah bro. Tahulah aku nak uruskan macam mana. Aku kan ahli photographer jugak. Benda-benda macam ni, kacang je.”

            “Okeylah. Aku gerak dulu.” Haizad menyalami Ammar lalu beredar.

            Ammar menutup pintu bilik hotel sebaik sahaja Haizad keluar dari bilik. Camera tripod yang diberi pinjam oleh Haizad di letakkan di tempat yang sepatutnya. Dia meng-adjust camera supaya tidak terjatuh ke lantai. Usai meng-adjust , Ammar mendapatkan Thara yang sudah pulas di atas katil. Wajah polos wanita itu dipandang. Tangannya naik mengusap pipi mulus Thara.  Kemudian shawl di kepala wanita itu dibuka.

“I’m sorry May. I have to do this. Cara ni je yang I yang nampak untuk ikat you sebagai isteri I. I’m not a good man to propose you with a good way.” Dahi Thara dicium lembut. Terbit rasa bersalah di hati kerana terpaksa memerangkap wanita itu. Tetapi apakan daya? Thara terlalu menjual mahal dengannya. Thara tersalah memilih cinta.  Kalau Thara pilih dia, dia takkan bertindak macam ni. Tapi Thara pilih Sadiq. Jejaka yang langsung tak pandai nak hargai Thara.

“Emmm…” rengekan Thara menyentak keasyikan Ammar yang sedang mengusap pipi Thara.

“I’m sorry.” Ucap Ammar tulus. Kemudian, baju tunik yang dipakai Thara dibuka dari tubuh. Matanya dikecilkan supaya dia tidak terbabas. Mohon imannya kuat menepis godaan.

Tubuh yang tinggal pakaian dalam itu diselimutkan paras bahu. Kemudian, giliran Ammar pula membuka baju. Ammar menghidupkan set pemasa kamera. Kemudian, dia bertindak.

***

THARA tersedar apabila terasa cahaya matahari menimpa wajahnya. Terpisat-pisat dia membuka mata dan mengamati keadaan sekelilingnya. Thara terasa asing dengan bilik ini. Matanya kembali dipejamkan. Cuba mengingati apakah yang telah berlaku kepadanya. Ammar… restoran… fresh epal dan… gelap! Thara rasa cemas. Dia dah ingat dan dah sedar. Automatik mata melihat tubuhnya sendiri.

            “Ya Allah!”

            Tubuhnya hanya dibaluti selimut dan pakaian dalam. Lantas Thara melontarkan pandangan sekelilingnya. Pakaiannya bertaburan di atas lantai. Matanya tertacap pada satu baju yang cukup dia kenal.

            Baju Am!

            Thara terus bangkit dari katil. Selimut ditarik menutupi tubuhnya. Katil yang beralas kain putih itu ditarik-tarik seakan mencari-cari sesuatu.

            “Tak ada.” Thara berkata sendirian. Dia terduduk di tepi katil. Pelik.

            “What have he done to me Ya Rab?” Thara mengetap gigi kuat-kuat. Air matanya berderai. Degup jantungnya tidak tentu arah.

            “Ammar!!!  Apa kau dah buat pada aku?!!!” Menggigil tubuhnya melemparkan jeritan itu.

            Sepatutnya aku sedar! Sepatutnya aku tolak pelawaan dia semalam! Argh!!! Thara Mayumi! Kau bodoh! Ammar Habib tu dah kalahkan kau hidup-hidup. Dia dah musnahkan masa depan kau! Sepatutnya kau sedar semua tu Thara! Dia, Ammar Habib is scoundrel man! Shit!

***

“PUAS hati kau?” tegur Thara sebaik sahaja Ammar masuk ke dalam bilik tidurnya. Baru beberapa jam tadi dia bergelar isteri yang sah kepada Ammar. Sungguh dia tak rela!

            Ammar mencampakkan samping dan juga songkok ke atas meja solek kemudian tubuhnya yang sasa dihempaskan ke atas tilam empuk milik Thara. Penat kerana melayan tetamu yang hadir selepas majlis solemnization. Majlis resepi pula akan diakan minggu depan. Tetapi Ammar meminta izin untuk bersama-sama dengan Thara sementara menunggu majlis resepsi. Walaupun mommy dengan daddynya menegah, tetapi dia tetap juga berkeras. Dia cuma perlukan ruang bersama dengan Thara.

            Melihatkan tubuh Ammar yang pulas di atas katil, Thara semakin bengang. Dia capai kain samping lalu dipukul ke tubuh Ammar.

            “Hei!” marah Ammar lalu duduk memandang Thara.

            “Kau jantan tak guna!” Thara pukul dada Ammar tanpa henti. Air matanya tumpah lagi. “Kenapa kau buat aku macam ni? Kenapa kau jadikan aku hina di mata semua orang? Kenapa kau perlu muncul dalam hidup aku,hah?” jerit Thara kuat. Perasaan yang dia pendam selama ini tidak dapat dihadam lagi.

            “Thara aku minta maaf!” lengan Thara dicengkam.

            “Maaf kau tak bermakna Am! Aku bencikan kau. Kau tahu siapa dalam hati aku. Tapi kenapa kau buat aku dengan kau?! Aku tak nak hidup dengan kau Am! Tak nak!” Thara cuba melepaskan cengkaman.

            “Tapi aku nak hidup dengan kau Thara. All I want to do is grow old with you. Aku nak kau berada di sisi aku.” Tutur kata Ammar merendah. Dia memandang tepat ke dalam anak mata Thara. Tulus dan ikhlas dari hatinya.

            “Tapi aku tak nak dengan kau! Aku benci. Aku anti. Dengan kau.” Thara kembali menunduk dada Ammar dengan kuat. Dia tidak boleh cair dengan Ammar!

            Lengan Thara, Ammar cengkam kuat kemudian bibir wanita itu dicium rakus.

            Thara lemas! Hatinya terluka. Ammar truly scoundrel man!

            “Dengan cara macam ni baru kau diam? Kalau aku tahu, awal-awal lagi aku dah buat.” Lengan Thara yang dicengkam dilepaskan kasar menyebabkan tubuh gadis itu terdorong ke belakang. Ammar kembali baring. Menutup matanya untuk seketika.

            “Kau menangis air mata darah sekali pun, kau tetap sah sebagai isteri aku. Lafaz cerai tu cuma aku yang berhak mengungkapkannya.” Tegas sekali ujaran Ammar.

            Tusk… Tusk… Tusk… Bahu Thara terenjut-enjut menahan tangis. Sadiq! I’m suffered! Why you choosed that woman?

***

Malam ke-3.

AMMAR melangkah masuk ke dalam biliknya perlahan-lahan. Kemudian, matanya terarah ke atas katil dimana ada satu susuk tubuh yang pulas dengan lenanya. Ammar panjat katil lalu dia menongkat kepala. Mata memandang Thara yang bagaikan seorang bayi. Tangannya naik mengusap pipi isterinya. Bibir jatuh pula pada dahi Thara. Bauan dari tubuh isterinya membuatkan dia terkhayal. Pijama satin yang dipakai Thara menampakkan tubuh Thara sangat mengancam.

            Thara merasakan ada sesuatu yang menganggu lenanya. Hidungnya juga dapat menangkap sesuatu bau yang kurang menyenangkan. Apabila dadanya terasa memberat, Thara terus membuka matanya perlahan-lahan. Darahnya berderau apabila melihat Ammar sedang membenamkan wajah ke dadanya. Cepat-cepat dia menolak tubuh Ammar. Tangan naik menyilang dada sendiri.

            "Apa kau nak buat ni?"

            "I just tasting my wife. Kenapa? Salah?" Ammar ketawa kecil selepas itu. Matanya kejap terbuka kejap terkatup. Jelas Ammar sedang mabuk. Dengan bau mulut yang kurang menyenangkan, Thara sudah dapat menduga.

            "Kau mabuk ni Am!" Thara berasa gerun dengan Ammar. Bila-bila masa je dia boleh kena terkam.

            Ammar tersengih. Tangannya mahu menyentuh pipi Thara.

            Thara menepis. "Don't you ever-ever touch me!"

            "Woah! Marah nampak? Aku ni kan suami kau. Takkanlah kau tak nak dapat pahala layan aku? Aku nak bagi kau syurga ni." Ujar Ammar dengan tawanya. Dia mendekati Thara.

            Pang! Satu lempangan di hadiakan kepada Ammar.

            Thara turun dari katil. Matanya memerah. Dadanya berombak marah. "Sebelum kau bagi aku syurga, lebih baik kau betulkan diri kau tu. Aku jijik dengan kau Am! Jangan cuba-cuba nak sentuh aku sebab aku cuma isteri atas kertas. Jangan ingat kau dah jadi suami aku, kau miliki jasad aku! Selagi hati aku bukan milik kau, selagi itulah jasad aku bukan milik kau!" Sempat Thara membaling bantal ke wajah Ammar yang mamai itu.

            Ammar menahan rasa. Melihat kelibat si isteri yang sudah hilang di sebalik pintu membuatkan egonya tercabar. Dia mengeluh lemah. Thara selalu mengelak dari dia. Thara sentiasa anti dengan dia.

            "Am. Am. Don't you know how to treat lady on the bed, huh?" Ammar berkata kepada dirinya sendiri. "You cruel,man!" sambungnya lagi.

***

Seminggu kemudian…

“RARA, Sad minta maaf.” Ucap Sadiq Al-fateh lembut. Wajah wanita yang jelita dengan gaun pengantinnya  ditenung dalam.

            Melihat roman wajah Thara yang tidak gembira jelas menunjukkan yang dia tidak bahagia dengan perkahwinan ini. Sadiq rasa bersalah dalam hal ini kerana suatu ketika dahulu, dia pernah mencorak impian untuk hidup bersama Thara. Tetapi, kerana satu janji yang pernah dia lafazkan, kerana satu ikatan yang pernah dia simpulkan, dia terpaksa memutuskan hubungan dengan Thara dan memilih wanita lain iaitu Dahlia Maharani.

            “Saya memang marahkan awak bila awak pilih Dahlia sebagai isteri awak,Sad. Tapi saya tak boleh nak halang takdir awak bersama dia. Macam tu juga takdir saya bersama Ammar. Walau macam mana benci pun saya terhadap Am, takdir telah mengikat kami. You know me very well. You knew what I felt towards him and you know who you’re in my life. Yes you are my first love, but unfortunately I’m not your last love. It was too frustrating to remember.” Panjang lebar Thara menjelaskan. Sememangnya itu yang dia rasa bila Sadiq memilih Dahlia sebagai isteri. Kecewanya dia. Sedihnya dia. Terlukanya dia. Semua rasa itu hanya Allah yang tahu.

            “Saya tahu. Saya doakan akan ada sinar kebahagian untuk awak dan Am. Saya pun kenal Ammar dah lama. Deep from his heart, I know he’s kind. He just need a time to change as a man.”

            Mata Thara memandang Sadiq. Kelopak matanya digenangi air mata. Kalaulah Sadiq tahu…

            “Dia takkan berubah Sad.”

            “Believe me Rara, he can. Saya tahu awak boleh ubah dia. Cinta adalah penawar untuk orang macam Am. Dia cintakan awak. Lebih dari saya mencintai awak.”

            “How did you know? Kenapa yakin sangat dia cintakan saya?”

            “Eyes can’t lies dear. Sejak kita berjumpa lagi, saya tahu Ammar tak suka dengan hubungan kita. Besides, he already told me that he love you.”

            “Kalau dia cintakan saya, dia takkan peran…”

            “What’s up bro? Cerita apa dengan isteri aku?” Ammar tiba-tiba menepuk kuat bahu Sadiq dari belakang. Tidak sempat untuk Thara menghabiskan ayatnya. Dari tadi dia mendengar perbualan Sadiq dan isterinya. Sengaja dia memberikan keizinan kepada Sadiq untuk bercurhat dengan isterinya. Ammar perasan akan riak isterinya yang tidak selesa dengan tetamu yang ramai di dalam hotel ini. Majlis resepsi untuk Thara bagai tiada makna.

            Sadiq tersenyum tawar memandang  Ammar yang segak dengan sut hitam tersarung di tubuh sasanya. ‘Thara Mayumi, only you in his eyes. You are the first thing on his mind.’

            Ammar berdiri di sisi Thara. Pinggang Thara yang ramping itu ditarik rapat dengannya. Tangannya melingkar di pinggang wanita itu.

            Thara cuba melepaskan diri dari Ammar tetapi lelaki itu buat tak tahu saja.

            “Tahniah Am atas perkahwinan kau.” Ucap Sadiq perit.

            “Thanks to you too bro sebab give up on your love.” Ammar kenyit mata dengan bibir yang tersenyum lebar.

            Thara membeliakkan matanya tanda dia tak suka dengan ujaran Ammar.

            “Jaga dia elok-elok. Aku gagal pertahankan hubungan kami. She’s nice woman,bro.”

            Ammar ketawa kecil. Dia memandang Thara yang masam mencuka. “Of course I will take care of her Sad. She’s my wife now. She had a nice sense of adventure…”

            Thara terus menoleh ke  arah Ammar apabila terasa ungkapan Ammar begitu ‘meloyakan’. Hidungnya berlaga dengan hidung Ammar. Sesaat nafasnya terhenti dan matanya terpaku memandang mata Ammar yang berwarna coklat itu.

            “Bie apa you bua..” Dahlia membeliakkan biji matanya apabila tidak semena-mena dia ‘diundang’ untuk menyaksikan ‘drama-romance’ percuma. Kemudian dia tersenyum lebar.

            “Euwww…. How sweet they are kan,bie?” Dahlia merangkul pinggang Sadiq manja.

            Thara tersentak. Cepat-cepat dia lepaskan rangkulan Ammar di pinggangnya. Malu tak terkata! Depan Sadiq!

            Sadiq tersenyum olok-olok. Padahal dalam hati dia juga terkejut apabila melihat mata Thara yang begitu asyik meratah wajah Ammar

            Ammar tersengih malu. “Chill lah Lia, you pun newly wed kan? Macamlah you tak kenal I? I mana tahan kalau kena goda.” Selamba badak Ammar menarik bahu Thara dekat dengannya.

            “Well, I hope that I can heard someone call you daddy. Right, honey?” Dahlia memandang encik suami, Sadiq Al-fateh.

            Sekali lagi Sadiq hanya mampu tersenyum. Langsung tidak berniat untuk mencelah. Matanya hanya memerhatikan Thara yang juga tidak senang dengan perbualan antara Dahlia dan Ammar.

            “Woahhh, call me daddy? You want me to have a baby? Or you want me to be sugar daddy?” seloroh Ammar lagi.

            “Wife punya lawa macam ni pun, you still nak cari anak ayam ke? Is she lack of skill in the bed,huh?” Dahlia memprovok. Dia ketawa kecil.

            Ammar juga turut ketawa. Dia memandang isterinya sekilas. Wajah wanita itu memerah. ‘Love your rosy cheeks, May.’

            “If she lack of that skill, I can train her la Lia. Don’t worry.”

            Meletus tawa Dahlia dan Ammar. Terus Dahlia merapati Thara. Tubuh wanita itu ditarik jauh sedikit dari Ammar. Dahlia nampak cool saja. Kalau dia tahu hubungan yang pernah terjalin antara Thara dan Sadiq, agak-agak bagaimana ya layanan Dahlia terhadap Thara?

            “Thara, you should avoid him for a while. Boleh mati you dikerjakan vampire rakus macam Am ni. Let me help you okay? I am the only person who can show you how to look more attractive to guys and how to appeal to all his senses so he falls head over heels for you. Learn how to seduce him mentally and he will be yours forever!” Dahlia tergelak dengan ujarannya. Dia tarik lengan Thara supaya mengikutinya. Mahu mengajar Thara cara-cara menggoda lelaki.

            “Am, I pinjam wife you kejap. Give me a minute nak ‘train’ wife you,okey? Bie, I dengan Thara kejap tau.” Dahlia beri satu ciuman pada pipi Sadiq kemudian dia menolak tubuh Thara perlahan ke depan. Memberi laluan kepada Thara terlebih dahulu.

            “Thara sayang, learn elok-elok tau. Dahlia pakar seductive.” Jerit Ammar apabila kelibat Thara dan Dahlia hampir hilang dari pandangan mata.

            “Suka  kau eh?” ucap Sadiq tiba-tiba. Wajahnya nampak tegang.

            “Kenapa? Tak puas hati?”

            “Kau jangan ingat aku tak tahu apa yang berlaku antara kau dengan dia.”

            “Who told you? Haizad?”

            “Kau guna cara kotor jadikan dia isteri kau,Am!”

            “Cakap baik sikit! Kalau bukan sebab kau, aku takkan guna taktik kotor tu Sad! Kau dah ada Dahlia tapi kau nak kan dia. Kau tamak Sad!”

            Sadiq menarik kolar Ammar kuat. Geramnya rasa nak tumbuk-tumbuk saja wajah raja sehari itu.

            Ammar ketawa sinis. “Just live with your love Sad. Appreciate Dahlia as your wife. Kau pun pernah cintakan dia. Tak mustahil rasa cinta kau untuk dia akan subur semula. Yang penting ni…” Ammar tepuk dada Sadiq. “kau tanya hati kau. Nama siapa yang terukir dalam hati kau tulah cinta kau. Thara tu hak aku. Cuma milik aku seorang!”

            Sadiq melepaskan kolar kot Ammar. Darahnya menggelegak. Tetapi dia sedar akan apa yang dikatakan Ammar ada benarnya juga. Dia sudah punya isteri. Dia telah memilih Dahlia sebagai isterinya. Dulu dia yang beria-ia kata cinta terhadap Dahlia. Tetapi apabila kemunculan Thara, rasa cinta itu jadi layu. Oleh kerana Dahlia sudah menjadi tunangannya, dan keluarga mereka juga saling mengenali antara satu sama lain, Sadiq teruskan juga perkahwinan dengan Dahlia. Kerana keluarga juga, dia dilarang menerima Thara di dalam hidupnya.

            “Please take care of her,Am! Walaupun aku tak yakin dengan kau, tapi aku nak kau jaga dan bahagiakan hidup dia. Dia bukan macam perempuan-lampin-pakai-buang kau sebelum-sebelum ni. So please, respect her!” amaran tegas dari Sadiq.

            “Tak usah nak ingatkan aku kalau kau sendiri tak appreciate Dahlia dalam hidup kau!” sindir Ammar.


            Dua lelaki itu saling berpandangan antara satu sama lain. Wajah mereka seakan-akan menunggu masa untuk berperang. Hanya kerana seorang wanita yang bernama Thara Mayumi.







P/S : Assalamualaikum Dear readers of my blog, terima kasih sudi singgah dan baca. Minta maaf kalau ada salah silap. Maaf kalau ada kesilapan dan kesalahan dlm penulisan saya. Dah lama kan saya tak menulis. Jadi bnyk kosa kata yg hilang dan kurang. Hihi. I don't know how to write the ending. Jadi, saya post dulu entri ini. Idea dtg bila saya stalking 1 IG. Dia lelaki yg ada rupa, ada harta, tetapi ada 1 habit dia yg Ayla kurang suka. Haha! Tapi cerita ni rekaan semata-mata je. Tak de kena mengena pun dgn dia. Haha! Bila sudah habis baca, jemput komen :) . Thank you for reading and I miss you alls. Miss my blog more, Muahhh.

2 comments:

Unknown said...

bestnya permulaan yg menarik teruskan lagi.. next n3 pls..

Isla said...

@Miza Lan hihi! thanks for read. InsyaAllah will be update :D