Assalamualaikum readers! Long time no see. Maklumlah busy memanjang. Now, I'm officially a widowed to SPM. Masih di dalam tempoh eddah gitu katanya. Haha! Jokes je. Lolsss.
So today Ayla mulakan review dgn novel The Unsung Hero karya Melur Jelita yg sangat meletops! Hehe. Ayla peminat dia okey! Sgt minat. Ada 1 je novel dia yg xde dalam koleksi Ayla. ILUS (I Love You Stupid) . Sebab mahal sgt. Tapi dah baca dah pun. Member bagi pinjam. Tak pelah, esk kalau dah kerja, cheq pi belilah novel tu. Hehe. Amik masa yg lama jgk nak habiskan novel ni sebab busy bebenor jaga baby. Al-maklum-lah, selepas "diceraikan' dengan Encik SPM ni, cheq totally jadi babysitter. Haha!
Sinopsis :-
Kissing cousin?
Huh?!
Bagi Deraman tak berdosa.
Bagi Blackswan, sangat berdosa!
Sumbang mahram!
Dari Blackswan bertukar kepada angry bird.
Sombong menonggek!
Blah cam tu je dari Deraman, lelaki serigala jadi-jadian!
Ketika semua kesayangan ditarik dari seorang insan, dia tewas. Tapi seorang insan yang terpilih untuk diuji oleh Allah SWT, sebenarnya memiliki jiwa juang yang sangat kental. Allah pilih, Allah uji kerana dia mampu. Lihatlah bila satu jiwa yang tewas kemudiannya reda dengan ketentuan Allah bangkit menjadi jiwa baru. Dia harus kuat! Kerana itulah satu-satunya pilihan yang ada.
Kisah kejiwaan yang sangat meruntun hati di antara sepasang sepupu yang dipaksakan hubungan adik-abang dari kecil. Maryam akur. Irvan enggan. Mereka terpisah dengan satu janji. Tetapi janji itu dimungkiri dengan kehadiran Riyaz.
Hoo rat! Riyaz sangat berani. Seorang putera raja berkuda putih!
Maryam, sang perawan yang pemalu, dipingit rapi dengan penuh adab dan bicara tewas kepada seorang pemuja.
Hatinya telah dipesona Riyaz yang berani melanggar sempadan pingitan bak dan bunda.
Irvan, Maryam, Riyaz, Haziq, bak dan bunda, di sinilah couple seminit bermula…
Maryam : “Hutang boleh?”
Irvan : “Hutang kasih? Ada bunganya nanti… kalau lambat sangat bertangguh.”
“Apa bunganya?”
“Nanti abang cakap… tapi yang pasti hutang kasih tu akan berbunga sayang.”
******
Riyaz : “Pedas-pedas sangat ni bahaya. Boleh kena buasir. Baik pilih abang hot atau abang panas.”
Maryam : “Awak cili benggala. Jadi aksesori je. Atau lebih tepat, abang hangit. Sikit lagi nak jadi abang rentung.”
My Review :-
Sangat best! Cheq dah angau dgn Irvan. Hehe.
Kisahnya bergini, Irvan dan Maryam ialah sepupu. Hubungan mereka bagaikan adik beradik. Dari kecil Maryam dah diajar untuk menerima keluarga Irvan sebagai adik beradik dia. Maryam anak tunggal bak. Bunda tu adik kepada bak. Oh kalau cheq ada mak lagu bunda tu, cerewetnya ya ampun. Rasa nak larik rumah. Tapi walaupun cerewet, bunda org yg baik. Kisah bermula sejak Maryam dari Form3 lagi. Irvan mmg dah lama suka Maryam. Tetapi Maryam tak sdar pun. Dlm adik beradik Irvan, Maryam mmg tak boleh hadam dgn Irvan seorg je. Tak tahu knp? Tapi Maryam mmg tak boleh nak bermesra dgn Irvan.
Selepas kematian keluarga Irvan, Irvan pergi merantau. Menjadi sorang lelaki yg sejati. Tahu-tahu balik badan dan muka dah lain. Kalau dulu selenger dan cekeding, tetapi lepas merantau, 180 darjah bertukar menjadi lelaki sejati. Ayla pun cair. Ecettt.
Maryam lepas SPM, dia tak sambung belajar. Sebab tak izinkan. Kena pulak masa tu Maryam sakit-rindu-Irvan. Memang bak susah nak lepaskan puteri tunggal dia. Walaupun tak sambung belajar, tetapi Maryam suka mencari ilmu dgn membaca. Maryam ada Pulau Lebah. Menjual madu lebah dan bedak sejuk.
Perkenalan Maryam dan Riyaz memusnahkan harapan Irvan untuk menyunting gadis sunti itu. Maryam selalu jual mahal dgn Riyaz. Tetapi oleh sebab Riyaz ni mulut manis, peramah, dan juga fahami Maryam, Maryam jadi suka dengan Riyaz. Sebab itulah mereka bertunang.Tapi kalau Allah dah kata kun fayakun, bukan jodoh Maryam dgn Riyaz, berlakulah fishy di situ. Ehehehe. Nak tahu apa? Bacalah sendiri.
Di shortkan :-
Karya Melur Jelita tidak pernah menghampakan. Novel ini penuh dgn pengisian dan pengetahuan. Bahasanya yang puitis dan sempoi mampu menjentik tangkai hati pembaca. Eceh ayat. Tak dapat nafikan, dgn membaca novel ini, Ayla banyak tahu tntang VAT69. Perjuangan perwira-perwira negara. Banyak pengetahuan yg MJ kongsikan. Siapa kata baca novel sekadar imaginasi dan khayalan semata-mata? Baca novel pun boleh tambah ilmu pengetahuan okey. Yang bezanya novel apa yg anda baca. Tapi most of novel yg Ayla baca, semua ada message yg hendak disampaikan. Begitu juga dgn novel MJ ini. Begitu padat dgn ilmu. Bukan sekadar kisah Irvan dan Maryam.
Ada juga kisah suka dan duka. Duka apabila Irvan kehilangan keluarganya. Suka apabila sketsa Haziq gojes. Hehe. Yg penting, readers kena baca dgn mata hati. Rasai watak-watak yg MJ tonjolkan.
Jadi, bacalah. Belilah. Tak rugi. Baca novel ni buat Ayla sedar akan pentingnya semangat cintakan negara. Baca novel ni juga buat Ayla jatuh dgn VAT69. Mereka berjuang untuk negara, tetapi bukan utk pujian. Mereka bergerak secara rahsia. Wajah pun tidak diketahui oleh org2 sekeliling. Merekalah THE UNSUNG HERO.
1 comment:
awakkkkk, novel kak MJ semua best wakk
Post a Comment