After Hanya Dia Cinta tangan terus capai Yang Dia Pilih. So lepas Yang Dia Pilih, saya baru nak baca Anthem. InsyaAllah la boleh habis novel tu sebab dah lama sangat pada saya. Kesian tuan punya buku dah rindu Anthem. Hehe.
Sinopsis :
Kata orang, cinta itu manis. Kata Hareez, mana ada manisnya kalau orang yang dia cinta harus menjadi adik ipar sendiri. Cinta tidak kesampaiannya pada Lya buat dia hampir tersungkur.
Pertemuan yang tiba-tiba dengan Fatia buat Hareez kembali ‘hidup’. Tanpa sedar, skill kasanova yang telah menjadi khazanah kembali muncul.
“Kalau nak tahu, cubalah.” Hareez senyum senget.
“Cuba apa?” Fatia tiba-tiba jadi blur.
“Tak pakai baju depan saya, tengok awak selamat ke tidak.” Mata dikenyit nakal.
“Awak ni gatal kan?” Terus membulat mata Fatia.
“Nak tahu gatal ke tak, kahwin dengan saya dulu.”
Melamar Fatia bukan kerana cinta tetapi kerana dia suka. Bukankah suka itu juga salah satu dari akar cinta? Persoalannya… bolehkah bahagia tanpa cinta.
Dan…apabila dugaan datang melanda dengan tawaran untuk Hareez mendapatkan cinta pertamanya bersama Lya, ada banyak hati yang terpaksa dikorbankan. Kerana bahagia itu banyak jalan yang bersimpang, mereka harus membuat pilihan.
‘Setia tidak menjanjikan balasan kesetiannya juga.’
Persoalannya, siapa yang tidak setia diantara mereka? Kesinambungan HATI KALA CINTA ini membawa kita mengenal siapa sebenarnya Hareez Daniel yang pernah ditolak Lya kerana memilih adiknya, Zhafran.
Review:
Yang Dia Pilih unik novel. Kenapa? Sebab saya sebagai pembaca rasa kesian pada hero. Selalu kalau baca novel kesian pada heroin. Tapi novel ni? I really pity on Hareez. Cinta pertamanya Lya hidup bahagia dengan adik sendiri. Dia pula? Hidup menduda selepas bercerai dengan Melissa yang berlaku curang dan langsung tak boleh nak dibuat isteri. Walaupun dia lari dari cinta pertamanya sampai ke luar negara untuk pulihkan hati sendiri, rasa cintanya terhadap Lya masih kekal tidak berkurang. Walaupun dia cemburu lihat kemesraan Lya dan Zhafran yang hidup bahagia, tetapi dia tidak pernah cuba merosakkan rumah tangga adik dia sendiri. Perasaannya dipendam sorang-sorang. Hareez jadi pendiam. Memang rasa kesian sangat kat Hareez sampailah Fatia muncul dalam hidup dia.
Munculnya Fatia mengembalikan Hareez yang ceria dan pandai mengayat. Setiap patah ayat yang keluar dari mulut Hareez mengusik Fatia suka diputar belitkan. Bila dengan Fatia,Hareez lupa segala masalah. Bila ditanya kepada hati, dia cuma rasa suka terhadap Fatia. Tapi dari rasa sukalah menjadi benih cinta kan? Cabang cinta tu kan suka dan sayang. Eh gitu ke? Haha!
Fatia pula sebenarnya tunang Tengku Badri tapi dalam hati dia langsung tak ada sekelumit rasa cinta untuk Tengku Badri sebab dia cuma tunang dengan Tengku Badri atas pilihan keluarga. Times go on, pertemuan demi pertemuan menemukan Hareez dan Fatia sampailah satu insiden di mana Hareez cuba menyelamatkan Fatia dari Tengku Badri dengan mengatakan Fatia tu future wife dia. Nenek Hareez pula terdengar. Oleh sebab nenek Fatia dengan nenek Hareez rapat, Fatia dengan Hareez pun dijodohkan.
Malangnya Hareez bukanlah calon menantu pilihan Puan Sri Normala,emak si Fatia. Biasa kita tgok hero je kaya lepas tu heroin bukan calon menantu pilihan kan? Tapi kali ni berbeza pulak bila Hareez hanya lahir dari keluarga yang berpangkat Dato juga cuma tidaklah semegah Fatia yang berpangkat Tengku. Lepas tu tak direstu pulak tu oleh mummy Fatia.
So before Hareez dan Fatia kahwin, something happen to Zhafran and Lya. Zhafran accident and make a wish to let Lya for Hareez sebab dia dah tak mampu nak beri nafkah zahir dan batin. Zhafran lumpuh. Walaupun Lya pernah ambil hati Hareez,tapi dia tak adalah kejam sangat sampai nak lukakan hati adik sendiri. Konflik muncul bila Fatia salah faham. So dia buat endah tak endah je dengan Hareez.
Hareez pulak? Ya Allah kesiannya, nobody understand him. Dia tersepit. Dengan perangai Lya. Dengan permintaan merapu Zhafran. Kalau tak kuat memang jadi panas baran. Tapi Hareez tetap juga bersabar.
And when the right times comes, cinta datang dalam hati Hareez menggantikan rasa suka Hareez terhadap Fatia. Dia jatuh cinta dengan Fatia bila Fatia bela dia depan Puan Sri Normala. So here begin the 'rap' of the plot story. Eheks!
Cerita ni different dari novel-novel yg Ayla pernah baca la buat masa ni. Hareez seorg yang penyabar. Pandai bergurau. Charming. Ada gain knowledge of advice. So dipersilakan baca sebab tak rugi apa-apa pun kalau baca. Tambah ilmu dan luaskan pemikiran la kan? Eceeeehhhh...
How the ending???
Ahaha! Baca sendiri. Macam yang Ayla selalu kata. Baca sendiri.
Now, let me watching Hareez dlm Hotel King ye! Jom layan K-Drama yg berbulan2 kita tinggalkan. Hahaha! Selamat membaca dan menonton. :)
No comments:
Post a Comment