Part 8
BEBERAPA bulan kemudian…
Jam
menginjak ke angka dua pagi. Damia terjaga dari tidurnya. Tiba-tiba perutnya
terasa lapar. Lampu di sisi meja dinyalakan. Rambut yang mengerbang bebas itu
disanggul tinggi. Aduh, sejak ahir-akhir ni selalu sangat lapar. Lepas tu
tengah-tengah malam pula tu. Tapi hari ini dia nak makan benda lain.
Bahu
suami disentuh lembut. “Abang… abang…” panggil Damia lembut.
Haq
tersedar apabila nama panggilannya dipanggil. “Hmm…” jawab Haq dengan mata
terpejam setelah dibuka sekali.
“Abang…
bangunlah. Lut lapar.” Rengek Damia.
Mata
masih lagi terpejam. “Kalau lapar pergilah cari makanan kat fridge. Kan ada.”
Tengok
suami sendiri yang tak nak layan kehendak dia mulalah drama air mata. “Abang…”
rengeknya lagi. Kali ini nadanya lebih kepada nak menangis.
“Sayang…
janganlah nangis. Kan pagi lagi ni. Nak abang teman ke turun bawah?” Haq buka
mata pandang isterinya. Berat hati sebenarnya nak bangun dari katil.
Damia
geleng. “Tak nak. Lut tak nak makan apa yang ada dalam fridge tu.”
“Lahhh…
dah tu Lut nak makan apa?” Haq bangkit juga dari pembaringannya. Sejak
akhir-akhir ni dia tengok Damia terlalu sensitif.
“Lut
nak burger.”
“Okey.
Kalau macam tu abang call MCD okey?”
Isterinya
geleng. “Tak nak. Nak burger tepi jalan.”
Nak
tertanggal rahang Haq. “What? Burger
tepi jalan? Yang mana nak dapat memalam macam ni? Tengok jam. Dah pukul dua
pagi sayang.”
“Tak
kira. Nak burger tepi jalan jugak. Tak nak burger MCD. Cepatlah abang. Jom kita
keluar kejap. Lut lapar sangat ni.”
Haq
garu belakang kepala. Yang aneh-aneh isterinya ini. “Esok je eh? Lewat sangat
dah ni.”
Geleng
lagi. “Nak malam ni jugak.”
Haih.
Haq mengeluh perlahan. Dia turun juga dari katil. “Jom bersiap. Kita cari
burger.”
***
SEMALAM penat dia drive cari
burger untuk isteri. Jumpalah juga burger tepi jalan. Sekali pesan sampai tiga
bungkus. Sungguh Haq tak faham dengan perangai pelik si isteri. Hari ini dia
akan pulang ke Port Dickson. Walaupun hubungan mereka membaik tetapi mereka
masih PJJ. Masing-masing punya kerjaya. Buat sementara ini, Damia masih belum
berhenti kerja kerana kesiankan daddy.
Pagi
itu, dia minta Damia masakkan untuk dia sebelum balik. Katanya nak makan ketam
masak lemak cili api. Jenuh Damia berperang dengan kuali senduk di dapur
bersama-sama bibik.
Bila
dah siap dihidangkan. Ini pula yang jadi…
“Nampak
macam sedap je.” Kata Haq sambil membuka kerusi. Dilabuhkan punggungnya
bersebelahan dengan isterinya.
“Mestilah
sedap. Anak mommy masak pakai resepi ibu Haq tau.” Datin Zaskia mencelah.
“Tapi
bibik yang tolong Lut masak.” Kata Damia dengan senyuman melebar. Tak sabar nak
tahu pendapat suaminya. Pertama kali dia masak ketam!
Mereka
sekeluarga sama-sama membaca doa. Tak sabar ingin menikmati hidangan. Kecur Haq
dibuatnya.
Dengan
ucapan bismillah, Haq suap masuk nasi yang telah dikepal dengan kuah masak
lemak cili api itu. Mulutnya menguyah perlahan. Ergh! Rasa apa ni? Ingat nak
jaga air muka isterinya di depan mommy dan daddy tetapi dia tak dapat nak
tahan. Haq berlari ke dapur. Mengeluarkan semula apa yang dikunyahnya.
Damia
kaget. Eh tak sedap ke? Bergegas dia mendapatkan suaminya. “Abang okey?” tanya
Damia.
Haq
mengumur mulutnya. Dia pandang Damia. “Makanan apa Lut masak tu? Payau.” Jujur
Haq. Dia bergerak ke peti ais untuk minum air.
“Payau?!”
soal Damia mendatar. Geram bila suami sendiri kutuk air tangan dia. Dia rasa
elok je tadi. Masuk perut Haq kenapa boleh jadi payau?!
Haq
teguk segelas air sejuk. Hilang selera
makan dia. “Lut tak rasa ke masakan Lut macam mana? Tekak abang tak
boleh masuklah.”
Terlalu
jujur sangat statement Haq. Nak sangat tengok larva meletup ke?
“Abang
ni kenapa? Mommy daddy makan okey je. Bibik pun cakap okey tadi. Abang melebeh
cakap tak sedap pulak. Payau bagai. Penat tau Lut masak untuk abang.” Bebel
Damia panjang lebar. Ergh! Tak boleh ke Haq jaga hati dia sikit.
“Kalau
Lut penat kan boleh dari tadi kita makan luar.”
Rasa
air mata nak menitis. “Sampai hati abang. Sikit pun abang tak puji masakan Lut.
Ada niat nak makan luar pulak tu.”
“Sayang,
bukan macam tu. Tapi lauk yang abang minta Lut masak tu memang tak kena dengan
tekak abang.”
“Lut
rasa sedap je. Mommy dengan daddy kat luar tu boleh je masuk telan apa yang Lut
masak. Kenapa abang tak?”
“Something wrong somewhere kot resepi
sayang.”
Itu
resepi ibu mertua yang bagi. Dibantu bibik sepenuhnya di dapur tadi. Macam mana
boleh jadi tak sedap pulak?!
“No!
Abang yang jadikan makanan Lut rasa tak sedap.” Bibir isteri dah muncung. Mata
dah berkaca dengan air jernih. Lut cuci tangan dan terus bergerak keluar dari dapur.
Dia takde selera nak sambung makan walaupun ketam tu nampak menarik!
“Sayang.
Sayang.” Panggil Haq di meja kaunter. Lihat Damia buat donno je apabila dipanggil Haq menggeleng perlahan. Ah sudah!
Merajuk ler tu. Makin lama makin
kerap Damia merajuk dengan dia.
“Kenapa
dengan anak you tu Zas?” tanya daddy perlahan. Dia dengar anak menantunya
bergaduh. Kalau diikutkan tekak dia. Sedap je lauk yang Damia masak ni.
“Menantu
you tu yang kenapa? Anak I dah masak sedap-sedap macam ni. Cukup rasa macam ni.
Dia kata payau.” Ulas mommy pula.
“Hish,
biarlah. Tahu-tahulah dorang nak berbaik nanti.”
***
“BLUEKKK!”
Masuk
kali ini sudah empat kali Haq memuntahkan isi perut. Sudah dua hari dia begini.
Salah makan tak juga. Perut tak ada pula rasa memulas. Tapi setiap pagi dia
begini. Ini pun dia ambil MC di klinik semalam. Badannya rasa tak sedap.
Puan
Solehah berdiri di muka pintu bilik air sambil menggeleng. “Haq okey tak ni?
Nak pergi klinik?”
“Tak
usah bu. Semalamkan Haq dah pergi.” Haq flush muntah sendiri. Dia keluar dari
bilik air dengan wajah tak bermaya.
“Teruk
sangat Haq muntah. Haq sakit ni. Dah beritahu Lut?” tanya Puan Solehah.
Memimpin anaknya duduk di meja makan dapur. Kemudian ke ruang depan mencari
minyak angin.
“Tak
ada apalah ni bu. Nanti tengahari dia okey. Pagi-pagi je dia macam ni. Malas
nak beritahu Lut takut dia risau.” Tipu Haq. Dia dengan Damia sedang mood silent lagi. Isterinya itu masih
merajuk dengan dia.
Puan
Solehah sapukan minyak angin di tengkuk Haq. “Tengok Haq muntah-muntah teruk
macam ni. Teringat ibu dengan Kak Syuhada. Dulu masa pregnantkan si Nisa dulu,
teruk juga morning sickness dia.”
Beritahu ibu.
“Oh
ye? Kak Syuhada tu yelah gitu teruk sebab ngandung. Dah tu Haq ni dok muntah
pagi je. Takkan bu nak kata Haq ngandung pulak.”
Sesaat
otak Puan Solehah baru boleh berfikir. Urutan di pangkal leher Haq terhenti.
Dia tarik kerusi duduk sebelah Haq.
“Jangan-jangan
Damia mengandung tak Haq? Sebab itu kamu muntah-muntah. Pembawakkan budak.”
Nak
tertanggal rahang Haq. Lut mengandung?! Otaknya ligat mengira berapa lama
mengimamkan Damia solat.
Jadi
ayah? Daddy? Papa? Atau Walid?
***
DAMIA duduk bersebelahan suaminya
usai mengemas dapur. Kelihatan bertingkat-tingkat buku untuk ditanda dan
disemak. Damia diam sahaja memerhatikan suaminya. Ralit benar menanda buku.
Terkejut tak habis lagilah tu.
Mahu
tak terkejut. Tengah weekdays, isteri
dia datang PD. Selalu weekend je.
Tiba-tiba balik PD sebab rindu ke?
Sebenarnya,
dia dah letak jawatan di syarikat daddy. Dia ambil keputusan nak berhenti kerja
selepas dapat tahu berita kehamilan dia. Syukur Alhamdulillah. Allah beri dia
rezeki. Patutlah dia rasa asyik nak menyentap je. Rupanya berisi. Dan patutlah
juga Haq asyik muntah-muntah. Rupanya memang pembawakkan budak.
Elok
sangat-sangat. Sebab tepat pukul 12 malam nanti, genaplah setahun perkahwinan
mereka. Hadiah untuk Haq.
“Abang…”
meleret suara Damia.
“Hmm…”
sahut Haq.
“Nanti
masuk bilik awal sikit eh? Ada benda Lut nak cakap.”
“Eh?
Tak boleh nak cakap kat sini ke? Cakap jelah. Abang dengar.”
“Tak
boleh. Nanti Lut beritahu abang dalam bilik okey. Masuk awal tau.” Kata Damia
sambil sudah bukak langkah nak membiarkan Haq menanda buku. Dikucup kejap pipi
suaminya.
Haq
kaku. Eh? Awal lagi ni kalau Damia nak ajak dia bermesra. Argh! Haq! Ke situ
pula kau ya?!
Seperti
yang dijanjikan. Pukul 12.30 malam Haq baru masuk ke bilik. Banyak sangat buku
nak ditanda. Haq masuk-masuk kelihatan Damia sedang bermain dengan iPad.
Menoleh sekilas ke arahnya semudian
kembali menunduk memandang iPad di atas katil. Merajuklah tu. Masuk bilik
lambat.
“Lut
tak tidur lagi? Tak mengantuk ke?” tanya suaminya. Tshirt pagoda putih yang
dipakainya dibuka. Membiarkan tubuh terdedah disapa angin pendingin hawa.
“Abang
masuk lambat.” Rungut Damia. Geram bila Haq masuk bilik lewat. Naik mengantuk
dia tunggu Haq.
“Kan
sayang boleh tidur dulu.” Lembut bicara Haq. Syukurlah rajuk isterinya sudah
hilang. Ingatkan Damia masih marahkan dia pasal lauk payau tu. Punggung
dilabuhkan di atas katil.
Damia
yang bersandar pada kepala katil menyuruh suaminya duduk bersebelahan dia. “Lut
tetap nak tunggu abang juga.”
“Okeylah.
Sekarang apa dia? Lut nak cakap apa yang penting sangattu sampai tak
sempat-sempat nak beritahu esok?”
“Abang
lupa eh hari ni hari apa?”
“Eh
hari ni hari rabulah sayang. Kenapa sayang tanya ni? Tak tengok calendar ke?”
“Abang
tu yang tak tengok calendar.” Bibir
dah panjang macam muncung itik. Ergh! Haq lupa ler tu.
“Eh
abang pula yang kena. Takkanlah sayang tunggu abang semata-mata nak tanya hari
apa?”
Damia
geram. Dia terus capai bantal lalu dipukul ke
arah Haq. “Abang ni loyar buruklah.”
Haq
gelak halus. Dia pandang Damia yang bermuka masam. “Okay. Okay. I’m sorry. Okay serious. Now tell me what you wanna tell?”
Haq mula serius. Dia duduk bersandar sama-sama dengan isterinya.
Damia
dah mula ukir senyum. “Lut nak abang buatkan ini untuk Lut.” Damia hulur iPad
kepada Haq.
“What?” Haq pandang screen iPad yang
keluarkan game puzzles. “Amende ni?”
“Lut
main tak lepas-lepas puzzles ni. Cuba
abang main pula.”
“Semata-mata
sebab puzzles?”
“Alarh,
abang ni banyak tanyalah. Sambil susun puzzles
tu kan, kita boleh borak.”
Tak
menahan isteri dia ni. Haq geleng kepala. Tadi layan buku-buku si pelajar.
Sekarang dia layan ragam si isteri pula. Malam-malam minta main puzzles. Gila ke apa?
“Apalah
sayang ni. Game macam budak darjah
satu ni pun tak reti main?” sindir Haq. Tangan ligat menyusun puzzles yang berwarna biru itu.
“Eleh,
buatlah sampai siap. Tengok abang mampu ke tak buat.”
Haq
tunjuk muka poyo dia. Otaknya fokus menyusun puzzles. “Ni gambar apa yang?” tanya Haq lagi.
“Buat
jelah.”
Lima
minit kemudian, puzzles siap. Damia dah ukir senyum.
“Okey
dah siap.” Mata Haq melekap pada puzzles
yang dia dah susun. “Guess what? You’re
going to be a da…” Ayat Haq tergantung sebaik sahaja perasan akan puzzles yang dia siapkan. Seakan tak
percaya. Prank atau kenyataan?
Huruf-huruf itu tersusun cantik bahkan bercorakkan baju bayi. Dibawah puzzles
tertulis beberapa nombor sebagai tarikh.
Mata
toleh kanan. Pandang Damia. “Lut mengandung?” berlapis dahi itu menyoal.
Damia
mengangguk sambil tersenyum.
Haq
tak terkata. Senyum bahagia bergayut di bibirnya. Syukur Alhamdulillah untuk
rezeki yang kau beri Allah. Terus dipeluknya tubuh Damia.
“Subhanallah.
Terima kasih Allah. Thanks sayang for
special gift.”
Damia
tergelak halus. “Alhamdulillah abang. We’re
expecting.”
Pelukan
direnggangkan. Dia pandang muka Damia tak percaya. Tak tahu macam mana nak
gambar perasaan dia. Dia gembira. Dia akan jadi ayah! “Patutlah abang
muntah-muntah je. Rupanya dalam ni…” tangan melekap pada perut Damia yang
sedikit membuncit. “Ada baby…”
Damia
ketap bibir dalam senyuman. Dicapai tangan suami lalu dicium penuh hormat.
“It’s babies.”
“Huh?”
“Babies.”
“Not
baby?” mata itu sedikit membulat.
Damia
geleng. “Babies. It’s a twin.” Muka
Damia teruja. Nikmat yang berlipat kali ganda. Terkejut juga dia tahu ada dua
degup jantung bayi selepas pengsan di office.
Patutlah badan dia naik mendadak. Dah masuk tiga bulan.
Muka
Haq tak percaya. Dia peluk lagi sekali. Allah. Allah. Terima kasih Ya Allah.
Kaulah yang Maha Penyayang lagi Maha Pemurah. Bukan satu tetapi dua. Jari
jemari isterinya dikucup bertalu-talu. “Abang tak tahu macam mana nak cakap.
Abang terharu sangat. Terima kasih sangat.”
“Syukur
Alhamdulillah. Allah beri kita satu amanah untuk kita pikul dengan
tanggungjawab yang pastinya berat. Membimbing dua khalifah sekali gus agar jadi
insan yang berbakti bukan sahaja untuk kita, tetapi juga untuk agama.”
Air
mata lelakinya menitis saat mendengar kata-kata yang terluah di bibir Damia.
Dahi Damia dikucup lama.
“Hei…”
Damia kesat hujung mata Haq yang basah. “Takmolah
nangis. Malu babies tengok.”
Haq
tergelak halus. Mata redup Damia dipandang. Juntaian rambut ikal mayang milik Damia
ditolak ke tepi. Pipi itu dielus lembut. “It is all so new and exciting to me.
I am not sure how it will going to be or how supposed to handle it, but a
father? Siapa yang tak bangga? It is so wonderful to know that the fruit of our
love is growing inside of you. I am eagerly awaiting the day of their birth.
Terima kasih tak terhingga sebab sudi kandungkan zuriat abang. Abang...” Dia
menunduk. Tak dapat meneruskan kata.
“Hei…”
Damia angkat dagu Haq supaya pandangan mata mereka separa. Mata lelaki yang
selama ini kering tiba-tiba bergenang dengan air jernih. Terharu. Sungguh dia
terharu. Haq menangis kerana dia.
“Dulu…”
Haq pandang Damia. “Wanita ini yang abang tolak. Wanita ini yang buat abang
marah. Wanita ini yang buat hidup abang kucar kacir. Dia buat abang jadi lelaki paling jahat kat dunia bila menzalimi
isteri sendiri. Dia buat abang rasa tak sempurna…” ayatnya tergantung lagi.
“Sekarang…hanya
wanita ini yang abang mahu setiap malam. Peneman lena malam abang. Wanita ini
buat abang selalu senyum bila teringatkan lenggok tubuh dia. Dia buat abang
sentiasa mahu…mahukan dia. Abang bersyukur sangat dia jadi isteri abang. Dia
buat hidup abang jadi sempurna.”
Damia
tak dapat menahan air matanya. Dia menangis terharu. Disayangi dan dicintai.
Impian dia. Punya lelaki yang terima apa adanya dia. “I love you abang.” Tubuh
suaminya dibawa dalam pelukan. Menikmati kehangatan dari tubuh Haq yang
terdedah.
“Happy
anniversary sayang.” Bisik Haq perlahan.
Dan
air mata wanita itu terus mengalir laju. Dia ingat. Dia ingat tarikh ini.
Jodoh
mereka bukan jodoh biasa. Benarlah. Betapa janji Allah Maha Benar. Tidak
sia-sia buat mereka yang beriman. Ujian yang datang itu untuk mendidik hati
agar terus bermujahadah dalam meneruskan kehidupan. Surah al-Baqarah ayat 153,
“Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar
dan (mengerjakan) solat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”
***
DAMIA berdiri di depan cermin.
Memusing-musingkan tubuhnya di depan cermin besar yang dia minta Haq belikan sejak mengandung. Ingin mengambil
gambar perut sendiri. Biar nampak dengan jelas saiz perut yang berubah setiap
hari.
Baju
yang berterabur di atas lantai dan di atas katil dibiarkan. Bibirnya mengeluh
tiap kali menyarungkan baju-baju dia yang dahulu muat kini kian mengetat
disebabkan badan yang sudah mula mengembang. Perut tak usah dikata. Macam nak
meletup.
Tok!
Tok! Pintu bilik diketuk dari luar.
Damia
kalih ke pintu. Dengar Haq menjerit memanggil namanya. “Lut. Buat apa kat dalam
tu?”
“Kejap!”
Damia buka blouse yang dipakainya. Kemudian dengan hanya memakai lingerie dia
menyarung satin robe warna cream ke tubuhnya.
Pintu
bilik dibuka dari dalam. Haq dah pandang dia lain macam. Tangan dihulur untuk
disalami. Dahinya menerima habuan.
“Buat
ap…” suara Haq terputus sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik
tengok-tengok baju isterinya bersepah di atas katil dan lantai. “Bukak kedai
baju ke apa?” perli Haq. Tali lehernya dilonggarkan sedikit. Dua butang atas
kemejanya dibiarkan terbuka. Lengan kemeja disingsing hingga ke siku. Dia
bercekak pinggang pandang Damia yang menyengih macam kerang busuk.
“Hihi…
Lut try baju je. Takpe. Lut kemas sekejap lagi.” Damia sudah mula bergerak mahu
mengutip pakaiannya yang berterabur.
Haq
kesian melihat kesukaran Damia untuk mengutip baju yang berselerak itu. Dia
merapati isterinya kemudian baju yang dipegang Damia dia tarik. “Dah tak apa.
Biar abang kemas. Lut duduk ajelah. Perut tu macam nak meletop abang tengok.”
Bibir
memuncung bila suami kata perut macam nak meletop. “Terima kasih.” Omelnya
perlahan.
Haq
kerling isterinya yang mengambil tempat di birai katil. Mula melipat baju yang
di atas katil. “Lut buat apa ni?”
Wajah
isteri kelihatan keruh. “Lut dah gemuk.” Ucap Lut.
Haq
tertawa halus. “Lahhh, sebab tu?” soal Haq dengan kening terjongket sebelah.
“Baju-baju
ni semua dah tak muat. Lut dah kembang sangat. Nanti mesti abang tak suka.”
Bicara
isterinya itu membuatkan bibir Haq bergayut dengan senyuman. Menggeleng. “Ada
pulak ke situ. Kan Lut tengah mengandung. Nanti lepas bersalin dapat baliklah
shape body tu.”
“No.
Mustahil. Tengok ni.” Damia bangun lalu memperagakan tubuh sendiri di depan
cermin. Ergh! Dia rasa badan dia macam tong drum.
Haq
tertawa geli hati. Baju Damia yang dikutip dicampak atas katil lalu tubuh
isterinya didekati. Tangan terus melingkar dipinggang wanita itu yang nampaknya
semakin lebar. Dagu disangkut di bahu Damia. “Isteri abang masih nampak hot and
sexy.” Bisik Haq perlahan.
“Ye
ke?” melalui biasan cermin Damia bertanya.
Haq
angguk.
Damia
mengeluh perlahan. “I gained three more
pounds this week and I think it went all to my ass.” Ujar Damia. Dia pandang
cermin. Bersabung mata dengan Haq.
Bibir
Haq tersenyum.” You look great. You always look great in my eyes.”
“I
miss my old ass.”
Kali
ini Haq gelak besar. “Hey… your ass still menawan lagilah. Risau sangat kenapa
ni?”
Damia
pusing ke belakang. Menghadap suaminya. Butang kemeja suaminya dibuat main.
“Lut takut abang dah tak suka Lut. Sebab Lut makin kembang. Mesti dah tak
cantik.”
“Hey…”
bibir itu dikucup kejap. “Apa pulak kata macam tu? Lut isteri abang. Lut
kembang macam ni pun salah abang jugak. Sebab dalam ni… ada zuriat abang.”
Tangan naik melekap di perut isteri yang menonjol.
“Setia?”
soal isterinya.
Haq
angguk. “Sayang… takkanlah abang nak duakan Lut. Percayalah, besar ke, gemuk
ke, hanya nama Lutfiah di hati abang. Apa pun fizikal Lut, abang terima. Yang
berubah tu fizikal, bukan hati sayang. Betul tak? Isteri abang ni kan aura dia
kuat. Abang mana boleh tahan. Abang tak cari lainlah. Cuma Lut je yang abang
cinta.”
Bibir
isterinya sudah mula menguntum senyuman. Dia rasa takut sebenarnya. Tak
pernah-pernah badan dia seberat ini. Dia takut dia tak boleh kurus semula.
Sebagai seorang isteri dia harus menjaga penampilan di depan Haq. “Lut harap
hanya nama Lut yang kekal biar pun Lut dah tak cantik.”
“Lut
cantik. Cantik di mata abang sorang dah cukup. Sayang tahu tak? Besar pahala
bagi seorang perempuan yang mengandungkan zuriat kami kaum adam.”
“Tahu.
Ustazah pernah beritahu dulu.”
Sejuk
hati Haq. Perlahan-lahan isteri dia sudah pandai bergaul dengan orang-orang
surau. Bersama-sama ibu dia. Rambut isterinya diusap-usap. “Apabila wanita itu
mengandung, malaikat memohonkan keampunan baginya, dan Allah menetapkan baginya
setiap hari seribu kebaikan serta melebur seribu keburukan. Itu baru
mengandung. Belum bersalin lagi. Tapi dah besar begitu pahala untuk Lut yang
mengandungkan zuriat abang.”
Dalam
hati Damia dia akui, kadang-kadang dia tak percaya yang dihadapannya ini ialah
Muhammad Dhiya Ul Haq. Semakin hari bicaranya semakin matang. Banyak yang Haq
ajar dia. Untuk menjadi yang lebih baik. Dalam melayan manjanya dia,
kadang-kadang terselit juga ketegasan. Semenjak dia mengandung, Haq banyak
menyuruhnya untuk mengamalkan cara makanan sunnah. Buat ibadah-ibadah sunat.
Agar anak mereka menjadi insan yang mendengar kata. Soleh dan solehah.
Ini
jihad dia. Selain dari melawan nafsu sendiri untuk jadi lebih baik, dia sedang
berjihad mengandungkan zuriat untuk suami tercinta.
“Kenapa
diam?” tanya Haq apabila isterinya hanya
diam dan hanya memeluknya erat.
“Lut
takut.” Kata Damia perlahan.
“Takut
kenapa?”
“Takut
nak bersalin.”
Pelukan
direnggangkan. Mata mencari mata Damia. “Kenapa?”
“It
will be a new experience. Lut takut Lut tak boleh. Lut takut Lut tak kuat. How
will it be abang? The pain. The contraction. Do you think I’m prepared for all
those things?”
Jari
jemari mulus isterinya dicapai lalu digenggam. Cuba memberi kekuatan buat Damia
yang pastinya takut untuk menghadapi waktu bersalin. Tinggal sebulan sahaja
lagi. “Abang tahu Lut kuat. You’ll be a great mom to our child. Kalau Lut kuat
hadapi abang, bersabar dengan keegoaan abang. Kenapa tidak untuk kali ini?
Abang tahu susah nak keluarkan babies. Tapi, all I can do is doa. Isteri abang
ni semangat dia kuat. Allah sentiasa ada dengan kita sayang.”
“Abang
teman Lut dalam labor room okey? Lut takut. At least bila ada abang, Lut ada
kekuatan.”
“Insya-Allah.
Lut ikut kan apa yang abang suruh? Baca Quran, solat. Insya-Allah semuanya akan
dipermudahkan. Selagi mana Lut jaga hubungan Lut dengan Allah, Allah akan jaga
Lut.”
“Ustaz
kata, kalau suami tak redha dengan kita, maka kita susah nak bersalin. Abang
redha tak dengan Lut?”
“Apa
Lut ni? Cakap macam esok nak bersalin pula. Kan due lagi sebulan.”
“Apa
salahnya? Mana tahu kot-kot anak abang ni excited nak keluar awal. Lut nak juga
tahu abang ampunkan ke tak dosa Lut? Redha atau tak? Halalkan semuanya atau
tak?”
Bibir
Haq senyum. Pipi itu diusap. Dia sentiasa memaafkan Damia. Damia isteri yang
taat. Tak banyak songeh melainkan soal makan. Haha. Biar pun status taraf
mereka berbeza, tetapi Damia tak pernah sekali pun memandang rendah
terhadapnya. Sekali pun tidak pernah mengungkit mahupun membandingkan. Isterinya
menerima apa adanya seperti mana dia menerima Damia apa adanya. Dia hanya
seorang cikgu, tetapi tak pernah keluarga mertuanya mencemuhnya. Hanya lahir
dari keluarga yang biasa-biasa. Diterima masuk dalam sebuah keluarga yang boleh
tahan kayanya.
“Lut
tak pernah salah dengan abang. Ada pun sedikit kesalahan Lut. Abang sentiasa
maafkan Lut. Sebab itu juga menjadi kesalahan abang. Abang suami sepatutnya
mendidik isteri dan membimbing. Andai kata Lut tersilap dan tersalah, itu juga
dikira silap abang sebab gagal membentuk Lut.”
“Tak
pernah.” Kepala Damia menggeleng. “You’re the great imam that I ever had. Abang
tak pernah gagal dalam membentuk Lut. Kita sama-sama menjadi kekuatan untuk
satu sama lain. Lut tahu abang tegas dengan Lut bersebab. Lut lagi suka kalau
abang tegas. Rasa ada juga orang yang prihatinkan Lut.”
Bibir
Haq ketawa kecil. Hidung isterinya dicuit perlahan. “Ada-ada je eh.”
“Sayang…”
meleret suara Haq memanggil.
“Apa?”
“Abang
tak tahulah nak cakap macam mana. Abang ni bukannya penderma organ mahupun
penjual organ. Tapi…” ayat Haq terjeda.
“Tapi
apa?”
“Tapi
abang bahagia sangat kalau nak bagi hati abang ni kat sayang. Biar nanti ritma
degup cinta kita sentiasa menjadi melodi terindah.”
Cheesy!
Damia sengih lalu ditolak pipi Haq. “Eee! Manisnya mulut. Tak naklah Lut
dekat-dekat dengan abang. Kena diabetes nanti.”
Haq
gelak besar. Terkena lagi pick up lines. Terima kasihlah dengan
trending-trending terkini sebab ajar dia cara nak ayat isteri sendiri. Dan
empat pasang mata itu bersabung dalam tawa yang tak sudah.
***
DUA tahun kemudian…
“Lam…”
ucap uminya kuat dan lantang.
“Lam…”
bibir comel itu mengikut kata ibunya. Jari telunjuk dah merata-rata di buku
yang dipegang uminya.
“Mim..”
Suruh uminya lagi.
“Mim…”
“Nun…”
“Yun…”
mata bundar itu memandang uminya bila terasa sebutannya salah.
“Nun…”
bibir uminya sedikit memuncung ke depan.
“Nun…”
sebut si kecil itu.
Bibir
uminya senyum. “Wau.” Huruf hijaiyah seterusnya diperkenalkan kepada anaknya.
“Wow…”
bibir si kecil membulat sedikit. Tapi masih berbunyi sebutan yang sama.
“Ha…”
jari umi bergerak kepada huruf seterusnya.
“Hahahaha…”
si kecil itu tiba-tiba menyebut Hahaha. Seakan ketawa.
Kepala
umi menggeleng. “Ha…”
Si
anak mengikut. “Ha.”
“Lam
alif.”
“Yam
ayip.” Si pelat itu berkata.
Bibir
umi tersungging senyuman. Mata bundar itu sekali lagi memandangnya. Setiap kali
sebutan salah mata bundar itu mencari matanya. “Lam alif.”
“Lam
alif.” Uminya mengangguk.
“Hamzah.”
Sebut uminya lagi.
“Hamjah.”
“Bukan.
Hamzah.” Sebut uminya dengan jelas.
“Ajah?”
“Ham…”
uminya berjeda seketika. Menyuruh si kecil mengikutnya.
“Ham.”
“Zah.”
Sambung si umi.
“Zah.”
Si pelat itu menganggukkan kepala bila sebutannya betul. Jadilah daripada takde
bunyi langsung.
“Ya.”
Huruf hijaiyah yang terakhir.
“Ya.”
Laju si kecil itu menyebut. Dan dia terus menepuk tangan. Tanda sudah habis
baca.
“Alhamdulillah.
Pandai anak umi. Meh sini.” Rehal ditolak ke kiri sedikit. Ingin memeluk
sekecil yang berusia setahun sepuluh bulan itu. Pipi gebu itu dicium lembut.
“Zandra dah
habis baca muqaddam. Dah boleh main Barbie doll. Nanti kita mamam. Lepas tu
main Barbie doll okey?” kata Damia lembut. Dia membuka tudung Syria bersaiz
kecil yang dipakai Izzandra
Kepala
si kecil itu mengangguk laju. “Mi…mi…” panggil si kecil.
“Apa?”
tanya Damia.
“Di…di?”
tanyanya.
Damia
senyum. Didi, panggilan untuk Haq. Shortform daddy. Menggedik sangat nak suruh
anak mereka panggil daddy, dishortformkan budak-budak jadi didi terus. “Ada.
Kejap lagi daddy masuk dengan Izz eh.
Nak daddy eh?”
Kepala
si pemilik mata bundar itu mengangguk laju.
“Sayang?”
Haq masuk ke bilik sambil mengendong Izhar Qadri. Si abang tadi membuang air
apabila mahu diajar mengaji. Jadi dia ambil tugas isteri.
Damia
pandang katil. “Itu baju dia atas katil.” Telekung dibuka. Sudah menjadi rutin.
Semenjak Izhar dan Izandra menginjak usia setahun tujuh bulan, dia sudah
membiasakan anak-anaknya membaca Iqra. Terdetik dihatinya tidak mahu
anak-anaknya jadi sepertinya.
Alhamdulillah.
Si kembar sepasang itu sudah pandai berkata-kata sedikit. Cepat. Ramai orang
kata anaknya cepat belajar. Alhamdulillah, Allah beri dia sebuah anugerah yang
cukup besar. Kembar sepasang itu lincah dan ligat.
“Di…di!”
Izzandra mendekati ayahnya. Lebar senyuman Izzandra. Suka benar kalau ada daddy
dia.
“Iya
Zandra. Kejap daddy nak pakaikan Izz pampers.” Tangan Haq laju memakaikan
pampers untuk Izhar. Takut si kecil itu lari. Baru je siap pakaikan pampers. Si
abang dah mula nak lari. “Izz sekejap. Daddy nak pakaikan baju ni.” Tangan
Izhar ditarik. Dipeluk lalu dipakaikan baju. Menjerit Izhar dibuatnya. Terasa
kaki tangan dia terikat.
“Di…di..”
Gigi Izzandra terketap memanggil daddynya.
“Iya.”
Sahut Haq sambil didukung anak perempuannya naik ke atas katil. Manakala Izhar
sudah turun dari katil. Mendekati uminya yang sedang menyapu losyen di badan.
“Ish
aji?” kepala terangguk-angguk beberapa kali. Bertanya sama ada si abang mengaji
atau pun tidak. Bibirnya hanya pandai menyebut Ish sebagai nama abang.
“Tak
sayang. Izz mengaji esok. Kan dah habis ngaji tadi.” Pipi gebu Izzandra dicium
lembut. Selebihnya puteri kesayangannya berbicara sendiri. Masih tak jelas
sebutannya.
“Abang
tengok-tengokkan budak kejap. Lut pergi sediakan makanan untuk dorang. Ibu ada
dapur kan?” Bakul mainan anak-anak mereka diambil lalu diletakkan di lantai. Tahu
apa yang Izhar mahu.
Tak
sempat nak keluar bilik lagi Izhar dah teraburkan mainan di atas lantai.
“Haah.
Pergilah sediakan. Abang layan budak sekejap.” Haq pandang si kembar. Sudah
pandai bawa diri. Main sendiri. Kalau mahukan apa-apa ditariknya tangan kita.
Mulut kecil itu sudah petah berbicara tetapi sebutannya masih tidak jelas. Kadang-kadang
dia faham apa yang si kembar itu kata, kadang-kadang tak faham. Tapi bila dia
berborak dengan si kembar, si kembar faham dan mengangguk banyak kali.
Alhamdulillah.
Dia bahagia dengan keluarga kecil yang dia miliki. Dikurniakan sepasang kembar,
isteri yang solehah dan taat. Apa lagi yang kurang? Semuanya tampak sempurna
walaupun kadang-kadang ada juga surutnya. Mana ada perkahwinan yang menjamin
kebahagiaan senantiasa? Resam dalam rumahtangga pasti ada sedikit cacat
celanya.
***
“Zandra jangan main jauh-jauh!”
jerit Damia lantang. Dia membiarkan Izzandara berlari di pasir pantai. Abangnya
sudah duduk bermain pasir.
Haq
ketawa kecil bila melihat anak perempuannya terkedek-kedek berlari. “Lut tengok
tu. Tapak kaki kecik tapi sibuk nak lari langkah besar.”
“Biarlah
budak nak membesar.” Jawab isterinya. Terasa pinggangnya dipaut Haq. Untuk
seketika mereka create one bonding time dengan anak-anak mereka. Di pantai.
“Lut…”
panggil Haq dengan nada meleret.
“Apa?”
mata fokus memandang si kembar yang sedang bermain pasir. Sesekali Izzandra
mendekati gerigi air. Tapi lari apabila air pantai itu mendekatinya.
“Sayang
tahu tak? Banyak-banyak rumah, rumah apa yang paling bahagia?” soal Haq.
Berlapis
dahi Damia. “Rumah? Syurga kot. Kan pepatah kata rumahku syurgaku.” Jawab Damia
selamba.
“Tet!
Salah.”
“Eh
salah pulak. Dah tu apa jawapan dia?”
“Rumah
yang paling bahagia ialah…” ayatnya terjeda. Kedua belah kening terangkat
memandang isteri dengan sengihan melebar.
“Rumahtangga
kita.” Jawab Haq seraya ketawa kecil.
Damia
terlongo. Dia cubit pinggang HAq. “Eee! Mengadanya. Chessy sangatlah!”
“Eh
cheesy tulah yang sedap dimakan.” Haq kenyit mata lagi. Mengusik.
Damia
senyum sambil menjeling. Ingat Haq seorang boleh buat pick up line? Dia pun
bolehlah.
“Abang…
kalau abang jadi laptop, abang rasa Lut sesuai jadi apa? Keyboard, skrin atau
tetikus?”
“Eh
apsal laptop yang? Tak bestlah. Baik jadi bantal. Hari-hari dipeluk sayang.”
Sekali lagi satu tepukan lembut hinggap di bahunya.
“Orang
tanya bebetul ni.”
“Kalau
abang laptop, Lut jadi skrinnya kalau gitu.”
“Kenapa
kena jadi skrin pula?”
“Biar
abang sorang aje yang boleh tatap sayang.” Duga Haq.
“Tet!
Salah.”
“Eh
dia yang tanya kita, minta jawapan. Itulah jawapan abang.” Omel Haq. Entah pick
up line apa isterinya nak kenakan dia.
“Lut
rasa Lut sesuai jadi tetikuslah.” Bibir Damia tersungging senyuman.
“Apsal
pulak?”
“Biar
Lut sorang saja yang dapat gerakkan hati abang ke mana sahaja.” Damia buat
kening double jerk.
Haq
tergelak halus. Rasanya macam tak sesuai bila perempuan buat pick up lines beli
jiwa. “Hish pandai eh. Siapa ajar? Babap kang.”
Damia
berlari dari pelukan Haq. Dia merapati anak mereka. Digendongnya Izzandra
bersama. “Zandra tengok daddy. He’s going to eat me.”
“Hei
mana aci pegang anak jadi perisai.” Haq buat muka tegang sambil cekak pinggang.
Izzandra
ketawa melekek bila tubuhnya diayun umi. “Then stop it.” Kata Damia. Cuba lari
dari Haq yang nampaknya sudah mengepung
jalan dia.
“No.
I’ll catch you as I can.” Terus Haq berlari mendapatkan isterinya.
Damia
apa lagi. Terus start enjin lari ke arah pantai bersama Izzandra. Kaki sudah
masuk di dalam air. Tangan kiri mengendong Izzandra. Tangan kanan memercikkan
air ke arah Haq. Bibir ketawa galak.
Izzandra turut sama ketawa bila daddynya membalas percikan air.
“Abang
dah lah tu. Tengok Izz main sorang-sorang kat sana.” Mata Damia memandang Izhar
yang nampaknya mula mendekati mereka.
“Di…di.
Mi…mi.” Panggil si abang yang hanya memakai swimming suit.
“Alamak.
Daddy lupa sorang ni lah.” Haq ambil Izhar. Didukung lalu dibawa masuk ke air.
Empat beranak itu sedang seronok bermain air. Memercikkan air antara satu sama
lain. Empat pasang mata itu bersabung. Lama. Bibir tersenyum lebar.
Ya Allah, Kau teguhkan rasa ini
sampai kami tua. Biarkan ia menjadi eternal happiness kami. Terima kasih kerana
pertemuan, takdir, dan jodoh yang telah Engkau tentukan. Semua ini terjadi atas
keizinan-Mu Ya Rabb. Ini nikmat terindah untuk kami. Kebahagiaan. Biar pun akan
ada badai yang menimpa, tapi aku tahu Kau akan selalu ada memberi kekuatan
untuk kami. Untuk sebuah ikatan yang halal lagi
suci ini, terima kasih Ya Allah.
TAMAT
p/s: Assalamualaikum. Segala salah silap harap maaf. Semoga terhibur. Yang mana kurang tu, saya minta maaf sgt-sgt. Thanks for supporting this story. Ayla hargai sangat-sangat. Yang baik dtgnya dari Allah. Yg buruk dtgnya dari silap Ayla sendiri. May Allah bless you alls. Tq.