Part 7
MATA meliarkan mencari seseorang
yang dikatakan sedang menunggunya di restoran itu. Damia kecilkan bola matanya
apabila ternampak seseorang yang memakai baju kurung kain kapas berona biru
lembut. Digandingkan dengan tudung bawal warna dark blue. Duduk termenung
seorang diri. Damia ayun langkah perlahan mendekati perempuan itu. Dia berdiri
tegak di hadapan perempuan itu.
“Cik
Ayu?” tanyanya perlahan.
Perempuan
itu tersenyum. Mengangguk. “Puan Damia?” Tangan dihulur ke depan.
Damia
kerut dahi. Dia masih berada di sisi perempuan itu. Kenapa tangan dihulur ke
depan? Bahkan mata jernih itu memandang terus ke depan. Tak berkelip. Tangan
Ayu ditolak ke kanan sedikit. “Saya kat sini.” Ucap Damia dengan senyuman.
Ayu
mengukirkan senyuman manisnya. “Maaf. Saya buta. Tak nampak. Silakan duduk Puan
Damia.”
Buta?
Kekasih Haq buta? Bagaiman mereka boleh bercinta kalau buta? Desis hati Damia.
Wajah polos di hadapannya ini dipandang simpati. Dengan keberanian yang dia
ada, dia menelefon Ayu untuk bertemu. Ingin menyelesaikan masalah antara mereka
bertiga dengan empat mata. Tapi sungguh dia tak sangka, pilihan hati Haq
sebelum dia…buta? Selepas hari itu, Haq sudah pandai bermesra dengan dia. Tapi
sikit pun Haq tak buka cerita tentang Ayu.
“Maaf.
Saya tak tahu Cik Ayu tak dapat melihat.” Damia ambil tempat di depan Ayu. Mata
Ayu hanya memandang ke depan. Bagaimana perasaannya ya bila tak dapat melihat?
“Takpe.
Saya faham. Panggil saya Ayu. Ada apa Puan Damia nak jumpa saya ya? Nak
minta saya ajar budak mengaji ke?” lembut suara itu menutur kata. Kebiasaannya,
orang mahu bertemunya kerana ingin belajar mengaji al-Quran braille.
“Mengaji?”
Double kerutan di dahi Damia. Siapa
perempuan di depan dia ni?
Ayu
mengangguk. “Ya mengaji. Saya guru mengaji al-Quran braille. Kalau Puan Damia ajak jumpa selain dari urusan kerja, atas
urusan apa lagi ya?”
Guru
mengaji? Damia menunduk. Tersedar akan kekurangannya. Dia isteri Haq. Budak
baru belajar tentang agama. Alhamdulillah. Allah permudahkan jalan dia untuk
kembali. Dia terjumpa Puan Solehah. Dididik dan dilentur menjadi seorang wanita
muslimah. Alhamdulillah lidah yang dulu keras kini sudah lembut dan basah
dengan zikrullah dan qalam Allah. Dia sudah pandai membaca Quran dengan tajwid
yang betul. Hasil didikan Puan Solehah. Damia pandang Ayu. Rasanya dia tahu
kenapa perempuan ini menjadi pujaan dan pilihan hati Haq. Wajah yang bersih
dari segala cela. Akhlak yang terpuji. Dan juga seorang guru mengaji.
“Puan
Damia?” panggil Ayu. Dari tadi suasana senyap. Takut-takut dia ditinggalkan.
Damia
tersentak. “Oh yeah. Erm, ini bukan soal mengaji.”
“Habis
tu? Puan Damia nak jumpa saya untuk apa?”
“Panggil
saya Damia. Tak perlu berpuan bagai. Ini bukan waktu bekerja.”
Ayu
angguk. Entah siapa yang nak jumpa aku ni? Atas urusan apa dia dengan aku?
“Ayu.”
Panggil Damia sebagai pembuka bicara.
“Ya.”
Jawab Ayu ringkas. Tiba-tiba terasa berdebar.
“Saya
nak jumpa awak sebab nak bincangkan tentang awak dan Haq.” Perlahan saja tutur
katanya. Rasa simpati yang membuak membuatkan dia jatuh kesian dengan Ayu.
“Tentang
saya dan Haq? Mana awak tahu?” terjongket kening Ayu. Siapa perempuan ni hingga
di tahu tentang aku dan Haq?
Nafas
berat dihela perlahan. “Saya isteri Haq.”
Terhenyak.
Bagaikan halilintar membelah bumi. Ayu membulatkan matanya. Isteri? Bila?
Kenapa? Ingin dia tanya soalan itu bertalu-talu. Tanpa Ayu sedar, hati yang
terluka itu menunjukkan kelukaannya dengan air mata. Setitis air mata menitis
di pipi Ayu.
“Ayu…”
panggil Damia lembut. Tangan Ayu yang terletak elok di meja cuba dicapai.
Tetapi Ayu menarik perlahan. Rasa bersalah meluap-luap sebab buat mata yang tak
dapat melihat itu menangis.
“Macam
mana? Saya tak pernah tahu. Haq tak pernah beritahu.”Bibir bergetar
mengungkapkan persoalan. Kepala menggeleng. Tangan dibawa ke paha. Digenggam
erat. Mnncari kekuatan. Terasa dipermainkan. Adakah kerana dia buta, dia layak
diperlakukan seperti ini? Tunggul? Dia masih seorang perempuan. Yang tahu erti
terluka bila disakiti dan dikhianati. Matanya buta. Tak dapat melihat. Tapi hati
dia tak pernah buta untuk merasakan cinta dan kasih sayang.
“Ayu…bukan
niat saya untuk menyakiti hati awak mahupun melukakan awak. Mungkin Haq belum
bersedia nak beritahu awak semua ni. Sebab kami hubungan kami pun tak seindah
yang awak sangkakan.”
“Indah
atau pun tidak perkahwinan korang berdua. Tetap saya orang ketiga. Yang
pastinya, menjadi penyebab kenapa perkahwinan awak dan Haq tak indah.”
“No! Bukan macam tu. “ Mata dipejam
rapat. YA Allah, kentalkan hati wanita ini. Dia tak bersalah. “Saya tak pernah
salahkan awak Ayu. Sebetulnya, dia mengahwini saya kerana terpaksa. Saya tak
pernah tahu dia ada awak sebelum saya. Kalau saya tahu, mungkin saya tak jerat
dia dengan perkahwinan ni.”
“Maksud
Damia?”
“Itu
tak penting untuk awak tahu. Tapi percayalah Ayu, sikit pun saya tak pernah
salahkan awak. Sebab semua ni terjadi, adalah kesalahan saya sendiri. Saya tahu
awak kecewa, terluka. Saya minta maaf. Saya cuma tak nak awak terus berharap
dan disakiti. Sebab tu saya datang jumpa awak. Terus terang dengan awak. Saya
tak tahu mana level awak di hati Haq. Tapi apa yang saya pasti, Haq sayangkan
awak.”
“Such a liar.” Mendatar suara Ayu. Tak
dapat dia menahan perasaan sendiri. Air mata gugur lebat. “Dia tak pernah
beritahu saya. Saya dan dia…rapat. Saya berimpian untuk membina masjid dengan
dia. Tapi saya tak sangka. Saya yang kedua. Kalau betul dia sayang saya, klasifikasi
sayang yang mana satu?”
“Ayu…love is like the wind, you can't see it but
you can feel it. Sepanjang awak kenal Haq, mesti awak dapat rasa kasih
sayang dia bukan? Saya tak tahu sayang Haq pada awak klasifikasi cinta, simpati
atau empati. Tapi jelas, dia sayangkan awak.”
“Bukti
apa yang awak nak tunjuk dia sayangkan saya?”
“Dia
tak nak awak terluka. Dia tak nak awak kecewa. Salah satu caranya, dia
rahsiakan perkahwinan kami. Jujur saya cakap, awak pilihan hati dia sebelum
saya. Saya bukan isteri pilihan dia. Tapi…” Damai jeda. “Saya tak dapat nak
sangkal perasaan sendiri Ayu. Saya sayang dan cintakan suami saya. Macam-macam
saya buat untuk pikat dan tarik perhatian dia. Alhamdulillah. Jodoh tu berpihak
pada saya. Haq sekarang dah terima saya. Dah redha dan ikhlas dengan jodoh
kami.”
“Dan
biarkan saya jadi tunggul kayu yang terampung di tengah lautan? Macam orang
bodoh.” Ayu pejam mata. Desahan nafas semakin pendek dia rasa. Rasa dalam hati
macam larva yang nak meletup.
“Saya
minta maaf Ayu. Saya minta maaf. Saya dah jumpa awak. Berterus terang dengan
awak. Sekarang, tinggal tunggu keputusan Haq. Awak akan beritahu dia tentang
perjumpaan kita bukan? Dia tak tahu saya jumpa awak. Saya harap awak boleh
jumpa jodoh yang jauh lebih baik dari Haq. Be
strong Ayu.” Damia terus bangkit dari duduk. Tak dapat dia melihat wajah
polos itu kemerah-merahan menahan tangis. Ternyata…sakit apabila melukakan hati
kaum hawa sendiri.
Dengar
kerusi di depannya digerakkan. Dia tahu Damia dah pergi. Ayu menunduk menangis.
Bahunya terhinggut sama. Kenapa Haq? Kenapa buat saya macam ni? Ayu rasa nak
meraung. Dia ketap gigi. Betullah kata
orang , the higher you build the walls
around your heart, the harder you fall when someone finally breaks them down.
***
BERGEGAS Haq ke Kuala Lumpur
apabila mendapat panggilan daripada Ayu. Hantinya dilanda gusar tak bertepi.
Tak pernah sangka Damia berani berdepan dengan Ayu. Bagaimana Damia tahu
tentang Ayu? Entah apalah Damia katakana kepada Ayu. Adakah Damia menyakiti
Ayu? Atau Ayu yang menyakiti isterinya?
Haq
naik ke tingkat atas. Bilik Damia. Kepulangannya tidak diberitahu si isteri.
Terlalu kecemasan. Pintu bilik terkuak lebar. “Damia…” mata Haq memandang
sekujur tubuh lengkap berpakaian telekung yang sedang terlena di atas sejadah beralaskan bantal. Disisi Damia
ada rehal dan al-Quran. Pasti isterinya tertidur selepas maghrib.
Tubuh
yang penat setelah mengajar separuh hari, dan letih memandu diayun mendekati si
isteri. Dia bertinggung memandang Damia. Wajah itu tampa bersih tanpa sebarang
bedak mahupun makeup. Lena seakan tiada masalah. Kenapa sebegitu berani
berjumpa Ayu, Lut? Macam nak keluar jantung abang bila dengar Ayu menangis kata
Lut jumpa dia. Adakah kalian menyakiti antara satu sama lain?
Haq
usap pipi Damia perlahan. “Hey…” dibisikkan di telinga isterinya.
Damia
buka mata perlahan. Haq? Terus dia tukar posisi mengiring kepada duduk. Sempat
dia menguap seraya menghulurkan salam. Seperti biasa, dahinya dihadiahkan
ciuman sekilas. “Abang balik? Hari ni kan Selasa. Tak sekolah ke esok?” tanya
Damia lembut. Terkejut bila Haq ada di sini. Adakah suaminya sudah tahu
pertemuan empat mata mereka?
“Pergilah
solat Isyak dulu. Lepas tu tidur, okey? Abang tengok Lut macam penat sangat
je.” Suara Haq juga kedengaran lemah. Selemah perasaannya. Bagaimana nak hadapi
Ayu?
“Abang
pun nampak penat.” Tangan kanan mengusap pipi Haq.
Haq
ukir senyum tawar. “Abang nak mandi. Nak solat. Lut nak Jemaah ke?” Tangan
kanan Damia dicapai lalu dikucup lembut.
Mesti
Lut dah sakitkan hati abang kan? Sebab dah lukakan pilihan hati abang? Soalan
itu hanya bergema di dalam hati. KAlau boleh dia tak nak bicara soal ini. Bibir
dia senyum dan angguk. “Boleh juga kalau Jemaah. Pergilah mandi. Lut sediakan
baju abang.”
Haq
bangkit dan terus menuju ke bilik air. Sempat tuala Damia dia capai sebelum
masuk bilik air. Ingin menyejukkan badan yang terasa membahang. Hati pula
gundah dan gelisah. Ya Rabbi, kuatkanlah hati Ayu untuk menerima takdir yang
telah kau tulis.
***
USAI menunaikan solat Jemaah, Haq
letak songkok di atas meja. Dia duduk di birai katil. Damia pula sangkutkan
telekung di ampaiannya. Wajah suami yang tidak beriak itu menjawab persoalan di
benaknya. Mesti gusarkan Ayu. Damia membiarkan rambutnya terlepas bebas.
Bergerak ke meja solek. Dia ambil losyen Victoria Secret lalu disapu di lengan
dan batang leher. Lace robe ringkat yang tersarung di tubuh diperkemaskan. Kaki
menapak mendekati Haq.
Punggung
dihenyakkan di atas katil. Duduk bersebelahan dengan Haq. Dagu disangkut dibahu
Haq. Apalah yang HAq risaukan? Dia atau Ayu?
Haq
toleh kanan. Bibir diukirkan untuk Damia. Wangian dari tubuh Damia sedikit
sebanyak menghilangkan resah. “Wangi.” Kata Haq sambil memegang tangan Damia.
Bahu yang tersangkut dagu dibiarkan.
Damia
tergelak perlahan. “Kenalah wangi-wangi. Untuk suami sendiri.” Damia pandang sisi Haq.Cuba memahami hati
suaminya.
“Ada
masalah?” tanya Damia lembut.
Seorang
isteri itu merupakan penyejuk hati suami. Menjadi tulang belakang kepada suami.
Di saat suami sedang gundah, isteri perlu memberikan dorongan dan semangat.
Agar dada yang menjadi lambang keberanian dan keperkasaan itu kembali terisi
dengan spirit.
Haq
menghela nafas berat. “Kenapa Lut jumpa Ayu tak beritahu abang?”
Keadaan
jadi senyap seketika. Damia tak tahu nak beriak macam mana sebab dia tahu pasti
Ayu akan mengadu pada Haq.
“Lut
minta maaf. Tapi Lut kena betulkan keadaan. Lut nak tahu siapa Ayu dalam hidup
abang. Dan Lut nak, Ayu tahu siapa Lut di sisi abang.”
“Lut
sepatutnya tanya abang dulu.”
“Abang
tak pernah beritahu Lut apa-apa tentang dia, macam mana Lut nak minta izin
abang?”
Silap
dia sendiri sebab tak pernah buka mulut tentang Ayu. Haq toleh kanan pandang
Damia. “Ayu berkasar tak dengan Lut?”
Damia
geleng. “We’re fine. Not fighting.
Lut beritahu dia, Lut isteri abang.”
“Abang
minta maaf Lut. Sebab tak pernah beritahu Lut tentang hal ni. Ayu tu…”
“Pilihan
hati abang?” duga Damia.
“Adik,
Lut. Ayu tu dah macam adik. Kalau Lut tanya abang, mungkin dulu abang tafsir
rasa yang ada dalam hati abang untuk Ayu itu sebagai rasa sayang. Tapi sayang
itu ada banyak klasifikasi. Bila abang hidup dengan Lut. Rasa dalam hati ni…”
Tangan Damia di bawa ke dada sendiri.
“Lain
sangat. Bila dengan Ayu, rasanya… abang prihatinkan dia. Abang anggap dia macam
adik. Rasa yang pernah ada untuk Ayu, bukan ianya simpati semata. Yelah,
sebatang kara. Lepas tu buta pula tu. Nasib baik uncle dengan aunty dia
bela dia.”
“Kesiannya.
Mesti dia terluka bila dapat tahu abang suami Lut.”
“Abang
tahu Ayu kuat. Luka dia mungkin tak sedalam luka yang pernah abang beri pada
Lut.” Mata mencari mata isteri. Si isteri mendongak memandangnya. “Abang ada
isteri. Tapi abang biarkan dia. Abaikan dia. Dia menagih kasih dan cinta abang.
Tapi sikit pun abang tak pernah beri dia peluang untuk hidup dengan abang. Mana
lagi sakit? Terluka sebelum berkahwin? Atau terluka selepas kahwin? Andai kata
hati abang tak meruntuh, kesian wanita tu. Terus menerus menagih kasih dari
abang hingga dia tua. Tapi terluka sebelum kahwin? Masih ada peluang untuk dia
cari pengganti yang jauh lebih baik dari abang. Betul tak?” Panjang lebar Haq
berkata. Hidung Damia dicuit.
“But still. It’s women heart okay. Once it broke,
it will take times to heal. Ayu tu cintakan abang sangat tau.”
Dahi
Damia dia cium sekilas. “Abang tahu. Salah abang sebab tak terus terang dengan
dia. Biarkan dia terus berharap pada abang.”
“Abang
jumpa dia esok okey? Settlekan semua
elok-elok. Beritahu dia apa yang abang rasa pada dia. Lut tahu mesti
menyakitkan untuk dia terima. Kejujuran itu pahit. Daripada biarkan ia jadi
hempedu, lebih baik abang beri satu kata putus yang membuatkan dia rasa dia tak
terikat dengan apa-apa. Lepaskan segala perasaan yang terbuku di hati itu.”
“Lut
nak ikut abang? Kita selesai masalah ni sama-sama.”
Lut
menggeleng. “Cukuplah hari ni Lut dah nampak dia menangis sebab terluka. Lut
tak nak jumpa dia. Lut dah puas luahkan apa yang terbuku di hati Lut. Lut
takut, Lut goyah dengan kesedihan dia. Nanti Lut suruh dia kahwin dengan abang
pulak,” seloroh Damia dengan tawa halus.
Haq
menggeleng dalam senyum. “Nak ke hidup bermadu? Abang on je.”
Satu
cubitan hingga di pinggangnya.
“Mengada.
Gurau sikit pun nak ambil serius.”
Terdengar
gelak halus dari bibir si suami. Terus bahu Damia digosok perlahan. Mata
merenung wajah isteri yang bersih. “Cukuplah Lutfiah seorang di hati abang.
Kalau yang sorang ni pun abang tak mampu nak jaga, apatah lagi nak tambah
seorang. Tak terpikul rasanya tanggungjawab dan amanah tu.”
Rasa
terharu menghambat dada. Tak pernah dia menyangka sebegitu dalam kasih Haq
terhadap dia. Pipi Haq diusap perlahan. “Terima kasih. Sebab hargai Lut dalam
hidup abang.”
Belakang
tapak tangannya dicium Haq lama. “Terima kasih juga sebab kekal teguh mencintai
abang.”
Cinta
. Biar saja ada. Yang terjadi biar saja terjadi. Bagai manapun hidup. Memang
hanya cerita. Cerita tentang meninggalkan dengan yang ditinggalkan.
***
HIDUNGNYA disapa sekuntum bunga.
Ayu ambil tanpa sebarang bunyi. Tahu siapa yang ada dihadapannya sekarang ini.
Hatinya membuak dengan rasa marah. Geram pun ada. Mukanya sikit pun tak terbias
dengan senyuman.
“Ayu…”
panggil Haq perlahan. Jenuh juga dia mencari kekuatan untuk bertemu Ayu Sulaiha.
“Kali
ni bunga rose warna apa?” kali
terakhir. Pertanyaan kali terakhir. Kuntuman bunga yang terakhir. Selepas ini
tiada lagi insan yang mahu memberi dia bunga.
“Putih.”
Jawab Haq pendek.
“Tanda?”
“Perpisahan.”
Jantung
Ayu seakan terhenti. Dengar jawapan itu dari mlut Haq buat dia tergamam. Mawar
putih tanda perpisahan?
Melihat
ada air jernih di kelopak mata Ayu buat Haq rasa bersalah. “Ayu…”
“Sungguh
awak nak putuskan hubungan ni Haq?” bergetar nada suara Ayu. Dia nampak Ayu sedang mengawal riak muka.
“Ayu…
saya tak pernah terniat untuk sakiti hati awak. Saya mengaku. Memang saya suka,
sayangkan awak. Tapi, baru sekarang saya sedar,sayang saya terhadap awak… sebab
saya simpati pada awak. Saya kesiankan awak. Saya anggap awak macam adik.”
“Saya
tak perlukan simpati dari awak Haq. Dan saya pun tak perlukan kasih sayang
awak. Saya tahu jaga diri saya. Sebelum awak, saya boleh hidup. Kenapa awak
expect yang saya tak boleh hidup selepas kehadiran awak? Sepanjang 22 tahun
saya hidup, saya hidup dalam jagaan Allah.”
“Saya
minta maaf Ayu. Saya tak terniat langung
nak menyakitkan hati awak. Sungguh saya sayang awak.”
Kenapa
menjadi yang kedua itu selalu menyakitkan? Dan kenapa dia orang kedua? Bukan
yang pertama? Soal Ayu dengan diri sendiri. Sanggupkah aku melukakan hati kaum
Hawa sendiri?
“Cukuplah
Haq. Berhenti sayangkan saya. Saya perempuan. Terlalu mudah untuk jatuh cinta.
So, please stop be nice to me. Hati ni…” Ayu tekapkan tangan ke dada. “Hanya
Allah yang tahu betapa kecewanya saya bila dapat tahu awak suami orang.”
“Saya
dan Lut berkahwin tiba-tiba Ayu. Dulu, sikit pun saya tak pernah curahkan kasih
sayang pada Lut. Saya anggap kami akan berpisah tak lama lagi sebab saya dah
ada awak sebelum dia. Tapi Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Dia
campakkan rasa kasih sayang untuk Lut. Lut seorang isteri yang taat. Sebolehnya
dia ambil hati saya.” Bibir tersenyum apabila teringatkan isterinya.
“Lelaki.
Mudah sangat untuk digoda.”
“Tak
Ayu. Tergoda dan digoda itu memang lumrah dalam rumahtangga. Saya cintakan dia
bukan kerana dia pandai ambil hati saya, tapi bagaimana dia kekal teguh dengan
keegoan saya. Cara dia bawa diri sebagai isteri saya. Menjaga maruah saya. Itu
semua sebab kenapa saya boleh jatuh cinta dengan isteri sendiri.”
Dan
dia harus redha. Dia dengar dengan jelas bagaimana perasaan Haq itu terluah.
Penuh dengan rasa kasih sayang.
“Walaupun
dia isteri awak, saya kekal sebagai adik awak kan Haq?”
Haq
angguk dan senyum. Dia nampak Ayu macam dah kuat sikit untuk terima kenyataan.
“Jodoh kita berdua hanya sebagai adik dan abang Ayu. Saya minta maaf sebab
pernah menjanjikan sesuatu yang tak pasti. Mungkin awak akan jumpa jodoh yang
jauh lebih baik daripada saya lepas ni.”
“Tipu
kalau saya kata saya boleh lupakan awak Haq. Kita kenal bukan sekejap. Lama.
Tapi saya tahu, Allah sudah atur hidup ini dengan susunan yang cantik. Semuanya
mengikut kebijaksanaan –Nya yang Maha Menyusun dengan terbaik. Saya serahkan
segalanya pada Dia.”
Kata
seorang pujangga, jodoh itu rahsia Allah. Tidak akan dapat dicerna dengan akal.
Tidak dapat diteka dengan fikiran. Tidak dapat ditebak oleh perasaan. Melainkan
semuanya sudah diaturkan Tuhan. Kembalikanlah semua rasa cinta kepada Allah
selayaknya. Tidak akan sesekali kita mampu memiliki cinta manusia apatah lagi
miliki jasadnya tanpa izin dari Allah yang Maha Kuasa.
“Saya
tahu awak kuat.” Mata bersabung dengan sepasang mata yang tidak boleh melihat
itu.
Senyum
tawar terukir. “Hati perempuan ni halus Haq. Hanya lelaki sejati sahaja yang
mampu menjadi penawarnya.”
“Sayangnya
saya bukan lelaki sejati dalam hidup awak Ayu.”
“Saya
doakan awak bahagia Haq.” Lirih suaranya. Sukar untuk dia melepaskan lelaki ini
keluar dari hatinya.
“Dan
saya doakan adik saya ni jumpa lelaki sejatinya.”
Bibir
senyum senget. “Yang mampu menerima apa adanya saya.”
Empat
pasang mata itu bersabung. Tapi kerana mata itu tidak boleh melihat getaran di
dada hanyalah getaran biasa. Pada Haq, getaran di hatinya bila berada dekat
dengan Lutfiah.
***
DAMIA sedang mengemas barangnya
di dalam wardrobe. Ingin masukkan baju Haq. Suaminya akan menginap lama di KL
disebabkan sudah mula cuti sekolah. Tiba-tiba sebuah kotak jatuh dari tempatnya
apabila Damia sedang mengemaskan susunan hanger.
Keluar
semua gambar-gambar Damia saat dia jahil dahulu.
Damia
melutut lalu duduk. Dia memegang setiap keping
gambar tersebut. Dia pejam mata seketika apabila ternampak gambarnya
yang hanya berskirt pendek dan berbaju pendek yang menampakkan pusat.
Dibelakang tiang.
Allahu.
Kalau boleh biarlah ingatan lama itu terpadam. Seakan melahirkan dirinya semula.
Tapi itulah hakikatnya. Hidupnya dulu tersasar jauh. Jauh dari rahmat Allah.
Jauh dari kasih sayang Allah. Gambar kedua dipegang. Gambar Zul sedang memaut
bahunya sambil mencantumkan kepalanya dengan kepala Damia. Wajah kacak itu
tersenyum bahagia.
Zul…
kalaulah malam tu I dapat tolong you. Mesti you ada lagi. Dan I mungkin tak
jadi seperti sekarang. I sayangkan you Zul. You masa lalu I. Yang menjadikan I
seperti hari ini. I minta maaf Zul. Kalaulah you tahu betapa bahagianya I
sekarang… monolog Damia di dalam hati. Hujung matanya terasa basah. Gambar muka
Zul diusap perlahan.
“Sayang?”
panggil Haq apabila masuk ke dalam bilik Damia. Kelihatan Damia sedang duduk di
depan wardrobe.
“Eh
abang dah balik?” Kotak kecil yang menempatkan gambar-gambarnya dahulu di
tutup. Dia menyeka hujung mata.
Dahinya
berkerut melihat hidung isteri yang merah. Mata yang berair. “Lut okey tak?”
tanya Haq.
“Okey
je. Kenapa? Oh ya, abang nak nes? Lut buatkan.” Damia yang sudah pun berdiri di
depan Haq menunduk menyalami suaminya.
“Lut buatkan abang air eh? Abang baringlah dulu.” Kata Lut sebelum
keluar dari bilik.
Haq
pandang isterinya keluar dari bilik. Kemudian mata tertacap pada sebuah kotak
kecil yang dipegang isterinya. Terus kaki menapak ke arah itu dan menunduk.
Dibuka kotak kecil itu perlahan-lahan. Nak terbuntang matanya saat melihat foto
pertama. Gambar Damia dengan lelaki. Dengan dress sendat hingga ke pangkal paha
dan lengan yang terdedah digandingkan dengan lelaki yang memakai suit kelabu
sedang memaut erat bahu isterinya membuatkan jiwa lelakinya disentak perasaan
cemburu.
Siapa
lelaki ini? Bekas teman lelaki Lut ke? Ini ke punca Lut menangis tadi? Masihkah
ada kasih antara mereka? Ya Allah… pelbagai soalan mengasak benaknya. Cemburu.
Dia tak dapat nak sangkal. Cepat-cepat Haq letak semula kotak itu. Dia menuju
ke birai katil. Ada frame gambar atas meja di sisi katil. Frame pernikahan
mereka. Hanya di ruang segi empat ini sahaja dia nampak ada gambarnya bersama
Damia. Di rumah dia bukan ada pun.
Dia
memandang frame itu tak lepas. Ada banyak yang dia tak tahu tentang Damia. Masa
lalu wanita itu bagaimana pun dia tak pernah tahu. Apa yang dia tahu dari mulut
ibu, Damia datang singgah ke PD untuk mencari ketenangan selepas kemalangan
ngeri.
Pintu
bilik terkuak dari luar. Damia mendekati suaminya. Semug nes dibawa bersama.
“Nah. Nes special untuk abang.” Kata
Damia ceria.
Haq
sambut huluran itu lalu diletakkan di atas meja. Takde selera nak minum lagi.
“Macam
mana tadi? Ayu okey tak?” tanya Damia.
“Okey.
Dia dah redha dengan ketentuan takdir.”
“Dia
dapat terima hubungan kita? Habis tu abang cakap apa je?” soal Damia ingin
tahu.
“Lut,
abang penat. Boleh kita bincang nanti-nanti?” Haq merebahkan badannya ke katil.
Hilang terus mood dia bila terbayangkan senyuman Damia dengan lelaki tadi. Walaupun hanya sekeping gambar.
Penat?
Damia jongket kening. “Hmm… nak Lut picitkan?” Tangan sudah merayap di bahu
suaminya.
Haq
tepis. “Lut no! Abang cakap abang
penatkan? Just let me rest okay? Lut
buatlah kerja Lut.” Mendatar suaranya. Haq terus pejam mata dengan tangan kiri
di dahi.
Damia
terkelu. Haq marah-marah ni sebab perbincangan dengan Ayu tadi ke? Berakhir
dengan buruk ke perpisahan mereka? Atau… Haq menyesal? Atau…Haq kecewa?
Pelbagai persoalan di benaknya.
***
HAQ memandang dada langit yang
gelap. Tanpa bintang. Langit tampak kosong dan muram. Seperti hatinya juga. Dia
langit manakala Damia pula bintangnya. Menghiasi dan menjadi pelengkap kepada
langit hitam itu.
Selepas
kejadian tadi, dia hanya berdiam diri. Sepatah Damia tanya sepatah dia jawab.
Dia bukan nak tanya siapa lelaki itu pada Damia, tapi dia takut untuk
mengetahui kebenarannya. Takut dia kecewa.
Kaki
Haq yang sudah tenggelam atas buku lali bermain-main dengan air. Duduk di tepi
kolam renang. Cuba mencari ketenangan.
Damia
menyandarkan bahu kirinya pada pintu. Dari tadi dia lihat Haq bad mod. Nak
ditanya takut kena marah pula. Mungkin kena guna taktik ni kot…
“Abang
nampak macam ada masalah je.” Tegur
Damia lembut. Dia berjalan menuju ke gigi kolam.
Haq
yang sedari tadi mengelamun tersentak. Kelihatan si isteri yang memakai satin robe warna hitam sedang membuka
ikatan tali robe.
“Takde
masalah apa pun. Saja ambil angin.” Jawab Haq bersahaja. Mata melatari tingkah
si isteri.
“Abang
nampak stress. I think you need
penawar.”
“Penawar?”
soal Haq.
Damia
buka satin robe ditubuh. Dibiarkan melurut jatuh ke bawah. Mendedahkan chemise
putih yang tersarung ditubuh. Perlahan-lahan, dia turun masuk ke dalam kolam.
Haq
telan liur sendiri. Memang macam ni ke bila kahwin dengan bekas penari? Dia tak
dapat nafikan Damia pandai memikat hati lelakinya. Kelihatan isterinya
tenggelam timbul di permukaan air.
“Tak
sejuk ke Lut? Kan dah malam ni.” Kata si suami.
Damia
berenang mendekati suaminya. Mengampungkan tubuh bersebelahan suaminya.
It’s nice view Haq! Desis hati Haq.
Dengan chemise putih, jelas menunjukkan lekuk dan susuk tubuh si isteri. Rambut
ikal itu pula kelihatan melurus apabila terkena air.
“Dah
biasa berenang malam. Abang nak join?” Damia buat muka comel. Matanya
dikelip-kelipkan.
Haq
menggeleng. “Sejuk.” Mata kembali mendongak langit. Takut kalah dengan nafsu
sendiri yang menafikan keindahan isteri.
“Abang
marah Lut ke?”
“Kenapa
pula nak marah?”
“Abang
nampak bad mood lepas jumpa Ayu.
Kenapa?”
“Abang
tak marahlah.”
“Habis
tu, abang merajuk ke?” soal isterinya lagi. Mata merenung mata suaminya.
“Beri
sepuluh sebab kenapa abang kena marah Lut? Kenapa abang kena merajuk dengan
Lut?”
“Sebab
Lut hubungan abang dengan Ayu berpisah?” duga Damia.
Bukan
tu Lut. Tapi sebab abang cemburu. Aduh susah betul nak luahkan rasa hati.
Lut
pegang tangan Haq. Diramas lembut tangan kasar itu. “Tell me abang. Jangan buat Lut rasa bersalah. Jangan biarkan Lut
terbeban dengan perasaan ni. Kitakan
suami isteri. You can tell me anything.
No more secret between us.”
Bagaimana
seorang perempuan yang begitu liar dahulu bisa menjadi seorang perempuan yang
lembut tutur katanya? Menggetarkan hatinya sebagai seorang suami.
Haq
usap pipi Damia. “Abang okay dengan Ayu. Dia redha.”
“Habis
tu kenapa abang bad mood?”
“Err…
abang…”
Damia
menanti bicara suaminya. Tertanya-tanya juga apa yang menyebabkan suaminya
moody sepanjang hari.
“Cemburu.”
Damia
jongket kening. “Cemburu?” Damia ulang ayat Haq.
“Haah
cemburu.”
“Lah
kenapa pulak nak cemburu? Abang cemburu pasal apa?”
“Abang
tak sengaja bukak kotak yang Lut pegang tadi.” Sengih tak bersalah dilayangkan
buat isteri yang nampaknya sudah membulatkan mata.
“Kenapa
abang bukak tak minta izin?” soal Damia mendatar.
“I’m sorry. Abang nak tahu kenapa mata
isteri abang merah saat pegang kotak tu. Bila abang bukak, abang nampak gambar
Lut dengan seorang lelaki. Abang cemburu.”
Bibir
merah itu merekah dengan senyuman. Ingatkan apalah tadi. Takpe, cemburu kan
tandanya sayang. “Abang ni kelakarlah.
It’s only a photo.”
“Photo pun tetap abang cemburu bila
lelaki tu dekat dengan sayang. Mesti boyfriend
lama kan?” teka Haq.
Laju
Damia angguk. Rasanya sudah tiba dia menceritakan siapa arwah Zul dalam
hidupnya.
Melihat
anggukan dari sang isteri buat Haq nak merajuk lagi. Argh! Haq! Kau cemburu tak
bertempat.
“Dia
dekat mana sekarang?” tanya Haq.
Damia
terdiam. Dia keluar dari kolam. Duduk bersebelahan dengan suaminya. Jauh
sedikit kerana tidak mahu Haq basah.
“Dia
dekat bawah tanah.” Mata memandang ke depan sambil menjawab soalan suaminya.
“Bawah
tanah? Kelakar apa Lut buat ni?” sinis Haq.
“Dia
dah meninggal. Tujuh bulan yang lepas.”
Innalillah.
Bisik hati Haq. Membacakan al-Fatihah di dalam hati. “Sorry. Abang tak tahu.” Baguslah Haq. Kau cemburu dengan jasad yang
dah takde rohnya.
Damia
menggeleng. “Takpe. Benda dah lama.”
“Macam
mana dia…” Haq jeda. Tak sampai hati nak tanya.
“Accident.” Cantas Damia yang seakan
dapat membaca fikiran Haq. “We both
accident that night. Unfortunately, arwah Zul tak dapat diselamatkan.
Meninggal di tempat kejadian. While me…
after one month baru sedar. Tahu-tahu arwah Zul dah dikebumikan.”
Haq
renung sisi Damia. Kelihatan sang isteri larut dengan perasaan sendiri.
“Lut
macam orang gila lepas dia tinggalkan Lut. Dihantui peristiwa kemalangan tu.
Lut kena ambil ubat untuk tenangkan diri. Lut tak tahan. Lut lari rumah. Pergi
tempat abang. Jumpa ibu. Dia yang tolong Lut bangkit semula. Jadilah Lut yang
sekarang ni. Di depan mata abang ni.” Bibir terukir senyum tawar.
“Maaf.
Abang tak pernah ambil tahu tentang Lut.”
“Lut
tak kesah. Sebab itu semua masa Lut. Tak perlulah abang tahu keburukkan Lut.
Lut tak nak hidup dengan masa silam. Apa yang Lut boleh buat, berdoa dan terus
berdoa supaya Allah ampunkan segala dosa Lut. Lut harap abang boleh terima Lut
apa adanya Lut.” Damia menoleh ke arah
suaminya. Senyuman terukir di bibir. Dia kembali masuk ke dalam kolam.
Mengapungkan diri di depan suami.
“Abang
terima Lut seadanya. Abang minta maaf eh? Abang tak sepatutnya berfikiran
negatif.” Pipi Damia dielus lembut.
“Take my hand if you really accept me.”
Damia hulur tangan.
Haq
menggeleng dalam tawa halus. Ada-ada saja isterinya ini. Terus tangan Damia
digapainya. “I will take you to jannah.”
Belakang tapak tangan itu dicium penuh kasih.
Damia
ketawa. Dalam benak dah fikir benda jahat. Dia terus menarik tangan suaminya.
Tak sampai sesaat suaminya sudah berada di dalam kolam bersama-sama dia.
“Sayang?!”
sergah Haq. Terkejut apabila tubuhnya disapa air sejuk.
Damia
sudah berenang ke tengah kolam. Ketawa berdekah-dekah. “Catch me if you can abang,”
cabarnya.
Tak
tunggu signal, Haq terus berenang mendekati Damia. Heh, dia ni juara berenang
tau. Kalau tak buat apa membesar di Port Dickson?
Damia
terjerit halus apabila tangan kekar suaminya memaut pinggangnya.
“I got you
sayang!”
“Argh!”
Damia tertawa halus.
Mereka
berdua mengapungkan tubuh di permukaan air. Damia rangkul leher suaminya sambil
bersabung mata dengan Haq.
“Isteri
abang ni nakal betul.” Bibir isterinya dikucup kejap.
“Hish!
Tak adil. Mana boleh curi kiss sesuka
hati.” Dada suaminya dipukul lembut. Mukanya cemberut.
Haq
lepaskan tawa besar. “Bagi pengajaran
sikit kat isteri nakal abang.”
Bibir
tak lekang dengan senyuman. “You know what
abang?” soal Damia tiba-tiba.
“What?”
“This moment. Lut selalu berangan kalau
Lut ada suami, Lut nak ajak dia berenang sama-sama. Main air sama-sama. Nanti
ada ada ajar anak berenang sama-sama. All
those things, it’s my wishes. Dan sekarang…” Dahi bertemu dahi. Pucuk
hidung mengena antara satu sama lain. “Lut dengan abang. Dalam kolam. Berdua.”
Bisiknya perlahan.
Haq
benamkan pucuk hidungnya di leher jinjang Damia. “Abang lemas sayang.”
Erk?
Lemas? Damia tolak tubuh Haq. Merenggangkan kedudukan mereka. Elok je ni tak
tenggelam. Mana datang lemas? “Lemas? Kenapa?”
Bibir
Haq tersenyum nakal. Dahi kembali bertemu dahi. Empat pasang mata itu
bersabung. “Lemas dalam lautan cinta sayang.”
Damia
membuntangkan matanya. Dia pukul dada Haq. “Eee… mengadalah abang ni.”
Haq
dah ketawa bahagia. Terkena juga satu pickup line. “I’m serious lah sayang.”
Haq paut pinggang isterinya kuat-kuat.
“Apa
abang sayang?”
“Sekarang…only us. Both. Why don’t we make it three?”
Berkerut
dahi Damia. “three?” Eh kan dah elok
berdua je. Kenapa nak tambah tiga pula?
Haq
pusingkan tubuh isterinya. Back hug. Kakinya bermain-main dengan lantai agar
dia dapat mengapungkan tubuhnya dengan Damia. Dagu disangkut dibahu isterinya
yang terdedah. Tangannya melekap di perut isteri. “Make it true.” Bisik Haq di cuping telinga Damia.
“We both. Us. And our baby.” Suara itu
berbisik lembut lagi. Menggoda dan mencairkan hati perempuan.
Damia
senyum. “Not here then.” JAwabnya
ringkas.
Mendengar
jawapan si isteri membuatkan bibirnya merekah dengan senyuman. Mereka berdua
bergerak ke tepi kolam. Tubuh Damia dibawa naik terlebih dahulu. Diikuti Haq.
Damia bangun lalu mencapai satin robe. Disarung ke tubuh. Tak sempat nak
masukkan tangan kanan ke dalam robe, tubuhnya dah dicempung Haq.
“Hey…”
suara Damia merengek manja.
“Lain
kali makan banyak sikit eh. Sayang ringan sangat.” Itu jawapan Haq.
When you kiss me without uttering a single
word, you speak to my soul. Dan dua hati itu dilemaskan dalam cinta yang
penuh dengan kasih sayang yang tak berbelah.
***
HAQ pandang wajah yang sedang terlena
itu. Jam menunjukkan pukul empat pagi. Rasanya baru sekejap saja mereka
terlelap tadi. Dan sekarang dia terjaga sekejap. Mata melatari wajah mulus
Damia. Kening yang lebat. Mata yang bundar. Bibir yang mungil. Merah bak
delima. Tanpa sebarang pewarna bibir. Tangan naik menguak rambut Damia yang
terjuntai di dahi. Bibirnya singgah sekejap di dahi licin itu. Mengucup penuh
syahdu.
Terima
kasih untuk nikmat yang kau beri Ya Allah. Kau beri aku seorang isteri yang
taat dan patuh padaku. Kau ciptakan seorang Hawa untuk menghiasi hari-hari
seorang Adam. Menjadi pelengkap untuk kami sebagai seorang lelaki. Terima kasih
Ya Rabb kerana melindungi isteriku dari kancah maksiat. Menjadikan aku lelaki
paling beruntung di dunia.
“Abang
jaga?” tegur satu suara. Husky voice. Matanya nampak terkatup.
Haq
mendekatkan tubuhnya dengan Damia. Dipeluk erat tubuh lampai itu. “Thank you for a great night. Thank you for
taking care of yours. Menjadikan abang lelaki yang bertuah memiliki Lut.”
“Mahkota
seorang perempuan hanya satu. Kalau Lut beri pada lelaki di luar sana, apa yang
suami Lut dapat nanti?” Mata terbuka walaupun nampak kuyu. Penat. Dia dongak
sedikit memandang Haq.
“Sorry sebab pernah tanya sayang soalan
gila masa main have you ever dulu.”
Tangan
naik mengusap pipi suami. “Expectation.
Manusia ni suka bersangka baik mahupun buruk. Lut tahu mesti abang mencurigai
status Lut sebagai isteri abang. Dengan kisah silam Lut yang liar tu, mesti
abang ingat Lut dah hilang ‘maruah’ tu kan?”
Kata
Aiman Banna bila kita hidup untuk expectation
manusia, kita akan derita. Berbahagialah dengan hidup untuk expectation Allah.
“Mana-mana
lelaki pun akan berfikir benda yang sama
kalau perempuan itu berpeleseran dengan lelaki bukan mahram. Apa lagi hingga ke
kelab malam dan bersentuhan biarpun yang ringan-ringan. Nafsu lelaki ni cuma
satu je sayang. Dan ianya ke arah ‘itu’.
Hanya homoseksual je tak teransang.”
Damia
gelak perlahan. “Alhamdulillah, Allah pelihara Lut. Walaupun Lut seliar dan
perangai macam syaitonnirajim, Lut
tak pernah beri mahkota Lut pada sesiapa. Lut masih ingat mommy daddy. Masih
ingat keburukkan kalau Lut serahkan mahkota Lut pada yang tak selayaknya.”
“Terima
kasih tak terhingga sayang. Abang mohon maaf sangat sebab bersangka buruk
tentang sayang.”
Bibir
merekah dengan senyuman. Alhamdulillah untuk nikmat yang Allah beri.
“Ada
satu persoalan di minda abang.”
“Apa?”
“Malam
tu. Apa jadi sebenarnya? Kenapa sayang kata sayang kena rape? Hah, that’s one reason jugak yang buat abang
sangsi. Datang rumah ibu macam orang tak betul. Baju terkoyak, Tudung ke mana.”
Darahnya
terasa berhenti. Peristiwa gelap itu. Perlukah dia menceritakan kepada Haq? Apa
reaksi Haq bila dapat tahu nanti?
“Petang
tu… dia ajak Lut jumpa dekat kafe. I just
went there…” Bicara Damia terhenti. Dia mahu menceritakan peristiwa itu
kepada Haq memandangkan Haq suaminya. Dia perlu tahu apa yang terjadi hari itu.
Haq
menjadi pendengar setia.
“Lut
berborak dengan dia. Tak panjang mana pun apa yang kami borakkan. Suddenly, Lut rasa pening. Lut pitam…”
Damia tarik nafas dalam. Menggantungkan ceritanya. Part dalam hotel itu yang
susah dia nak lupakan.
“What’s happened then?” tanya Haq
lembut. Dia nampak Damia pejam mata dan memegang selimut dengan erat.
Soalan
dari Haq buat Damia buka mata. Matanya mencari anak mata Haq.
“He brought me to the hotel. Sedar-sedar
Lut tengok dia macam nak terkam Lut atas katil.”
“Dia?
Siapa dia?”
“Arwah
Zul punya abang.”
“Kenapa
dia buat macam tu? Habis tu apa jadi dengan dia? Macam mana sayang selamat?” bertau-talu
soalan dia lemparkan. Risau dan marah apabila isterinya diperlakukan sebegitu.
“Dia
marah sebab Lut hidup lagi sedangkan adik dia dah pergi. Tak sempat bertaubat
pula tu. Jadi Lut hanya mampu lawan dengan kudrat yang termampu. Beratus doa
Lut tititpkan agar Allah lindungi Lut dari Faqar. Alhamdulillah. Lut selamat
larikan diri. Tapi…”
“Tapi
apa?”
“Lut
tertolak dia hingga kena bucu meja. Kuat sangat. Darah banyak sangat.” Setitis
air mata mengalir di pipi. Dia tak sengaja.
“Syuhhh…” Haq usap-usap rambut Damia. Di
wajah itu terlakar bebanan bila buka cerita tetang peristiwa itu.
“Dia
amnesia. Doktor sahkan dia selective amnesia. Yang mana ingatannya terhenti
hingga dia berusia 27 tahun. Dia kenal Lut masa umur 29 tahun. Siapa-siapa yang
kenal dia saat dia berusia 28 hingga 29 tahun, dia memang tak ingat. Tak
kenal.” Pahit untuk diteruskan. Tapi dia ceritakan juga.
“Syuhh…tak
perlu cerita lagi Lut. Abang tak nak dengar apa-apa lagilah. Cukuplah tu.
Sekarang Lut ada abang. Hikmah di sebalik apa yang berlaku. Kita berkahwin
kan?” Haq peluk isterinya tak lepas.
Damia
angguk perlahan. Dia akan lupakan semuanya. Masa lalunya. Masa jahilnya. Kerana
semua itu hanya menyakitkan hati sendiri. Biarlah dia buka buku baru. Sesekali
dia harus menoleh ke belakang tapi buat masa ini, biarlah dia pandang ke depan.
Melihat masa depannya dengan Haq. The
past cannot be curred.
An unresolved past
never really goes away until you find the courage to revisit all the pain and
accpet that there's nothing you can do to change the past. What's happened has
happened, and what's done is done.
***
CUTI sekolah dah habis lima hari.
Kira lama juga Haq ada di KL. Nasib baik pernah menetap di KL jadi kalau
isterinya keluar bekerja, dia tahulah nak lepak mana.
Hari
ini Damia cuti. Isterinya hanya memakai legging dan spaghetti strap apabila di
rumah. Tangan itu lincah mencampakkan bahan masakan ke dalam kuali. BAru
sebentar tadi diajar bibik. Tiba-tiba
rasa nak menyakat sang isteri.
Dah
dibilang hari ini tak usah masak. Makan
di luar sahaja. Tapi sibuk isterinya nak masak. Katanya, hujung minggu macam ni
lebih baik berbakti dengan suami. Lagi pun kalau hari-hari biasa Haq asyik
makan masakan bibik sahaja.
Tangan
membuka kabinet atas dapur. Mata seakan mencari-cari sesuatu. Dibuka peti
sejuk, dibuka laci kabinet.
“Abang
cari apa?” tanya Damia sambil menggaul tumisan di dalam kuali.
“Abang
cari talilah Lut.”
Berkerut
dahi isterinya. “Tali? Tali apa? Nak buat apa dengan tali?” soal si isteri.
Nak
buat pickup line sayang. Haq ketawa dalam hati. Pinggang isterinya dipaut dari
belakang. Ciuman hinggap di leher Damia yang terdedah. Rambut isterinya sudah
disanggul tinggi.
“Lut
tanya ni, cari tali apa?”
“Abang
cari tali cinta kita. Nak bina jambatan menuju ke syurga.”
Damia
terlongo. Dia menoleh ke kiri. Rasa nak tergela pun ada. “Hahaha! Apa abang ni?
Tak kelakar tahu. Orang tengah masak sibuk nak berpickup line bagai.” Bibir
bergayut senyuman.
“Eleh,
cair tu cakap je cair.” Caras si suami.
“Tepilah.
Orang nak masak.” Tegah Damia. Sukar dia nak bergerak bila Haq dah paut
pinggang dia.
“Cepatlah
sikit masak. Abang dah lapar ni.” Haq lepaskan tautan. Pegang perut sendiri.
“Hish,
yelah. Kejap. Dah pergi main jauh-jauh.”
“Amboi-amboi.
Nak bermesra tak toleh kiri kanan. Daddynya, tak lama lagi kita bercuculah ya?”
tiba-tiba ada suara nyaring menegur.
Mommy.
Dia sedang mencapai gelas di meja kaunter lalu ke peti ais.
Hq
tersengih. Mengiakan kata mommynya di dalam hati. Tak lama lagi berisilah perut
anak mommy tu. Haq gosok belakang kepala.
Daddy
pula muncul. Baru balik main golf gamaknya mertuanya ini. Tadi line clear aje.
“Eloklah
kalau anak menantu bahagia Zas. Cepatlah kita jadi tokda. You jadi tokmi.”
Seloroh Datuk Luhtfi.
Datin
Zaskia menepuk bahu suaminya. “Apa pula tokda dengan tokmi? Dah macam ikan
todak I dengar. You tokdi. I tokmi. Baru betul.” Sesuka hati Datin Zaskia dan
Datuk Luthfi menshortformkan atuk daddy dengan atuk mommy.
Damia
menjegilkan bola matanya ke arah Haq
apabila disakat mommy dan daddy. Alhamdulillah. Bahagia itu milik mereka
sekeluarga. Mommy dan daddy dah rapat dengan Haq. Siap belajar agama dengan
besan mereka sendiri. Rajin daddy ke surau. Mommy pula makin kerap melekat
dengan tab. Tengok youtube. Dengar ceramah.
“In
sha Allah mommy daddy. Doa-doakanlah untuk kami. Sekali gus, pesan kat anak
mommy, rajin-rajin sikit melayan karenah saya.” Seloroh Haq dalam tawa.
Disambut tawa Datuk Luthfi sekali.
“Abang!”
suara Damia naik satu oktaf. Tangan terus naik mencubit bahu suami. Malu
apabila disakat begitu.
Bergema
rumah banglo Datuk Luthfi dengan tawa anak menantu mereka. Satu-satunya puteri
tunggal mereka.
***
“SAYANG! SAYANG! SAYANG!” jerit
Haq apabila masuk ke dalam bilik.
Damia
terkejut. Dia yang baru sahaja selesai mengaji selepas Isyak meletakkan
al-Quran dan rehal di tempat sepatutnya. Suaminya baru pulang dari masjid
bersama daddy.
“Apa
abang ni? Tersampuk hantu ke? Sayang. Sayang.” Bebel Damia sambil membuka
telekung.
Haq
sengih. Tangannya diseluk masuk ke dalam poket baju Melayu yang dipakainya. Dia
duduk di birai katil. Dia tepuk ruang duduk sebelah. “Sini jap.”
Selesai
menyidai telekung, Damia mendapatkan suaminya. “Ha, ada apa?”
Haq
sengih panjang. Menampakkan susunan gigi yang cantik. “Lut nak kiri ke kanan?”
“Apa
yang kiri? Apa yang kanan?” kerutan di dahi Damia berlapis.
“Hadiah.
Lut nak hadiah dari tangan kanan, atau tangan kiri?”
Hadiah?
Haih. Baik mood Haq ni. Ada apa-apa ke? Damia berfikir sejenak. Berkira-kira
mana satu yang menjadi pilihannya. “Kiri ke kanan eh?” tangan kanan naik
mengusap dagu.
“Nak
dua dua pun boleh. Dua dua sayang punya.” Gurau Haq.
Damia
ketawa kecil. Dia tolak bahu Haq. “Mengadalah abang ni.”
“Cepatlah.
Nak kanan ke kiri?”
“Hmm…
kiri?” jawab Damia ragu-ragu.
Bibir
HAq senyum. Terus kertas berwarna putih itu dikeluarkan dari poket tangan
kirinya.
Huluran
bertukar tangan. Damia ambil lalu dibacanya. Matanya berkaca dengan air jernih.
Terharu. “Abang…” terus leher suaminya dirangkul erat. Terharu tak terkata.
Haq
membalas pelukan isterinya.
“Terima
kasih abang. Lut tak tahu nak cakap apa. Lut terharu sangat. Abang macam
tahu-tahu je ini impian Lut.” Pelukan direnggangkan. Sekali lagi mata tertacap
pada ayat berbaris-baris itu.
Alhamdulillah.
Rezeki dia pergi dengan suami. Mudah-mudahan ibadah mereka nanti dipermudahkan.
Dahi
Damia dikucup kejap. “Ada rezeki lebih sikit. Mudah-mudahan Allah permudahkan
urusan kita ya sayang?”
Bibir
merekah dengan senyuman. “In sha Allah. Erm… abang.” Panggil Damia.
“Apa?”
“Kalau
Lut pilih tangan kiri tadi, Lut dapat apa?”
Haq
senyum. Dia keluarkan pula kertas putih di kocek kanan. “Nah.”
“Dapat
juga ke? Bukan boleh pilih salah satu?”
“Lahhh,
kan abang dah cakap. Dua dua Lut punya. Haha…” hidung isterinya dipicit. Reaksi
si isteri cemberut dan mencuka itu yang dia suka tengok.
Damia
buka. Dibaca sekali lagi. Okey kali ni memang dia peluk Haq kuat-kuat sampai
HAq terbaring di atas katil. “I love you
abang.”
“Haih,
abang bagi hadiah baru dapat I love you?” gurau Haq. Tangannya melingkar di
pinggang Damia yang ramping. Sikit pun badannya tak terasa berat bila isterinya
menghempap badannya.
Damia
tayang sengih tak bersalah. “Lut terima kasih sangat kat abang. Jadinya kita
pergi dua trip lah eh?”
“Haah.
Kita pergi buat umrah dulu baru kita pergi Maldives. Tapi sebelum kita pergi
sana…” suara Haq jadi meleret.
Damia
tahu apa Haq nak buat. Dia cuba lepaskan diri dari pelukan HAq.
“Apa
kata kalau kita…” mata Haq semakin nakal melatari pangkal dada Damia yang
terdedah.
“No!”
Damia cuba nak lari.
Haq
tolak Damia ke kanan. Lalu pinggang Damia digeletek laju. Terkekek-kekek
isterinya ketawa.
“Abang!
Dahlah tu. Janganlah.” Bibir masih lagi ada sisa tawa.
Haq
terus menggeletek isterinya. Tahu kelemahan si isteri. Suka dia mendengar suara
isterinya ketawa.
Kata
Joseph Addison : A happy marriage has in
it all the pleasures of friendship, all the enjoyment of sense and reason and
indeed all the sweet of life.
***
MAHA Berkuasa Allah. Telah
mengizinkan kami bersama dengan jutaan umat manusia bersimpuh di hadapan-Nya.
Di bawah bangunan Kaabah ini, berjuta-juta manusia berkeluh kesah kepada-Nya.
Aku
mengenang semula perjalanan hidup aku mencari jalan ke syurga. Dari
sekecil-kecil hingga sebesar-besar dosa yang aku lakukan, tidak sedikit pun ada
rasa bersalah. Hingga Dia menunjukkan kekuasaan dan kebesaran Dia. Bila
tersedar dari segala kejahilan, aku dibantu oleh insan-insan yang sangat mulia
hatinya. Nikmat. Bukan hanya jalan menuju Tuhan. Tetapi, diberikan seorang
suami dan seorang ibu mertua yang sangat baik.
Allah!
Terima kasih untuk kurniaan-Mu. Sesungguhnya tanpa kasih sayang-Mu, aku rebah
dalam mencari nur-Mu. Kasih Allah S.W.T tidak bertepi dan bersempadan. Bahkan
tidak setara seperti kasihnya ibu kepada anaknya.
Di
Jabal Nur ini, aku mendaki tinggi tempat cahaya pertama itu bersinar. Sungguh
bukan sebuah perjalanan yang memudahkan. Sebagai perjalanan umat manusia.
Sebuah tempat di Gua Hira di mana Nabi Muhammad kita saw telah menerima wahyu
yang pertama disitu.
Iqra
bismi rab bikal lazee khalaq. Bacalah. Ditujukan kepada Nabi Muhammad saw.
Perintah itu kemudian ditujukan kepada seluruh manusia. Alam terhampar di
hadapan kita untuk kita perhatikan dan kita fahami makna serta isinya. Alam
juga merupakan bukti atas tatapan yang dibuat Sang Pencipta dan atas kekuasaan,
keagungan, dan keindahan-Nya.
Terasa
ada tangan kasar memegang tangan kanan Damia saat matanya melihat pemandangan
Kota Makkah yang cantik dari ketinggiannya. Damia mengukirkan senyuman sebaik
sahaja menoleh. Empat pasang mata itu bersabung. Mengucap syukur di dalam hati.
Bermuhasabah diri.
Allah!
Kekalkan rasa bahagia ini sampai bila-bila.
p/s : Assalamualaikum. Maaf lambat update. Kepenatan bekerja buat Ayla jadi penat bila di malam hari. Hihi. Maaf juga sekiranya ada kesalahan dan kekurangan dalam entri kali ini. Oh! Masih tak habis lagi. Taip punya taip terpanjang pula. Jadi kena bagi dua. Haha! Terima kasih sudi baca. Love you gaisss. Utk akak-akak yg komen kat fesbuk tu, thank you so much dear! May Allah bless you