P/S : Assalamualaikum. Mohon maaf atas kelewatan mengupdate blog. Sibuk dgn kuliah dan aktiviti sia-sia. Ahaks! Minta maaf salah silap tatabahasa dan sebagainya. Terima kasih sudi baca. Terima kasih sudi komen. Maaf sgt2, atas segala kekurangan. Yg baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan. Mungkin endingnya tidak seperti yg diharapkan, sbb saya menaip dalam keadaan tergeasa-gesa. Hihi. Sekali lagi. Terima kasih dan maaf.
FAIQ'S POV
AKU melangkah masuk ke dalam rumah banglo tiga tingkat
milik keluarga Zahrana. Tujuan aku datang ke sini kerana mahu berjumpa dengan
bakal bapa mertua selepas mengikat tali pertunangan dengan anaknya dua minggu
yang lalu. Aku ambil keputusan untuk melamar Zahrana selepas usia Zahra
mencecah tujuh bulan. Kesian pada anak aku dan juga Zahrana, aku ambil
keputusan untuk berkahwin lagi. Bukan aku tak setia dengan arwah Wiyah, tapi
yang hidup perlu meneruskan kehidupan. Jodoh aku dengan Wiyah setakat itu
sahaja. Bukan juga bermaksud aku tidak sayangkan Wiyah lagi. Tidak sama sekali
tidak. Wiyah adalah cinta pertama aku. Tetapi sayang, dia bukan cinta terakhir
aku. Zahrana datang saat aku hilang tempat berpaut. Dia datang mengetuk pintu
hati aku perlahan-lahan. Melihat anak aku membesar dengan kasih sayang yang dia
curahkan, betul-betul membuat hati aku tertarik padanya. Dan semenjak dua
menjak ni, jantung aku hampir nak tercabut bila wanita itu dekat dengan aku.
Debaran cinta untuk kali kedua mungkin?
“Assalamualaikum babah.” Aku tunduk menyalami tangan tua
itu. Semenjak bergelar tunang kepada Doktor Zahrana, aku tukar ganti nama uncle
kepada babah.
“Waalaikummusalam. Kau dari hospital ke Iq?” tanya Babah.
Aku duduk di depan babah di bahagian taman mini umi.
“Haah bah. Balik kerja terus singgah ke sini. Babah
sihat? Ada hal apa babah nak jumpa Faiq?” borak aku prihatin terhadapnya. Saja
mahu hilangkan gentar dan kecut. Gila! Bapak mertua ni hoi!
“As you can see man. Babah macam nilah.” Babah renung aku
tajam. Kecut pula perut aku. Tak sangka sebegini garang babah Zah.
“Kenapa babah tengok saya macam tu?” kening aku hampir
bertaut bila melihat pandangan mata babah yang menikam kalbu.
“Kau betul-betul nak kahwin dengan anak aku?” aduh
berderau jantung dengar suara babah yang garang ni. Macam manalah arwah Harraz
boleh rapat dengan babah.
Confident tu penting!
“Faiq yakin dengan pilihan Faiq bah. Faiq nak Zahrana
jadi isteri Faiq.”
Babah ketawa sinis. Sungguh aku tak dapat baca fikiran
babah. “You know what Faiq? Babah rasa memang patut pun kau kahwin dengan Zah.
Biar tebus balik kesalahan kau.”
“Apa maksud babah?” muka babah sangat serius. Dan aku tak
faham apa yang cuba dia sampaikan.
“Kau ingat lagi kemalangan lima tahun lepas?”
Aku angguk. Masih ingat. Apa kaitannya perkahwinan aku
dengan kemalangan itu?
“Kau tahu apa jadi pada anak aku selepas kemalangan tu?”
Aku geleng. Tak tahu. “Hmm, saya tak tahu apa jadi pada
Zah selepas kemalangan tu. Babah sendiri datang
jumpa saya suruh saya jauhi Zah. Babah pernah kata yang Kak Rose dah
bawa Zah ke Dublin. Saya terus lost contact dengan Zah after kemalangan tu.”
Babah ketawa sinis dan matanya memandang aku tajam. Dia
ambil satu sampul surat bersaiz A4 bewarna coklat di kerusi sebelah kanan aku.
Dia campak sampul surat itu ke hadapan aku. Kening aku bertaut. Tak faham
apalah orang tua ni nak brainwash aku.
“Kau bukak sampul tu. Babah nak kau baca setiap isi dalam
sampul tu.” Tegas arahan babah.
Aku terus capai sampul itu. Aku buka dan baca setiap
helaian kertas A4 putih itu. Semuanya rekod kesihatan Zahrana. Dan juga
gambar-gambar Zahrana. Dada aku terasa mahu meletup. Rasanya aku tahu apa makna
setiap patah kata babah. Nafas terasa tersekat di kerongkong. Apa lagi melihat
wajah murung Zahrana. Gambar kerusi roda. Gambar sedang berfisioterapi.
Kemalangan ngeri yang berlaku di luar jangkaan itu telah
membuatkan aku hilang dua sahabat aku. Harraz dan Zahrana. Satunya aku
hilangkan fizikal dan rohnya. Satunya lagi, aku telah hilangkan semangat dan
kakinya. Kolam mata terasa panas. Rasa bersalah menghantui diri.
“Babah nak pesan awal-awal pada kau, tolong jaga anak
babah elok-elok. Dia pernah kecewa atas perbuatan kau lima tahun yang lepas.
Dia bukan saja hilang arwah Harraz. Tapi dia hilang nikmat pemberian Allah. Zah
lumpuh selepas kemalangan itu berlaku. Babah bawa dia ke Surabaya. Tinggal
bersama abang dia kat sana. Babah mahu dia pulihkan semangat dia di negara
orang sana.”
“Babah.. Faiq… mi…” Ya Allah, betapa beratnya ujian yang
telah Kau hadiahkan buat Zahrana. Wanita itu sengsara atas kesalahan aku. Peritnya
kehidupan Zahrana kerana perbuatan aku Ya Rabbi. “Iq minta ampun babah. Iq
minta maaf. Iq tak tahu Zah merana.” Aku sudah mendekati babah. Tangannya aku
capai dan aku tunduk mencium belakang tapak tangannya. Terasa air mata aku
basah mengena tangan babah. Aku rasa bersalah yang amat pada babah.
“Babah beri kau peluang untuk kau bahagiakan anak babah
Faiq. Tebuslah semula kesalahan kau terhadap anak babah. Kau tahu kenapa babah
sayangkan arwah Harraz?” Babah tarik bahu aku supaya aku duduk di atas kerusi.
Aku geleng tak tahu.
“Arwah pernah cakap dengan babah yang dia mahu jadikan
Zahrana itu sebagai tanggungjawab dia. Arwah adalah lelaki pertama yang berani
meluahkan perasaannya pada babah sebelum Zah. Arwah sangat baik dengan Zah
sampaikan setiap luahan hati Zah semua arwah tahu. Babah tahu siapa dalam hati
Zah. Babah faham dan kenal hati anak perempuan bah sendiri. Babah tahu Harraz
kecewa dengan Zah.” Aku nampak tubir mata babah mula basah. Dia seakan memendam
perasaan. Seakan susah untuk diluahkan kepadaku.
“Kenapa Harraz kecewa?” soal aku bila babah terlalu lama
menggantungkan ceritanya. Rasa tak sabar mahu mengetahui tentang Harraz dan
Zahrana.
“Hati anak babah tak dimiliki oleh Harraz. Tapi kau
sendiri Faiq.” Sambung babah.
Aku tersentak. “A…apa bah?” aku soal babah seakan tak
percaya.
Babah pejam mata. Dia menarik nafas dalam-dalam kemudian
dia hembus perlahan.
“Babah mahu menjodohkan arwah dengan Zahrana. Tapi Zah
tak mahu, katanya mahu fokus pada pelajaran. Padahal, dia cintakan kau Faiq.
Dari mata Zah, babah tahu siapa arwah dalam hati dia. Dan sebenarnya sebelum
arwah meninggal, keluarganya ada datang merisik, tapi babah tak sangka selang
beberapa hati lepas tu, kamu bertiga terlibat dalam kemalangan. Babah ceritakan
pada Zah tentang arwah. Zah terus hilang semangat. Dia rasa bersalah terhadap
arwah Harraz.”
Satu persatu cerita yang babah sampaikan bebetul buat
dada aku sakit. Zahrana cintakan aku? Walaupun aku sudah berkahwin dia masih
mengharap pada aku? Salah siapa jika Zah mencintaiku? Perasaan suka itu fitrah.
Hati Zah itu bukan aku yang pegang. Allah S.W.T yang pegang, dia yang campakkan
rasa cinta dalam hati Zah itu untuk aku. Dan mungkin, aku juga bersalah, kerana
selalu bercakap dan berkata-kata sweet pada Zah. Jadi possiblelah kalau dia
jatuh cinta dengan aku.
“Babah, Faiq minta maaf.” Ucap aku telus dari hati.
“Bukan salah kau Faiq. Babah tak boleh nak paksa anak
babah sukakan arwah. Sekarang, babah tengok dia bahagia. Bahagia tersangat
sampaikan babah terlupa dia pernah berduka dulu. Babah bersyukur sangat-sangat.
Kau janji dengan babah Faiq. Janji dengan babah yang kau akan jaga anak babah
tu, sebagai satu amanah. Bukan amanah dari babah je. Tapi amanah dari Allah
untuk kau. Didik dia. Bajai dia dengan kasih sayang. InsyaAllah, ke jannah.”
Panjang lebar orang tua itu menasihati aku. Aku mengangguk faham. Terbit rasa
hiba bila membayangkan akan satu lagi tanggungjawab yang harus dipikul. Dulu
aku pernah menjalankan tanggungjawabku terhadap arwah Wiyah. Kini, aku perlu
pikul lagi tanggungjawab yang satu itu, untuk kebahagian anak aku. Dan juga
sebagai penebusan salah dosaku lalu.
“Terima kasih sebab beri saya peluang babah. InsyaAllah.
Doa-doalah supaya masjid yang bakal kami bina ini mendapat kerahmatan
dari-Nya.”
“Babah selalu mendoakan kebahagiaan anak-anak babah.”
***
ZAHRANA’S POV
Husband-to-be
:
Assalamualaikum. Zah, awak kat mana?
Aku baca mesej itu apabila bunyi beep beep. Bibir automatik mengukir senyuman. Alhamdulillah.
Bagaikan sebuah mimpi, tak lama lagi aku bakal membina rumahtangga dengan orang
yang aku cinta. Genap usia Zahra tujuh bulan, Faiq melamar aku sebagai
isterinya. Tak perlu nak beromantika bagai, Faiq terus beritahu babah dan umi
mahu menikahiku. Serentak jawapan aku yes!
Dan sekarang, aku dan Faiq dalam proses
bukan-lagi-kawan-baik. Jadi no more aku kau. Lidah aku perlu biasakan memanggil
dia awak. Nanti, genap saja umur Zahra setahun, serentak itu majlis pernikahan
aku bakal berlangsung. Kalau kira-kira dalam calendar, ada lagi 2 bulan lebih
untuk aku buat persiapan.
Laju aku taip di keyboard
phone. Butang send aku tekan.
Zahrana
:
Saya dalam hati awak. *Emoticon sengih
jelir lidah*
Husband-to-be
:
Mana? Tak nampak pun awak dalam hati
saya? *Emoticon bengang*
Aku sengih. Melebar sangat. Semenjak bergelar tunang, aku
macam dah dapat balik Faiq yang dulu. Suka bergurau sweet macam ni.
Aku balas lagi.
Zahrana
:
Saya adalah kat sini. Tengah petik bunga
dalam hati awak. Tak nampak ke? *Emoticon lambai tangan*
Husband-to-be
:
Lahhh, kenapa awk petik bunga dalam hati
saya. Nanti kosonglah hati saya takde bunga.
Zahrana
:
Tak cukup ke saya sorang bunga awk? Hihi!
*emoticon sengih*
Husband-to-be
:
Ahaks! Back to my question, awk kat mana
ni?
Aku muncungkan bibir bila Faiq tak balas gurauan aku itu.
Dia sentap ke? Atau dia kehilangan idea nak balas? Terus mood aku kembali kepada asal.
Zahrana
:
Erm, saya ada kat wad. Baru selesai
meronda. Kenapa?
Husband-to-be
:
Saya jemput awak kat hospital. Test baju
pengantin.
Aku senyum sampai ke telinga bila baca balasan mesej dia.
Try baju pengantin? Horey! Dah nak
kahwin! Alhamdulillah. Akhirnya, kebahagiaan itu bakal jadi milik aku. Laju aku
taip.
Zahrana
:
Okay. I’ll wait for you. Kat lobby ya.
Handphone aku
letak tepi. Terus bergerak menuju ke bilik air. Mahu mencuci muka yang pastinya
berminyak selepas meronda pesakit.
Dalam hati aku berdoa, supaya urusan aku dan Faiq
dipermudahkan segalanya.
***
“Cantik tak?” aku soal
Faiq yang sedang berdiri di depan cermin membetulkan tuxedo hitamnya. Aku berdiri di belakangnya hanya mampu melihat
biasan cermin. Mata Faiq seakan terpegun memandang aku. Muka aku terasa panas
bila mata kami terlalu lama bersabung. Aku menundukkan wajah.
Dia berpaling menghadap aku. Aku dongak memandang Faiq.
Kelihatan bibirnya mengukir senyuman manis. “Cantik.” Ucapnya perlahan dan
lembut. Ikhlas bunyinya. Gila kalau dia cakap tak cantik. Ni baju untuk majlis
resepsi kami nanti. Walaupun aku dan Faiq Cuma mahu menikah sahaja, tetapi
dibantah mama dan papa. Aku anak mereka. Mereka mahu melihat anaknya berkahwin
walaupun isteri kepada duda.
Mulalah pipi aku terasa membahang bila dipuji. Bibir aku
koyak dengan senyuman kembang. “Awak pun hand…some
juga.”
Faiq ketawa halus. Cuma sekejap lalu matanya kembali
tertacap pada anak mataku.
“Zah…” perlahan suaranya memanggil.
“Apa?”
“Terima kasih sudi jadi isteri aku walaupun kau tahu kau
yang kedua dalam hidup aku Zah. When I
proposed you last few months, I believe that will no turning back then. Aku tak janji yang aku akan
terima kau totally hundred percent.
Kau tahu siapa dalam hati aku dulu Zah. Aku harap kau bersabar dengan aku.
Ikatan yang bakal kita bina ni Zah, bukan je untuk menghalalkan apa yang haram.
Tapi, ia sebuah perjalanan yang panjang. Penuh dengan onak dan duri. Hari-hari
tua, kita lalui bersama.” Mata Faiq tidak berkelip langsung dari memandang aku
sambil mulut mengucapkan kata-kata berbaur kejujuran.
Hati aku jadi hiba. Panjang luahan dari Faiq. Dengan menggunakan kata ganti diri kau aku,
aku rasa ucapannya lebih jujur. Aku menunduk. Cuba menahan genangan air mata di
tubir mata.
Mujurlah cuma ada aku dan dia di situ. Pekerja butik
meninggalkan aku dan dia selepas memakaikan kami baju.
“Hei kenapa menangis pula ni?” gemersik suara itu
bertanya. Aku mendongakkan wajahku. Tak tahu kenapa. Tapi, jauh di sudut hati,
aku terasa aku adalah insan yang terpencil dalam hatinya.
“Aku cintakan kau Faiq. Sungguh. Walaupun aku yang
kedua.”
“Zah… aku juga... cin…” ayatnya digantung lama.
“Kau cinta aku tak Faiq?”
“Aku sedang belajar mencintai kau Zah.”
“Belajar?”
“Zah, arwah baru pergi. Setahun pun tak sampai. Jadi,
berilah aku ruang untuk belajar mencintai kau. Sometimes, I wish I had a delete button in my life. To delete some
people, some memories and some feelings. Especially, someone that not belong to
us anymore.”
“Kau tak perlu delete
semua tu Faiq. It’s yours. Part of
yourself. Aku tahu, susah. Aku beri kau peluang tu. Aku takkan putus asa
dengan ikatan yang bakal kita bina.” Berat untuk aku mengungkapkannya. Tapi,
kosa kata perlu juga aku keluarkan dari mulut.
“Aku sayang kau Zah. Kau sayang aku tak?” Matanya mencari
mata aku. Aku senyum.
“Kalau kau tanya aku soalan tu Faiq, jawapannya tetap
sama. Aku tetap sayangkan kau. Sampai bila-bila.”
***
FAIQ’S POV
MALAM itu aku
keresahan. Esok lafaz sakinah bakal termeterai antara aku dan Zahrana. Tetapi
hati seakan gundah gulana. Seakan merasakan keputusan yang aku ambil itu salah.
Aku tahu, ini adalah bisikan syaitan yang cuba memperdayakan aku. Syaitan tidak
sukakan perkahwinan itu terjalin. Terbinanya sebuah masjid merupakan kekalahan
bagi mereka. Nama penuh Zahrana sudah lekat dalam minda, hati dan bibir.
Tetapi, gemuruh itu berbeza berbanding semasa perkahwinan aku dan Wiyah.
Aku bangkit dari duduk. Terus mengambil wuduk untuk
menunaikan solat sunat. Cuba mencari ketenangan. Sesungguhnya hanya kepala
Allah tempat aku mengadu segala susah dan senangku.
Imam Ibn Qayyim
al-Jawziyyah berkata, “Dua is one of the most beneficial cures and the enemy of
fitnah (evils and trials), wards it off and treats it, prevents it to happen
and cures it it happens. Dua is the weapon of the believer.”
Usai menunaikan solat sunat dan berdoa, aku capai rehal
dan Quran. Bibir membaca surah al-Fatihah sebagai pembuka kata.
Aku buka surah al-Baqarah. Aku baca penuh tertib.
Sehingga mata aku menangkap baris ayat 216. Dada terasa sesuatu. Teringat pada
Zahrana.
“Dan boleh jadi
kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka
kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang
mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”
Bacaan aku terhenti.
Zahrana. Dari dulu hingga sekarang. Dia ada dalam hidup
aku. Sentiasa ada saat aku memerlukan. Dan mungkin Zahrana adalah yang terbaik
untuk aku selepas arwah Wiyah. Allah beri aku petunjuk, Allah permudahkan
urusan aku dan dia. Dan esok segalanya akan terlerai. Hati ini harus tetap.
Hati ini bukan lagi untuk meratapi kepergian Wiyah. Tapi hati ini perlu
dihidupkan untuk aku memikul satu tanggungjawab dan amanah. Aku bakal menjadi
pemimpin kepada Zah. Ayah kepada Zahra.
Setiap daripada kita adalah pemimpin, dan setiap pemimpin
bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya. Maka bertakwalah kepada Allah
di dalam perkara yang dipertanggungjawabkan dan diamanahkan kepada kita. Allah
berfirman: “Wahai orang-orang yang
beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan
bakarannya: Manusia dan batu.” [At-Tahrim,66:6]
Allahu! Kau berilah aku kekuatan untuk menghadapi hari
esok. Kau tetapkan hatiku. Kau bantulah aku dalam mendidik dia sebagai
isteriku. Kau berilah keberkatan dalam masjid yang bakal aku bina.
***
ZAHRANA’S POV
SELEPAS tiga hari aku
bergelar isteri kepada Faiq. Hati jadi gusar dan tidak tenteram. Manakan tidak,
kalau otak aku dok fikir malam pertama aku dan dia. Kalau dulu aku hidup
sendiri. Kini, aku hidup bertiga. Ops! Oh ya, campur si kecil. Aku berkahwin
dengan Faiq saat Zahra genap setahun. Bersamaan dengan kematian arwah Wiyah.
Aku tak tahu kenapa Faiq pilih tarikh ini sebagai tarikh pernikahan kami.
Mungkin, dia tidak mahu terlalu memikirkan tentang arwah, sebab itu dia memilih
tarikh ini?
Aku pandang wajah Zahra yang sedang terlena dengan tangan
kanan menongkat kepala. Jam sudah menunjukkan pukul satu pagi tapi Faiq masih
belum naik ke bilik aku. Ibu Faiq seboleh-bolehnya mahu Zahra tinggal
bersamanya. Katanya tidak mahu menganggu aku. Tapi, aku tak sampai hati mahu
membiarkan Zahra tidur bersama neneknya. Biarlah dia tidur disisiku. Menemani
aku. LAgi-lagi Zahra masih menyusu badan.
Pipi tembam Zahra aku cium lembut. Bibir tersenyum
melihat wajah lenanya. Comel sekali wajah Zahra. Persis seperti arwah Wiyah.
Aku tak tahulah macam mana Faiq boleh menahan rindunya terhadap arwah kalau
permata mereka sama persis seperti arwah. Mesti pahit dan susah untuk ditelan.
“Tak tidur lagi?” tegur seseorang. Aku dongak memandang
pintu bilik aku. Faiq sedang berjalan menuju ke katil. Aku terus bangkit dari
pembaringan. Aku duduk bersimpuh di atas katil. Rambut aku yang panjang sangkutkan
di celah telinga.
“Saya tunggu awak. Mana tahu kot-kot awak nak mandi. Saya
sediakan baju dan tuala awak.” Aku bawa kaki turun dari katil. Tetapi tanganku
disambar lembut oleh Faiq. Terbantut niat aku.
“Zah.” Panggilnya lembut. Aduh! Ni yang aku tak boleh ni.
Aku duduk semula dan pandang dia.
Faiq senyum. “Aku harap awak dapat bersabar dengan aku.”
Pengunaan kau aku pada Faiq itu dah jadi kebiasaan pada Faiq. Dia lebih selesa
berborak dengan aku menggunakan kau aku.
Aku senyum. Kesian Faiq. Dia melamar aku. Dia menikahi
aku. Tapi, dia minta aku untuk bersabar dengannya. Kerana masih ada sisa cinta untuk arwah Wiyah.
Takpelah. Tapi kesian kat aku juga. Aku bersaing dengan jasad yang sudah
ditelan bumi.
“Faiq, I’m marrying you because I love you Faiq. Kalau
dulu saya susah nak beritahu perasaan saya pada awak, tapi sekarang saya takkan
pernah bosan ucap I love you pada awak. Sebab awak adalah suami saya yang sah.
Yang halal dimiliki. Kalau saya boleh bersabar dengan awak sepanjang kita
berkawan, apa la sangat bila kita dah berkahwin. Hundred percent you’re mine.”
Hati awak je belum. Sambung aku di dalam hati.
Faiq gelak halus. “Aku minta maaf.”
“Untuk?”
“Pernah kecewakan kau dulu.”
Kali ini aku tergelak halus. “Meaning?”
“Zah.” Pandangan mata Faiq tepat memandang aku.
Dahi aku berkerut.
“Kenapa tak pernah beritahu aku tentang keadaan sebenar
kau selepas kemalangan tu?
Aku tersentak. Macam mana dia tahu? Siapa yang beritahu?
Aku tak pernah beritahu sesiapa. Kenangan lalu tu…terlalu menyakitkan.
“Ma…cam… ma… na… awak tahu?” tergagap-gagap aku berkata.
Mata terasa panas. Jangan nangis Zahrana!
Tangan aku digenggamnya. Kepala aku menunduk. Takut
menangis.
“Zah…” dia mendekat. Dia dongakkan dagu aku. Pipi aku dia
usap. Ini kali pertama dia menyentuhku. Terasa tapak tangannya kasar bila
terkena kulit pipiku. “Kenapa Zah?” tanya dia lagi.
“Awak tak perlu tahu Faiq. Itu masa lalu saya. Masa pahit
saya.”
“Zah, kau kata aku kawan kau. Aku punca kenapa kau lumpuh Zah. Aku punca
kenapa Harraz pergi tinggalkan kita.”
Aku tutup telinga. Teringatkan Harraz yang sempat merisik
aku, buat aku rasa serba salah. “Awak tak salah Faiq. Itu semua takdir. Dan
saya pun salah…” terus air mata menitis. Harraz… maafkan saya.
“Zah, kalau aku tahu kau sengsara atas apa yang aku buat
Zah. Aku takkan biarkan kau keseorangan sembuhkan luka sendiri. Luka yang aku
sendiri cederakan.”
“Saya terima semuanya dengan redha Faiq. Saya lumpuh
bukan disebabkan awak. Arwah Harraz pergi juga bukan disebabkan awak. Semuanya
takdir Allah. Ujian Allah untuk saya. Untuk awak. Saya tak nak awak menanggung
rasa bersalah.”
“Zah, sebab kau tak beritahu akulah aku lagi rasa
bersalah. Apalagi arwah simpan perasaan
dan niat untuk berkahwin dengan kau.”
Aku terus pegang wajah Faiq. Aku tak tahu dari mana dia
dapat tahu semua ni. Tapi aku mahu dia tahu sesuatu. “Walaupun dia berniat nak
berkahwin dengan saya, tapi hati saya sikit pun tak cintakan dia. Saya anggap
arwah sebagai abang dan kawan yang paling rapat.”
“Kau cintakan aku ke Zah?”
“Kalau awak tanya soalan tu lagi, selamanya jawapannya
ya. Saya cintakan awak.” Jawapan jujur aku luahkan. Hilang rasa malu dan segan.
Dia kini bukan lagi orang lain. Faiq suami yang sah. Dia berhak untuk
mendapatkan cinta.
Faiq seakan terkelu. Matanya tidak berkedip memandang
aku. Seraya itu bibirnya jatuh diubun-ubun kepalaku. Lama. Aku pejam mata.
Menikmati momen terindah ini.
***
TAK mudah rupanya jadi
isteri kepada Faiq. Walaupun bergelar isteri, tetapi aku masih belum dapat
memadamkan nama arwah Wiyah dalam hidup dia. Isteri mana yang tak kecil hati
kalau ada nama perempuan lain dalam hati suami, kan? Aku kentalkan juga jiwa.
Aku jalankan tanggungjawab aku kepada Faiq selayaknya seorang isteri. Segala
keperluan zahirnya aku cuba jalankan walaupun tubuh terasa letih selepas bekerja
di hospital.
Zahra juga Alhamdulillah aku tak pernah abaikan. Malah
selepas aku berkahwin, terasa masa aku dengan si kecil itu sangat panjang. Si
kecil itu membesar di depan mata aku. Kini Zahra sudah pandai berjalan. Sikit
lagi dah pandai bercakap si kecil tu nanti.
Yang si ayahnya pula? Hmm… entahlah. Aku bagaikan seorang
isteri di atas kertas dan merupakan ibu kontrak kepada anaknya.
“Assalamualaikum.” Pintu bilik aku dan Faiq dibuka dari
luar. Muncul Faiq di depan pintu dengan wajah keletihan. Dia membuka stoking
lalu dicampak masuk ke dalam laundry pack. Dia atur langkah menghala ke katil
kami. Zahra yang berada didukungan aku selepas aku dodoikan, aku letak di dalam
baby cot. Bantal peluk aku letak di kiri dan kanan Zahra.
“Lambatnya awak balik Faiq.” Tegur aku lembut. Kaki aku
atur mendekati dia yang sedang terlentang di atas katil. Aku duduk di birai
katil.
“Banyak kerja tadi kat farmasi.” Faiq angkat kepala lalu
kepala dia letak di atas paha aku.
Dari raut Faiq, aku nampak jelas keletihan di wajahnya.
Aku juga penat tetapi mujurlah aku bukan lagi. Kalau tidak penatnya itu
berlipat kali ganda.
Tangan aku naik mengurut pelipisnya. “Kesiannya husband
saya ni. Sibuk nak beri orang lain sihat makan ubat, tapi dia sendiri pun
penat.”
Dia gelak halus. Matanya terbuka dan terus memanahkan
pandangan kepadaku. “Saya penat. Sangat.”
“Yelah, saya tahu awak penat. Saya tengah urutkan awaklah
ni. Mana tahu penat awak tu berkurang sikit.” Aku picit pula bahu dia.
“Kalau awak buat macam ni, bukan makin berkurang penat
saya. Tapi, saya rasa saya akan bertambah penat.” Ulasnya lagi.
“Eh apsal pula?” Tanya aku naïf.
“Takde apalah.” Balasnya ringkas. Aku kerut dahi. Tapi
tangan tetap mengurutnya. Aku hanya memerhati wajahnya. Faiq sedang memejamkan
matanya. Mungkin menikmati setiap urutan yang aku berikan pada dia.
“Jangan tengok saya lama-lama Zah.” Ucapnya tiba-tiba.
Eh dia tahu aku perhatikan dia walaupun dia tutup mata?
“Mana ada saya perhatikan awak.”
“Takyah tipu. Saya tahu muka saya ni eyemo untuk awak.”
“Perasan.”
Faiq ketawa lagi tapi matanya masih terpejam. Mulut aku
pula terasa ringan nak bercerita. Bosan bila tak keluar satu patah perkataan
bila dengan Faiq.
“Awak nak tahu tak?” tanya kau perlahan.
“Macam mana saya nak tahu kalau awak tak beritahu?”
selamba dia balas.
“Hish dia ni!” Jari aku laju mencubit dia. Dia mengaduh
sakit. Sambil menggosok lengannya yang aku cubit tadi.
“Awak tahu tak anak awak hari ni aktif sangat. Penat ibu
jaga dia. Sejak dia dapat kaki jauh dia berjalan.” Celoteh mulut aku membuka
cerita tentang anaknya, Zahra.
Mata Faiq terbuka. Dia renung aku. Aku renung dia. Bibir
aku ukir senyuman untuk Faiq.
“Nak tahu lagi tak? Zahra dah pandai makan bubur. Banyak
sangat dia makan. Saya ingatkan dia tak nak makan bubur yang saya buatkan untuk
dia. Tapi rupanya, sekali suap, laju je Zahra buka mulut. Ibu kata bubur pagi
tadi yang saya buat sebelum pergi kerja dia habiskan. Malam tadi saya buat lagi
sikit untuk dia. Pandai dah dia sekarang. Lepas ni, jenuhlah kalau awak nak
dukung dia. Sebab dia makan ba…”
Kata-kata aku terhenti bila mana tiba-tiba Faiq bangkit
dari pembaringannya dan menolak tubuh aku berbaring di atas katil. Lebih
terkejut bila wajahnya begitu rapat dengan wajah aku. Dia menindih tubuh aku
dengan tubuhnya. Aku tenung anak matanya.
“Kenapa?” aku tanya. Cuba mengawal rentak di dada.
Takut-takut kalau dia dengar. Matilah aku nanti.
“Tak penat ke bercakap?” bisiknya perlahan. Matanya
langsung tak berkedip memandang aku.
“Err, awak marah?” gugup aku tanya.
“Tak.”
“Dah tu?”
“Saya penat Zah.”
“Kalau macam tu, awak rehatlah. Tapi sebelum tu…” aku
lekapkan kedua belah tangan aku ke dadanya. Satu persatu butang kemejanya aku
buka. “Mandilah dulu. Bau masam. Saya tak boleh tidur kalau bau masam.” Sengaja
menduga dan menggodanya.
“Zah….” Panggil Faiq lembut. Sepertinya aku dapat membaca
fikirannya. Faham apa makna pandangan mata Faiq. Tak pernah-pernah Faiq begini,
tup-tup malam ni dia buat terkejut pula.
Terasa bibir aku dikucup Faiq lama. Aku terkejut. Tak
tahu nak buat dan balas apa. Bila bibirnya dekat di telinga aku, dia bisikkan
sesuatu. Aku menolak dadanya kuat.
Dia terduduk di atas katil. Riaknya terkejut. Tapi aku
lagi terkejut. Dada aku turun naik menahan rasa. Matanya aku pandang tajam dan
tangan naik memeluk tubuhku sendiri yang bajunya sudah pun melurut ke bahu. Aku
tutup semula. Kolam mata terasa panas.
“Saya bukan Wiyah, Faiq.” Bergetar bibir aku
mengungkapkan kata itu. Sejurus mengungkapkan kata-kata itu, aku bangkit dari
katil. Keluar dari bilik. Terluka dan kecewa. Air mata terus menitis.
***
FAIQ’S POV
“ZAH!” aku panggil
namanya tetapi dia buat tak endah dan keluar dari bilik kami. Aku rasa lost.
Tak sengaja. Aku buat dia terluka. Aku tahu.
Aku pandang katil sendiri. Aku tak sepatutnya bisikkan
kata itu pada Zah. Dia bukan arwah Wiyah. Maafkan aku Zah.
Khilaf sekali. Ya Allah apa aku buat ni?
I miss you Wiyah.
Hati isteri mana yang tak terluka?
Aku buntu. Aku memang sangat penat tadi. Bila melihat
bibir merah mungil itu leka bercerita tentang anak kami, aku rasa terbuai. Dan bila aku ke fasa yang seterusnya,
ternyata aku telah melukan hati Zahrana. Bukan itu yang mahu ucapkan. Tapi
entah bagaimana, itu yang terluah.
“Maafkan aku Zah.” Ucap aku perlahan sambil memandang
pintu bilik yang tertutup.
***
ZAHRANA’S POV
“SAYA minta maaf.”
Terasa pinggang aku dipeluk dari belakang. Aku sedang bersiap mahu pergi kerja.
Jam tangan aku pasangkan ke pergelangan sambil mata melihat biasan cermin. Faiq
labuhkan dagu di bahuku.
Aku diam tak menjawab. Masih sentap!
“Zah, I’m sorry. Semalam, saya tahu silap saya. Saya tak
sengaja ucap macam tu.” Bisik dia lagi. Aku buat donno. Aku capai losyen.
Pergerakan aku terbatas sebab dia sedang peluk aku. Aku pakai losyen sapu di
lengan seperti biasa.
“Zah…” panggil dia lagi. Lembut saja. Aku masih kaku.
“Zah… I’m really sorry. Saya silap Zah. Awak future saya.
Bukan arwah. Semalam tu, otak saya proses data tak betul.” Ucap dia lagi.
Aku berdecit geram. Rangkulannya di pinggang aku, aku leraikan.
Berpaling menghadap dia.
“Saya marah Faiq. Sangat marah. Sampai bila Faiq? Sampai
bila awak nak jadikan saya ni tunggul?” aku hamburkan marahku dengan kata-kata
yang tajam.
“Zah, awak bukan tunggul. Awak isteri saya Zah.”
“Kalau saya isteri awak kenapa tak layan saya selayaknya
seorang isteri, huh?”
Faiq terkelu. Dia mengetap bibir.
Aku letak tapak tangan di dada kirinya. Air mata terasa
nak mengalir. “Dalam dada ni, saya
tertanya-tanya, ada tak nama saya, Faiq? Atau nama saya selamanya kekal sebagai
sahabat?”
Aku tarik nafas. Cuba mengawal dari menangis terlalu
kuat.
“Dekat dalam sini ni, saya tertanya-tanya, ada lagi tak
ruang untuk saya ceroboh masuk? Kecil pun takpelah. Asalkan saya dapat ceroboh
sikit untuk saya teroka di dalamnya.” Air mata mengalir lebat.
“Dekat sini ni,
ada tak sikit rasa rindu untuk saya walaupun saya berdiri di depan mata
awak senantiasa?” ucap aku perlahan dan
semakin perlahan.
“Dekat sini ni…” aku lekapkan telinga aku di dadanya.
Pinggangnya aku rangkul erat. “Pernah tak degup jantung awak sama rentak dengan
degup jantung saya, Faiq?” Air mata tak usah dikata. Macam air terjun.
Terasa Faiq membalas rangkulanku. Dia mencium
ubun-ubunku. “Maafkan saya, Zah. Saya kecewakan awak untuk kesekian kalinya.”
Aku diam tak menjawab.
“Hati saya dah tetap Zah. Saya tahu apa yang saya
mahukan. Hati ni cuma ada sekeping Zah. Sekeping tu pun pernah membentuk
puzzles, Zah. Tercari-cari dan keliru dalam menyempurnakannya. Saya khilaf.
Saya minta maaf. Kejadian semalam tu tak sepatutnya berlaku. Hati saya dah ada
nama awak Zah. Awak melengkapkan kepingan hati saya yang hilang dibawa
arwah. I love you Zah.”
Aku tak membalas ucapan cintanya. Ucapan itu terlalu
mahal untuk aku ungkapkan. Takut aku terluka sekali lagi.
Ketahuilah Faiq, selamanya perasaan ini untukmu.
***
FAIQ’S POV
Ho tak boleh. Tak
boleh. Makin lama makin panas aku rasakan bilik Zahrana ni. Menduga keimanan dia
betul. Dah dua bulan aku kahwin dia masih begitu juga. Kalau dulu dengan arwah
Wiyah, dia tak mudah tergugat macam ni sebab isterinya senantiasa sopan santun.
Bukan macam Zahrana sekarang ni. Selamba badak je berkemban depan aku. Tahulah
dalam bilik ada bilik air. Bila aku tanya kenapa tak pakai baju dalam bilik
air, dia selamba jawab.
“Sepanjang saya duduk dalam bilik ni, saya memang tak
pakai baju dalam bilik air. Kenapa lepas kahwin dengan awak saya kene pakai
baju dalam bilik air?” boleh pula dia bertanya naïf dengan aku.
Itu satu hal suka berkemban lepas mandi depan aku. Lagi
satu part, bila dia menyusukan Zahra. Selamba badak dia ngiringkan dadanya beri
Zahra susu depan-depan aku. Itu belum part mithali dia layan aku punya
keperluan. Taat sekali dia menurut perintah aku. Dalam bilik sendiri kemain
daring. Bila keluar dari bilik, semua berlitup. Macam bungkus cempedak pula.
Aku ni lelaki, memang keinginan yang satu susah nak
ditangkis. Apa lagi bila Zahrana merupakan isteri yang sah. Mahu aku tak
pandang? Rambut dan tubuh yang senantiasa ditutup, bila ditayangkan di depan
aku, aku terasa ingin menyentuhnya, membelainya, tapi disebabkan kenangan aku
dengan Wiyah, aku takut kecewakan dia nanti. Selepas dari kejadian itu, aku
berhati-hati dengan setiap apa yang aku
lakukan. Takut dia terluka lagi.
Aku memandang bintang di dada langit. Sejurus Zahrana
keluar bilik air tadi, aku terus cepat-cepat larikan diri ke balkoni bilik.
Zahra si kecil berada di bawah bersama atuk dan neneknya. Kalau si kecil tu
ada, takdelah aku rasa ‘aneh’ sangat.
“Buat apa tu?” tegur Zahrana tiba-tiba. Bila aku toleh
dia sudah berada disisi aku dengan baju tidur lengan pendek separas lutut.
“Tengok bintang. Banyak bintang malam ni.” Ucap aku
ringkas seraya mata kembali mendongak langit. Indah ciptaan Allah. Dia jadikan
siang dan malam itu supaya manusia dapat bekerja di siang hari manakala berehat
di malam hari.
“Bintang merupakan sesuatu yang cantik untuk dipandang.
Kita hanya boleh lihat kecantikkannya pada waktu malam. Dari jauh, kita nampak
ianya kecil. Bercahaya terang walaupun kecil. Tetapi sebenarnya, saiz bintang
sangat besar. Cuma kita terlalu jauh untuk melihatnya.” Ucap Zahrana lembut.
Matanya juga menatap dada langit.
“Macam awak.” Aku ulas ringkas.
“Huh?” dahinya berkerut apabila memandang aku. “Kenapa
pula?” bibir itu bertanya laju.
“Awak bintang saya. Cantik dan sejuk untuk mata saya
memandang. Hanya saya yang dapat melihat kecantikkan awak. Tidak pada
orang lain. Dari jauh, orang nampak awak
ni biasa. Tapi biasa-biasa awak pada mata orang lain, awak sangat luar biasa di
depan saya. Especially bila di dalam bilik macam ni.” Aku tayang sengih nakal
dengan satu kenyitan mata. Dia bulatkan matanya. Comel.
“Awak sangat dekat dengan saya. Dari dulu sampai
sekarang. Tapi sukar untuk saya capai dan sentuh. Saya dekat, tapi seolah-olah
awak itu terlalu jauh untuk saya miliki.” Tanpa aku sedar jarak antara kami
sudah mendekat.
Zahrana tersenyum manis. “Awak goda saya?” tanyanya
manja.
Aku gelak selamba. “If you felt so.”
“Faiq…” suara Zahrana berbisik lembut di cuping
telingaku. Membuatkan hatiku bergetar hebat. Rasa lutut longgar. Ah sudah!
“I always knew you were a good man.” Mata Zah pandang
aku. Lirikan mata yang menggoda.
Terasa sesak di dada.
Terlalu rapat.
Dahi bertemu dahi. Dapat aku rasakan hembusan nafas Zah
mengena wajah aku.
“If you knew I was a good man then what?” aku soal dia
selamba. Tangan aku dah naik merangkul pinggangnya.
“I’m in ovulating phase.” Jawab Zah selamba. Tangan dia
pula sudah naik di leher aku.
“So?”
“Show me your love.” Bibir itu berbisik lagi di tepi
telinga aku. Leher Zah yang wangi menyapa deria hidungku. Pucuk hidungku sudah
pun terkena batang lehernya.
“How can I ignore this temptation of wife, huh?” suara
aku berbisik nakal. Dan serentak itu aku bawa tubuhnya dengan aku rapat.
Perlahan-lahan kami berdua masuk ke dalam bilik. The rest, hal kain dalam
keluar masuk rumahtangga aku.
***
“OMAIGOD! Faiq!” terasa
dadaku ditekan. Cepat-cepat aku buka mata. Ternampak kilaunya mentari aku terus
memandang kanan. Zah sudah duduk sambil kalut membelit comforter dengan
tubuhnya. Dia pandang aku dengan pandangan tajam.
“You…” panjang suaranya memanggil aku youuuuu.
Aku senyum. “Kenapa ni Zah?”
“Tanya orang pula. Awaklah! Tengok jam dah pukul berapa.
Subuh terlepas. Anak ke mana? Saya dah lambat pergi kerja tahu tak?” dia tarik
comforter dan turun dari katil. Dia capai tuala dan terus masuk ke dalam bilik
air.
Aku sengih je bila melihat pakaian kami yang berterabur
di lantai.
Tiba-tiba terdengar jeritan dari bilik mandi, “Faiq!!!”
Aku tahu puncanya apa. Dan sekilas itu aku terus benamkan
wajah ke bantal. Ketawa puas.
***
ZAHRANA’S POV
FAIQ buat aku hilang
suara merdu di pagi hari apabila mata aku dapat melihat ‘cop cinta’ yang dia
buat. Macam manalah aku boleh terbabas dengan dia semalam. Kalau aku ingat
balik gaya aku goda dia semalam. Sumpah aku rasa nak telungkupkan muka dalam
gayung. Sumpah malu. Tapi hati aku puas bila dapat mengikat Faiq. Sekarang baru
betul, I’m yours forever Faiq. Bibir aku lakar dengan senyuman. Wajah aku
tampak berseri di depan cermin. Walaupun dah lambat, sempat lagi aku berposing
di depan cermin.
Bila aku keluar. Aku lihat baju-baju kami semalam sudah
dikutip Faiq. Lelaki itu hanya memakai boxer. Dia sedang menggantikan alas tilam
yang tercemar. Berlonggok cadar dan baju semalam di dalam laundry pack.
Aku yang hanya memakai bathrobe terus masuk ke dalam walk
in wardrobe.
“Zah…” tiba-tiba dia muncul saat aku sibuk mencari baju
nak pakai.
“Hish awak ni buat saya terkejutlah.” Faiq berada di
belakang aku. Tangan kekarnya merangkul pinggangku. Dagu diletakkan di bahuku.
“Sorry. And…” ayatnya tergantung.
“And apa?” mendatar suara aku bertanya.
“Terima kasih untuk semalam.” Pipi aku dikucup kejap dan
selepas itu dia kembali menghilang. Aku tertegun tapi bibir menyimpulkan
senyuman.
***
FAIQ’S POV
Bukan senang nak ajar
hati untuk redha. Bukan senang nak terima yang tak semua benda yang aku
harapkan akan jadi kenyataan. Bukan senang untuk didik diri untuk telan realiti
didepan mata. Bukan senang nak terima kenyataan yang mungkin ini jalan terbaik
yang Allah aturkan untuk aku. Redha itu bukan mudah tapi redha
itu jadi mudah, di saat hati kita tidak lagi mempersoalkan ketentuanNya.
Menerima dengan berlapang dada. Itu
semua tanggapan aku sepanjang aku ditinggalkan arwah Wiyah dan sepanjang hati
aku menerima Zahrana.
Kini setelah empat bulan aku sah menjadi suaminya
Zahrana, sikit pun aku tak toleh ke belakang. Yang aku lihat , future yang aku
nak create untuk Zah, Zahra dan mungkin yang akan datang. Dalam hati aku ni ada
dua nama wanita yang berbeza. Adawiyah dan Zahrana. Seorang hadir atas nama
jodoh. Aku dan arwah Wiyah dijodohkan lantas hati aku sendiri yang jatuh cinta
kepadanya. Yang seorang lagi, mencintai aku dalam diam tanpa aku sedar dan
lantas aku angkat menjadi isteri untuk penuhi hari-hari tuaku.
“Zah cepat sikit Zah!” Aku jerit memanggil namanya yang
sedang bersiap di atas. Bosan menonton TV tapi kepala melayang ingat benda
lain.
Zahra yang sedang menonton cartoon sambil menyepahkan
permainannya nampak begitu ralit.
Hari ni majlis perkahwinan salah seorang teman
seperjuangan aku dulu dalam bidang pharmacist.
Aku mahu bawa Zah dan Zahra ke majlis itu. Dapatlah si Muaz tu kenal dengan
isteri aku.
“Kejaplah awak.” Balas Zah dari atas serentak itu
berdetak-detak pergerakan di atas. Kelam kabut aku lihat dia turun dari bilik.
“Sorry lambat.
Okay dah siap. Jom.”
Mata aku terbeliak melihat penampilan dia. Semua dah okey
dah. Tutup aurat dah semua tapi kenapa baju tu nampak ketat?
“Zah takde baju lain ke awak nak pakai?”
“Lahh kenapa pula? Okay apa yang ni?” balas dia
bersahaja.
“Zah tu lycra material. Baju tu nampak ketatlah. Melekat
kat badan kainnya.” Aku tegur dia lembut.
Dia pandang tubuh dia sendiri. Bibirnya cemberut. “Jadi
tak boleh pakai lah eh?”
“Ganti yang longgar sikit please?”
“Nanti awak kene tunggu lama lagi.”
“Takpe. Take your time. Hah ni lagi satu, tudung tu
takyahlah belit-belit sampai singkat macam tu. Pakai tudung roket pun dah
cantik dah.” Aku tambah lagi satu teguran. Tudung roket tu gelaran untuk tudung
bawal yang dipin dari atas ke bawah.
“Tak cantik ke yang ni?” Zah datang menghampiri aku
sambil tunjuk muka kesian. Malas lah tu nak ganti baju baru.
“Cantik awak tu simpan untuk saya sorang je Zah.”
Zah tertegun memandang aku. Dia tayang sengih. “Ha yelah,
saya tukar kejap.” Zahrana naik ke atas semula.
Aku tak marah dia pakai baju tu, tapi baju tu tak sesuai
dengan Zahrana. Apa lagi kami mahu pergi ke majlis yang melibatkan orang ramai.
Takut nanti pakaian yang dia pakai menjadi buah mulut orang. Buat apa pakai
baju yang menutup aurat kalau ketat? Sama je seperti tak menutup aurat. Aku
suaminya, aku tegur Zahrana mana yang silap.
“Okey done!” Zahrana jerit dari atas. Dia turun semula
dengan memakai baju kurung biasa dengan tudung yang disilangkan kiri dan
kanannya.
“Ha yang ni baru cantik.” Puji aku ikhlas.
“Peliklah awak ni. Saya pakai lelawa dengan selendang
bagai, tapi awak suruh tukar. Bila saya pakai simple macam ni awak cakap lawa.”
Getus Zahrana. Dia kendong Zahra. Beg tangannya aku pegang.
“Awak pakai apa pun tetap nampak cantik di mata saya Zah.
Dahlah jom. Lambat dah ni.” Kami bergerak keluar dari rumah. Menuju ke
destinasi sepatutnya.
***
LAUT yang terbentang
luas di depan mata aku pandang tak jemu. Tangan sesekali naik mengusap perut
yang sedikit membuncit. Alhamdulillah untuk rezeki dan nikmat yang Allah beri
pada aku. Tak ternilai rasanya nikmat yang aku capai ini. Aku ada suami. Aku ada
anak. Dan aku ada apa yang aku cita-citakan.
Kehidupan yang lalu banyak mengajar aku untuk senantiasa
bersyukur dengan nikmat Allah. Panjang lagi perjalanan hidup aku. Tiga puluh
tahun aku hidup, ada banyak perkara yang aku lalui. Jangan panggil pengalaman
kalau diri sendiri tak pernah melaluinya.
Bak kata Albert Camus, "You cannot create
experiences. You must undergo it."
“Mama!” jeritan si kecil mengalihkan pandangan aku. Aku
toleh ke kiri. Zahra sedang bermain pasir bersama atuknya. Aku melambaikan
tangan dan mengukir senyuman. Manakala Faiq melangkah perlahan mendekati aku.
Setiap langkah Faiq aku pandang dengan rasa teruja dan
berdebar. Lelaki ini punya aura yang buat aku senantiasa mahu mendekatinya.
“Buat apa?” tanya dia lembut. Dia paut bahu aku. Pipi aku
dikucup sekilas.
“Teringat kisah kita.”
Di pantai ini, bagaikan bermain semula memori indah aku
bersama arwah Harraz dan Faiq. Kisah persahabatan aku dengan dua orang mamat
ini telah membuatkan hati aku terpaut suka pada salah seorang dari mereka.
Faiq ketawa halus. “Tak sangka kan? Percaturan hidup kita
sudah ditentukan oleh Allah. Disusun cantik, tepat pada masa dan ketika, tepat
pada siapa dan di mana, tiada apa yang salah.”
Aku angguk mengiakan apa yang dia katakan. Mata merenung
gelagat manusia di sekeliling. Sambil berjalan di persisiran pantai.
“Zah… terima kasih.” Ucap dia lembut.
“Untuk apa?”
“Kesetiaan awak. Setia yang awak korbankan untuk saya.
Sanggup tunggu saya.”
Aku dongak memandang Faiq. Menghentikan langkah dan
berdiri di depan depan Faiq. “Setia yang saya korbankan tu Alhamdulillah akhirnya
berbaloi. Terbayar dengan kebahagiaan yang tak terhingga.”
Faiq labuhkan kucupan di dahiku. Lama. Dia pandang mata
aku. Wajahku dipegangnya. “I’m sorry again.”
“Kali ni untuk apa?”
“Cause I make you fall in love with me.”
Aku gelak perlahan. Terus tangan naik mencubit hidungnya.
“Sedar pun!”
Faiq mengaduh sambil memegang hidungnya. Dia memandang
aku seraya tersengih. “Cepat leleh juga eh hati awak ni?”
“Faiq! I’m a woman. So, bila awak talk sweet dengan saya
of courselah saya rasa tempiasnnya tu.”
“Saya harap arwah Harraz tak marah saya.”
Bila nama Harraz terbit dari bibirnya. Aku mengeluh
perlahan. “Arwah tahu siapa dalam hati saya. Arwah tahu segala perasaan saya
terhadap awak Faiq. Saya… salah. Saya kecewakan dia. Awak tak salah dengan
arwah. But, I’m the one who he mad was.”
“Kenapa awak tunggu saya Zah? Kenapa awak tak pergi pada
arwah yang mencintai awak? Orang kata menerima insan yang mencintai kita sedangkan
kita mencintai orang lain itu lebih baik.”
“Itu kata orang. Bukan kata saya. Cukup melihat awak dan
arwah Wiyah bahagia, itu sudah cukup membahagiakan saya. Kebahagiaan awak,
kebahagiaan saya juga.”
“Is that what you said a definition of your happiness?”
“Ahah!”
“Sekarang saya nak tanya awak satu soalan.”
“Soalan apa?”
“Awak bahagia tak?”
Aku angguk laju. “I’m happy because you’re here now.
Beside me. Part of me.”
“Jadi, saya rasa, arwah Harraz pun bahagia di sana. Awak
bahagia dengan saya sekarang.”
“Awak bahagia tak dengan saya?” meletus soalan itu dari
bibir aku.
“Kalau saya tak bahagia dengan awak, saya takkan ada di
sini di depan awak sebagai suami awak. Dan kalau saya tak bahagia, itu bermakna
saya tak redha dengan apa yang berlaku sekarang ni. Awak dah jadi isteri saya
Zah, melengkapkan separuh dari hidup saya. Awak ibu pada anak saya. Jadi kenapa
perlu saya tidak bahagia?”
“Kalau macam tu, arwah Wiyah mesti bahagia juga.” Aku
senyum memandang Faiq.
“I hope so.” Balasnya pendek.
Senyuman kami terukir di bibir masing-masing. Tuhan,
tetapkan rasa hati ini. Biarkan ianya kekal selamanya.
TAMAT