Thursday, 26 November 2015

Untukmu Selamanya [Part II]

P/S : Assalamualaikum and Hai! Maaf terlewat update. Been busy with nenek yg sedang sakit. Salah silap harap maaf. Dan maf berjuta kali maaf. I've been research about induce lactation. Jadi saya tulis melalui apa yg saya faham tntang proses tu. Saya ada juga usya usya akak-akak yg dah kahwin but, she's not even know about this proses. Even she's a nurse. Haha! So saya mtk maaf sgt kalau ada salah semasa menyampaikan fakta berikut. Hope you guys enjoy this PartII.Terima kasih sudi baca :D
***

PART II

KAKI aku bawa masuk ke dalam rumah teres dua tingkat itu. Rasanya dah lama aku tak ziarah keluarga Faiq selepas terputus hubungan dahulu. Kali terakhir aku jejakkan kaki di sini ialah saat pernikahan Faiq dan Adawiyah dua tahun yang lepas. Selendang di atas kepala aku betulkan. Hati berdebar mahu menemui ibu Faiq, Puan Jannah. Sepanjang tempoh perkenalan aku dengan Puan Jannah atau lebih mesra aku panggil Bu Jannah, wanita itu sangat baik hati dan peramah. Mudah untuk aku buat teman borak kerana Bu Jannah juga seorang  yang banyak mulut.

            “Assalamualaikum.” Aku bagi salam sesampai di depan pintu.

        “Waalaikummusalam.” Suara Bu Jannah menjawab dari dalam. Kelihatan dia bergegas memakai tudung dan berdiri di depan pintu grill. “Eh? Zahrana!” Wajah Bu Jannah seakan tidak percaya. Dia buka pintu grill lalu hulurkan tangan kanan kepadaku.

            Aku sambut dan tunduk mencium tangannya. “Bu Jannah sihat?” tanyaku prihatin.

            Dia angguk. “Alhamdulillah sihat walafiat. Marilah masuk.” Dia tarik tangan aku. “Zah dari mana? Lama tak jumpa Zah. Sejak dua menjak ni, Faiq ada juga bercerita tentang Zah, tapi Bu Jannah ingat Zah tak nak datang sini.”

            Aku tayang sengih segan. Apalah yang Faiq beritahu Bu Jannah pasal aku ya?

            “Zah dari rumah. Hari ni Zah cuti. Itu yang datang sini. Nak jenguk Faiq dengan anak dia. Dia ada tak Bu Jannah? Oh ya, ni Zah ada bawakan kek pisang untuk Bu Jannah.” Aku hulur bungkusan plastik yang aku bawa dari rumah. Kek pisang special untuk Bu Jannah. Aku tahu kek ini merupakan makanan kegemaran Bu Jannah.

            “Lahh, buat susahkan Zah je. Ni Zah buat sendiri ke?” tanya Bu Jannah.

            “Haah. Zah tahu buat kek pisang je.” Aku sengih tak bersalah.

            “Alhamdulillah. Terima kasihlah Zah. Faiq ada tu ha depan TV. Tidur dengan anak dia. Tadi lepas breakfast, mandikan si kecil tu, Faiq terus tertidur depan anak dia. Hah, lah ni dua dua tidur depan TV. Ibu suruh bawa si kecil tu tidur dalam bilik dia kata tak nak diusik Zahra yang lena tidurnya.” Bebel Bu Jannah. Kan aku dah kata, Bu Jannah ni banyak mulut.

            Leher aku panjangkan melihat ruang tamu. Ternyata benar apa yang Bu Jannah katakan. Faiq sedang tidur sambil memeluk Zahra.

            “Sekejap. Ibu kejutkan Faiq.” Bu Jannah mahu mendapatkan Faiq, tetapi sempat aku pegang lengannya.

            “Takpelah Bu Jannah. Biarkan Faiq tidur. Dia penat tu. Jom Zah temankan Bu Jannah potong kek pisang. Boleh kita borak-borak. Lama Zah tak jumpa Bu Jannah.” Ucap aku penuh hormat dan santun. Aku dah dididik supaya menghormati orang tua. Jangan pernah berkelakuan biadap dengan orang yang lebih tua biarpun mereka tidak menyenangi kita. Sabar apabila berhadapan dengan orang tua sebab hati orang tua mudah terasa.

            “Hmm, boleh juga tu. Jom.” Bu Jannah tarik tangan aku menuju ke dapur. Sempat beg tangan aku letakkan di atas sofa sambil mata melirik pada Faiq yang sedang memejamkan mata dengan TV terpasang.

            “Mari duduk. Ibu buatkan air untuk Zah ya.” Bu Jannah tarikkan kerusi untuk aku duduk. Dapur Bu Jannah masih lagi sama seperti dahulu. Yang bezanya Cuma susun atur perabotnya saja. Bu Jannah berdiri di depan sinki mengambil teko dan cawan untuk menyediakan air untukku.

            “Terima kasih Bu Jannah.” Senyuman semanis susu pekat F&N aku sedekahkan buat Bu Jannah.

            “Zah dah lama tak datang rumah ibu. Lepas si Faiq kahwin dulu, susah sangat ibu nak tengok muka Zah. Bila ibu tanya Faiq kenapa Zah tak datang jenguk ibu, Faiq kata Zah sibuk. Kerja hospital memang sibuk ya Zah?”

            Rasa bersalah mencengkam dada. Zah bukan tak nak jenguk Bu Jannah. Tapi Zah takut terserempak dengan Faiq dan arwah. Zah tak sanggup nak tengok kemesraan dorang. JAwab aku di dalam hati. Kenyataan yang tak dapat aku luahkan.

            “Maaf Bu Jannah. Bukan Zah tak nak jenguk Bu Jannah. Tapi Zah sibuk sangat. Kadang-kadang masa dengan family pun Zah takde. Zah lebih banyak habiskan masa kat hospital.”

            Bu Jannah berpaling memandang aku. Dia tarik kerusi lalu dia hidangkan minuman untuk aku. Kek pisang dengan pisau di atas meja cepat-cepat aku ambil. Mahu potong. Tidak mahu menyusahkan Bu Jannah.

            “Zah kenangkan arwah lagi ke?” perlahan suara itu berbicara. Tangan yang sudah memegang kek untuk dipotong terhenti. Mata terhala memandang Bu Jannah.

            “Maksud Bu  Jannah?” tanya aku sambil tersenyum walaupun hati terasa ngilu. Tahu topik apa yang Bu Jannah mahu buka.

            “Ibu tahu Zah sebenarnya rindukan arwah Harraz kan? Sebab tu Zah sibukkan diri di hospital. Ibu cari Zah lepas kemalangan tu berlaku, tapi Zah takde. Mama dengan papa Zah kata, kakak Zah dah bawa Zah terbang ke Dublin. Semua tu sebab Zah tak nak ingatkan arwah kan? Zah, yang dah pergi tu biarlah pergi.” Tangan Bu Jannah memegang tangan aku. Matanya nampak sayu apabila membuka cerita lama.

            Pedih. Itu yang aku rasakan saat ini. Kolam mata mula panas. Rasa sebak menghentam dada. Tak sanggup untuk mengingati kisah lama.

            “Bu Jannah… Zah ikhlas dan redha dengan pemergian arwah Harraz. Arwah dengan Zah memang tak ada jodoh. Nak buat macam mana? Lagi pun Zah bahagia dengan hidup Zah sekarang.”

            “Ibu tahu Zah kuat. Zah penyabar. Dalam menyibukkan diri nak lupakan arwah, Zah janganlah membebankan diri sendiri. Keluarga Zah tu penting. Dorang yang sentiasa ada untuk Zah. Jadi ibu harap Zah jangan pernah rasa diri Zah sengsorang ya. Kami semua ada untuk Zah.”

            Senyuman aku lakar di bibir. “Terima kasih Bu Jannah.”

***


Tahun 2010. Umur 24 tahun.

“Harraz, kau nak belanja aku makan apa hari ni?” tanya aku sebaik sahaja masuk ke dalam kereta Faiq. Faiq memandu. Harraz penumpang di sebelah. Aku di belakang.

            Usai saja menyelesaikan kerja aku dihospital, aku bersetuju mahu mengikuti Faiq dan Harraz keluar makan. Memandangkan hari ini merupakan gaji pertama Harraz sebagai budak praktikal farmasi. Aku duduk di tengah-tengah. Siku aku letak di tempat duduk kiri dan kanan. Menopang dagu memandang ke depan.

            “Zah, hari ni kau cakap je kau nak makan apa. Semua Harraz belanja.” Faiq dengan senyum selamba berkata.

            “Eh Raz je ke yang dah ada gaji? Gaji kau mana?” Aku pandang Faiq. Nak juga merasa makan mahal-mahal, Faiq yang bayar. Padan muka. Ahaks!

            “Gaji aku simpanlah. Kata nak kahwin hujung tahun ni. Haruslah ikat perut.” Jawab Faiq.
            “Hah itulah kau, gedik sangat nak kahwin muda. Tengok sekarang, kesian perut kau. Kene ikat-ikat hah semata-mata nak kahwin dengan Wiyah. Daripada kau ikat perut kau, baik kau ikat hati aku. Free aje.” Aku berseloroh bersahaja.

            “Haish kau ni. Hati kau dah lama aku ikat. Tapi hati kau tu hak milik kekal Harraz. Aku tolong ikat dan jual pada Harraz.” Mata Faiq mengerling sekilas pada Harraz yang sudah menggeleng kepala beberapa kali.

            Semenjak aku tahu perasaan Harraz terhadap aku. Sejak aku tahu babah dan Harraz sangat rapat. Aku memang tidak banyak berbicara dengan Harraz. Harraz juga seakan faham yang aku tidak mahu berkongsi apa-apa dengan dia. Dia hanya mesej aku bila perlu sahaja. Babah tahu perasaan Harraz terhadap aku. Bahkan babah mahu menjodohkan aku dengan Harraz. Tetapi aku hanya diamkan saja. Aku hanya menjawab, aku mahu fokus dengan pelajaran.

            “Iq, bila kau jual hati Zah kat aku, aku takde hal la nak beli dia punya hati. Tapi dia pulak tak sudi, terpaksalah aku cari hati orang lain.” Jawapan daripada Harraz membawa aku ke alam kenyataan. Jawapan dari dia seakan-akan berbunyi kecewa.

            “See Zah! Tak baik kau buat Raz macam tu. Untung Raz nak beli kau punya hati. Kalau lelaki lainlah yang beli hati kau Zah, aku tak tahulah lelaki tu jenis apa. Buta agaknya. Tak nampak agaknya yang kau ni macam ‘geboy’.”

            “Otak kau!” Aku pukul bahu Faiq. Tak guna! Sakan Faiq dan Harraz menyakat aku. Ada ke patut gelarkan aku ‘geboy’ short form untuk gegurl-boy. Cis! Tak guna betul.

            “Siot kau eh Faiq. Heh sabar jelah aku dengan kau ni.” Aku toleh Harraz yang sedang tersenyum memandang aku.

            Riuh kereta itu dengan tawa kami bertiga. Tanpa aku sedar, ada sebuah kereta sedang mara di hadapan kereta Faiq. Terdengar jeritan dari Faiq dan laungan Allahuakhbar dari Harraz. Semuanya berlaku tiba-tiba dan diluar jangkaan. Kereta berpusing beberapa kali sebelum dihentam dengan kereta lain. Manakala aku pula terasa tersepit. Sakit. Pedih. Semuanya bersatu. Bila aku muka mata, aku nampak Harraz sudah terbaring diatas jalan. Darah mengalir dari celahan rambut. Aku hanya memandang Harraz sehingga mata aku terkatup perlahan.

***
“HOI! Menungkan apa tu?” sergahan tiba-tiba dari Hanum mematikan lamunanku. Aku dongak memandang Hanum yang mahu melabuhkan duduk di sebelah aku. Kemudian mata aku hala melihat cahaya malam Kuala Lumpur. Disebabkan aku duduk di kondo yang terletak di aras 13, aku boleh nampak pemandangan di bawah sana.

            “Kau fikirkan apa beb?” tanya Hanum. Mulutnya menguyah kudapan yang sentiasa ada di atas meja rumah kami. Di tangannya ada sebotol bekas yang berisi kudapan.

            Aku mengeluh berat. Pertemuan dengan Bu Jannah tadi sedikit sebanyak membuka kotak memori lama aku. Ya, betul aku rindukan Harraz. Tapi aku tak pernah berharap untuk berjodoh dengannya. Harraz merupakan satu baris nama yang aku pahat di hati sebagai sahabat.  Dan mungkin selamanya akan kekal sebagai sahabat. Sumpah aku sangat merindui Harraz. Dialah satu-satunya lelaki yang jujur dengan aku dan rapat dengan aku. Dua tahun aku cuba bangkit dari trauma. Dua tahun tu juga aku cari semangat yang hilang. Sendirian. Tanpa sesiapa.

            “Entahlah Han, aku pun tak tahu nak cakap mana.”

            “Kau ni sejak balik dari rumah mak mentua tak jadi kau tu, kau masam je. Kenapa? Faiq melamar kau ke?”

            Aku jegilkan bola mata memandang Hanum. “Kau gila ke apa? Faiq tu baru seminggu pegang gelaran duda kau tahu. Merah lagi anak dia tu. Jangankan anak dia, bini dia punya kubur pun merah lagi. Kau nak aku kene cekik dengan hantu arwah Wiyah ke?” seloroh aku bersahaja.

            Hanum  tergelak kuat. “Alaa, manalah tahu si Faiq tu gatal nak kahwin lagi satu. Lelaki zaman sekarang ni bukan boleh percaya sangat. Ada je yang kahwin lepas satu hari bini mati. Kau apa tahu?”

            “Hish, Faiq bukan macam tulah.” Aku bela Faiq. Aku tahu Faiq jenis orangnya bagaimana. Takkanlah aku nak biarkan Hanum sesuka hati kutuk Faiq. Aku topang dagu memandang Hanum seraya melemparkan pandangan ke tengah kota metropolitan itu.

            “Zah…” panggil Hanum.

            “Apa?” aku jawab panggilannya tetapi mata sedikit pun tidak menoleh ke  arah Hanum.
            “Ni kau punya ke?”

            Satu papan ubat dicampak di depan aku di atas meja. Mata aku membulat. Macam mana pulak minah ni boleh dapat ubat ni? “Mana kau dapat ni?” tanyaku terus.

            “Dah kau pampang kat kitchen, siapa lagi kalau bukan kau punya kan? Takkanlah aku pulak.” Sinis kedengaran ayat yang dibalas Hanum.

            Aku mengeluh berat dan mengaku jujur. “Haah. Aku punya.”

            Kali ini, Hanum pula yang mengeluh. “Untuk apa Zah kau telan pil tu?”

            Soalan  Hanum aku biar sepi. Berfikir sejenak. Untuk anak Faiq. Selepas arwah meninggal, aku ambil keputusan untuk berikan susu buat Zahra. Ya, aku tahu aku terlambat. Tetapi, sikit pun aku tak kesah. Sekurang-kurangnya bila Zahra minum susu aku lebih dari lima kali, Zahra akan menjadi anak susuanku. Yang bila besar nanti, batasan pergaulan dan aurat Zahra dengan bakal-bakal anakku tidak terbatas. Aku mahu jadikan Zahra sebagai anak susuanku.

            Aku menggunakan proses  Induced lactation. Proses ini ialah proses menghasilkan susu badan bagi ibu yang tidak pernah menyusukan. Makan pil perancang dan Domperidone untuk membolehkan badan “meniru” proses pembentukan kelenjar mamari sebagaimana yang berlaku semasa proses kehamilan. Itu fasa pertama yang terpaksa aku hadapi jika mahu menyusukan Zahra.

            Perjumpaan aku dengan Bu Jannah juga menyakinkan aku bahawa tindakan yang aku buat ini betul walaupun terlambat sedikit. Demi kebaikan Zahra, Bu Jannah juga mencadangkan aku supaya ambil pil untuk menyusukan Zahra. Jadi, aku harap dan berdoa supaya Allah permudahkan niat aku. Zahra boleh menjadi anak susuanku nanti.

            “Zah!” lengan aku ditolak Hanum kuat.

            Aku kaget dan membetulkan duduk gelabah.

            “Kau kenapa?” tanya Hanum sedikit kuat.

            Aku pandang Hanum. “Apa dia Han?” aku tanay dia semula.

            “Mengelamunlah tu. Tu ha,” bibir Hanum menjuih pada sepapan ubat di atas meja. “Aku tanya kenapa kau telan pil tu?”

            “Aku…” serba salah nak jawab soalan Hanum sebab aku takut dia marah. Mata Hanum aku pandang. Bibir aku ketap.

            “Kau nak beri anak Faiq tu susu kau ke?” tak sempat aku nak berlaku jujur Hanum seakan dapat membaca apa yang bermain di benakku.

            Aku angguk perlahan.

            Terdengar keluhan berat dari bibir Hanum. “Zah…” dia pandang mata aku redup. “Kau masih berharap pada dia ya Zah?” soal Hanum.

            Soalan paling susah aku nak jawab. Aku tak berharap. Tapi perasaan untuk Faiq tu masih kekal. Tak pernah berkurang sedikit pun. Susah untuk aku hakis rasa yang sudah bermukim sebati dalam hati.

            “Entahlah Han. Biarlah takdir sendiri yang membawa aku pada dia. Aku tak berharap. Jauh sekali berimpian untuk dengan dia selepas dia jadi suami orang. But this feeling is growing deeper. Looking him like this, make my heart in pain. He lost someone that he love. Someone that can bring him happiness. Their happiness is my happiness.”

            “Zah…” tangan aku Hanum usap perlahan. “Aku tahu kau masih cintakan dia. Aku tahu apa yang kau buat sekarang ni sebab kau cintakan dia. Tapi, aku tak nak kau terus berharap. Aku takut suatu hari nanti kau jatuh tersungkur untuk kesekian kalinya. Selagi Faiq tak tahu perasaan kau terhadap dia, selagi itu, kau hanya kekal sahabat di mata dia.”

            “I'm scared it might ruin our awesome relationship.”

            “Zah, what was destined to reach you will reach you, even if it be underneath two mountains. Time has a wonderful way of showing you what really matters. InsyaAllah, itu janji Allah. Kalau bukan dengan Faiq, maybe you’ll get someone better than him. Someone that can love you more than him. Tolong jaga hati kau Zah, aku tak nak kau terluka.”

            Aku senyum dan pandang Hanum. Terasa kolam mataku panas. Hanum, jangan suruh aku untuk berhenti mencintai dia. Sebab aku tak pandai. “Kalau aku terluka sekalipun Han, ini hati aku. Pandai-pandailah aku jahit sendiri luka dalam hati ni. Kau macam tak biasa pula. You know me better, Han.”

            “Zah…” meleret suara Hanum.

            Kening aku angkat dan bibir aku lakarkan senyuman. Hanum depangkan tangan. “Nak peluk.” Ucap Hanum.

            Aku tergelak halus. Terus aku rapatkan kerusi dan dakap tubuh Hanum. Hanum tergelak dan dia goyangkan badannya ke kiri dan ke kanan.

            “Aku sayang kau Zah. Tolong jaga diri dan hati sendiri.” Bisik Hanum perlahan.
            Malam itu, bintang dan bulan menjadi saksi bagaimana kasih sayang aku dan Hanum terjalin. Hanum, kaulah kawan aku paling baik. Paling aku sayang. Semoga Allah merahmati hidup kau Hanum. Terima kasih sebab sudi menjadi pendengar paling setia dalam hidup aku selepas arwah Harraz.

***

“ASSALAMUALAIKUM.” Aku bawa langkah kaki masuk ke dalam rumah yang hampir setiap minggu aku kunjung. Tangan yang penuh dengan plastik berisi buah-buahan aku terus bawa masuk ke dapur. Kelihatan Bu Jannah sedang memasak lauk tengahari.

            “Waalaikummusalam. Lambat Zah datang hari ni? Selalu pagi lagi Zah dah ada.” Ucap Bu Jannah seraya menhulur tangan untuk aku salam.

            “Ada kerja sikit kat hospital itu yang lambat. Faiq mana?” kepala aku terjengah-jengah mencari bayang Faiq.

            “Dia ada kerja sikit kat hospital.”

            “Ohh… Zahra mana?”

            “Ada kat dalam ibu. Cuba Zah pergi tengok. Mana tahu kot-kot si kecil tu dah tersedar dari lena. Zahra tu dah rindu Zah agaknya.”

            Aku tergelak kecil. “Mana Bu Jannah tahu Zahra rindu Zah?”

            “Tadi pagi sedang papa dia sibuk nak pergi kerja, menangis melalak-lalak. Jenuh juga papa dia nak memujuk.”

            “Lah yeke? Kalau macam tu, Zah pergi tengok ya Bu Jannah.”

            “Hah pergilah tengok. Walid bukannya ada. Dia keluar pergi bank.”

            Aku letak beg tangan di ruang tamu. Kemudian, langkah kaki aku bawa ke bilik Bu Jannah. Kelihatan Zahra ada di atas katil. Si kecil itu aku dekati. Tak sabar mahu gomel pipi tembam itu. Kini usia Zahra sudah genap sebulan. Bayi kecil ini kuat minum susu tepung. Mukanya sudah tembam. Alhamdulillah, walaupun Zahra tiada ibu, tetapi dia dikelilingi oleh insan-insan yang penyayang.

            Pipi tembam itu aku usap perlahan. “Rindunya kat Zahra…” suara aku meleret perlahan. Kemudian pipi Zahra aku cium. Wangi.

            Macam tahu je Aunty Zah yang kiss, Zahra menggerakkan tubuhnya. Aku tersengih. “Zahra tahu eh ni aunty Zah?”

            Kali ini Zahra merengek perlahan. Meletus tawa perlahan di bibirku. Walaupun sudah sebulan, tapi aku masih belum menyusukan Zahra. Sebab masih belum keluar susu walaupun aku sudah rasa bahagian dada aku sakit dan tegang.

            “Zahra, aunty Zah miss you.” Bisik Aku perlahan di telinga Zahra. Tidak mahu menganggu lena Zahra. Aku bangkit dari katil. Saat tubuh aku bawa berpaling menuju ke pintu bilik, mata aku bersabung dengan mata Faiq.

            “Faiq…” panggil aku perlahan. Dia perhatikan aku dah berapa lama?

            “Dah lama ke sampai?” tanya Faiq serius. Matanya tajam memerhatikan aku atas bawah. Aku rasa hari ni aku tak adalah selekeh sangat. Dengan skirt hitam dipadankan dengan blouse bercorak bunga kecil warna biru bertanah putih. Rasanya aku dah cukup cun dah. Tak lupa shawl ‘keknis’ terlilit di kepala.

            Faiq mara mendekati aku. Eh silap. Mendekati anaknya. Dia cium dahi Zahra kemudian memandang aku.

            “Erm, baru je sampai. Kenapa?” soal aku gugup. Takut untuk memandang mata Faiq.

            “Ikut aku jap.” Faiq sudah jalan ke depan. Aku pula hanya membuntuti langkahnya.

            Faiq keluar dari rumah dan dia melabuhkan punggung di gazebo rumah yang kecil di suatu sudut. Aku pula hanya menurut dan melabuhkan duduk di sebelahnya. Jarak sedikit. Takut dia boleh dengar degup jantung aku pula nanti.

            “Zah kau tak penat ke weh?” tiba-tiba soalan itu terpancul dari mulut Faiq. Aku toleh pandang Faiq.

            “Nak penat kenapa pulak?”

            “Yelah, every weekend kau datang jenguk anak aku. Macam kau tu takde life. Pergilah rehat. Bukan selalu kau dapat cuti.”

            “Alarh, bukannya apa pun. Aku tak a \da buat apa-apa every weekend okey. Daripada aku duduk terperap dalam rumah, lebih baik aku ziarah kau dengan anak kau. Boleh borak dengan Bu Jannah. Rapatkan balik ukhwah aku dengan ibu kau yang pernah terputus dulu.”

            “Hah terputuslah sangat. Kau tu yang menyombong. Hilang tah kemana tah lepas aku kahwin. Kau melepak rumah aku pun bukan dapat faedah apa. Lebih baik kau berjalan, dapat cuci mata. Dapat kau cari pakwe. Takdelah sunyi sangat hidup kau.”

            Tahukah Faiq bahawa hidup akus angat sunyi selepas kemalangan lima tahun lepas menimpa aku?

            “Takyahlah nak cari pakwe bagai. Konon boleh jadi rainbow hidup aku. Kau pun boleh apa jadi pakwe aku.” Aku bercelucon. Cuba menghiburkan suasana.

            Kali ini Faiq ketawa kuat. “Kau ni dari dulu sampai sekarang guraunya tu.”

            “Eleh, kau juga yang ajar aku cara gurau macam ni.”

            “Kalau ingat balik zaman dulu, mahu berdekah aku doh. Sweet juga aku ni eh?” Pandai juga si Faiq ni angkat bakul sendiri. Eceh!

            “Hah tahu pun kau, macam manalah hati aku tak cair bila dengar kau kata sweet. Selalu sangat bermulut manis sampai buat perempuan banyak lekat dengan kau.”

            “Tapi kemanisan mulut aku tak sama macam arwah Harraz. Kan Zah kan?”

            Aku tersenyap. Perlu ke mention nama arwah? Antara kau dan arwah, pada aku, kau juga tetap sweet. Luah hati kecilku sendiri.

            “Zah aku minta maaf kalau terlukakan hati kau. I’m sorry Zah.” Ucap Faiq rasa bersalah. Yelah, tiba-tiba aku senyap bila nama arwah Harraz muncul. Mahu Faiq tak cuak.

            “Takde apalah. Kisah lama weh. Tak kesah pun. Dah jadi history.” Aku pandang Faiq dan tersenyum.

            “Kalaulah kau tahu apa yang ada dalam hati aku Zah…”

            Dahi aku kerut bila tak faham apa yang Faiq sampaikan. Apa dia cakap? “Pardon me? Apa kau cakap Faiq?”

            Kali ini kening Faiq terangkat. “Huh? Takde apa.” Senyuman terukir di bibirnya.

            Rasanya tadi Faiq ada cakap sesuatu. Tapi apa ya?

***

FAIQ’S POV

SILING aku pandang tanpa rasa. Fikiran melayang memikirkan perjalanan hidup aku tanpa Wiyah. Sisi kiri aku toleh. Seakan terbayang ada Wiyah disebelahku. Tetapi bayangnya pun tak nampak. Cuma ada Zahra yang sudah terlena. Jam sudah menginjak ke angka satu pagi tapi aku sikit pun tak ngantuk. Takut mimpi yang sama datang lagi.

            Semenjak arwah Wiyah pergi, kerap kali aku mimpikan arwah Harraz. Kalau mimpi kenangan lain takpe. Tapi aku mimpikan pengalaman ngeri itu. Bertahun aku hidup dalam perasaan bersalah kerana kematian arwah Harraz. Salah aku. Silap aku. Aku yang memandu kenderaan itu. Harraz pergi kerana aku.

            Mata aku pejam rapat. Cuba menghilangkan rasa sebak yang mencengkam jiwa. Raz… aku rindukan kau Raz. Bisik hati aku perlahan.

            Dalam mimpi yang hampir setiap malam aku alami, berkali-kali Harraz pesan, jaga Zahrana. Sama seperti pesanan terakhir arwah buat aku.

            “Jaga…Zah…rana… Dia…unt…tuk kau. Am…manah…”

            Itu ayat terakhir arwah Harraz pada aku. Pesanan untuk aku. Amanah untuk aku. Aku perlu jaga Zah. Tapi, apabila mata aku buka dari kemalangan lalu, tatkala aku mahu menjalankan amanahku, Zah hilang dibawa pergi entah ke mana. Dan bila aku soal pada Uncle Johan. Lelaki itu hanya memarahi aku dan menyuruh aku pergi jauh dari hidup anaknya. Tak tahu kenapa.

            Pesanan arwah ini juga kerap menghantui mimpi aku selepas kematian Wiyah. Aku rindu Wiyah. Aku juga rindu dengan Harraz. Tetapi mengapa arwah Harraz yang sentiasa masuk dalam mimpi aku?

            Ya Allah, Kau tunjukkanlah aku jalan supaya hati dan akal ini hilang segala kegaulauan dan resah. Ya Rabbi, jangan Kau cuba dan duga aku melebihi batas mampu dan sanggupku.

            Aku bangkit dari pembaringa. Langkah aku atur menuju ke bilik air. Mengambil wuduk. Cuba menghilangkan segala resah di jiwa.

***
ZAHRANA’s POV

BEBERAPA bulan selepas itu, aku sudah pandai membahagikan masa untuk Zahra, kerja dan diriku sendiri. Yang mana kerja lebih menimbun daripada Zahra. Bukan apa, aku takut nanti menimbulkan salah faham oleh orang sekeliling bila aku rapat dengan Faiq.

            Mulut orang kita tak boleh tutup. Mulut tempayan memang senang nak ditutup. Orang nampak, orang ulas. Bila ulas mulalah timbul cerita sana sini. Jadi langkah berjaga-jaga, aku harus menjarakkan hubungan aku dengan Faiq.

            Kini sudah empat bulan usia Zahra. Dan telah empat bulan juga aku dengan proses induce lactation. Alhamdulillah, badan aku mengeluarkan susu dengan banyak. Tak sia-sia usaha aku selama ini. Sekarang, aku sedang menuju ke rumah Bu Jannah. Hari ini merupakan first try untuk menyusukan Zahra by breast. Susu sebelum ni aku perah dan masukkan ke dalam botol sebab tak ready nak bagi Zahra minum by badan aku sendiri. Buat masa sekarang, hanya Bu Jannah yang tahu rancangan aku menyusukan Zahra. Faiq belum tahu lagi. Entah bagaimana reaksi lelaki itu sekiranya tahu bahawa aku menyusukan anaknya?

            Sesampai sahaja di rumah Bu Jannah, aku parkir kereta di luar garaj. Langkah kaki aku atur menuju ke dalam. Salam aku beri dan aku masuk seperti biasa. Kepala aku jengah memerhatikan ruang tamu. Kelihatan Bu Jannah sedang mengagah-agah si Zahra.

            “Assalamualaikum Bu Jannah.” Tangan aku hulur untuk menyalami Bu Jannah. Kemudian aku duduk bersebelahan dia. Lihat saja Zahra berada di dukungan neneknya, aku senyum memandang Zahra dan aku hulur dua tangan aku kepadanya. Jari jemarinya cuba berpaut pada jari jemari aku. Pandai dah si Zahra sekarang, dia dah cam muka aku.

            “Alarh sayang anak aunty ni. Meh sini kat aunty meh.” Aku ambil Zahra dari dukungan Bu Jannah. Kemudian pipinya aku gomol puas-puas.

            “Hah sukalah tu bila dapat mak dia.”

            Aku sengih je dengar Bu Jannah sebut mak dia. Walaupun Cuma ibu angkat untuk Zahra tetapi aunty sayang Zahra macam anak sendiri tau.

            “Macam mana dia hari ni?” tanya aku pada Bu Jannah.

            “Alhamdulillah. Makin tembam anak angkat kamu Zah. Ibu tengok dia kuat sangat minum susu yang Zah perah. Ibu takut juga kantoi dengan Faiq. Tapi nasib baiklah Zahra ni baik. Susu tepung pun dia telan juga kalau papa dia bagi.” Beritahu Bu Jannah tanpa batas.

            “Habis tu Bu Jannah rasa okay ke kalau Zah bagi Zahra susu badan Zah? Zah takutlah Bu Jannah.” Luah aku. Takut juga Faiq marah kerana sesuka hati menyusukan anaknya.

            “Hish, kamu ni. Janganlah bagi ibu tambah cuak Zah. Buat masa sekarang ni, ibu tengok Zahra membesar without any harm. Kan dah sebulan Zah pump susu badan bagi Zahra. Elok je Zahra ibu tengok. Lagipun susu badan tu elok  untuk baby. Zah kan dah niat baik nak besarkan Zahra dengan sempurna. Nak Zahra rasa bagaimana punya ibu. Jadi ibu rasa tak ada masalah pun kalau Zah nak breastfeed kan dia.”

            Zahra yang menarik hujung tudung aku cuba mencuri perhatian aku. Mungkin bosan bila aku asyik berborak dengan neneknya tanpa mengagah dia. “Iya sayang. Aunty Zah say sorry ya. Berborak dengan nenek pulak.” Pipinya aku cium. Dia ketawa kesukaan.

            “Zah dah prepare ke?” tanya Bu Jannah.

            Aku angguk. “Hmm, Zah nak kene buat apa ni Bu Jannah?”

            Bu Jannah sengih. “Mari ibu ajar.” Satu persatu cara yang Bu Jannah ajar aku ikut. Dan baringkan Zahra dekat dengan dada aku. Aku rasa geli bila bibir kecil itu menyapa bahagian yang satu itu.

            Kedengaran suara Bu Jannah ketawa memerhatikan gelagat aku. “Hah posisi macam ni. Tengok Zahra macam nak hisap. Bismillahhirahmannirahim. Kesian cucu nenek, lapar ya?” rambut Zahra Bu Jannah usap.

            Aku mengetap bibir apabila mata aku menangkap tingkah Zahra yang sudah mula menyusu badan.  Terasa terharu dan sebak. Satu perasaan yang sukar untuk aku gambarkan. Mungkin inilah perasaan umi sewaktu menyusukan aku dahulu.

            Ya Allah, terasa betapa bersyukurnya aku di atas segala nikmat yang telah Kau berikan.

            Zahra semakin pandai menghisap. Aku angkat wajah memandang Bu Jannah yang tersenyum gembira.

            “Alhamdulillah.  Zahra nak juga breastfeed dengan Zah. Terima kasihlah Zah sebab sudi kongsi kasih sayang dengan Zahra.”

            “Zah tak kesah Bu Jannah. Zah happy tengok Zahra happy. Zahra ni dah macam anak Zah dah Bu Jannah.”

            “Itulah, dah lima bulan Wiyah pergi, Faiq tu macam takde perasaan je. Padahal Zah tu dah cukup baik dah kalau nak diikutkan. Ibu kalau boleh nak Zah jadi pengganti arwah. Tapi Faiq tu, ibu risau. Kamu pun jarang dengan dia. Kamu datang rumah ibu pun sebab Zahra. Kalau ada si Faiq tu, jarang dah ibu tengok kamu berborak dengan dia. Kenapa Zah macam nak  mengelak je dari Faiq?”

            Aku cuba garitkan senyuman. Pendengar penjelasan Bu Jannah buatkan aku rasa serba salah. “Zah cuma tak  nak rapat dnegan Faiq sebab Zah takut orang fikir yang bukan-bukan. Yelah, Zah datang dan muncul dalam hidup Faiq seula selepas arwah Wiyah meninggal. Nanti apa pula kata orang keliling. Zah tak nak orang salah faham. Cukuplah Zah rapat dengan Bu Jannah dan Zahra.” Aku tunduk pandang Zahra yang sedang bermain dengan baju aku. Pipinya aku cubit perlahan.

            “Makin tembam sayang aunty ni ya?” aku cakap dengan Zahra perlahan.

            “Ibu doakan supaya hati Faiq tu lembut dengan Zah. Ibu doakan biar dia nampak Zah sebagai sesuatu yang bernilai. Korang bukan baru kenal, tapi dah bertahun. Tak salah pun kalau nak hidup bersama. Masing-masing single.”

            “InsyaAllah Bu Jannah. Biarlah takdir yang menentukan segalanya. Apa pun yang akan jadi di masa akan datang, keluarga Bu Jannah ni dah jadi sebahagian dari hidup Zah.”

***

TING TONG TING TONG!

Loceng rumah aku bunyi berkali-kali. Grill juga digoncang berkali-kali. Aku dan Hanum berpandangan sesama sendiri. Siapa pula yang datang buat kacau ni?

            “Kau pergi tengok weh? Siapa pula yang datang malam-malam macam ni?” aku tolak bahu Hanum supaya bergerak membuka pintu.

            “Eee! Tak nak aku. Takut. Kau tengok lah cara dia tekan loceng. Tah siapa-siapa tah.” Hanum peluk kusyen. Mukanya nampak cuak.

            Takyah cakap Hanum. Aku pun cuak juga.

            “Zahrana! Bukak pintu ni!” jerit orang di luar rumah.

            Hah! Ini bala! Dia tahu nama aku. Wah! Siapa pula ni ya? Dan saat itu pula, aku terdengar bunyi tangisan bayi. Kuat sekali.

            Hanum senggol lengan aku. “Pergilah. Tah-tah Faiq kot.”

            Aku bangun dari dudukku. Aku capai tudung yang tersangkut di balik pintu rumah. Kemudian, pintu aku buka sedikit. Terkejut aku saat melihat wajah Faiq di depan grill. Mukanya bengis dan garang. Tangisan anaknya semakin kuat walaupun Bu Jannah dah memujuk.

            Alamak! Kenapa pula ni?

            “Kau tercegat apa lagi depan pintu tu? Bukak grill ni?!” marah Faiq lantang. Aku panik dan terus capai kunci gril.

            “Faiq, janganlah dimarah Zah tu. Dia tak bersalah.” Bu Jannah menasihati anaknya. Wajahnya nampak gusar dan cuak.

            “Masuklah.” Ucap aku lembut. Zahra di dukungan neneknya aku ambil. “Meh sini sayang. Kenapa anak aunty ni? Siapa buat dia nangis ni?” mata Zahra yang bergenang air mata memandang aku terus senyap. Tetapi selepas itu dia kembali menangis dan menyebamkan muka ke bahuku. Aku tepuk belakang badannya perlahan.

            “Kaulah yang buat dia nangis.” Sinis suara Faiq berkata sejurus masuk ke dalam rumahku. Aku pandang Hanum yang kelam kabut baru keluar dari bilik dengan memakai selendang express.

            Dahi aku berkerut. Tak faham. “Apa maksud kau Iq?”

            “Kau tak payah buat-buat tak tahulah Zah. Sekarang aku nak kau susukan anak aku. Dari tadi asyik melalak aje!” marah Faiq pada aku. Zahra bagaikan terkejut dengar suara ayahnya lantas tangisannya semakin nyaring.

            Aku terus duduk di sofa. Zahra aku pangku Kemudian, baju aku selak dan dekatkan breast aku dengan bibir Zahra. Laju si kecil itu hisap. Tangisan Zahra terus terhenti. Paha Zahra aku tepuk perlahan. Bibir berzikir lailahaillahllah.

            Kepala aku dongak memandang ke depan dan saat itu mata Faiq bersabung dengan mataku. Cepat-cepat dia membuang pandang. Baru aku perasan yang aku telah mendedahkan auratku. Segan apabila mata Faiq tertangkap melihat aku yang sedang menyusukan anaknya. Aku terus berpaling.

            “Ibu rasa lebih baik Faiq duduk kat kitchen dulu. Lepas Zahra habis menyusu nanti baru bincang dengan Zah ya?” suara Bu Jannah memujuk lembut anaknya.

            Selepas sepuluh minit, Zahra sudah terlena dan sudah aku tepuk belakang tubuhnya supaya sendawa. Zahra aku dukung dengan hati-hati dan hantar isyarat mata supaya Hanum keluarkan toto di depan TV. Cepat-cepat Hanum berlari mengambil toto dan bentangkan di ruang tamu. Zahra aku baringkan di bawah.

            “Syuhh…” bisik aku perlahan apabila si kecil itu bergerak-gerak. Kepala Zahra aku usap lembut dan satu kucupan hinggap di dahi Zahra. Kesian dia. Lapar rupanya. Patutlah  papanya baran semacam. Dah tahulah tu.

            “Hanum, kau tengokkan Zahra sekejap. Aku nak bincang something dengan dorang.” Pesan aku pada Hanum sebelum angkat punggung dan mendapatkan Bu Jannah serta Faiq di meja makan.

            Mata Faiq aku pandang takut-takut. Tajam sungguh mata lelaki itu merenung aku.

            “Dah tidur ke Zahranya?” tanya Bu Jannah lembut. Dia pegang tangan aku dan menyuruh aku duduk bersebelahan dengannya.

            Aku angguk.

            “Erm… Faiq…” suara aku rasa macam nak tak nak je keluar.

            “Kenapa Zah?” terus dia shoot aku dengan pertanyaan.

            Aku ketap bibir dan menunduk. “Sebab aku sayangkan anak kau Faiq. Aku minta maaf sebab tak beritahu kau.”

            “Even if you love her, you don’t need to breastfeed her Zah. Dia anak aku. Aku tahu macam mana nak jaga dia.”

            “Iq kau tak percayakan aku ke?” aku pandang mata Faiq dalam.

            “If you make a choices alone, how can I trust you?” balasnya.

            “Faiq, aku sayangkan anak kau. Zahra tu dah macam anak aku. Salah ke kalau aku bagi dia breastfeeding? She’s my anak susuan. Tak salah pun kan aku jadikan dia anak aku juga?”

            “Tapi kau tak bincang dengan aku dulu. At least you tell me dulu before kau jadikan dia anak susuan kau. Aku ayah dia Zah. Aku ada hak atas dia.”

            “Dahlah tu Faiq. Kenapalah kamu nak marah-marah Zah. Budak tu dah pun jadi anak susuan Zah. Zah bukan buat benda tak baik pada Zahra. Zah beri susun badan. Susu yang baik untuk anak kamu. Tapi kamu nak marah-marah dia pasal apa? Ibu pun salah juga dalam hal sebab ibu tak beritahu Faiq. Tapi kan ke ibu dah minta maaf tadi? Zah pun dah minta maaf.” Bu Jannah mencelah apabila aku dan Faiq asyik bertekak.

            Faiq mengeluh kasar. Dia merenung aku tajam. Aku membuang pandang. Takut hati makin suka.

            “Sekarang ni bu, anak Faiq dah tak nak puting botol. Dia cari put…” Faiq menggantungkan ayatnya. Dia tenung aku seraya matanya jatuh pada dada aku. Aku membeliak bola mata dan terus aku tutup dada sendiri dengan tangan. Bahaya si Faiq.

            “Dia cari susu Zah. Susahlah Faiq lepas ni kalau dia nak susu.” Sambung Faiq terus dan dia terus membuang pandang. Aku menunduk.

            “Faiq…Zah boleh pump susu simpan dalam botol. Jadi kenapa pula nak susah?” Bu Jannah bela aku.

            “Ibu, anak Faiq, Zahra, dia dah tak nak botol. Dia dah tak nak putting botol tu lagi. Ibu tengok sendiri kan tadi? Melalak tak mahu botol. Susahlah bu.”

            Alamak. Aku pula rasa bersalah. Yelah, sebab nak sangat bagi susu badan sampaikan Zahra tak mahu minum susu botol. Kesian pada Faiq nanti. “Faiq… aku minta maaf.”

            “Tulah kau, bertindak sebelum berfikir. Habis tu nak buat apa sekarang ni kalau anak aku asyik cari kau je nanti?” sinis tutur kata itu terbit dari bibir Faiq. Aku rasa sentap pula.

            “Lahhh, apa susah? Faiq kahwinlah dengan Zahrana. Habis cerita. 24/7 dia ada dekat dengan Zahra.” Sampuk Bu Jannah.

            Aku terus panggung kepala dan memandang Bu Jannah. Sekilas itu aku toleh wajah Faiq pula.

            “Kahwin?” serentak ayat itu meniti di bibir kami berdua.

            Ah sudah!