Friday, 19 September 2014

BFFku Jodohku


SUASANA di hospital hari ini agak hingar bingar kerana pagi tadi berlaku kemalangan jalan raya yang melibatkan banyak nyawa. Jururawat dan doktor berkeliaran ke sana ke mari. Sibuk memeriksa keadaan pesakit. Ahli keluarga mangsa sibuk berkumpul untuk melihat. Keadaan di dalam Wad 5A itu terasa bahang tekanan. Di luar Wad 5A, ada seorang wanita yang sedang ralit mengasingkan diri dengan membaca buku. Benaknya hanyut dalam kisah Dash Johari. Anthem karya Hlovate. Sedang ralit membaca, telinganya sedikit sebanyak dapat mendengar suara-suara riuh di dalam Wad 5A.

"Islam tu bukan hak orang yang sekolah agama atau golongan-golongan tertentu je. Ingat tu. Islam tu hak sekalian alam." Terbayang balik renungan Kak Jiji. "Do not let others tell you otherwise. Ever." Serius. "It is yours as much as it is theirs." Kata-kata tu diulang sendiri dalam hati.
Jangan letak pertimbangan tu di mata orang. Jenuh la nak bagi dia puas hati, sebab tak adanya senang nak capai benda tu. Yang penting kita dah tolak diri kita sehabis mungkin. Biar Allah yang nilai. Allah lebih tahu segala benda yang ada dalam kepala, dalam hati kita ni…

 “Dave, patient yang baru masuk tadi, you dah buat CT scan belum?” tiba-tiba ada suara yang mematikan bacaan wanita tersebut.

Wanita itu memakukan pandangan ke arah dinding bercat putih yang menghalangnya dari melihat gerangan empunya suara.

Patient nama Hafsah tadi ke?” jawab gerangan yang dipanggil Dave.

“Yup. Have you taking her to CT scan?”

Wanita itu terus pasang telinga.

“Belum. I suruh nurse panggilkan cardiologist tadi. Kenapa?”

“I think she’s having  torn aorta.”

What?” suara si Dave sedikit meninggi.

“If it's a cardiac tamponade, it will be bad. I think you better run the CT scan first.”

Wanita itu terus bangkit dari duduknya. Mata mencari kelibat gerangan suara itu. Dia kenal suara itu. Dia cam suara itu. Suara yang telah lama dia rindukan. Suara yang dahulunya sering membuatkan senyuman dibibirnya tidak pernah lekang. Farith…

Gone.

Kelibat yang dicari telah hilang di sebalik pintu kecemasan. Mata wanita itu terpaku memandang pintu kecemasan yang telah tertutup.

Far… itu suara kau ke? Aku dengar suara kau Far. Aku yakin itu kau. Hati wanita itu dihambat rasa kecewa.
***

Tahun 2007

“Safia, kau tunggu aku tau.”

                “Tunggu kau buat apa?” Safia angkat DSLR tinggi-tinggi lalu dia mengambil gambar langit. Cuba mengusir rasa sedih yang menghambat hati. Siapa tak sedih kalau kawan baik akan pergi tinggalkan Tanah Melayu lepas dapat result yang cemerlang?

                “Kau kan bini aku, kau kenalah tunggu aku balik. Kalau kau tak tunggu aku, macam mana kita nak bina keluarga bahagia?” gurau Farith bersahaja. Daun-daun kering di sebelahnya dikutip lalu diramas-ramas.

                Petang itu seperti biasa, dia dan Safia akan lepak di Dataran Penggaram. Di bawah pokok yang terlindung dari sinaran mentari, mereka berdua akan duduk melepak berborak itu dan ini. Selalu Farahana dan Haziq join, tetapi dah budak berdua tu dok sibuk dating kat mall, jadi tinggal Safia dan dia la yang dating bawah pokok ditemani angin petang.

                “Ek eleh kau. Siapa cakap aku nak bina keluarga dengan kau? Senget. Nak pergi belajar tu pergi jelah. Tak ada siapa nak halang.” Safia berkata selamba. Walhal di dalam hati, Ya Allah rapuhnya hati bila kena pisah dengan Farith. Dari Form 4 sampai Form 5, dia dah terbiasa ditemani Farith. Mereka tak couple, tapi mereka kawan baik. Semua benda dan cerita dikongsi bersama. Tapi bila salah seorang kena keluar dari Malaysia, berjihad menuntut ilmu di negara orang, dia telan juga kepahitan perpisahan itu.

                “Kau tak rindu kat aku ke nanti Fia?” bibir Farith memuncung. Rasa nak merajuk bila Safia cakap macam tu. Dia sayangkan Safia. Bukan hanya sekadar kawan, tetapi lebih dari tu. Bila selalu bergurau. Bergurau yang mereka akan berkahwin dan ada keluarga sendiri. Punya anak dan kerjaya. Tetapi pada Safia gurauan itu hanya bahan seloka. Lain pula pada Farith, setiap gurauan mereka, itu adalah impian Farith. Untuk hidup bahagia bersama Safia.

                “Mana ada perpisahan yang tak ada rasa rindu,Far.” Safia gantung DSLR di leher. Mata memaku ke arah sepasang suami isteri dan anak mereka.

                Farith memandang wajah Safia dari tepi. Tak dapat dinafikan Safia seorang yang cantik. Pakailah baju apa pun, Safia tetap cantik. Cuma satu yang dia tak suka, Safia pantang orang tegur dia suruh pakai tudung. Dia tahu Safia tak suka pakai tudung. Puas dinasihatkan tetapi Safia cakap:-

 “Jangan jadikan aku orang munafik,Far. Aku tak solat buat apa nak pakai tudung. Aku bergaul bebas, buat apa pakai tudung? Bukan ke lagi memburukkan imej wanita bertudung kalau aku pakai tudung?”

“Perlahan-lahanlah didik hati kau supaya pakai tudung. Step by step, dah pakai tudung, lepas tu praktis solat lima waktu pula. Nak jadi orang baik bukan secepuk terus jadi orang baik. Kena ada journey. Kena ada step. Baru boleh jadi orang baik.”

“Hish anak ustazah ni. Tunggulah hidayah Allah tu sampai pada aku. Aku tak readylah nak pakai tudung. Nak praktis jadi the real muslimah? Parents aku pun tak ajar aku nak jadi orang muslim. Pekena kat hang, anak ustazah, habis aku ditarbiyahkannya.”

“Bukan nak tarbiyah kau, tapi nak nasihatkan antara satu sama lain. Apa yang aku tahu, kita kongsi.”

Itu sketsa bila kali pertama Farith suruh Safia pakai tudung. Lepas tu kalau Farith tegur lagi, jawapannya tetap sama. Tunggu hidayah Allah. Heh sungguhlah manusia.

“Far, kau dengar tak aku cakap apa tadi?” tiba-tiba terasa bahunya ditumbuk perlahan. Farith tersentak dari lamunan panjang. Jauhnya dia termenung sampai kena tegur dengan Safia.

“Hah apa?” Farith terpinga-pinga.

“Hish dia ni! Benci betullah. Siapa perempuan yang dah main mindset kau ni? Aku baru nak bersweet madah pujangga dengan kau. Ni yang tak syok ni cakap sengsorang.” Safia kutip daun kering lalu campak ke muka Farith. Dia mencebik.

Farith bangun mengejar langkah Safia yang mahu meninggalkannya. Bukan dia sengaja tak nak dengar. Dia mengelamun terkenang kisah lalu. Itu aje.

“Ala Fia sorry la. Aku bukan tak dengar tapi mengelamun aje.”

“Sama jelah tu. Kau tak dengar apa aku cakap kat kau tadi.”

“Hah okey. Kalau macam tu kau cakap balik apa yang kau nak cakap tadi,” Farith berdiri di depan Safia.

Safia memuncung. Buat penat je aku confess kat dia tadi. Buat malu muka aku je. Nasib tak ramai orang. Eee mamat ni! Takkan nak confess lagi sekali yang aku suka dia? Eee!

“Kau tahu kan aku tak suka cakap benda ulang-ulang?” mendatar je suara Safia. Dia berpeluk tubuh membuang pandang.

“Alolo merajuk pula sayang Farith ni.” Farith cuba bergurau. Dia memerhatikan sekeliling. “Sorrylah. Tak sengaja buat deaf tadi.”

“Eee mengada. Tak nak dengar.” Safia tutup telinga. Dia terus berjalan ke depan meninggalkan Farith.

“Ala Fia… janganlah buat Farith macam ni sayang…” Farith guna ayat gula-gula.

Berbulu telinga Safia dengar. Bibir menguntum senyum. Kelakar bila Farith pujuk macam tu.

“Safia… sayang… please my baby bucuk janganlah merajuk…” langkah kaki Farith seiring dengan Safia.

Safia tahan gelak. “Bongok ah kau. Geli siot telinga aku.” Nak tak nak Safia cakap juga. Baru nak mogok tak nak cakap dengan Farith.

“Eh sayang kita dah tak majuklah. Kau kena biasakan dengar semua ni Fia. Nanti kau dah kahwin dengan aku, lagi banyak gula-gula aku bagi kau makan tau.” Sakat Farith.

Kini mereka berdua jalan kaki ke arah kolam bulat yang menempatkan mercu tanda Batu Pahat.

“Eee choi…”

“Betul Fia. Kau nanti kahwin dengan aku, hari-hari kena korek telinga sebab apa yang keluar dari mulut aku semua benda cair-cair.”

“Eee, siapa nak kahwin dengan kau. Tak nak aku.”

“Kaulah kena kahwin dengan aku. Kan dah janji dah ada anak sama-sama.”

“Eee merepeklah kau Far. Jauh sangat kau termenung tadi ek.”

“Tulah, aku tengah menungkan apa tema kita nak buat masa majlis kahwin kita nanti. Lepas tu aku fikir nak posin…”

Safia tarik cuping telinga Farith. “Dah kau merepek meraban. Aku campak kau dalam reban karang. Dah hantar aku balik cepat.” Safia ketawa sambil menarik cuping telinga Farith supaya Farith mengikut langkah kakinya.

“Adoi. Adoi. Sakitlah Fia. Adoi. Kau ni. Esok dah ada anak nanti mesti anak-anak kita ikut perangai buruk mak dia ni.” Farith masih tak puas menyakat.

Safia pukul pula perut Farith. “Bongok kau! Anak aku tahulah aku nak ajar macam mana. Jumpa lelaki sengal macam kau, aku suruh dia campak kat jalan raya biar kena gilis kereta.”

“Woi kejamnya!”

“Peduli apa aku. Anak aku.”

“Anak kau, anak aku juga. Aku ajar dia bagi kasih sayang kat orang.” Farith ketawa kuat bila Safia tarik rambut dia.

Petang itu Farith berasa susah untuk meninggalkan Safia. Tetapi bagi Safia, dia berterima kasih pada Farith kerana memberi dia kegembiraan yang hanya sedikit cuma.

***

“DOKTOR patient katil 18 tu dah boleh discharge?” tanya seorang jururawat tiba-tiba.

                Farith tersentak dari lamunan yang panjang. Frame gambar Safia yang dia pegang dari tadi diletak diatas meja. “Ha apa dia Su?”

                Jururawat yang bernama Su tu memandang doktor muda itu pelik. “Err, patient katil 18 dah okey. Boleh dia discharge sekarang?”

                Farith bangkit dari duduknya. “Hmm… saya pergi check dulu.”

                “Okey.”

                Farith melangkah keluar dari biliknya kemudian menghala ke Wad 4. Saat kakinya melangkah ke arah lif, matanya sempat menangkap wajah Safia. Belum sempat dia nak panggil, pintu lif dah tertutup. Cepat-cepat Farith tekan butang lif ke bawah.

                “Ahh, lambat betullah.” Farith berlari melalui pintu kecemasan sampai ke tingkat satu. Kemudian retina matanya terus meliar mencari susuk Safia. Dia yakin itu Safia. Sangat yakin. Biarpun wanita yang dia lihat tadi memakai tudung, dia kenal wajah lembut itu.

                “Safia!” panggil Farith antara dengar tak dengar bila dia nampak Safia keluar dari lobi utama. Langkah Farith laju mengejar Safia yang sudah mendekati sebuah kereta Persona warna biru.

                “Safia…” panggilan Farith sia-sia bila Safia terus masuk ke dalam perut kereta.

                Farith melihat kelibat kereta Persona itu sehingga hilang dari pandangan mata. Dia menggigit bibir bawahnya. Dia yakin itu Safia.

***

SOMEONE kejar kau. Kau tak perasan ke?”

                “Mana?”

                “Tu belakang tu.”

                Safia lihat cermin kiri kereta. Namun penglihatannya tidak jelas. Dia hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

                “Dia siap jerit nama kau lagi. Kau tak dengar?” tanya pemandu sebelah Safia.

                Safia tayang MP3 yang baru sahaja dia cabut dari telinga. “Aku dengar benda alah ni, mana dengar ada orang panggil.”

                “Hmm patutlah deaf!”

                Safia senyum. Dia memandang Zakiah sekilas.

                Zakiah. Zakiah. Inilah kawan dia lepas Farith pergi tinggalkan dia. Nama je perempuan tapi fizikal. Hmm… hampeh. Serupa lelaki. Rambut pacak-pacak, baju memang ikut gaya lelaki. Tak tahu nak nasihat macam mana, gaya pemakaiannya memang serupa lelaki. Ni lah kawan dia yang pelik nak jadi lelaki.

                “Abang kau macam mana? Okey?” tanya Zakiah a.k.a Zack.

                Safia angguk. “Dia okey. Esok dah boleh discharge rasanya. Dia bukannya sakit apa sangat pun, patah tangan je.”

                “Hmm… eloklah tu kalau dia dah boleh keluar wad, tak adalah kau kena jaga dia.”

                “Err, Zack.”

                “Hmm…”

                “Tadi aku dengar suara Farith.”

                 Safia membuka bicara. Lepas je dia dengar suara Farith tadi, hati dia rasa tak senang. Fikirannya asyik menerawang ingat kisah lalu. Kisah persahabatan antara dia dan Farith. Kisah perpisahan yang membawa perubahan dalam diri dia yang sekarang.

                “Kau dengar je suara dia, bukan nampak dia Fia,” Zack mengerling sekilas ke arah Safia. Mata tertumpu ke arah jalan raya. Kereta Persona miliknya membelok ke kiri masuk ke Taman Perdana.

                Safia menggigit bibir bawah. Ya, memang dia dengar suara Farith tapi itu bukan ilusi. Itu kenyataan. Cuma belum sempat dia mengiakan fakta itu, kelibat yang diharapkan menghilang. Itu yang menjadikan kenyataan itu sebuah ilusi.

                “Dah sampai. Esok kau nak aku pick up kau lagi tak?” tanya  Zack.

                Safia menggeleng. “Tak pelah. Aku boleh drive. Ingatkan nak pergi jenguk mak aku kat kampung.”

                “Hmm, yelah.”
***

SAFIA menghentikan kereta Honda Jazz miliknya sebaik sahaja sampai di depan rumah mak dan ayah di Sungai Kajang. Taman Perdana dengan Sungai Kajang memanglah tak jauh mana, tapi ketaralah jurang luar bandar dengan bandarnya. Lepas dia dapat kerja di Zainal &  Din Construction sebagai akauntan, dia terus cakap dengan mak yang dia nak pindah duduk dekat Taman Perdana. Dekat sikit dengan tempat kerja. Kalau dari Sungai Kajang ni nak ke bandar, jauhlah jugak.

                “Kereta siapa pulak ni? Mak tak ada habaq pula, ada orang datang jenguk dia.” Safia berbicara sendirian. Dia tarik beg tangannya di sebelah, buah tangan untuk mak dan ayah dicapai di tempat duduk belakang.

                Dari luar lagi dia dah dapat dengar suara ayah dan mak bergelak ketawa. Riuh berborak dengan tetamu yang datang bertandang. Syukurlah mak sudah sihat dari strok. Mak sudah boleh berjalan biarpun sedikit lambat. Mak sudah boleh bertutur biarpun percakapannya pelat. Masih Safia ingat bagaimana teruknya dia masa mak menghidap strok. Disebabkan mak sakit, dia terpaksa sambung Form 6 je. Bila habis je Form 6, kebetulan abang ngah dia kahwin, jadi adalah orang yang nak menjaga mak.

                “Assalamualaikum…” Safia memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah usang itu. Tiga tangga dia melangkah, matanya terpaku.

                Allah! Rasa nak pitam saat ini jugak.

                “Farith?” perlahan suaranya memanggil.

                “Hello baby. Knowing me? I’m your hubby, Farith Ikram. I’m back.” Farith mendepakan kedua belah tangannya. Bibir mengukir senyuman bahagia.

                That’s her! New Safia Marjina. Subhannallah. She’s nice in her hijab. Desis Farith.

                Perut Ikram dicubit kuat.

                “Adoi! Apa umi ni?” Farith menggosok perutnya yang dicubit uminya. Mata memandang wajah umi yang sedang membeliakkan mata kepadanya.

                “Kamu tu yang dah kenapa? Yang Far cakap lagu tu depan wali dia pasai pa? I’m your hubby la, baby la. Tak malu ke? Belum sah lagi dah panggil lagu tu. Umi tak ajak Far tackle perempuan macam tu tau,” umi berbisik marah. Malu bila anak terunanya berkata begitu di depan keluarga Safia.

                Farith tersengih. Bukan apa. Dia excited. Lama tak jumpa kekasih. Eceh!

                Walid dan ayah Safia tersengih-sengih.

                “Hah Phia, apa yang kau tercengat kat depan tangga tu. Masuk meh salam tetamu. Ingat lagi tak Pak Idris dengan Umi Dijah?” ayah memanggil satu-satunya anak perempuan dia dalam keluarga.

                Safia bagaikan tersedar dari mimpi. Perlahan-lahan dia menapak masuk ke dalam rumah. Tangannya dihulurkan ke  arah Umi Dijah,umi si Farith. “Bila Umi Dijah sampai?” tanyanya lembut.

                “Dah lama dah umi sampai. Lama tak nampak Fia, makin cantik Fia sekarang ya Seri.”

                Mak ketawa kecil. “Nilah anak pompuanku sorang,” jawab mak dengan pelatnya.

                Safia senyum. Mata memandang Farith yang watu itu sedang melihatnya juga. Cepat-cepat Safia larikan anak mata. “Err, Fia masuk dapur dululah ya. Nak letak barang kejap.”

                “Safia, duduk kejap dik.” Panggilan si ayah mematikan langkah Safia.

                Safia memandang wajah ayahnya. Kemudian memandang wajah Pak Idris yang duduk bersebelahan dengan ayah. Safia duduk bawah bersimpuh bersebelahan maknya yang duduk di atas sofa.

                “Dik, keluarga Pak Idris datang ni datang bawa hajat.” Ayah menuturkannya lembut.

                Safia dah bermain dengan hujung baju. Hajat apa pula yang Pak Idris bawa ni?

                “Adik dah kenal Farith pun dah lama kan? Ayah dengan mak pun dah kenal keluarga Pak Idris dengan Umi Dijah ni macam mana kan? Jadi, Pak Idris merancang dah bermenantukan adik dalam keluarga dia dengan Farith. Adik setuju tak?” tanya ayah lembut.

                Gulp! Terasa berpasir liur yang ditelan. Apsal jadi macam ni pula,yah?!

                “Umi Dijah tak memaksa. Tapi kalau Fia suka, Fia cakaplah. Kalau Fia tak suka, kami faham. Mungkin, Fia dah  ada pilihan sendiri,kan? Yelah, Farith tinggalkan Fia pun dah lebih dari 5 tahun kan? Lepas habis Form 5 terus Farith tinggalkan Fia sampailah sekarang. Tapi sekarang, Farith dah pun balik sini. Menetap kat sini, ada kerja kat sini. Korang berdua pun dah kenal antara satu sama lain. Dua-dua pernah jadi kawan baik. Jadi apa salahnya kalau kami jodohkan kamu berdua?” panjang lebar Umi Dijah menerangkan.

                Farith hanya mendengar sahaja. Tiada terniat untuk mencelah. Memang itu hajatnya membawa umi dan walid bertandang ke rumah Ayah Johari.

                Mak usap kepala Safia yang sedang menunduk. “Phia dah beso. Dah 26 tahun kan? Farith datang ni lamar Phia. Lama kan Phia tunggu dia?”

                Sebak menghambat jiwanya. Safia tahan air mata dari jatuh membasahi pipi. Sukar bagi mak untuk menuturkan ayat dengan baik tetapi Safia faham. Mak faham apa yang Safia rasa. Mak tahu apa yang Safia rasa terhadap Farith sebab masa mak lumpuh tak boleh bercakap dan berdiri, Safia asyik bercerita tentang Farith kat mak. Dan mak hanya mampu mengelipkan matanya tanda memahami.

                “Fia, setuju tak?” Tanya Pak Idris pula. “Fia fikir-fikirkanlah dulu. Kami tak memaksa, cuma kami nak sampaikan isi hati si Farith yang nak Fia jadi pelengkap hidup dia.”

                Farith dah menahan rasa gemuruh. Janganlah Fia kata tak setuju, malu dia oi.

                Safia seka air mata yang mahu menitis. Dia dongakkan wajah menghadap mak. “Umi Dijah, Pak Idris, bagi Fia masa boleh? Fia perlu berfikir. Benda ni mengejut. Jadi, Fia tak dapat nak beri kata putus. Lagi pun, Fia dan Farith, kawan baik. Kita orang memang knowing each other, tapi to be a partner for the rest of our life, berilah Fia sedikit masa untuk berfikir.”

                Pak Idris dan Umi Dija mengangguk. Faham.

                “Hmm… kalau begitu. Kami balik dululah ya Johari.” Pak Idris hulur salam. Rasanya dah lama dia berborak dengan ayah.

                Farith memandang Safia lama. Gadis itu sudah banyak berubah. Semuanya tampak manis. Dan dia berharap, perasaan gadis itu terhadapnya tidak berubah.

***

                Farahana : Farith, kau serius nak tinggalkan Malaysia? Kenapa tak further study sini je? Sanggup nak tinggalkan Fia?

                Farith : Relax lar, I’m going for good kan? Cari ilmu kat tempat orang. Lagi pun Fia okey.

                Farahana : She’s not fine Far.

                Farith : How did you know?

                Farahana : Ni bukti.

Farahana hantar gambar crop chat antara dia dan Safia di Facebook. Farith bukak dan baca.

Safia : Farah, dia nak pergi.

Farahana : Pergi mana?

Safia : Leaving me. Leaving M’sia. And leaving us. For good.

Farahana : Fia, jgn sedih please. I knew you gonna miss him.

Safia : It’s different Farah. Perpisahan thousands of miles tu lain Farah. He’s really mean to me now. I’m not willing to lose him.

Farahana : Apa kau cakap ni Fia? Kau fell in love ke apa? Gaya kau punya sedih ni lain mcm je.

Safia : This feeling really torturing me. Fell in love dgn kwn baik sendiri? Is it wrong? Bkn ke cinta itu lumrah?

Farahana : You really in pain now Fia. Just spill.

Safia : Dah spill dah. But, aku spill out the wrong time. Dia tengah dreaming to the sky kau tahu? Buat malu aku je cakap aku suka dia sengsorang.

Farith terkedu. Baru dia tahu apa yang nak disampaikan oleh Safia pada hari terakhir mereka berjumpa sebelum dia bertolak ke Kuala Lumpur.

SAAT dia mahu terbang ke Boston, hatinya berperang sendiri. Sanggup atau tidak meninggalkan Safia yang punya rasa sama seperti dia? Puas dia menanti panggilan dari Safia hari itu, tetapi hanya sia-sia. Dengan berat hati dia meninggalkan bumi Malaysia.
                Kerana itu, selepas lima tahun. Dia kembali untuk mencari eternal happiness. Selepas kejayaan di menara gading yang dia hadiahkan untuk umi dan walid, kini dia nak mencari pula hadiah untuk hatinya. Hadiah cinta untuk hati yang sunyi tanpa Hawa.
 ***

SEBULAN kemudian…

                Farith tersenyum memandang Safia yang sedang berborak dengan kawan-kawannya. Alhamdulilah, this is what we called fate! Farith dan Safia akhirnya berkahwin juga. Dari kawan  baik, mereka tukar status suami isteri. Safia bahagia. Ini adalah first love dia. Siapa sangka kawan yang selalu dia pukul, dia cubit, inilah imam dia? Kawan yang dulunya asyik bagi tazkirah suruh berubah jadi muslimah, akhirnya dah jadi suami dia yang akan pimpin dia menuju ke Jannah. Safia bersyukur kerana Allah tidak memalingkan hatinya untuk lelaki lain kerana kalau dengan lelaki lain, belum tentu lelaki itu mampu menerima Safia macam mana Farith terima dia. Belum tentu ada lelaki yang boleh menerima masa lalu Safia yang jahil tentang agama. Yang buta huruf tentang al-Quran dan Hadis. Yang bertepuk bertampar dengan lelaki sana sini.

                Sejahat-jahat lelaki, mereka mahukan bidadari yang soleh. Bukan seperti Safia yang dahulu.

                Dan kini, Safia yang baru, muncul kerana perpisahan thousands of miles yang ajar dia erti rindu dan hidup. Perpisahan yang dimana Allah duga Safia dengan pelbagai cabaran. Tiada lagi Farith yang menenangkan hatinya. Yang ada cuma sehelai sejadah, sebuah al-Quran dan seutas tasbih. Lepas Farith tinggalkan dia, mak menghidap strok. Lepas tu dia tak dapat nak apply sambung belajar sebab kena jaga mak. Then, masuk form 6 belajar macam nak gila kena struggle. Dah penat belajar, dia kena belajar memasak juga untuk bagi ayah dan abang-abang dia makan. Takkanlah nak makan lauk bungkus hari-hari. Disebabkan dia anak perempuan, semua kerja rumah dia yang buat. Abang-abang semua lepas tangan.  Semua tu mengajar Safia untuk lebih cekal dan tabah. Kepenatan yang dilalui, dia mengadu pada Allah. Nak adu pada siapa kalau bukan pada Allah,kan?

                “Termenung jauh sayang saya ni.”

                Tersentak Farith apabila bahunya ditepuk perlahan. Dia mengukir senyuman apabila melihat senyuman lebar Safia. “Dah balik ke kawan-kawan Fia?”

                Safia angguk. “Dah lama dah. Awak tu je termenung jauh sangat. Suka berangan. Saya rasa awak salah pilih course la.”

                “Course apa?”

                “Awak sepatutnya jadi pakar psikologi. Bukan doktor. Asyik termenung je. Fikir apalah tu ek? Fikir awek lain agaknya.”

                Farith tarik bahu SAfia lalu dipaut mesra. “Saya tengah fikir, apa saya nak buat dengan awak malam ni ek? Malam ni kan malam pertama kita. So saya tengah fikir nak buat apa?”

                Safia membeliakkan bola matanya. Pipi Farith ditolak kasar. “Eee! Mengada betullah. Tak ada benda lain ke nak fikir?”

                “Ni saya tengah fikir la ni nak fikir apa.”

                “Hish dia ni!” Safia tarik hidung Farith.

                Farith ketawa kecil.

                “Amboi-amboi pengantin baru ni. Agaklah pun nak bermesra. Nanti-nantilah mesra, ni kemas dulu rumah lepas tu , korang nak buat apa, korang buatlah. Sekarang korang pergi tukar baju, ni angkat semua barang-barang ni kemas.” Abang Long Safia membebel sambil tangan mengankat kerusi-kerusi plastic untuk di susun.

                Safia sengih. “Abang long ni, kan kita orang pengantin baru. Abang longlah kena buat semua ni.”

                “Eh tak de tak de, dulu aku kahwin pun aku kena join sekali tau cuci periuk kuali.” Balas Abang Long.

                Safia dan Farith ketawa kecil. “Hmm… yelah-yelah. Kita orang tukar baju dulu ya bang,” Farith tarik tangan Safia masuk ke dalam rumah.

                “Hish awak ni, biarlah abang buat. Bukan selalu saya nak buli abang long buat kerja tu tau.”

                “Apa salahnya kita tolong? Lagi pun, pengantin baru kena lalui semua ni. Barulah ada rasa manis dalam kenangan.”

                “Choi!”

                Farith kunci pintu bila melangkah masuk ke dalam bilik Safia. Walaupun rumah bapa mertuanya rumah papan, tetapi nampak klasik di dalamnya. Safia melangkah ke almari baju, dia capai tuala lalu dihulurkan kepada Farith.

                “Awak pergilah mandi dulu,” arah Safia. Dia mencabut pin-pin yang tersemat di tudung pengantinnya.

                Farith hanya memerhatikan lenggok isterinya. Sungguh dia tak percaya ini adalah Safia Marjina yang dia kenal dulu. Kalau dulu Safia free hair, sekarang berlitup dengan hijab di atas kepala. Kalau dulu bertepuk bertampar dengan lelaki, sekarang cuma dia yang boleh ditepuk tamparnya. Kalau dulu Safia susah nak ditarbiyah, sekarang, mudah nak dinasihatkan. Alhamdulillah. Itu perubahan yang dia nampak pada Safia. Bapa mertuanya juga sudah menjadi ahli surau. Kalau dulu, Ayah Johari bukannlah orang yang rajin menunaikan solat. Malah, tidak mengambil peduli tentang hal-hal agama. Mungkin selepas Mak Seri menghidap strok, baru mata tu terbuka nak bertaubat.

                Penghijrahan seorang manusia yang jahil kembali mencari jalan kebenaran itu sudah menjadi lumrah buat seorang manusia untuk mencari kebaikan. Firman Allah dalam Surah As Syams ayat 8-10. ‘Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaan. Sungguh beruntung orang-orang menyucikan (jiwa itu). Dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.’

                Safia sudah membuka tudung di kepala. Terkaku tubuhnya bila pinggangnya dipaut dari belakang. Dia melihat pantulan cermin di depan. Farith sedang membenamkan wajah ke bahunya. Tangan sasa lelaki itu melingkar dipinggangnya. Dia rasa tak cukup nafas. Tak selesa. Rasa takut.

                “Err… Far?” panggil Safia apabila Farith cuba membenamkan hidungnya ke leher Safia.

                “Hmm…” sahut Farith.

                “Sayakan tengah busuk ni. Janganlah peluk. Gelilah.” Perlahan sahaja suara Safia. Mukanya menahan kebas. Malu.

                Farith tersenyum nakal. Dia sangkut dagu di bahu Safia. Mata memandang cermin. Bibir membisikkan sesuatu di telinga Safia, “No matter what has happened. No matter what you’ve done. No matter what you will do. I will always love you. I swear it.”

                Safia telan air liur. “Far…” Safia cuba memegang tangan sasa Farith untuk dilepaskan.

                “Syuhhh… let us be like this for a moment. Kejap je Fia.”

                Berderau darah Safia. Suara garau Farith yang menerjah masuk ke gegendang telinganya saat mencairkan hatinya. Farith memejamkan matanya. Merasai hangatnya tubuh Safia.

                “I miss your smell, I miss your laugh, I miss the moment between us, I miss the way you talking to me, I miss everything about you Fia. I’m really sorry for leaving you. Really-really sorry.”

                Mata Safia terkelip-kelip.

                “I’m sorry for not heard your confess.”

                Safia terkejut, “awak tahu?”

                Farith angguk. “Sorry for not notice your love.”

                “Far saya…”

                “Sejak kita kawan lagi, hati saya rasa lain terhadap awak,Fia. Sayang saya pada awak bukan sekadar sahabat, tapi lebih dari sahabat. And the best part was, bila kita talked about our future and our children. Kita kidding nak hidup sama and having a children, tapi sebenarnya, setiap gurauan kita tu, adalah impian saya untuk hidup dengan awak.”

                Safia terus memalingkan tubuhnya menghadap Farith. Mata Farith ditentangnya. “You… love me?”

                Farith sentuh wajah Safia. Pipi isterinya diusap penuh kasih. “Yes, I am. Loving you naturally.”

                Safia terasa sebak. Ya Allah… rasa terharu dengan luahan Farith. Safia terus peluk Farith erat. Telinganya dilekapkan pada dada bidang Farith.

                “Far…”

                “Hmm…”

                “I’m speechless.”

                Farith tergelak kecil. “I love you.”

                Kali ini giliran Safia pula yang tertawa kecil. “Far, tahu tak?”

                “Tahu apa?”

                “Pernah dengar tak orang cakap mancam ni?”

   “Cakap macam mana tu?” Farith usap rambut Safia.

“Everyone has a unique heartbeat, just like everyone has a different face. Every pattern is different. There's only one person who shares the same heartbeat as you. It's your soulmate.”

Farith ketawa perlahan. “Dah tu, degup jantung kita sama tak?”

Safia mendongakkan wajahnya memandang Farith. Dia tersenyum seraya mengangguk laju.

Farith gigit hidung Safia lembut, “love you soulmate.”

Safia tersenyum bahagia. Rasa syukur dipanjatkan kepada yang Maha Berkuasa. Terima kasih atas segalanya. Ini adalah hikmah perpisahan yang terjadi di antara mereka.

***



Mana mungkin, seseorang tu mampu untuk berubah bila mana dia sendiri tak tekad untuk berubah. Apatah lagi, tak pernah rasa untuk berubah. Kita selamanya tidak akan pernah tahu apa yang bakal terjadi pada masa hadapan. Tetapi kita boleh mengubahnya mulai hari sekarang. Apa yang kita buat hari ini, itulah yang bakal terjadi pada hari esok. Yang penting, tanya pada diri, jika ingin melakukan kebaikan, di manakah usaha? Begitu juga dengan soal rezeki dan jodoh. ‘Qada muallaq’ iaitu ketentuan Allah yang tercatat di loh mahfuz dan kita boleh mengubahnya. Tetapi itu semua bergantung kepada sejauh mana usaha dan doa.

FARITH tersenyum apabila teringatkan kata-kata Muaz sahabatnya semasa di Boston. Dalam banyak-banyak kawan, Muaz tulah yang rajin bagi tazkirah dalam rumah. Sebab tu orang-orang yang duduk dalam rumah semuanya baik-baik. Buat salah sikit je, mesti kena tegur dengan Muaz.

                Farith turun ke bawah mencari si isteri yang menghilang selepas makan tengahari tadi. Kata nak naik bilik kalau dah siap kemas dapur, tapi si isteri tak muncul-muncul. Penat dia asyik menghadap tab.

                “Sayang…?” panggil Farith. Rumah teres dua tingkat itu terasa sunyi. Panggilannya tidak bersahut.

                “Mana pulak bini aku ni?” bicara Farith sendirian. Dia melangkah ke dapur tetapi Safia tiada.

                Lepas mereka kahwin, dia dah buat keputusan nak duduk rumah sendiri. Rumah yang Safia beli di Taman Perdana telah disewakan kepada orang. Bila ada rumah sendiri senang dia nak bermanja dengan Safia.

                “Fia?” panggil Farith. 

                Tiba di ruang tamu, dia tersenyum penuh makna. “Ohh kat sini dia rupanya.”

                Safia yang sedang membaca sambil telinga disumbat MP3, memang patutlah tak dengar apabila dipanggil.

                Farith duduk bersebelahan isterinya. “Sayang…”

                Safia memandang suaminya sekilas tanpa rasa bersalah. Kemudian mata kembali sambung membaca You Can Be the Happiest Woman in the World (A Treasure Chest of Reminders) by Dr. Aid al-Qarni.

                Farith membeliakkan bola matanya. Dia menarik MP3 milik Safia. Isteri dia suka sangat dengar MP3. Masih Farith ingat masa mula-mula dia minta pinjam MP3 isterinya untuk dibawa ke hospital, peneman di kala kebosanan menghadap laporan pesakit. Bila dia bukak je MP3 tu, dalam tu penuh lagu-lagu yang menyentapkan jiwa. Semuanya berunsurkan Islamik. Dari lagu-lagu islamik tanah air hinggalah ke luar negara. Lagu Sami Yusuf, Saif Adam, Hijjaz, Raihan, Sigma , semua ada.

                “Apa bie ni kacau orang?” gumam Safia. Geram apabila konsentrasi dia membaca dia terganggu. Tengah syok-syok layan lagu Kau Ditakdirkan Untukku,si suami dah kacau.

                “Ayang tu hah.”

                “Kenapa dengan Fia pulak? Bie yang kacau orang.”

                “Fia lupa janji.”

                “Janji apa pulak bie ni?” berkerut dahi Safia.

                “Kata lepas makan tengahari nak temankan abang dalam bilik. Inikan weekend, tapi sayang sibuk baca buku. Bie ni dah lah susah nak dapat cuti.” Bebel si suami mengundang tawa di bibir Safia.

                “Sorry. Sorry. Fia lupalah bie. Bie tunggu 10  minit boleh tak? Fia habiskan 1 chapter dulu okey? Then bie nak buat apa kat Fia, bie buatlah.” Kata Safia bersahaja. Dia kembali menyambung baca.

                Farith melongo. Heh susah dapat isteri ulat buku nilah. Farith terus capai remote control. Kononya merajuk. Bukak-bukak je siaran di depan mata tayang scene kissing. Yoon Soo Wan dan Park Dong Joo tengah kissing tak lepas-lepas. Farith terus pandang Safia.

                Everything that happens to you for the sake of Allah is an expiation for you, if Allah, the Exalted, wills. Hear the glad tidings narrated in the hadith :
'If a wonam obeys her Lord, offers her five daily prayers and preserves her honour, she will enter the Paradise of her Lord."
These are easy matters for the one for whom Allah makes them easy. So, by doing these great deeds you will meet a merciful Lord who will give you happiness in this world and in the Hereafter.

                Safia ralit membaca. Tanpa dia sedari si suami sibuk memerhatikannya. Safia basahkan bibirnya yang kering. Semenjak dua menjak ini, bibirnya kerap kering. Mungkin kerana cuaca yang panas.

                Farith pula tak dapat nak menahan naluri kelakiannya. Melihat bibir Safia membuatkan dia rasa….

                Safia kaget apabila lehernya dipaut. Bibirnya terasa dikucup oleh Farith. Lama mereka berkeadaan sebegitu. Buku yang dibaca Safia juga terlepas dari tangan. Safia menolak dada Farith perlahan.

                “Bie… apa ni!” rungut Safia. Mukanya memuncung.

                Farith tersengih. Dia menggosok belakang tenguknya. “Bibir sayang kering, bie tolong basahkan je.”

                Safia cubit paha Farith. “Eee… tak aci. Kan dah kata lepas 10 minit, bie nak buat apa bie buatlah.” Safia dah memuncung.

                Farith terus bangun lalu mengendong isterinya. Terjerit Safia dibuatnya.

                “Bie, apa bie buat ni? Turunkan Fia la.”

                “Tak mo. Jom. Kita belajar reproduction.” Farith terus menuju ke tangga naik ke bilik mereka.

                “Bie… apa ni…” muka Safia dah blushing. Malu.

                Farith tergelak kecil. Tawa mereka bergabung bila Safia mengelak dari kena cium dengan Farith.

                Safia diletakkan di atas katil. Kemudian Farith mengambil tempat bersebelahan dengannya. Farith menongkat dagu memandang Safia yang sudah menutupkan muka dengan comforter.

                “Hei.” Panggil Farith lembut. Dia menarik comforter yang menutupi wajah Safia.

                Safia tersengih. “My hubby Farith Ikram… boleh tak jangan buat Safia Marjina macam ni?”

                “Buat macam mana tu?”

                “Safia Marjina tak nak belajar reproduction.”

                Farith tergelak spontan lalu ditarik hidung Safia.

                “Fia, bie tak paksa Fia la. Bie cuma nak Fia temankan bie tidur.”

                Satu kucupan hinggap di dahi Safia. Safia pandang suaminya.

                “Kenapa tengok bie macam tu?”

                Safia sengih. “Handsome.”

                “Cet, baru tahu bie handsome?”

                “Dulu bie tak handsome, tapi kacak. Lepas Fia kahwin dengan bie, baru Fia tahu yang suami Fia ni sangat-sangat handsome luar dan dalam.”

                Farith menggosok rambut depan Safia. “Ada je eh,” ujar Farith. Dia berpaling sekilas lalu tangan mencapai sesuatu di sisi meja katil.

                “Nah.” Farith hulur sesuatu.

                “Apa ni?”

                “Tengoklah.”

                Safia capai kertas itu lalu dibelek. Matanya terbeliak.

                “Kita nak pergi sini?” seakan tak percaya Safia dibuatnya.

                Farith tersenyum bahagia bila melihat wajah ceria Safia.

                “A’ah… we are going to Salzburg, Austria!”

                “Jinjja?” keluar dah loghat Korea si Safia ni.

                Farith angguk lalu dikucup kejap bibir Safia. “Kita pergi honeymoon kat sana okey?”

                “Jauhnya bie.”

                “Tak apalah jauh-jauh. Dah nama pun honeymoon. Lagi pun ada impian kita kat sana.”

                “Impian kita kat sana? Apa maksud bie?”

                “Fia ingat tak yang bie pernah cakap bie nak bawa Fia pergi sky diving?”

                Safia terdiam. Benaknya membuka kotak memori.


                Saat itu mereka di atas puncak gunung Hutan Lipur Perdana. Di atas puncak itu, mereka melihat panaroma indah bandar Perdana.

                “Fia, esok kalau kita dah kahwin, aku nak ajak kau pergi sky diving. Kau nak ikut tak?” tanya Farith. Mata tak lepas tengok langit.

                “Kau mampu ke nak bawa aku pergi sky diving Farith oiii?” Safia tergelak kecil.

                “Eh mampulah. Kalau kau jadi isteri aku, aku akan buat semampu yang boleh.”

                Safia ketawa lagi. “Kau tak takut ke sky diving?”

                “Buat apa nak takut, kau kan ada. Kan kita pergi sky diving sesama.”

                “A’ah juga ek. Nanti kau peluk aku kuat-kuat tau Far. Aku ni pengecut.”

                Farith tersenyum memandang Farith. “Iya, aku peluk kau. Tak lepas-lepas.”

                “Dah ingat dah?” tanya Farith apabila Safia terdiam lama.

                Safia angguk perlahan. “Tak sangka bie ingat kenangan tu.”

                “Mana boleh tak ingat. Setiap kenangan bie dengan Fia, semua bie ingat tau.”

                Safia ketawa lembut. Dia merangkul leher Farith. “Tapi kalau kita nak pergi sky diving, bukan ke orang yang pandu arah parachute tu pekerja-pekerja kat situ jugak?”

                “Memanglah. Tapi kita special tau sayang. Sayang beruntung tau dapat Doktor Farith Ikram.”

                “Apsal pulak?”

                “Sebab bie dah belajar cara-cara nak pandu parachute tu. Masa kat Boston dulu setiap kali summer break je, bie dengan member-member bie pergi travel. So tahun tu ada singgah Untersberg, kat situ ada sky diving, seminggu kat sana bie belajar pandu benda alah tu. Lepas balik dari sana, setiap kali ada cuti je bie mesti pergi Austria. So, bolehlah bie bawa isteri bie sorang ni pergi sky diving. Boleh peluk tak lepas-lepas.”

                Safia rasa terharu sangat. Sanggup suami belajar semua tu semata-mata untuk dia.

                “Lah menangis pulak dia?”

                “Fia terharu.”

                Farith senyum. “ I’m happy when you smile. In your smile I see something more beautiful than the stars,sayang.”

                Safia sengih. Dia tahu ayat itu. “Bie main tipu. Bie cilok ayat novel.”

                Farith terkelip-kelip. Baru ingat nak bermadah pujangga. “Mana ada cilok sayang. Ni ayat bie la.”
                “Eee… bohong. Memanglah I’m happy when you smile tu ayat abang. Tapi yang selebihnya tu ayat novel,” terang Safia. Ingat dia ni senang kena gula-gula?

                “Alarh, sayang ni. Orang nak bersweet pun tak boleh. Potong stim betul.”

                Safia tergelak. Bukannya dia tak tahu dialog ‘And in her smile I see something more beautiful than the stars,’ tu. Ada dalam karya Beth Revis tajuk Across the Universe. Nasiblah Farith dapat bini ulat buku.
 ***

Setahun tahun kemudian.

                “Hei morning…” Safia peluk tubuh encik suami dari belakang.

                Farith tersenyum memandang  isterinya. Satu ciuman hinggap di dahi isterinya. “Dah bangun? Dah gosok gigi dah?”

                “Hmm…” Safia angguk. “Bie masak apa tu?”

                “Omelette rice.”

                “Hmm, nampak sedap.”

                “Memanglah sedap. Bie yang masak.”

                Safia tergelak. Sepatutnya dia yang sediakan sarapan untuk suami tapi oleh sebab lepas subuh dia dengan encik suami sambung tidur, dia pun terlelap tak sedarkan diri. Tahu-tahu bangun dah pukul 10. Keluar dari bilik dah bau masakan dari dapur. Tahulah dia encik suami tengah masak.

                “Sayang, tak puas ke peluk bie semalam sampai hari ni pun nak peluk lagi?” tanya Farith apabila isterinya masih tak lepas back hugs.

                Wajah isterinya yang baru bangun tidur, dengan short pants dan knit sweater tersarung di tubuh nampak begitu comel. Farith dukung tubuh isterinya lalu diletakkan di atas meja makan. “Sit here. Jangan kacau bie. Nanti dah siap makan, kita sambung peluk ya?” Farith kenyit mata ke  arah isterinya.

                Safia tersenyum. Kemudian dia hanya memerhatikan tingkah Farith dari belakang. Sudah setahun mereka berkahwin tetapi dia masih belum mampu bagi zuriat pada Farith. Puas mereka mencuba tapi hasilnya masih tak ada. Allah belum beri rezeki lagi.Mungkin mereka belum cukup matang untuk menguruskan anak.

                “Tada!!! Siap. Khajaaa. Jom makan.” Farith hidangkan sarapan.

                Safia masih termenung jauh.

                “Sayang?” Farith usap pipi Safia perlahan. Melihat wajah isterinya yang bermuram durja tahulah dia si isteri sedang dibelenggu masalah.

                “Kenapa ni?”

                Safia senyum. “Tak ada apa.”

                “Dah tu kenapa masam-masam?”

                Safia pegang tangan Farith. Rasa terkilan sebab tak mampu nak bagi Farith anak. Puas dia pujuk hati sendiri yang Allah belum bagi dia rezeki lagi, tapi rasa terkilan tu tetap ada.

                “Bie…” panggil SAfia.

                “Hmm…”

                “Bila kita nak ada anak?”

                Farith mengeluh perlahan. Setiap kali bangun tidur, isteri dia mesti fikir tentang benda yang sama. Dia tahu kekecewaan yang melanda isterinya setiap kali Safia datang bulan. Setiap kali Safia period, Safia akan menangis. Bukan mereka tak usaha, mereka usaha. Setiap bulan Safia akan jumpa doktor pakar sakit puan. Tapi tulah, belum ada rezeki.

                “Fia, kan bie dah cakap. Percaya dengan qada dan qadar Allah. Belum ada rezeki kita lagi nak ada anak. Allah bagi masa untuk kita berdua nikmati hidup sebagai pasangan suami isteri. Lagipun bie belum puas lagi nak bermanja dengan sayang.” Farith kenyit mata memandang Safia. Itulah alasan yang dia bagi setiap kali Safia berada di mood kekecewaan.

                Safia senyum tawar. Dia perempuan. Mana dia pergi, bila orang tanya, dia bagi alasan yang sama, tak ada siapa faham. Sentap bila orang lain pandang dia tak ‘sempurna’. Sedangkan rezeki tu Allah yang bagi.

                “Fia…” panggil Farith lagi. “Dahlah jom makan.”

                Safia angguk lalu melabuhkan punggung di atas kerusi. Farith mengambil tempat.

                “Fia jangan sedih macam ni tau. Lagi pun kita baru je setahun kahwin. Fia ingat tak umi cakap apa? Allah tidak menjanjikan setiap orang yang berkahwin akan mempunyai anak tetapi Allah menjanjikan keluasan rezeki, hati yang tenang dan pahal buat mereka yang mengamalkannya. Jadi jangan bersedih kalau masih belum dikurniakan anak setelah berusaha sehabis daya. Mungkin Allah telah mengurniakan kita dengan rezeki yang orang lain tidak mampu mengecapinya.”

                Safia angguk. Alhamdulillah dia dapat mak mertua yang memahami. Tak mendesak nak bercucu sebab Farith ialah anak bongsu dalam keluarga. Abang dan kakak-kakak Farith semuanya sudah beranak. Sebab tu Umi Dijah tak kesah sangat. Umi Dijah selalu menjaga hati dan perasaannya.

                “Thanks for understanding me,bie.” Safia sentuh tangan suaminya.

                “Fia kan isteri bie. Bie faham sayang.”

                “Bie takkan cari perempuan lain kan kalau bie nak anak?”

                “Astagrafirullah. Apa sayang ni cakap macam tu? Kan bie dah kata, kita masih newlyweds. Enjoy our life dulu okey?” Farith gosok lengan Safia yang terdedah.

                Safia sengih, “Fia cakap je. Fia tahu bie sayang Fia.”

                “Ecehhh… dahlah. Makan cepat. Lepas ni kita sambung peluk-peluk eh?” Farith kenyit mata nakal.

                Safia jelir bibir. Faham sangat dengan pandangan mata suaminya. Alhamdulillah, Farith adalah belajan jiwanya. Pernah dengar tak orang kata, nak cari kawan biar ada chemistry, nak cari jodoh biarlah yang kepalanya dua-dua tak sama. Jadi bila sorang bagi opinion, sorang lagi membangkang, bila sorang lagi membakang, sorang lagi menyokong. Itu kata orang. Tapi ini kata Safia. Happiness is being married to your best friend.

                                                                           
  SEKIAN… TAMAT


# Assalamualaikum. Long time no see. Eceh. Ayla sibuk. Sangat sibuk. Memang tak ada masa utk menaip. Tapi disebabkan, ada benda yg buat mood menaik tu tiba-tiba ada, Ayla try jgk taip satu cerpen. So this, a gift for you guys. Maaf sekiranya ada salah silap, ada typo error, ada terguris dan terkasar bahasa. Ayla cuma manusia biasa yg cuba utk jadi luar biasa.Idea dtg dari my cousin yg sekarang ni confirm2 la berperang dgn perasaan sndiri. Haha. It's funny okay bila tgok sepupu sendiri jatuh cinta tapi x nak mengaku. Penat je telinga ni kena tadah luahan jiwa org bercnta. Haha.
Hope you guys enjoy read this story sebab Ayla akui yg Ayla dah hilang skill menulis. Rasa susah sgt nak siapkan cerpen ni, tapi akhirnya siap jgk. Maaf sesangat klau ada yg tak sempurna dlm cerita ni. Mana yg baik jadikan teladan, mana yg buruk tolak tepi. Hehe.