Friday, 27 June 2014

Review Novel : Eksperimen Cinta - Anjell



SINOPSIS :

Kali pertama mereka bertentang mata. Masing-masing dah ada pandangan sendiri. Dan tak sangka pula Tengku Aaron ini memang gila orangnya. Sangat-sangat tak terduga sikapnya. Kalau tak gila, apa perkataan paling sesuai nak digambarkan kepada orang yang tiba-tiba ajak kahwin padahal kenal tak sampai dua jam?

Demi syarikatnya, Damia buat keputusan gila juga! Tak ada jalan keluar melainkan cakap, “saya setuju!” Damia letakkan syarat dengan harapan Tengku Aaron batalkan niatnya.

“Awak jangan menyesal pula kahwin dengan saya. Sebab saya ni pisau cukur...”

“Oh, ya?! Kalau cap Gillete Mach3 Turbo, aku lagi suka. Kikislah banyak mana harta aku. Aku tak kisah. Harta aku bertimbun-timbun…”

Gagal dan gagal. Akhirnya bersatu juga! Bagi Tengku Aaron semuanya tak lebih daripada sebuah eksperimen saja. Dan bagi Damia, selagi belum lafaz talak terucap, selagi itulah maruah Tengku Aaron akan dijaga. Berjayakah Tengku Aaron Shah meneruskan eksperimen cintanya?


MY REVIEW :

I love this story. Muah. Muah. Muah. Sweet gila! Dengan perangai Tengku Aaron yg ego tinggi tapi sebenarnya sayang gila kat bini dia memang umphhh! I like! Haha! Dahlah ada lesung pipit kat pipi memang rasa nak bagi kiss hari-hari kat Tengku Aaron. Haha! Gila kau Ayla! Nak kena beduk dengan Damia?

Damia pulak kepala gila-gila. Tapi part dia nak luahkan cinta tu lambat sikit dari Tengku Aaron yang mula runtuh dgn ego sendiri. Damia pandai masak, bertudung. Walaupun lembut tetapi dia brutal gila.

Anjell iaitu writer story ni memang berjaya buat jalan cerita ni sweet memanjang. Bila sedih,sedih sangat bila dah masuk part Tengku Adrean dgn Seri tu. Huhu. All the best to the writer sebab buat Ayla addicted gila dgn cerita ni.

Tak rugi kalau beli. Even tebal dan agak mahal tapi bagi Ayla berpatutan dengan cerita dia yang tak meleret2 dan too many konflik. Memang best. Ayla senyum ajee memanjang. Perangai Tengku Aaron yang suka mengacah Damia buat Ayla rasa he is a naughty guy yg ada mulut manis walaupun kadang2 menyakitkan hati. haha. Bahasa yg Anjell guna pun santai dan brutal. I like. :)


So that all my review. Jadi belilah. Even Ayla x beli tapi Ayla baca. Haha!

#CopyPaste dari blog lama. Sekian~~~

Monday, 9 June 2014

CERPEN : Khilaf Itu

"Kerana khilaf itu, mereka bersama."

***
KAKI dari tadi mundar-mandir macam cacing kepanasan. Sesekali keluhan berat terhambur dari bibir mungilnya. Sekejap-sekejap dia berhenti dan menggigit jari. Kepala berserabut dengan masalah yang menimpa. Penat ke hulur ke hilir, dia melabuhkan punggung di atas atas. Tangan naik memicit pelipis.


Ya Allah apa yang aku harus lakukan? desisnya perlahan. Mata dipejam rapat mengimbau malam yang meragut mahkota wanitanya. Keluhan berat dilepaskan. Terasa khilaf dengan kesilapann lalu. Betapa dia memandang remeh dengan ayat al-Isra yang ke 17:32 'la takrabu zina'.

Kini, kesannya dia yang tanggung. Tangan kanan turun menyentuh perut. Ya Allah... apa aku dah buat ni? Nak gugurkan? Apa yang aku pernah buat ni pun dah berdosa apatah lagi nak gugurkan kandungan ni. Dia mengeluh sesal di dalam hati. Bibir bawah digigit. Iskandar... apa kita nak buat ni? Ya Allah...

Air mata dah bergenang di empangan. Tunggu nak pecah je. Bila datang musibah macam ni baru nak ingat Allah. Dulu masa buat dosa dengan Iskandar langsung tak terlintas di fikiran dosa pahala. Sekarang? Nak menangis air mata darah pun dah tak ada guna. Dia dah hilang satu-satunya maruah diri. Sekarang dia bawa pula nyawa yang tak berbapa di dalam rahimnya. Sungguh dia menyesal. Tapi apa boleh dia buat? Nasi dah jadi bubur.

Lisa tarik nafas dalam lalu dihembus perlahan. Lutut ditarik naik rapat ke dada. Tangisan tidak dapat ditahan. Dia menyembamkan wajah ke lutut lalu menangis penuh penyesalan.

***
"LAILA dengarlah apa aku nak cakap ni!" tempelaknya geram apabila sahabat sendiri buat donno bila dia datang nak mengadu. Mata kawannya, Laila ralit memandang Peter Packer yang dok berborak dengan Gwen Stacy.

"Apa kebendanya kau nak bagi tahu aku? Cepatlah. Orang tengah syok layan spiderman nilah kau dok gesel kat aku nak ngadu. Hah apa kehenya?" ujar Laila selamba tanpa menyedari riak wajah Lisa yang sudah berubah kelat. Kecil hati.

Lisa memandang sekeliling. Dalam rumah Laila tiada sesiapa kerana orang tua gadis itu sentiasa sibuk dengan kerja. Adik beradik gadis itu pula? Selalu pulang lewat malam.

"Ila... aku mengandung." Ringkas pembuka bicara Lisa.

Laila angguk faham. "Ohh... mengandung. Baguslah tu..." mata masih memandang televisyen.

Dahi Lisa dah berkerut seribu. Eh dia ni dengar ke tak?

"HAH! APA! Kau mengandung?" kepala Laila yang dari tadi memandang TV terus berkalih menghadap Lisa.

Lisa angguk lemah. Air mata kembali bergenang. Salahnya sendiri. Tak guna tunding jari kat orang pun.

"Seriously beb?" tanya Laila lagi seakan tidak percaya.

"Yelah. Dah tu?" jawab Lisa mandatori.

"Beb... jangan cakap dengan aku yang kau..." mata Laila membulat besar dengan kedua-dua jari telunjuk di satukan. "... dengan siapa kau buat?"

Laila tahu Lisa budak baik. Seteruk-teruk dia, dia tidak pernah mengajak Lisa mengikuti jejak langkahnya yang bebas bergaul dengan lelaki. Seteruk-teruk dia, dia tak pernah ajak Lisa join dia lepak kat rumah-rumah jantan. Dia akui dia dah buat lebih dari pergaulan bebas tapi sampai tahap mengandung??? Dia selalu sediakan payung sebelum hujan. Apa guna kedai jual protection kalau tak pakai? Yer dak? Tapi kadang-kadang selalu juga terlupa. Tapi lepas tu cepat-cepat dia makan pil dan ambil langkah pencegahan supaya tak lekat.

Lisa tak mampu nak tahan air mata. Dia menangis di depan Laila.

"Aku khilaf Ila. Aku salah. Aku ikut kata nafsu. Aku dengan Iskandar betul-betul hanyut. Aku tak tahu apa yang kita orang lakukan. Kita orang macam khayal. Aku bangun-bangun je aku tengok Iskandar depan muka aku. Iskandar pula buat muka selamba. Aku... aku... aku menyesal Ila," tersedu sedan Lisa bercerita.

"Ya Allah Lisa kenapa tak pakai protection?" gerutu Laila.

Astaghrafirullahhalazim. Sahabat sendiri dengan selamba mengajak ke arah kemungkaran. Sebab itulah Dr. Zulkifli Al-Bakri cakap, pilihlah rakan-rakan yang baik, rakan-rakan yang mungkin menyebabkan kita insaf dan kembali kepada Allah, rakan-rakan yang membuatkan kita kenal tikar sejadah untuk solat, rakan-rakan yang boleh menyebabkan kita pegang al-Qur'an walau sehari sekali, rakan-rakan yang menyebabkan kita rasa menyesal tak bangun malam bermunajat kepada Allah, rakan-rakan yang menyebabkan kita banyak menyebut zikrullah supaya gejala negatif macam ni tak berlaku pada kita.

"Aku tak tahu La, aku tak tahu." Lisa menyeka air matanya.

"Dah tu macam mana ni? Kau dah beritahu Is belum?"

Lisa menggeleng. "Aku tak tahu macam mana nak beritahu dia. Aku takut dia tak nak bertanggungjawab."

Laila dah menggeleng. Haish. Terus kaki melurut turun dari sofa yang dia duduki. Laila menuju ke dapur. Lisa hanya memerhatikan tingkah sahabatnya.

"Nah.." dua minit kemudian Laila letak semangkuk nenas di depan Lisa.

"Nak buat apa ni?" laju Lisa bertanya.

"Eee kau ni. Lembaplah. Buat makanlah. Nenas kan tak elok untuk perempuan mengandung. Jadi kau makanlah. Mana tahu gugur. Tak payah susah-susah buang duit pergi buat abortion."

Sekali lagi, astagrafirullah.

"Laila kau gila ke?!"

"Dah tu? Kau nak tunggu perut kau besar? Kau nak tunggu kau kena hina? Kena cerca, kena cemuh?"

Lisa mengeluh berat. Tangisannya kembali bersambung. Ya Allah apa yang perlu aku lakukan? Kill myself by my own? Lagi satu dosa.

***
ISKANDAR bersiul-siul kecil menuju ke keretanya. Hei senangnya dalam hati... dia bernyanyi di dalam hati pula. Esok dia akan bertolak ke Kuala Lumpur. Lusa dia sudah bersedia untuk menjalani kehidupan baru sebagai mahasiswa. Sibuk nak mendaftarkan diri ke Uni. Siapa sangka rezekinya menyambung Foundation in Engineering di UiTM Puncak Alam? Result pun A solid dengan A- je. Kira alhamdulillah dapat sambung asasi kejuruteraan.

Saat punggung dihenyak ke atas kusyen kereta pintu disebelah kiri juga turut terbuka dan diduduki seseorang.

"Oiit!" terkejut Iskandar apabila melihat tubuh genit disebelah kirinya.

Bibir mengukir senyuman kecil. "Eh... Lisa..." dia fikirkan perompak manalah yang nak rompak dia depan Seven-E ni.

Lisa tayang muka lima posen bersahaja.

"Hey, apsal cemberut macam kodok je ni?" gurau Iskandar yang masih tidak perasan riak wajah Lisa yang sembap dan pucat itu.

"I've something to tell you," mendatar sahaja ujaran Lisa.

"Hei... seriusnya. Cool lah..." Iskandar tarik senyum nakal. Dia mendekatkan wajahnya dengan wajah Lisa. Dia akui Lisa mempunyai aura yang tersendiri. Walaupun Lisa bukanlah gadis yang sexy-look tetapi, Lisa mempunyai kecantikkan yang tersendiri.

Lisa tolak dada Iskandar dan menjauh apabila Iskandar mencari bibirnya.

"Is please..."

Iskandar ketawa kecil. "Why? Tempat open macam ni, malu eh?" mandatori sahaja dia berkata.

Lisa mengeluh perlahan. Tipikal man!

"Kalau malu jomlah kita pi cari tempat close sikit. Saya pun dah rindu kat awak ni." Selamba badak Iskandar mengajak Lisa untuk melakukan kemungkaran.

"Iskandar Suffian can you stop talking about this waste topic?" berang Lisa dengan bicara lelaki itu seakan tidak ada masalah yang menimpa.

"Woowooh... garang. Kenapa ni? Serius noh saya tengok. Datang bendera merah ke apa?" Iskandar masih main-main.

"Iskandar, I don't have bendera merah for 9 month 10 days started from the day we together!"

Terkesima sekejap Iskandar. Dia cuba mencerna ayat Lisa yang tegas itu.

"Wh... what?"

Lisa tarik nafas dalam. "I'm pregnant."

"WHAT?" Rasanya Iskandar tak salah dengar. Mata membuntang tak percaya.

"Tak payah nak what-what sangat. Sekarang ni apa kita nak buat?" straight to the point Lisa bertanya.

Berkerut dahi Iskandar. Soalan Lisa itu macam....??? Apa kita nak buat sekarang? Seriously? KITA? Macam nak bawak dia dalam masalah besar je ni.

"Wait. Wait. Lisa, what do you mean by KITA?" soalan di balas soalan juga.

Lisa pandang wajah Iskandar seakan tidak percaya. Dari riak lelaki itu Lisa tahu Iskandar nak lari dari masalah.

"Is... this baby is our child okay. Of course we both have to do something."

"No. Itu masalah awaklah. Awak nak libatkan saya apsal?" tempelak Iskandar. Air cond yang terpasang terasa macam berbahang, dia tingkatkan suhu air cond kereta. Nasib cermin kereta gelap. Kalau tak? Hmm... orang dalam Seven-E tu pandang dia pelik jelah bila kereta tak gerak-gerak.

"Is... takkan awak nak biarkan saya sengsorang tanggung masalah ni?" Lisa mula naik berang. Oh kenapalah dia menyerah kalah dengan lelaki ni dulu? Kalau tak semua  benda ni takkan berlaku.

"Itu anak awak Lisa bukan anak saya."

"This baby will not exist if we don't make a mistake Encik Iskandar Suffian."

"And now you telling me that our night was a mistake Miss Mia Arlisa? Bukan kehendak dan rela ke?" sinis Iskandar berkata.

"Thanks God you realized it!" bidas Lisa.

Iskandar terdiam. Dia mengeluh berat. Tangan mencengkam stereng kereta.

"Mistake remain as a mistake Is. Kita tak boleh nak ubah masa. Saya tak minta banyak dari awak. Saya cuma minta awak bertanggungjawab. Itu aje. Saya tak minta duit bergunung-gunung pun. Saya cuma minta awak jadi ayah untuk anak ni. Kita berdua dah buat dosa, takkanlah kita nak tambah lagi dosa dengan menggugurkan kandungan ni. Saya tak nak jadi pembunuh Is," tanpa sedar air ata yang ditahan menitis juga depan Iskandar.

Sesak terasa di dada. Tak sangka hasil hubungan intim tidak sah dengan Lisa telah membuahkan hasil yang masing-masing belum ada komitmen untuk itu. Jauh di sudut hati, terselit rasa bersalah dan berdosa. Dia bukanlah jahil sangat. Tapi... bila nak melawan nafsu memang dia tak mampu, sebab itu dia terlanjur dengan Lisa.

"But I can't Lisa," perlahan Iskandar berkata.

"Why? Kenapa masa mula-mula buat dulu awak tak boleh cakap "I can’t”  to your nafsu?"

"Dah tu awak kenapa tak melawan?"

"We both khilaf Is. Saya menyesal."
Iskandar terkelu. Fikirannya bercelaru. Sekilas dia pandang Lisa yang sedang menghadap ke depan. Termenung jauh mungkin. Secepat dan seawal ini dia harus memegang gelaran bapa? Boleh tahan subur jugak si Lisa ni. Tanpa sedar dia mengumam sendiri. Mata masih tak lepas memandang Lisa.

"Is... kita kahwin jelah. Selesai masalah." Lisa kalih pandangan dan mata mereka bersabung tepat.
Iskandar terus kalih pandang. Liur yang ditelan terasa kesat. Dia berdeham seketika.

"Hmm... esok saya dah pergi KL dan mungkin akan jarang balik BP."

"Hah? Untuk apa?" kaget Lisa apabila telinga menangkap berita yang disampaikan Iskandar.

Ya Allah... janganlah dia cakap nak lari. Sumpah dia dah tak ada tempat bergantung kalau Iskandar tak mahu bertanggungjawab.

"Saya nak daftar diri. Saya dapat offer foudation engineering kat Puncak Alam."

Allah!
***

LISA dah menangis tersedu-sedan. Tak tahu nak cakap. Tak tahu nak buat apa. Dia buntu. Kalau iman dia tak kuat, sekarang jugak dia telan sabun pencuci lantai dettol. Jam sudah menginjak ke angka 3 pagi. Otaknya berserabut. Iskandar betul-betul tak mahu bertanggungjawab. Keputusan lelaki tu muktamad nak sambung study kat Puncak Alam. Lisa tak ada hati nak sambung belajar ke? Ada. Dia sendiri dapat surat tawaran sambung belajar peringkat Diploma Sains dan Matematik di UiTM Segamat, tapi dengan keadaan keluarga yang biasa-biasa. Yang langsung tak menyokong. Dia ambil keputusan untuk tetap bekerja sebagai pelayan di Restoran Juz Waffle. Bila Iskandar dah pergi. Tinggallah dia sengsorang kat BP dengan bayi yang Iskandar tinggalkan.

Iskandar dan Lisa sudah lama berkenalan. Cuma semenjak habis SPM hubungan mereka mula rapat. Oleh kerana keluarga Lisa jenis yang pandang remeh  tentang agama. Lisa pun bergaul dengan siapa dia nak bergaul. Macam si Laila. Sembahyang lima waktu tak lengkap. Puasa tah ke mana. Batas-batas pergaulan pun bebas. Aurat apatah lagi? Lisa sendiri free hair. Tapi dia tak adalah sexy look yang terbelah kain sana terbelah kain sini. Dia cuma pandai pakai jeans dengan baby-T. Yang lain Itu semua kakak-kakak dia pandai.

Faktor dia dan Laila jadi sebegini liar kerana ibu bapa mereka sendiri tiada masa untuk mereka. Laila dan dia memang kurang kasih sayang. Tapi nak malukan mak bapak dengan janin yang ada dalam rahim dia, memang dia tak sanggup. Walaupun kakak-kakak sendiri digelar chikaro mahupun bohsia yang sanggup melukakan hati mak bapak, dia pula takut nak malukan mak ayah. Bila di fikir-fikirkan balik, keluarga dia jauh lebih teruk dari keluarga Laila.

Ya Allah... dugaan apa yang kau berikan kepadaku Ya Allah.

***
"WHAT? No. No." Kepala menggeleng tidak setuju.

"Ma... please..." suaranya merengek menujuk.

"Is... apa ni tiba-tiba minta tangguhkan dulu study? Lepas tu minta mama pergi jumpa keluarga Lisa masuk meminang dia nak nikah dengan dia hari ni jugak. Gila ke apa kamu ni?" bebel Puan Khadijah panjang lebar. Ingat senang nak kahwin? Kursus kahwin pun belum pergi. Belum isi borang. Belum buat ujian kesihatan. Gila ke apa nak kahwin hari ni jugak? Tersampok hantu main kahwin-kahwin ke apa?

"Ma... tolonglah. Bagi Is nikah dulu dengan Lisa, kerja then baru sambung study." Iskandar merayu lagi. Dia sudah membuat keputusan. Dia bukanlah lelaki yang bersifat kejam membiarkan Lisa yang sedang mengandungkan anaknya terkontang-kanting sendirian di sini.

"Is... tell me now, apa yang Is dah buat kat Lisa sampai kamu berdua kena kahwin hari ni jugak. Kenapa? Kamu dah rosakkan dia ya?" duga Puan Khadijah. Pelik apabila bangun dari tidur, anaknya tidak bersiap-siap mahu ke berangkat ke KL padahal semalam beria-ia.

Iskandar telan liur. Jujur? Ya Allah, confirm parang singgah kat leher. Tapi dalam situasi macam ni. Mama perlu tahu supaya dia dapat keizinan dari mama untuk mengahwini Lisa.

Puan Khadijah yang tadinya sibuk menyediakan sarapan, terhenti. Nalurinya dapat merasakan sesuatu. Bahu Iskandar dipegang. "Don't tell me it true."

Riak Iskandar berubah. Dia menggigit bibirnya. "Ma..."

Air mata Puan Khadijah dah bergenang. Allah! Janganlah apa yang dia rasakan ini betul.

"Ma... Is minta maaf. Is..."

Tiba-tiba tangannya direntap.

Pang!

Satu tamparan hinggap di pipinya. Terteleng ke kiri kepalanya. Terasa masin di bibirnya.

"Apa kau dah buat Iskandar?" bergema suara itu. Turun naik-turun naik nafas Encik Iqbal.

Iskandar tergamam.

Puan Khadijah dah menangis. Jika Iskandar diam bererti telahannya benar.

"She's pregnant pa. I don't know what to do. Is rasa nak lari. Lepaskan tanggungjawab. Tapi... no matter what happen, itu anak Is pa. And you teach me well how to be a good person. A good person not let the responsibility of what he did," jelas dan terang Iskandar memberitahu papanya.

Encik Iqbal memegang dadanya yang terasa sesak lalu terduduk di atas kerusi.

"Allahhuakhbar... Ya Allah... apa dosa aku Ya Allah sampai menguji aku begini?" luah Encik Iqbal penuh kesal. Di mana silapnya dia mendidik Iskandar?

Puan Khadijah juga sudah menangis. Sungguh dia tidak menyangka anak yang ditatang bagai minyak yang penuh membuat perkara terkutuk itu.

"Is minta ampun ma...pa. Is... Is lalai. Is cuai. Is silap. And now I realized, I'm sinned. Please ma pa, izinkan Is kahwin dengan Lisa. Bertanggungjawab atas apa yang Is dah lakukan." Penuh sesal dia merayu. Demi maruah Lisa, demi anak yang dikandung Lisa, di atas segala dosanya, dia memilih jalan ini. Berkahwin dengan Lisa.

***
SEBULAN kemudian...

Alhamdulillah. Kini dia, Mia Arlisa sudah seminggu bergelar isteri kepada Iskandar Suffian. Syukurlah lelaki itu mahu bertanggungjawab di atas apa yang mereka telah lakukan. Tapi kerana dia, Iskandar terpaksa menangguhkan pelajarannya. Iskandar membuat keputusan untuk bekerja sehingga bayi mereka lahir. Encik Iqbal dan Puan Khadijah juga menerima Lisa seikhlasnya sebagai menantu. Ibu bapa Lisa pula? Langsung tidak mengendahkan Lisa. Bahkan mereka meminta keluarga Iskandar sejumlah wang yang banyak sebelum bapa Lisa bersetuju menjadi wali. Malunya Lisa terhadap Iskandar bertingkek-tingkek. Mujur saja mahar untuknya memang duit Iskandar menabung dalam bank. Kalau tidak? Majlis perkahwinan mereka pula hanya majlis kecil-kecilan. Cukuplah sekadar majlis pernikahan yang sederhana. Ada wali. Ada saksi. Jujur dia kata memang susah jika berlaku keadaan begini. Selepas ayah Lisa bersetuju menjadi wali, mereka terus ambil kursus kahwin. Buat ujian kesihatan dan uruskan borang pernikahan.

Lisa menghamburkan keluhan berat.

"Jauh termenung. Lisa fikirkan apa tu?" ujar Puan Khadijah saat kaki menapak masuk ke dapur. Dia mengusap lembut belakang tubuh Lisa.

Lisa tersenyum manis. Cantik dengan gayanya yang tersendiri.

"Tak ada apalah. Terfikirkan Iskandar je," jawab Lisa lembut. Sudah seminggu dia tinggal dengan keluarga mertuanya. Walaupun abang dan kakak Iskandar seakan membenci dia, tetapi berlainan dengan ibu dan bapa mertuanya yang menerima dia seikhlasnya.

"Lah, rindu pada suami rupanya menantu mama ni," usik si ibu mentua. Kini hati Puan Khadijah sedikit lapang. Biarpun terkilan dengan perbuatan Iskandar, tetapi dia menerima dugaan ini dengan tabah. Sudah tertulis begini takdir jodoh anaknya.

Lisa tertawa kecil. "Ma..." panggil Lisa lembut.

"Hmm... kenapa Lisa?"

"Lisa minta maaf."

"Lahhh kenapa ni?" Puan Sri Khadijah melabuhkan punggung bersebelahan menantunya.

"Sebab menyusahkan keluarga mama. Membebankan Iskandar. Lisa punca kenapa Iskandar tak dapat sambung study seperti yang mama harapkan," dia tahan sebak.

Puan Khadijah senyum lalu digenggam tangan menantunya. "Lisa... inilah takdir yang Allah dah tulis untuk kamu dan Is. Mama terima kamu sebagai menantu mama,nak. Mama terima anak yang kamu kandungkan. Lisa janganlah risau sangat. Mama,papa dengan Iskandar akan jaga Lisa."

Lisa tahan air mata. Ya Allah mulianya hati Puan Khadijah. Dia yang kotor dan hina ini diterima di dalam keluarga yang serba sempurna.

"Ma, Lisa bukan datang dari keturunan yang baik-baik. Ayah dengan mak Lisa teruk. Kakak-kakak Lisa semua teruk. Lisa tak layak jadi menantu mama."

"Who's said? Lisa... jangan fikirkan sangat semua tu. Yang penting sekarang,Lisa and your baby. Lagipun,Is dah janji dengan mama. Lepas je Lisa bersalin, dia akan sambung belajar. Buat masa ni, dia nak berdikari. Dia belajar hidup berumahtangga. Sebelum kahwin hari tu, muntah hijau dia dengar papa bagi tazkirah. Tu sekarang ni, dia sibuk kerja untuk Lisa dengan bakal baby kamu berdua."

Puan Khadijah senyum. Dia faham perasaan Lisa yang terasa kerdil apabila bergandingan dengan anaknya. Dia tahu Lisa malu dengan dua orang anaknya si Sofea dan Fikri.

Air mata Lisa menitis juga. Iskandar... maafkan saya.

"Lahhh... nangis pulak menantu mama ni." Puan Khadijah cubit pipi Lisa lembut.

Lisa tertawa perlahan. Terima Is sebab terima saya.

***
"AWAK..." panggil Lisa lembut. Tubuh yang dari tadi memandang cermin dikalihkan menghadap suami yang sedang ralit membaca buku di katil.


"Hmm..." jawab Iskandar bersahaja. Jujur dia katakan semenjak dari hari pertama dia berkahwin dengan Lisa, dia menerima Lisa seikhlasnya. Dia terima jodoh ini dengan hati terbuka walaupun dia dengan Lisa menjalankan kehidupan seperti biasa. Dari hari pertama perkahwinan, dia dengan Lisa sebilik dan sekatil. Tetapi tidak 'sejiwa'. Mungkin baginya berkahwin dengan Lisa hanya kerana atas dasar tanggungjawab sahaja.

Lisa mencebik apabila mata Iskandar langsung tak berkalih menghadap buku. Siang kerja, malam suaminya sibuk belajar. Walaupun suami kata lepas bersalin baru sambung belajar, tapi dari sekarang suami dah buat persediaan. Semenjak kahwin, Lisa nampak perubahan dalam diri Iskandar. Iskandar lebih bertanggungjawab dan perhatian terhadapnya. Walaupun tanggungjawab yang 'satu' itu Iskandar tak jalankan tetapi dia tak kesah. Perlahan-lahan mereka berdua adapt situasi sebagai suami isteri. Maklumlah dua-dua muda dan masih belum ada komitmen dalam rumahtangga.

"Awak..." Lisa labuhkan punggung di atas katil menghadap Iskandar.

"Apa?"

"Cantik tak?" tanya Lisa.

Buku ditangan ditutup. Mata memandang Lisa di depan.

Subahannallah! Bibir mengukir senyuman tipis. "Cantik. Mana dapat tudung ni?"

"Err... saya pinjam mama awak punya tudung." perlahan jawapan Lisa. Malu. Ya dia malu apabila harus meminjam tudung mamanya kerana dia rasa sudah tiba masanya dia menutup auratnya. Segala dosanya kini, Iskandar yang tanggung. Dia tidak mahu mengheret Iskandar ke neraka. Jadi, dia perlu berubah ke arah yang lebih baik. Lagi-lagi dia bakal menjadi seorang ibu.

"Lah, kenapa tak cakap dengan saya yang awak nak tudung? Kan saya boleh belikan," ucap Iskandar. Sungguh Lisa cantik apabila bertudung. Kali terakhir dia melihat Lisa bertudung masa akad nikah.

"Err... tak payahlah. Mama kata dia ada banyak tudung tak pakai. Jadi mama bagi tudung-tudung yang dia tak pakai tu pada saya. Jadi tak perlulah nak membazir beli tudung baru." Lisa bukan tak ada duit nak beli tudung baru. Duitnya ada disimpan di dalam bank untuk masa depan anaknya. Dia takut sekiranya selepas dia bersalin nanti, Iskandar mahu lepaskan dia tiba-tiba. Susah juga hidup dia nanti. Jadi duit nafkah yang Iskandar bagi bulan-bulan dia simpan dalam akaun bank. Nak kerja,Iskandar dah tak izinkan dia kerja di restoran lagi.

"Apa salahnya kalau saya belikan? Tudung mama bagi lain. Tudung saya belikan lain,kan?" Iskandar tarik hidung Lisa perlahan.

"Auch..." Lisa buat mimik muka geram. Iskandar suka tarik hidung dia. Dan dia suka dengan habit Iskandar itu.

Iskandar tertawa kecil. Dia mendekatkan tubuhnya dengan Lisa. Kemudian kepalanya dibawa turun ke perut Lisa yang sudah menampakkan bentuk itu. Dia cium perlahan.

Lisa terkesima. Setiap kali Iskandar dekatkan wajah dengan perutnya, jantungnya pasti berdebar. Rasa terharu dengan layanan baik Iskandar terhadapnya. Walaupun mereka berkawan, mereka terlanjur, dan mereka berkahwin, tapi perasaan cinta itu langsung tidak pernah terbit dari bibir mereka berdua. Kerana khilaf, mereka bersama.

"Assalamualaikum anak papa, how are you dear? Hari ni nakal-nakal tak dalam tummy mama?" tanya Iskandar lembut. Seakan berbicara dengan insan yang boleh menjawab. Tak tahu kenapa dia suka berborak dahulu dengan si bayi sebelum tidur. Mungkin teringat akan kata-kata papanya kalau nak anak jadi budak baik, ayah kenalah bagi tauladan yang baik-baik kat anak. Dari dalam perut lagi kita kena selalu cakap benda baik dengan anak.

Saat itu tangan Lisa terus naik membelai rambut suaminya. Is... sorry if I fallen into you. Sorry if one day... I can't let you go when you asked me to do. I... love... to... be... your... wife... till jannah.

Dan Iskandar terus berbicara bersama bayi mereka.

***
'ILMU agama sangat penting, terutama kerana suami perlu menjadi imam solat dan imam keluarga. Akhlak mulia akan membantu banyak perkara untuk sama-sama membina taman syurga. The difference between a boy and a man is a man takes responsibilites, but boy don’t. Is pilihlah is nak jadi yang mana satu.'

Kata-kata ayahnya bagaikan terngiang-ngiang di telinga. Kini hidupnya terasa lebih tenteram dan lapang. Sudah 5 bulan hidup berumahtangga bersama Lisa dia berasa tenang. Dengan adanya Lisa di sisi, dia tidak pandang wanita lain. Fikirannya cuma bakal keluarga yang bakal dia bentuk.

"Hah... termenung apa tu? Fikir awek eh?" sergah Lisa tiba-tiba. Dia memaut leher Iskandar. Dari tadi dia mencari suaminya di dalam rumah, ternyata suaminya lepak di gazebo.

Iskandar kaget. Senyuman lebar dia hadiahkan untuk Lisa. "Macam mana tahu saya tengah fikirkan awek ni?" usik Iskandar membalas gurauan si isteri.

Lisa tarik muncung. "Sampai hati ada awek tak beritahu isteri," gumam Lisa bersahaja walaupun hati sedikit tersentap.

"Aik ada ke isteri yang sanggup nak kenal dengan awek suami sendiri?"

"Adalah. Mana awek awak tu? Meh bawak dia jumpa saya. Nak jugak kenal dengan bakal madu sendiri."

Iskandar ketawa lepas. Dia tarik tangan Lisa lalu di bawa duduk bersebelahannya. "Lisa. Lisa. Saya mana ada awek lain. Awak jelah awek saya. Yang sanggup jadi isteri saya."

Lisa sandarkan kepala di dada Iskandar. Degup jantung lelaki itu dia selami. "Is..."

"Hmm..."

"Do you love me?"

Iskandar terdiam sejenak. Do I love you,Lisa? Kalau dia tak cinta, dia takkan bertanggungjawab. Kalau dia tak cinta, dia tak usik Lisa dahulu.

Lisa tahan perasaan. Dia beralih kepada soalan seterusnya. "Do you love us?" Tangan Iskandar dia tarik lalu diletakkan perutnya yang membuncit.

Iskandar ketap bibir. Dia dapat merasakan tendangan kuat si kecil di dalam tummy isterinya.

No answer again. Lisa tahan air mata.

"Do you want us in your life?" soalan seterusnya.

"Lisa kenapa tanya soalan macam ni?" dia mahu merungkaikan pelukan tetapi Lisa enggan. Bahkan Lisa peluk kuat pinggangnya. Wajah disembamkan ke dadanya.

"Saya tak tahu apa hubungan kita berdua Is? Kita suami isteri tetapi kita saling tak ungkap kata cinta. Saya bahagia hidup dengan awak. Dengan our soon baby, I happy being your wife. You changed me a lot."

"Lisa... saya..."

Lisa mendongakkan wajahnya. Basah wajahnya dengan air mata. Buat seketika mata mereka bersabung, degupan jantung seakan seiring rentaknya.

"Kalau saya membebankan hidup awak. Lepas baby ni lahir nanti, saya sedia kalau awak nak lepaskan saya."

"Lisa!" suara Iskandar sedikit meninggi. Dia pegang bahu Lisa kuat. Mata bersabung tepat dengan mata Lisa.

"Awak kahwin dengan saya sebab tanggungjawab kan? Awak kahwin dengan saya sebab rasa bersalah. kan?"

Air mata isteri diseka dengan ibu jarinya. "I never think in that way Lisa. Don't you dare said like this anymore. Saya tak ungkap kata cinta tak bererti saya tak cintakan awak. I learn how to love you. I learn to adapt with this situation. I learn how to make you happy. And I learn how to be a good father at this young age,Lisa. I don't want be apart from you after what we going through. I,you and our baby soon, we'll be a happy big family."

Mendengar pengakuan dari bibir Iskandar membuat Lisa terkelu.

"Saya takut saya gagal jadi suami yang baik untuk awak. Saya takut saya gagal jadi ayah  yang baik. Saya takut anak kita akan jadi macam saya. Sebab tu I'm learning. To admit that I love you... saya belum cukup matured. Saya belum ada persediaan sebagai seorang suami,ayah,imam dan ketua keluarga. Tolong jangan salah faham. Saya tak ungkap tak bererti saya tak cinta. Saya sayangkan awak Lisa. Started from we be together. I believe we made for each other."

Lisa pandang wajah Iskandar yang nampak ikhlas dan bersungguh-sungguh itu.

"You already be a good imam to me Is..." ucap Lisa perlahan.

"I'm still not good enough to be yours..."

Lisa pegang wajah suaminya. Dari mata turun ke hidung. Dari hidung turun ke bibir merah suaminya. Tanpa isyarat, Lisa cium bibir itu. Iskandar kaget. Tiga saat selepas itu, Lisa tenung anak mata Iskandar. Dia tarik nafas. "I...love..." wajahnya kembali mendekat dengan Iskandar. "You..."

Nafas mereka bersatu. Bibir mereka bertemu.

Lisa bersedia memberi komitmen terhadap rumahtangganya. Commitment means staying loyal to what you said. You were going to do long after the mood. And this relationship requires a lot work and commitment!

***
ISKANDAR pegang bayi itu dengan hati-hati. Dia melemparkan senyuman buat Lisa yang kelihatan lesu dan penat itu. Setelah dua jam berada di labour room, akhirnya bayi yang dinanti-nanti keluar juga dari rahim seorang wanita yang bernama Lisa. Lisa membalas senyuman Iskandar. Air matanya mengalir membasahi pipi. Alhamdulillah dia dan bayinya selamat. Kini lengkap hidupnya sebagai seorang wanita. Suara garau Iskandar mengiqamatkan bayi mereka menambahkan lagi rasa terharunya. Bersyukur di atas segala nikmat yang telah Allah berikan kepadanya. Sesungguhnya Allah itu bersifat ar-Rahman dan ar-Rahim. Air mata gembira menitis lagi apabila mendengar tangisan si kecil. 9 bulan 5 hari si kecil berada di dalam rahimnya, dan kini si kecil berada di depan matanya. Satu tanggungjawab baru bakal dia galas.

Iskandar serahkan bayi lelakinya kepada jururawat setelah diiqamatkan. Dia ukir senyuman lebar untuk Lisa.

"Thank you for everything sayang..." dia bisikkan kata itu di cuping isterinya perlahan.

Macam nak melompat keluar jantung dia bila melihat Lisa yang berusaha meneran untuk bayi mereka. Kuatnya Lisa mencengkam tangannya masih lagi terasa betapa susahnya Lisa untuk melahirkan zuriat untuknya. Terasa mahu ditukarkan saja nyawa Lisa dengan nyawanya. Tak sanggup melihat Lisa yang berpeluh-peluh menahan sakit. Dia hanya mampu berzikir dan memberi sokongan sahaja.
Lisa tersenyum dan air mata mengalir perlahan. “Thanks to you too…”

“I love you… Mia Arlisa” bisik Iskandar lagi. Tangan kanan isterinya dicapai dan dikucup lembut.

Lisa tersenyum. For the first time. He said that word. Finally… he’s ready to be my partner in Jannah.InsyaAllah.

Dan bila mana Iskandar mengaku dia mencintai Mia Arlisa,demi Allah… dia bersedia menggalas segala tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.

Iskandar, here’s my love,take it. Here’s my soul,use it. Here’s my heart,don’t break it. Here’s my hand, hold it. Together we will make it forever till Jannah.

***
LISA lipat baju Iskandar elok-elok lalu diletakkan di dalam beg bagasi bewarna hitam itu. Hari ini, dia akan menghantar suaminya sambung belajar. Walaupun hati berat mahu melepaskan, tetapi dia terpaksa juga demi kebaikan mereka bersama. Kesian pada Iskandar, member-member dia semua dah lepas. Masing-masing tengah sibuk sambung ijazah. Tapi Iskandar baru nak daftar sebagai pelajar asasi kejuruteraan. Dia pula? Terpaksa tinggal bersama mentua menjaga si kecil Muhd Ammar Aizuddin. Nak buat macam mana? Belum boleh sambung belajar dalam keadaan macam ni. Nak kerja pun encik suami tak izinkan. Lagi pula, kesian pada ibu mertua jika dia bekerja.

            “Hello mama! Buat apa tu?” sergah Iskandar di depan pintu bilik. Dia melihat Lisa sedang sibuk mengemaskan baju-bajunya untuk berangkat ke Kuala Lumpur esok.

            Lisa ukir senyum lebar apabila melihat encik suami sedang mengendong Ammar yang sudah 6 bulan. “Hai Ammar sayang… meh kat mama meh!” Lisa gamit si kecil menyuruh ke katil.

            Iskandar melabuhkan punggung di atas katil lalu si kecil diberi kepada ibunya. “Sayang dah siapkan semuanya ke?” tanya Iskandar lembut. Dia melihat beg pakaiannya sekiranya ada yang tertinggal.

            Lisa angguk lalu dia geselkan  hidungnya di pipi tembam Ammar. Iskandar hanya memerhatikan tingkah isterinya.

            “Abang check semula la kalau ada yang tertinggal, Lisa cuma amik baju-baju yang sesuai je. Kalau ada apa-apa lagi abang cakaplah dengan Lisa. Lisa pergi sediakan,kejap lagi.”

            Iskandar geleng. “Rasanya dah cukup kot semua barang abang. Cuma ada dua lagi yang tertinggal rasanya.”

            “Apa dia?” tanya Lisa. Si kecil Ammar dibaringkan di pahanya lalu diberi susu badan.

            “Lisa dengan Ammar…” bibir mengukir senyuman untuk si isteri.

            Lisa tersenyum lalu buat mimic muka menyampah. “Mengada. Macam tak biasa pulak.”

            “Yelah, mana abang biasa pergi jauh-jauh dari Lisa lepas ada Ammar ni.”

            “Eleh, dulu kerja kena pergi hantar barang kat sana sini okey je Lisa tengok.” Gumam Lisa apabila teringat akan pekerjaan suaminya yang harus hantar barang-barang kilang kepada syarikat yang kadang-kadang jauh dari Batu Pahat.

            “Dulu lain. Sekarang lain.”

            “Apa yang lainnya?”

            “Dulu abang workaholic nak kumpul duit untuk Ammar. Sekarang ni abang workaholic dengan Lisa je nak beri Ammar adik-adik.”

            Membuntang mata Lisa. Terus tangan naik mencubit pinggang si suami. “Amboi mulut. Nak makan peluru eh?”

            Iskandar ketawa lepas. Bahagia dengan kehidupan yang dia ada sekarang. Mulut cakap je macam tu tapi sebenarnya cukuplah dengan apa yang mereka ada sekarang ini. Tunggulah dia habis belajar dulu baru dia beri adik pada Ammar. Lagi pula, dia mahu memberi peluang kepada isterinya untuk sambung belajar bila Ammar sudah besar sedikit.

            “Apa sayang ni nak bagi abang makan peluru pulak. Berilah abang makan kasih sayang Lisa, biar abang tak nakal-nakal kat kampus nanti.”

            “Elehhh…. Gediknya papa Ammar ni.”

            Tertawa mereka berdua. Iskandar usik si kecil menyusu. Dia pegangnya jari jemari Ammar yang kecil dan mulus itu. “Lepas ni abang akan rindu Lisa dan Ammar selalu…”

            “Lisa dengan Ammar pun akan rindukan abang jugak.”

            “Lisa… jaga diri bila abang pergi nanti. Jaga Ammar elok-elok. Nanti lepas abang habis belajar, kita beli rumah baru okey? Tak duduk dengan nenek dan atok lagi.” Iskandar cium tangan anaknya.

            “InsyaAllah everything will be fine. Kan Lisa dah janji Lisa nak jadi ibu mithali. Abang tu belajar elok-elok. Jangan penat dan stress sangat. Dahlah abang sibuk nak kerja sambil belajar, bukan senang nak buat dua perkara dalam satu masa.”

            Risau Lisa apabila encik suami kata dia dah dapat kerja kat KL sebagai pelayan restoran. Walaupun, dia tahu itu tanggungjawab Iskandar untuk beri dia nafkah, tapi dia takut sekiranya suaminya penat dan tertekan dengan beban yang terpikul. NAnti kerja ke mana, belajar ke mana. Susah pula jadinya nanti kalau tak adapt dengan situasi.

            “Iya sayang. Abang tahulah jaga diri abang macam mana.” Iskandar labuhkan ciuman di dahi Lisa.

            “Abang sayang Lisa tau.”

            “Lisa pun sayang abang jugak.”

            “No matter what happen, hold tight my hands. We’ll together facing the challenge.” Belakang tapak tangan Lisa dikucup lembut. Mata tapat merenung Lisa.

            Lisa senyum bahagia. Walau ada rasa pahit semasa dengan Iskandar dulu, itu semua tidak menjadi alasan untuk mereka tidak bahagia. Khilaf lalu mengajar mereka tentang kematangan hidup. Mengajar mereka supaya lebih berhati-hati. Mengajar Lisa mengenal Allah dengan lebih dekat dengan adanya didikan dari suami sendiri. Kesilapan lalu membuatkan Iskandar lebih bersifat bertanggungjawab sebagai ketua keluarga. Walaupun ada yang memandang enteng terhadap kelahiran si kecil Ammar, tetapi siapa mereka hendak menghukum manusia?

***
6 tahun kemudian…

“Lisa bangun…” bisik Iskandar perlahan di cuping isterinya.

Lisa yang sedang nyenyak itu hanya menggumam perlahan. “Hmmm…”

            “Lisa wake up…” panggil si suami lagi. Kali ini Iskandar terasa pinggangnya dipeluk erat. Dia tarik senyum lebar. Kesian Lisa. Penat dia kerjakan semalam. Sekarang dia kejut pula isterinya di awal pagi.

            “Lisa… don’t seduce me like this please…” ucap Iskandar sambil menguak anak rambut Lisa yang menutupi wajah isterinya.

            “Mana ada goda punlah…” dengan mata terpejam, Lisa membalas juga.

            “Lisa… dah pukul lima dah sayang. Bangunlah…”

            “Abang… Lisa penatlah.”

            Satu kucupan hinggap di bibir Lisa. “Sorry for last night sayang. Tapi it times for us to have a lot of child. But right now, jom perfom solat. Kejap lagi subuh masuk.”

            Lisa buka mata kecil. Ada je suami dia ni tau! Mentang-mentang umur dah 25 tahun, dah ada kerja, dah bersedia beri komitmen sepenuhnya terhadap keluarga. Lisa jadi mangsa? Haish sabo jelah.

            “Abanglah ni…”

            “Abanglah apa?”

            “Janji dengan mama yang bukan-bukan.”

            “Yang bukan-bukan apanya pulak?” berkerut pelik dahi Iskandar.

            “Yang abang pergi janji dengan mama nak bagi cucu ramai tu kenapa? Kan mama dah tuntut.” Bebel Lisa. Malunya pada ibu mertua tak usah cakap bila suami janji nak beri cucu pada mama sebanyak yang mungkin. Gila! Nonsense!

            Iskandar ketawa lepas. Dahi isterinya dilabuhkan ciuman. “Sayang… kita dah 25 tahun dah pun, si Ammar tu pun dah nak masuk enam tahun. Apa salahnya kita bagi dia adik?”

            “LOL! Abang… Ammar tak minta pun.”

            “Ammar tak minta, tapi papa Ammar yang minta.” Iskandar tarik senyum nakal.

Lisa buat muka cemberut. Bukan dia tak sanggup, dia sanggup tapi dia tak sanggup bila setiap malam encik suami asyik kacau dia punya tidur. Esok-esok pagi dahlah kena pergi kerja, tapi dengan tak cukup tidurnya dia, memang susah nak buat kerja. Lagi-lagi minggu ni minggu ovulation phase. Sabo jerlah!

“Ha buat muka macam tu abang cium karang.” Ugut Iskandar bila melihat wajah isterinya yang comel itu.

Lisa angguk laju. Cepat-cepat dia lepaskan pelukan di pinggang suaminya.

“Dah cepat bangun. Mandi. Lepas tu ada masa kita solat tahajud dulu.” Iskandar bangkit dari pembaringan.

“Lisa bangun!” panggil suaminya kuat sebelum masuk ke dalam bilik air.

“Hmmm…”

Lisa wake up! Lisa tarik comforter menutupi dadanya lalu keluhan berat dilepaskan. Bila nak bangun awal pagi macam ni untuk jalankan tanggungjawab sebagai hamba-Nya , mata memang susah nak bukak besar-besar. Ada je yang nak bergayut kat kelopak mata tu suruh tutup balik. Mula-mula kahwin dengan Iskandar, memang dia paksa diri untuk wake up awal pagi untuk solat Subuh. Memang susah dia nak adapt dengan bangun pagi. Nasib ada Iskandar yang kadang-kadang tolong kejutkan dia bangun Subuh. Sebab tu dari pada KETERPAKSAAN, sudah menjadi KEBIASAAN. Sudahlah mahu berubah dan menjadi lebih baik itu sudah cukup sukar, rupa-rupanya mahu mempertahankannya jauh lebih sukar kalau tak rajin tingkatkan keimanan.

“Sudah Lisa! Wake up!” Lisa berkata kepada diri sendiri apabila tombol pintu bilik air sudah dipulas dari dalam. Tanda suaminya sudah selesai mandi.

Lets perform our solah,
Whenever,
Wherever,
Because that’s the real purpose of our life.

***
BEBERAPA bulan kemudian…

“Abang no no no! Put me down!” jerit si isteri apabila Iskandar mengendong di tepi pantai.

Lisa perhatikan sekeliling. Malunya dengan tourist  yang ada di Pantai Krabi itu. Dia pandang semula wajah suaminya. “Put me down.”

            Iskandar ketawa lepas melihat cemberut comel isterinya. Terus tubuh isterinya yang baru didukung 3 minit di letakkan ke tanah.

            “Apa abang ni? Malu orang tengok.” Lisa pukul dada suaminya perlahan. Walaupun ada rasa bahagia bila suami beradegan romantik, dia sebenarnya malu bila adegan sebegitu dipertontonkan kepada orang ramai. Lagi-lagi tempat open macam ni. Tahulah tengah honeymoon, tapi encik suami janganlah show off sangat. Malu ai.

            Iskandar tarik senyum nakal. “Eee… sayang ni orang nak romantika de amour pun malu. Kat sini ada orang yang buat lebih daripada kita tau.”

            “Itu orang lain bukan kita okey. Malulah sikit. Malu je papa mama awak tengok,” Lisa juihkan bibir ke kiri di mana Puan Khadijah dan Encik Iqbal sedang berehat bersama anak mereka Ammar.

            Sengaja bawa mama papa sebab kata suami biar mama papa jaga Ammar sekali arung bawak vacation trip family yang jarang-jarang sekali Iskandar dapat cuti.

            “Yelah-yelah. Kat luar tempat open macam ni malu. Nanti dalam bilik jangan memalu tau,” sakat Iskandar. Dia cuit hidung isterinya.

            Lisa ketawa kecil. Tangannya melingkar memeluk pinggang suami. Iskandar memeluk bahu Lisa. Mereka beriringan menyusuri tepi pantai.

            “Sayang dah berat,” ulas Iskandar tiba-tiba. Ray Ban di hidungnya di betulkan.

            “Tang mana yang beratnya? Abang yang buat saya bertambah berat tau.” Omel Lisa.


            Iskandar ketawa. Dia pegang perut Lisa yang sedikit memboyot itu. Dia memanjatkan syukur kerana diberi anugerah sekali lagi. Kalau tiada aral melintang, dengan izin-Nya, hujung tahun depan mereka sekelurga akan bertambah ahli baru. 2 sekaligus. Doktor sahkan Lisa mengandung kembar kali ini. Alhamdulillah. Dia bahagia. Dia ada kerja. Ada isteri. Ada anak. Si isteri pun dah habis sambung Diploma. Lepas Ammar cecah usia dua tahun, dia izinkan Lisa untuk sambung belajar. Mujur saja Ammar memang rapat dengan neneknya. Tak ada masalah untuk mereka meneruskan perjuangan mereka di medan ilmu. Puan Khadijah sendiri tak kesah kena jaga cucu. Lagi dia seronok.

            “Anak-anak abang dalam ni sayang bagi makan apa sampai berat sangat?” gurau Iskandar.

            “Saya bagi makan macam-macam. Dah dorang nak macam-macam. Lagi pun papa dia kan macam-macam ragam,” jawab Lisa bersahaja.

            “Amboi… mulut tu nak kena cium ek?”

            “Ciumlah kalau abang berani dekat tempat open macam ni. Lisa campak bantal kat luar biar abang tidur peluk angin.”

            Iskandar membulatkan matanya. Sah isteri dia nak kena cium!

            Cup! Pipi Lisa dicium.

            “Abang!” jerit Lisa. Terkejut menerima kucupan mengejut dari suaminya. Kan dia dah cakap dia tak suka encik suami beromantika di open place.

            Lisa buat muka cemberut lalu dia jalan ke depan meninggalkan suaminya. Biar Iskandar jalan sengsorang.

            “Ceceh.. merajuk pulak isteri abang ni.” Iskandar kejar isterinya yang jalannya tidaklah laju mana pun.

            “Malam ni tidur peluk angin.”

            “Tak kesah. Sayang bagi abang chance nak berjalan-jalan dengan angin kat Krabi beach ni. Sayang jangan tak tahu kat pantai ni ramai awek cantik, sekali abang petik jari berderet nak temankan abang tidur tau,” Iskandar usik isterinya lagi.

            Lisa cekak pinggang memandang suaminya. Tangan kiri naik memiat telinga Iskandar lalu dibawa menghadap Puan Khadijah.

            “Ya Allah,Lisa,Iskandar apa ni? Kenapa Lisa piat telinga Is tu?” Bebel Puan Khadijah.

            “Ni hah anak mama ni ada hati nak petik jari panggil awek-awek Thai temankan dia tidur. Mentang-mentang la kita boyot macam ni, dia dah tak nak peluk pulak,” adu si Lisa.

            Encik Iqbal dah menggeleng melihat menantu dan anaknya. Alhamdulillah, pilihan yang pernah dibuat Iskandar dahulu memberikan kebahagiaan untuk anaknya. Walaupun asalnya kerana khilaf, tetapi sudah tertulis begini jodoh anaknya. Syukurlah Mia Arlisa seorang isteri yang taat dan solehah kepada anaknya.

            “Mana ada mama. Orang gurau je. Lisa ni tangkap sentap. Dah dia nak campak Is tidur kat luar peluk angin. Mana Is sanggup tidur sengsorang,” Iskandar membela diri.

            Kali ini Lisa cubit pula pinggang Iskandar. Ammar dah ketawa melihat tingkah mama papanya.

            “Ammar tolong papa Ammar…” Ammar turut join mamanya mencubit papanya.

            “Papa main-mainkan mama ya? Ammar datang jadi hero mama…” ucap Ammar.

            Meletus tawa mereka sekeluarga. Lisa lepaskan telinga Iskandar. “Ammar ajar papa cukup-cukup tau!” pesan Lisa kepada anaknya.

            Serentak dengan itu Iskandar lari menjauhi Ammar. Dan mulalah sketsa berlari berkejaran di tepi pantai itu. Lisa hanya menggeleng sambil tersenyum melihat suami dan anaknya. Perut yang memboyot itu dia usap perlahan.


            A successful marriage requires falling in love many times, always with the same person. Dan Mia Arlisa jatuh cinta berkali-kali dengan Iskandar Suffian. Biarpun mereka pernah melakukan khilaf, tetapi kerana khilaf itulah mereka bersama.  Khilaf lalu memberi pengajaran untuk mereka. Kerana khilaf itulah yang memberi mereka sebuah kebahagiaan. Ubat kepada cinta itu adalah sebuah perkahwinan. 

TAMAT.



#Conclusion : Assalamualaikum and Hi. Mula-mula sekali, saya nak minta maaf sangat2 kalau ada kesalahan tatabahasa ke, kesalahan grammar ke, kesalahan ayat, kesalahan FAKTA, saya minta maaf la ya. Saya cuma penulis main-main. Eheks! Kedua, saya nak minta maaf kalau ada yang terasa. Ada yang tersama. Or saya ada mengguriskan hati para pembaca or whatever. Saya minta maaf. Cerita yg DIREKA hanyalah ILHAM yg dtg tiba2. Well, tak semua cerita indah-indah belaka. Dan cerita ni sebenarnya memang bnyk nak kena elaborate, tapi saya x mampu nak memanjangkan jalan cerita. Jujur saya akui, cerita ni susah nak ditaip sebab ianya luar dari kotak fikiran saya. And sebenarnya kalau ada situasi mcm ni, 'Iskandar' kena turun naik mahkamah. That's what my senior told me la. (xde experience la katakan tu kena bnyk tanya org). Jarang jumpa lelaki mcm Iskandar, bila terjumpa, kita tak menyangka. Sebab selalu org fikir, ank luar nikah ending buang tepi jln, buang sepah2. Tak semua jalan cerita mcm tu ya. Actually, Ayla pun jarang dgr kisah 'Lisa & Iskandar' ni. Honest, sebenarnya ada kisah mcm ni. Kalau xde, Ayla x taip tak. Sebuah perkahwinan tu boleh ubah seorg yg liar jadi lebih matured. Itu ada dan wujud okey.Hehe. And one more thing yg nk ditegur, manusia x de hak nak judge manusia. Jgn sesuka hati menghina org sebab kadang2 org yg kita cemuh tu jauh lebih baik dari kita. Hidayah tu kan milik Allah. Manusia tak boleh lari dari buat silap, but it's important to know yang kita can always ask for His Forgiveness. Taubat (repentance) dan cuba sedaya upaya kita untuk TIDAK MELAKUKAN the same MISTAKES. "Oh Allah, do not impose blame upon us if we have forgotten or fall into error. (Al-Baqarah 2:286)". Lama x menulis, jadi bahasa pun jadi lain. Otak pun mereng. Eheheh. Terima kasih sudi baca. Again, maafkan salah silap saya.