DIA pandang wajah dan tubuhnya di
cermin. Jambang mengelilingi wajahnya. Rambut sedikit serabai. Perut pula
membuncit ke depan. Langsung tak kacak! Sejak dia ditinggalkan Aqma, hidupnya
sikit pun tak terurus. Rasa stress sikit, makan. Rasa bosan sikit, makan. Itu
yang perut buncit ke depan. Jambang pula selagi tak lebat, selagi itu dia tak
cukur. Dibiarkan sahaja dirinya nampak tak kemas. Bukan ada orang nak kat dia
pun. Atau lebih tepat lagi, dia dah tak
ada hati nak bercinta lagi.
Aqma.
Sebaris nama yang pernah mengisi ruang hati Harith. Cinta Harith pada Aqma
sikit pun tak tertimbus tanah biarpun jasad wanita itu sudah tidak ada di muka
bumi ini. Hanya Allah yang tahu betapa remuknya hatinya saat diberitahu akan
kemalangan yang meragut nyawa Aqma. Lagi seminggu sebelum tarikh perkahwinan
mereka, Aqma terlibat dengan kemalangan jalan raya. Tiga hari koma di hospital.
Ikhtiar telah pun dilakukan, Allah lebih sayangkan Aqma. Majlis pernikahan Aqma
dan Harith menjadi majlis tahlil untuk Aqma. Andai bukan jodoh, siapalah
manusia untuk menentukan?
Harith
pakai baju kemeja warna hitam. Kemudian dia pakai tie warna merah. Itu pun tak
diketatkan betul-betul di lehernya. Dibiarkan saja sedikit longgar. Sejak dia
frust ni, warna baju yang ada di dalam almarinya hanyalah warna hitam dan biru
gelap. Dua warna itu sahaja yang ada dalam almarinya. Diikuti dengan warna tie
yang berbeza, diganti setiap hari.
Dia
turun ke bawah. Bau masakan emak menusuk hidungnya. Dia bergerak ke dapur. Lalu
sekeping roti yang telah disapukan kaya dicapai dan dimasukkan ke dalam mulut
sebelum duduk.
“Assalamualaikum
mak.” Ucap Harith dengan makanan penuh di dalam mulut. Kopi diambil lalu
dihirup cepat. Kelam kabut.
“Waalaikummusalam.
Ya Allah Harith, duduklah dulu. Kenapa tergesa-gesa ni. Apa dah lambat sangat
sampai nak makan pun tak sempat?” bebel emaknya.
“Haah
mak. Dah agak lambat jugak ni. Nanti kat KPJ tu traffic jam.” Alasannya.
PAdahal dia malas nak duduk semeja dengan mak sebab dia takut mak tanya perihal
bila dia nak tamatkan zaman bujang.
“Ada
je alasannya tak nak duduk semeja dengan mak eh Arit.”
“Mana
ada mak ni. Harith betul-betul dah lambat.” Harith mendekati emaknya yang
sedang masukkan makanan ke dalam tupperware sebagai bekalan untuknya. Sungguh
anak emak si Harith ni.
Tangan
dihulur dan emak menyambutnya. Kekura tangan emak disalam lalu pipi dilagakan
dengan pipi emak. Tabiat yang diajar oleh emak semenjak dia berusia empat tahun
lagi. Setiap adik beradik diajar berlaga pipi apabila bersalaman.
“Hari
ni balik pukul berapa?” tanya emak.
“Malam
kot. Tengoklah kalau tak ada hal kat uni tu.”
“Jangan
balik lewat sangat macam semalam. Mak ada benda sikit nak cakap dengan Harith.”
“Mak
nak cakap pasal apa? Cakap jelah sekarang.”
“Tadi
kata kau dah lambat. Pergilah kerja. Nanti kau balik, mak cerita.”
“Ha
baiklah mak. Harith pergi kerja dulu.” Sempat tangannya mencapai beg sandang
yang terletak di sofa sebelum keluar dari rumah.
Bekerja
sebagai pensyarah bukanlah perkara yang mudah. Sama seperti seorang guru juga.
Cuma yang berlainannya. Guru mengajar kanak-kanak dan remaja. Manakala dia
mengajar orang-orang dewasa.
Let’s
go Harith! Another difficult day for you to face! Kata Harith di dalam hati
saat masuk ke dalam Mitsubishi Lancer miliknya.
***
BILIK yang gelap. Suhu bilik yang
sejuk. TV yang terpasang tanpa penonton. Audio TV juga kuat dan lantang. Dia
bersandar pada kepala katil dan dagu diletakkan di atas kepala lutut. Memeluk
tubuh sendiri. Pipi yang basah dek kerana menangis telah pun mongering. Entah
berapa banyak air mata dia keluarkan hari ini. Semenjak sebulan yang lepas,
setiap kali dia sendiri, dia pasti menangis. Dihantui rasa sebak yang tiba-tiba
dia terus menangis.
Barusan
tadi dia berjumpa dengan doktor peribadinya. Apa yang telah diberitahu oleh Doktor
Effa tadi betul-betul membuatkan dia rasa takut. Dua jam sebelum dia terkurung
di dalam bilik…
“Things
will become harder for you Aira.Starting from extreme headaches, vomiting and
double vision, you'll also start having problem with your motor nerves and
sensory nerves. Mulai esok, saya aan transfer awak pada neurologist dan
oncologist. Apa yang saya boleh, saya akan control gaya hidup awak dan pastikan
awak jalani rawatan dengan neurologist.”
Zuhairah
menundukkan wajahnya. Terasa panas matanya. Bila dia mendongak memandang Doktor
Effa, air matanya menitis membasahi pipi.
“Every
week I came here, you only gave the worst condition of me doctor. Tak boleh ke
doktor beritahu saya berita gembira? Ubat untuk menyembuhkan penyakit saya?”
“Aira,
awak sendiri tahu, ubatnya adalah radioterapi dan kimoterapi disamping beberapa
rawatan bulanan. Apa yang awak buat sekarang ni bukanlah keputusan yang
terbaik. Awak sendiri yang terseksa menanggung kesakitannya.”
“Doktor
nak tahu tak? Do you know how healthy I am before? I can run in fifty five
second for 100 meter track. I can hiking at every mountain that I love. I went
for travelling. I already went eighteen country at this age. And suddenly, a
past few month ago, you told me that I had a cancer? This is ridiculous.”
“Sakit
tak mengenal usia Aira.”
“Do
something! Dengan teknologi yang ada sekarang ni pun, doktor cakap dengan saya
yang penyakit saya ni tak dapat disembuhkan?”
“It’s
too late Aira. Stage four. Kalau awak datang pada saya a past few years ago, maybe
surgery kecil akan membantu.”
Zuhairah
menangis. Dia tutup wajahnya dengan kedua belah tapak tangannya. Salah dia ke?
Salah dia ke bila sakit sedikit dia langsung tak pergi hospital? Memang
semenjak beberapa tahun yang lalu dia kerap sakit kepala. Dan dia ingat itu
migraine biasa. Take medicine and rest. Itu selalu yang dia buat. Tetapi
keadaan semakin parah, dia kerap kali pengsan, sejak sebulan yang lepas keadaan
dia semakin merundum. Remuk hatinya saat Doktor Effa mengesahkan tentang
penyakitnya.
Allah
jangan jadikan aku selemah-selemah manusia hingga menidakkan takdir-Mu.
***
“ASSALAMUALAIKUM.” Ucap Harith
sebaik sahaja masuk ke dalam rumah. Masuk-masuk saja emak dan abah sudah ada di
ruang tamu diikuti kakak iparnya yang sedang menunggu kepulangan Abang Halim
untuk menjemput mereka anak beranak.
“Waalaikummusalam.”
Jawab orang-orang yang ada di dalam ruang tamu itu.
Langkah
kaki di bawa ke ruang tamu di mana ahli keluarganya sedang menonton televisyen.
Tangan dihulur untuk bersalaman dengan abah dan juga emak.
“Awal
kau balik hari ni Harith. Tak melepak dengan Kamil ke?” tanya abahnya.
“Abang
ni anak tu dah balik awal biarkanlah. Kalau balik lewat sangat nanti, abang
juga yang risau.” Celah emak bila abah berkata begitu kepada anaknya.
Harith
senyum tipis. Dia melabuhkan punggung disebelah emaknya lalu mata menonton
siara televisyen yang terpasang.
Abah
pandang wajah penat Harith. Wajah yang tampak begitu serabut dan kusut sekali.
Macam tak terurus. Hakikatnya, anaknya jadi begitu workaholic dan teruk begitu
semenjak setahun yang lalu. Badan yang sedikit berisi dan juga jambang yang
melebat di sekitar wajah. Hilang wajah kacak dan manisnya sejak bercinta dengan
arwah Aqma dahulu.
“Harith,
mak nak cakap sikit ni.” Emak pandang muka Harith. Walaupun dia tahu Harith
keletihan setelah seharian mengajar, dia tetap juga nak luahkan isi hati dia
pada Harith.
“Hmm,
apa dia mak?” tanya Harith sambil tangannya didepangkan kerana mahu menggamit
si kecil Areej bermain dengannya.
“Rith
ingat tak Puan Izara jiran lama kita dulu?”
“Puan
Izara? Ibunya Naufal ke?”
“Haah.
Ibunya Naufal dengan Zuhairah.”
“Ahah.
Dah tu kenapa dengan Puan Izara?”
“Semalam
petang dia datang sini. Jenguk mak.”
“Ha
dah tu?”
“Dia
ada usulkan niat dia nak berbesan dengan mak.”
“Jadi?
Dia nak bermenantukan siapa dalam keluarga kita ni mak? Naufal tu ada kenan
dengan kakak-kakak Harith ke? Tapi bukan ke Kak Alin dengan Kak Azwa dah
kahwin? Dah tu Puan Izara nak bermenantukan siapa?” tanya Harith dengan dahi
yang bekerut keliru.
Setakat
ni dalam empat adik beradik dia semuanya sudah kahwin. Yang tak kahwin lagi
Cuma dia seorang je. Jadi siapa yang Naufal ingin jadikan isteri? Itu persoalan
yang bermain dimindanya dia.
“Bukan
kakak-kakak kaulah Harith. Puan Izara datang nak berbesan dengan mak
bermenantukan kau.”
Harith
pandang emaknya. Tak percaya apa yang dia dengar barusan tadi. Eh dia kena
pinang ke? Pinang dengan siapa? Si Naufal ke? Simpang malaikat empat puluh
empat!
“Apa
dia mak? Nak jadikan Harith menantu? Untuk siapa? Si Naufal?” Blur. Blur Harith
menjawab.
“Eh
engkau ni!” Bahu anak bujangnya ditepuk kuat. “Apa ke situ pulaknya. Ada ke mak
nak kahwinkan kau dengan jantan sejantina tu.”
“Dah
tu?” Muka Harith masih blur.
“Dia
pinang kau untuk Zuhairahlah. Kawan kau masa kecil-kecil dulu. Takkan dah
lupa?”
“Zuhairah?”
suara Harith naik satu oktaf.
Zuhairah?
Pinang dia? Eh silap. Dia dipinang? Eh?
***
ZUHAIRAH pandang saja makanan
yang ada di depannya. Sikit pun tak bersentuh. Tak ada selera nak makan.
Wajahnya sedikit pucat. Bibirnya juga kering. Walaupun lauk di depan mata
tampak menyelerakan tetapi nafsu makan Zuhairah sedikit berkurangan semenjak
mendapat khabar berita tentang penyakitnya.
“Aira…
makanlah. Kenapa termenung je?” tanya Puan Izara sambil menggosok lembut bahu
anaknya.
Zuhairah
mendongak memandang ibunya. Senyum tipis dia ukir mesra. “Eh ibu.” Zuhairah
capai tangan ibunya lalu dicium lembut. Entah berapa lama dan berapa kali yang
tinggal untuk dia mencium tangan ibu.
“Aira
tak lapar ke, nak?” soal ibunya prihatin. Hati ibu mana yang tak sebak bila
melihat kesihatan anaknya semakin merundum?
“Aira
taka da selera.” Jawab Zuhairah ringkas.
“Aira
nak ibu masakkan bubur?”
Aira
geleng. “Tak perlulah. Kejap lagi Aira makanlah nasi ni. Ibu jangan risau. Aira
tengah ambil mood je.”
Puan
Izara pandang wajah pucat anaknya. Nampak sedikit susut pipi pau milik
Zuhairah. Diusap lembut wajah itu. Mata terasa panas. Terasa genangan air mata
di tubir mata.
“Ibu
minta maaf.” Ucap Puan Izara.
Aira
capai tangan ibunya. Dicium lama hinggakan air matanya menitis di kekura tangan
ibu. “Aira okey. Aira okey bu.” Dia pandang Puan Izara dan tersenyum menandakan
dia okey. Sedangkan di dalam hati. Tsunami!
“Maafkan
ibu sebab tak dapat nak tolong Aira. Kalaulah mampu nyawa ibu jadi dalang
gantinya, ibu redha Ra. Maafkan ibu sebab biarkan Aira yang merana seorang
diri.”
“Ibu,
Ra okey. Wallahi Ra okey. Ra terima segala ketentuan-Nya bu. Besides, what
happened to me right now, might be punishment for all my mistake that I’ve
done.”
Puan
Izara terasa sebak. Ya Allah kuatkanlah hatiku sebagai seorang ibu. Kau
lindungilah anakku. Kau rahmatilah dia Ya Rab. Sesungguh dia anak yang taat
kepadaku.
“Aira,
demi ibu, demi masa depan Aira, demi kebahagiaan Aira, Aira nak tak kahwin dengan
pilihan ibu?” tutur Puan Izara lembut.
Zuhairah
tersentak. “Maksud ibu?”
“Habiskan
sisa hidup Aira sebagai isteri orang?”
“Ada
ke orang yang nak Aira bu?”
“Ada.
Tapi…”
“Tapi
apa bu?”
“Orang
tu tak sekacak dan segagah laksama.”
Zuhairah
tergelak perlahan. “Ibu ni main-mainkan Aira ke?”
“Tak.
Ibu serius ni. Ingat anak Puan Amira? Harith?”
Dahi
Zuhairah berkerut. Harith? Puan Amira? Pernah dengar ibu sebut-sebut nama itu.
Tapi sikit pun dia tidak mengenali rupa insan-insan itu.
“Aira
ingat tak? Harith budak gemuk yang tinggal sebelah rumah kita tu? Alahhh, kawan
Aira msa kecik-kecik dulu.” Gesa Puan Izara supaya Zuhairah mengingati Harith.
“Maaf
bu. Tapi Aira memang tak ingat.” Katanya. Adakah mungkin side effect dari
penyakitnya sampaikan dia lupa?
“Tak
apalah kalau macam tu. Ini ibu nak jawapan dari Aira. Sudi tak Aira jadi isteri
dia? Ibu sikit pun tak cerita perihal kesihatan Aira. Ibu nak benda tu Aira
sendiri yang sampaikan pada dia. Dan ibu tak mahu dia terima anak ibu sebab
simpati semata. Aira anggaplah ini peluang Aira untuk merasa menjadi seorang
isteri. Ibu nak Aira bahagia disaat akhir-akhir hidup Aira. Aira cakap dengan
ibu Aira nak kahwin, nak punya anak, kan? Manalah tahu dengan izin Allah, Aira
sembuh ada orang care pasal Aira.”
Sembuh?
Zuhairah senyum tipis. Glioblastoma multiforme. Stage IV. Masih adakah peluang
untuk dia?
Disaat-saat
akhir hidup dia, harapannya tak lebih dan tak kurang, dia mahu buat perkara
yang dia suka. Dan harapannya, dalam setiap perkara yang dia lakukan, ada zauj
yang akan menyertai langkahnya.
“Aira…”
Puan Izara pandang mata anaknya yang tampak sedang mengelamun.
“Hmm…”
“Aira
nak tak jadi isteri dia walaupun dia tak handsome dan tak segagah lelaki-lelaki
yang Aira idamkan?”
Zuhairah
senyum. “Dengan izin Allah ibu. Ibu berilah Aira masa.”
Puan
Izara senyum. Dia keluarkan sekeping gambar di dalam poket seluarnya. “Haa… ini
gambar bakal suami Aira. Tengok dan simpanlah. Belakang gambar ada nombor
telefon dia. Nanti call dia ya?”
Zuhairah
angguk. Foto beralih tangan. Zuhairah pegang sekeping foto itu. Kemudian dia
ditinggalkan oleh Puan Izara.
Zuhairah
hela nafas perlahan. Lalu dengan perlahan gambar yang terbalik itu ditatap.
Tinggi.
Muka berjambang. Rambut sedikit panjang. Perut sedikit membuncit ke hadapan.
Memang lari sangat dari citarasa Zuhairah. Zuhairah senyum tipis. Ibu. Ibu. Desprate sangat nak kahwinkan aku
sampaikan lelaki yang tak berapa nak kacak ni pun ibu ambil jadi menantu. Tapi,
orang kata don’t judge the book by its cover. Jadi kenapa aku tak beri dia
peluang? Lagi pun dalam keadaan kau sakit macam ni, ada ke orang nak kat kau
Aira? Katanya di dalam hati.
Butiran
di belakang gambar dibaca.
Nama
: Muhammad Harith Bin Jamaluddin.
Umur:
30 tahun.
Carrier
: Pensyarah.
Hobi
: Makan. Tidur. Berkurung dalam bilik. Baca buku.
No
tel : 012-3456789
***
JANJI temu pertama. Selepas
memohon petunjuk dari Allah, pendapat ahli keluarga dan sokongan dari
rakan-rakannya. Zuhairah ambil keputusan untuk bersetuju dengan cadangan ibu.
Selepas dia membuat keputusan, barulah dia berani untuk menelefon lelaki yang
bernama Harith itu. Sepuluh kali call baru Harith nak angkat. Sangatlah
menyakitkan hati sebab asyik voicemail. Bila dah dapat call, barulah Zuhairah
menyatakan niatnya untuk bertemu. Berbincang tentang hasrat orang tua mereka.
CSJB.
Secret Recipes. Menjadi tempat pertama pertemuan mereka. Kek red velvet yang
terdapat di atas meja sudah tinggal
separuh. Tetapi bayang Harith langsung tak nampak.
Nak
kata waktu bekerja, hari ini hari Sabtu. Hujung minggu bagi ngeri Johor.
Zuhairah
pandang sekeliling. Sesekali dia membuka camera i-Phone6 Plusnya untuk meihat
keadaan wajahnya. Terpaksa dia touch-up sedikit wajahnya dengan bedak compact
dan lipstick Sephora. Biar nampak seri sedikit.
“Cik
Zuhairah?” tiba-tiba seorang lelaki berdiri di depan dia. Garau suaranya.
Zuhairah
mendongak. Wajah pemuda itu diperhatikan dari atas sampai ke bawah. Harith! Dia
terus angguk. “Have a sit Encik Harith.”
Harith
terus melabuhkan punggungnya. Matanya juga sedang men-scan Zuhairah. Cantik.
Manis. Lembut sahaja wajahnya. Dengan baju kurung kain kapas bercorak bunga
biru kecil dan dililitkan selendang berwarna biru gelap. Cantik sekali.
Tapi
kenapa dia yang dipilih menjadi suami?
“Want
to order anything?” tanya Zuhairah.
“Fresh
orange.”
Zuhairah
memanggil waitress lalu dipesan satu jus oren untuk Harith. Kemudian dia
pandang Harith. Ada perkara yang harus diselesaikan.
“So…
straight to the point Encik Harith. Saya Zuhairah. Anak Puan Izara. Menurut
saya, apa yang ibu saya cadangkan perihal kita, I have no problem with it.”
Membuntang
mata Harith. “Are you sure? I thought after you see me like this, awak takkan
terima cadangan ibu awak.”
“Well,
jodoh tak diukur pada fizikal.”
“Awak
nak jadikan saya pak sanggup ke?” bidas Harith tiba-tiba. Yelah manalah tahu
kot-kot perempuan depan dia ini dah berisi. Tiba-tiba nak kahwin. Desprate
sangat kenapa? Lelaki manalah yang tak bukan-bukan.
Hampir
nak terjatuh rahang Zuhairah. “Excuse me. Mulut jaga sikit eh. Saya sodok mulut
awak dengan garfu ni karang. Muka yang tak berapa nak handsome tu bertambah tak
handsome tau!” Garang Zuhairah berkata. Ni yang dia rasa nak marah ni.
Kurang
asam jawa betul perempuan ni. Aku tahulah aku tak handsome. Cis! Main kasar.
“Harap muka je cantik. Bahasa langsung tak
ada.”
Zuhairah
pandang wajah lelaki di hadapan dia macam nak telan. Eh eh mamat ni! Sedar diri
sikit boleh? Muka tak handsome ingat ada perempuan nak. Bersyukurlah sikit aku
nak kat kau walaupun perut kau boroi!
“Ewah-ewah
dia yang mulakan dulu. Dia cakap bahasa kita pulak. Jadi orang jangan buat
expectation sendiri. Saya terima cadangan ibu saya sebab harapan dia nak tengok
saya kahwinlah.”
“Ohh
kalau itu harapan ibu awak apa kena mengena dengan saya sampaikan saya kena
jadi pengantinnya?”
“Dah
tu kalau awak bersungguh tak nak teruskan cadangan ni, kenapa emak awak terima
pinangan ibu saya?”
“Dia
terima tanpa pengetahuan saya.”
“And
my mom propose you without my knowing. Is it fair Encik Harith?”
Harith
pandang Zuhairah yang mematikan kata-katanya. Sekarang ni boleh dijadikan
cerita mereka berdua dijodohkan oleh keluarga yang sememangnya nak dorang ni
tamatkan zaman bujang.
Sedang
suasana mereka sepi, pelayan datang membawa air untuk Harith. Harith terus
capai dan sedut laju. Gelas diletakkan di atas meja. Dia ingin sambung kembali
perbicaraan yang tergantung.
“Okeylah
macam ni Cik Zuhairah anak Puan Izara. Saya tak dapat nak terima semua ni.”
Zuhairah
angkat kening. “Give me three reason why?”
“First
thing first, saya tak handsome dan tak sesuai langsung untuk bergandingan
dengan perempuan cantik macam Cik Zuhairah.”
“Is
this a compliment?” celah Zuhairah dengan senyuman.
Harith
terpanar seketika dengan lekukan di dua belah pipi Zuhairah.
Zuhairah
pandang Harith sambil berkerut dahi. “Encik Harith?” panggilnya lembut.
Harith
berdeham perlahan. Gelas dicapai dan disedut isinya. Tiba-tiba dia rasa panas.
“Hmm…saya
terima.” Tiba-tiba Harith kata begitu pada Zuhairah.
Zuhairah
jadi semakin pelik. Apasal dengan dia ni? “Are you okay?”
“Okay.”
“Baru
beberapa minit tadi, awak cakap, awak tak nak kahwin dengan saya. And now,
suddenly, you said, you accept this idea.”
“Ha
yelah. Awak nak suruh saya tukar fikiran ke?” gertak Harith.
Zuhairah
ketawa kecil.
Sekali
lagi mata Harith terpanar. Aduh! That killer smile! Dan kerana senyuman itu,
dia terima pinangan Puan Izara. Decision paling sengal yang pernah dia buat!
Zuhairah
tongkat dagu pandang HArith dengan senyuman paling manis sekali. “Tak menyesal
kahwin dengan saya nanti?” soal Zuhairah. Saja nak menduga. Eloklah kalau
lelaki depan dia ni dah terima pinangan ibu. Kalau tak dia juga malu sebab
dalam kategori perigi cari timba.
Harith
semakin tak keruan. Dia berdeham sekali lagi sambil menggeleng. “Insya-Allah
tak. Pilihan orang tua adalah pilihan yang terbaik. Dan ada orang kata bercinta
selepas nikah itu lebih baik.”
Zuhairah
mengangguk. “Betul tu. Tapi sebelum tu saya nak cerita sikit.”
“Cerita
fasal apa?”
“Cerita
tentang saya.”
#Assalamualaikum. Sorry for all those mistake yang saya buat. Memang tak sempat nak edit. Segala salah silap harap maaf. Thank you for reading this short story. :D Saja letak pendek-pendek for 1 part of this short story because, Ayla nak peram lama sikit dalam laptop. Dan dan tajuk pun main pakai letak Zuhairah je sebab cerita ni suddenly across on my mind. :D Ecehhh. Haha! I miss you guys!
Terlalu sibuk dengan segala project yg ada. Jadi halalkan ya apa yang tersalah dalam cerita ni. You comment is my motivation! Love you! :D